• Tidak ada hasil yang ditemukan

Persepsi Pelajar Terhadap Gaya Pengajaran Guru Mempengaruhi Kemahiran Komunikasi

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Persepsi Pelajar Terhadap Gaya Pengajaran Guru Mempengaruhi Kemahiran Komunikasi"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

Persepsi Pelajar Terhadap Gaya Pengajaran Guru Mempengaruhi Kemahiran Komunikasi 1

Nurul Hazirah binti Nor Azman 2

Mahzan Awang

Abstrak

Kertas kerja ini membincangkan gaya pengajaran guru Sejarah dari perspektif pelajar sekolah menengah. Gaya pengajaran yang diberikan adalah gaya pengajaran berpusatkan guru dan pengajaran berpusatkan pelajar. Soal selidik yang dibina dalam kajian ini adalah berdasarkan teori pengajaran serta model-model pembelajaran.Soal selidik ini telah melepasi syarat-syarat dalam kajian rintis bagi memenuhi keperluan kajian tinjauan.Sampel kajian ini adalah seramai 120 orang yang dipilih secara rawak mudah. Analisis dapatan kajian bahawa majoriti pelajar menyatakan guru-guru cenderung untuk menggunakan pengajaran berpusatkan guru. Hal ini menunjukkan bahawa usaha bagi memupuk pendekatan pengajaran yang lebih berpusatkan pelajar sebagaimana hasrat pengajaran abad ke-21 memerlukan satu usaha yang lebih bersepadu dan sistematik.

Kata kunci: gaya pengajaran, pendidikan sejarah, pengajaran dan pembelajaran

Pengenalan

Kaedah pengajaran bermaksud tindakan-tindakan yang dilakukan oleh guru dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru yang terlatih perlulah bijak memilih dan menggunakan kaedah yang paling sesuai bagi membantu pelajar-pelajar dan diri mereka dalam usaha mencapai objektif pengajaran yang telah dirancangkan. Pemilihan sesuatu kaedah atau strategi haruslah berasaskan kepada kriteria seperti gaya pengajaran guru, teknik yang digunakan, tajuk pengajaran, jenis kemahiran dan pengetahuan yang hendak disampaikan, tahap pencapaian pelajar, persekitaran pembelajaran, serta objektif, nilai dan sikap yang ingin dicapai selepas proses pengajaran dan pembelajaran

Permasalahan Kajian

Menurut Abdul Rahman Md. Aroff dan Zakaria Musa (1997), kaedah pengajaran Sejarah yang menggunakan model syarahan seperti yang dipraktikkan di sekolah menengah di negara kita ialah model yang menurutnya terdiri daripada sebuah bilik darjah, seorang guru yang berdiri di hadapan kelas dan satu jadual pembelajaran yang diikuti serta dikawal oleh had waktu yang tetap.

Mengikut Cooper (2009) golongan remaja sangat sesuai untuk diberikan pengajaran yang meliputi semua tempoh masa sejarah kebangsaan yang akan memberikan penjelasan terhadap masalah-masalah yang berlaku pada masa ini atau kemungkinan pelajar dapat melihat persamaan dan perbezaan antara kehidupan yang berlaku pada masa kini dan masa lampau.

Faktor minat pelajar juga mempengaruhi pembelajaran Sejarah dan pelajar akan memberi respon positif kepada pengajaran guru mereka di sekolah. Sesetengah pelajar didapati kurang berminat terhadap mata pelajaran Sejarah disebabkan kaedah pengajarannya yang kurang menarik.Seharusnya guru memainkan peranan yang penting dalam memastikan minat para pelajar untuk lebih mendalami mata pelajaran Sejarah. Ini kerana mata pelajaran Sejarah merupakan subjek wajib lulus bagi peperiksaan SPM dan subjek Sejarah juga mempunyai banyak kaedah pengajaran dan pembelajaran. Antara kaedah yang ada ialah kemahiran mengingat fakta, penghuraian konsep, pentafsiran peristiwa dan penggunaan beberapa konsep Sejarah dalam kehidupan seharian dengan menggunakan contoh dan isu-isu semasa.Cara pengajaran guru yang membosankan dan langsung tidak menarik minat pelajar semakin cepat lagi melemahkan semangat pelajar.

(2)

Penekanan kepada gaya pembelajaran boleh memberi para pendidik memahami perbezaan yang terdapat pada setiap individu sama ada di sekolah, di kolej mahupun di universiti (Entwhistle & Ramsden 1993; Fielding 1994; Gibbs 1992). Menurut Fielding (1994) pemahaman gaya pembelajaran adalah suatu kemestian dan penarafan pelajar dalam institusi pendidikan kerana guru perlu mengenal pasti gaya pembelajaran pelajarnya untuk menyesuaikan gaya pengajaran yang digunakan. Ini bagi memastikan pelajar lebih meminati mata pelajaran yang diajar dan berkesan dalam meningkatkan pencapaian pelajar. Kolb (1971) juga menyatakan bahawa mengetahui gaya pembelajaran setiap individu adalah perlu supaya ia dapat mengenali dirinya. Ini adalah penting kerana ia berkait dengan keupayaan pembelajaran. Apabila seseorang itu mengenali kekuatan dan kelemahan dirinya, maka mereka akan lebih berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

Objektif Kajian

Penyelidik mempunyai beberapa objektif kajian seperti berikut : 1) Mengenal pasti tahap pengajaran berpusatkan guru

2) Mengenal pasti tahap pengajaran berpusatkan murid 3) Mengenal pasti tahap komunikasi pelajar

Bagi mencapai objektif yang ditetapkan, persoalan kajian dan hipotesis null telah dibina seperti berikut:

1. Apakah tahap gaya pengajaran guru dalam mata pelajaran Sejarah?

2. Adakah terdapat hubungan yang signifikan gaya pengajaran berpusatkan guru melalui persepsi pelajar dengan kemahiran komunikasi?

3. Adakah terdapat hubungan yang signifikan gaya pengajaran berpusatkan pelajar melalui persepsi pelajar dengan kemahiran komunikasi?

Bagi menjawab persoalan kajian maka hipotesis dibina seperti berikut:

Ho1 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan persepsi pelajar terhadap gaya pengajaran guru. Ho2 :Tidak terdapat perbezaan yang signifikangaya pengajaran berpusatkan guru melalui persepsi pelajar dengan kemahiran komunikasi.

Ho3 :Tidak terdapat perbezaan yang signifikangaya pengajaran berpusatkan pelajar melalui persepsi pelajar dengan kemahiran komunikasi.

Kepentingan Kajian

Mata pelajaran Sejarah sebenarnya sangat penting, ia sebenarnya akan dapat membentuk seseorang menjadi warganegara yang baik, taat setia dan sedia berkorban untuk negara demi keamanan negara pada masa hadapan. Melalui mata pelajaran Sejarah juga dapat memupuk sifat bertanggungjawab dan ia akan dicapai sekiranya pelajar berkenaan benar-benar memahami isi kandungan dalam mata pelajaran Sejarah di mana mereka akan mengetahui bagaimana negara Malaysia ini mendapat kemerdekaan sekali gus mengetahui hak-hak yang diperolehi rakyat yang termaktub dalam undang-undang negara Malaysia. Maka melalui gaya pengajaran guru yang berkesan akan dapat melahirkan pelajar yang mampu aplikasikan pembelajaran Sejarah dengan dunia hari ini dan masa akan datang.

Metadologi Kajian

Responden kajian adalah seramai 120 orang pelajar sekolah menengah di daerah Puchong Selangor.Instrumen kajian yang digunakan oleh penyelidik ialah soal selidik yang merangkumi beberapa item berdasarkan objektif kajian. Menurut Jones (1973), soal selidik merupakan satu instrumen yang lazim digunakan dalam kajian deskriptif. Penyelidik menggunakan kaedah soal selidi bagi meudahkan penyelidik untuk mendapatkan data mentah daripada responden untuk dianalisis dan penyelidik telah menggunakan kajian rintis untuk mengujinya.

(3)

Soal selidik yang disediakan oleh pengkaji terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian A berkaitan soalan demografi responden, dan skala likert pula telah digunakan untuk menjawab bahagian B & C.

Bahagian A : mengenai demografi responden seperti jantina, bangsa, aliran persekolahan, pencapaian pelajar.

Bahagian B : bahagian ini mempunyai 40 soalan yang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu gaya pengajaran berpusatkan guru dgn 4 konstruk dan gaya pengajaran berpusatkan pelajar dgn 5 konstruk.

Bahagian C : terdapat 20 item yang merujuk kepada penguasaan kemahiran komunikasi responden.

Dapatan yang diperolehi dianalisis menggunakan SPSS bagi mendapatkan nilai frekuensi, min dan peratusan bagi setiap item yang dikaji sekali gus mengenal pasti objektif kajian.

Dapatan Kajian

Berdasarkan hasil analisis deskriptif mendapati kesemua teknik pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru berada di tahap sederhana. Secara tidak langsung hipotesis nol gagal ditolak. Keadaan ini dibuktikan apabila skor min keseluruhan bagi gaya pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru mencatat 3.30, manakala sisihan piawai 0.612. Penilaian tahap ini dibuat melalui nilai skor min diperoleh mengikut setiap teknik digunakan. Teknik bercerita dilihat paling tinggi dari segi nilai min berbanding dengan yang lain apabila mencatat 3.44 min dan 0.856 sisihan piawai. Teknik berbincang kedua tinggi dari segi nilai skor min iaitu 3.29 dan 0.614. Bagi teknik demonstrasi pula skor min adalah 3.23 dan skor min 0.515. Manakala penggunaan teknik keseluruhan kelas paling rendah nilai min iaitu 3.23 dan sisihan piawai 0.462 (Jadual 1). Walaupun terdapat nilai skor min paling tinggi dan rendah direkodkan, angka ini tidak membezakan tahap antara teknik P&P berpusatkan guru digunakan kerana kesemuanya berada di tahap sama.

Jadual1 : Analisis Deskriptif Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Berpusatkan Guru

Teknik Min Sisiahan Piawai Interpretasi

Demonstrasi 3.23 0.515 Sederhana

Bercerita 3.44 0.856 Sederhana

Berbincang 3.29 0.614 Sederhana

Keseluruhan Kelas 3.23 0.462 Sederhana

Keseluruhan 3.30 0.612 Sederhana

Berdasarkan hasil analisis deskriptif mendapati kesemua teknik pengajaran berpusatkan pelajar mempunyai tahap sederhana berdasarkan nilai skor min keseluruhan teknik diperoleh iaitu 3.24 dan 0.749 bagi sisihan piawai. Senario ini menyebabkan hipotesis nol gagal ditolak. Teknik Team-Accelerated Instruction dilihat paling tinggi skor min iaitu 3.42 dan sisihan piawai 0.783, diikuti teknik Team Games Tournament skor min 3.33 dan sisihan piawai 0.774. Teknik Student Team Achievement Division juga dilihat menerima penerimaan yang baik daripada pelajar apabila mencatatkan skor min ketiga tertinggi iaitu 3.22 dan sisihan piawai 0.657. Manakala teknik penyiasatan berkelompok dilihat paling kecil nilai min dengan 3.07 dan sisihan piawai 0.656 berdasarkan analisis diperoleh. Walaupun terdapat nilai paling tinggi dan rendah, tetapi interpretasi masih lagi sama iaitu berada ditahap sederhana (Jadual 2).

(4)

Jadual2 : Analisis Deskriptif Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar

Teknik Min Sisiahan Piawai Interpretasi

Teknik Jigsaw 3.18 0.876 Sederhana

Teknik Team-Accelerated Instruction (TAI). 3.42 0.783 Sederhana Teknik Team Games Tournament (TGT) 3.33 0.774 Sederhana Teknik Student Team Achievement Division'

(STAD)

3.22 0.657 Sederhana

Teknik Penyiasatan Berkelompok 3.07 0.656 Sederhana

Keseluruhan 3.24 0.749 Sederhana

Berdasarkan hasil analisis korelasi person, terdapat perhubungan antara gaya pengajaran berpusatkan guru dengan kemahiran komunikasi pelajar. Keadaan ini dibuktikan dengan hasil analisis statistik korelasi pearson apabila nilai r=0.480, signifikan p<0.000 pada aras 0.05 (Jadual 3). Keputusan ini juga menyokong hipotesis alternatif bahawa terdapat perhubungan yang signifikan antara gaya pengajaran berpusatkan guru dengan kemahiran komunikasi pelajar. Walaupun terdapat perbezaan signifikan namun interpretasi hasil diperoleh berada pada tahap sederhana.

Jadual 3: Analisis Korelasi Pearson Antara Gaya Pengajaran Berpusatkan Guru Dengan Kemahiran Komunikasi Pelajar.

Kemahiran Komunikasi

Gaya Pengajaran

N

Korelasi (r)

Signifikan

Interpretasi

Berpusatkan Guru

100

0.480

0.000

Kuat

**Signifikan pada aras 0.05 (2 hujung)

Berdasarkan hasil analisis korelasi pearson antara gaya pengajaran berpusatkan pelajar dengan kemahiran komunikasi mendapati terdapat perhubungan yang signifikan. Pendekatan ini dilihat mampu memberi keupayaan pelajar menguasai kemahiran komunikasi apabila nilai r=0.604 signifikan p<0.000 pada aras 0.05 (Jadual 4). Keputusan ini menyebabkan kegagalan untuk menolak hipotesis alternatif yang dibina. Tahap interpretasi korelasi person juga dilihat kuat berbanding gaya pengajaran berpusatkan guru. H1 (3) dalam kajian ini adalah terdapat perhubungan yang signifikan antara gaya pengajaran berpusatkan pelajar dengan kemahiran komunikasi pelajar.

Jadual 4: Analisis Korelasi Pearson Antara Gaya Pengajaran Berpusatkan Pelajar Dengan

Kemahiran Komunikasi Pelajar.

Kemahiran Komunikasi

Gaya Pengajaran

N

Korelasi (r)

Signifikan

Interpretasi

Berpusatkan Pelajar

100

0.604

0.000

Kuat

**Signifikan pada aras 0.05 (2 hujung)

Kemahiran Komunikasi

Berdasarkan hasil analisis deskriptif menunjukkan keseluruhan interpretasi kemahiran komunikasi pelajar berada di tahap sederhana yang mana skor min 3.41 dan sisihan piawai 0.881, menyebabkan hipotesis nol gagal ditolak. Hasil analisis deskriptif terhadap item kemahiran komunikasi dalam borang kaji selidik mendapati terdapat dua interpretasi diperoleh iaitu tahap sederhana dan tahap tinggi. Terdapat enam item interpretasi tahap tinggi dalam bahagian kemahiran komunikasi dan 14 lagi interpretasi tahap sederhana (Jadual 5).

Item nombor 9 mendapati pelajar lebih gemar menyelesaikan masalah secara perbincangan dengan beberapa orang rakan mempunyai nilai skor min tertinggi iaitu 3.95 dan sisihan piawai 0.892. Manakala item nombor 18 merupakan kedua tertinggi nilai skor min iaitu 3.89 dan sisihan piawai 0.875 yang mana pelajar mampu mengekalkan pandangan mata sepanjang sesi perbualan berlasung

(5)

ini membuktikan pelajar boleh menguasai kemahiran komunikasi dalam mata pelajaran Sejarah. Keupayaan pelajar menjelaskan matlamat penulisan sesuatu fakta sejarah kepada guru dan rakan juga menunjukkan interpretasi di tahap tinggi apabila skor min diperoleh adalah 3.81 dan sisihan piawai 0.813. Kebolehan pelajar menguasi kemahiran komunikasi juga terserlah apabila item pelajar mampu menerima pandangan yang berbeza daripada pendirian mereka dengan nilai min diperoleh 3.80 dan 0.876 bagi sisihan piawai. Di samping itu, responden dalam kajian ini juga boleh berdiskusi dengan baik antara rakan dan guru dengan nilai min 3.67 dan sisihan piawai 0.877. Manakala skor min bagi penguasaan pelajar mengekalkan pandangan mata sepanjang perbualan adalah 3.89 dan 0.875 sisihan piawai. Kesemua enam item bagi kemahiran komunikasi mempunyai interpretasi di tahap tinggi. Manakala 14 item lagi dibahagian ini berada di tahap sederhana.

Jadual 5 : Kemahiran Komunikasi

Bil Soalan

Min Sisiahan Piawai

Interpretasi

1 Saya boleh menyampaikan maklumat melalui lisan dengan baik.

3.16 0.861 Sederhana

2 Saya boleh menyampaikan idea melalui lisan dengan baik

3.44 0.820 Sederhana

3 Saya boleh berdiskusi dengan rakan dan guru dengan baik

3.67 0.877 Tinggi

4 Saya boleh mendengar pendapat orang lain dengan baik.

3.54 0.926 Sederhana

5 Saya boleh memberi respons

terhadap pendapat orang lain dengan baik

3.48 1.087 Sederhana

6 Saya boleh menggunakan teknologi dalam pembentangan saya

2.82 0.881 Sederhana

7 Saya lancar menyampaikan isi pembelajaran tanpa teragak-agak

3.15 0.989 Sederhana

8 Sering menjelaskan sesuatu arahan kerja kepada rakan dengan terperinci

3.48 0.822 Sederhana

9 Suka menyelesaikan masalah secara perbincangan dengan beberapa orang rakan

3.95 0.892 Tinggi

10 Sering bertanya kepada mereka yang lebih arif jika menghadapi sebarang masalah

3.15 0.857 Sederhana

11 Saya boleh menjelaskan matlamat tulisan dengan jelas.

3.81 0.813 Tinggi

12 Mendengar dengan berfikiran terbuka terhadap pandangan yang disampaikan

2.98 1.015 Sederhana

13 Saya mampu menampilkan diri sesuai dengan audien

3.67 0.766 Tinggi

14 Saya boleh menerima pandangan yang berbeza. 3.80 0.876 Tinggi 15 Saya boleh memahami pandangan dan idea

mereka yang berlainan budaya dan latarbelakang 3.12 0.956 Sederhana 16 Saya boleh menyatakan “tidak” dalam

perbincangan secara berhemah

3.20 0.765 Sederhana

17 Boleh memberi maklum balas menggalakkan 3.12 0.891 Sederhana 18 Saya boleh mengekalkan pandanganmata

sepanjang perbualan.

3.89 0.875 Tinggi

19 Menunjukkan senyuman dan kemesraan semasa berbual

3.28 0.766 Sederhana

20 Boleh menilai secara konsisten apabila berhadapan dengan masalah

3.55 1.114 Sederhana

(6)

Perbincangan

Penguasaan kemahiran membaca merupakan salah satu faktor seseorang pelajar dapat menguasai mata pelajaran Sejarah.Pembacaan yang meluas dengan kepelbagaian sumber rujukan menjadikan seseorang pelajar lebih berfikiran terbuka dalam menilai sesuatu fakta sejarah.Peranan guru dalam membekalkan bahan bacaan merupakan faktor penarik kepada keupayaan mereka mengusai mata pelajaran ini. Namun peranan guru tidak terhad dengan membekalkan bahan ilmiah sahaja, tetapi peranan proses P&P seperti teknik pengajaran berpusatkan guru menjadi pendorong terhadap kamajuan pelajar. Terdapat empat teknik berpusatkan guru biasa digunakan iaitu demontrasi, bercerita, berbincang dan keseluruhan kelas.Berdasarkan hasil analisis deskriptif mendapati kesemua teknik pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru berada di tahap sederhana.

Teknik bercerita dilihat paling tinggi, senario ini dipengaruhi oleh cara penyampaian guru menarik minat pelajar untuk mengetahui sesuatu benda baru dalam diri mereka. Pembelajaran mata pelajaran Sejarah bukanlah satu subjek membosankan, penyampaian benda-benda baru seperti perjuangan pahlawan terdahulu menuntut kemerdekan Tanah Melayu mampu menarik minat pelajar jika digunakan teknik berkesan.Sebagai contoh pementasan teater bertajuk Muzikal Patriot di istana budaya tahun 2014 mendapat sambutan yang memberagsangkan.Keadaan ini membuktikan lagi teknik bercerita sangat berkesan dalam menyampaikan fakta-fakta sejarah.Justeru penguasaan kemahiran mengajar perlu dititik beratkan oleh pihak atasan dalam melahirkan guru yang berkebolehan tinggi dalam menguasai minda pelajar.Menurut Linda et al. (1998), pengalaman mengajar guru juga didapati berpengaruh terhadap kaedah pentaksiran yang digunakan.

Proses pembelajaran dan pengajaran Sejarah mempunyai perbezaan antara mata pelajaran lain. Proses pengajaran mata pelajaran Sejarah oleh guru bukan sekadar menambahkan ilmu pengetahuan, tetapi mempunyai matlamat membentuk jiwa seseorang pelajar sayang akan tanah air melalui penerapan pengalaman pejuang-pejuang tanah air terdahulu. Penerapan ilmu pengetahuan oleh guru tidak mencukupi bagi membentuk accountabilitiy terhadap agama dan negara.Mengikut kurikulum mata pelajaran Sejarah terdapat pemupukan nilai-nilai murni perlu diterapkan dalam diri pelajar. Penerapan nilai-nilai murni dalam diri pelajar memerlukan pendekatan proses P&P yang berkesan supaya matlamat asal dapat dicapai. Teknik pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar antara pendekatan yang selalu digunakan guru dalam P&P di sekolah. Teknik ini mempunyai lima kaedah iaitu teknik jigsaw teknik team-accelerated instruction (TAI), teknik team games tournament (TGT) teknik student team achievement division (STAD) teknik penyiasatan berkelompok.

Teknik team-accelerated instruction (TAI) dilihat kaedah terbaik dalam menarik minat pelajar menguasai mata pelajaran Sejarah.Teknik ini memerlukan pembahagian pelajar berada dalam kumpulan kecil bagi memudahkan satu-satu aktiviti berjalan. Setiap kumpulan akan mempunyai pelajar cemerlang dalam mata pelajaran Sejarah bagi membimbing dalam proses pembelajaran. Domino (1971), pencapaian pelajar berkait dengan gaya pengajaran didedahkan kepada mereka. Ini kerana aplikasi tekni yang betul oleh guru mampu mempengaruhi pencapain mereka. Pelajar memperoleh keputusan cemerlang mendatangkan kepuasan yang tinggi berbanding dengan mereka yang diajar menggunakan gaya tidak sepadan dengan orientasi pembelajaran.

Cadangan

Melahirkan pelajar mempunyai kemahiran komunikasi yang baik memerlukan penglibatan dua individu iaitu guru dan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk berganding bahu merancang strategi pembelajaran yang berkesan.Pendekatan bersepadu oleh dua pihak ini mampu melakar satu kaedah lebih berkesan bagi melatih pelajar mempunyai kemahiran komunikasi tidak kira dari segi lisan ataupun penulisan.Kemahiran penjelasan memainkan peranan penting dalam diri pelajar, ini kerana bukan sekadar menguasai mata pelajaran Sejarah sahaja malah meningkatkan keyakinan diri.Apabila seseorang pelajar mempunyai keyakinan diri untuk berhadapan dengan guru, rakan sebaya dan masyarakat secara tidak langsung mereka sudah mampu menguasai kemahiran berkomunikasi.

Hasil kajian menunjukkan bahawa para pelajar perlu diberikan ruang kemahiran untuk berkolaborasi melalui kaedah komunikasi dan interaksi dengan rakan sebaya, guru dan masyarakat. Kaedah ini memberi kesan motivasi dan kesedaran tentang kepentingan berkolaborasi dengan rakan atau masyarakat bagi memperoleh sesuatu maklumat berkaitan apa yang dipelajari. Sebagai contoh,

(7)

pelajar perlu diberi ruang oleh guru untuk kerja bersama-sama dalam kajian tindakan yang dijalankan.Melalui kaedah ini ahli kumpulan mengetahui bahawa kejayaan mereka bergantung kepada usaha daripada semua ahli dan kemahiran untuk berkomunikasi penting bagi menjayakan kajian mereka.Pembelajaran koperatif melalui tindakan kelas ini memberikan implikasi dari segi perubahan sikap pelajar terhadap pelajaran.

Hasil pengamatan penyelidik semasa mengumpul data daripada responden dalam kajian ini, kebanyakan pelajar masih lagi tidak mampu menguasai beberapa kemahiran seperti mengumpul, menjelaskan, menganalisis, mensintesis serta mengaplikasi maklumat.Situasi ini terjadi disebabkan kebergantungan terhadap guru-guru dalam memberi maklumat masih lagi tinggi. Justeru kaedah imaginasi dalam pembelajaran sejarah dilihat salah satu cara terbaik bagi mengatasi masalah dihadapi sekarang. Melalui pendekatan imaginasi pelajar diberi ruang untuk membuat tanggapan terhadap sesuatu peristiwa sejarah telah terjadi seolah-olah mereka berada dimasa tersebut.Kaedah ini membolehkan pelajar melihat zaman silam secara empati.Pemahaman sejarah boleh mendidik pelajar menganalisis bagaimana masyarakat mengalami perubahan dan kesinambungan dalam kehidupan.

Di samping itu juga, aspek kemahiran guru dalam pengajaran mengawal situasi semasa proses P&P dalam bilik darjah perlu diberi tumpuan bagi pengkaji masa datang yang lebih luas kemahiran pengurusan bilik darjah perlu diberi perhatian oleh pengkaji. Sokongan daripada pihak pengurusan sekolah dalam memberi ruang serta kuasa autonomi kepada guru membentuk suasan yang digemari oleh pelajar semasa proses P&P berjalan menarik minat mereka menguasi sesuatu mata pelajaran.

Hasil daripada kajian ini, penyelidik mencadangkan agar kaedah pengumpulan data juga perlu dipelbagaikan dan tidak hanya berfokus kepada kaedah menggunakan soal selidik sebagai instrumen tunggal.Penyelidik menyarankan kajian lanjutan melalui pendekatan kualitatif melalui pemerhatian dan temu bual. Pemerhatian terhadap kompetensi kemahiran guru dalam pengajaran akan dapat memberikan lebih banyak maklumat tentang bagaimana guru melaksanakan pengajaran mereka di dalam bilik darjah serta memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang perbezaan pandangan pelajar tentang ciri-ciri guru yang memiliki kompetensi yang dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam mata pelajaran Sejarah. Kepelbagaian dalam kaedah pengumpulan data akan dapat memastikan kepelbagaian jenis data yang saling lengkap melengkapi.

Kesimpulan

Guru merupakan watak penting dalam proses P&P mata pelajaran Sejarah. Penguasaan pengetahuan sahaja tidak cukup bagi seseorang guru menjadi pendidik yang baik, tetapi penekanan terhadap perkembangan kemahiran mengumpul, menjelaskan, mentafsir, menganalisis, mensintesis serta mengaplikasi maklumat perlu dikuasai oleh guru.Dapatan kajian ini juga memberikan implikasi yang positif kepada guru-guru untuk mengubah amalan pengajaran tradisional ke arah pengajaran yang memberi impak kepada pelajar (berpusatkan pelajar).Cadangan dilontarkan dalam kajian terhadap perubahan dari segi kaedah pembelajaran secara tidak langsung membantu guru memperbaiki kaedah P&P lebih berkesan.Kesignifikenan kajian dilakukan ini terserlah apabila hasil diperoleh dapat membantu guru mengatur atau merencanakan strategi pembelajaran lebih berkesan dan kretif dalam melahirkan pelajar berkualiti.

Rujukan

Abdul Razaq Ahmad dan Isjoni.2009. Transformasi Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah.hlm. 262. Riau, Indonesia: Cendekia Insani Pekanbaru.

Ahamad bin Rahim dan Sidek bin Said. 2012. Pelaksanaan kurikulum Sejarah Menengah Rendah di Malaysia – Satu Penilaian. Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan PendidikanIPTA.7-9 Oktober 2012.

Aini Hassan 1998. Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah di Sekolah: Guru Sebagai Broker Ilmu Sejarah.Masalah Pendidikan. Jilid 21.

Anuar Ahmad, Siti Haishah Abd Rahman & Nur Atiqah T. Abdullah. 2009. Tahap Keupayaan Pengajaran Guru Sejarah dan Hubungannya Dengan Pencapaian Murid di Sekolah Berprestasi Rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia 34 (1): 53-66.

(8)

Ariegusrini Bte Agus,& Mohamad Johdi Bin Salleh. 2009. Kaedah Lawatan Ke Tempat Sejarah: Kepentingan dan Strategi. Dlm. Abdul Razaq & Isjoni.Strategi dan Model

Pembelajaran Sejarah.hlm. 127-138. Penerbitan bersama: Fakulti Pendidikan, Universiti

Kebangsaan Malaysia, Bangi; dan, FKIP, Universitas Riau, Pekan Baru Indonesia. Azwani Ismail, Zahara Aziz, Sharifah Nor Puteh dan Abdul Razaq Ahmad. Kesan Model STAD

Terhadap Sikap dan Kemahiran Berkomunikasi Pelajar dalam Mata Pelajaran Sejarah. Chua Yan Piaw. 2013. Mastering Research Statistics. Selangor: McGraw-Hill Education (Malaysia)

Sdn. Bhd.

Eric V. Franco & Waldorf College. Improving Students‘ Historical Thinking Through Thematic Projects and Museum Exhibits.Academia.edu.

Husna Hasan, Salmiza Shariff dan Noor Idiana Adnan. 2005. Pembelajaran Matematik di Luar Bilik Darjah dan Penggunaan Seni Warisan Dikir Barat. Prosiding Simposium Kebangsaan Sains Matematik ke-XIII. Pusat Pengajian Sains Matematik. Universiti Sains Malaysia. John M. Newell and Robert M. Gagne. 1970. The Conditions of Learning. Holt, Rinehart and Winston.

Karuppaya, Shoba. 2007. Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kemerosotan Disiplin di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah di Johor. Tesis Sarjana. Fakulti Pendidikan. UniversitiTeknologi Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2006. Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Sejarah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Lauren B. Resnick. 1987. Presidential Address: Learning in School and Out. Educational Researcher, Vol. 16, No. 9. (Dec 1987). Pp 13 – 20.

Malar A/P Muthiah.2013. Kesan Kaedah Stad Terhadap Ketekalan Pengetahuan Sejarah Dan Kemahiran Sosial Murid Tingkatan Dua.Kertas Kerja Yang Dibentangkan di Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013).

Md Amin Md Taff, Azlizam Abdul Aziz & Jaffry Zakaria. 2011. Kerelevanan Pendidikan Luar Dalam Sistem Pendidikan Tinggi di Malaysia. AJTLHE: Vol. 3 No. 1, February 2011.

Mohd Ali bin Jemali, Ahmad bin Esa, dan Razali bin Hassan. 2011. Kesediaan Kemahiran Sosial Dan Kesedaran Sosial Guru-Guru Pelatih Di Ipg Terhadap Tugas-Tugas Guru Di Sekolah. Kertas Kerja Yang Dibentangkan di Seminar Majlis Dekan‐Dekan Pendidikan IPTA 2011, 27‐28 Disember 2011.Di UPM Serdang. Fakulti Pendidikan Teknikal. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.hlm. 11-27.

Mohd Azmi bin Mohd Yusof & Miti Fateema Sherzeella Mohd Yusoff. 2012. Muzium Sebagai Institusi Pendidikan Tidak Formal Dalam Pengajaran& Pembelajaran Subjek Sejarah. Jabatan Muzium Malaysia, Damansara.

Mohamad Rodzi Abd Razak. 2009. Pembinaan Negara Bangsa Malaysia: Peranan Pendidikan Sejarah dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 36.90-106.

Mohd Majid Konting. 1990. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Yusof Othman, Jawiah Dakir, Abd Latif Samian, Mohd Safar Hashim, Noor Aziah Mohd Awal, Shamsul Azhar Yahya, Rosilawati Mohd Hanapi, Noralina Omar dan Mujahid Abu Bakar. 2012. Jati Diri Kebangsaan Dalam Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi. Jurnal Hadhari Special Edition (2012) 67-78.

Nunnally, J. C. 1978. Psychometric Theory.2nd Edition. New York, Mcgraw.

Nor Azlah Sham Rambely. 2006. Kaitan antara Pencapaian Pelajar dalam Kursus Kenegaraan Malaysia dengan Faktor Demografi. Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan.Universiti Utara Malaysia.

(9)

Out-of-Classroom Learning. Practical Information and Guidance For Schools and Teachers. Produced by RSPB.

Subadrah Nair & Malar Muthiah. 2005. Penggunaan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham Dalam Pembelajaran Sejarah. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 20. 21 41.

Sivachandralingam Sundara Raja, Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, Ho Hui Ling, Noraini Mohamed Hassan dan Nurul Asnida Abu Bakar. 2008. Sejarah Masih Relevan. Karisma Publication Sdn.Bhd.

Tsabit Azinar Ahmad. 2010. Strategi Pemanfaatan Museum Sebagai Media Pembelajaran Pada Materi Zaman Prasejarah.Paramita 20 (1).hlm. 105-115.

Tuba Cengelci. 2013. Social Studies Teachers‘ Views on Learning Outside the Classroom. Educational Sciences: Theory & Practice 13 (3). hlm. 1836-1841.

Wan Idros Wan Sulaiman, Maizatul Haizan Mahbob dan Arina Anis Azlan. 2010. Learning Outside The Classroom: Effect on Student Concentration and Interest. Procedia Social and Behavioral Sciences 18 (2011) 12-17.

Yadigar Doğan. 2010. Primary School Students‘ Benefiting From Museums With Educational Purposes. International Journal of Social Inquiry 3 (2).hlm. 137-164.

Yong Shu Lan. 2013. Gabungan Pendekatan Konstruktivisme dan Behaviorlisme Bagi Meningkatkan Prestasi Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan Tiga.Kertas Kerja Yang Dibentangkan di Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29-30 Ogos 2013).

Zahara Aziz dan Nik Azleena Nik Ismail. 2007. Kajian Tinjauan Kesediaan Guru-guru Sejarah Menerapkan Kemahiran Pemikiran Sejarah Kepada Para Pelajar. Jurnal Pendidikan 32. 119- 137.

Zahara Aziz dan Nurliah Jair. 2009. Penggunaan Peta Konsep Untuk Meningkatkan Pencapaian Mata Pelajaran Sejarah bagi Pelajar Tingkatan Dua. (The Use of Concept Maps in Improving Achievement in The Subject of History for Form Two Students). Jurnal Pendidikan

Malaysia 34(1)(2009). 3-15.

Zarina Md Yasin.2013. Penilaian Penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) Peringkat Menengah Atas. Tesis Dr. Falsafah: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zamli Toti, Ruslin Amir & Saemah Rahman.2014. Pembinaan Instrumen Jati Diri Pelajar Sekolah Menengah Di Malaysia.Proceeding of The Social Sciences Research ICSSR 2014, 9-10 June 2014. Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

Referensi

Dokumen terkait

Pada keseluruhannya, pelajar beranggapan peruntukan masa yang ditetapkan sesuai dalam melaksanakan projek kerja kursus dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (Ekonomi

Oleh itu dalam kajian ini, penyelidik ingin mengenalpasti kategori gaya pembelajaran pelajar PKPGB berdasarkan Inventori Gaya Pembelajaran Kolb iaitu Pengalaman Konkrit

Kajian yang dijalankan adalah untuk mengumpulkan maklumat mengenai persepsi tentang kaedah pembelajaran koperatif di kalangan guru-guru sains berdasarkan kemahiran sosial pelajar

Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru Bahasa Melayu di Sekolah Rendah di Daerah Sri Aman terhadap pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi ( KBAT ) iaitu daripada

“Sebenarnya kalau kita lihat subjek kemahiran hidup ini merupakan satu tapak dimana pelajar boleh memperbaiki kecerdasan emosi mereka kerana kalau kita lihat subjek

Ini menunjukkan hasil dapatan kajian yang di buat, menyatakan bahawa pensyarah bagi mata pelajaran kemahiran hidup ini, membuat persediaan terlebih dahulu sebelum memulakan

73.58156 40 18.87 16 7.5 212 100 Pandangan Pelajar terhadap Kemampuan Proses PdP Bahasa Melayu yang Menerapkan Kemahiran Berfikir melalui Teknologi Maklumat Meningkatkan Tahap

2.3 Kurang Penekanan yang Berkaitan dengan Pemikiran Kritis Walaupun Kementerian Pelajaran Malaysia KPM telah memasukkan unsur-unsur kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di