FRASA MENARIK UNTUK KARANGAN
No. Frasa menarik Maksud
1 akar umbi punca
2 akur bersetuju
3 alaf baharu Masa terkini
4 alma mater Sekolah / universiti / tempat pelajar 5 alpukah Daya usaha / inisiatif
6 anasir gejala
7 anjakan paradigma Perubahan demi kemajuan atau kebaikan
8 arkib tempat menyimpan benda khazanah
9 aset sesuatu yang bernilai 10 aspirasi cita-cita, keinginan 11 bacul Tidak bersemangat 12 badai kehidupan Cabaran hidup 13 bergelandang berperleseran
14 berjat kawan
15 berkongkalikung Bersepakat 16 bermaharajarela berleluasa
17 bersilengah Bersikap tidak tahu 18 bitara Tiada tandingan /
eksklusif / hanya satu-satunya
19 boikot dipulaukan
20 bukti yang konklusif
Bukti yang kukuh
21 dana modal
22 darsawarsa satu dekad 23 demonstrasi menunjukkan 24 diagnosis mengenal pasti
25 dif tetamu
26 diiktiraf diakui 27 dimonopoli dikuasai 28 dinafikan disangka 29 dinamis berdaya saing 30 disisihkan dipinggirkan 31 ditakrifkan didefinisikan,
dimaksudkan 32 diuar-uarkan dicanangkan
33 drastik cepat
34 duniawi hal-hal dunia
35 efektif berkesan
36 emansipasi hak kebebasan
37 era zaman
38 falah Kejayaan / kemenangan 39 fasilitator pemudah cara
40 fleksibel mudah diubah suai
41 gemuruh hebat
42 global dunia seluruhnya 43 iltizam harapan tinggi
44 imej penampilan
45 impak kesan
46 individualistik mementingkan diri sendiri 47 informasi penerangan
48 inisiatif daya usaha 49 insentif imbuhan, ganjaran 50 integrasi perpaduan
51 inteligensia Bersepakat
52 intensif giat, bersungguh-sungguh 53 interpretasi Tafsiran / penjelasan 54 jenama jenis barang
55 jika ditelusuri Jika dikaji secara mendalam 56 julung-julung kali pertama 57 kaliber berkeupayaan 58 kebejatan kejatuhan 59 kegawatan kejatuhan
60 kemapanan fikiran Keteguhan cara berfikir 61 kepupusan kehilangan
62 kesedaran sivik kesedaran tentang tanggungjawab 63 keserakahan kerakusan, ketamakan 64 kestabilan spiritual
dan fizikal
Keseimbangan rohani dan jasmani
65 ketandusan tidak ada 66 kewibawaan keupayaan 67 khazanah harta benda
68 kolot kuno
69 komitmen kesungguhan 70 konflik jiwa pergolakan jiwa 71 konkrit kuat, kukuh, mapan 72 konvensional ceramah
73 kritikal serius
74 kutsi suci
75 landasan berfikir Cara berfikir 76 lebih intelektual
dan
berketerampilan
Lebih bijak dan berkebolehan 77 lewa tidak sepenuh hati 78 linglung Hilang ingatan
79 lumrah kebiasaan
80 malapetaka bencana/ bala
81 manfaat faedah 82 manifesto pendirian 83 manipulasi tindakan 84 masih bermain dengan fantasi Berkhayal / bermenung / tidak berfikiran matang
85 maslahat faedah
86 masyarakat konvensional
Masyarakat umum / biasa 87 materialistik kebendaan
88 mekanisme kawalan
Alat / aspek yang mengawal sesuatu 89 melikwidasikan Membubarkan /
90 meluaskan horizon pemikiran
Meluaskan pandangan / pemikiran
91 memanifestasikan
fikiran Menggunakan idea dengan sebaik-baiknya 92 membendung mengawal
93 memberikan impak Mengakibatkan / menyebabkan 94 memudaratkan memburukkan 95 menberangsangkan membanggakan 96 mencerminkan melambangkan 97 mencungkil mencari
98 mendabik dada Kesombongan akibat kejayaan / keangkuhan 99 menerajui memimpin, mengetuai 100 mengaibkan diri Memalukan diri 101 menggabungjalinkan
elemen Menggunakan pelbagai aspek 102 mengheret membawa kepada
103 mengikis membuang 104 mengkodifikasikan undang-undang Menyelaras undang-undang / peraturan 105 mengubah menukar
106 menikam sanubari Merosakkan perasaan
107 menimba mendapat
108 menopang dagu termenung
109 menuding jari menyalahkan orang lain 110 menukilkan kata-kata Menulis / bercakap sesuatu 111 menyarankan mencadangkan 112 menyeru meminta 113 meranapkan menghancurkan 114 merangsang ekonomi
Mengaktifkan proses jual beli
115 merealisasikan menjadikan kenyataan 116 merunsingkan merisaukan
117 motivasi semangat tinggi 118 muafakat kerjasama
119 musibah bencana
120 mutakhir terkini
121 mutakhir ini Pada masa kini
122 nadi penggerak
123 narsisistik Terlalu memuji diri sendiri
124 natijahnya kesannya 125 nawaitu diri Keinginan diri
126 norma adat
127 obligasi semangat
128 pancaroba keadaan yang kacau 129 pandangan sarwa Pemikiran biasa / umum
130 panji bendera
131 pemantauan pengawasan, pemeriksaan 132 penggemblengan penyatuan
133 pentas siasah Dunia politik
134 penyalur ilmu Pemberi banyak pengetahuan 135 peras ugut ancaman, paksaan 136 perdana utama, primer 137 perisai pertahanan 138 persada gelanggang, arena 139 perspektif tanggapan
140 polemik Bahas / debat / konflik 141 pornografi bahan-bahan lucah 142 portfolio menteri Tugas menteri 143 praja Kota / negeri
144 prakarsa Inisiatif / daya usaha 145 pramusaji Pelayan tetamu di restoran 146 prihatin peka, cakna
147 privasi Keadaan atau suasana bersendiri tanpa sebarang gangguan
148 profesion kerjaya
149 progresif sihat dan cemerlang 150 prosedur peraturan
151 pusaka sesuatu yang diwarisi turun-temurun
152 realiti hakikat
153 relevan dengan kehendak zaman
Diterima dengan
perubahan dari semasa ke semasa
154 rentetan ekoran
155 rentetan senario itu Selepas fenomena itu 156 rutin harian Kerja yang biasa
dilakukan dan sehari-hari 157 sahsiah keperibadian
158 sanubari jiwa
159 sayugia harus, patut 160 seantero seluruh 161 seantero dunia Seluruh dunia 162 senggang santai, tidak sibuk 163 serampang dua
mata
melakukan dua kerja serentak
164 silaturahim persaudaraan
165 simbiosis Dua benda yang saling berkaitan
166 sistematik teratur, mengikut peraturan 167 syabas tahniah 168 tampil keluar 169 teladan contoh 170 terjebak terlibat 171 terpikul tertanggung 172 tersadai tidak bergerak 173 tersohor terkenal 174 tonggak asas/dasar
175 total menyeluruh
176 transisi perantaraan 177 tuntasnya keseluruhannya
178 vandalisme merosakkan harta benda 179 warisan harta pusaka
KOLEKSI FRASA MENARIK
Frasa menarik yang bermula dengan huruf "m"• memiliki iltizam yang tinggi • memiliki jati diri yang unggul • mempunyai keterampilan sendiri
• mempunyai pegangan agama yang mantap • memiliki prakarsa untuk melakukan perubahan • menempuh arus globalisasi
• menjana pertumbuhan ekonomi • mengasah daya kepimpinan
• mengukuhkan keutuhan perpaduan bangsa Malaysia
• memiliki ketahanan diri yang ampuh untuk menghadapi dugaan dan cabaran
• menerjah kecemerlangan • menggarap pengetahuan • memberikan nafas baharu
• membentuk personaliti unggul dan hala tuju kehidupan
• menjana kehebatan bakat dan kreativiti • menyuburkan amalan nilai murni • menyemai kesantunan budi pekerti
• menyemai rasa tanggungjawab dalam kalangan generasi muda
• menjalinkan kemesraan dan ikatan kasih sayang • mengeratkan jalinan semangat kejiranan
• menyimpulkan ikatan sosial • membina kecemerlangan sahsiah • menjadi pemangkin kemajuan negara • menguasai fikiran dan mengawal minda • mematangkan minda masyarakat
• merealisasikan impian, harapan dan cita-cita • membicarakan impian dan harapan
• menjayakan misi dan visi • meneruskan kelangsungan hidup • mewarisi tampuk kepimpinan • menjayakan agenda kerajaan • memerlukan revolusi sikap
• melipatgandakan usaha dan memperlihatkan komitmen berterusan
• media arus perdana • menguasai dada akhbar • mengurangkan jurang digital • mengundang padah
• masih berada di takuk lama
• masih terbelenggu dengan pemikiran negatif • meniti perjalanan kehidupan yang penuh dengan
ranjau dan dugaan
Huruf-huruf lain, selain huruf "m"
• anjakan paradigma • akal yang sihat
• bertindak rakus terhadap alam sekitar • benteng ampuh bagi menghadapi gelombang
perubahan
• benteng ampuh bagi menangani cabaran musim remaja
• bergelut dengan pelbagai permasalahan • didominasi oleh nafsu
• dipandu oleh ajaran agama yang luhur • formula ampuh membina perpaduan kaum • hingga ke titisan darah terakhir
• hingga ke akhir hayat • impak baik dan kesan buruk • impak sampingan yang tidak terperi • kemiskinan maklumat
• sesawang negatif • tepu dengan keghairahan • teras kemajuan ummah
• teras kemajuan arena pendidikan • teras pembangunan negara
• tanggungjawab penting untuk dilunaskan, demi melahirkan insan berkualiti
KATA-KATA MUTIARA DALAM KARANGAN
Tun Dr. Mahathir Mohamad“Ilmu pengetahuan tanpa nilai-nilai yang mulia belum tentu dapat melahirkan masyarakat yang baik dan berjaya. Nilai-nilai yang mulia tanpa ilmu pengetahuan juga tidak akan melahirkan masyarakat yang berjaya”
Tun Dr. Mahathir Mohamad
“...membentuk sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera, berintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok-kelompoknya. Menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut.”
Keris Mas
“Kesalahan aturan bahasa sehingga mengikut aturan bahasa Inggeris bukanlah stail yang menunjukkan ketegasan fikiran, melainkan betapa tidak teraturnya fikiran itu dinyatakan atau betapa keinggerisannya kita berfikir”.
William A.Ward
"Guru yang sederhana memberitahu. Guru yang baik menjelaskan. Guru yang hebat menunjukkan cara. Guru yang agung menjadi inspirasi."
Karl Menninger
"Siapakah guru itu adalah lebih penting daripada apa-apa yang diajarkannya."
Tun Abdul Razak
"Kita juga telah berjaya memberikan satu keperibadian yang sama kepada negara dengan menjadikan bahasa Malaysia sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal di negara ini dan usaha-usaha masih lagi dicari bagi
menjadikan bahasa itu sebagai bahasa kebangsaan dengan erti kata yang sebenarnya."
Abdullah Ibnu Abbas
"Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir"
Munsyi Abdullah
”Jika orang Melayu hendak menjadi bangsa yang besar, orang Melayu mesti mempelajari dan memelihara secermat-cermatnya bahasa Melayu, di samping menerima serta menambah pengetahuan baharu.”
SN S. Othman Kelantan
“Peradaban dan tamadun sesuatu bangsa dibina dengan bahasanya sendiri, baik dalam bentuk prosa ataupun dalam bentuk kreatif kerana bahasa menjadi jiwa sesuatu bangsa. Keindahan estetika sebagai emosi kepada jiwa itu ialah karya kreatif”. Arena Wati
Kita boleh ramah, tapi pantang berkasar. Kita boleh marah, tapi ketawalah, dan jangan kehilangan senyum. Kita pasrah miskin, tapi jauhkan diri dari keinginan mengemis. Orang yang kehilangan wang, cuma rugi benda. Tetapi orang yang kehilangan amanah dia rugi harga diri.
Noordin Hassan
Pasang telinga baik-baik. Jangan dengar saja apa orang kata, fikirkan mengapa orang kata begitu. Kalau orang ketawa, dengar betul-betul jenis ketawanya. Ketawa berisikah atau ketawa jenis apa. Arena Wati
Menegur dengan bahasa sukma dan bertanya dengan bahasa hati nurani.
Muhammad Salleh
Tiada akan besar bangsa yang tiada kasihkan
bahasanya, tiada kebenaran pada manusia yang tidak dapat melihat kenyataan.
Muhammad Salleh
Tiada akan besar bangsa yang tiada kasihkan bahasanya.
Abdullah Hussain
KEMERDEKAAN yang sudah dicapai itu seperti sebuah gelas kosong lalu tiap-tiap golongan itu mahu mengisi gelas itu dengan minuman yang disukainya.
Keris Mas
KEMERDEKAAN hanya suatu jambatan. Yang kita tuju di seberang jambatan itu ialah kehidupan kebangsaan yang mulia, makmur dan aman damai. Muhammad Salleh
Derita yang dijeritkan tanpa suara ialah bahasa ternyaring bangsa kita.
Muhammad Salleh
KATA-KATA BOMBASTIK DALAM PENULISAN
BIL KOSA KATA & MAKSUD APLIKASI DALAM AYAT
1 POLEMIK
Perbahasan yang dilakukan dalam surat khabar atau dalam majalah mengenai sesuatu perkara
[Tema: Lumba Haram]
Akhir-akhir ini, isu lumba haram kerap menjadi polemik dalam kalangan masyarakat
2 MARHAEN
Rakyat jelata
[Tema:Menabung]
Golongan marhaen tidak diabaikan oleh kerajaan dalam usaha mentransformasikan ekonomi ke arah negara berpendapatan tinggi.
3 KULAWARGA
Keluarga
[Tema: Keluarga Bahagia]
Kulawarga yang harmonis mampu membentuk anak-anak bersahsiah mulia
4 DASAWARSA
Dekad
[Tema: Semangat Kejiranan]
Dasawarsa ini , hubungan kejiranan semakin diabaikan terutama dalam kalangan masyarakat metropolitan.
5 IKHTISAR
Pendapat yang ringkas mengenai sesuatu
[Tema: Pelajar Cemerlang]
Pelajar perlu memberikan ikhtisar yang mantap sewaktu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
6 TAMSIL
Seperti,umpama, misal
[Tema: Menabung]
Tamsilnya ,tabiat menabung bukanlah sesuatu yang asing dalam kalangan masyarakat.
7 WASILAH
Ikatan
[Tema: Jasa Guru]
Seseorang pelajar tidak wajar melupakan wasilah yang terjalin dengan guru
8 NIRMALA
Suci
[Tema: Budi Bahasa]
Pada pagi yang nirmala ini, saya akan menyampaikan syarahan bertajuk, Budi Bahasa Budaya Kita.
9 SAKINAT
Ketenangan
[Tema: Keluarga Bahagia]
Ajaran agama yang diterapkan dalam keluarga mampu menjamin
sakinat berpanjangan
10 SINERGI
Kerjasama
[Tema: Inap Desa]
Akhir kalamnya, rakyat dan kerajaan perlu bersinergi untuk merealisasikan pelancongan inap desa menjadi pilihan kalangan rakyat Malaysia .
11 USLUB/MINHAJ/MANHAJ Kaedah, cara
[Tema: Membaca]
Membaca merupakan uslub berkesan untuk menambah ilmu pengetahuan dalam kalangan pelajar.
12 PRAKARSA
Inisiatif
[Tema:Lumba Haram]
Prakarsa perdana dalam membanteras gejala lumba haram ialah pemantauan ibu bapa di rumah.
13 AFORISME
Ungkapan, peribahasa, bidalan
[Tema: Gejala Ponteng Sekolah]
Kasih sayang yang diberikan oleh ibu bapa terhadap anak-anak bertepatan dengan aforisme, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
14 SIRNA
Hilang
[Tema: Gejala Buli]
Rasa perikemanusiaan semakin sirna daripada sanubari generasi pelajar pada hari ini.
15 JAGATRAYA
Seluruh dunia
[Tema: Pelancongan]
Malaysia terkenal di jagatraya sebagai sebuah negara yang memiliki keunikan budaya dan keindahan alam.
16 SEANTERO
Seluruh
[Tema: Bangunan Warisan]
Seantero dunia akan memandang tinggi negara Malaysia jika kita Berjaya mengekalkan warisan sejarah rakyat Malaysia.
Kewajiban Sudah menjadi obligasi setiap rakyat Malaysia untuk mempertahankan negara daripada ancaman musuh.
18 MAYAPADA/
MARCAPADA Dunia moden
[Tema: Kemalangan Jalan Raya]
Isu kemalangan remaja kerap disiarkan dalam media massa
marcapada ini
19 MAPAN
Tidak berubah, sudah diterima umum
[Tema: Gejala Lumba Haram]
Sudah terang lagi bersuluh, kempen merupakan prakarsa mapan
yang mampu mengatasi gejala lumba haram.
20 SEYOGIA
Sepatutnya
[Tema: Semangat Patriotik]
Seyogia golongan remaja tidak terlibat dengan aktiviti subversif yang akan mencalarkan imej negara.
21 SEMENTELAHAN
Tambahan pula [Tema: Semangat Kejiranan]Sikap tidak ambil peduli merupakan punca hubungan kejiranan semakin renggang sementelahan kesibukan bekerja menyebabkan komunikasi antara jiran semakin terbatas.
22 MAUDUK
Pokok perbincangan
[Tema:Rakan Sebaya]
Mauduk syarahan yang akan saya sampaikan ialah, Ciri-ciri Rakan yang Menjadi Pilihan Saya.
23 PADAU
Layar
Sebelum padau perbincangan saya gali lebih dalam, molek kiranya saya mulakan dengan pendefinisian tajuk terlebih dahulu.
24 TEGAR
Tidak dapat dilenturkan, keras
[Tema: Merokok]
Pihak Kementerian Pelajaran gusar kerana ramai pelajar sekolah kini menjadi perokok tegar.
25 KONGKALIKUNG
Sekongkol dalam melakukan sesuatu yang tidak baik
[Tema: Ponteng Sekolah]
Sekumpulan pelajar SMK Lepar Hilir berkongkalikung ponteng sekolah di ladang kelapa sawit
26 MENYISIR
Mengemaskan Sebelum saya menyisir usul perbahasan dengan lebih dalam, izinkan saya mendefinisikan terlebih dahulu frasa demi frasa.
27 MAHMUDAH
Terpuji [Tema: Remaja Berwawasan]Sifat mahmudah jika diaplikasikan dalam kehidupan akan merubah personaliti remaja agar menjadi remaja cemerlang dan terbilang.
28 GEMULAH
Arwah
[Tema: Bangunan Bersejarah]
Sewajarnya kita mencontohi sifat gemulah terdahulu yang sanggup mempertahankan warisan bangsa agar dapat dinikmati oleh anak cucu.
29 CERITERA
Cerita
[Tema:Remaja Berwawasan]
Sebagai remaja berwawasan, kita sepatutnya tidak terpengaruh dengan ceritera palsu yang berlegar-legar dalam kalangan masyarakat.
30 INTI PATI
Bahagian yang penting
[Tema:Remaja Berwawasan]
Perlembagaan Persekutuan Malaysia merupakan inti pati yang wajar difahami dan dihayati oleh seluruh warga Malaysia
31 BERIJTIHAD
Memberikan tafsiran
berdasarkan peraturan tertentu
[Tema:Remaja Berwawasan]
Remaja mesti mengkaji sesuatu isu agar mampu berijtihad apabila ditanyakan tentang sesuatu isu oleh orang luar.
32 MENGHADAP
Menghala, mengarah
[Tema: Remaja Berwawasan]
Kita perlu menghadap serta mendepani sesuatu perkara dengan cara yang rasional.
33 BELASUNGKAWA
ucapan takziah Kami mengucapkan kematian anak tunggal merekabelasungkawa kepada keluarga Ali atas
34 KENDATIPUN
Meskipun
[Tema: Menabung]
Kendatipun pendapatan kita sekadar cukup-cukup makan, kita seharusnya menyimpan sebahagian daripada pendapatan sebagai
tabungan.
35 SIGNIFIKAN
Penting
[Tema: Gejala Lumba Haram]
Langkah-langkah signifikan perlu dilakukan untuk membasmi gejala lumba haram dalam kalangan remaja
36 TERAMPIL
Cekap dalam melaksanakan sesuatu
[ Tema: Remaja Berwawasan]
Sifat terampil merupakan ciri yang perlu ada pada seorang remaja yang berwawasan.
37 PROGNOSIS
Ramalan,telahan
[Tema:Ponteng Sekolah]
Prognosis yang tepat dalam menilai keperibadian rakan sebaya perlu ada dalam memilih rakan sebaya.
38 PROKLAMIR
Pengisytiharan
[Tema:Bangunan Bersejarah]
Kerajaan telah menyampaikan proklamir Melaka sebagai Bandar Raya Bersejarah.
39 TRAGEDI
Peristiwa yang menyedihkan
[ Tema: Lumba Haram]
Menjadi suatu tragedi yang menyedihkan apabila golongan remaja yang terlibat dengan lumba haram mencambahkan penularan gejala sosial lain seperti seks bebas dan penagihan dadah.
40 KULAWARGA
Keluarga
[Tema: Semangat Kejiranan] Kulawarga dewan sekalian,
Tajuk pidato saya pada hari ini ialah, Peranan Remaja dalam Menyemarakkan Semangat Kejiranan.
41 JALUR LEBAR
Rangkaian yang mempunyai julat yang besar
[Tema:Teknologi Maklumat]
Kemudahan jalur lebar yang disediakan oleh kerajaan dapat dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat
42 NIHILISME
Fahaman yang menolak nilai
[Tema: Gejala Sosial Remaja]
Remaja yang terlibat dalam gejala sosial mengamalkan nihilisme
dalam kehidupan mereka
43 MOBILITI
Perihal mudah bergerak dan digerakkan
[Tema: Ponteng Sekolah]
Masyarakat berilmu pengetahuan akan bermobiliti ke arah kecemerlangan
44 HEDONISME
Pandangan hidup yang mementingkan keseronokan
[Tema: Gejala Sosial Remaja]
Remaja perlu dinasihati agar tidak mengamalkan budaya hedonisme
dalam kehidupan mereka.
45 FRANCAIS
Kebenaran oleh pengeluar untuk memasarkan barangannya
[Tema: Pelancongan]
Agensi pelancongan boleh mengaplikasikan konsep francais untuk mempopularkan produk dan perkhidmatan mereka kepada pelancong asing.
46 SAF
Baris
[Tema: Lumba Haram]
Remaja perlu menyusun saf agar dapat bergerak seiring menangani gejala lumba haram yang semakin mencengkam pada hari ini.
47 PARADIGMA
Model yang jelas tentang sesuatu
[Tema: Remaja Berwawasan]
Kita perlu melakukan anjakan paradigma untuk merubah senario negatif yang membelenggu golongan muda negara ini.
48 KODIFIKASI
Kegiatan menyusun maklumat
[Tema:Membaca]
Remaja yang berpengetahuan mampu melakukan kodifikasi apabila membaca bahan bacaan daripada pelbagai sumber.
49 ENTENG
Ringan, mudah
[Tema:Gejala Sosial]
Sikap masyarakat yang memandang enteng gejala ponteng sekolah menyebabkan golongan remaja beraja di mata , bersultan di hati.
50 CAKNA
Ambil berat [Tema:Gejala Lumba Haram]Ibu bapa perlu cakna akan perubahan yang berlaku dalam diri anak-anak mereka.
51 TUNTAS
Menyeluruh dan lengkap
[Tema: Dasar 1 Murid 1 Sukan]
bersukan dalam kalangan murid-murid sekolah..
52 IZHAR
Jelas
[Tema:OKU]
Izharnya, golongan orang kurang upaya turut membantu perkembangan ekonomi negara Malaysia.
53 AFDAL
Lebih baik
[Tema: Menabung]
Prakarsa yang afdal bagi menggalakkan anak-anak menabung ialah ibu bapa membuka akaun simpanan di bank untuk anak-anak.
54 JERAYAWARA
Pameran, ceramah
Jerayawara secara progresif perlu diadakan ke seluruh negara bagi menerangkan keburukan gejala lumba haram.
55 REKAYASA
Penerapan unsur-unsur ilmu
[Tema:Guru]
Guru yang berkesan mampu melakukan rekayasa melalui pelbagai medium dan kaedah pengajaran di dalam kelas.
56 EGOSENTRIK
Mementingkan keperluan diri
[Tema: Semangat Kejiranan]
Sikap egosentrik yang ada di dalam diri menyebabkan masyarakat bandar tidak mengamalkan semangat kejiranan.
57 ADIWANGSA
Bangsa mulia
[Tema: Gejala Sosial]
Remaja yang mampu menongkah arus kebejatan sosial akan menjadi
adiwangsa yang mengharumkan nama negara..
58 EGALITARIANISME
Fahaman bahawa semua orang sama rata
[Tema: Perpaduan]
Konsep 1Malaysia mampu merealisasikan egalitarianisme dalam pembudayaan budaya dan bahasa
59 ATMA
Jiwa
[Tema: Gejala Sosial Remaja]
Sementelahan , generasi muda pada hari ini mengalami gangguan
atma sehingga menyebabkan mereka tidak memikirkan baik buruk sesuatu perkara.
60 BOBROK
Rosak, binasa
[Tema: Gejala Sosial]
Masyarakat yang bobrok akhlaknya akan merugikan negara.
61 PENGITLAKAN
Membuat rumusan
[Tema: Bangunan Bersejarah]
Sebagai pengitlakan, kita seharusnya berganding bahu memulihara bangunan bersejarah untuk memastikan generasi hari muka dapat mewarisinya.
62 EFISIEN
Berkesan
[Tema: Pendidikan Vokasional]
Langkah yang efisien mampu memperkasakan pendidikan vokasional di negara ini.
63 GELANDANGAN
Merempat
[Tema: Menabung]
Amalan menabung sejak kecil mampu merubah kehidupan
gelandangan menjadi lebih baik.
64 DEWASA
Kontemporari, semasa
[Tema:Membaca]
Dewasa ini, budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia telah meningkat.
65 SIMBIOSIS
Perkaitan hidup antara dua atau lebih organisma
[Tema: OKU]
Sememangnya simbiosis antara kerajaan dengan rakyat mampu menghasilkan sinergi yang merubah senario masyarakat.
66 PIDANA
Kejahatan
Aplikasi dalam aya[Tema: Gejala Sosial]
Anak-anak terdorong untuk melakukan pidana dek galakan rakan-rakan.
67 NINGRAT
Orang mulia
[Tema: Remaja Berwawasan]
Remaja seharusnya berusaha menjadi golongan ningrat yang akan membanggakan nama ibu bapa dan negara.
68 JEMBEL
Miskin
[Tema: Krisis Makanan Antarabangsa]
Seharusnya kita membantu negara-negara jembel di Afrika yang mengalami krisis makanan
69 MURBA
Rakyat jelata
[Tema: Sukan]
Sebagai golongan murba, kita seharusnya menyokong dasar 1Murid 1Sukan.
70 PROLETAR Kaum yang suka membunuh/ membuat kacau
[Tema:Gejala Sosial]
Kita seharusnya memerangi gejala buli dan ponteng sekolah kerana kita tidak mahu melihat generasi akan datang menjadi masyarakat
proletar.
PENANDA WACANA
Penanda permulaan karangana) Pada era globalisasi ini,
b) Pada zaman pascakemerdekaan ini,
c) Dalam meniti arus kemodenan ini,
d) Dewasa ini, e) Pada masa ini, f) Kini,
g) Dasawarsa ini,
h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada,
i) Sejak sedekad yang lalu, j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,
k) Kebelakangan ini, l) Belakangan ini, m) Sejak akhir-akhir ini,
Penanda memulakan isi baharu a) Selain itu,
b) Di samping itu, c) Sementara itu, d) Lebih-lebih lagi, e) Dalam pada itu, f) Lain daripada itu, g) Pada waktu yang sama, h) Dalam pada itu, i) Seterusnya,
Penanda huraian isi karangan a) Hal ini demikian kerana b) Hal ini berlaku kerana c) Hal ini terjadi kerana d) Hal ini disebabkan oleh e) Hal ini wujud akibat daripada f) Hal ini bersangkut-paut dengan g) Hal ini berpunca daripada h) Hal ini tercetus apabila i) Hal ini timbul apakala
Penanda memberi contoh dalam karangan
a) Misalnya, b) Contohnya, c) Sebagai contoh,
d) Tamsilnya,
e) Sebagaimana yang kita sedia maklum,
f) Antaranya adalah seperti
Penanda menghuraikan contoh a) Hal ini mengakibatkan
b) Hal ini menyebabkan c) Oleh itu,
d) Maka,
e) Oleh hal yang demikian, f) Oleh sebab itu,
g) Jelaslah bahawa h) Justifikasinya, Penanda menutup isi a) Kesannya,
b) Natijahnya, c) Akibatnya, d) Akhirnya, e) Dengan itu,
f) Dengan berbuat demikian, g) Dengan keadaan sedemikian, Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat
Contoh:
Masalah sosial yang
dibincangkan oleh masyarakat ini memang memeningkan kepala (Huraian 1) _(x)_
membimbangkan semua pihak. (Huraian 2) a) justeru b) malah c) malahan d) tambahan pula e) sementelahan f) sekali gus g) di samping h) bahkan i) malar-malar
Penanda memulakan perenggan penutup
a) Kesimpulannya, b) Intihanya, c) Secara tuntas, d) Konklusinya,
e) Sebagai penutup wacana, f) Sebagai penghias bicara akhir, g) Sebelum mengakhiri wacana ini, h) Secara keseluruhan,
i) Secara total,
Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza a) Walau bagaimanapun, b) Walakin begitu, c) Namun demikian, d) Daripada perspektif yang berbeza,
e) Jika dilihat dari sudut lain, f) Dengan kata lain,
g) Kontradiksinya, i) Di sebalik itu, j) Dalam pada itu, k) Dari sudut lain,
Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa a) Bak kata peribahasa, ... b) Bak kata peribahasa Melayu, ...
c) Bak kata orang tua-tua, ... d) Bak kata mutiara, ... e) Bak peribahasa, ... f) Bak kata cendekiawan, ... g) Persis kata peribahasa, ... h) Persis kata peribahasa
Melayu, ...
j) Persis kata mutiara, ... k) Persis peribahasa, ... l) Persis kata
cendekiawan, ... m) Hal ini sama dengan peribahasa ... n) Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni ... o) Fenomena ini dikatakan p) Masalah ini sama dengan
peribahasa ...
q) Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa ...
PENANDA WACANA
A
1. Andaikan perkara ini berlanjutan,
2. Apa yang membimbangkan kita ialah
3. Abad yang mementingkan material ini
mengajar kita ...
4. Abar (penghalang) utama fenomena ini ialah...
5. Abet (tingkah laku) ini jelas membuktikan
bahawa...
6. Adalah absurb (mustahil) jika kita
mengatakan bahawa
7. Acap kali (sering kali) kita terbaca di dada
akhbar tentang gejala ini,
8. Ada pihak yang beranggapan bahawa
9. Ada desas-desus (khabar angin) yang \
menyatakan dengan jelas bahawa
10. Acuhan (sesuatu yang menarik perhatian) ini
menyebabkan
11. Adalah dipercayai bahawa...
12. Adalah lebih Afdal (baik) jika...
13. Adalah memalukan kita kerana
14. Adanya perkara ini kerana
15. Adalat (keadilan) akan terpancar jika....
16. Adaptasi (penyesuaian dengan keadaan yang
baru) ini menyebabkan
17. Adat di dunia memang begitu,
18. Adicita (idealogi) memang bercanggah
kerana...
19. Adiwarna (memang bagus) jika kita...
20. Adpertensi (iklan dalam surat khabar) pernah
memaparkan...
21. Advis (nasihat) saya ialah ...
22. Aduan yang kita sering terima uialah...
23. Afal (kelakuan) yang negatif ini
menyebabkan
24. Afidavit (bukti bertulis) ini jelas
memberitahu kita bahawa...
25. Agak membimbangkan kita kerana...
26. Aforisme (ungkapan) yang selalu kita dengar
ialah...
27. Agen pemusnah dalam kehidupan ini
menyebabkan....
28. Aib (malu) sekali manusia zaman ini kerana..
29. Akhirulkalam, (penutupnya, akhirnya,
30. Aktivis (orang yang sesuatu kegiatan) pernah
memberikan pendapat bahawa
31. Alam terbentang menjadi saksi,
32. Alimiat (zaman peradaban) ini banyak
memberitahu kita bahawa
33. Almalun (terkutuk) sekali jika kita....
34. Amnya, (Umumnya)
35. Anjakan Paradigme ( Perubahan untuk
kebaikan) ini berlaku kerana....
36. Angkara perbuatan ini,
37. Arbitrari (analisis) yang dilakukan mendapati
bahawa....
38. Aspirasi (cita-cita) negara ialah ...
39. Atas dasar perikemanusiaan,
40. Ayuhai manusia,....
B
41. Bagaimana pun,
42. Bahang masalah in semakin terasa kerana
43. Bagunlah wahai rakyatku,
44. Barangkali kita terlupa bahawa...
45. Baru-baru ini,
46. Belakangan ini,
47. Bayangkan suatu hari nanti,
48. Bedilan (tembakan) kata-kata yang tidak
berasas menyebabkan...
49. Bedooh (melampau) sekali jika mereka...
50. Belukar kehidupan ini mengajar kita....
51. Benarlah jika saya mengatakan bahawa
52. Bernas sekali anggapan bahawa...
53. Biasanya,
54. Bobroknya (rosaknya) masyarakat hari ini
kerana...
C
56. Cangkaliwang ( keadaan huru-hara) ini
bersangkut paut dengan faktor...
57. Cetusnya kegelisahan ini adalah kerana
58. Cocok sekali hal ini dikaitkan dengan..
59. Cukuplah sekadar ini,
60. Cukup malu kerana...
D
61. Dada manusia yang kejam ini..
62. Dada insan yang rakus (tamak) ini...
63. Daifnya (hina) kita jika dikatakan...
64. Dakwaan yang mengatakan bahawa...
65. Dakwaan ini memang tepat kerana
66. Dakwaan ini tidak berasas kerana
67. Dalam mengharungi arus globalisasi,
68. Dalam lautan kehidupan yang bergelora ini,
69. Dalam meniti (melalui) hari demi hari,
70. Dalam hal ini,
71. Dalam ajaran agama dan moral,
72. Dalam mengaplikasikan nilai ini,
73. Dalam pada itu,
74. Dalih (alasan) yang selaku kita dengar ialah
75. Dalil (keterangan) ini menjelaskan bahawa...
76. Dangkal (cetek pengetahuan) sekali
anggapan bahawa....
77. Dapat kita simpulkan bahawa...
78. Daripada membiarkan masalah ini kronik,
79. Deklarasi (pernyataan jelas) ini
membuktikan bahawa...
80. Dalam hal sedemikian,
81. Dengan berbuat demikian,
82. Desakan hidup kadangkala menyebabkan
kita..
83. Destinasi perjalanan yang tidak tentu ini
mengakibatkan...
84. Digniti (kemuliaan) manusia semakin
terhakis kerana
85. Diskriminasi kaum menyebabkan...
E
86. Ekspedisi kehidupan ini mengajar kita
87. Evolusi (perubahan) ini menyebabkan.
88. Ekoran daripada peristiwa ini,
89. Eloklah jika kita menerima hakikat bahawa..
90. Entah mengapa,
F
91. Fahaman ini jelas menunjukkan bahawa...
92. Faktor utama ialah..
93. Faraq (perbezaan) hal ini ialah
94. Fasal (berkenaan) itu,
95. Fitrah (sifat semula jadi) sang manusia kini
ialah...
96. Fokus utama topik kita ialah...
97. Fungsi utama ialah..
G
98. Galakan ini datangnya daripada...
99. Gamatlah suasana kerana ...
100. Gandingan ajaran agama dan moral
memang baik kerana...
101. Gaya hidup yang serba mewah ini
menunjukkan bahawa
102. Gejala ini ada kaitan dengan....
103. Gelisah ibu bapa bertambah berat apabila...
104. Gelora hati ini menolak mereka ke lembah
hina dan menyebabkan....
105. Generasi dotkom ini mementingkan..
106. Gerabak (laluan) perjalanan hidup ini akan
tergelincir apabila...
107. Gundah sekali apabila....
108. Guru di sekolah mengajar kita bahawa,,,
H
109. Habis (jadi),
110. Hala tuju kerajaan ialah...
111. Hal ini demikian kerana
112. Hal ini berlaku kerana...
113. Hal in memang memeranjatkan kita
kerana...
114. Hal ini tidaklah menghairankan kerana...
115. Hal ini berpunca daripada...
116. Hal ini menyebabkan...
117. Hal ini menghalang usaha kita...
118. Hampanya ibu bapa apabila...
119. Harapan kita ialah...
120. Harapan negara ialah...
121. Hipokrit (sifat berpura-pura) manusia
menyebabkan
122. Hipotesisnya ialah...
123. Hujah (pendapat) ini bercanggah kerana...
124. Hujah yang dikatakan...
125. Hujah itu memang tepat kerana...
I
126. Ifrit (golongan yang jahat) ini
menyebabkan...
127. Idea ini menyebabkan
128. Ideologi ini memang benar kerana...
129. Ijtihad (pendapat) ini benar kerana
130. Ijtihad pelbagai pihak ialah...
131. Iklim budaya ketimuran menyebabkan...
132. Iman manusia semakin menipis kerana..
133. Ilustrasi kehidupan ini memang cantik,
134. Impaknya(kesannya) ialah
135. Impak daripaha hal ini menyebabkan...
136. Ingatlah bahawa...
137. Ingat,
138. Insaflah wahai manusia,
139. Inisiatif (usaha)kerajaan ini tidak dipandang
berat kerana...
140. Istilah malas memang bahaya kerana...
141. Izinkan saya katakan bahawa....
J
142. Jika ditinjau dari sudut agama,
143. Jauhari berpendapat bahawa,
144. Jabatan narkotik membuktikan bahawa
145. Jadi,
146. Berjaga-jagalah kita,
147. Jagat (dunia) ini amat luas,
148. Jagatraya (seluruh dunia) ini,
149. Jago (juara) politik beranggapan,
150. Jah (kemuliaan) manusia terhakis kerana
151. Jahar (nyaring) sekali suara pemimpin
152. Jak ( semenjak / dari)
153. Jalan hidup yang lurus ini
154. Jauh di sudut hati,
155. Jauh berbeza daripada orang lain,
156. Jelmaan sikap ini bersangkut paut dengan
157. Jentera kerajaan mestilah
158. Jihad (perjuangan) manusia
159. Justifikasinya, (alasannya)
160. Jurang pemisah in menyebabkan
K
161. Kaca (cerita) ini jelas membuktikan bahawa
162. Kaca mata ini sentiasa melihat
163. Kadangkala,
164. Kekagetan (ketakutan / kebimbangan) ini
menyebabkan
165. Kala manusia bermain dengan kezaliman,
166. Kalakian, ( ketika itu)
167. Kaliber (kebolehan) manusia tergugat
apabila
168. Kalimah (kata-kata) ini menyebabkan
169. Kancah politik menyebabkan
170. Kancah jenayah ini semakin serius sehingga
171. Kandil (pelita) hidup yang bernyala-nyala
menyebabkan
172. Kanun (undang-undang) jenayah tidak
dapat berfungsi dengan baik kerana
173. Karma kehidupan ini akan jelas kelihatan
apabila
174. Kata Perdana Menteri,
175. Kata golongan intelek,
176. Kaum hawa (wanita) berpendapat bahawa
177. Kaum adam (lelaki) berpendapat bahawa
178. Kayu pengukur tahap keimanan seseorang
ialah
179. Kecainya (hancurnya) harapan ibu bapa
apabila
180. Kekecamukan ( ketidaktenteraman) ini
menyebabkan
181. Kedaluwarsa (sudah tiba masanya)
182. Kebobrokan (kemusnahan) manusia
semakin memuncak kerana
183. Kelak,
184. Kemudiannya,
185. Kekeliruan (kekusutan) ini semakin jelas
menunjukkan
186. Kekhilafan (kesilapan) ini menyebabkan
187. Kekentalan hidup mengajar kita
188. Kerenah manusia pada zaman moden ini,
189. Ketuaan dunia kelihatan jelas apabila
190. Khususnya,
191. Kiamat nanti jika hal in menjadi ketahuan
umum kerana
192. Kini,
193. Kira-kira sedekad lalu,
194. Kitab suci al-Quran menjelaskan bahawa
195. Klasiknya pemikiran seseorang apabila
196. Kombinasi ini menyebabkan
197. Kompetitif (persaingan) ini menyebabkan
198. Kompleksnya kehidupan manusia kerana
199. Komuniti Malaysia tidak beranggapan
bahawa
200. Konklusinya,
201. Konsep ini sesuai kerana
202. Kontradiksinya, (sebaliknya)
203. Kekosongan jiwa menyebabkan
204. Kotornya sanubari seseorang jika
205. Kreativiti ini menyebabkan
206. Kredit (hutang / wang) harus diberikan
kepada mereka kerana
207. Kritikalnya masalah ini kerana
208. Kubu pertahanan negara semakin terancam
apabila
209. Kurangnya pendidikan menyebabkan
L
210. Lagipun,
211. Lagi pula,
212. Langkah yang sesuai ialah
213. Langsung tidak kita ramalkan bahawa
214. Lebih-lebih lagi,
215. Lahirnya perasaan tersebut adalah kerana
216. Lahiriahnya ( pada awalnya)
217. Lakonan manusia kini semakin baik kerana
218. Lanjutan daripada peristiwa itu,
219. Lantangnya suara manusia menyebabkan
220. Lapangan (bidang) ini berkisar tentang
221. Lebih-lebih lagi,
222. Leganya kita jika
223. Lillahi, (demi Tuhan)
224. Lumrahnya, (lazimnya)
225. Lumpur hidup ini memang begitu,
M
226. Maknanya,
227. Maka,
228. Masa sekarang
229. Malangnya,
230. Malang tidak berbau,
231. Masihkah anda ingat,
232. Misalnya,
S
233. Sementelahan,
T
234. Tempiasnya (kesannya)
FRASA MENARIK YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENULIS KARANGAN
-mendepani realiti baru dunia yang pantas
berubah dan berkembang
-mendukung kebenaran yang kita sepakati
-mengamalkan sikap dan perwatakan yang
murni
-mengambil langkah sederap
-menghirup udara hasil kemerdekaan
-mengikut acuan sendiri
-mengundang kontroversi
-menjadi cerucuk utama pembangunan
-menjulang negara ke puncak jagat
-menuntut setiap anak watan mengotakan
aspirasi
-menyambut gamitan menara impian
-menyebabkan imej negara tercalar
-menyediakan kursus dan latihan yang relevan
-menyembunyikan masalah utama masyarakat
-mereka lebih cenderung kepada keseronokan
dan berpeleseran
-mewujudkan masyarakat yang bermaklumat
dan berpengetahuan
-milineum baru ini pasti sahaja sarat dengan
muatan cabaran reformasi
-muafakat merupakan inti kepada perpaduan
-negara kita akan bersih daripada unsur sosial
yang tidak sihat
-nilai keinsanan yang syumul
-nilai-nilai material semakin memberkas dan
meluas dalam masyarakat
-pandangan pro dan kontra yang dipaparkan
-pelbagai cabaran yang bakal menghambat
-pelbagai masalah sosial sedang menghinggapi
masyarakat
-pembentukan masyarakat sakinah
-pembudayaan ilmu perlu dipupuk dan dibajai
oleh generasi muda masa kini
-pendedahan oleh pihak media massa
menghangatkan senario ini
-perlu dibaja kembali
-perubahan yang diharap masih belum
menjelma
-petanda kehancuran generasi
-pewujudan masyarakat madani-propaganda
negatif terhadap negara kita dapat ditepis
-kita perlu mengorak langkah
-kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang
songsang ini
-komitmen menyeluruh agensi yang terlibat
-kongkongan yang selama ini dianggap
membelenggu
-Masalahnya, kita mahu memberi pendapat
tetapi tidak rela dikritik
-makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai
kekeluargaan
-mampu mengadunkan satu kombinasi usaha
yang cukup padu
-manifestasi kesanggupan bangsa
-manusia bukanlah `haiwan robotik’ yang tidak
mempunyai rasa dan jiwa
-masa depan menjanjikan cabaran di luar
jangkaan
generasi
-masalah sosial dan susila yang meruncing
-masih terbelenggu dengan cara berfikir yang
sempit
-masyarakat yang naif dengan mata kebendaan
yang melalaikan
-melangkah dengan seribu kekuatan
-melontarkan soalan yang cukup penting
-melupakan cita-cita yang lebih luhur
-membangunkan generasi yang
berketerampilan,
bersahsiah mulia dan berilmu
-membebaskan mereka daripada belenggu
kejahilan dan kegelapan
-membenam budaya hedonistik yang tidak
berfaedah
-membetulkan ketidaktepatan fakta
-membimbing mereka memenuhi impian
-membina impian masa depan yang lebih
gemilang
-membongkar kepincangan
-membuktikan sensitiviti, kepekaan dan
keprihatinan mereka
-mempengaruhi minda generasi muda
-mempertahankan perasaan saling bersefahaman
-mempertingkat dan memperteguh kefahaman
-mempraktikkan elemen tolak ansur
-memudaratkan kesejahteraan rakyat
-menabur bakti kepada mereka yang kurang
beruntung
-menaburkan nilai kebendaan yang tidak
bertahan lama
-menagih komitmen dan pengertian serius
semua pihak
-menampilkan wajah baru yang disulami tekad
-menangkis tuduhan yang tidak berasas
-mencapai tahap yang mencemaskan
-mencerminkan dengan jelas akan hakikat ini
-mencerminkan generasi yang muflis dan
tercabut daripada akar tradisinya
-mendapat perhatian dan liputan media massa
-mendepani masa depan yang tidak menentu
KOLEKSI FRASA MENARIK
Pembentukan ayat Tanya: persoalan ini perlu direnungkan dengan sikap berlapang dada dan berpandangan jauh pernahkah terlintas dalam gawang minda
para...
sejauh manakah jalan penyelesaian yang dilaksanakan selama ini memberi impak yang positif?
Tema perpaduan :
Setiap kaum menjunjung tinggi nilai perpaduan Sikap bekerjasama dan bertolenrasi adalah
‘senjata’ utama yang
menampilkan Malaysia sebagai juara perpaduan Berpegang pada falsafah hidup
sandar-menyandar bagai aur dengan tebing
Rakyat akur dengan nasihat peribahasa yang berbunyi kalah menjadi abu,menang menjadi arang
Pepatah ada menyatakan ‘hidup bersama yang menjadi tradisi seikat bak sirih, serumpun bak serai, dijadikan pegangan untuk kita terus kekal menjadi juara perpaduan
konflik perkauman yang tercetus hanya membawa kehancuranyang total
Umpama telur sesangkar, pecah satu pecah semua ,tamsilan yang memberi gambaran betapa pentingnya perpaduan masyarakat
terurainya ikatan perpaduan kaum telah menjerumuskan negara kita
sukan dilihat mampu memecahkan tembok perbezaan kaum
Tema kemajuan negara
cemerlang prestasi ekonominya dalam kalangan negara Dunia Ketiga
Pertumbuhan mapan ekonomi negara Prestasi ekonomi yang mapan Gahnya Malaysia di persada global menjadikan Malaysia lebih tersohor
Malaysia mempunyai kewibawaan yang tinggi di mata dunia bak kata peribahasa kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa. Putrajaya dan Cyberjaya merupakan lambang
inspirasi pintar anak Malaysia
Hasil usaha gigih- menatijahkan kejayaan yang gilang-gemilang kepada negara sehingga mendapat pengiktirafan dunia
Kemajuan yang dinikmati telah mengubah landskap wajah Malaysia
menterjemahkan matlamat menjadi sebuah negara maju
wawasan globalisasi tajaan Barat banyak menyimpan agenda untuk melemahkan kebangkitan negara
mendepani abad milenium Tema : peranan kerajaan
citra budaya dan jati diri bangsa tindakan secara kolaboratif Tema : masyarakat
memperkasakan pemikiran rakyat berminda kelas pertama menjadi tuntutan utama
menuntut anjakan paradigma masyarakat seantero negara
Berpegang pada falsafah hidup sandar-menyandar bagai aur dengan tebing Apabila rosak budi pekerti rakyat, maka
binasalah seluruh negara
rakyat yang memiliki minda kelas pertama adalah teras ketiga dalam kerangka lima teras utama RMK-9
menjana pemikiran rakyat agar berpandangan jauh dan lebih positif
rakyat perlu memiliki nilai integriti yang bebas daripada segala tingkah laku negatif.
Kualiti minda rakyat perlu diubah daripada terus dibelenggu oleh pemikiran jumud bak katak di bawah tempurung kepada minda yang merdeka dan bermaruah.
Pemikiran rakyat hendaklah dibangunkan di atas landasan yang betul
revolusi pemikiran yang lebih agresif dan proaktif
umpama sepuluh jong masuk pelabuhan,anjing bercawat ekor jua-tidak mahu berubah walaupun banyak melihat perubahan
masyarakat madani
bangsa yang maju dan kompetitif Tema : semangat kejiranan
Jiran sepakat membawa berkat, ungkapan yang cukup signifikan untuk
Kita tidak boleh menjadi seperti kera sumbang, hidup umpama enau dalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing dengan menyombongkan diri bak merak kayangan Kikis sikap prejudis
Membentuk bangsa yang berbudaya dan bertamadun
Berpaksikan acuan budaya sendiri/ berpaksikan nilai budaya
Bagi memperteguh tali-temali sosial
Budaya sekular semakin menguasai kehidupan masyarakat
Di bawah satu bumbung muafakat Tema : generasi muda
Pembangunan modal insan yang berpaksikan anutan nilai dan peribadi luhur turut menjadi saudara kembar kepada kemajuan sains dan teknologi
Terjebak dalam kancah krisis peradaban dan nilai moral
Generasi penggerak wawasan yang berkaliber, berwibawa dan berintelek
Darah baru setampuk pinang, remaja melakukan pelbagai onar
Akibat limpahan kemewahan, remaja semakin ghaflah akan tanggungjawab yang digalas Berkiblatkan budaya asing
Budaya hedonisme semakin subur bersarang di jiwa dan minda
Berpotensi untuk menggegarkan
Bertahan mendepani gelombang cabaran hidup Bijak menyerap tekanan
Cabaran globalisasi yang kian menghimpit memberi impak terhadap kualiti insan Dalam meniti perjalanan hidup Dalam pancaroba dunia Tema: kekeluargaan
mewarnakan jiwa anak-anak menjadi uswah terbaik
tingkah laku negatif pasti diciplak habis-habisan oleh anak-anak. Sikap ini samalah seperti kata peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya dan ke manakah tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
Didedahkan dengan realiti kehidupan Umpama rebung tidak jauh dari
rumpun (perangai anak tidak jauh berbeza daripada perangai ibu bapa
Hadis ; anak-anak umpama kain putih, ibu bapa yang menentukan coraknnya sama ada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi
Bertunjangkan kekuatan intelektual Dipacu oleh tenaga muda
Dipasakkan dalam jiwa Media massa
akhbar arus perdana
mendominasi minda generasi muda
Pepatah Arab yang berbunyi mata pena lebih tajam daripada mata pedang
Pendedahan media sahaja dapat menghangatkan senario ini
Berupaya menjadi wadah yang efektif Bijak menterjemahkan kehendak dan agenda
kerajaan
Media massa yang berpengaruh seyogia menjadi pasak dan watak utama dalam menyebarkan maklumat
Kempen
Meniup / membangkitkan gelombang kesedaran masyarakat
Aktiviti kempen secara agresif wajar dilaksanakan
Ketidaksampaian mesej kempen disebabkan pelaksanaannya yang hanya dijalankan secara suam-suam kuku
Dilaksanakan secara berkesan dan efisien Instrumen yang paling efektif
Semangat Patriotisme
Misi menyuburkan semangat patriotisme—bukan perkara enteng
Kegagalan misi---memberi kesan terhadap pembinaan jati diri bangsa dan kelangsungan hidup negara
Menjiwai patriotisme yang kental Tema sekolah
Guru selaku arkitek pembangunan insan
menjana pembangunan insan yang seimbang dan harmoni
menyemarakkan nilai-nilai murni
sekolah –wadah penting untuk penyaluran ilmu pendekatan konvensional
sekolah medan interaksi sosial
golongan pendidik yang berketerampilan pendidik perlu memahami aspirasi negara menghayati Falsafah Pendidikan Negara Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Hubungan ibu bapa, anak dan pihak sekolah
sepatutnya bagaikan ikan dengan air
Menggalas tanggungjawab mengisi kekosongan minda dengan pengetahuan dan maklumat Tema : Alam sekitar
Menjadi isu dominan yang menghiasi dada-dada akhbar
jika manusia semakin tandus dengan nilai akal budi, maka alamnya semakin gawat dengan persekitaran yang tidak sihat
masyarakat Jepun percaya pada semangat alam sekitar. Jika alam sekitarnya segar dan sihat maka penghuninya juga demikian
alam sekitar adalah gambaran wajah / imej kita Tema Kesihatan :
pepatah Arab ada menyatakan otak yang cerdas terletak pada tubuh badan yang sihat
tamadun klasik seperti di Rom dan di Athens telah memberikan keutamaan dalam aktiviti riadah apabila sukan Olimpik bermula di situ. Kelesuan,keletihan dan kemurungan berpunca
daripada sistem fisiologi yang tidak sempurna Menyerang sistem imunisasi badan
Tema usaha/langkah
Umpama patah sayap bertongkat paruh, patah paruh bertelekan-Terus berusaha
Umpama patah tongkat berjeremang ,hulubalang habis bersiak– meneruskan usaha sampai berjaya Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat
sagunya
Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang
Jika sayang hendak basahkan pendayung,perahu hanyut
Jangan lakukan kerja sekerat jalan
Sekarang bukanlah masa bertopang dagu atau menunding jari kesalahan pihak lain
Jalan penyelesaian secara konkrit dan bijaksana perlu difikirkan
Usah biarkan masalah ....terus membebani ...
Usaha secara kolaboratif
Menuntut sinergi pelbagai pihak
Janganlah usaha ---umpama mencurahkan garam ke laut
Mencari resepi terbaik Teknologi Maklumat:
Internet, teknologi komunikasi yang berada di lingkaran mayapada menghampirkan manusia sesama sendiri dan akhirnya menjadikan dunia bagaikan tiada sempada
Bagai galah di tengah arus –peribahasa yang dapat digambarkan mengenai sikap remaja serta masyarakat yang serakahmenyalahgunakan teknologi
Revolusi teknologi maklumat mutakhir ini memberikan dampak malang kepada masyarakat Dalam konteks era pascamoden, dunia
dicanangkan oleh teknologi maklumat dan kmunikasi
Internet dan teknologi 3G menjadi pemangkin komunikasi manusia
Sekadar klik di laman sesawang, kita mampu menjelajah ke seantero dunia
KATA-KATA HIKMAT DIGUNAKAN DALAM KARANGAN
01. baik kaya ialah kaya hati,sebaik-baik bekalialah takwa,seburuk-buruk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta.
02. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka). 03. Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. ~Horne
04. Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu. 05. Kalau hidup ingin merdeka, Tiada tercapai hanya berkata, Ke muka maju sekata, maju kita, Melemparkan jauh jiwa hamba. ~Usman
Awang
06. "Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." ~Surah Hajj:77
07. "Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sajalah tempat meminta pertolongan" ~Surah Yusuf:18
08. Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.
09. Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. ~Davey John Schwartz 10. "Peristiwa itu memberi pengajaran kepada saya mengenai bagaimana guru besar perlu bersikap
profesional dan tidak menggunakan emosi dalam melakukan tindakan." ~Tengku Habsah Tengku Petera (Presiden Kesatuan
Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan)
11. "Satu perkara yang menakutkan saya pada masa ini ialah peningkatan gejala rasuah. Secara umumnya, lebih tinggi rasuah yang ada, lebih kurang kemerdekaan yang dimiliki." ~Profesor Diraja Ungku Aziz
12. Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat. 13. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.
14. Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.
15. Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.
16. Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. ~ Saidina Ali Abu Talib
17. Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."
18. Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar
impian hari esok.
19. Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (surah Al-Baqarah:214)
20. Kekitaan yang erat tiada yang berat.
21. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.
22. Orang bakhil tidak akan terlepas daripada salah satu daripada empat sifat yang membinasakan iaitu; dia akan mati dan hartanya akan diambil warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau; hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau; hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan digunakan untuk kejahatan atau; adakalanya harta itu akan dicuri dan digunakan untuk berfoya-foya. - SAIDINA ABU BAKAR 23. Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Kesihatan yang hilang boleh diperolehi dengan ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang.
24. Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah. 25. Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati.