• Tidak ada hasil yang ditemukan

MIRJO VOL. 3, ISSUE. 2, PP 8-24, MAY 2018 eissn

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "MIRJO VOL. 3, ISSUE. 2, PP 8-24, MAY 2018 eissn"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

Asas Fonem Konsonan Dialek Melayu Kelantan (Subdialek

Pasir Mas, Kelantan)

(Basic Consonant Phonemes in Kelantan Malay Dialect (Subdialect of Pasir Mas, Kelantan))

Nur Faten Shahirah Mohd Razali

1, a)

, Radina Mohamad Deli

1, b)

and Muhammad

Zaid Daud

1, c)

1Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Jalan Datuk Mohammad Musa, 94300

Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia..

a)Corresponding author: faten_shahirah@yahoo.com

b)mdradina@unimas.my

b)zaid_daud93@yahoo.com

Abstrak. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji bidang fonologi khususnya dalam mengenal pasti jenis-jenis fonem konsonan serta menghuraikan pengguguran konsonan yang berlaku dalam dialek Kelantan bagi sub dialek Pasir Mas. Untuk mencapai objektif ini, data dikumpul dengan menggunakan kaedah kualitatif di mana kajian ini telah menggunakan kaedah temu bual dengan menggunakan senarai kata yang disediakan mengikut domain-domain tertentu melalui senarai Swadesh yang telah diubah suai dan memfokuskan kepada budaya benda sahaja. Temu bual ini melibatkan dua orang responden yang berlainan jantina dan merupakan penutur jati dialek Kelantan Pasir Mas di mana mereka tidak pernah berimigrasi ke luar negeri. Hasil kajian memperlihatkan bahawa dalam subdialek Pasir Mas, secara keseluruhannya jenis fonem dan jumlah fonem konsonan adalah 19 iaitu [p, b, t, d, k, g, l, ʧ, ʤ, s, h, m, n, ŋ, ɲ, ɣ] dan tiga segmen konsonan terbitan, iaitu hentian glotis [ʔ] dan geluncuran [j, w]. Selain itu, berdasarkan analisis data terhadap fonem konsonan, dialek Kelantan sememangnya banyak mengalami pengguguran konsonan di mana kebanyakan fonem konsonan banyak mengalami pengguguran di awal, di tengah kata dan di akhir kata. Antara fonem yang banyak mengalami pengguguran ialah konsonan likuida /l/ dan /r/ serta konsonan nasal /m, n, ŋ/. Selain itu juga, fonem lain juga dilihat banyak mengalami pengguguran berdasarkan data yang diperoleh, antaranya ialah konsonan /h, s/.

Kata Kunci— asas fonologi; fonem konsonan; dialek Melayu Kelantan; subdialek Pasir Mas

Abstract. This study was carried out to study the field of phonology, especially in consonant phonemes as well as consonant reduction that occurs in the Kelantanese sub dialect of Pasir Mas. To achieve the research objectives, data was compiled using qualitative methods via interviews and the usage of a word list that included specific domains of the Swadesh list which was modified to focus on aspects of material culture. The interview involves 2 respondents of different genders and are native speakers of the Pasir Mas dialect who have never migrated to foreign countries. The findings of this study show that the sub dialect of Pasir Mas has a total of 19 consonants - [p, b, t, d, k, g, l, ʧ, ʤ, s, h, m, n, ŋ, ɲ, ɣ] and three other pulmonic consonants which include glottal stop [ʔ] and glides [j, w]. Aside from that, based on the analysis for consonant phonemes, the Kelantan dialect has experienced countless of consonant reduction whereby must consonant phonemes are reduced in the initial medial or final cluster of the word. One of the most common reductions are the liquid consonants /l/ and /r/ as well as nasal consonants /m, n, ŋ/. In addition, other phonemes also experience reduction based on the data collected, including consonant /h, s/.

(2)

PENGENALAN

Antara keunikan subdialek Pasir Mas berbanding dengan subdialek lain di negeri Kelantan ialah dari segi sebutannya yang agak berbeza jika dibandingkan dengan subdialek di Kota Bharu. Menurut Asmah Omar [7] dalam kajian kepelbagaian fonologi dialek-dialek Melayu telah menyatakan bahawa subdialek di Kota Bharu dianggap sebagai subdialek yang standard kerana kedudukannya di tengah bandar selain fungsinya sebagai pusat pentadbiran negeri Kelantan. Manakala subdialek Pasir Mas dianggap sebagai subdialek yang lebih dalam kerana kedudukannya di hulu negeri Kelantan selain menerima unsur-unsur bahasa asing kerana Pasir Mas berdekatan dengan negara Thailand jika dibandingkan dengan subdialek Kota Bharu yang agak jauh lokasinya dengan negara Thailand. Selain itu juga, subdialek-subdialek di negeri Kelantan juga sangat berbeza dari segi kepelbagaian istilah dan makna, kosa kata, sebutannya dengan bahasa Melayu baku [7].

Dalam kajian ini, fokus pengkaji adalah kepada dialek Kelantan (DK) di daerah Pasir Mas di mana pengkaji ini mengenal pasti fonem konsonan yang terdapat dalam dialek Kelantan di daerah Pasir Mas serta mengenal pasti jenis pengguguran konsonan yang berlaku. Selain itu, kajian ini juga dilakukan kerana kajian lepas terhadap subdialek Pasir Mas agak kurang jika dibandingkan dengan kajian terhadap subdialek Kota Bharu. Kajian ini pernah dibuat oleh Asmah Haji Omar [6] dalam buku Susur Galur Bahasa Melayu. Memetik petikan dari kajian [21], mereka menjelaskan bahawa dialek-dialek yang wujud di negara ini merupakan dialek yang wujud akibat daripada faktor-faktor geografi, politik, penjajahan, perdagangan, perubahan masa, dan seumpamanya yang pada akhirnya mewujudkan pelbagai variasi dalam sesuatu bahasa.

Justeru itu, pengkaji akan menganalisis dialek Kelantan dari segi fonem konsonan. Selain itu, pemilihan dialek Kelantan adalah kerana banyak istilahnya mempunyai makna yang berlainan dan mungkin memberi pemahaman yang berbeza kepada bukan penutur natif. Walau bagaimanapun kepelbagaian istilah ini lazimnya dapat difahami oleh penutur setempat. Perbezaan ini telah mendorong pengkaji untuk mengkajinya dari aspek fonologi dengan melihat lebih jelas penggunaan fonem konsonan serta jenis konsonan yang digugurkan dalam dialek Kelantan khususnya di daerah Pasir Mas, Kelantan.

METODOLOGI KAJIAN

Penyelidikan kualitatif lebih kepada aktiviti lapangan, pemerhatian, temu bual dan pembacaan. Kaedah pengumpulan data penyelidikan kualitatif termasuklah temu bual tidak berstruktur, pemerhatian dan temu bual secara formal serta secara tidak formal bagi mendapatkan maklumat bagi sesebuah kajian. Namun begitu, dalam menjalankan kajian ini, pengkaji hanya menggunakan kaedah pembacaan, sumber internet, temu bual tidak berstruktur dan juga rakaman audio.

Pengkaji telah menjalankan temu bual tidak berstruktur bagi kajian ini. Antara sarjana lepas yang pernah mengaplikasikan kaedah ini dalam kajian mereka seperti Nor Hashimah Jalaluddin [17], Gan [9], Muhammad Zaid Daud [14] serta Muhammad Zaid Daud, Mohammad Shahrul Nizam Abd Wahid dan Remmy Gedat [12][13]. Pengkaji memilih kaedah ini kerana ia bersesuaian dengan kajian yang mengkaji bunyi dan memerlukan transkripsi. Temu bual akan dijalankan secara santai, namun berstruktur kerana pengkaji menggunakan kajian lapangan yang menggunakan kaedah senarai kata yang disediakan mengikut domain-domain tertentu melalui 50 senarai kata swadesh yang telah diubah suai dan memfokuskan kepada budaya benda. Menurut Asmah Omar [8], kaedah senarai kata adalah kaedah yang sangat berkesan untuk memperoleh data dengan menggunakan kaedah senarai swadesh mengikut domain-domain tertentu. Seterusnya, ketika temu bual berlangsung, pengkaji akan meminta izin kepada responden terlebih dahulu untuk membenarkan temu bual ini dirakam oleh pengkaji. Pengkaji akan memberikan senarai kata yang disediakan terlebih dahulu oleh pengkaji sendiri untuk dibaca oleh setiap responden. Selain itu, temu bual juga akan dijalankan di rumah responden masing-masing. Pengkaji memilih untuk menjalankan kajian ini di rumah responden kerana suasana yang selesa bagi responden dan membolehkan responden mengadaptasikan diri mereka sendiri dengan

(3)

cepat dengan suasana tersebut. Hal ini kerana responden telah biasa dengan tempat berkenaan. Pengkaji tidak membawa keluar responden dari tempat asalnya kerana responden boleh menjadi tidak selesa dan gaya pengucapan responden boleh berubah sekiranya responden keluar daripada zon selesa mereka. Oleh itu, kajian ini dibuat di rumah responden sahaja iaitu di Kampung Kubang Gatal, Pasir Mas, Kelantan.

Perakam suara digunakan untuk merakam cara penyebutan perkataan responden dalam dialek Kelantan. Perakam suara digunakan dalam kajian ini kerana pengkaji boleh merujuk semula rakaman untuk tujuan penganalisisan data. Pengkaji merujuk semula pada rakaman sekiranya pengkaji terlepas sesuatu maklumat yang telah dituturkan oleh responden atau ingin mendengar semula sebutan responden. Data yang dikutip telah dicatatkan dalam kertas dan direkodkan menggunakan perakam suara. Hasil rakaman telah disimpan di dalam cakera liut (CD) dan transkripsi rakaman penyebutan perkataan juga telah dibuat. Transkripsi rakaman perkataan telah ditulis dan dicetak dalam bentuk teks. Transkripsi rakaman perkataan boleh dilihat pada halaman lampiran.

Pensampelan ini menggunakan pemilihan secara NORF yang merujuk kepada non-mobile, old, remote dan female. Pemilihan informan berdasarkan ciri-ciri NORF lebih sesuai di Malaysia berbanding NORM iaitu non-mobile (tinggal tetap), older (tua), rural (luar bandar) dan male (lelaki). Namun begitu, pengkaji turut menggunakan pemilihan informan secara NORM [6]. Walau bagaimanapun, informan perempuan juga perlu diambil kira. Hal ini disebabkan oleh wujudnya ketidak seimbangan data antara yang diambil sama ada lelaki mahupun perempuan. Menurut Asmah Haji Omar [6] juga panduan pengutipan data daripada lelaki dan perempuan elok dipatuhi kerana mungkin dalam sesuatu masyarakat itu terdapat perbezaan antara bahasa lelaki dan perempuan dalam beberapa aspek tertentu.

Kajian ini melibatkan dua orang responden yang berasal dari daerah Pasir Mas, Kelantan. Seorang responden lelaki dan seorang responden wanita telah dipilih dalam kajian ini. Responden dipilih mengikut kriteria standard berdasarkan rumus NORF (bagi responden wanita) dan NORM (bagi responden lelaki) iaitu (1) responden mestilah penduduk asli di kawasan tersebut; (2) mobiliti rendah iaitu responden tidak sering keluar dari tempat asalnya; (3) responden mestilah berumur 40 ke 60 tahun dan ke atas; (4) sihat jasmani dan rohani, termasuklah alat pendengarannya; (5) asal usul responden harus diusahakan dari tempat yang diteliti; (6) kemampuan pertuturan responden mengenai bahasa dan dialeknya dengan baik; (7) dan responden juga mestilah lahir dan membesar di tempat kelahiran mereka. Dua orang responden tersebut telah dipilih oleh pengkaji kerana mereka merupakan penduduk asli yang menetap di daerah Pasir Mas Kelantan. Kedua-dua responden tersebut berusia 40 tahun dan 60 tahun. Pengkaji juga memilih kedua-dua responden tersebut kerana mereka mempunyai alat artikulasi yang baik serta pendengaran mereka adalah baik. Selain itu, kedua-dua responden tersebut menuturkan bahasa ibunda mereka iaitu dialek Kelantan dalam kegiatan seharian mereka.

ANALISIS DAN PERBINCANGAN

Dalam meneliti fonem konsonan dalam dialek Kelantan bagi subdialek Pasir Mas, pengkaji telah menggunakan pandangan daripada kajian Adi Yasran [2] iaitu Inventori Konsonan Dialek Melayu Kelantan: Satu Penilaian Semula. Menurut Adi Yasran [2], terdapat dua pendapat yang berbeza tentang jumlah konsonan di kalangan pengkaji sebelum ini tentang inventori fonem konsonan DK sama ada dari segi jumlah mahupun kedudukan alat ujarannya. Nik Safiah [15] dan Teoh [19] berpendapat bahawa ada 19 fonem konsonan, namun Hashim [10], Ajid [5], dan Abdul Hamid [1] berpendapat bahawa ada 20 fonem konsonan. Perbezaan yang wujud antara pendapat pertama dengan kedua adalah kerana Hashim, Ajid, dan Abdul Hamid turut memasukkan konsonan pinjaman /z/ ke dalam inventori fonem DK. Oleh itu, pendapat Nik Safiah dan Teoh didapati lebih berpada. Bagaimanapun dalam Adi Yasran, beliau berpendapat bahawa masih terdapat tiga daripada 19 fonem yang dikemukakan oleh Nik Safiah dan Teoh yang tidak berstatus fonem, iaitu hentian glotis (glottal stop) [ʔ] dan geluncuran [j, w] kerana penyebarannya terhad, dan kehadirannya boleh diramal (predictable).

Namun begitu, Adi Yasran [4] dalam kajiannya berpendapat bahawa terdapat 16 fonem konsonan dalam DK iaitu [p, b, t, d, k, g, t, ʧ, ʤ, s, h, m, n, ŋ, ɲ, ɣ] dan empat segmen konsonan terbitan, iaitu hentian glotis [ʔ], nasal glotis

(4)

pengkaji mendapati bahawa secara keseluruhannya, jumlah fonem konsonan yang wujud dalam subdialek Pasir Mas ini adalah 19 konsonan yakni sama dengan pendapat yang dikemukakan oleh Nik Safiah [15] dan Teoh [19]. Berikut merupakan senarai fonem konsonan yang wujud dalam subdialek Pasir Mas berdasarkan data yang diperoleh daripada responden.

JADUAL 1. Data fonem konsonan subdialek Pasir Mas. Fonem

Konsonan Bahasa Standard Dialek Kelantan Transkripsi Fonetik

/p/ Periuk, pinggan, kepala,

parit Puyuk, pingge, palo, parit [pujuʔ], [piŋə͂], [palɔ], [paɣik]

/b/ Betis, beras, biri-biri,

bantal, bakul Betih, berah, biri, bata, bako

[bətih], [bəɣah], [biɣi], [bata], [bakɔ]

/t/ Tukul, tembikai Tuko, timung cino [tukɔ], [timu͂ŋ ʧino͂]

/d/ Dapur gas Dapo geh [dapɔ gəh]

/k/ Kuali, kambing, kerbau Koli, kambe, kuba [kɔli], [kamb͂ə], [kuba]

/g/ Gelas, gula, gergaji Gelah, gulo, gaji [gəlah], [gulɔ], [gaʤi]

/l/ Lembu, langsat, limau,

langsir Lembu, lasak, lima, lasir [əmb͂u], [lasaʔ], [lima͂], [lasər]

/ʧ/ Kucing, cermin, cincin Kucing, cermin, cicing [kuʧiŋ], [ʧərmi͂ŋ], [ʧiʧiŋ]

/ʤ/ Jari Jari [ʤaɣi]

/s/ Siku, sawah Siku, sawoh [siku], [sawɔh]

/h/ Betis, gelas, beras Betih, gelah, berah [bətih], [ɡəlah], [bəɣah]

/m/ Rambutan, muka, mulut Moktey, muko, muluk [mo͂ʔtəj], [mu͂kɔ], [mu͂lɔk]

/n/ nenas nenah [nə͂na͂h]

/ŋ/ Cincin, tangan, hidung,

telinga Cicin, tange, idung, tlingo [ʧiʧiŋ], [taŋə͂], [iduŋ], [tliŋɔ͂]

/ɲ/ Jendela nyelo [ɲə͂lɔ]

/ɣ/ Gergaji, beras, biri-biri, harimau, almari, rantai

Gaji, berah, biri, rima, mari, rata

[ʤaɣi], [beɣah], [biɣi], [ɣima͂], [ma͂ɣi], [ɣata]

/ʔ/ Periuk, langsat, rambutan Puyuk, lasak, moktey [pujuʔ], [lasaʔ], [mo͂ʔtəj]

/j/ meja mejo [mə͂jɔ]

/w/ sawah sawoh [sawɔh]]

Berdasarkan Jadual 1, senarai perkataan yang diberikan contoh itu merupakan setiap data yang dikutip daripada dua orang responden, dan data ini juga disenaraikan mengikut fonem konsonan yang wujud dalam dialek Kelantan bagi subdialek Pasir Mas. Untuk membincangkan tentang fonem konsonan, setiap penghasilan konsonan melibatkan jenis bunyi yang dibezakan berdasarkan mekanisme udara. Penghasilan tiap-tiap jenis konsonan telah mengalami dua proses, iaitu pertemuan artikulator dan titik artikulasi, iaitu striktur atau sekatan dan pergerakan udara yang tersekat pada kawasan pertemuan artikulator dan titik artikulasi sebelum udara itu dilepaskan keluar melalui rongga mulut atau rongga hidung [8].

Plosif Atau Letupan

Terdapat tujuh konsonan plosif dalam dialek Kelantan subdialek Pasir Mas yang terdiri daripada bunyi [p, b, t, d, k, g, ʔ]. Bunyi plosif atau letupan ialah bunyi yang tersekat sepenuhnya kemudian dilepaskan dengan serta-merta untuk menghasilkan bunyi-bunyi tadi. Konsonan-konsonan yang terangkum dalam jenis ini ialah konsonan labial, dental dan, alveolar dan velar. Udara yang tersekat itu seolah-olah dipaksa keluar dengan bunyi yang seakan-akan

(5)

meletup [8]. Udara yang tersekat semasa menghasilkan bunyi-bunyi plosif berlaku di tempat-tempat yang berbeza seperti berikut;

(i) Konsonan plosif bibir: /p/ (tak bersuara), /b/ (bersuara)

(ii) Konsonan plosif dental/alveolar (gigi-gusi): /t/ (tak bersuara), /d/ (bersuara) (iii) Konsonan plosif velar: /k/ (tak bersuara), /g/ (bersuara)

(iv) Hentian Glotis /ʔ/

Konsonan Plosif Bibir Tak Bersuara /p/

JADUAL 2. Konsonan plosif bibir tak bersuara /p/.

Bahasa Standard Dialek Kelantan Transkripsi Fonetik

periuk puyuk [pujuʔ]

pinggan pingge [piŋə͂]

kepala palo [palɔ]

parit parit [paɣik]

Berdasarkan jadual di atas, perkataan untuk ‘periuk’, ‘pinggan’ dan ‘parit’, kedudukan fonem konsonan /p/ adalah sama dengan bahasa Melayu Standard, iaitu berada di awal kata, namun untuk perkataan kepala, perkataan ini telah mengalami pengguguran konsonan /k/ dan fonem vokal /a/, dan konsonan /p/ ini berada di awal kata dalam sistem sebutan orang Pasir Mas. Manakala dalam kajian yang dilakukan oleh Adi Yasran [2] iaitu inventori konsonan dialek Melayu Kelantan: satu penilaian semula, beliau telah memberikan contoh perkataan bagi fonem konsonan /p/ iaitu paku – [paku] dan harap- [aɣaʔ]. Kedudukan fonem ini untuk perkataan ‘paku’ dan ‘harap’ adalah sama dengan bahasa Melayu Standard, namun bagi perkataan ‘harap’, fonem ini telah digugurkan dan digantikan dengan hentian glotis [ʔ].

Konsonan Plosif Bibir Bersuara /b/

JADUAL 3. Konsonan plosif bibir bersuara /b/.

Bahasa Standard Dialek Kelantan Transkripsi Fonetik

betis betih [bətih]

beras berah [bəɣah]

biri-biri biri [biɣi]

bantal bata [bata]

bakul bako [bakɔ]

Kesemua konsonan plosif /b/ seperti contoh di atas berada di kedudukan yang sama dengan bahasa Melayu Standard, iaitu berada di awal kata dan kedudukannya tidak berubah walaupun sebutannya berbeza dengan dialek Kelantan. Namun, jika diperhatikan hanya konsonan akhir sahaja yang berubah kerana ia telah mengalami proses pengguguran. Kedudukan fonem ini dapat dikukuhkan lagi dengan bukti di mana Adi Yasran [2] juga turut memberikan contoh bagi perkataan fonem ini, antara contohnya ialah ‘boros’ yang disebut [boɣos] dalam dialek Kelantan. Kedudukan fonem /b/ dalam contoh yang diberikan oleh Adi Yasran [2] tidak berubah malah kekal di awal kata, dan hal ini sama juga dengan contoh yang diberikan oleh pengkaji seperti dalam jadual di atas.

(6)

Konsonan Plosif Dental/ Alveolar (gigi-gusi): /t/

JADUAL 4. Konsonan plosif dental/alveolar (gigi-gusi): /t/. Bahasa Standard Dialek Kelantan Transkripsi Fonetik

tukul tuko [tukɔ]

tembikai timung cino [timu͂ŋ ʧino͂]

Berdasarkan jadual di atas, konsonan plosif tak bersuara /t/ hanya wujud dua sahaja contoh dalam data yang diperoleh berdasarkan senarai swadesh yang berfokuskan kepada budaya benda. Namun begitu, kedudukan konsonan ini sama dengan bahasa Melayu Standard iaitu berada di awal kata, namun perkataan tembikai sudah berubah menjadi [timu͂ŋ ʧino͂] dalam dialek Kelantan di daerah Pasir Mas. Berdasarkan data yang diberikan oleh Adi Yasran [2] dalam kajian beliau iaitu inventori konsonan dialek Melayu Kelantan, beliau telah mengemukakan contoh ‘tanam’ yang disebut [tanɛ] dalam dialek Kelantan dan kedudukan fonem ini juga sama dengan bahasa Melayu Standard, namun konsonan /m/ telah digugurkan. Contoh yang diberikan oleh Adi Yasran [2] telah membuktikan bahawa data yang diberikan oleh pengkaji juga sama iaitu kedudukan fonem konsonan /t/ ini tidak akan digugurkan dan berubah namun hanya berubah fonem di akhir kata sahaja.

Konsonan Plosif Dental/ Alveolar (gigi-gusi): /d/

JADUAL 5. Konsonan plosif dental/alveolar (gigi-gusi): /d/. Bahasa Standard Dialek Kelantan Transkripsi Fonetik

dapur gas dapo geh [dapɔ gəh]

Dalam data yang diperoleh berdasarkan senarai kata benda ini, pengkaji hanya menemui satu sahaja fonem konsonan /d/ dalam subdialek Pasir Mas dan kedudukan fonem ini juga adalah sama dengan bahasa Melayu Standard yakni berada di awal kata. Kedudukan fonem ini tidak berubah dan masih digunakan oleh penutur dialek Kelantan dalam sebutan mereka. Adi Yasran [2] turut memberikan contoh yang sama dengan pengkaji iaitu perkataan ‘dapur’ yang juga disebut [dapɔ] dan konsonan /r/ turut digugurkan dalam perkataan ini.

Konsonan Plosif Velar Tak Bersuara /k/

JADUAL 6. Konsonan plosif velar tak bersuara /k/.

Bahasa Standard Dialek Kelantan Transkripsi Fonetik

kuali koli [kɔli]

kambing kambe [kamb͂ə]

kerbau kuba [kuba]

Berdasarkan data di atas, kedudukan setiap perkataan ini sama sahaja dengan bahasa Melayu Standard, iaitu berada di awal kata namun sebutannya sahaja yang berbeza. Selain daripada itu, pengkaji hanya menyenaraikan beberapa contoh fonem konsonan yang berada di awal kata sahaja. Namun begitu, terdapat juga contoh perkataan yang mempunyai konsonan di tengah kata dan di akhir kata, antaranya ialah [mu͂kɔ] dan [mu͂lɔk] yang masing-masing membawa maksud ‘muka’ dan ‘mulut’ dalam bahasa Melayu Standard.

(7)

Konsonan Plosif Velar Bersuara /g/

JADUAL 7. Konsonan plosif velar bersuara /g/.

Bahasa Standard Dialek Kelantan Transkripsi Fonetik

gelas gelah [gəlah]

gula gulo [gulɔ]

gergaji gaji [gaʤi]

Berdasarkan jadual di atas, fonem konsonan /g/ tidak berubah kedudukannya dalam dialek Kelantan, dan akan kekal di hadapan kata, namun untuk perkataan gergaji, konsonan /g/ telah digugurkan bersama dengan konsonan /r/ dan fonem vokal depan separuh sempit /e/, dan perkataan ini disebut sebagai /gaʤi/ dan konsonan /g/ masih lagi wujud dalam perkataan ini dan berada di awal kata. Dalam data yang diberikan oleh Adi Yasran [2], beliau telah mengemukakan contoh perkataan ‘gulai’- [gula] dan kedudukan konsonan ini juga sama iaitu berada di awal kata dan contoh ini turut sama dengan perkataan yang dikemukakan oleh pengkaji seperti contoh di atas.

Hentian Glotis /ʔ/

JADUAL 8. Hentian glotis /ʔ/.

Bahasa Standard Dialek Kelantan Transkripsi Fonetik

periuk puyuk [pujuʔ]

langsat lasak [lasaʔ]

rambutan moktey [mo͂ʔtəj]

Dalam DK, hentian glotis merupakan fonem yang tersendiri dan bukanlah variasi daripada fonem /k/ sebagaimana dalam kebanyakan dialek Melayu. Namun begitu, Adi Yasran [2] telah menyatakan bahawa fonem /ʔ/ ini bukan berstatus fonem kerana penyebarannya adalah terhad, dan kehadirannya juga boleh diramal (predictabe). Menurut Adi Yasran [3], fonem /ʔ/ hanya akan hadir pada posisi koda suku kata sahaja. Namun begitu, berdasarkan analisis data yang dilakukan, pengkaji telah menemui perkataan yang mempunyai fonem /ʔ/ yang berada di tengah kata dan juga di akhir kata. Dapat dilihat contoh yang telah diberikan di atas, konsonan ini juga wujud di tengah kata untuk perkataan [mo͂ʔtəj] dan tidak hanya wujud pada akhir kata sahaja.

Nasal

Dialek Kelantan bagi subdialek Pasir Mas mempunyai empat konsonan nasal dan kesemuanya adalah bersuara. Konsonan nasal merupakan konsonan yang mempunyai beban tugas yang lengkap kecuali konsonan [ɲ]. Konsonan nasal yang terdapat dalam DK ialah [m], [n], [ɲ] dan [ŋ]. Bunyi sengau terhasil apabila laluan udara yang melalui rongga mulut tersekat dan menyebabkan laluan udaranya menerusi rongga hidung dan pita suara bergetar. Bunyi sengau dilambangkan dengan [ ͂]. Berikut merupakan huraian keempat-empat fonem nasal dalam DK subdialek Pasir Mas.

(8)

Konsonan Nasal Bibir Bersuara /m/

JADUAL 9. Konsonan nasal bibir bersuara /m/.

Bahasa Standard Dialek Kelantan Transkripsi Fonetik

rambutan moktey [mo͂ʔtəj]

muka muko [mu͂kɔ]

mulut muluk [mu͂lɔk]

kambing kambe [kamb͂ə]

Berdasarkan jadual di atas, fonem konsonan nasal bibir bersuara /m/ kebanyakannya dalam data yang diperoleh oleh pengkaji menunjukkan bahawa konsonan ini banyak berada di awal kata. Contohnya untuk perkataan [mu͂kɔ] dan [mu͂lɔk], kedudukan fonem ini adalah sama dengan bahasa Melayu Standard, namun bagi perkataan [mo͂ʔtəj], konsonan /m/ dapat hadir di awal kata kerana perkataan asal rambutan telah mengalami pengguguran konsonan di awal kata di mana konsonan /r/ dan fonem vokal [a] telah digugurkan.

Konsonan Nasal Dental/ Alveolar /n/

JADUAL 10. Konsonan nasal dental/alveolar /n/.

Bahasa Standard Dialek Kelantan Transkripsi Fonetik

nenas nenah [nə͂na͂h]

Berdasarkan senarai kata swadesh yang telah diubah suai dengan memfokuskan kepada budaya benda, terdapat satu sahaja fonem konsonan /n/ yang diperoleh iaitu [nə͂na͂h], dan kedudukan fonem ini juga tidak berubah dan masih sama dengan bahasa Melayu Standard iaitu berada di awal kata. Berdasarkan data yang diberikan oleh pengkaji lepas iaitu Adi Yasran [3], beliau telah memberikan contoh perkataan ‘naik’- [naek] dan kedudukan fonem ini juga tidak berubah dan masih berada di awal kata apabila dibunyikan oleh penutur dialek Kelantan.

Konsonan Nasal Alveo-Palatal /ɲ/

JADUAL 11. Konsonan nasal alveo-palatal /ɲ/.

Bahasa Standard Dialek Kelantan Transkripsi Fonetik

jendela nyelo [ɲə͂lɔ]

Berdasarkan jadual di atas, dapat dilihat bahawa konsonan ini hanya mempunyai satu contoh perkataan sahaja berdasarkan data yang diperoleh. Konsonan ini juga tidak banyak wujud dalam kata dasar, namun hanya wujud apabila sesuatu kata menerima imbuhan. Namun begitu, perkataan [ɲə͂lɔ] hanya wujud dalam dialek Kelantan apabila konsonan /j/ dan fonem vokal depan separuh sempit /e/ mengalami pengguguran di awal kata. Disebabkan oleh itu, konsonan /ɲ/ boleh wujud di awal kata dalam perkataan ini.

Konsonan Nasal Velar /ŋ/

JADUAL 12. Konsonan nasal velar /ŋ/.

Bahasa Standard Dialek Kelantan Transkripsi Fonetik

cincin cicing [ʧiʧiŋ]

tangan tange [taŋə͂]

hidung idung [iduŋ]

(9)

Dalam jadual di atas, fonem konsonan /ŋ/ turut dikenali sebagai konsonan sengau lelangit lembut kerana penghasilan bunyi ini berlaku akibat daripada udara tertahan sementara semasa belakang lidah dinaikkan sehingga menyentuh velar. Berdasarkan data yang diperoleh, pengkaji mendapati bahawa perkataan cincin dalam dialek Kelantan, penutur telah menukarkan fonem /n/ kepada fonem /ŋ/ dalam sebutan mereka dan menjadi [ʧiʧiŋ]. Namun, bagi sebutan terhadap perkataan tangan, hidung dan telinga, sebutannya adalah sama dengan bahasa Melayu Standard dan fonem ini tidak digugurkan dalam sistem sebutan penutur di Pasir Mas. Manakala Adi Yasran [3] pula turut memberikan contoh data bagi fonem ini, antaranya ialah ‘nganga’- [ŋaŋa] di mana konsonan /n/ di tengah kata itu digugurkan dalam dialek Kelantan.

Afrikat

Konsonan afrikat terdiri daripada bunyi [ʧ] dan [ʤ] yang juga disebut sebagai konsonan letusan alveo-palatal (lelangit keras) tak bersuara /ʧ/ dan bersuara /ʤ/ [8] Berikut merupakan huraian bagi kedua-dua fonem konsonan afrikat berkenaan yang wujud dalam subdialek Pasir Mas berdasarkan data yang diperoleh.

Konsonan Afrikat /ʧ/

Konsonan Afrikat /ʧ/ dan /ʤ/ merupakan bunyi afrikat atau bunyi separuh geseran yang dihasilkan kerana organ yang menghasilkan bunyi ditutup rapat kemudian udara yang tertahan dilepaskan dengan perlahan-lahan sehingga dapat menghasilkan bunyi seperti bunyi /ʧ/.

JADUAL 13. Konsonan afrikat /ʧ/.

Bahasa Standard Dialek Kelantan Transkripsi Fonetik

kucing kucing [kuʧiŋ]

cermin cermin [ʧərmi͂ŋ]

cincin cicing [ʧiʧiŋ]

Antara contoh dalam dialek Kelantan yang diperoleh ialah [kuʧiŋ], [ʧərmiŋ], [ʧiʧiŋ] yang bermaksud ‘kucing’, ‘cermin’ dan ‘cincin’. Jika diperhatikan, setiap konsonan /c/ disebut dengan bunyi geseran, maka terhasillah bunyi afrikat /ʧ/ ini dalam dialek Kelantan. Contoh yang diberikan oleh pengkaji dapat dikukuhkan lagi dengan data yang diberikan oleh pengkaji lepas iaitu Adi Yasran [2], iaitu beliau memberikan contoh perkataan ‘cakap’- [ʧakaʔ] dan jika dilihat, konsonan /c/ telah disebut dengan menggunakan fonem afrikat /ʧ/ dalam dialek Kelantan.

Konsonan Afrikat /ʤ/

JADUAL 14. Konsonan afrikat /ʤ/.

Bahasa Standard Dialek Kelantan Transkripsi Fonetik

jari jari [ʤaɣi]

Seterusnya, untuk konsonan Afrikat /ʤ/, terdapat satu perkataan yang diperoleh berdasarkan data yang dibuat oleh pengkaji, iaitu [ʤaɣi] yang bermaksud jari dalam bahasa Melayu Standard. Konsonan /j/ disebut dengan geseran oleh orang Kelantan dan menekankan konsonan /ɣ/ di tengah kata. Selain itu, perkataan lain yang turut menggunakan geseran /ʤ/ ialah ‘jarang’- [ʤaɣɛ] dalam dialek Kelantan, dan perkataan ini merupakan contoh data yang diambil dari

(10)

Frikatif

Terdapat dua fonem konsonan frikatif dalam dialek Kelantan subdialek Pasir Mas, iaitu frikatif alveolar [s] dan frikatif velar [h]. Bunyi frikatif [s] dan [h] merupakan frikatif tak bersuara. Berikut merupakan huraian bagi fonem konsonan /s/ dan /h/.

Konsonan Frikatif Alveolar Tak Bersuara /s/

JADUAL 15. Konsonan frikatif alveolar tak bersuara /s/.

Bahasa Standard Dialek Kelantan Transkripsi Fonetik

siku siku [siku]

sawah sawoh [sawɔh]

langsat lasak [lasaʔ]

langsir lasir [lasər]

Fonem /s/ mendapat bunyi [s] apabila ia hadir sebelum dan selepas vokal [a], [e], [i], [ə], [ɛ] sama ada di awal kata, tengah kata dan akhir kata [17]. Namun dalam data yang diperoleh oleh pengkaji, perkataan yang mempunyai fonem /s/ dalam dialek Kelantan di Pasir Mas hanyalah hadir sebelum dan selepas fonem vokal /a/, iaitu perkataan [lasaʔ] dan [sawɔh], hadir sebelum fonem vokal /i/ iaitu [siku] dan hadir sebelum fonem vokal /ə/ iaitu [lasər]. Berdasarkan data yang diperoleh, konsonan /s/ ini tidak wujud dalam perkataan yang hadir sebelum dan selepas fonem vokal [e] dan [ɛ] sama ada di awal kata, tengah kata dan akhir kata. Hal ini berlaku kerana mungkin data yang diperoleh oleh pengkaji agak terhad, yakni kajian ini hanya berfokuskan kepada tujuh domain sahaja yang diubah suai kepada budaya benda berdasarkan senarai swadesh. Adi Yasran [2] juga hanya memberikan contoh data untuk perkataan ‘sampai’- [sapa] dalam dialek Kelantan dan fonem ini juga hanya hadir sebelum fonem vokal [a] dan dalam data beliau juga sama di mana fonem konsonan ini tidak wujud dalam perkataan yang hadir sebelum dan selepas fonem vokal [e] dan [ɛ].

Konsonan Frikatif Velar Tak Bersuara /h/

JADUAL 16. Konsonan frikatif velar tak bersuara /h/. Bahasa Standard Dialek Kelantan Transkripsi Fonetik

betis betih [bətih]

gelas gelah [ɡəlah]

beras berah [bəɣah]

Seterusnya, pengkaji akan membincangkan tentang fonem konsonan Aspirat /h/. Konsonan ini dihasilkan seperti penghasilan vokal, tetapi glotis terbuka untuk sementara sahaja, dan dengan itu tidak mewujudkan bunyi bersuara. Oleh sebab itu, bunyi aspirat disebut juga sebagai vokal tak bersuara. Tidak jarang juga bunyi seperti ini digolongkan sebagai frikatif glotis, kerana adanya bunyi desiran dan glitos, kerana mekanisme udara berlaku pada glotis. Bunyi /h/ adalah bunyi aspirat, atau bunyi frikatif glotis tak bersuara. Antara contoh perkataan yang mempunyai konsonan /h/ ini dalam data yang diperoleh ialah [bətih], [gəlah], [bəɣah]. Jika diperhatikan, dalam dialek Kelantan, kebanyakan konsonan yang mempunyai konsonan /s/ di belakang akan ditukar kepada konsonan /h/ ini dan konsonan /h/ juga amat jarang wujud di hadapan kata, namun lebih banyak wujud diakhir kata. Hal ini dapat dikukuhkan lagi dengan data daripada kajian Adi Yasran [2] di mana beliau telah memberikan contoh perkataan ‘kapas’- [kapah] dan jika dilihat, konsonan /s/ di akhir kata juga telah digugurkan dan digantikan dengan fonem konsonan aspirat /h/ ini.

(11)

Lateral

Dalam dialek Kelantan, terdapat dua konsonan lateral iaitu konsonan lateral alveolar /l/ dan konsonan likuida /ɣ/. Antara persamaan yang wujud pada kedua-dua likuida ini ialah, kedua duanya akan digugurkan pada kedudukan koda suku kata dalam DK kerana mematuhi satu kekangan yang dinamakan syarat koda (coda condition). Apabila ini berlaku, vokal yang mendahului kedua-duanya akan direalisasikan sebagai vokal panjang (misalnya, [kapal]- [ka.pa:] untuk ‘kapal’, dan [bəsaɣ] - [bə.sa:] untuk ‘besar’).

Konsonan Lateral Alveolar /l/

JADUAL 17. Konsonan lateral alveolar /l/.

Bahasa Standard Dialek Kelantan Transkripsi Fonetik

lembu lembu [ləmb͂u]

langsat lasak [lasaʔ]

limau lima [lima͂]

langsir lasir [lasər]

gula gulo [gulɔ]

Seterusnya, pengkaji akan membincangkan tentang konsonan lateral /l/. Srtiktur dalam penghasilan konsonan ini berlaku di tengah lidah dan menutup udara keluar melalui jalan ini. Tetapi pada masa yang sama udara dapat keluar dengan bebas melalui kedua-dua sisi lidah. Bunyi yang dihasilkan ialah /l/ dan bunyi ini adalah bersuara. Antara contoh yang wujud dalam subdialek Pasir Mas ialah [ləmb͂u], [lasaʔ], [lima͂], [lasər] dan [gulɔ]. Bagi semua perkataan ini, kedudukan konsonan adalah sama dengan bahasa Melayu Standard, iaitu berada di awal kata, kecuali perkataan [gulɔ] dimana konsonan ini juga wujud di tengah kata, namun sebutannya adalah berbeza kerana fonem vokal telah berubah dari fonem vokal depan luas [a] kepada fonem vokal belakang separuh luas [ɔ]. Manakala Adi Yasran [2] dalam kajian beliau telah memberikan satu contoh data yang mempunyai fonem ini, antaranya ialah ‘lambat’- [lambaʔ] dan kedudukan fonem ini tidak digugurkan malah kekal di awal kata dalam penyebutan oleh penutur dialek Kelantan.

Konsonan Likuida /ɣ/

JADUAL 18. Konsonan likuida /ɣ/.

Bahasa Standard Dialek Kelantan Transkripsi Fonetik

jari jari [ʤaɣi]

beras berah [beɣah]

biri-biri biri [biɣi]

harimau rima [ɣima͂]

almari mari [ma͂ɣi]

rantai rata [ɣata]

Kebanyakan konsonan [r] dalam dialek Kelantan diungkapkan sebagai frikatif velar bersuara [ɣ], tetapi dianggap sebagai mempunyai ciri likuida dari segi fonologinya. Dari segi fonetiknya, fonem konsonan /ɣ/ sebenarnya ialah frikatif velar bersuara, tetapi dianggap sebagai mempunyai ciri likuida dari segi fonologinya. Menurut Lass [11], sama ada konsonan /ɣ/ dinilai sebagai obstruen atau likuida (sonoran), konsonan tersebut bergantung kepada analisis fonologi sesuatu bahasa atau dialek. Oleh itu, dalam DK, konsonan /ɣ/ boleh dianggap sebagai likuida kerana penyebaran dan perlakuan fonologinya yang sama dengan /1/. Berdasarkan contoh di atas, setiap konsonan /r/ akan disebut dengan menggunakan fonem konsonan /ɣ/, dan jika dilihat perkataan harimau dalam dialek Kelantan telah

(12)

ini dapat mengukuhkan lagi data dari pengkaji berkenaan dengan penggunaan fonem /ɣ/ yang telah menggantikan fonem konsonan /r/ dalam dialek Kelantan.

Geluncuran/ Separuh Vokal

Separuh vokal merupakan vokal yang tidak bertahan lama pada kedudukannya sewaktu dihasilkan [8]. Dalam BMS hanya terdapat dua separuh vokal, iaitu [w] dan [j]. Begitu juga dalam dialek Kelantan yang hanya diwakili oleh bunyi separuh vokal dua bibir [w] dan separuh vokal lelangit keras [j]. Kedua-dua konsonan ini merupakan fonem separuh vokal dan bersuara. Berikut merupakan contoh-contoh data yang mempunyai fonem konsonan separuh vokal:

Konsonan Separuh Vokal /w/

JADUAL 19. Konsonan separuh vokal /w/.

Bahasa Standard Dialek Kelantan Transkripsi Fonetik

sawah sawoh [sawɔh]

Berdasarkan data yang diperoleh, pengkaji hanya menemui satu sahaja data yang mempunyai fonem konsonan separuh vokal /w/ ini, dan perkataan tersebut ialah [sawɔh]. Separuh vokal hanya diwujudkan sebagai /w/ kerana semasa menghasilkan /w/, bibir telah dibundarkan sama ada hadir sebelum dan selepas vokal. Berdasarkan data di atas, bibir akan dibundarkan apabila menyebut perkataan [sawɔh] kerana konsonan ini hadir sebelum fonem vokal belakang separuh luas [ɔ]. Dalam kajian Adi Yasran [2] beliau telah memberikan dua contoh berkenaan dengan fonem ini, antaranya ialah ‘lawan’- [lawɛ] dan ‘wangi’- [waŋi] dimana fonem ini boleh wujud di awal kata dan juga ditengah kata dalam dialek Kelantan.

Konsonan Separuh Vokal Lelangit Keras /j/

JADUAL 20. Konsonan separuh vokal lelangit keras /j/.

Bahasa Standard Dialek Kelantan Transkripsi Fonetik

meja mejo [mə͂jɔ]

Data yang diperoleh untuk fonem /j/ ini juga adalah sama dengan konsonan /w/ iaitu pengkaji hanya menemui satu sahaja contoh perkataan yang mempunyai fonem ini. Antara contoh perkataan tersebut ialah [mə͂jɔ]. Selain itu, berdasarkan sebutan yang dituturkan oleh responden, bibir akan dibundarkan apabila menyebut perkataan ini, hal ini kerana konsonan separuh vokal lelangit keras /j/ ini hadir sebelum fonem vokal belakang separuh luas [ɔ], iaitu sama dengan fonem konsonan separuh vokal /w/.

Jenis-Jenis Fonem Konsonan Yang Mengalami Pengguguran

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Zaharani Ahmad [22] iaitu Kepelbagaian Dialek dalam Bahasa Melayu: Analisis Tatatingkat Kekangan, beliau telah menghurai dan menjelaskan kepelbagaian dialek dalam bahasa Melayu dengan meninjau kepelbagaian yang wujud dalam sistem fonologi. Dalam ilmu dialektologi pula, Zaharani Ahmad [22] menyatakan bahawa kewujudan pelbagai dialek dalam sesuatu bahasa itu dikatakan berpunca daripada perubahan yang berlaku dari segi sejarah ke atas sesuatu bahasa sumber yang asalnya seragam dan mula berubah mengikut dialek masing-masing. Manakala dialektologi generatif telah mentafsir perubahan ini sebagai kesan daripada pelaksanaan rumus fonologi ke atas bentuk dalaman (bahasa sumber), dan menghasilkan pelbagai bentuk permukaan (dialek-dialek). Rumus fonologi pula meliputi penambahan rumus, penghilangan rumus, perbezaan atur rumus dan simplifikasi rumus.

Secara umumnya, perbezaan dialek berlaku disebabkan oleh penggunaan dan pengguguran konsonan di akhir kata. Antara konsonan-konsonan yang memperlihatkan kepelbagaian yang agak rencam di akhir kata ialah bunyi konsonan

(13)

likuida. Berikut merupakan sebahagian daripada data yang melibatkan pengguguran /r/ dan /l/ dalam dialek Kelantan khususnya bagi subdialek Pasir Mas yang diperoleh berdasarkan kutipan data bersama responden.

Pengguguran Fonem Konsonan Getaran /r/

JADUAL 21. Pengguguran fonem konsonan getaran /r/.

Bahasa Standard Dialek Kelantan Transkripsi Fonetik

Kereta keto [kətɔ]

Periuk puyuk [pujuʔ]

Kerbau kuba [kuba]

Ular ula

[ula]

Pagar paga [paga]

Seluar slua [slua]

Data di atas telah menunjukkan perilaku fonologi yang dizahirkan dalam dialek Kelantan berhubung dengan konsonan likuida. Jika diteliti, kebanyakan konsonan /r/ ini mengalami pengguguran yang kerap di tengah dan di akhir kata sahaja. Contohnya, konsonan /r/ telah banyak mengalami pengguguran di akhir kata, antaranya ialah ‘ular’- [ula], ‘pagar’- [paga] dan ‘seluar’- [slua]. Setiap perkataan ini disebut tanpa menggunakan konsonan /r/ dibelakang kata tersebut dan disebabkan oleh itulah, dialek Kelantan agak berbeza dengan dialek dan bahasa lain. Menurut Zaharani Ahmad [19], menyatakan bahawa rumus pengguguran fonem konsonan /r/ boleh dianggap sebagai rumus asal bahasa sumber kerana dialek Kelantan sememangnya telah banyak mengalami pengguguran /r/ di akhir kata. Antara contoh perkataan yang wujud dalam kajian beliau iaitu Kepelbagaian Dialek dalam Bahasa Melayu: Analisis Tatatingkat Kekangan, adalah ‘ular’- [ula], ‘pagar’- [paga] dan ‘besar’- [bəsa]. Contoh yang dikemukakan oleh Zaharani Ahmad dapat membuktikan bahawa dalam dialek Kelantan, konsonan /r/ sememangnya telah banyak mengalami pengguguran di akhir kata dan dapat dikategorikan dalam penghilangan rumus yakni bahasa itu wujud dalam bahasa sumber, tetapi tidak lagi dikekalkan dalam bahasa turunannya.

Pengguguran Fonem Konsonan Lateral /l/

JADUAL 22. Pengguguran fonem konsonan lateral /l/.

Bahasa Standard Dialek Kelantan Transkripsi Fonetik

epal epo [əpɔ]

bantal bata [bata]

bakul bako [bakɔ]

tukul tuko [tukɔ]

Berdasarkan jadual di atas, konsonan /l/ banyak mengalami pengguguran konsonan di akhir kata sahaja. Setiap perkataan yang diperoleh daripada kajian lapangan ini menunjukkan bahawa konsonan /l/ tidak diperlukan dan penutur akan menuturkan perkataan ini tanpa konsonan /l/ di akhir setiap perkataan. Selain itu, jika diteliti, kebanyakan perkataan di atas yang mengalami pengguguran konsonan /l/ ini akan berakhir dengan fonem vokal belakang separuh luas /ɔ/ dan setiap perkataan ini disebut dengan cara penutur membundarkan bunyi di akhir kata. Hal ini sama juga dengan kajian yang dilakukan oleh Zaharani Ahmad [20], namun beliau telah mengemukakan satu contoh perkataan sahaja di mana konsonan ini telah mengalami pengguguran di akhir kata, iaitu ‘mahal’- [maha] dan fonem vokal juga tidak berubah iaitu kekal dengan fonem vokal [a] dibelakang kata.

(14)

Pengguguran Fonem Konsonan Nasal Dental /n/

JADUAL 23. Pengguguran fonem konsonan nasal dental /n/.

Bahasa Standard Dialek Kelantan Transkripsi Fonetik

tangan tange [taŋə͂]

pinggan pingge [piŋə]

bantal bata [bata]

rantai rata [ɣata]

Berdasarkan jadual di atas, konsonan nasal /n/ banyak mengalami pengguguran di akhir dan di tengah kata. Untuk pengguguran di akhir kata, perkataan [taŋə͂] dan [piŋə] telah mengalami pengguguran /n/ dan penutur jati Pasir Mas menyebut setiap perkataan itu tanpa konsonan nasal dibelakang dan jika diteliti, vokal belakang luas [a] telah digantikan dengan vokal tengah separuh sempit [ə] di setiap akhir kata. Manakala bagi perkataan [bata] dan [ɣata], perkataan ini telah mengalami pengguguran konsonan nasal di tengah kata. Penutur hanya menyebut setiap perkataan ini tanpa konsonan ini, dan terus pergi kepada konsonan seterusnya iaitu konsonan /t/ dan jika diteliti, apabila konsonan nasal /n/ ini berdampingan dengan konsonan /t/, maka konsonan nasal ini akan digugurkan.

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Zulkifley Hamid dan Pareeda Hayeeteh [23] dalam kajian mereka Melayu di sempadan: penghilangan konsonan obstruent-homorganik dalam dialek Melayu Patani, mereka turut membincangkan tentang pengguguran konsonan nasal /n/ ini dalam kajian mereka. Dalam kajian tersebut, mereka telah membincangkan tentang fenomena penghilangan konsonan dalam dialek Patani yang terjadi kepada konsonan nasal- obstruen. Data dalam kajian tersebut memperlihatkan kepada fenomena penghilangan konsonan nasal apabila konsonan tersebut diikuti oleh konsonan letupan tak bersuara yang berhomorgan dengannya. Antara contoh data yang diberikan dalam kajian tersebut adalah kata ‘bantal’ yang menjadi [bata]. Fenomena penghilangan nasal tersebut berlaku kerana konsonan nasal ini telah diikuti oleh konsonan letupan tak bersuara /t/ seperti yang dinyatakan oleh Zulkifley Hamid dan Pareeda Hayeeteh [23] dalam kajian mereka. Hal ini juga dapat dibuktikan dengan data yang diperoleh oleh pengkaji iaitu seperti jadual di atas dimana perkataan ‘rantai’ turut mengalami pengguguran kerana konsonan nasal /n/ ini diikuti oleh konsonan letupan tak bersuara /t/ dan menjadi [ɣata] dalam dialek Kelantan.

Pengguguran Fonem Konsonan Nasal Velar /ŋ/

Untuk pengguguran konsonan yang berikutnya, pengkaji akan membincangkan tentang konsonan /ng/ atau lebih dikenali dengan simbol /ŋ/ dalam dialek Kelantan. Berdasarkan data yang dianalisis, terdapat lima perkataan yang telah mengalami pengguguran konsonan ini. Berikut merupakan contoh perkataan yang telah mengalami proses pengguguran konsonan yang dikelaskan sebagai konsonan nasal velar:

JADUAL 24. Pengguguran fonem konsonan nasal velar /ŋ/.

Bahasa Standard Dialek Kelantan Transkripsi Fonetik

pisang pise [pisə]

kambing kambe [kamb͂e]

angsa aso [asɔ]

langsir lasir [laser]

orang ore [ɔɣə]

Berdasarkan jadual di atas, berikut merupakan sebahagian contoh perkataan yang telah mengalami pengguguran /ng/ dalam dialek Kelantan berdasarkan data yang telah dianalisis oleh pengkaji. Untuk pengguguran di akhir kata, konsonan /ng/ yang berada di akhir kata akan digugurkan dan akan di akhiri dengan fonem vokal tengah separuh sempit [ə], contohnya [pisə], [kamb͂e] dan [ɔɣə]. Manakala untuk pengguguran konsonan /ng/ di tengah kata, antara perkataan yang telah mengalami pengguguran ialah [asɔ] dan [laser]. Jika dapat diteliti, kedudukan konsonan /ng/

(15)

sebelum konsonan /s/ dalam dua perkataan ini akan digugurkan dan penutur akan menyebutnya tanpa konsonan /ng/ dan terus menyebutkan dengan konsonan /s/. Menurut Zulkifley Hamid dan Pareeda Hayeeteh [23] antara salah satu sebab berlakunya penghilangan fonem dalam sesebuah dialek adalah kerana penghilangan konsonan nasal atau letupan pada gugusan konsonan nasal letupan homorganik. Sekiranya konsonan nasal itu diikuti oleh letupan homorganik bersuara, maka bunyi letupan itu yang digugurkan dalam dialek tersebut. Namun, sekiranya bunyi nasal itu diikuti oleh bunyi letupan homorganik tidak bersuara, bunyi nasal itu akan digugurkan. Berikut merupakan antara contoh data dalam kajian mereka, ‘panggang’- [paŋɛ] dan jika diteliti, apabila konsonan nasal ini hadir bersama konsonan homorganik tidak bersuara /g/, maka konsonan nasal ini akan digugurkan.

Pengguguran Fonem Konsonan Nasal Bibir /m/

JADUAL 25. Pengguguran fonem konsonan nasal bibir /m/.

Bahasa Standard Dialek Kelantan Transkripsi Fonetik

ayam aye [ajə]

Berdasarkan data yang diperoleh, hanya satu perkataan sahaja yang ditemui telah mengalami pengguguran konsonan nasal /m/ di awal kata iaitu [ajə]. Penutur di Pasir Mas telah menggugurkan konsonan ini di akhir kata dan hanya menyebutnya dengan fonem vokal tengah separuh sempit [ə] di belakang kata tersebut. Fenomena pengguguran fonem ini juga sama dengan pengguguran fonem /ng/ di atas, dimana apabila konsonan nasal itu diikuti oleh letupan homorganik bersuara, maka ia akan digugurkan. Antara contoh perkataan yang ditemui dalam kajian Zulkifley Hamid dan Pareeda Hayeeteh [23] ini ialah, ‘kampung’- [kapoŋ] di mana fonem nasal ini telah digugurkan ditengah kata apabila ia hadir bersama konsonan homorganik.

Selain pengguguran konsonan-konsonan yang telah dibincangkan di atas, terdapat juga konsonan-konsonan lain yang telah mengalami pengguguran konsonan berdasarkan analisis yang telah dilakukan dengan menggunakan kaedah senarai kata yang disediakan mengikut domain-domain tertentu melalui senarai swadesh yang telah diubah suai kepada budaya benda. Konsonan-konsonan ini juga jarang dilakukan analisis oleh pengkaji-pengkaji lepas. Mereka hanya berfokuskan kepada konsonan-konsonan tertentu sahaja seperti konsonan likuida /l/, /r/ dan konsonan nasal /n/, /m/, /ŋ/. Hal ini dapat dibuktikan dengan kajian yang dilakukan oleh Zaharani Ahmad [22] dalam Kepelbagaian dialek dalam bahasa Melayu: Analisis tatatingkat kekangan, beliau hanya menjalankan kajian terhadap konsonan likuida /l/ dan /r/ sahaja di posisi akhir kata dalam dialek Melayu yang melibatkan dialek Johor, dialek Melaka, dialek Perak, dialek Kedah, dialek Sarawak dan juga dialek Kelantan.

Selain itu, Zulkifley Hamid dan Pareeda Hayeeteh [23] dalam kajian mereka iaitu Melayu di sempadan: penghilangan konsonan obstruent-homorganik dalam dialek Melayu Patani pula telah berfokuskan kepada pengguguran konsonan nasal sahaja seperti /m, n, ŋ, ɲ/. Namun, dalam menjalankan kajian ini, pengkaji akan meneliti setiap fonem konsonan yang telah mengalami pengguguran dan akan menganalisis setiap fonem tersebut. Berdasarkan analisis yang dilakukan oleh pengkaji, antara konsonan-konsonan lain yang telah mengalami pengguguran dalam dialek Kelantan ialah konsonan aspirat /h/ dan konsonan frikatif /s/. Berikut merupakan contoh bagi setiap fonem konsonan yang telah mengalami pengguguran dalam dialek Kelantan di Pasir Mas:

Pengguguran Fonem Konsonan Aspirat /h/

JADUAL 26. Pengguguran fonem konsonan aspirat /h/.

Bahasa Standard Dialek Kelantan Transkripsi Fonetik

hidung idung [iduŋ]

Selain mengalami pengguguran fonem konsonan di tengah kata, dalam dialek Kelantan khususnya di Pasir Mas, fonem konsonan juga didapati mengalami pengguguran di awal kata. Berdasarkan data di atas, perkataan ‘hidung’

(16)

mengalami pengguguran di awal kata. Walaupun kajian Zulkifley Hamid dan Pareeda Hayeeteh [23] ini mengkaji tentang dialek Melayu Patani, namun dialek ini mempunyai sedikit persamaan dengan dialek Kelantan, dan hal ini dapat dibuktikan dengan data yang diberikan oleh mereka iaitu ‘hari’- [aɣi] yang mempunyai persamaan dengan dialek Kelantan khususnya bagi subdialek Pasir Mas.

Pengguguran Fonem Konsonan Frikatif /s/

JADUAL 27. Pengguguran fonem konsonan frikatif /s/.

Bahasa Standard Dialek Kelantan Transkripsi Fonetik

beras berah [bəɣah]

gelas gelah [gəlah]

Berdasarkan jadual di atas, fonem konsonan dalam dialek Kelantan juga telah mengalami proses pengguguran di akhir kata, dan salah satu konsonan tersebut ialah konsonan frikatif /s/. Antara contoh perkataan yang telah mengalami pengguguran konsonan ini ialah ‘beras’ dan ‘gelas’. Penutur di Pasir Mas menyebutnya sebagai [bəɣah] dan [gəlah]. Jika diteliti dengan baik, perkataan yang berakhir dengan konsonan /s/ akan digugurkan, namun penutur dialek ini telah menggantikan konsonan tersebut dengan konsonan Aspirat /h/ bagi menggantikan konsonan /s/ ini. Hal ini dapat dikukuhkan lagi dengan data yang diberikan dalam kajian Zulkifley Hamid dan Pareeda Hayeeteh [23] iaitu ‘belas’- [bəlah] dimana konsonan /s/ ini digugurkan dan digantikan dengan fonem konsonan /h/.

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, huraian dan penjelasan di atas telah berjaya membuktikan bahawa terdapat 19 konsonan yang berstatus fonem, iaitu [p, b, t, d, k, g, s, ɣ, ʧ, ʤ, m, n, ɲ, ŋ, 1, h] dan tiga segmen konsonan terbitan, iaitu hentian glotis [ʔ] dan geluncuran [j, w] dalam dialek Kelantan. Jumlah ini bertepatan dengan jumlah yang telah dikemukakan oleh Nik Safiah Karim [14] dan Teoh [18] dalam kajian mereka. Mereka berpendapat bahawa jumlah keseluruhan fonem konsonan yang wujud dalam dialek Kelantan adalah 19 konsonan, namun Adi Yasran [2] pula berpendapat bahawa hanya wujud 16 sahaja fonem konsonan dalam dialek Kelantan iaitu /p, b, t, d, k, g, s, ɣ, ʧ, ʤ, m, n, ɲ, ŋ, 1, h/.

Hal ini kerana Adi Yasran [2] berpendapat bahawa fonem /ʔ, j, w/ bukan berstatus fonem kerana penyebarannya terhad, dan kehadirannya boleh diramal (predictable). Contohnya, untuk konsonan glotis /ʔ/, beliau menyatakan bahawa fonem ini hanya wujud pada posisi koda suku kata sahaja, manakala fonem geluncuran /j, w/ pula hanya hadir pada posisi onset suku kata, dan wujud pada fonem-fonem tertentu sahaja seperti konsonan /p, t, k/. Disebabkan oleh itu, Adi Yasran menetapkan bahawa fonem /ʔ, j, w/ sebagai fonem terbitan.

Namun begitu, pendapat Adi Yasran [2] adalah kurang tepat berkenaan dengan fonem konsonan terbitan /ʔ/ yang hanya wujud pada posisi koda suku kata sahaja, manakala fonem geluncuran /j, w/ pula hanya hadir pada posisi onset suku kata, dan wujud pada fonem-fonem tertentu sahaja seperti konsonan /p, t, k/. Hal ini kerana, berdasarkan data yang diperoleh oleh pengkaji berdasarkan kaedah senarai kata yang disediakan mengikut domain-domain tertentu melalui senarai swadesh yang telah diubah suai kepada budaya benda, pengkaji mendapati bahawa konsonan-konsonan terbitan ini tidak hanya wujud dengan fonem-fonem tertentu sahaja, tidak hanya wujud pada posisi koda suku kata dan juga posisi onset suku kata seperti yang dinyatakan oleh Adi Yasran [2]. Hal ini dapat dibuktikan seperti huraian yang dibentangkan di atas.

Huraian dan penjelasan di atas telah berjaya membuktikan bahawa hanya terdapat 16 konsonan yang berstatus fonem, iaitu /p, b, t, d, k, g, s, ɣ, ʧ, ʤ, m, n, ŋ, ɲ, 1, h/ dan tiga segmen konsonan terbitan, iaitu hentian glotis [ʔ] dan geluncuran [j, w] dalam dialek Kelantan. Kejayaan dalam menghuraikan tentang bilangan fonem konsonan ini dalam dialek Kelantan khususnya bagi subdialek Pasir Mas menunjukkan bahawa inventori fonem sesuatu bahasa atau dialek

(17)

hendaklah dinilai dengan menggunakan pendekatan fonologi di samping pertimbangan fonetik bagi menghasilkan inventori segmen yang lebih berpada.

RUJUKAN

[1] Abdul Hamid, Mahmood. Sintaksis Dialek Kelantan. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan, Malaysia, 2006.

[2] Adi Yasran, Abdul Aziz. "Inventori Konsonan Dialek Melayu Kelantan: Satu Penilaian Semula." Jurnal Pengajian Melayu, vol. 16, no. 1, 2005.

[3] "Inventori Vokal Dialek Melayu Kelantan: Satu Penilaian Semula." Jurnal Linguistik, vol. 11, no. 1, 2010. [4] "Suku Kata Dasar Dialek Kelantan Berdasarkan Teori Optimaliti." GEMA Online Journal Of Language Studies,

vol. 11, no. 2, 2011.

[5] Ajid, Che K. Dialek Geografi Pasir Mas. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 1985. [6] Asmah, Omar. Susur Galur Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka, 2008.

[7] The Phonological Diversity of the Malay Dialects. Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991. [8] Asmah, Omar, and Sandai Rosline. Fonologi Bahasa Iban : Fonologi Jaku Iban. 2012.

[9] Gan, K. L. "Strategi Penukaran Kod Di Kalangan Guru-Guru Cina Berpendidikan Cina Danbukan Berpendidikan Cina: Satu Kajian Kes." 2000. Universiti Malaya, MA thesis.

[10] Hashim, Musa. "Morfemik Dialek Kelantan." 1974. Universiti Malaya, MA thesis. [11] Lass, Roger. Phonology: an Introduction to Basic Concepts. Cambridge UP, 1995.

[12] Muhammad Zaid, Daud, Mohammad Shahrul Nizam Abd Wahid, & Remmy Gedat. "Eufemisme Dalam Bahasa Iban: Satu Kajian Kes Di Kampung Lebor, Serian, Sarawak." Borneo Research Journal, vol. 11, no. 1, 2017, ajap.um.edu.my/index.php/brj/article/view/10204/7239.

[13] Muhammad Zaid, Daud, Mohammad Shahrul Nizam Abd Wahid, & Remmy Gedat. "Penggunaan eufemisme dalam kalangan penutur Iban." International Journal of Language Education and Applied Linguistics (IJLEAL), vol. 8, no. 1, 2018.

[14] Muhammad Zaid, Daud. "Slanga Kedai Kopi: Satu Analisis Semantik Inkuisitif." 2017. Universiti Malaysia Sarawak, Unpublished Final Year Project.

[15] Nik Safiah, Karim. "Loghat Melayu Kelantan." 1985. Universiti Malaya, MA thesis.

[16] Nik Safiah, Karim, and Rodi Rozita Che. Bahasa Melayu Kelantan: Menggali Ilmu Menyusur Warisan. Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, 2016.

[17] Nor Hashimah, Jalaluddin. Bahasa Jual Beli Dalam Perniagaan Runcit: Satu Analisis Semantik Dan Pragmatik. Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1994.

[18] Salbia, Hassan. "Kajian Fonologi Dialek Melayu Kabong." 2016. University Of Malaya, PhD Dissertation. [19] Teoh, Boon S. The Sound System of Malay Revisited. Dewan Bahasa dan Pustaka, Ministry of Education,

Malaysia, 1994.

[20] Zaharani, Ahmad. Fonologi Generatif: Teori Dan Penerapan. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1993.

[21] Zaharani, Ahmad, et al. "Fonologi Rangkap Vokal Dan Kepelbagaian Dialek Melayu: Analisis Teori Optimaliti." GEMA Online Journal Of Language Studies, vol. 11, no. 3, 2011.

[22] Zaharani, Ahmad. "Kepelbagaian Dialek Dalam Bahasa Melayu: Analisis Tatatingkat Kekangan." Jurnal e-Bangi, vol. 1, no. 1, 2006.

Referensi

Dokumen terkait

Masa  manfaat  dari  masing‐masing  aset  tetap  Entitas  diestimasi  berdasarkan  jangka  waktu  aset  tersebut  diharapkan  tersedia  untuk  digunakan. 

Pencarian pola dengan menggunakan prinsip Web Content Mining dengan sumber data yang diperoleh dari dokumen mutu milik Program Studi Informatika Universitas Pembangunan

Puji syukur penulis panjatkan kehadirat Allah SWT, yang telah melimpahkan rahmat dan hidayah-Nya sehingga penulis dapat menyelesaikan tesis dengan judul “Analisis Jalur tentang

Ketentuan hukum yang harus diterapkan dalam kedua kasus jual beli tanah dan bangunan tersebut adalah jual beli tanah yang harus sesuai dengan yang diatur di

Pada Gambar 2 tersebut surface erosion pada polimer nanokomposit lebih besar dibandingkan polimer sintetik berbentuk komposit yang akan mempengaruhi lama waktu dan

Sementara itu Munir Fuady menyatakan bahwa Franchise atau sering disebut juga dengan istilah waralaba adalah suatu cara melakukan kerjasama di bidang bisnis antara 2 ( dua ) atau

for windows. Untuk uji normalitas gain digunakan uji Shapiro- Wilk dengan taraf signifikansinya adalah 0.05. > 0.05 maka data berdistribusi normal. 3) Menguji homogenitas

Berdasarkan tabel 4.2 Hasil luas zona hambat yang terbentuk oleh kedua ekstrak metanol buah dan daun tin dapat dikategorikan memiliki kandungan senyawa