1 Bahagian A: Imbuhan (10 markah)
Arahan: Pilih perkataan yang paling sesuai bagi setiap tempat kosong dalam petikan karangan di bawah ini. Kemudian, tulis angka jawapan pilihan kamu di dalam kurungan ( ) yang disediakan.
Amirul tidak sabar menunggu cuti sekolah yang akan datang. Dia dan keluarganya akan (1)_______ ke Bali untuk bercuti. Mereka sekeluarga akan berada di sana selama enam hari. Inilah kali pertama Amirul akan (2)_______ pengalaman menaiki sebuah kapal terbang.
Masa yang Amirul (3)_______ sudah tiba. Apabila sampai di Lapangan Terbang Changi, Amirul dan keluarganya pergi ke kaunter penerbangan untuk (4)_______ tiket mereka. Tepat jam sembilan pagi, mereka pun berjalan masuk ke dalam kapal terbang. Para penumpang diberi (5)_______ agar memakai tali pinggang keledar demi keselamatan mereka. Amirul berasa sangat ghairah. 1. (1) berangkat (2) diangkat (3) mengangkat (4) terangkat ( ) 2. (1) berasa (2) dirasakan (3) merasakan (4) terasa ( ) 3. (1) dinantikan (2) menanti (3) nantikan (4) ternanti ( ) 4. (1) diambil (2) mengambil (3) mengambilkan (4) terambil ( ) 5. (1) arahan (2) diarahkan (3) mengarah (4) pengarah ( )
2 Bahagian B: Peribahasa (8 markah)
Arahan: Setiap ayat ini menggambarkan maksud satu peribahasa. Padankan ayat tersebut dengan peribahasa yang paling sesuai daripada senarai yang diberikan. Kemudian, tulis angka jawapan pilihan kamu dalam kurungan (_____) yang disediakan.
6 Amir dilantik sebagai seorang pengawas kerana dia sangat baik hati. (________)
7 Setiap ahli kumpulan harus saling bersefahaman agar projek itu dapat dibuat dengan baik.
(________)
8 Miza selalu berhati-hati apabila bercakap kerana tidak mahu sakitkan hati kawan-kawannya.
(________)
9 Ayah Norman bercadang untuk mencari penghidupan di tempat lain pada tahun hadapan.
(________)
(1) ada jalan (2) anak emas
(3) hati emas (4) jaga mulut (5) jalan tengah (6) lepas tangan (7) membawa nasib (8) tolak ansur
3 Bahagian C: Melengkapkan Teks (10 markah)
Arahan: Pilih sepatah perkataan yang sesuai daripada senarai di bawah ini bagi setiap tempat kosong. Tulis angka jawapan pilihan kamu itu di tempat kosong yang disediakan
(1) banyak (2) fikiran
(3) gagal (4) jarang
(5) melakukan (6) mengambil
(7) perhatian (8) sambil
(9) walaupun (10) yang
“Hazif, kamu sudah mengulang kaji pelajaran? Ingat, ibu tidak mahu kamu (10)__________ lagi seperti peperiksaan yang lalu,” pesan Puan Nora kepada anaknya.
Hazif hanya mendiamkan diri. Dia sedang duduk di suatu sudut (11)__________ merenung buku-bukunya. Hazif tidak dapat menumpukan (12)__________ kepada bahan yang dibacanya itu.
Hati Hazif berdebar-debar. Dia belum bersedia untuk (13)__________ peperiksaan akhir tahunnya itu. Dia sedar bahawa dia lebih (14)__________ menghabiskan masa dengan bermain dengan telefon bimbitnya. Hazif kini sedar akan kesilapannya.
4 Bahagian D: Kefahaman Objektif (8 markah)
Arahan: Baca petikan karangan berikut ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan- soalan yang mengikutinya. Tulis angka pilihan kamu dalam tanda kurung ( ) yang telah disediakan.
Senaman sangat penting untuk kesihatan kita. Apabila kita bersenam, kita akan menjadi cergas dan dapat melakukan kerja seharian dengan lebih senang. Kita boleh melakukan senaman di mana-mana sahaja seperti di taman, padang dan juga di dalam rumah. Kita perlu pandai membahagikan masa agar kita dapat bersenam setiap hari. Kita boleh bersenam dengan pelbagai cara seperti berlari-lari anak, berbasikal, berenang dan lain-lain lagi.
Jika kita bersenam setiap hari, otot-otot kita menjadi semakin kuat dan berat badan kita juga dapat dikawal. Bukan itu sahaja, hati dan paru-paru dalam tubuh kita juga dapat bekerja dengan lebih baik. Orang yang gemar bersenam juga akan berasa lebih tenang dan mampu mengatasi tekanan dengan lebih berkesan. Amalan bersenam akan menjadikan kehidupan kita lebih sempurna. Kebaikan senaman dapat meningkatkan kecekapan fungsi tubuh dan membantu melawan penyakit.
Bersenam secara konsisten ialah langkah positif untuk menjadikan diri kekal cergas dan sihat. Dengan melapangkan sedikit masa setiap hari, banyak faedah yang boleh kita perolehi. Janganlah kita hentikan amalan ini. Kita tidak boleh mudah patah semangat. Sebaliknya, kita harus melakukannya secara berterusan sehinggakan perkara ini menjadi satu kebiasaan.
5
17 Anda baru sahaja membaca tentang kebaikan bersenam. Anda ingin berkongsi informasi itu dengan seorang kawan baik. Tuliskan sebuah nota kepadanya. Nyatakan empat kebaikan yang boleh diperolehi dengan bersenam. Tuliskan nota kamu dengan menggunakan informasi dalam petikan di halaman 4. Kemudian, tulis jawapan kamu itu di tempat kosong yang disediakan.(4 markah)
Kawanku,
Saya mahu berkongsi tentang kebaikan bersenam dengan anda.
Bersenam baik untuk diri kita kerana ____________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ Selamat bersenam!
15 Orang yang cergas ialah mereka yang _____________________.
( )
(1) suka pergi ke taman (2) pandai meluangkan masa
(3) jarang berlari-lari anak dan berbasikal (4) membuat kerja harian dengan lebih mudah
16 Kita akan kekal cergas dan sihat jika kita ___________________.
( )
(1) mudah patah semangat (2) bersenam secara konsisten (3) gagal untuk melapangkan masa (4) abaikan peluang untuk bersenam
6 Bahagian E: Kefahaman Subjektif (9 markah)
Arahan: Baca petikan karangan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, bedasarkan petikan karangan yang kamu baca, jawab semua soalan yang mengikutinya. Tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan.
`
Cuaca sungguh panas pada petang itu. Adam sedang menunggu rakannya, Rizal, di kolong blok rumahnya. Mereka telah berjanji untuk bermain badminton di kelab masyarakat yang berdekatan dengan rumah Adam. Setelah hampir sepuluh minit, Adam pun mengeluarkan telefon bimbit dari sakunya untuk menghubungi rakannya itu.
“Rizal, awak di mana?” tanya Adam.
“Saya minta maaf, Adam. Saya akan tiba di sana dalam masa sepuluh minit. Saya telah membantu seorang lelaki tua tadi,” kata Rizal.
Apabila Rizal tiba di kolong blok, dia melihat Adam sedang membuat beberapa senaman ringan untuk melonggarkan otot-ototnya. Rizal pun berlari ke arah kawannya.
“Adam, maafkan saya kerana terlambat,” ujar Rizal.
Rizal pun menerangkan apa yang telah berlaku. Ketika dalam perjalanan untuk berjumpa dengan Adam, dia terjumpa seorang warga emas di dalam lif. Tiba-tiba, dia seperti sukar untuk bernafas dan mukanya menjadi pucat. Orang tua itu memegang dadanya lalu terus terjatuh ke lantai. Rizal berasa terkejut melihat keadaan orang tua itu. Dengan pantas, dia menelefon ambulans dan membantu orang tua itu keluar dari lif.
Rizal berasa puas kerana dia telah membantu seseorang yang memerlukan pertolongan. Beberapa hari kemudian, dia melawat orang tua itu di hospital. Apabila melihat Rizal, orang tua itu tersenyum lebar.
7
18 Dalam perenggan pertama, perkataan yang membawa maksud menanti ialah ___________________________. (1 markah)
19 Di manakah Adam dan Rizal akan bermain badminton?
__________________________________________________________________ __________________________________________________________________ (2 markah)
20 Mengapa Rizal datang lewat pada hari itu?
__________________________________________________________________ __________________________________________________________________
(2 markah)
21 Nyatakan dua tanda yang menunjukkan warga emas itu dalam kesakitan.
__________________________________________________________________ __________________________________________________________________ (2 markah)
22 Pada pendapat kamu, bagaimana perasaan kamu jika kawan kamu telah melakukan satu perkara yang baik?
__________________________________________________________________ __________________________________________________________________ (2 markah)
8
XINGHUA PRIMARY SCHOOL END OF YEAR EXAMINATION 2016
MALAY LANGUAGE PRIMARY 4 SOALAN 1 – 5 (IMBUHAN) SOALAN 6 – 9 (PERIBAHASA) SOALAN 10 – 14 (MELENGKAPKAN TEKS) 1. 2. 3. 4. 5. 1 3 3 2 1 6. 7. 8. 9. 3 8 4 7 10. 11. 12. 13. 14. 3 8 7 6 1 SOALAN 15 - 17 (KEFAHAMAN 1) 15. 16. 17. 4 2
Pertama, bersenam membuat hati dan paru-paru bekerja dengan lebih cekap.
Kedua, aktiviti ini dapat mengawal berat badan kita.
Ketiga, bersenam membuat otot-otot menjadi semakin kuat. Keempat, aktiviti ini membolehkan kita menangani tekanan dengan lebih berkesan.
Soalan 34-40 (KEFAHAMAN 2) 18. 19. 20. 21. 22. menunggu (1 markah)
Mereka akan bermain badminton di kelab masyarakat yang berdekatan dengan rumah Adam. (2 markah)
Rizal datang lewat pada hari itu kerana dia membantu orang tua. (2 markah)
Warga emas itu sukar untuk bernafas.(1 markah) Muka warga emas itu pucat. (1 markah)
Pada pendapat saya, saya akan berasa bangga. (2 markah) (2 markah)