• Tidak ada hasil yang ditemukan

Latar Belakang Proton Malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Latar Belakang Proton Malaysia"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

Latar belakang Proton Malaysia

Ia dibangunkan buat pertama kali di Shah Alam pada bulan September 1985. Proton Saga ke 100,000 telah dikeluarkan pada Januari 1989. Semasa pelancarannya, kereta Proton Saga pertama telah dihadiahkan kepada Muzium Negara sebagai simbol bermulanya industri automotif negara. Sejak daripada itulah Proton Saga menyumbang sebahagian besar daripada hasil jualan Proton

Proton Saga telah dilancarkan pada September 1985 oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Sebelum model Saga dilancarkan, sebuah

pertandingan memilih nama kereta kebangsaan negara yang pertama telah pun diadakan, dan nama model diambil daripada nama yang dipilih oleh pemenang pertandingan tersebut.

(2)

Pemenang pertandingan tersebut iaitu Ismail Jaafar, seorang tentera bersara memilih nama "Saga" kerana biji saga amat mudah didapati di Malaysia.

Tun Dr. Mahathir juga menggunakan kereta Proton Saga semasa upacara perasmian Jambatan Pulau Pinang pada 14 September 1985. Model terawal Proton Saga ditenagai enjin SOHC 8 injap 4 silinder yang dibekalkan oleh Mitsubishi dengan pilihan model 1.5L dan 1.3L. Varian transmisi automatik hanya boleh didapati pada model 1.5L sahaja. Versi hatchback pula dikeluarkan pada tahun 1987, dikenali dengan nama Proton Knight pada mulanya kemudian dikenali sebagai Proton Saga Aeroback.

Proton Saga mula dieksport di United Kingdom pada tahun 1989 dan sejak daripada itulah United Kingdom menjadi penyumbang utama pasaran eksport Proton. Pada tahun 1990 pula, enjin sedia ada dinaiktaraf kepada enjin 12 injap yang menghasilkan kuasa kuda kepada 75 bhp bagi model 1.3L dan 90 bhp pada enjin 1.5L. Selain itu, ciri keselamatan tambahan seperti tali pinggang belakang serta lampu brek ketiga turut dipasang.

Pada tahun 1992, model facelift Proton Saga telah dilancarkan dan dinamakan sebagai Proton Saga Iswara, atau Proton Iswara yang dinamakan sempena spesis rama-rama di Sarawak.

Perubahan ketara yang dapat dilihat ialah lampu hadapan lebih nipis, bumper plastik, hendal pintu, gugusan lampu belakang baru dan plat nombor belakang diletakkan pada bumpernya.

(3)

Jenis-jenis Kereta Proton

PROTON (singkatan untuk Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd) yang ditubuhkan pada 07 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak 150 juta ringgit, merupakan pengeluar kereta pertama Malaysia. Penubuhannya merupakan gagasan Dr. Mahathir Bin Mohamad, Perdana Menteri ketika itu, untuk mencapai aspirasi negara menuju ke arah perindustrian. Tugas berat ini disokong olehPerbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM), serta rakan-rakan usaha sama dari seberang laut.

Pemegang saham terdiri daripada:

 Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (70%)  Mitsubishi Motors Corporation, Jepun (15%)  Mitsubishi Corporation, Jepun (15%)

Kilang PROTON terletak di:

 Kawasan Perindustrian HICOM, Batu Tiga, 40000 Shah Alam, Selangor.  Tanjung Malim, Perak

Proton Saga Keluaran Pertama Malaysia Proton Iswara

(4)

Proton Savy Proton Putra

Proton Satria GTI Proton Arena

Proton Juara Proton Perdana

Proton Waja

(5)

Proton Pesona Proton Satria Neo

Proton Saga BLM Proton Exora

(6)

PROTON HOLDINGS BERHAD

PENGENALAN

Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (PROTON) telah ditubuhkan pada tahun

1983 dengan inisiatif oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad

dengan tiga objektif pembangunan nasional iaitu:

i.

Menerajui proses perindustrian pembuatan dan automatif dalam

negara.

ii.

Meningkatkan pengetahuan dan penguasaan teknologi dalam

bidang industry pembuatan automatif.

iii.

Memperkukuhkan keupayaan industri automatif Malaysia bagi

menembusi pasaran antarabangsa.

Setelah 28 tahun, PROTON telah berupaya berkembang pesat dan menguasai pasaran otomobil tempatan. PROTON juga telah berjaya menembusi pasaran luar seperti pasaran Negara ASEAN, China, India, United Kingdom, Afrika Selatan, Timur Tengah dan Afrika Utara.Aktiviti utama PROTON adalah merangkumi bidang Kejuruteraan Kenderaan, Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), Pengilangan Otomobil, Pengedaran Kenderaan, Jualan Kenderaan, dan Perkhidmatan Selepas Jualan.

Sehingga kini, model kereta yang dikeluarkan PROTON merangkumi Waja, Gen.2, Perdana V6, Arena, rangkaian model Saga, Savvy, Satria Neo, Persona dan Exora. Manakala, selepas pengambilalihan LOTUS, model keluaran PROTON juga termasuklah model Elise, Esprit, Exige, Europa dan Evora.

(7)

Referensi

Dokumen terkait

Hadir sebagai narasumber Timbalan Pengarah Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohammad Malaysia , Dr Hj Ahmad Zaharuddin Sani bin Ahmad Sabri dan Pensyarah MARA University

Penetapan Program Renja RSUD dr. Mohamad Soewandhie oleh Badan Perencanan Pembangunan Kota Surabaya berdasarkan Tujuan, Sasaran, Urutan Prioritas dari Tema FGD

Dari pemaparan yang telah disajikan di atas, dapat ditarik dugaan sementara bahwa mundurnya Mahathir Mohammad sebagai Perdana Menteri Malaysia adalah disebabkan karena

Program Jelajah Pendidikan Bumiputera ini merupakan inisiatif dan projek khas YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak dalam menyediakan peluang kedua

Program  IMDFF‐DR  ini  adalah  inisiatif  bersama  antara  Pemerintah  Republik  Indonesia, 

Pembangunan modal insan merupakan intipati serta menjadi tunjang utama kepada kepimpinan mantan Perdana Menteri kelima Malaysia iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi.. Dewasa

Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berkata negeri Sabah yang kaya dengan hutan belan- tara, kehidupan laut dan alam sekitar sert.'1 adat resam dan budaya yang pel- bagai

The then Prime Minister, Dr Mahathir Mohamad, in his speech in the Parliament, emphasized that in future private funding for health services would be necessary, even in the public