• Tidak ada hasil yang ditemukan

MIRJO VOL. 3, ISSUE. 3, PP 1-10, DECEMBER 2018 eissn

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "MIRJO VOL. 3, ISSUE. 3, PP 1-10, DECEMBER 2018 eissn"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

Pengayaan kosa kata: Satu Analisis Makna Sinonim dalam

Teks ‘Sang Gembala Kuda’

(

Vocabulary enrichment: An Analysis of the Meaning of Synonyms in ‘Sang Gembala Kuda’

Text

)

Siti Nur Hidayah Abdullah

1, a)

dan Remmy Gedat

1, b)

1Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Jalan Datuk Mohammad Musa, 94300,

Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia

a)Corresponding author: hidayahjais83@yahoo.com b)gremmy@unimas.my

Abstrak. Antara aspek yang dinilai dalam penulisan karangan murid peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ialah ‘penggunaan kosa kata luas dan tepat’. Namun, murid didapati mengalami masalah kekurangan kosa kata ketika menulis karangan sehingga menjejaskan markah dalam peperiksaan. Malahan, masalah seperti kurang membaca, kurang bahan bacaan, bahan bacaan terhad dan sikap murid itu sendiri terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu [10] turut menjadi punca masalah tersebut berlaku. Kajian ini berbentuk kualitatif deskriptif. Kaedah yang digunakan ialah kaedah analisis teks dengan mengaplikasikan tiga prosedur iaitu menentu, mencerakin dan menganalisis data. Tujuan kajian ini adalah untuk membuktikan bahawa masalah bahan bacaan terhad bukan alasan bagi murid tidak dapat memperkaya atau mempelbagaikan kosa kata ketika menulis karangan dan dan pentingnya murid mengetahui kosa kata sinonim. Hasil daripada keseluruhan kajian mendapati data korpus yang dipilih adalah amat sesuai digunakan untuk proses pengayaan kosa kata. Pengayaan kosa kata yang dimaksudkan dalam konteks kajian ini adalah kemampuan murid memahami makna lain selain makna leksikal sesuatu kosa kata dan dapat menggunakannya dengan baik semasa menulis karangan. Antara impak yang diperoleh daripada pengayaan kosa kata ini adalah murid dilihat mampu mempelbagaikan kosa kata dalam penulisan karangan dan menjadikan ayat dibina menjadi lebih menarik serta gramatis.

Kata Kunci – Pengayaan Kosa kata, Makna Sinonim

Abstract. Among the aspects assessed in the essay writing of the Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) students are 'broad and

accurate vocabulary users'. However, students were found to have a problem with the lack and limited off vocabulary while writing essays to affect the score in the exam. In fact, problems such as less reading, lack of reading materials, reading comprehension and student attitude towards Malay subject [10] are also said to be the cause of the problem. This study is descriptive qualitative. The method used is the method of text analysis by applying three procedures, namely determining, combining and analyzing the data. The purpose of this study is to prove that the lack of reading materials is not the reason why students cannot enrich or diversify their vocabulary while writing the essays and the importance of students to know synonyms words. The results of the entire study found that the corpus data selected is suitable for the vocabulary enrichment process. The vocabulary enrichment meant in the context of this study is that the student understands the meaning other than the lexical meaning of a vocabulary and can use it well when writing the essay. Among the impacts of this vocabulary enrichment is that pupils are seen to be able to diversify their vocabulary in essay writing and make the sentences constructive to be more interesting and grammatical.

(2)

PENGENALAN

Mata pelajaran Bahasa Melayu telah dijadikan sebagai satu mata pelajaran wajib lulus untuk murid memperoleh sijil dalam peperiksaan SPM. Oleh sebab itu, dalam proses Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Bahasa Melayu di sekolah, terdapat empat kemahiran yang perlu dikuasai oleh seseorang murid. Empat kemahiran tersebut ialah menulis, membaca, mendengar dan bertutur [21].Namun demikian, kemahiran menulis dikatakan sebagai kemahiran yang paling tinggi dan kompleks untuk dipelajari kerana penyampaian bahasa melalui tulisan dan lisan mempunyai dua penampilan bahasa yang berbeza [1]. Masalah ini ditambah pula dengan pelbagai masalah yang dihadapi oleh murid seperti kekurangan kosa kata untuk menulis karangan [22]. Dikatakan bahawa, seramai 49,966 orang calon peperiksaan SPM pada tahun 2000 tidak memperoleh sijil kerana gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu [25]. Mereka hanya layak menerima ‘Pernyataan Keputusan’ dan kegagalan ini berlanjutan hingga ke tahun-tahun seterusnya [25].

Antara punca kegagalan tersebut ialah ketidak cekapan murid menggunakan bahasa tulisan yakni menulis karangan [22].Menurut [22] lagi, murid didapati mengarang karangan dan menulis jawapan menggunakan bahasa lisan yang mengandungi kosa kata dan laras bahasa pasar, dialek tempatan, bahasa ibunda, slanga, bahasa rojak dan sebagainya.

Dalam pada itu, sikap murid terhadap mata pelajaran bahasa Melayu turut mempengaruhi keputusan peperiksaan mereka [10]. Malahan, isu kekurangan bahan bacaan seperti majalah, akhbar, buku-buku ilmiah, dan lain-lain khususnya di sekolah-sekolah kawasan pedalaman, turut dinyatakan sebagai punca murid kurang membaca dan mengalami masalah kemiskinan kosa kata ketika mengarang. Selain itu, sesetengah murid juga didapati menghadapi masalah memahami makna sesuatu kosa kata yang dibaca dan hendak digunakan ketika menulis karangan. Kekeliruan dan ketidakfahaman ini menyebabkan murid enggan menggunakan kosa kata berkenaan kerana bimbang ayat yang dibina tidak menepati makna asal yang hendak dimaksudkan.

Di samping itu, rata-rata murid didapati tidak dapat mengenal pasti maksud sinonim sesepatah sehingga menyebabkan murid lazim menggunakan satu perkataan secara berulang-ulang dalam satu perenggan [24]. Hal ini disebabkan oleh, tidak ada PdPc secara khusus untuk memahami makna sinonim yang diajarkan di sekolah. Perihal ini sebenarnya memerlukan kebijaksanaan guru untuk menyelitkan pembelajaran tersebut semasa PdPc mata pelajaran Bahasa Melayu.

Bertitik tolak daripada masalah tersebut, pengkaji mengambil inisiatif untuk menjalankankajian terhadap proses pengayaan kosa kata dari aspek semantik sinonim. Pengkaji memilih aspek semantik sinonim kerana, dikatakan bahawa istilah ‘sinonim’ ini berasal daripada dari bahasa Yunani Kuno iaitu onoma=nama dan syn= dengan. Seterusnya [23] daripada maksud istilah tersebut menyimpulkan bahawa sinonim ini memiliki makna ‘sama’ dan mengandungi makna pusat yang sama tetapi berbeza dari segi nilai rasa. Ringkasnya ialah mempunyai makna sama atau hampir sama berdasarkan konteks penggunaannya dalam ayat.

Manakala, dalam konteks kajian ini, proses pengayaan kosa kata dalam aspek semantik sinonim ialah merujuk kepada kebolehan murid memilih kosa kata selain daripada kosa kata yang lazim digunakan ketika menulis karangan tetapi kosa katanya mempunyai makna yang sama atau hampir sama. Contohnya, kosa kata kesimpulan bermaksud

kesudahan pendapat, penutup dan kosa kata yang bersinonim dengannya ialah akhirulkalam yang dipetik daripada bahasa Arab tetapi telah diserap masuk ke dalam bahasa Melayu yang juga membawa maksud kesudahan pendapat, penutup, pengakhir [8]. Maka dalam konteks kajian ini, murid yang memilih untuk menggunakan kosa kata

akhirulkalam di anggap telah mengalami proses pengayaan kosa kata dalam sistem kognitifnya kerana mampu menggunakan perkataan lain, selain makna leksikal perkataan tersebut.

Maka, semantik sinonim dilihat amat sesuai digunakan dalam kajian ini. Hal ini sekali gus memperlihatkan bahawa keterhadan bahan bacaan bukan menjadi masalah utama murid tidak dapat memperkaya kosa kata yang sedia ada dalam sistem kognitif mereka.

(3)

Kajian lepas berkaitan kosa kata telah banyak dijalankan oleh pengkaji terdahulu sama ada di dalam mahu pun di luar negara daripada pelbagai aspek semantik seperti antonim, homonim, hiponim, polisem dan sebagainya. Antara pengkaji yang telah menjalankan kajian berkaitan kosa kata adalah seperti [2], [3], [4], [6],[7], [9], [12], [13], [14], [15], [16] dan banyak lagi yang lainnya. Maka dengan itu, hasil daripada kajian-kajian tersebut telah menjadi panduan kepada pengkaji dalam menyorot isu-isu berkaitan dengan pengayaan kosa kata yang telah menjadi fokus kajian ini.

Misalnya, [7] telah mengkaji kosa kata makanan tradisional Melayu Sambas. Kajian daripada 3 kawasan desa yang berlainan menemukan pengkaji dengan 33 kosa kata makanan tradisional berupa bahan, 19 kosa kata makanan tradisonal berupa alat, 9 kosa kata makanan tradisional berupa cara membuat, 11 kosa kata makanan tradisional berupa bentuk, 12 kosa kata makanan tradisional berupa warna dan 35 hasil kosa kata makanan tradisional Melayu Sambas yang baharu dan pelbagai.

Walaupun telah banyak kajian yang dilakukan tehadap kosa kata seperti yang dilakukan oleh [13], [14] dan [15], namun pengkaji berpendapat bahawa kajian terhadap pengayaan kosa kata masih harus dipergiat. Hal ini demikian kerana, perubahan sejarah menyebabkan kehidupan manusia turut mengalami perubahan [13]. Oleh itu, bahasa adalah antara salah satu fenomena yang turut mengalami perkembangan dan perubahan dari semasa ke semasa.

Selain itu, aspek seperti pengayaan kosa kata masih belum didedahkan dengan meluas sifatnya, khususnya di peringkat sekolah. Hal ini demikian kerana, murid-murid sangat memerlukan kepelbagaian kosa kata untuk menulis karangan dengan baik dan sinonimnya sifatnya agar ayat yang dibina lebih menarik dan gramatis.

Selain mempunyai masalah keterhadan kosa kata, murid turut didapati tidak memahami makna sesetengah perkataan yang dibaca. Hal ini demikian kerana, di sekolah-sekolah belum terdapat Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) yang khusus untuk murid menguasai makna terutamanya makna yang bersinonim. Apa yang dilakukan adalah, jika ingin memahami sesuatu makna kata, cukup sekadar memahami makna leksikal yang terdapat dalam kamus tetapi tidak dari aspek semantik lain, aspek makna sinonim misalnya. Justeru, perkara ini turut menjadi dorongan untuk pengkaji menjalankan kajian ini sekali gus membuktikan bahawa kekurangan atau keterhadan bahan bacaan tidak membataskan murid untuk memiliki kepelbagaian kosa kata dalam sistem kognitif mereka.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini berbentuk kualitatif deskriptif dengan menganalisis sebuah sajak bertajuk ‘Sang Gembala Kuda’ yang terdapat dalam teks antologi KOMSAS ‘Jaket Kulit Kijang dari Istanbul’ tingkatan empat bagi sekolah-sekolah di Zon Sabah dan Sarawak [11]. Tujuan pengkaji memilih teks ini kerana, teks ini merupakan teks wajib bagi murid-murid sekolah walaupun telah dibahagikan kepada Zon. Selain itu, pengkaji ingin menunjukkan bahawa, walaupun hanya menggunkan teks seringkas sajak, murid-murid masih boleh memperkaya kosa kata asalkan tahu makna sinonim bagi sesepatah kosa kata.

Namun demikian, pemilihan teks ini hanyalah contoh terhadap analisis yang akan dilakukan oleh pengkaji. Hal ini demikian kerana, penggunaan teks antologi KOMSAS di sekolah-sekolah seluruh negara adalah berbeza mengikut zon-zon yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Akan tetapi, perkara tersebut bukanlah menjadi alasan untuk murid tidak memperoleh dan mempelbagaikan kosa kata mereka. Malahan, isu ketiadaan dan keterhadan bahan bacaan tersebut bukanlah satu alasan yang membebankan. Malahan selain sajak, teks cerpen, drama, novel, pantun mahu pun syair juga boleh digunakan.

Sebelum mencapai tahap menganalisis data dan seterusnya perbincangan, pengkaji perlu melalui tiga prosedur penting. Prosedur tersebut adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.

(4)

RAJAH 1. Prosedur Penganalisisan data.

Peringkat menentukan data merupakan peringkat yang paling penting dan menjadi penggerak utama dalam kajian ini. Selain itu, pengkaji juga perlu memastikan kerelevanan data yang dipilih mengikut konteks kajian yang hendak dilakukan supaya tidak tersasar daripada fokus kajian. Hal ini demikian, kerana kajian yang dilakukan oleh pengkaji ialah berkisar masalah kosa kata yang dihadapi oleh murid-murid di sekolah ketika menulis karangan. Justeru kajian ini tidak melibatkan aspek penulisan lain di luar konteks sekolah. Malahan isu keterhadan bahan menjadi antara kekangan murid dikatakan mengalami masalah kekurangan kosa kata. Oleh sebab itu, pengkaji telah memilih sebuah sajak dalam sebuah antologi KOMSAS tingkatan empat sebagai data kerana data tersebut lebih dekat dengan murid di sekolah.

Seterusnya, pada peringkat kedua pula ialah peringkat di mana pengkaji akan mencerakinkan data yang diperoleh daripada sajak tersebut. Sebelum menjalankan prosedur pencerakinan, pengkaji akan membaca sajak tersebut dengan teliti. Pencerakinan akan dilakukan rangkap demi rangkap dengan mengariskan kosa kata yang didadapati mempunyai makna sinonim seperti yang ditunjukkan pada Jadual 1. Tujuan pengkaji mengariskan setiap kata tersebut ialah untuk memudahkan pengkaji mengenal pasti kosa kata yang mempunyai sinonim dan menfokuskan kajian kepada makna sinonim sahaja. Proses mencatat dilakukan dengan teliti rangkap demi rangkap untuk mengelakkan sebarang ketirisan maklumat.

JADUAL 1. Perkataan yang mengandungi makna sinonim.

Rangkap Sang Gembala Kuda

1 Dia lelaki bergelar perkasa

dengan cemeti keberanian di tangan rembat angkuhnya memacu takut menghalau kuda-kuda di padang berebutan memburu kandang.

2 Rumput dan jerami

adalah kanun janji kesetiaan dimamah rakus kala lapar

tak peduli nasib diri setelah kenyang jadi tunggangan memburu rakan 3 Dia lelaki punya kuasa

sekali suarnya lebih gempita daripada ringkik kuda sekandang Menentukan Data

* memilih dan menetapkan data yang hendak digunakan

* mempertimbangkan kerelevanan data yang hendak digunakan

Mencerakinkan Data

* kaedah Catatan

Menganalisis Data

* melakukan analisis untuk memperlihatkan kata dari aspek sinonim untuk pengayaan kosa kata dan

(5)

dia melempar muslihat aku penyelamat maruah berjuang atas dasar kebenaran menentang semua kebobrokan 4 Dia lelaki sang gembala kuda

hanya mengenal pantas tunggangan tanpa membaca keletihannya dia lelaki sang gembala kuda hanya tahu mengejar kehebatan tanpa menghitung kesakitannya dan kuda-kuda itu ditunggangi ditunggangi dan ditunggangi!

Pada peringkat ketiga, pengkaji akan menganalisis data yang diperoleh daripada peringkat satu dan dua dengan tumpuan analisis diberikan kepada kosa kata yang mempunyai makna sinonim dalam sajak ‘Sang Gembala Kuda’. Sebelumnya, pengkaji akan menerangkan makna sinonim dan perkataan-perkataan yang dikategorikan sebagai mempunyai makna sinonim. Seterusnya pengkaji juga akan menjelaskan bagaimana berlakunya proses peluasan makna daripada perkataan-perkataan tersebut yang dilihat dapat membantu dalam penulisan karangan murid. Pangkalan korpus Pusat Rujukan dan Persuratan Melayu (PRPM) di laman sesawang http://prpm.dbp.gov.my/ turut digunakan untuk memperoleh makna sinonim dan penggunaannya dalam ayat selain daripada menggunakan [8].

ANALISIS DAN PERBINCANGAN

Dalam bidang semantik, makna sinonim merujuk kepada perkataan yang berlainan bentuk ejaan atau bunyi tetapi mempunyai makna yang sama atau hampir sama [18] dalam [5]. Makna sinonim ini pula dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu sinonim pinjaman, sinonim konteks, sinonim laras sosial dan sinonim kolokasi. Namun demikian, kajian ini akan lebih berfokus kepada sinonim konteks dan sinonim kolokasi yang dilihat lazim digunakan oleh murid dan penting untuk murid pelajari serta fahami bagi mempelbagaikan kosa kata ketika menulis karangan sekali gus menepati kriteria penskoran ‘penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat’ [19]. Sinonim konteks yang dimaksudkan ialah merujuk kepada perkataan yang mempunyai makna yang sama tetapi berbeza penggunaannya berdasarkan konteks yang berbeza [5]. Manakala sinonim kolokasi pula ialah perkataan yang mempunyai perkaitan antara satu sama lain dan hanya sesuai jika dibandingkan dengan sesuatu perkara [5]. Seterusnya, analisis dan perbincangan ini akan melibatkan Jadual 2, 3, 4 dan 5. Namun demikian, pengkaji hanya akan memetik contoh kosa kata yang berwarna dalam setiap jadual untuk dihuraikan.

Pengayaan kosa kata dalam rangkap 1

JADUAL 2. Pengayaan kosa kata ‘Perkasa’.

Kosa kata Makna Leksikal Makna sinonim

Perkasa 1. gagah berani 2. berkuasa, hebat, kuat

bahaduri, kosen

Memacu 1. mengesa

2. melarikan deras-deras (ki) 3. memacukan/ memperlumbakan

Taji, susuh, sungga

Padang 1. tanah yang lapang, lapangan 2. Kd. Sawah, bendang

Kancah, medan, litar, arena

Pada Jadual 2, makna leksikal bagi kosa kata perkasa yang terdapat dalam [8] dapat dibahagikan kepada dua iaitu 1 gagah berani dan 2 berkuasa, hebat, kuat; dengan perkasa (kekerasan). Kosa kata perkasa ini pula bersinonim

(6)

dengan makna bahaduri yang bermaksud (sl) berani, gagah, perkasa dan kosen yang juga bermaksud gagah, berani, perkasa [20]. Akan tetapi, lazimnya ketika menulis karangan, murid didapati lebih banyak menggunakan makna leksikal berbanding dengan makna sinonim sehingga kadang kala berlaku pengulangan perkataan yang sama dalam satu ayat mahu pun perenggan. Contohnya seperti karangan murid berikut yang menggunakan kosa kata ‘langkah’ secara berulang dalam satu perenggan.

RAJAH 2. Contoh karangan pelajar. Sumber : Koleksi peribadi penulis

Pengulangan kosa kata dalam satu perenggan dilihat menjejaskan aspek gramatis ayat yang dibina [19]. Hal ini demikian, kerana semasa proses PdPc di dalam bilik darjah, murid hanya didedahkan dengan penggunaan [8] untuk mendapatkan makna sesuatu kosa kata yang tidak difahami. Ironinya, murid tidak didedahkan dengan kosa kata yang bersinonim sifatnya. Ini merupakan satu kerugian kerana murid hanya terikat dengan satu kosa kata sahaja tanpa mengetahui bahawa terdapat sesetengah kosa kata mempunyai makna sinonim.

Misalnya, jika murid didedahkan makna sinonim perkasa secara tidak langsung berlaku proses pengayaan kosa kata dalam pemikirannya. Proses pengayaan kosa kata yang dimaksudkan di sini ialah murid memperoleh kosa kata baharu iaitu kosa kata bahaduri dan kosen. Walaupun kosa kata bahaduri dan kosen ini agak janggal penggunaanya dalam ayat, namun dari segi konteks penggunaanya tidaklah menjejaskan kegramatisan ayat yang dibina. Perhatikan contoh ayat berikut [8] yang menggunakan makna perkasa dan kosen.

a. Hang Tuah merupakan hulubalang Melayu yang ternama dan perkasa [8]. b. Hang Tuah merupakan hulubalang Melayu yang ternama dan kosen[8].

Dari aspek ayat, kedua-dua ayat tersebut adalah sama tetapi hanya dibezakan dengan kosa kata perkasa dan kosen. Namun dari segi maknanya masih sama iaitu merujuk kepada makna Hang Tuah seorang hulubalang yang gagah dan berani.

Pengayaan kosa kata dalam rangkap 2

JADUAL 3. Pengayaan kosa kata ‘Rakus’.

Kosa kata Makna Leksikal Makna sinonim

Kanun 1. undang-undang yang termaktub berhubungan dengan perbuatan jenayah dan hukumannya

Undang-undang, hukum, peraturan, kaedah, tatacara, prosedur

Rakus 1. gelojoh, lahap 2. kelobaan

Kemaruk, pajuh, lalah, celungap, majuh, loba, demap, serakah, moris

Janji 1. pernyataan kesediaan untuk berbuat sesuatu 2. syarat, ketentuan, tuntutan

3. pengunduran waktu, had, tangguh

(7)

akan kekayaan menyebabkan Razali tertangkap kerana menerima rasuah. Seperti mana kosa kata perkasa, kosa kata rakus juga sering digunakan oleh murid-murid dalam penulisan karangan yang membawa kepada pengulangan perkataan dalam satu ayat atau perenggan. Perhatikan contoh ayat berikut.

a. Abang merupakan seorang ahli usahawan ternak yang berjaya. Oleh sebab syarikat abang sedang mendapat nama dalam kalangan peraih-peraih tempatan, maka emak sering berpesan kepada abang supaya tidak

rakus dalam berniaga (A1). Emak bimbang rakus boleh menyebabkan syarikat yang dibinanya selama bertahun-tahun akan runtuh dalam sekelip mata (A2) [8].

b. Abang merupakan seorang ahli usahawan ternak yang berjaya. Oleh sebab syarikat abang sedang mendapat nama dalam kalangan peraih-peraih tempatan, maka emak sering berpesan kepada abang supaya tidak

rakus dalam berniaga(A1). Emak bimbang serakah boleh menyebabkan syarikat yang dibinanya selama bertahun-tahun akan runtuh dalam sekelip mata (A2) [8].

Dalam contoh ayat (a) terdapat pengulangan kosa kata rakus iaitu dalam A1 dan A2. Manakala dalam contoh ayat (b) kosa kata rakus telah digantikan menggunakan kosa kata serakah pada ayat A2. Walaupun pada A2, kosa kata

rakus telah ditukarkan kepada kosa kata serakah, namun maksud bagi keseluruhan ayat tersebut masih difahami dengan jelas. Hal ini demikian kerana, rakus sinonim maksudnya dengan serakah iaitu merujuk kepada tamak, gelojoh, lahap [20]. Selain memperoleh makna baharu kepada makna rakus, murid juga memperoleh kosa kata baharu iaitu serakah. Dalam pada itu, walaupun karangan disemak secara holistik, kebolehan murid mempelbagaikan kosa kata dalam penulisan dianggap sebagai murid yang matang dalam mempersembahkan sesebuah hasil penulisan [19]. Aspek kematangan dalam penulisan sangat diperlukan dalam penulisan karangan pada peringkat SPM kerana menjadi sebahagian kepada kriteria penskoran untuk membolehkan murid mendapat markah pada peringkat cemerlang.

Pengayaan kosa kata dalam rangkap 3

JADUAL 4. Pengayaan kosa kata ‘Sekandang’.

Kosa kata Makna Leksikal Makna sinonim

Sekandang 1. tempat atau ruang yang berpagar 2. ruang yang dikelilingi pagar 3. makam;kubur (sl)

Reban, sangkar, serkap, kurungan, sendong, celung, sengluat, kerangkengen, lokap, sel, penjara Lumpur 1. tanah berair yang lembut; selut Selut, kukup, lanyau, lanau, lahar, lolok,

luluk, lunau Kuasa 1.daya atau kemampuan untuk melakukan sesuatu kerja

2.berupaya, mampu, berdaya 3.sanggup serta berminat

4.hak atau kewibawaan atas sesuatu atau untuk melakukan

Daya, wibawa, kekuatan, sanggup

Kandang dari aspek makna leksikalnya membawa 3 makna iaitu 1 tempat atau ruang yang berpagar dsb (untuk binatang, terutamanya pada malam hari. 2 ruang yang dikelilingi pagar (garis dll), gelanggang, kalangan. 3 (sl) makam, kubur [20]. Manakala kosa kata yang bersinonim dengan kandang ialah seperti, reban, sangkar, serkap, kurungan, sendong, celung, sengluar, kerangkengen, lokap, sel dan penjara [20]. Kosa kata seperti, sendong, celung, dan sengluat merupakan antara kosa kata yang jarang digunakan berbanding dengan kosa kata kandang. Mengapa jarang digunakan? Hal ini tidak lain kerana, murid tidak megetahui maknanya. Perhatikan dua ayat berikut yang menggunakan kosa kata yang sama tetapi berbeza maknanya dari segi konteks.

a. Menjelang senja kambing-kambing peliharaan Pak Saad pulang ke kandang tanpa perlu dipanggil [20]. b. Sementara menanti kedatangan pihak polis, Jalil telah dimasukkan ke dalam sendong kerana ditangkap

mencuri ayam penduduk kampung [20].

Jika diteliti, ayat (a) dan ayat (b) menggunakan dua kosa kata yang berbeza dalam setiap ayat yang dibina. Namun dari segi konteks, perbezaan penggunaan perkataan tersebut masih merujuk kepada maksud yang sama iaitu tempat atau ruang yang dikelilingi pagar. Hal ini jelas menunjukkan bahawa bahasa Melayu mempunyai pelbagai

(8)

perbendaharaan kata yang boleh menjadi sumber kekayaan kosa kata kepada murid-murid, jika murid turut memahami makna dan konteks penggunaannya.

Pengayaan kosa kata dalam rangkap 4

JADUAL 5. Pengayaan kosa kata ‘Pantas’.

Kosa kata Makna Leksikal Makna sinonim

kehebatan 1. Perihal hebat, kedahsyatan, kesangatan, keterlaluan Unggul, agung, handal, ternama, terkenal, termasyhur, terbilang, gah Pantas 1. Cepat, kencang, lekas

2. Cekap, cekatan, mahir, tangkas

Tangkas, cekap, gancang, gesit, sigap

Keletihannya 1.keadaan atau rasa letih; kepenatan 2.berasa letih; dalam keadaan letih

Penat, lesu, jerih, lelah, litak, rimpuh

Pada Jadual 5, pantas difahami maksud leksikalnya [8] sebagai 1 cepat, lekas, kencang yang merujuk maksud dapat bergerak atau berlaku dengan cepat; lekas; laju. 2 cekap, cekatan, mahir, tangkas yang merujuk maksud berbuat sesuatu dengan mahir [8]. Contoh ayat, kakak saya lebih mahir memasak daripada menghias rumah. Seperti mana kosa kata kandang, kosa kata pantas turut mempunyai kosa kata yang sinonim dengannya. Dengan kehadiran kosa kata yang bersinonim sebenarnya memberi kekayaan kosa kata kepada pembaca, khasnya murid di sekolah. Apabila sudah mengetahui adanya kosa kata yang sinonimnya sudah pasti murid hendak memahami dan mengetahui maknanya pula. Namun, mengapa kosa kata seperti gancang, gesit dan sigap kurang digunakan dalam sebarang bentuk penulisan? Di sekolah misalnya, penggunaan kosa kata tersebut sangat kurang digunakan atau tidak pernah digunakan, mahu pun diajar kepada murid-murid. Guru-guru dilihat lebih bertumpu kepada makna leksikal sesuatu kosa kata kerana menganggap memahami makna leksikal sudah memadai untuk menulis dan [8] sangat memainkan peranan dalam memperoleh kosa kata khususnya makna leksikal [17].

KESIMPULAN

Keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa proses pengayaan kosa kata amatlah penting untuk dikuasai oleh murid-murid terutamanya ketika menulis karangan. Hal ini demikian kerana, karangan yang baik dan berkesan terhasil daripada kekayaan kosa kata yang dimiliki, pemilihan kosa kata yang tepat dan kemahiran dalam menghurai idea serta contoh. Pengkaji berpendapat bahawa, meski pun aspek makna sinonim tidak terdapatlah dalam silibus Bahasa Melayu, akan tetapi amatlah sesuai jika guru-guru di sekolah turut mendedahkan murid-murid tentang kosa kata yang mempunyai maksud sinonim. Hal ini akan membantu murid-murid mempelbagaikan kosa kata ketika menulis karangan sekali gus menepati [19] yang telah ditetapkan. Jika, murid dapat mengetahui, memahami dan menguasai makna sinonim, impaknya murid juga dilihat mampu mempelbagaikan kosa kata dalam penulisan karangan. Justeru, aspek pengayaan kosa kata ini tidak harus dikesampingkan dalam proses PdPc Bahasa Melayu khususnya dalam penulisan karangan.

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada Muhammad Zaid Daud dan Dr. Remmy Gedat (Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UNIMAS) kerana membantu memberikan krirtikan terhadap penulisan ini serta Jais Sahok (SISC+, BM, PPD Kuching) kerana membantu mengumpul maklumat berkenaan senario yang berlaku di sekolah-sekolah.

(9)

RUJUKAN

[1] Abdul Rasid Jamian. “Permasalahan Kemahiran membaca dan Menulis Bahasa Melayu Murid-murid Sekolah Rendah di Luar Bandar”. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Vol.1 Bil 1 (Mei 2011), 2012, pp. 1-12.

[2] Azah Abdul Aziz dan Sheika Fadzlon Shaik Yakob. “Membina Kosa Kata Murid Dengan Menjana Idea Bagi Isi Karangan Melalui Konsep “Curriculum Redesign”. Jurnal Seminar Bahasa Melayu. Menyempurnakan Kata Menyampaikan Makna. 2017.

[3] Choirun Nisak Aulina. “Pengaruh permainan dan penguasaan kosa kata terhadap kemampuan membaca permulaan anak usia 5-6 tahun”. 2012. Pedagogia vol.1, no.2, jun 2012, pp. 131-143.

[4] Donesi Vanola. “Hubungan Penguasaan Kosa Kata Dengan Kemampuan Menulis Karangan Sederhana Dalam Bahasa Mandarin Pada Siswa Kelas XI Bahasa Ma Raudlatul Muta’Allimin Babat Lamongan”. Mandarin UNESA. Volume 01, Nombor 01. 2016.

[5] Farizah Nazir & Faiziah Shamsudin. Semantik dan peristilahan Bahasa Melayu. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan, 2014.

[6] Indirawati Zahid & Farmawati Sidik. “Analisis Komponen Makna Kata Kerja Dalam Slogan Iklan Produk Kecantikan Muka”. Jurnal Bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka. 2012.

[7] Jumiati Asri Rahmadhanti. “Kosakata Makanan Tradisional Melayu Sambas”. Program Studi Pendidikan Bahasa dan Sastra Indonesia. Jurusan Pendidikan Bahasa dan Seni Fakultas Keguruan dan Ilmu Pendidikan Universitas Tanjung Pura Pontianak. 2014.

[8] Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka.2015.

[9] Manisah Osman. “Peluasan ayat Melalui strategi penggunaan pelbagai keterangan”. Seminar Bahasa Melayu: Menyempurnakan Kata Menyampaikan Makna. Kuala Lumpur. 2017.

[10]Mahendran Maniam & Kartheges Ponniah. “Pengaruh Bahasa Ibunda(Bahasa Tamil) Dalam Proses Pembelajaran Bahasa Melayu”. Edusentris, Jurnal Ilmu Pendidikan dan Pengajaran. Vol 1. No 1. Maret 2014. [11]Mohd Hashim Othman. “Antologi Komsas Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul. Sajak ‘Sang Gembala Kuda”.

Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur. 2015.

[12]Nadiah Zubir. “Kajian Semantik Kata Nama Pinjaman Dalam Daichouhen Doraemon”. Disertasi Diserahkan Untuk Memenuhi Keperluan Bagi Ijazah Sarjana Pengajian Bahasa Moden. 2015.

[13]Nor Hashimah Jalaluddin, Anida Sarudin & Zaharani Ahmad. “Peluasan Makna Alim: Analisis Semantik kognitif.” 2012. Gema Online Journal of Language Studes. Volume 12(2), May 2012.

[14]Nor Hashimah Jalaluddin, Zaharani Ahmad & Nurul Huda Mohd Saad. “Peluasan makna imbuhan Ber : Analisis Semantik Kognitif. 2010. Gema Online Journal of Language Studies. Volume 10(1), May 2010.

[15]Nor Fazilah Noor Din. “Peluasan Makna ‘Payung’ Dalam Kalangan Pengguna Bahasa Melayu Berdasarkan Analisis Semantik Kognitif”. 2016. Proceeding of ICECRS, 1 (2016) 799-810.

[16]Nurliya Febrisma. “Upaya Meningkatkan Kosa Kata Melalui Metode Bermain Peran Pada Anak Tunagrahita Ringan (PTK kelas DV di SLB Kartini Batam)”. 2013. Jurnal Ilmiah Pendidikan Khusus. E-JUPEKhu. Volume 1. Nomor 2.

[17]Nurul Aminah Basharuddin & Hasnah Mohamad. “Kamus dan Peranannya dalam Meningkatkan Minat Kanak-kanak Mempelajari Bahasa”. 2015. International Journal of the Malay World and civilisation (Iman) 3(1), 2015, pp. 79-89.

[18]O’Grady. “What Really Matters”. Kanada: McGill-Queen’s University Press. 2000.

[19]Peraturan Pemarkahan Percubaan SPM. 2012. Diakses melalui https://pppnukm.files.wordpress.com. [20]Pusat Rujukan dan Persuratan Melayu (PRPM) di laman sesawang http://prpm.dbp.gov.my/

[21]Roselan Baki.“Pengajaran Dan Pembelajaran Penulisan Bahasa Melayu : Senario, Teori Dan Panduan untuk Guru dan Pelajar”. Karisma Publications Sdn. Bhd. Shah Alam. 2003.

(10)

[22]Teo Kok Seong. “Kenyataan Akhbar Berita Harian : Gagal Bahasa Melayu Petanda Buruk”. 2015. [23]Vehaar,J.W.M. Asas-asas Linguistik Umum. Yogyakarta: Gadjah Madah Universiti Press. 2010.

[24]Wado, K., Hamid, Z., Hayeeteh, P., & Binsama-ae, S. “Pengajaran Bahasa Melayu Baku Dalam Kalangan Komuniti Perbatasan : Satu Kajian Pengaruh Dialek Patani di Selatan Thailand”. Malaysian Journal of Society And Space, Issue 11(11), 2015, pp. 36-44.

[25] Zalina yahya. “Kenyataan Media Utusan. Gagal Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu”. 2001. [26] Zambri Ismail. Penyemak kertas 1 Bahasa Melayu, Zon Sarawak. 2015.

Referensi

Dokumen terkait

Dengan menganggap perilaku gelombang elektron dalam atom hidrogen serupa dengan getaran kawat kita dapat mengambil postulat bahwa sebuah elektron dapat mengelilingi

Menurut Arikunto (2009:16-22) terdapat empat tahapan yang lazim dilalui dalam penelitian tindakan, yaitu: perencanaan, pelaksanaan, pengamatan, dan refleksi. Perencanaan

Kajian ini akan diteruskan pada kajian akan datang dengan medium bantuan ini dengan tidak sahaja akan menggunakan tulisan tetapi menggunakan sistem berkod bukan sahaja mereka

Adapun tujuan Universitas al-Azhar adalah: (1) mengemukakan kebenaran dan pengaruh turas Islam terhadap kemajuan umat manusia dan jaminannya terhadap kebahagiaannya di

Zona ini merupakan wadah dari aktivitas umum yang digunakan sebagai ruang interaksi antara anggota keluarga dengan tamu atau orang luar yang diundang masuk ke rumah kita.Yang

1) Menghimpun atau mengumpulkan, mendayagunakan, memelihara dan membina secara terus menerus bahan koleksi atau sumber informasi (bahan pustaka) dalam bentuk apa

Panitia Pengadaan Barang dan Jasa Konsultansi di Lingkungan Dinas Pekerjaan Umum Kota Bandar Lampung Tahun Anggaran 2012 akan melaksanakan Pelelangan Umum dengan

Untuk membantu menganalisis permasalahan yang terjadi maka dilakukan pendekatan six big losses dan analisis menggunakan metode seven tools yaitu histogram untuk mencari