• Tidak ada hasil yang ditemukan

SJK(C) PU SZE BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN) TAHUN 4 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH 3 (KERTAS 1) Masa: 1 jam 15 minit

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "SJK(C) PU SZE BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN) TAHUN 4 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH 3 (KERTAS 1) Masa: 1 jam 15 minit"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

SJK(C) PU SZE

BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN) TAHUN 4

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH 3

(KERTAS 1)

Masa: 1 jam 15 minit

Nama : ______________________( )

Markah : _________%

Kelas : 4( )

Tarikh : ____/___/2017

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.

3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A,B, C dan D. Bagi setiap soalan , pilih satu jawapan saja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.

BAHAGIAN A [20 markah] Soalan 1 hingga 16

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Kar Yi memelihara seekor burung merpati di dalam ________________ .

A bakul B reban C sangkar D kandang

2 Kain sutera yang dibeli oleh kakak sangat ______.

A lembik B lembut C empuk D tajam

3 Pekerja itu sedang _________ kain songket dengan menggunakan benang daripada serat nanas.

A menekat B menenun C mengukir D menganyam

(2)

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah ini.

4 Pelbagai jenis kapal dan pesawat dipamerkan semasa pameran LIMA. ___________, ada juga pertunjukan udara yang sangat menarik.

A Oleh itu B Selain itu C Kemudian D Akhir sekali

5 ________ mempertahankan kedaulatan negara, kita semua perlu berganding bahu.

A Demi B Sejak C Hingga D Daripada

6 __________ caranya untuk menyertai pertandingan itu?

A Bilakah B Siapakah C Mengapakah D Bagaimanakah

Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.

7 ___________________ tradisional perlu diperkenalkan kepada generasi baharu agar ianya tidak pupus.

A Permainan-permainan B Bangsa-bangsa C Pening-pening D Jalan-jalan

(3)

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

8 Sebagai ___________, Cik Siti diminta mencatat minit mesyuarat.

A jurumudi B setia budi C setiausaha D setiawangsa

9 Encik Lim dan keluarganya telah __________ dalam kemalangan jalan raya pada minggu yang lalu.

A dilibatkan B kelibat C melibat D terlibat

Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.

10 Puan Normah merupakan Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Sungai Telur. ______ dihormati oleh murid-murid.

A Tuanku B Beliau C Anda D Dia

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.

(4)

12 Tembikar digunakan dalam upacara Gawai, perkahwinan ______ pengebumian.

A dengan B sambil C lalu D dan

Pilih perkataan berlawanan bagi perkataan yang bergaris.

13 Ayah menasihati adik supaya tidak boros dalam berbelanja.

A jimat B bazir C hemat D cermat

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

14 I Sungguhpun Ali rendah berbanding rakannya, namun dia amat lincah.

II Mutu bahan binaan untuk membuat rumah kos rendah itu amat berkualiti sekali. III Dia bercakap dengan ayahnya dengan suara yang rendah.

IV Baju yang dipakai oleh Julia itu amat rendah mutunya.

A I dan II B I, II, dan IV C I, III, dan IV D II, III, dan IV

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

15 "Silakan masuk ke rumah," kata ibu kepada Puan Ong.

A Ibu melarang Puan Ong masuk ke rumah. B Ibu menjemput Puan Ong masuk ke rumah. C Ibu dan Puan Ong dijemput masuk ke rumah. D Puan Ong menjemput ibu masuk ke rumahnya.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betulnya.

16 I Aduh, sakitnya kakiku! II Cis, kamu sudah sampai! III Wah, tingginya bangunan itu!

IV Aduhai, rupa-rupanya kamu yang mencuri buku saya!

A I dan II B I dan III C II dan III D II dan IV

(5)

Soalan 17 hingga 20

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Batik merupakan salah satu kraf tradisional yang terkenal di negara kita. Corak dan kombinasi warna batik yang segar telah memikat hati pengguna dari dalam dan luar negara. Corak batik sentiasa mengikut perkembangan semasa tanpa mengabaikan ciri-ciri tradisi. Negeri Kelantan dan Terengganu amat terkenal dengan perusahaan batik.

Terdapat tiga jenis kain batik iaitu batik sarung, batik lepas, dan batik ela. Batik sarung dan batik lepas biasanya dipakai sebagai kain yang menutupi bahagian pinggang hingga ke kaki. Batik ela pula boleh dijadikan pakaian seperti kemeja dan kain.

Suatu ketika dahulu, batik hanya digunakan sebagai pakaian oleh kaum wanita. Dalam kalangan petani, kain batik lepas dijadikan kelubung, pengikat kepala, dan selendang. Kini, batik juga dipakai di pejabat, majlis-majlis rasmi, dan keraian tertentu.

Pelbagai usaha telah dijalankan untuk mempromosikan penggunaan batik. Pameran, pertunjukan fesyen, dan jualan murah giat dijalankan oleh pelbagai pihak termasuk pihak kerajaan dan swasta.

17 Mengapakah pelancong terpikat dengan batik?

A Harganya murah B Dijadikan cenderahati

C Corak dan warnanya menarik D Mereka tidak pernah melihat batik

18 Batik yang digunakan untuk menutupi bahagian pinggang ialah A batik ela.

B baju ikat. C baju batik. D batik lepas.

19 Siapakah yang menggunakan kain batik sebagai pengikat kepala?

A Petani B Kaum lelaki C Kaum wanita

D Pelancong luar negara

20 Semua pernyataan di bawah benar, kecuali

A negeri Kelantan telah mempopularkan batik. B batik sedang diperkenalkan ke luar negara. C hanya wanita yang boleh memakai batik. D batik boleh dijadikan pakaian ke pejabat.

(6)

BAHAGIAN B [30 markah]

Soalan 21

a. Padankan penjodoh bilangan yang betul bagi melengkapkan ayat.

i. Aminah menghadiahkan se ______ kad ucapan kepada

gurunya. keping

ii. Ah Seng makan dua ______ pisang sebagai alas perut.

helai iii. Beberapa ______ daun berguguran dari pokok buah

rambutan. biji

iv. Tiara meniup tujuh ______ lilin sempena hari lahirnya

yang ketujuh. batang

[4 markah]

b. Tulis betul atau salah bagi ayat yang mengandungi peluasan predikat.

(i) Amer dan Amran bercita-cita menjadi anggota Tendera Udara Diraja Malaysia.

(ii) Amran bercita-cita menjadi anggota Tentera Udara Diraja Malaysia.

[2 markah]

c. Pilih bandingan semacam yang sesuai dan tulis pada ruang yang disediakan.

kekwa anggerik kayu

kesturi lidi galah

(i) Mulut Tuan Puteri berbau wangi macam ________________. (ii) Badan Amir kelihatan kurus macam _______________.

[2 markah] Soalan 22

a. Tulis simpulan bahasa berdasarkan gambar.

(i) (ii) _______________________________ ______________________________________ (ii) _______________________________ [3 markah]

besar

(7)

b. Garisi kata adjektif dalam ayat-ayat di bawah.

(i) Alat muzik tradisional seperti madras dimainkan dengan gaya tepukan yang pantas. (ii) Pak Tua ke hutan membawa sebilah kapak besi yang sudah buruk.

[2 markah]

c. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________ [2 markah]

Soalan 23

Baca gegantung di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Program Gotong-royong Perdana 2017 Anjuran: Persatuan Penduduk Taman Sri murni Tarikh : 12 Mac 2017 (Ahad)

Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 petang

Tempat Berkumpul : Dewan Serbaguna Taman Seri Murni

Objektif Program:

 Membersihkan kawasan perumahan

 Memupuk amalan kerjasama

 Mengeratkan silaturahim

 Memupuk perpaduan Aktiviti gotong-royong:

 Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes

 Membaiki alat-alat permainan yang rosak di taman rekreasi

Perhatian : Sila bawa peralatan yang bersesuaian (cangkul, penyapu, parang, pongkes, sabit dan penyapu)

: Sampah sarap yang dikumpulkan akan diangkut dengan lori oleh pekerja majlis daerah yang turut serta dalam aktiviti ini.

(8)

b. Nyatakan tujuan Program Gotong-royong Perdana 2017.

i) ___________________________________________________________________________ ii) ___________________________________________________________________________ [2 markah]

c. Mengapakah penduduk Taman Sri Murni bergotong-royong menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes?

_____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________

[2 markah]

d. Apakah yang akan berlaku sekiranya kanak-kanak bermain dengan alat-alat permainan yang rosak itu?

_____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ [2 markah]

Soalan 24

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Semangat patriotik bermaksud perasaan cinta akan negara dan sanggup mempertahankannnya. Semangat patriotik dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat dengan mengadakan kempen melalui media massa.

Selain itu, semangat patriotik dapat dipupuk di sekolah juga. Pihak sekolah boleh mengadakan pelbagai aktiviti semasa sambutan Hari Kemerdekaan. Contohnya, pihak sekolah boleh mengadakan pertandingan deklamasi sajak, pertandingan nyanyian lagu patriotik, pertandingan menulis esei patriotik, dan sebagainya bagi memupuk semangat patriorik dalam kalangan murid-murid.

Seterusnya, ibu bapa perlu memainkan peranan dalam memupuk semangat patriotik dalam sanubari anak-anak. Ibu bapa perlu membawa anak-anak mereka melawat ke tempat-tempat bersejarah untuk memberikan pendedahan kepada mereka tentang sejarah negara. Melalui cara ini, mereka akan lebih menghargai negara sebagai tempat tumpah darah mereka.

Kesimpulannya, semangat patriotik dalam kalangan masyarakat sangat penting dalam mengekalkan kedaulatan negara.

a. Semangat patriotik bermaksud perasaan cinta akan ____________________.

[1 markah]

b. Tulis (√) atau (X) pada pernyataan di bawah ini berdasarkan petikan.

i. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memupuk semangat patriotik dalam diri anak-anak.

ii. Semangat patriotik tidak penting kepada masyarakat.

(9)

c. Nyatakan aktiviti-aktiviti yang dilakukan semasa sambutan Hari Kemerdekaan.

i) ___________________________________________________________________________ ii) ___________________________________________________________________________ iii) ___________________________________________________________________________ [3 markah]

d. Bagaimanakah cara-cara anda menunjukkan perasaan cinta akan negara?

_____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ [3 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh : Puan Leong Chun Wei Tandatangan ibu bapa Disemak oleh : Puan Zaidah Muhamed

Referensi

Dokumen terkait

Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan

Seterusnya, membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah dan dapat memberi peluang kepada semua