• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAHASA MELAYU TAHUN 5 PENILAIAN BULAN MAC KERTAS 1 Masa : Satu jam lima belas minit. Nama :. Tarikh :./ 3 / 2016 Tahun : 5 ( ) BAHAGIAN A [20 markah]

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "BAHASA MELAYU TAHUN 5 PENILAIAN BULAN MAC KERTAS 1 Masa : Satu jam lima belas minit. Nama :. Tarikh :./ 3 / 2016 Tahun : 5 ( ) BAHAGIAN A [20 markah]"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

BAHASA MELAYU TAHUN 5 PENILAIAN BULAN MAC

KERTAS 1

Masa : Satu jam lima belas minit

Nama : ………. Tarikh : …./ 3 / 2016

Tahun : 5 ( )

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.

3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih

satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.

BAHAGIAN A [20 markah] Soalan 1 hingga 16

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai .

1 Maharaja dan maharani sangat disenangi oleh rakyat. Hati ____________ berdua amat mulia. A kalian

B mereka C baginda D tuan hamba

2 Semasa perhimpunan, murid-murid _________________ mengikut kelas. A berguling

B berkawad C berbaris D berlari

3 Ibu bapa boleh _____________ anak mereka ke tahun satu selepas melengkapkan borang ini. A mengurus

B memberitahu C mendaftarkan D mengumumkan

4 Pemilik kedai ___________________ makanan kepada kami. A mencari

B menatang C menjualkan D menghidangkan

(2)

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5 Adik meletakkan se____________________ bunga di tepi katil nenek. A jambangan

B kuntum C tangkai D ikat

6 Kim Seng berasa _______________ apabila menerima hadiah daripada guru besar. A tenteram

B bangga C selesa D sabar

7 Petani itu memberikan se__________________ lidi kepada anak-anaknya. A raut

B berkas C potong D bungkus

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

8 Mereka menonton rancanagn televisyen bersama-sama untuk merapatkan hubungan ___________. A kekeluargaan

B berkeluarga C keluarga D keluar

(3)

9 Kuku yang panjang perlu diketip ________________ kotoran tidak melekat di sana. A dan

B supaya C jikalau D kerana

10 Pekerja di restoran itu ialah bekas _________________ lulusan dalam bidang kulinari. A maharaja

B maharani C mahaguru D mahasiswa

11 Pemuda yang rajin itu bekerja seperti _________________________. A ikut jejak

B buah mulut C ringan tulang D lipas kudung

12 Ketua kampung ___________________ untuk mencari punca kehilangan buah-buah mangga itu. A mati akal

B buah fikiran C panjang tangan D pembasuh mulut

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.

13 Busut ialah sarang ___________ yang dibina daripada tanah. A semut

B anai-anai C kura-kura D kerengga

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

14 Pemuda itu dilanggar motosikal semasa dia hendak melintas jalan raya. A Jalan raya itu berlaku kemalangan kepada pejalan kaki dengan motosikal.

B Jalan raya pemuda itu sering dilanggar oleh pejalan kaki yang lalu dengan motosikal. C Semasa pemuda itu hendak melintasi jalan raya, dia terlanggar motosikal.

D Semasa pemuda itu hendak melintasi jalan raya, dia dilanggar motosikal.

(4)

15. “Jangan dibunuh semut-semut itu,” kata nenek kepada Amirul. A Nenek memberitahu Amirul membunuh semut-semut itu. B Nenek melarang Amirul membunuh semut-semut itu C Nenek memarahi Amirul membunuh semut-semut itu. D Nenek menyuruh Amirul membunuh semut-semut itu. Pilih ayat yang betul.

16 A Bayaran ke pameran Sains itu terlalu mahal sangat.

B Kebanyakan bahan yang dipamerkan berasal daripada Timur Tengah. C Setengah pengunjung datang ke pameran ialah murid sekolah.

D Sila dapatkan maklumat tentang pameran itu di kaunter pertanyaan. Soalan 17 hingga 20

Baca petikan di bawah,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai hutan semula jadi yang luas. Terdapat beberapa spesies haiwan liar yang menghuni hutan tersebut seperti gajah, badak sumbu, kijang, orang utan, harimau, dan pelbagai jenis unggas.

Walau bagaimanapun, kini haiwan-haiwan yang tinggal bebas di hutan telah hampir pupus kerana perbuatan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab. Mereka telah memburu dan membunuh haiwan-haiwan tersebut. Tujuan mereka memburu haiwan liar tersebut kerana mereka percaya bahawa daging haiwan itu mempunyai khasiat yang luar biasa. Ada juga yang membunuh haiwan hanya untuk mendapatkan tulang, gading atau bahagian tertentu.

Haiwan liar juga semakin pupus kerana kepesatan pembangunan negara. Antaranya penerokaan hutan bagi tujuan perumahan dan perindustrian serta pembinaan empangan untuk janakuasa elektrik ataupun pengairan kawasan pertanian. Hal yang demikian, menyebabkan haiwan liar lari ke kawasan baru untuk mencari makanan dan perlindungan.

Kepupusan haiwan liar ini tidak harus dipandang sepi. Langkah awal yang perlu diambil oleh kerajaan adalah dengan mengawal penerokaan hutan. Di samping itu, undang-undang menyekat pemburuan haiwan liar perlu dikuatkuasakan terutama pemburuan secara haram.

Disebabkan kelalaian kita, genarasi akan datang tidak dapat melihat haiwan-haiwan liar ini kerana telah pupus. Mereka tidak dapat mengenali haiwan liar di negara mereka sendiri, bahkan mungkin tidak dapat menggambarkan bagaimana rupa bentuk haiwan tersebut yang sebenarnya. Oleh itu, kita mesti memelihara dan memulihara agar haiwan-haiwan ini tidak pupus. Berilah perlindungan yang sewajarnya kepada haiwan-haiwan tersebut.

(5)

17 Apakah yang dimaksudkan dengan haiwan liar? A Haiwan ganas yang biasa di hutan.

B Haiwan yang tinggal di dalam hutan. C Haiwan ganas tetapi boleh dijinakkan. D Haiwan yang tidak dipelihara.

18 Mengapakah haiwan liar diburu? A Harga bulunya yang sangat mahal. B Dijadikan bahan awet dan dipamerkan. C Dagingnya mempunyai khasiat luar biasa. D Dijinakkan dan dijadikan haiwan peliharaan.

19 Penebangan dan pembangunan pesat hutan telah mengakibatkan haiwan liar A berpindah ke tempat lain dan pupus begitu sahaja.

B meneruskan hidup di kawasan tersebut dan terus pupus

C berhijrah ke tempat lain untuk mencari makanan dan tempat tinggal D pupus dan hidup semula di kawasan baru dengan saiz yang berbeza.

20 Generasi akan datang tidak dapat menggambarkan rupa haiwan yang telah pupus kerana A takut untuk menggambarkannya.

B tidak pernah melihat haiwan yang sebenar. C haiwan liar tersebut sentiasa berpindah-randah. D hanya melihat lakaran gambar haiwan tersebut.

KERTAS SOALAN TAMAT

(6)

BAHAGIAN B

[30 markah]

Soalan 21

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberi.

oleh dari sejak daripada

di ke pada akan

Keng Huat dan kawan-kawannya pergi ke kilang membuat kain batik di Pengkalan Cepa, tidak jauh ____________ bandar Kota Bharu. Mereka diberi peluang __________ pelukis batik di situ untuk melakar corak pada kain batik. Keng Huat membeli sehelai kain batik untuk ibu, sehelai baju batik untuk ayah dan sehelai selendang yang dibuat ___________ sutera untuk kakak. Selesai makan tengah hari, mereka bertolak ke Pantai Cahaya Bulan untuk bersantai sambil menonton persembahan tradisional yang disediakan untuk orang ramai. Mereka sempat membeli cenderamata berupa wau di gerai yang terdapat di situ. Keng Huat ingin menggantungnya ____________ dinding biliknya nanti.

[ 4 markah ]

Soalan 22

a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.

_______________________________________________________________________________ Menjahit baju adalah kerja sambilan Puan Ani. [ 2 markah ]

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________

[ 2 markah ] MS 6

Saya suka melancong ke Pulau Ketam kerana pantainya yang bersih dan cantik.

(7)

c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Apakah simpulan bahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas? ________________________________________________

[ 2 markah ]

Soalan 23

Bulatkan kata adjektif yang terdapat dalam ayat di bawah.

a. Perjalanan ke tempat itu mengambil masa tiga hari kerana jaraknya yang amat jauh. b. Banjir melanda pantai timur setelah hujan turun dengan lebat selama beberapa hari. c. Kempen makan buah-buahan tempatan mendapat sambutan hangat daripada orang ramai. d. Suasana di pesta itu bertambah meriah apabila pertandingan diadakan.

e. Baju merah itu kepunyaan adik saya.

[5 markah]

Soalan 24

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Setiap orang memerlukan sahabat dalam hidupnya. Sahabat merupakan orang yang rapat dengan kita selepas kedua-dua orang tua kita. Sahabat memainkan peranan yang penting dalam hidup kita.

Sahabat dapat mempengaruhi perwatakan kita. Hubungan yang rapat antara kita dengan sahabat merupakan faktor utama situasi ini berlaku. Selain itu, kita lebih gemar berkongsi cerita atau masalah dengan sahabat berbanding dengan ibu bapa atau adik-beradik yang lain. Hal ini demikian kerana sahabat dianggap lebih memahami sikap dan perasaan kita.

Tambahan pula, sahabat yang mempunyai sikap-sikap positif dapat mempengaruhi kehidupan kita. Kita akan mudah mencontohi nilai-nilai positif yang ada pada diri sahabat kita. Oleh itu, kita akan mempunyai akhlak yang baik dan sahsiah yang tinggi.

Seorang sahabat yang baik akan sentiasa memberi dorongan dan nasihat kepada sahabatnya untuk melakukan sesuatu yang membawa kebaikan bersama.

Kesimpulannya, sahabat memainkan peranan penting dalam menentukan arah hidup kita. Oleh yang demikian, berhati-hatilah ketika memilih sahabat.

(8)

a. Bagaimanakah seorang sahabat mampu mempengaruhi perwatakan kita?

______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________

[2 markah] b. Nyatakan tiga sinonim untuk sahabat.

1. __________________________________

2. __________________________________

3. __________________________________ [3 markah]

c. Jika sahabat kamu melakukan kesalahan, apakah tindakan kamu ? Mengapa ?

______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________

[3 markah]

Soalan 25

Baca lagu di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Sepakat jadi amalan Sepakat beramai-ramai Ringan sama dijinjing

Kalau yang berat sama dipikul Sepakat jadi amalan

Sepakat sesama rakan Sikit sama dirasa

Banyaklah pula dikongsi sama Sepakat jadi amalan

Sepakat hati dan jiwa Senyum ramai yang senyum Tatkala sedih ramai temankan Sepakat jadi amalan

Sepakat bekerjasama Salam tangan dihulur

Tanda berkawan selama-lama

a. Apakah maksud rangkap pertama lagu di atas?

__________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________

[3 markah] MS 8

(9)

b. Apakah yang harus kita lakukan jika kawan kita bersedih?

__________________________________________________________________________________ [2 markah]

c. Tandakan ( √ ) bagi 2 nilai murni yang terdapat dalam petikan dan ( X ) 3 nilai murni yang tiada

dalam petikan. insaf amanah murah hati ramah mesra menjaga kebersihan [2 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh : Pn Norhayati Daud Disemak oleh : Puan Zaidah Muhaed

Referensi

Dokumen terkait

Agar penyelenggaraan pemilihan umum berjalan aman, tertib, lancar, bebas, rahasia, jujur, adil, dan tindak pidananya dapat ditegakkan secara kongkret maka di dalam

Berdasarkan tabel diatas diperoleh hasil perhitungan analisis determinasi diketahui bahwa R square (R 2 ) sebesar 0,189 atau sebesar 18,9% gaya kepemimpinan

Hasil uji anova menunjukkan bahwa antara metode GC dan alkoholmeter tidak terdapat perbedaan hasil secara signifikan sehingga metode GC dan alkoholmeter dapat digunakan

Berdasarkan uraian dari latar belakang di atas, maka yang menjadi rumusan masalah pada penelitian ini adalah: “apakah Pembelajaran Socrates Kontekstual efektif

Printer adalah perangkat output pada komputer yang digolongkan dalam peripheral komputer, yang berfungsi sebagai alat untuk mencetak keluaran dari proses yang dilakukan oleh

Untuk maksud ini sebelum proses pengembangan sistem dilakukan, maka harus dibuat terlebih dahulu skedul kerja yang menunjukkan tahapan-tahapan kerja dan tugas-tugas pekerjaan

Dari hasil analisis menggunakan Metode Pareto, jenis-jenis material yang dominan menimbulkan sisa pada proyek konstruksi yakni tiang pancang, tulangan D22,

Pembelajaran berbasis komputer juga sangat penting bagi siswa karena, (1) siswa akan lebih mudah dan cepat memahami materi pembelajaran yang bersifat abstrak,