• Tidak ada hasil yang ditemukan

Text Syarahan Agama

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Text Syarahan Agama"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

PENDIDIKAN KESIHATAN ASAS MASYARAKAT SEJAHTERA

Bismillah hirrahma nirrahim....terima kasih saudara/saudari pengacara majlis,Yang dimuliakan, barisan umru hakim yang arif lagi menjunjung keadilan,penjaga masa.seterusnya warga dewan yang dihormati dan diberkati InsyaAllah...

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Pada hari ini saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk “Pendidikan Kesihatan Asas Masyarakat Sejahtera” Sebelum saya mengupas tajuk ini,izinkan saya untuk memberikan maksud bagi setiap perkataan tersebut. Pendidikan bermaksud proses penerapan ilmu dan nilai manakala Kesihatan bermaksud keadaan sempurna fizikal, mental dan social. Asas bermaksud teras atau tunjang kepada sesuatu. Masyarakat pula bermaksud satu komuniti manusia yang tinggal berdekatan manakala Sejahtera bermaksud keadaan aman dan harmoni tanpa sebarang masalah yang mengganggu ketenteraman. Maka boleh saya untaikan disini bahawa Penerapan ilmu dan nilai mengenai kesempurnaan fizikal dan mental adalah tunjang kepada keamanan dan keharmonian sesebuah komuniti. Di dalam Islam, pemahaman tentang kesihatan ini dilihat lebih luas dimana kesihatan bukan sahaja tertakluk setakat jasmani dan emosi malah mencakupi aspek hati dan kawalan dari sifat – sifat mazmumah. Seperti diterangkan dalam ayat 49 surah Al-anfal:

(Ingatlah) ketika orang-orang munafik dan orang-orang Yang ada penyakit (syak) Dalam hatinya berkata: "Orang-orang (Islam) itu telah diperdayakan oleh ugama mereka (sehingga mereka berani menentang Kami Yang lebih besar bilangannya)".

(2)

Sidang hadrin yang dihormati, terdapat 6 elemen di dalam masyarakat yang perlu kita terapkan dengan pendidikan kesihatan kerana apa? Kerana jika elemen-elemen ini, kita murnikan dengan nilai pendidikan kesihatan, nescaya dengan jelas kita akan dapat melihat betapa pentingnya pendidikan kesihatan itu.

Elemen pertama adalah ekonomi. Elemen ekonomi dalam masyarakat adalah amat penting dalam masyarakat dan ia amat berkait rapat dengan soal kesihatan. Kesan secara langsung jika sesebuah masyarakat yang tidak sihat fizikalnya maka ekonominya juga tidak akan berada dalam keadaan yang baik. Masyarakat yang tidak baik ekonominya,juga tidak akan dapat pemakanan dari hasil yang baik. Sedangkan kita sedia tahu bahawa makanan yang baik dan berkhasiat itu adalah sumber kepada fizikal yang baik. Allah mengkehendak kita makan bukan sahaja dari sumber rezeki yang halal malah yang baik dari segala segi yakni berkhasiat dan bersih. Di dalam surah al-Maidah ayat 88:

Dan makanlah dari rezeki Yang telah diberikan Allah kepada kamu, Iaitu Yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah Yang kepadanya sahaja kamu beriman.

Melalui pertambahan permintaan masyarakat kepada barangan halal dan bersih tanpa keraguan,secara tidak langsung industri makanan halal juga bertambah. Sektor ini bertambah luas kerana bidang ekonomi produk halal bukan sahaja terhenti setakat produk makanan malah kosmetik,pakaian dan barangan consumer lain turut terlibat.

(3)

Ditambah lagi dengan bilangan penduduk Islam yang dianggar mencecah 1.8 billion menjadikan pendidikan kesihatan dapat memacu bidang ekonomi negara.

Sudara saudari sekalian, elemen kedua pula adalah dari sudut sosial. Pendidikan kesihatan yang lebih barkait rapat dengan elemen sosial adalah dari sudut kesihatan rohani dan emosi. Ilmu kesihatan ini lebih bersifat dalaman. Namun harus diingat walaupun dimensinya agak berlainan, kesihatan rohani dan emosi tidak boleh dipandeng remeh kerana impaknya terhadap masyarakat adalah amat signifikan. Aspek kesejahteraan masyarakat adalah amat bergantung kepada kesihatan mental dan emosi individu-individu dalam sesuatu masyarakat. Pendidikan kesihatan dalam elemen sosial kebanyakannya disebarkan melalui proses pendidikan yang tidak formal. Firman Allah dalam Surah at-Tahrim ayat 6 :

Wahai orang-orang Yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka Yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu

Ibu bapa contohnya akan mendidik anak-anak mengawal emosi mereka serta memberikan kasih sayang dan pendidikan agama yang cukup bagi membolehkan anak-anak dapat membesar sempurna kesihatan rohani mereka. Masalah sosial yang berlaku di dalam masyarakat hari ini adalah berpunca dari kurangnya didikan agama yang seterusnya membawa kepada pelbagai penyakit hati. Penyakit ini tidak lain akan menyebabkan terjadinya pelbagai kegiatan tidak sihat. Masalah seks bebas,dadah,arak rokok dan seribu satu kejadian jenayah yang dipaparkan di media massa hari tidak lain

(4)

dan tidak bukan adalah kerana masalah ilmu kesihatan yang kurang di dalam dada individu terlibat. Masakan ada yang ingin mendekati cara hidup seks bebas,dadah dan arak jika mengatahui implikasi negatif terhadap kesihatan jika dilakukan. Begitu juga masalah ganguan mental dan psykologi di kalangan masyarakat,ianya dapat dibendung jika sesebuah institusi kekeluargaan itu stabil dan hidup dalam gaya hidup yang sihat.

Sidang hadirin yang mulia, elemen yang ketiga adalah budaya dalam masyarakat. Sebenarnya budaya masyarakat majmuk di Negara ini telah menerapkan dan memulakan unsur-unsur yang menunjukkan kepentingan pembudayaan kesihatan dalam masyarakat Melayu. Melalui kedatangan Islam ke Tanah Melayu sejak abad ke-11 lagi bangsa Melayu dilihat amat terkesan sekali dengan pembudayaan amalan kesiahatan dalam ajaran Islam. Agama Islam amat mementingkan kebersihan kerana ia penting dalam menjamin kesihatan tubuh badan bagi membolehkan umatnya menjalankan aktiviti-aktiviti seharian. Secara lahiriahnya bukan sahaja untuk melakukan ibadat tertentu memerlukan kita berwuduk malah dalam berpakaian juga kita dikehendaki memakai pakaian yang baik-baik seperti yang diterangkan dalam surah al A’raf ayat 31:

Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu Yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat Ibadat (atau mengerjakan sembahyang),

Pembudayaan amalan kesihatan yang diterapkan oleh nenek moyang kita menunjukkan betapa pentingnya bagi kita memelihara kesihatan dalam menjalani keidupan yang sempurna. Contohnya dalam masyarakat melayu budaya berkhatan, makan menggunakan tangan,tidak memakai kasut di dalam rumah serta pelbagai

(5)

permainan tradisional yang menggalakkan riadah dan amalan kesihatan dilihat menjadi teras dalam budaya kita. Jadi jelaslah bahawa elemen budaya yang mendidik masyarakat mengenai kesihatan itu amat penting dalam menjamin kesejahteraan.

Elemen keempat adalah elemen bidang politik. Sesebuah masyarakat sudah tentulah mempunyai barisan kepimpinan masing –masing dalam menerajui pembangunan mereka. Bidang Politik ini amat bermain peranan dalam menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan berkaitan kesihatan. Masyarakat yang sejahtera adalah masyarakat dimana kepimpinannya sentiasa menitik beratkan isu-isu kesihatan.

Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a yag bermaksud : “ Ketahuillah masing-masing kamu adalah pemimpin dan masing-masing kamu akan dipertanggung jawabkan dengan apa yang kamu pimpin. Seorang raja yang memimpin rakyat adalah pemimpin dan dia akan dipertanggun jawabkan dengan apa yang dia pimpin.

Pemimpin perlu peka terhadap isu-isu kesihatan di kalangan masyarakat yang dipimpinnya. Contohnya baru-baru ini kita dilanda dengan wabak Influenza A H1N1 atau dikenali juga dengan selsema babi. Bidang politik telah mengambil tindakan dengan menyebarkan maklumat berkaitan wabak ini seterusnya dapat mendidik masyarakat mengenai kaedah-kaedah mengawal penularan wabak H1N1 ini. Begitu juga isu-isu kesihatan lain seperti isu ancaman barangan pengguna terhadap kesihatan contohnya produk dari Negara china yang dicemari bahan kimia melamin, isu pengurusan tekanan mental dan lain. Semua ini perlu ditangani dan pendidikan kesihatan perlu disebarkan melalui pelbagai media yang ada bagi menjamin kesejahteraan masyarakat.

Sidang para hadirin sekalian. Elemen kelima adalah elemen pendidkan itu sendiri. Apa yang saya maksudkan disini adalah penting umat Islam dalam masyarakat untuk mempelajari dan menerokai bidang pendidikan kesihatan. Bidang pendidikan yang saya

(6)

maksudkan disini bukan sahaja terhad kepada bidang perubatan. Ia sebenarnya lebih tertumpu kepada ilmu dalam mengenal pasti punca penyakit dan kaedah-kaedah untuk mengelakkan sesuatu penyakit itu sebelum ianya terjadi. Berbeza sedikit dengan bidang perubatan dimana ia lebih kepada mencari penawar kepada sesuatu penyakit. Sumber ilmu kesihatan banyak diterangkan di dalam Al-Quran dan Hadis dan

pengkajian kepada kejadian alam. Firman Allah dalam surah Al-Furqan ayat 62 :

Dan Dia lah Yang menjadikan malam dan siang silih berganti untuk sesiapa Yang mahu beringat (memikirkan kebesaranNya), atau mahu bersyukur (akan nikmat-nikmatNya itu).

Bidang pendidikan kesihatan sebenarnya tidak keterlaluan jika saya katakana lebih penting dari bidang perubatan. Kerana memetik kata-kata bijak pandai “sesungguhnya mencegah itu lebih baik dari mengubati”. Jika kita dapat mencegah,kenapa kita perlu menunggu sehingga kita ditimpa sakit. Melalui pencegahan kita dapat menjimatkan kos seterusnya masa dan tenaga. Kaedah ini lebih menjamin kesejahteraan masyarakat jika penghayatan terhadap pendidikan kesihatan dapat diperluaskan.

Sidang hadirin elemen keenam dan terakhir adalah elemen pertahan dalam memastikan kesejahteraan masyarakat. Keamanan masyarakat tanpa gangguan dari pihak luar akan menjamin kelangsungan tamadun sesebuah masyarakat itu. Masyarakat Islam khususnya sentiasa berhadapan dengan anasir-anasir luar yang menjalankan serangan-serangan samada berbentuk fizikal mahupun secara halus. Pendidikan kesihatan seperti amalan pemakanan sihat dan cara hidup sihat malaui bersukan dapat mewujudkan ahli-ahli masyarakat yang berkemampuan untuk mempertahankan diri serta masyarakatnya. Individu sihat merupakan aset yang sangat

(7)

penting dalam membina barisan pertahanan yang kukuh dan ampuh. Umat Islam adalah dituntut untuk sentiasa bersedia dalam mempertahankan diri sepertimana firman Allah dalam surah an-Nisa' ayat 71 :

Wahai orang-orang Yang beriman, bersedialah dan berjaga-jagalah (sebelum kamu menghadapi musuh), kemudian (bila dikehendaki) maralah (ke medan perang) sepuak Demi sepuak, atau (jika perlu) maralah serentak beramai-ramai.

Bagaimanakah untuk sedia berperang jika kesihatan tubuh badan individu masyarakat itu tidak cukup sempurna dalam menghadapi perperanagan. Nabi Muhammad SAW sendiri menggesa umatnya untuk menguasai kemahiran memanah, menunggang kuda berenang dan bermain pedang. Semua ini menunjukkan kesihatan amat berkait rapat dengan elemen pertahanan dalam menjamin kesejahteraan sesebuah masyarakat.

Konklusinya, kesejahteraan masyarakat berlandaskan kekukuhan enam elemen masyarakat yang disebutkan tadi. Melalui penerapan pendidikan kesihatan secara komprehensif ke dalam keenem-enam elemen yang telah diutarakan sebentar tadi iaitu ekonomi, sosial, budaya, politik, pendidikan dan pertahanan maka sudah pasti kesejahteraan yang diharapkan wujud dalam masyarakat setempat. Ia seterusnya menunjukkan dengan jelas betapa pentingnya pendidikan kesihatan tersebut dalam menjamin kesejahteraan sesebuah masyarkat.

(8)

Sekian Wabilahhi taufiq walhidayah….wassalamualaikum wbt.dan terima kasih……

AKHLAK MAHMUDAH MENJANA KELUARGA CEMERLANG

Terima kasih saudara/i pengerusi majlis

Barisan Panel hakim yang menegakkan keadilan pastinya

Dif-dif kehormat, saudara saudari, hadirin hadirat rahimakumullah

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

”Akhlak Mahmudah menjana keluarga cemerlang”, demikian tajuk syarahan yang akan saya utarakan pada hari yang berbahagia ini.

Saudara saudari hadirin sekalian,

Sebelum saya mengupas tajuk ini,izinkan saya untuk memberikan maksud bagi setiap perkataan tersebut. Akhlak menurut Kamus Dewan edisi ke-4 bermaksud budi pekerti, kelakuan, tabiat seseorang manakala akhlak mahmudah ialah akhlak yang mulia atau akhlak terpuji. Keluarga cemerlang pula sebuah keluarga yang hidup dalam keadaan harmonis dan gemilang. Secara konklusinya, tajuk syarahan saya pada hari ini membawa maksud tabiat dan tingkah mulia dan terpuji yang lahir dari hati yang bersih dan luhur sudah pastinya akan melahirkan sebuah keluarga yang cemerlang, harmonis dan bahagia. Persoalannya, bagaimanakah akhlak mahmudah ini boleh menjana sebuah keluarga yang cemerlang?

(9)

Untuk membina sebuah keluarga yang bahagia dan cemerlang, ibu bapa seharusnya mempamerkan contoh dan tauladan yang terbaik untuk di ikuti oleh anak-anak. Keluarga yang ingin anak-anak berakhlak mulia, maka mereka perlulah juga mempraktikkan akhlak yang mulia. Sebaliknya, kelakuan keluarga yang buruk akan menjadikan anak–anak itu sendiri berkelakuan buruk. Akhlak yang baik yang dilihat oleh anak-anak akan membentuk mereka secara tidak langsung. Mereka juga secara tidak langsung meneladani tunjuk ajar, budi bicara dan perbuatan yang mulia yang diamalkan oleh ibu bapa. Dengan sebab itu, bapa dan ibu diharapkan dapat menjadi model yang baik dengan menjadikan akhlak Rasulullah sebagai ikutan yang akan dituruti oleh anak-anak. Segala tingkahlaku, akhlak, tindak tanduk, adab, dan budi bahasa sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan seharian mereka. Fenomena hari ini menyaksikan banyak gejala sosial yang merosakkan kehidupan anak-anak dan remaja akibat dari kegagalan kepimpinan keluarga dalam mempamerkan ”QUDWAH HASANAH” dalam keluarga. Perintah ini dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w dengan sabdanya yang berbunyi:

ْ هُبَادَآ اوْنُس

ِ ح

ْ أَوَ مْك

ُ دَل

َ وْأَ اوْمُرِكْأَ"

“Muliakanlah anak-anak kamu dan tunjukanlah kepada mereka adab-adab yang baik.”

Saudara dan saudari yang dihormati sekalian,

Keluarga yang cemerlang bukan hanya diperolehi hasil dari hubungan antara anggota keluarga sahaja malahan hubungan dengan jiran sekeliling. Perhubungan kejiranan yang intim dapat diwujudkan bermula dengan berbual-bual mesra antara satu sama lain. Keluarga yang cemerlang bukan sahaja mewujudkan suasana yang harmoni di dalam keluarga bahkan keharmonian tersebut dapat dikongsi bersama sesama jiran. Sikap dan amalan yang negatif seperti mengumpat, hasad dengki, menyakiti jiran,

(10)

menabur fitnah, mementingkan diri sendiri, anti sosial dan sebagainya, tidak ada dalam kamus keluarga cemerlang. Setiap anggota keluarga bermula dari ibu bapa sehingga anak-anak adalah sama-sama bertanggungjawab mewujudkan suasana harmoni sesama jiran. Oleh itu, keluarga yang cemerlang ialah anggota keluarga yang berhijrah meninggalkan elemen-elemen yang merosakkan hubungan dan semangat kejiranan. Seseorang yang mempunyai akhlak mahmudah boleh dikatakan mempunyai sifat-sifat hati yang baik. Contohnya dalam pergaulan seharian termasuklah adab dan tatacara bergaul dengan anggota masyarakat dan jiran tetangga seperti memberi salam apabila bertemu, meminta izin apabila memasuki rumah, saling bantu membantu akan merapatkan hubungan silaturrahim. Sifat hati yang baik itu akan memberi cahaya kepada kehidupan sekali gus membawa kepada lahirnya sebuah keluarga yang cemerlang. Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Daud yang berbunyi :

ن

ِ س

ْ ح

ُ ن

ْ مِ ن

ِ ازَيم

ِ لْا يف

ِ ل

ُ ق

َ ثْأَ ءٍي

ْ ش

َ ن

ْ مِ امَ"

."ق

ِ لُخ

ُ لْا

” tidak ada sesuatu yang lebih berat dalam timbangan pada dari akhirat kelak selain dari akhlak yang mulia”

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,

Untuk melahirkan seseorang yang mempunyai akhlak mahmudah memerlukan perkara asas yang menjadi pencetus kepada sebuah keluarga yang cemerlang. Antaranya ialah seseorang itu mestilah mempunyai ilmu pengetahuan yang secukupnya. Manusia yang berilmu akan menjadi insan yang cemerlang dan berketerampilan disamping mempunyai sifat-sifat jati diri kerana mereka sentiasa dihiasi dengan sifat-sifat

mahmudah seperti amanah, berbudi mulia, jujur, bersederhana dan sebagainya. Oleh itu mana mungkin seseorang yang tidak berilmu pengetahuan dapat melahirkan sebuah keluarga yang sejahtera kerana diri mereka sentiasa dibelenggu oleh kejahilan dan pemikiran mereka sentiasa tertutup. Justeru, masalah keruntuhan akhlak yang melanda

(11)

umat Islam hari ini disebabkan kita gagal memanfaatkan akal dalam konteks memahami kebaikan dan keburukan sesuatu yang disogokkan oleh budaya dan pemikiran Barat. Sesungguhnya, ilmu pengetahuan akan memandu manusia ke jalan yang betul, memandu manusia membezakan yang benar dan yang salah, yang diredhai dan sebagainya. Firman Allah dalam surah al-Mujadalah ayat 11 yang berbunyi:

Allah meninggikan darjat orang-orang Yang beriman di antara kamu, dan orang-orang Yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu)

Saudara saudari hadirin sekalian,

Keluarga cemerlang memerlukan anak-anak yang terdidik dengan sifat kasih sayang, penuh ketaatan dan rasa tanggungjawab. Anak merupakan amanah Allah s.w.t kepada hamba-hamba-Nya. Kelahirannya seumpama kain putih bersih daripada noda dan kekotoran duniawi. Justeru, yang mencorakkan warna-warnanya adalah ibu bapa sendiri. Anak memainkan peranan yang penting untuk menjadikan suasana yang harmoni dalam keluarga. Ibu bapa perlulah memberi didikan yang sempurna kepada anak-anaknya terutama sekali penerapan nilai-nilai murni dan akhlak yang baik dalam diri merekai. Dengan didikan akhlak yang sempurna ini, anak-anak dapat memikirkan perkara yang baik dan buruk, seterusnya mentaati ibu bapanya yang melahirkannya ke dunia. Taat kepada ibu bapa ini bukanlah taat kepada perkara yang mungkar seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan lain-lain, tetapi ketaatan seorang anak itu adalah atas perkara yang makruf dan yang diredhai Allah s.w.t .Apabila setiap anak patuh dan taat kepada kedua ibu bapanya, ini sekali gus dapat melahirkan sebuah keluarga yang cemerlang serta harmonis. Iman dan ketakwaan kepada Allah merupakan benteng dalaman dan senjata yang penting dalam melahirkan manusia yang berakhlak mahmudah. Orang yang benar-benar beriman tidak akan melakukan sesuatu perkara yang bertentangan dengan tatasusila dan boleh meruntuhkan akhlak seperti tidak menghormati orang tua, pergaulan bebas, minum arak, mencuri, berjudi dan sebagainya. Oleh itu, seseorang yang mempunyai akhlak mahmudah mestilah

(12)

mereka yang mempunyai keimanan dan ketakwaan kerana ianya dapat melahirkan sebuah keluarga cemerlang yang hidup dalam keadaan aman dan tenteram. Firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 13 yang berbunyi :

Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu,

Saudara saudari hadirin sekalian,

Budi pekerti yang mulia merupakan penghias diri bagi seseorang. Akhlak mahmudah dikiaskan sebagai perhiasan diri kerana ia menjadi daya penarik manusia lain untuk tertarik dan menyenangi seseorang seterusnya membawa kepada kecemerlangan sesebuah keluarga. Sekiranya seseorang itu tidak mempunyai akhlak yang mulia seperti busuk hati, hasad dengki, berburuk sangka, akan melahirkan sebuah keluarga yang huru hara dan berpecah belah. Oleh itu, budi pekerti yang mulia perlu disemai dalam diri dengan merujuk kepada akhlak yang dimiliki oleh Rasulullah. Gambaran ketinggian akhlak baginda tertulis dalam al Quran surah al-Qalam ayat 4 yang berbunyi :

Dan Bahawa Sesungguhnya Engkau ( wahai Muhammad ) mempunyai akhlak Yang amat mulia.

Demikianlah betapa akhlak mahmudah yang mulia dan murni dapat menjana sebuah keluarga yang cemerlang. Oleh itu, marilah sama-sama kita menerapkan akhlak mahmudah dalam diri dengan menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh tauladan.

Referensi

Dokumen terkait

Pengenalan angka dapat dilakukan melalui metode bermain sambil belajar, metode pendekatan yang membuat anak- anak nyaman bermain dengan diselingi pembelajaran dalam hal ini

Alat yang dirancang terdiri sensor Global Positioning System (GPS) PMB-648 sebagai sensor untuk mengetahui posisi lintang dan bujur, sensor kompas digital HM55B

(6) Pegawai yang tidak dapat didaftar dalam sistem Presensi Elektronik sebagaimana dimaksud pada ayat (4) huruf c wajib dibuktikan dengan surat pernyataan bermaterai dan diketahui

Studi ini bertujuan untuk menggambarkan keadaan struktur geologi yang terbentuk di Pulau Simeulue yang berhubungan dengan mekanisme pembentukan sesar-sesar anjak pada prisma

Sj_ = besar arus jenuh untuk kelompok jalur atau

Bila film balutan primer untuk luka bakar yang terbuat dari kolagen yang diisolasi dari ikan gabus (Channa striata) dapat mempengaruhi kadar TGF-β dalam darah

Tujuan yang hendak dicapai dalam penelitian ini adalah untuk mengetahui makan pesan non verbal yang terkandung dalam iklan class mild versi “ Macet” di media televisi tersebut