• Tidak ada hasil yang ditemukan

SJK (C) PU SZE BAHASA MELAYU TAHUN 5 (KERTAS 1) PENILAIAN BULAN OGOS. Masa : 1 jam 15 minit. Tahun : 5 Tarikh : / 8 / Bahagian A (20 markah)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "SJK (C) PU SZE BAHASA MELAYU TAHUN 5 (KERTAS 1) PENILAIAN BULAN OGOS. Masa : 1 jam 15 minit. Tahun : 5 Tarikh : / 8 / Bahagian A (20 markah)"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

SJK (C) PU SZE

BAHASA MELAYU TAHUN 5 (KERTAS 1)

PENILAIAN BULAN OGOS Masa : 1 jam 15 minit

Nama : _____________________________ Markah : __________________ Tahun : 5 _________ Tarikh : _______/ 8 / 2017

Bahagian A (20 markah)

Soalan 1 hingga 12

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Zuraini memelihara beberapa ekor ikan di dalam sebuah ____________ yang besar. A kotak B pejabat C kandang D akuarium

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

2 ___________ berharap agar negara kita akan sentiasa aman dan makmur.

A Beta B Patik C Hamba D Tuan hamba

3 Kita patut melakukan aktiviti beriadah ____________ dapat melahirkan warga yang sihat dan cerdas.

A lalu B atau C supaya D manakala

(2)

4 Sasteran tidak membuat kerja sekolah yang disuruh oleh gurunya. __________, dia telah dimarahi oleh gurunya.

A Selain itu B Lantaran itu C Lebih-lebih lagi D Hal itu disebabkan

5 Jauh di____________ hatinya, Puan Jamilah amat terluka dengan sikap anaknya yang biadap itu.

A tepi B sudut C hadapan D belakang

6 Nazri tidak ____________ untuk meminta tunjuk ajar daripada guru silat tentang mana-mana pergerakan silat yang tidak dapat dilakukannya.

A anak-anak B malu-malu C rakan-rakan D musuh-musuh

7 Kejayaan pasukan pancaragam Sekolah Sri Tanjung yang memenangi Anugerah Emas telah menjadi __________ penduduk di taman itu.

A ada hati B buku lima C buah mulut D ayam tambatan

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

8 Jonathan tetap berasa gembira walaupun hanya __________ tempat ketiga dalam pertandingan lontar peluru.

(3)

9 Sekumpulan pemuda sedang __________ lagu-lagu dalam irama Bajau yang unik dan menghiburkan.

A menjeritkan B menghamburkan C mendendangkan D memperdayakan

10 “____________, cantiknya baju kebaya ini!” kata Cik Zaleha kepada kawannya. A Oh B Cis C Aduh D Amboi

11 Cikgu Cartina mengarahkan Kim Meng duduk di belakang ____________ kerana dia ____________ tinggi di dalam kelas.

A amat …… paling C sekali …… paling

B benar …… betul D terlalu …… betul

12 Adik memasukkan beberapa ____________ ais ke dalam air sirap itu. A ketul B biji C tongkol D buah

13 Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. I Adik suka makan nasi lemak.

II Biskut yang sudah lemak itu tidak boleh dimakan lagi.

III Badannya masih lemak walaupun sudah dua hari berehat di rumah.

IV Makanan yang mengandungi banyak lemak tidak baik untuk kesihatan kita.

(4)

14 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

“Saya ingin membuat sebuah model rumah,” kata Sujata kepada Ratih.

A Sujata memberitahu Ratih bahawa dia ingin membuat sebuah model rumah.

B Sujata memberitahu Ratih bahawa saya ingin membuat sebuah model rumah.

C Ratih memberitahu Sujata bahawa saya ingin membuat sebuah model rumah.

D Ratih memberitahu Sujata bahawa mereka ingin membuat sebuah model rumah.

15 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberi. Bilakah Hari Keluarga sekolah kamu akan diadakan?

A Hari Keluarga sekolah saya sungguh meriah.

B Hari Keluarga sekolah saya akan diadakan di padang.

C Hari Keluarga sekolah saya mendapat sambutan yang baik.

D Hari Keluarga sekolah saya akan diadakan pada minggu hadapan.

16 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberi.

Pakaian tradisional masyarakat Cina berwarna merah kerana mereka percaya bahawa warna merah membawa keuntungan dan kesejahteraan.

A Bilakah pakaian tradisional masyarakat Cina berwarna merah?

B Mengapakah pakaian tradisional masyarakat Cina berwarna merah?

C Siapakah yang percaya warna merah membawa keuntungan dan kesejahteraan kepada masyarakat Cina?

D Bagaimanakah pakaian tradisional masyarakat Cina berwarna merah membawa keuntungan dan kesejahteraan?

(5)

Soalan 17 hingga 20

Baca petikan di bawah. Kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Prof. Emeritus Dato’ Dr. Hajah Asmah Haji Omar dilahirkan pada 5 Mac 1940. Beliau dilahirkan di Jitra, Kedah. Beliau lahir dalam kalangan keluarga Melayu yang berpendidikan tinggi.

Pendidikan awal dan menengah beliau bermula di Kedah. Selepas tamat persekolahan, beliau melanjutkan pelajaran di Universitas Indonesia dan Universiti London.

Jasa dan sumbangan beliau dalam perkembangan bahasa Melayu amat besar. Beliau merupakan ahli akademik dan penulis hebat yang telah menghasilkan lebih daripada 60 buah buku. Antara buku beliau termasuklah Susur Galur Bahasa Melayu (DBP 2007), Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu (DBP 1986) dan Bahasa Melayu Samudera : Benih yang Baik Menjadi Pulau (DBP 2006).

Selain itu, beliau menjadi pakar rujuk kepada pengkaji-pengkaji bahasa Melayu. Beliau merupakan tokoh penting dalam perkembangan bahasa Melayu juga.

Banyak jasa dan sumbangan yang diberikan oleh Prof. Emeritus Dato’ Dr. Hajah Asmah Haji Omar. Beliau akan terus dikenang sebagai pejuang bahasa Melayu.

17 Perkataan tamat dalam petikan bermaksud ____________.

A capai B lulus C gagal D habis

18 Di manakah tempat kelahiran Prof. Emeritus Dato’ Dr. Hajah Asmah Haji Omar ? A Kedah B London C Indonesia D Samudera

19 Apakah kehebatan Prof. Emeritus Dato’ Dr. Hajah Asmah Haji Omar dalam bidang akademik? A Beliau telah berkhidmat di DBP.

B Beliau dilahirkan pada 5 Mac 1940.

C Beliau telah menghasilkan lebih daripada 60 buah buku. D Beliau telah melanjutkan pelajaran di tiga buah universiti.

20 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan di atas. A Beliau tidak pernah melanjutkan pelajaran di luar negara.

B Beliau merupakan pakar rujuk kepada pengkaji-pengkaji bahasa Melayu. C Beliau menulis buku berjudul “Susur Galur Bahasa Melayu” (DBP 1986). D Beliau merupakan tokoh penting dalam perkembangan pelbagai bahasa asing.

(6)

BAHAGIAN B (30 markah) Soalan 21

a. Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberi. rapat hampir selesa dekat

jauh ketat susah luas

Aiman mempunyai seorang kawan ____________________ yang bernama Budin. Mereka

belajar di sekolah yang sama. Tidak ____________________ dari sekolah mereka terdapat

sebuah arkib.

Di dalam arkib itu terdapat ruang bacaan yang ____________________. Murid-murid

berasa amat ____________________ semasa membuat rujukan di dalam arkib itu.

(4 markah)

b. Tulis betul atau salah bagi penggunaan kata hubung pancangan komplemen yang bergaris dalam ayat di bawah.

(i) Latihan kemahiran sangat penting kepada setiap anggota JPAM untuk menyelamatkan mangsa banjir.

(ii) Murid-murid diberitahu bahawa tulisan Jawi ditulis dan dibaca dari kanan ke kiri.

(2 markah)

c. Tulis ayat pasif berdasarkan ayat aktif yang diberi.

Ayat aktif : Penduduk Kampung Bahtera membantu pihak polis menangkap pencuri yang terlepas itu.

Ayat pasif : _________________________________________________________________

(7)

Soalan 22

Tandakan ( ) di dalam petak jawapan yang betul.

(i) Datuk Santokh Singh Gurdial Singh pernah dinobatkan Kebangsaan pada tahun 1976.

(ii) Pemuda itu dihormati kerana telah banyak membantu orang miskin.

(iii)

silat gayong itu mengajar anak-anak buahnya pelbagai pergerakan yang pantas.

(iv) Adik Emily memasuki pada awal tahun ini.

(4 markah)

Soalan 23

Baca petikan di bawah. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

48, Jalan Ceria, 31600 Gopeng, Perak.

2 April 2017

Menemui sahabat baikku Sharon yang berada di Kangar, Perlis. Semoga saudari dan keluarga sihat walafiat.

Saudari,

Sejak akhir-akhir ini, saya sentiasa teringat akan saudari. Oleh itu, saya segera menulis surat kepada saudari. Untuk pengetahuan saudari, saya dan keluarga telah berpindah ke kampung ayah yang terletak di Gopeng, Perak, setelah ayah bersara. Kami sekeluarga tinggal di rumah peninggalan datuk di kampung. Saya berasa gembira kerana dapat bergaul mesra dengan kawan baharu yang baik-baik belaka.

Sejak tinggal di sini, saya berasa sangat selesa. Udara di sini sungguh nyaman dan segar. Pemandangan di sini juga cantik dengan sawah yang luas terbentang dan sungai yang jernih airnya. Sekian sahaja surat saya untuk kali ini. Sampaikan salam rindu saya kepada kawan-kawan kita di sana. Terima kasih. Yang benar, Xiang Ling Olahragawan Olahragawati tatacara budiman Mahaguru Mahasiswa prasyarat prasekolah

(8)

a. Siapakah kawan baik Xiang Ling?

_____________________________________________________________________________

(1 markah)

b. Mengapakah Xiang Ling sekeluarga berpindah ke kampung?

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

(2 markah)

c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah ditunjukkan

sebagai contoh.

(3 markah) Xiang Ling tinggal di Gopeng, Perak.

Sharon berasa lebih selesa tinggal di kampung.

Bapa Xiang Ling berpindah ke tempat kerja yang baharu.

Xiang Ling menulis surat kepada Sharon untuk menceritakan tempat tinggal baharunya.

BETUL

(9)

Soalan 24

Baca dialog di bawah. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Akmal : Wah, menarik gambar mak cik ini! Saya berasa besar hati kerana mak cik bekerja di luar negara tetapi masih mengamalkan budaya negara kita di sana.

Puan Leha : Terima kasih, Akmal. Itulah tandanya mak cik cinta akan negara kita, Malaysia. Akmal usah terkejut kerana kami juga menyediakan makanan tradisional negara kita. Akmal : Gambar yang ini cantik. Air muka mak cik nampak ceria dan bersemangat.

Puan Leha : Gambar ini dirakam sewaktu mak cik meraikan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara kita.

Akmal : Dalam gambar ini pula, mak cik sedang bersila menikmati juadah. Mengapakah mak cik tidak duduk di atas kerusi?

Puan Leha : Mak cik bersila menikmati juadah kerana mak cik masih mengamalkan budaya tradisi orang Melayu.

Akmal : Oh, begitu!

a. Akmal berasa besar hati kerana mak ciknya bekerja di luar negara tetapi _________________

____________________________________________________________________________

(1 markah)

b. Mengapakah Puan Leha bersila menikmati juadah?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

(2 markah)

c. Bagaimanakah kita boleh menunjukkan semangat cinta akan negara?

(i) _________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

(ii) _________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

(10)

Soalan 25

Baca seni kata lagu di bawah. Kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Mari hormati orang tua Tingginya nilai budaya kita Mulianya mereka bak pendeta Hormat dan taat tanpa dipinta Sayangi serta hormati mereka Hargai orang tua kita

Kehidupan kita akan sejahtera. Pesanan mereka bak pelita.

Orang tua bagai pujangga Begitu tingginya resam kita Akal mereka amat bergeliga Orang tua umpama harta Setiap nasihat amat berharga Dijaga mereka bak permata Kasihi mereka jiwa dan raga. Nilai berharga tidak terkata.

a. Perkataan bergeliga dalam seni kata lagu di atas sama erti dengan ______________________.

(1 markah)

b. Mengapakah kita mesti menghormati ibu bapa?

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

(2 markah) Setiap nasihat amat berharga

Kasihi mereka jiwa dan raga.

c. Apakah maksud dua baris seni kata lagu di atas?

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

(2 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

--- SELAMAT MAJU JAYA ---

Disediakan oleh : Puan Ho Choi Ken Disemak oleh : Puan Zaidah Muhamed

Referensi

Dokumen terkait

kebanyakan Pengguna Jalan Raya mengetahui peraturan , tetapi mereka sering mengabaikan peraturan tersebut!. Kebanyakan pengguna jalan raya mengetahui peraturan kerana mereka sering

(c) Tulis jawapan yang lengkap bagi soalan yang diberikan dengan menggunakan ayat yang lengkap... (d) Lengkapkan frasa berikut supaya

Antara berikut butiran manakah tidak direkod dalam Akaun Pengasingan Untung Rugi. A Faedah atas modal B Faedah atas pinjaman C Faedah atas ambilan D

B Cukai yang dikenakan adalah berkadar langsung dengan tingkat pendapatan C Beban cukai ini mesti dibayar oleh orang yang dikenakan cukai dan tidak boleh.. dipindahkan kepada

C berlaku permusuhan antara wali dengan anaknya D pasangan suami seorang yang berada dan disegani 8 Berikut adalah benar mengenai tanggung jawab suami.. I memberi didikan agama

(d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan bahasa.. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu tanpa menulis ayat

Batik sarung dan batik lepas biasanya dipakai sebagai kain yang menutupi bahagian pinggang hingga ke kaki.. Batik ela pula boleh dijadikan pakaian seperti kemeja

Selain itu, Encik Chan Lee menegur pemilik kenderaan yang meletakkan kenderaan mereka berhampiran dengan pili bomba.. Beliau meminta mereka supaya mengalihkan