• Tidak ada hasil yang ditemukan

SMK KAMPUNG GELAM, Melaka PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TINGKATAN LIMA TAHUN BAHASA MELAYU Kertas 1 Dua jam lima belas minit

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "SMK KAMPUNG GELAM, Melaka PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TINGKATAN LIMA TAHUN BAHASA MELAYU Kertas 1 Dua jam lima belas minit"

Copied!
30
0
0

Teks penuh

(1)

1103/1 Bahasa Melayu Kertas 1 September 2013 2 ¼ jam

SMK KAMPUNG GELAM , Melaka

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TINGKATAN LIMA TAHUN 2013

BAHASA MELAYU Kertas 1

Dua jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu daripada Bahagian B.

3. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

▸ Baca selengkapnya: ayat lima belas dan khasiatnya

(2)

Bahagian A [30 Markah]

[ Masa yang dicadangkan : 45 minit ]

Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada manfaat membaca. Huraikan pendapat anda tentang manfaat membaca. Panjang karangan anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

MANFAAT MEMBACA

Negara bertambah maju Berjaya dalam akademik

(3)

Bahagian B [ 100 markah ]

[ Masa yang dicadangkan: 1 jam 30 minit ]

Pilih satu daripada soalan di bawah ini dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.

1. Ibu bapa mempunyai jasa yang sungguh besar kepada setiap orang anaknya. Sebagai balasan, setiap orang anak mesti membuat kebaikan kepada kedua-dua ibu bapa.

Bincangkan usaha-usaha anda untuk menjadi seorang anak yang baik kepada kedua-dua ibu bapa.

2. Kes penderaan ke atas kanak-kanak sering dilaporkan dan meruntun hati setiap ahli masyarakat yang waras. Untuk itu, sebuah wawancara telah dilakukan bagi melihat usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh masyarakat untuk menangani isu ini.

Tuliskan wawancara itu selengkapnya.

3. Kemiskinan merupakan racun yang mengancam sesebuah negara.

Bincangkan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan dalam membasmi kemiskinan dalam kalangan rakyat.

4. Teknologi satelit telah menjadikan masyarakat dunia lebih rapat sehingga merentasi sempadan.

Ulaskan kepentingan dan peranan teknologi satelit terhadap hubungan dan komunikasi masyarakat dunia.

5. Bahasa itu maruah bangsa

yang mesti dipelihara martabatnya agar tetap kukuh dan ampuh melayari lautan bijaksana salam ikatan mesra dan teguh.

( Dipetik daripada Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 20)

Berdasarkan rangkap sajak di atas, bincangkan usaha-usaha dalam memartabatkan Bahasa Kebangsaan kita.

(4)

Bahagian A: Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan [ 30 markah] Kriteria Penskoran

PERINGKAT MARKAH KRITERIA

CEMERLANG

26-30 (28-30)

(26-27)

 Karangan MENEPATI tema bahan rangsangan.

 Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu. Penggunaan kosa kata luas dan TEPAT.

 Wacananya lengkap. Unsur bahasa yangg digunakan bervariasi dan menggunakan ungkapan yang menarik.

 Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dan dihuraikan dengan jelas dan matang.

KEPUJIAN

20- 25 (23-25)

(20-22)

 Karangan MENEPATI tema bahan rangsangan.

 Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Tanda baca betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu. Penggunaan kosa kata LUAS.

 Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi.

 Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dan dihuraikan dengan JELAS.

MEMUASKAN

15-19 (17-19) (15-16)

 Karangan MASIH menepati tema bahan rangsangan.

 Bahasa MASIH gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca MASIH betul dan TEPAT. Ejaan MASIH mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu. Penggunaan kosa kata umum.

 Wacananya MASIH lengkap. Unsur bahasa MASIH bervariasi.

 Idea MASIH relevan dengan tema bahan rangsangan. Huraian idea MASIH jelas.

(5)

 Wacananya KURANG lengkap. Unsur bahasa KURANG bervariasi.

 Idea KURANG relevan dengan tema bahan rangsangan dan huraiannya KURANG jelas.

PENCAPAIAN MINUMUM

01-09 (06-09) (01-05)

 Calon tidak menunjukkan oenguasaan kemahran menulis.  Banyak kesalahan bahasa dari segi kata dan ayat.

 Idea TIDAK menepati tema bahan rangsangan.

Bahagian B: Karangan [100 markah] Perincian Pemarkahan.

Cara pemeriksaan.

1. Pemeriksaan dilakukan secara HOLISTIK berpandukan peringkat dan kriteria yang ditetapkan.

2. Jika karangan:

a. Kurang daripada 350 patah perkataan, periksa seperti biasa. b. Terlalu panjang, periksan seperti biasa hingga ke akhir karangan. 3. Kesalahan format hendaklah ditolak maksimum 2 markah.

Tiada tajuk tolak 1 markah.

Tiada nama penulis tolak 1 markah

4. Kesalahan ejaan hendaklah ditolak ½ markah dan pemotongan maksimum ialah sebanyak 3 markah. Tiada pemotongan markah bagi kesalahan ejaan yang berulang.

Kriteria Penskoran

PERINGKAT MARKAH KRITERIA

CEMERLANG

80-100 (90-100)

(80-89)

 Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat.  Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis.  Ejaan dan tanda baca betul.

 Laras bahasa sesuai dengan tugasan.  Penggunaan kosa kata luas dan tepat.

 Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas dan matang, diserta dengan contoh yang sesuai.  Pengolahan menarik dan berkesan.

(6)

 Format menepati kehendak tugasan.  Penggunaan unsur bahasa bervariasi.

 Gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa.

KEPUJIAN

66-79 (73-79)

(66-72)

 Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat.

 Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum.

 Ejaan dan tanda baca betul.

 Laras bahasa sesuai dengan tugasan.  Penggunaan kosa kata luas dan tepat.

 Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas, disertakan dengan contoh yang sesuai.

 Pengolahan menarik dan berkesan.

 Wacana yang lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan.

 Penggunaan unsur bahasa mesih bervariasi.

 Gaya bahasa masih menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa.

BAIK

51-65 (58-65) (51-57)

 Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat.

 Penggunaan ayat majmuk gabungan gramatis tetapi terdapat keslahan yang minimum.

 Ejaan dan tanda baca masih betul.  Laras bahasa sesuai mengikut tugasan.  Penggunaan kosa kata umum.

 Idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi masih jelas dan contoh-contoh yang dikemukakan masih sesuai.

 Isi bercampur aduk, huraian kurang jelas, tidak seimbang dan contoh-contoh yang dikemukakan masih sesuai.

 Pengolahan masih menarik dan pemerengganan masih sesuai.

 Wacana masih lengkap ATAU wacana kurang lengkap.  Format menepati kehendak tugasan.

(7)

MEMUASKAN

36-50 (43-50) (36-42)

 Penggunaan pelbagai jenis kata yang terhad.  Ayat kurang gramatis.

 Ejaan dan tanda baca betul tetapi terdapat keslahan yang minimum.

 Penggunaan kosa kata umum tetapi terhad.

 Laras bahasa yang digunakan kurang sesuai dengan tugasan.

 Idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi kurang jelas dan contoh-contoh kurang sesuai.

 Pengolahan kurang menarik.

 Wacana masih lengkap ATAU wacana kurang lengkap.  Format menepati kehendak tugasan ATAU format

bercampur aduk.

 Penggunaan unsur bahasa kurang bervariasi.

 Gaya bahasa kurang menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan kurang berkesan.

KURANG MEMUASKAN

21-35 (28-35) (21-27)

 Penggunaan kata terbitan kurang tepat.  Ayat tidak gramatis.

 Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara.  Idea masih relevan / idea bercampur aduk dan huraian

tidak jelas / tidak berkemabnag dan contoh-contoh tidak sesuai.

 Pengolahan tidak menarik.

 Wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak seimbbang.

 Tidak menguasai unsur bahasa yang bervariasi.

 Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan yang lemah.

PENCAPAIAN

MINIMUM 01- 20

(11-20) (01-10)

 Keseluruhannya menunjukkan penggunaan kata dan ayat yang tidak gramatis.

 Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara.  Idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas / tidak

berkemabng dan contoh tidak sesuai.  Pengolahan tidak menarik.

 Wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak seimbang dan tidak sesuai.

 Gaya bbahasa dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan lemah dan tidak menarik.

(8)
(9)

1103/2 Bahasa Melayu Kertas 2 September 2013 2 ½ jam

SMK KAMPUNG GELAM , Melaka

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN 2013

BAHASA MELAYU Kertas 2

Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan. 2. Jawab semua soalan.

3. Jawapan bagi Soalan 2 (b), Soalan 2 (c), Soalan 2 (d) dan Soalan 4 berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman.

(10)

Soalan 1: Rumusan [ 30 markah ]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat rumusan tentang langkah-langkah melestarikan teknologi hijau dan kekangan untuk melaksanakannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Perubahan iklim dunia ketika ini mengakibatkan beberapa fenomena yang boleh mengancam kehidupan manusia jika tidak ditangani dengan segera. Kenaikan aras laut, lapisan ozon yang semakin menipis, pencairan bongkah ais, kejadian ribut dan gempa bumi adalah antara fenomena yang menakutkan umat sejagat. Lantaran itu, pemimpin tertinggi negara ini bersepakat memberikan komitmen dan tindakan jitu untuk bersama-sama mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau.

Di negara kita, teknologi hijau sedang berkembang penggunaannya dalam pelbagai bidang. Kerajaan sendiri memperuntukkan dana sebanyak RM1.5 bilion dalam belanjawan 2010 bagi mempromosikan penggunaan teknologi hijau. Faedah teknologi hijau ini begitu banyak seperti meningkatkan produktiviti sumber semula jadi dan populasi serta mengurangkan perbelanjaan kerajaan untuk merawat setiap pencemaran yang berlaku. Penggunaan teknologi hijau mampu merangsang inovasi dan perubahan cara hidup seharian manusia. Kerajaan turut menstruktur semula dan menambah fungsi beberapa kementerian seperti mewujudkan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. Untuk memastikan adanya penyelarasan di peringkat tertinggi, kerajaan telah menubuhkan Majlis Teknologi Hijau.

Untuk membantu kerajaan melaksanakan dasar teknologi hijau, remaja ada peranan mereka sendiri. Golongan remaja sebagai pewaris negara ini hendaklah mengimplementasikan dasar teknologi hijau dalam kegiatan seharian. Remaja hari ini mempunyai tanggungjawab besar bagi menjaga bumi tercinta. Remaja mesti menghayati pendidikan mengenai teknologi hijau, khususnya tonggak dan objektif yang menjadi dasar teknologi hijau. Sebenarnya, sebahagian besar rakyat Malaysia masih belum mempunyai kesedaran yang tinggi dan mendalam tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan penggunaan teknologi hijau. Misalnya, plastik, kaca, kertas dan sisa makanan tidak dibuangkan di dalam tong yang berasingan. Oleh hal demikian, kanak-kanak seawal usia rebung mesti dididik untuk menghargai alam semula sekitar.

Tidak ada gunanya kerajaan memperuntukkan bajet bagi mempromosikan teknologi hijau jika kita semua tidak menukar minda. Semua pihak hendaklah mempraktikkan teknologi hijau dari rumah, bermula dalam lingkungan keluarga dan rakan. Tentu ada antara kita yang pernah melihat atau didedahkan kepada kempen pembuangan sampah. Amalan kitar semula melalui penyediaan empat tong sampah berasingan di setiap kawasan kejiranan dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat.

(11)

Tegasnya, penjagaan alam sekitar bukan tanggungjawab kerajaan. Sebaliknya, tanggungjawab dan amanah menjaga alam sekitar untuk kehidupan kini dan masa depan mesti dipikul bersama-sama. Hakikatnya, kita meminjam dunia hari ini daripada generasi masa hadapan.

(Dipetik dan diubah suai daripada rencana ‘Teknologi Hijau, Peranan Remaja Dituntut oleh Muhamad Haffy Zikry, Dewan Siswa , Februari 2010)

Soalan 2: Pemahaman [ 35 markah ]

Soalan 2 (a) - Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata mengimplementasikan dasar ? [ 2 markah ]

(ii) Apakah faedah-faedah teknologi hijau? [ 3 markah ]

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah program kitar semula kurang mendapat sambutan dalam

(12)

Soalan 2 (b) - Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Mengapakah Mak Timah mengambil anak Siew Lan? [2 markah] (ii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang sesuai

diambil untuk membendung gejala pembuangan bayi ? [3 markah] (iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan

satu persoalan yang lain daripada keseluruhan cerpen. [4 markah]

“Dia mahu kasi orang, tak ada orang mahu,” “Kalau tak ada orang mahu dia mahu buang itu budak,” Bibik menerangkannya lagi. Mak Timah terperanjat mendengar penerangan bibik. Anaknya Katijah dan Munah, merengek-rengek lalu menyuruh Mak Timah mengambil budak itu. Timbul rasa kasihan mendengar nasib bayi yang tidak berdosa itu. Munah dan Katijah terus meminta dia mengambil anak Siew Lan. Sementara itu, hati Mak Timah bertambah belas mengenangkan budak itu akan dibuang. Dia belas pada kanak-kanak yang tidak berdosa. Mak Timah terfikir, dia akan mendapat pahala jika mengambil budak itu. Pada Mak Timah, jika pandai dibela akan besar juga nanti budak itu.

“Lu, mahu anak Siew Lan, ambillah. Kita kasi, kalau lu mahu. Semua duit angkat sumpah, kita kasi. Kita kasi lagi lu duit satu ratus lima puluh ringgit.” Bibik membuat tawaran seolah-olah menjual beli barang-barang lagaknya. Mak Timah terfikirkan hutang yang sedang ditanggung oleh suaminya. Duit seratus lima puluh ringgit pada masa itu, lumayan betul.

“Ambillah mak, ambillah. Jah nak adik, Jah nak adik!” Katijah merengek, meminta dia mengambil anak Siew Lan.

(Dipetik daripada Cerpen ‘Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong’ Oleh Mohamed Latiff Mohamed dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(13)

Soalan 2 (c) - Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud aku bercintakan anakku.

[2 markah] (ii) Apakah yang berlaku terhadap Tuan Puteri Cenderawati

sepanjang ketiadaan Indera Nata?

[3 markah] (iii) Pada pendapat anda, apakah tanggungjawab seorang anak

kepada seorang ibu?

[3 markah] Maka kata inang pengasuh itu, “Sungguhlah tuan puteri itu beranak seorang laki-laki bernama Indera Nata tetapi sekarang ini Indera Nata itu telah lamalah sudah hilang disuruh oleh Raja Rom pergi mencari gajah bergandingkan emas serta tuan puteri tujuh orang.”

Maka kata Indera Nata, “Hai mak inang, akulah ini Indera Nata serta tuan puteri tujuh orang itu dan adalah aku bawa ini!”

Mak mak inang pun segeralah membukakan pintu itu lalu ia pergi memberitahu akan Tuan Puteri Cenderawati. Setelah bondanya menengar Indera Nata datang itu maka segeralah ia mendapatkan anakanda itu.

Arakian maka tuan puteri pun terlihatlah kepada tuan puteri tujuh orang itu dibawa oleh anakanda itu. Maka hati bondanya pun terlalu sukacita melihat anakanda itu. Maka lalu ia memeluk mencium anaknya itu seraya katanya, “Wah anakku tuan, hiduplah rasa hatiku tuan dan nyawa bonda tuan adapun selama anakku pergi itu tiadalah aku mau makan dan minum dan tidur daripada sangat aku bercintakan anakku ini!”

Hatta maka Indera Nata pun lalu menyembah serta sujud kepada bondanya itu serta kata bondanya sambil bercucuran air matanya, “Hai anakku Indera Nata, betapakah anakku beroleh gajah bergadingkan emas ini dan tuan puteri sekalian?”

(Dipetik daripada “Hikayat Indera Nata” dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(14)

Soalan 2 (d) - Sajak

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

ADAT SEZAMAN

Peradaban zaman semakin berlalu meninggalkan kesan mendalam

terlalu indah apabila dipandang terlalu mulia apabila diselidik santun si dara jadi idaman

warak si teruna jadi ikatan si tua tersenyum mesra memandang teruna dara sama cantik sama padan berganding bersama di singgahsana ... Masa itu telah jauh zaman sudah berlalu

santun sang dara

dan warak sang teruna telah lenyap si tua berduka lara

memandang teruna dara berganding tanpa silu

tanpa hormat tanpa batasan

adat sezaman di tinggal jauh adat agama dipandang remeh adat kuning jadi ikutan.

Wan Nazihah Wan Abdullah Antologi Harga Remaja,

Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009.

(i) Mengapakah kehidupan anak muda sekarang berubah? [2 markah] (ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang dapat

(15)

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah]

Jawab semua soalan

(a) Tulis dua ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan perbezaan maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) bunga (ii) haus (iii) gugur

[6 markah]

(b) Tukarkan ayat di bawah ini kepada ayat songsang tanpa mengubah maksud asal ayat tersebut.

(i) Pak Samad telah menjemput Fuad ke rumahnya untuk kenduri tahlil.

(ii) Penduduk kampung telah mengadakan gotong-royong membina surau bersama-sama dengan angkatan tentera.

(iii) Tsunami telah melanda Acheh dan Jepun selepas berlakunya gempa bumi berskala besar.

[6 markah] (c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu tanpa menulis ayat itu semula. Anda tidak boleh mengubah struktur dan maksud asal ayat tersebut.

(i) Guru-guru hendaklah memperkukuhkan ilmu saikologi bagi menghadapi murid pada zaman teknologi maklumat.

(ii) Hajjah Rogayah telah menghadiahkan anak tunggalnya sebuah rumah sempena ulang tahun kelahiran anaknya itu.

(iii) Gejala hedonisme telah mempengaruhi remaja kita dengan pelbagai pembuatan yang bersifat anti-sosial.

(16)

(d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu tanpa menulis ayat itu semula. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan bahasa itu.

(i) Semua rakyat mesti saling bantu-membantu sewaktu menghadapi kemiskinan ekonomi yang tidak menentu.

(ii) Murid diminta berdiri untuk menyanyikan lagu patriotik bagi penghormatan kepada negara.

(iii) Pengetua Sekolah-Pengetua Sekolah akan diberikan kenaikan darjat sempena sambutan Hari Guru Malaysia pada tahun ini.

[ 6 markah ]

(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut.

(i) Kedudukan pekerja Syarikat ABC seperti ……… kerana kedudukan kewangan syarikat amat kritikal.

(ii) Semua ahli masyarakat hendaklah bergotong-royong bak kata orang tua-tua ………..

(iii) Ibu bapa mesti mendidik anak-anak tentang amalan berbudi bahasa sejak kecil bak kata pepatah ……….

(17)

Soalan 4 : Novel [15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (i) Papa … (akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof (ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah

(iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah (iv) Renyah karta Gunawan Mahmood

(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain

(vi) Kabus di Perkukitan karya Mohamad Kholid Hamzah (vii) Sutera dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan

(a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan tema yang terdapat dalam novel tersebut.

[7 markah] (b) Jelaskan satu nilai ketabahan yang terdapat dalam dua buah novel yang telah anda kaji.

[8 markah]

(18)

SKEMA JAWAPAN Markah penuh : 110 markah Soalan 1

Markah penuh 30 dibahagi kepada : (a) Isi - 20 markah (b) Bahasa - 10 markah (a) Isi [20 markah]

Nota :

(i) Panduan mengira perkataan.

Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan :  Nama khas

 Perkataan berulang

 Penggunaan kata sendi di dan ke  Tarikh

 Angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan  Gelaran

(ii) Kira dan tanda jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja sebelum diperiksa.

(iii) Periksa jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja. Yang selebihnya tidak perlu diperiksa.

(iv) Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.

Bahagian Markah Markah

(i) Pendahuluan 2

(ii) Isi Tersurat 4 5 6 7 8 9 10 11 12 16

(ii) Isi Tersirat 12 11 10 9 8 7 6 5 4

(iv) Penutup/ Kesimpulan

2

(19)

Soalan 1: Rumusan Pendahuluan:

Petikan membincangkan cara-cara / usaha-usaha / tindakan-tindakan /

modus operandi melestarikan teknologi hijau di negara kita / di negara ini / di negara Malaysia.

2 m Isi Tersurat ( Langkah-langkah melestarikan teknologi hijau )

1. pemimpin tertinggi negara ini bersepakat memberikan komitmen dan tindakan jitu untuk bersama-sama mengurangkan pengeluaran gas

rumah hijau. 2 m

2. kerajaan sendiri memperuntukan dana sebanyak RM1.5 bilion dalam

belanjawan 2010 bagi mempromosikan penggunaan teknologi hijau. 2 m 3. kerajaan turut menstruktur semula dan menambah fungsi beberapa

Kementerian 2 m

4. kerajaan telah menubuhkan Majlis Teknologi Hijau. 5. golongan remaja sebagai pewaris negara ini hendaklah

mengimplementasikan dasar teknologi hijau. 2 m

6. remaja mesti menghayati pendidikan mengenai teknologi hijau 2 m 7. anak-anak mesti dididik seawal usia rebung untuk menghargai

alam sekitar. 2 m

8. semua pihak hendaklah mempraktikkan teknologi hijau dari rumah,

bermula dalam lingkungan keluarga dan rakan. 2 m

9. Amalan kitar semula melalui penyediaan empat tong sampah berasingan di setiap kawasan kejiranan dimanfaatkan

sepenuhnya oleh masyarakat. 2 m

Isi tersirat: ( kekangan melanksanakannya )

a. ibu bapa tidak mendidik anak-anak mengamalkan teknologi hijau 2 m b. kurang kesedaran masyarakat tentang kepentingan teknologi hijau 2 m c. kerajaan kurang bajet melaksanakan projek teknologi hijau 2 m

d. teknologi hijau kurang diterap dalam sekolah 2 m

e. pihak peniaga mementingkan keuntungan berbanding memelihara

alam sekitar 2 m

[ terima mana-mana jawapan murid sekira betul ] Penutup:

Kesimpulannya, (isu) langkah-langkah melestarikan teknologi hijau hendaklah / haruslah / (cadangan) diperkasa / diberikan perhatian /

(20)

(b) Bahasa [10 markah]

Asas pemberian markah bahasa tertakluk kepada markah isi seperti yang dinyatakan dalam jadual berikut :

Peringkat Markah Isi Markah Bahasa Huraian Baik 18 – 20 15 – 17 9 – 10 7 - 9

- Kesinambungan isi baik - Struktur ayat / tatabahasa baik - Kosa kata luas

- Tanda bacaan/ejaan betul Sederhana 12 – 14

8 – 11

6 – 7 4 - 6

- Kesinambungan isi masih baik

- Struktur ayat/tatabahasa masih memuaskan - Kosa kata masih memuaskan

- Tanda bacaan/ejaan juga memuaskan Lemah 1 – 7 1 - 4 - Pada keseluruhannya dalam serba

kekurangan/ tidak memuaskan

Nota

(i) Jika bahasanya agak baik, tambah 1 markah lagi. (ii) Jika bahasanya kurang memuaskan, tolak 1 markah.

(iii) Jika disalin bulat-bulat perkataan demi perkataan, ayat demi ayat, walaupun jumlah perkataan kurang daripada 120 patah perkataan, berikan 0 markah. (iv) Jika rumusan kurang daripada 120 patah perkataan, markah tidak dipotong.

(21)

Soalan 2

Markah penuh 35 markah dibahagikan kepada : Soalan 2(a) : 9 markah

Soalan 2(b) : 9 markah Soalan 2(c) : 8 markah Soalan 2(d) : 9 markah Perhatian bagi soalan 2 (a) hingga soalan 2(d)

1. Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri.

2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap/sempurna. 3. Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu betul,

berikan separuh (50%) daripada markah yang diperuntukkan sahaja.

Panduan Pemarkahan Soalan Pemahaman 1. Soalan 2 markah

DESKRIPSI MARKAH

- Jawapan tepat mengikut konteks/isi cukup dan ayat gramatis 2

- jawapan kurang tepat/isi tidak cukup 1

- jawapan tidak tepat/salah 0

2. Soalan 3 markah

DESKRIPSI MARKAH

- Isi cukup dan lengkap /relevan dengan tugas dan ayat Gramatis

3 - isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis

- isi tidak cukup/kurang lengkap tetapi ayat gramatis

2 - isi tidak cukup/ kurang dan ayat kurang gramatis 1 - isi tidak betul/tidak relevan dengan tugasan, ayat gramatis 0

3. Soalan 4 markah

DESKRIPSI MARKAH

- isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat Gramatis

4 - isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis 3

(22)

Soalan 2 (a): Petikan Rumusan

(iv) Berikan maksud rangkai kata mengimplementasikan dasar ? maksudnya: proses melaksanakan / mengusahakan /melakukan

keputusan / ketetapan / prinsip yang ditetapkan

[ 2 markah ] (v) Apakah faedah-faedah teknologi hijau?

- meningkatkan produktiviti sumber semula jadi dan populasi 1 m - mengurangkan perbelanjaan kerajaan untuk merawat setiap 1 m

pencemaran yang berlaku.

- merangsang inovasi dan perubahan cara hidup seharian manusia. 1 m [ 3 markah ] (vi) Pada pendapat anda, mengapakah program kitar semula kurang mendapat sambutan dalam

kalangan masyarakat?

- kurangnya kempen dalam kalangan masyarakat 1 m

- ibu bapa tidak menunjukkan teladan kepada anak-anak berkaitan

amalan kitar semula 1 m

- penguatkuasaan kurang berkesan. 1 m

- tidak mendapat sokongan daripada pihak lain seperti media massa,

pihak swasta dan lain-lain. 1 m

[ terima mana-mana jawapan murid sekira betul ]

(23)

Soalan 2 (b): Petikan Cerpen

(i) Mengapakah Mak Timah mengambil anak Siew Lan?

- Anaknya Katijah dan Munah, merengek-rengek lalu menyuruh

Mak Timah mengambil budak itu. 1 m

- Munah dan Katijah terus meminta dia mengambil anak Siew Lan. 1 m - hati Mak Timah bertambah belas mengenangkan budak itu akan dibuang. 1 m - dia akan mendapat pahala jika mengambil budak itu. 1 m - Mak Timah terfikirkan hutang yang sedang ditanggung oleh suaminya. 1 m

[2 markah] (ii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang sesuai diambil untuk membendung

gejala pembuangan bayi ?

- menanamkan nilai dan hukum agama pada masyarakat. 1 m - masyarakat mesti prihatin dengan tindakan remaja di sekeliling. 1 m - kerajaan menguatkuasakan undang-undang terhadap mereka. 1 m

yang membuang bayi dengan tegas. 1 m

- Penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran

di sekolah. 1 m

[ terima mana-mana jawapan murid sekira betul ]

[3 markah] (iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan yang lain

daripada keseluruhan cerpen. Dalam petikan:

- persoalan tentang belas kasihan sesama manusia tanpa mengira agama dan bangsa. Mak timah sanggup membela

Pungut walaupun seorang anak cacat dan berbeza agama. 1+1 m Dalam cerpen:

- persoalan kepincangan masyarakat terhadap penerimaan anak yang cacat. Siew Lan tidak menyukai anaknya kerana anak

tersebut cacat dan dikatakan membawa sial. 1+1 m

- persoalan tentang ketabahan dalam menjalankan tanggungjawab yang berat. Mak Timah tetap menguruskan Pungut yang cacat

walaupun ketika Mak Timah sedang sakit. 1+1 m

(24)

Soalan 2 (c): Petikan Prosa Tradisional (i) Berikan maksud aku bercintakan anakku.

- maksudnya : Tuan Puteri Cenderawati rindu akan Indera Nata. dia merindui puteranya / anaknya

[ pilih satu jawapan sahaja ]

[2 markah] (ii) Bagaimanakah keadaan Tuan Puteri Cenderawati

sepanjang ketiadaan Indera Nata? - tidak mahu makan

- tidak mahu minum - tidak mahu / boleh tidur - sangat merindui Indera Nata

[3 markah] (iii) Pada pendapat anda, apakah tanggungjawab seorang anak

kepada seorang ibu? - menziarahi ibu selalu

- mendoakan kesejahteraan untuk ibu - beri duit belanja

- bawa ibu melancong / mengerja umrah / haji [ terima mana-mana jawapan murid sekira betul ]

(25)

Soalan - 2 (d): Sajak

(i) - peradaban zaman semakin berlalu.

- adat sezaman di tinggal jauh / zaman sudah berlalu. - adat agama dipandang remeh.

- adat kuning jadi ikutan.

[ Maksimum: 2 markah ] (ii) - berpegang teguh pada ajaran agama dan nilai-nilai timur.

- ibu bapa mendidik dan membimbing anak-anak. - ibu bapa memantau aktiviti anak-anak.

- masyarakat prihatin terhadap aktiviti remaja.

- pihak berkuasa mengadakan program ceramah dan motivasi/ kempen budi bahasa dan nilai-nilai murni.

- media menyiarkan program yang berfaedah.

- kerajaan mengawal program-program yang disiarkan oleh pihak media. - penguatkuasaan undang-undang bagi menyekat media negatif.

[ Maksimum: 3 markah ] (iii) - Kita hendaklah mengikut adat dan berpegang teguh pada ajaran agama kerana adat dan agama mampu menjadi panduan untuk mengekang masyarakat daripada melakukan perkara yang melanggar norma-norma hidup.

- Kita hendaklah mempunyai nilai jati diri yang utuh, iaitu remaja mempunyai nilai jati diri yang tinggi, mereka pasti akan menjunjung adat ketimuran.

- Kita hendaklah bijak memilih pasangan kerana seseorang yang rasional akan memilih pasangan yang berpegang teguh pada ajaran agama / adat dan budaya bangsa supaya terhindar daripada pergaulan bebas.

- Kita janganlah terpengaruh dengan budaya kuning kerana budaya kuning merosakkan nilai-nilai moral yang baik.

- Anak muda hendaklah menjauhi pergaulan bebas supaya tidak mencemarkan maruah diri.

[ terima mana-mana jawapan murid sekira betul ]

(26)

Soalan 3

Markah penuh 30 markah dibahagikan kepada : Soalan 3(a) : 6 markah

Soalan 3(b) : 6 markah Soalan 3(c) : 6 markah Soalan 3(d) : 6 markah Soalan 3(e) : 6 markah Perhatian bagi soalan 3(a)

1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul.

2. Tolak ½ markah bagi kesalahan ejaan/ jalan bahasa/ tanda baca daripada keseluruhan soalan.

3. Perkataan berkenaan digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah. 4. Perkataan digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah.

5. Sengaja menambah atau menukar imbuhan, berikan 0 markah.

6. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak ½ markah bagi setiap ayat.

7.Jika semua frasa digunakan dalam satu ayat, berikan pertimbangan sebagai satu ayat.

8. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya. 9. Isi tidak jelas, tolak ½ markah bagi ayat tersebut sahaja.

Jawapan 3(a) (i) bunga

- kuntum yang keluar daripada batang atau tangkai pokok - laba / keuntungan daripada pelaburan

- langkah silat (ii) haus

- dahaga / berasa kering tekak dan ingin minum

(27)

(ii) a. Bersama-sama dengan angkatan tentera, penduduk kampung telah mengadakan gotong-royong membina surau.

b. Dengan angkatan tentera, penduduk kampung telah mengadakan gotong-royong membina surau bersama-sama.

(iii) Selepas berlakunya gempa bumi berskala besar, Tsunami telah melanda Acheh dan Jepun.

[ 6 markah ] Jawapan 3(c)

(i) saikologi - psikologi

memperkukuhkan - memperkukuh

(ii) Hajjah - Hajah

menghadiahkan - menghadiahi

(iii) anti-sosial - antisosial pembuatan - perbuatan

[ Maksimum: 6 markah ] Jawapan 3(d)

(i) kemiskinan - kegawatan

saling bantu-membantu - saling membantu

(ii) patriotik - rasmi

bagi - sebagai

(iii) darjat - pangkat

Pengetua Sekolah-Pengetua Sekolah - Pengetua-Pengetua Sekolah

[ Maksimum: 6 markah ] Jawapan 3(e) Peribahasa

(i) abu di atas tunggul

(ii) berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. (iii) melentur buluh biarlah dari rebungnya.

(28)

Soalan 4

Markah penuh 15 markah Panduan pemarkahan bagi soalan 4

(a) i) Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dipelajari ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap

iii) Beri 2 markah bagi setiap isi yang lengkap/ jelas (pernyataan dan huraian/contoh) iv) Beri 1 markah bagi isi yang kurang lengkap/ kurang jelas

v) Markah isi maksimum 4 markah vi) Markah bahasa maksimum 3 markah vii) Markah bahasa diberi secara impression

Baik : 3 markah Sederhana : 2 markah Lemah : 1 markah

viii) Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa (ix) Calon tidak menjawab 0 markah

[Maksimum : 7 markah]

(b) (i) Jawapan berdasarkan dua buah novel yang dipelajari (ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap (iii) Beri 1 markah untuk pernyataan

(iv) Berikan 2 markah untuk pernyataan dan huraian/contoh (v) Markah isi maksimum 6 ( 3 isi x 2 markah)

(vi) Markah bahasa maksimum 2 markah (vii) Markah bahasa diberi secara impression

(29)

Jawapan Soalan 4 (a) Tema

1. Tema novel Renyah Konflik Kekeluargan

-i. Dato Dolhi tertekan dengan sikap anak-anaknya yang tidak mahu meneruskan perniagaannya.

ii. Dato Dolhi tertekan dengan tingkah laku anak-anaknya seperti Hasnol yang terlibat dengan rasuah, Dani terlibat dengan dadah, Ilham terlibat dengan demontrasi haram dan Mukhlis terlibat dengan ajaran songsang.

iii Datin Tominah tidak menerima hakikat bahawa suaminya mempunyai isteri lain. iv. Datuk Dolhi rasa bersalah kerana tidak membesarkan anaknya Wahi.

v. Anak-anak Datuk Dolhi bertengkar sesama sendiri tentang sikap dan pendirian masing-masing.

2. Tema novel Sutera Dalam Lukisan ialah konflik jiwa :

-i. Bujei mengalami konflik jiwa sehingga menjadi abnormal kerana dia dituduh telah menyebabkan ibunya meninggal dunia.

ii. Adila membawa diri ke kampung kerana mengalami kekecewaan apabila kekasihnya berkahwin.

iii. Alias mengalami konflik jiwa sehingga menjadi tidak siuman apabila pinangannya ditolak oleh Adilah.

iv. Harun mengalami konfliks jiwa apabila kehendaknya untuk mendapatkan tanah pusaka Bujei tidak mendapat sokongan Sidang Saman

(b) 1. Nilai ketabahan dalam novel Renyah :

i. Datuk Dolhi tabah menghadapi kerenah anak-anaknya yang tidak mahu mendengar nasihatnya.

Contoh: Hasnol tidak mahu berhenti kerja bagi menyambung usaha Datuk Dolhi dalam perniagaan.

(30)

iii. Datuk Dolhi tabah menghadapi perlakuan isterinya Datin Tominah.

Misalnya: Datin Tominah marah apabila mengetahui Datuk Dolhi mempunyai anak dan isteri lain.

iv. Datuk Dolhi tabah menyelamatkan anak-anaknya.

Contohnya: Datuk Dolhi mencari Mukhlis dan dihantar ke hospital dan menghantar Dani ke Pusat Pemulihan Dadah.

2. Nilai ketabahan dalam novel Sutera Dalam Lukisan : i. Adilah tabah menghadapi putus tuning.

Misalnya: Adilah telah membawa diri ke kampung bagi mencari ketenangan apabila tunangnya berkahwin dengan orang lain.

ii. Adilah tabah menghadapi tomahan dan fitnah

Misalnya: Adilah tabah menghadapi tomahan dan fitnah berikutan usahanya memulihkan Bujei.

iii. Bujei tabah menghadapi kepayahan hidup.

Contohnya: Bujei tabah menghadapi hidup sebagai anak yatim-piatu dan berada dalam kemiskinan.

iv. Adilah tabah memulihkan Bujei.

Adilah sabar dan tabah berusaha memulihkan Bujei dan akhirnya, usaha beliau berjaya.

Gambar

Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada manfaat membaca. Huraikan pendapat anda tentang manfaat membaca

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan hasil analisa data yang diperoleh saat melakukan hand hygiene diperoleh nilai kepatuhan para petugas rumah sakit dalam kepatuhan mereka melakukan cuci

Secara komprehensif Sosiologi Komunikasi mempelajari interaksi sosial dengan segala aspek yang berhubungan dengan iteraksi tersebut seperti bagaimana interaksi (komunikasi)

Oleh sebab itu diperlukan salah satu cara mengamankan informasi tersebut adalah dengan mengembangkan aplikasi chatting kriptografi dimana informasi yang akan dikirimkan

Pejabat eselon II yang secara fungsional bertanggung jawab di bidang kepegawaian yang bersangkutan kepada Sekretaris Jenderal Departemen, Sekretaris Jenderal Lembaga Tinggi

Hasil penelitian tindakan kelas yang telah dilakukan melalui pendekatan Scientific dengan model Problem Based Learning dalam upaya meningkatkan pemahaman konsep

Pembelajaran berbasis komputer juga sangat penting bagi siswa karena, (1) siswa akan lebih mudah dan cepat memahami materi pembelajaran yang bersifat abstrak,

Hikayat banyak mengandung nilai kehidupan. Beberapa jenis nilai dalam karya sastra antara lain nilai reliji, moral, sosial, budaya, estetika dan edukasi. a) Nilai reliji adalah

Wahidahwati, S.E., M.Si., Ak., CA., selaku Ketua Program Studi Akuntansi Sekolah Tinggi Ilmu Ekonomi Indonesia (STIESIA) Surabaya dan sebagai dosen pembimbing penulisan