• Tidak ada hasil yang ditemukan

Geografi STPM - Skema Pra Percubaan Penggal 1 STPM 2016.docx

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Geografi STPM - Skema Pra Percubaan Penggal 1 STPM 2016.docx"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

942/1

STPM 2016

GEOGRAFI

KERTAS 1

(Dua jam)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PURUN

TRIANG, PAHANG

SKEMA PRA PERCUBAAN PENGGAL 1

(2)

BAHAGIAN A: ALAM SEKITAR FIZIKAL

[40 markah] Jawab semua soalan.

1 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan pergerakan plat tektonik?

Pergerakan plat tektonik bermaksud pergerakan kepingan plat bumi secara bertembung atau bercapah akibat pergerakan arus perolakan yang terdapat di atas lapisan mantel.

(3 isi x 1M = 3M) (b) Jelaskan dua kesan pergerakan plat tektonik terhadap proses lipatan kerak bumi.

i. Lipatan kerak bumi akan menghasilkan bentuk muka bumi gunung lipat dan banjaran gunung lipat. Pergerakan plat benua secara bertembung dengan plat benua yang lain akan

menyebabkan lapisan kerak bumi terhimpit dan berlipat-lipat membentuk gunung lipat. ii. Lipatan kerak bumi akibat pertembungan plat benua juga boleh membentuk sinklin atau

lembangan pergunungan. Bahagian kerak bumi yang melonjak ke atas menjadi gunung lipat dan bahagian kerak bumi yang melentur ke bawah membentuk lembah.

(2 isi x 2M = 4M) (c) Terangkan bagaimana bentuk muka bumi gunung berapi mempengaruhi ekonomi

manusia.

i. Cerun kun gunung berapi lava bes boleh menjadi kawasan pertanian yang subur. Kandungan lava bes mempunyai lanar yang subur dan sesuai untuk tanaman seperti padi sawah dan sayuran.

ii. Kawasan gunung berapi yang mempunyai mats air panas boleh menjana ekonomi pelancongan ekologi kepada penduduk setempat. penduduk boleh membina pusat rekreasi air panas serta pusat rawatan tradisional menggunakan kolam air panas semula jadi.

(2 isi x 2M = 4M) (d) Jelaskan impak aktiviti gunung berapi terhadap kehidupan manusia. [4] i. Letusan gunung berapi yang kuai akan menghasilkan gegaran bumi yang kuat. A ~. i batn,, a

berlaku tanah runtuh dan sesaran lapisan kerak bumi yang akan memusnahkan harts benda penduduk seperti rumah dan kawasan pertanian.

ii. Hamburan debu daripada letusan gunung berapi akan menimbus perkampungan penduduk Aliran lava yang panas akan membakar petempatan penduduk. Hal ini boleh menyebabkan Kematian dan kemusnahan harta benda penduduk.

(3)

2 (a) Huraikan pengaruh tenaga matahari terhadap tumbuhan dan haiwan. [12] A1 A2 A3 A4 A5 A6 A7

Pengaruh tenaga matahari terhadap tumbuhan dan haiwan:

Membolehkan proses transpirasi atau perpeluhan tumbuhan melalui daun pokok — haba matahari akan menghasilkan wap air dari dalam jasad tumbuhan menjadi peluh — disejatkan ke udara melalui perpeluhan

Memberikan tenaga kepada pokok (daun) untuk melakukan proses fotosintesis — tenaga kimia dalam haba matahari digunakan oleh klorofil (hijau daun) untuk membentuk karbohidrat

Membolehkan pokok berbunga dan berbuah melalui faktor foto kala.

Menentukan jenis hutan semula jadi mengikut kawasan iklim dunia. — haba matahari mempengaruhi iklim — iklim akan menumbuhkan, hutan semula jadi yang sesuai dengan suhu atau iklim sesuatu kawasan — misalnya hutan khatulistiwa dengan min suhu 27°C — hutan konifer dengan min suhu 18 °C — hutan gurun dengan min suhu 35 °C

Mempengaruhi sifat fizikal haiwan — warna bulu dan kulit binatang serta ketebalan bulu haiwan adalah bergantung kepada min suhu atau iklim sesuatu kawasan — di kawasan kurang haba matahari bulu binatang lebih tebal untuk melindungi badannya daripada cuaca sejuk

Mempengaruhi kepelbagaian jenis haiwan mengikut iklim — kawasan beriklim panas membolehkan haiwan yang tahan panas hidup seperti unta di kawasan gurun — kawasan beriklim sejuk membolehkan haiwan yang tahan sejuk hidup seperti penguin yang hanya hidup di kawasan kutub.

Mempengaruhi kesesuaian habitat haiwan mengikut suhu sesuatu tempat — jumlah haba matahari yang diterima di sesuatu tempat akan menentukan suhu udara yang sesuai bagi kehidupan haiwan di kawasan tersebut.

(4)

(b) Terangkan pengaruh tenaga matahari terhadap aktiviti manusia di kawasan beriklim khatulistiwa. [13] B1 B2 B3 B4 B5 B6

Pengaruh tenaga matahari terhadap, aktiviti manusia di kawasan khatulistiwa: Mempengaruhi aktiviti pertanian—Tenaga matahari yang banyak menjadikan suhu tinggi dan sekata sepanjang tahun membolehkan kegiatan penanaman tanaman tropika seperti padi sawah, getah dan kelapa sawit serta bush-buahan tropika.

Membolehkan kegiatan pembalakan dijalankan sepanjang tahun—suhu yang tinggi menyediakan cuaca yang panas sepanjang tahun di mans pokokpokok boleh ditebang sepanjang tahun.

Haba matahari yang banyak—Cuaca panas sepanjang tahun membolehkan kegiatan perlombongan seperti arang batu, bijih besi dan bijih timah dapat dijalankan sepanjang tahun.

Pelancongan—Cuaca panas sepanjang tahun membolehkan kegiatan rekreasi dan pelancongan dijalankan sepanjang tahun.

Tenaga matahari yang banyak—Cuaca panas sepanjang tahun membolehkan industri makanan berasaskan pengeringan dijalankan seperti membuat ikan kering, makanan yang perlu dikeringkan oleh haba matahari seperti bihun, kuih tradisional, menjemur getah keping dan dobi pakaian.

Kegiatan penternakan – sumber makanan yang banyak kerana tumbuhan mendapat tenaga matahari sepanjang tahun.

(5)

3 (a) (i) Jelaskan perubahan terhadap proses fizikal di permukaan bumi akibat akibat peningkatan suhu dunia.

[12]

Kesan perubahan terhadap proses fizikal di permukaan bumi akibat peningkatan suhu dunia:

Peningkatan suhu dunia menyebabkan fenomena pencairan ais benua atau ais di Kutub Utara dan Kutub Selatan dunia. Keadaan ini telah menyebabkan berlakunya peningkat Aras laut yang meningkatkan proses hakisaii ombak Kawasan pinggir pantai yang terhakis juga semakin meluas ke daratan kerana semakin luas kawasan pinggir pantai yang tenggelam.

Peningkatan suhu dunia juga telah meningkatkan keberkesanan proses luluhawa kimia. Suhu yang tinggi menjadikan air di permukaan bumi lebih panas daripada biasa. Keadaan ini telah mempercepat proses larutan air ke atas mineral batuan.

Suhu yang meningkat juga telah mempercepatkan serta memperluaskan proses luluhawa rnekanikal oleh bahang suria. Suhu dunia yang meningkat telah memperluas kawasan yang bei:iri gurun panas. Fenomena ini dinamakan penggurunan. Keadaan ini telah menggalakkan proses luluhawa pengembangan dan pengecutan batuan oleh haba matahari atau suhu yang tinggi.

Peningkatan suhu juga telah menggalakkan kejadian ribut di lautan. Akibatnya ombak besar sering terbentuk dan meningkatkan proses hakisan pinggir pantai oleh ombak. Proses pencairan glasier di tanah tinggi di kawasan sederhana dunia juga akan berlaku aoabila suhu dunia meningkat. pencairan glasier ini akan meningkatkan proses hakisan permukaan oleh pergerakan glasier serta menggalakkan kejadian tanah runtuh di kawasan sederhana dunia.

Proses hakisan angin meningkat – peningkatan suhu menyebabkan tanah menjadi peroi. Struktur tanah yang longgar menyebabkannya mudah terhakis oleh tiupan angin. Fenomena penggurunan – peningkatan suhu menyebabkan tumbuhan mati. Ini menyebabkan permukaan bumi terdedah.

(6)

(ii )

Huraikan kesan kepelbagaian ciri batuan terhadap pembentukan bentuk muka bumi yang wujud pada masa kini.

Kesan kepelbagaian ciri batuan terhadap pembentukkan muka bumi yang wujud pada masa kini:

Sifat-sifat batuan seperti tahap kekerasan, struktur dan kandungan mineral akan mencrima Kesan proses-proses geomorfologi seperti hakisan. pemendapan, luluhawa, lipatan dan gerakan jisim sehingga membentuk keadaan muka humi seperti yang wujud sekarang.

Batuan yang keras seperti igneus sangat tahan kepada proses hakisan akan

mewujudkan bentuk muka bumi tanah tinggi, banjaran gunung dan cerun yang curam. Batuan yang lembut seperti kumpulan batuan enapan adalah mudah dan cepat dihakis untuk membentuk muka bumi tanah rendah, dataran pantai dan cerun yang landai. Sifat ketelapan batuan akan meneniakan banyak mans air yang boleh diserap masik ke dalambatuan. Batuan telap air seperti batu kapur akan mengalami proses luluhawa kimia yang gist untuk membentuk bentuk muka bumi batu kapur yang menarik seperti gua batu kapur, sungai bawah tanah, gua, stalaktit dan stalagmit.

Kandungan kimia batuan pula akan mempengaruhi proses larutan kimia air di dalam batuan. Keadaan ini akan menggalakkan proses luluhawa kimia seperti kandungan kalsium dan magnesium dalam batu kapur yang sangat mudah larut dalam air hujan. Kesannya adalah terbentuknya bentuk muka bumi karst.

(7)

3 (b) (i) Jelaskan pengaruh bentuk muka bumi mendapan sungai terhadap aktiviti manusia.

[12] Pengaruh bentuk muka bun-ii mendapan sungai terhadap aktiviti manusia:

Delta—Dijadikan kawasan pertanian pi di sawah kerana mendapan lanar sungai subt,i untuk tanaman padi. Tanah lanar boleh menAung air dan mempunyai kandungan nutrien se.,lula jadi yang tinggi dan sangat sesuai untuk pen umbuhan pokok padi. Contohnya, di Delta Menam Chao Phraya (Thai), Irrawaddy (Myanmar) dal Delta Sg Kelantan (Malaysia).

Delta yang telah lama terbentuk, sesuai dijadikan kawasan petempatan penduduk iehingga mewujudkan bandar besar seperti bandat Bangkok di Thailand dan Yangon di Myanmar.

Tetambak—Tetambak yang telah lama terbentuk dan kukuh dijadikan kawasan petempatan ataa perkampungan penduduk di sepanjang tebu,g muara sungai. Bentuk tetambak yang be ada lend tinggi daripada arcs air sungai mep,holehia, penduduk membina petempatan. Contohnnya kawasan petempatan di sepanjang Surgat Hwan. Ho di China.

Tetambak—Jalan perhubungan juga bo,ch dibwa di atas tetambak yang telah lama terbentuk dan kukuh.

Dataran banjir—Sesuai dijadikan kawasan pertanian padi kerana banjir yang ber,aku telahmenambah ketebalan mendapan lanar yang subur untuk tanaman padi sawah. Tasik ladam—Kawasan tasik ladam sesuai dijadikan kawasan pelancongan dan perikanan air tawar. Misalnya, tasik ladam yang terdapat di Sungai Kinabatangan, Sabah.

(6 isi x 2M = 12M)

(ii )

Sejauhmanakah faktor cuaca dan iklim boleh mempengaruhi keupayaan sungai untuk melakukan proses-proses geomorfologi di kawasan tropika lembap?

[13]

Faktor cuaca dan iklim boleh mempengaruhi keupayaan sungai untuk melakukan proses-proses geomorfologi di kawasan tropika lembap:

Faktor iklim seperti hujan dan musim sangat mempengaruhi keupayaan sungai untuk melakukan proses-proses geomorfologi di lembangan saliran atau sungai.

Hujan harian yang lebat akan meningkatkan isi padu air sungai. Hal ini akan

meningkatkan kelajuan, air sungai membolehkan ia mengangkut bahan muatan yang lebih berat seperti batu tongkol atau bongkah batu. Bahan batu tongkol atau bongkah batu akan ditolak atau diseret secara beransur-ansur di sepanjang dasar sungai.

(8)

Hujan harian yang lebat akan meningkatkan isi padu air sungai. Hal ini akan

meningkatkan keupayaan aliran sungai untuk melakukan hakisan yang lebih giat. Isi padu air sungai yang banyak membolehkan proses hakisan giat berlaku hingga ke bahagian tebing sungai.

Isi padu air sungai yang bertambah akibat hujan lebat akan meningkatkan keupayaan sungai untuk mengangkut lebih banyak bahan muatan seperti pasir, kelodak, kelikir dan batu tongkol. Bahanbahan ini akan dibawa secara terampai-ampai di sepanjang aliran sungai.

Isi padu air sungai yang banyak akibat hujan lebat juga akan meningkatkan kelajuan aliran sungai. Keadaan ini akan meningkatkan keupayaan sungai untuk mengangkut bahan muatan dengan lebih jauh di sepanjang alur sungai. Bahan muatan akan dibawa daripada peringkat muds hingga ke peringkat tua.

Musim hujan pula akan meningkatkan keupayaan sungai dalam tempoh yang lama. Hujan yang berpanjangan ini menyebabkan isi padu air sungai sentiasa tinggi sehingga beberapa minggu atau bulan. Keadaan ini membolehkan sungai melakukan hakisan dengan lebih giat dalam tempoh yang lama. Hakisan sungai akan lebih berkesan. Keupayaan sungai mengangkut bahan juga meningkat dalam musim hujan. Keupayaan mengangkut bahan dengan kuat dan lama ini akan menyebabkan lebih banyak bahan muatan sungai diangkut. Bahan yang diangkut juga menjadi lebih cepat daripada musim, biasa.

Ketika musim kurang hujan atau musim kemarau, isi padu air sungai akan berkurangan. Keadaan ini akan menyebabkan tenaga sungai menurun. Akibatnya proses hakisan kurang berkesan. Keupayaan sungai mengangkut bahan muatan juga berkurangan.

Faktor-faktor lain

- Halangan yang terdapat di dalam alur sungai - Bentuk likuan sungai

(9)

BAHAGIAN B: ALAM SEKITAR MANUSIA

[40 markah]

Jawab semua soalan.

4 (a) Senaraikan tiga bandar di Asia Tenggara yang mempunyai penduduk lebih daripada satu juta orang.

[3]

i. Manila ii. Jakarta

iii. Bangkok

(b) Jelaskan empat faktor yang mendorong penduduk bertumpu di bandar-bandar utama di Asia Tenggara.

[8]

i. Di bandar-bandar utama berlakunya kepesatan pembangunan sektor ekonomi moden (sektor industri, perkhidmatan, perdagangan) berbanding dengan bandar-bandar lain. Sektor ekonomi moden ini menyediakan peluang pekerjaan yang banyak dengan pendapatan yang lebih lumayan.

ii. Di bandar-bandar utama ini juga adanya kemudahan pembandaran yang lebih lugs di samping prasarana yang lebih baik seperti pusatpusat perkhidmatan penduduk, pusat kewangan, pusat hiburan dan rekreasi, perubatan dan kesihatan, kawasan perumahan yang terancang dilengkapi kemudahan bekalan air, elektrik dan jalur lebar.

iii. Kewujudan dan tumpuan kemudahan institusi pendidikan tinggi awam dan swasta yang lebih banyak di bandar-bandar utama berbanding dengan bandar-bandar lain.

iv. Adanya pelbagai sistem pengangkutan (terutamanya pengangkutan darat) yang lebih baik menghubungkan bandar utama dengan bandar atau kawasan lain mempercepatkan tahap ketersampaian dan pergerakan penduduk.

v. Bandar-bandar utama ini juga lebih awal dibangunkan/dimajukan oleh penjajah. Sesetengah bandar ini dijadikan sebagai pusat pentadbiran penjajah yang menjadi pusat segala aktiviti ekonomi penjajah menarik tumpuan penduduk.

vi. Kawasan luar bandar atau bandar-bandar kecil lain terabai dan kurang kemudahan peluang ekonomi berbanding bandar-bandar utama/ibu negeri.

(c) Jelaskan dua faktor yang mempengaruhi petempatan setinggan. [4] i. Kadar pembandaran yang amat pesat kesan daripada perpindahan penduduk dari kawasan

luar bandar

ii. Kemiskinan dan taraf hidup penduduk bandar tidak mampu membeli atau menyewa rumah iii. Golongan berpendapatan rendah tidak mampu memiliki atau menyewa rumah kediaman

yang lebih baik

iv. Kadar penghijrahan penduduk berpendapatan rendah ke bandar-bandar sangat besar v. Adanya tanah rizab atau ruang lapang untuk mendirikan petempatan setinggan

vi. Kurangnya rumah untuk golongan berpendapatan rendah yang disediakan oleh pihak berkuasa

(10)
(11)

5 (a) Sejauhmanakah faktor ekonomi mempengaruhi taburan penduduk yang tidak seimbang di sesebuah negara?

[13] i.

Faktor ekonomi mempengaruhi taburan penduduk yang tidak seimbang di sesebuah negara:

i. Kawasan-kawasan bandar besar yang padat penduduk kerana bandar ini berfungsi sebagai pusat perindustrian, pusat perdagangan dan perkhidmatan. Sektor ini membuka banyak dan berbagai-bagai peluang pekerjaan.

ii. Corak guna tanah dan produktiviti pertanian di kawasan-kawasan tertentu dunia seperti di Dataran Ganges dan Dataran Mekong berpenduduk padat berbanding kawasan di pedalaman negara tersebut kerana pertanian tidak dapat menampung penduduk yang padat.

iii. Selain faktorekonomi, faktor fizikal dan politikjuga mempengaruhi taburan penduduk. Faktor fizikal seperti keadaan bentuk muka bumf, iklim, saliran, tanih mempengaruhi taburan penduduk sama ada menghalang atau menggalakkan pertumbuhan petempatan. Contoh tanah lava bes atau aluvium yang subur mampu berpenduduk padat. Sebaliknya tanah gersang dan kawasan gurun berpenduduk jarang.

iv. Dasar kerajaan dan sejarah juga mempengaruhi taburan penduduk. Contoh pembukaan FELDA di wilayah Jengka telah mengubah kawasan tersebut dari berpenduduk jarang kepada sederhana padat.

Faktor-faktor lain

i. Bentuk muka bumi ii. Sumber alam iii. Faktor sejarah

(Mana-mana 6 isi x 2M = 13M) (b

)

Jelaskan langkah-langkah untuk menyeimbangkan taburan penduduk bagi mengatasi masalah pembangunan tidak seimbang antara kawasan di sesebuah negara.

[13]

Langkah-langkah untuk menyeimbangkan taburan penduduk bagi mengatasi masalah pembangunan tidak seimbang antara kawasan di sesebuah negara:

i. Menyelerakan taburan industri perkilangan ke kawasan luar bandar. Pembinaan industri ini dapat mewujudkan banyak peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang dengan tawaran gaji yang lebih lumayan dan pendapatan yang lebih stabil. ii. Membangunkan kawasan luar bandar dengan membawa pelbagai kemudahan

infrastruktur seperti bekalan air dan elektrik, jaringan jalan rays yang baik sekolah dapat mengurangkan migrasi desa ke bandar.

iii. Mendirikan IPTA dan IPTS di kawasan luar bandar. Pembinaan institusi pengajian tinggi seperti ini mampu mengekal penduduk terns tinggal di kawasan luar bandar kerana wujudnya peluang pekerjaan secara langsung atau pun tidak langsung.

(12)

Tambahan pula institusi ini juga menggalakkan migrasi ke kawasan luar bandar tersebut. Contohnya penubuhan UiTM di Jengka.

iv. Kerajaan membina bandar-bandar baharu di kawasan luar bandar. Pembinaan bandar-bandar ini mengekang migrasi keluar penduduk terutamanya kumpulan pasca SPM/STPM. Contohnya bandar Muadzam Shah.

v. Dasar kerajaan dalam pembangunan wilayah, kerajaan telah membangun dan memajukan kawasan-kawasan tanah rancangan seperti JENGKA, KESEDAR, KEJORA, DARA dan lain-lain. Selain peneroka, kemajuan seterusnya wilayah tersebut telah menjadi tarikan migran untuk mencari peluang pekerjaan. Hari ini wilayah ini berpenduduk sederhana padat.

vi. Kerajaan juga membangunkan wilayah ekonomi baharu, iaitu ECER, NCER dan Wilayah Pembangunan Iskandar (Wilayah Pembangunan Ekonomi Selatan Johor. (Mana-mana 6 isi x 2M = 13M)

(13)

6 Dengan merujuk kepada sesebuah kawasan desa yang sedang mengalami perubahan. (a) jelaskan empat bukti yang menunjukkan kawasan desa tersebut telah mengalami

kemajuan.

[8] Empat bukti yang menunjukkan kawasan des. tersebut telah mengalami kemajuan:

i. Perubahan fizikal—guna tanah, tangunaD. landskap dan lain-lain kawasan desa. Contoh. bangunan rumah tradisional telah berubiAi kepada reka bentuk moden, kawasan terbia diganu dengan bangunan ternakan ayam telur/daging secara komersial.

ii. Perubahan ekonomi—Sudah wujud kepelbagatan ekonomi. Penglibatan penduduk dalam ekonomi moden berjaya meningkatkan produktiviti dan mempelbagaikan peluang pekerjaan. mampu meningkatkan pendapatan, peningkatan pendapatan telah meningkatkan taraf udup dan tabungan penduduk.

iii. Perubahan sosial—Penduduk t)crpeluang melanjutkan pendidikan ke peringKat yang lebih tinggi. Tahap kesihatan dan pemakanan juga

bertambah baik dan dapat dilihat melalai penurunan kadar kematian kanak-kinak dan bayi. Selain itu, pemilikan kenderain dalam kalangan penduduk semakin meningka dan gaga hidup moden mulai diamalkan, khususnya dalam golongan orang muda.

iv. Perubahan teknologi—Pengenalan ekonomi moden mementingkan peningkatan produkuviti dan kecekapan pengeluaran. Oleh itu, jentora moden. input moden dan teknik pengeluaian moden diperkenalkan di desa. Contohnya, penggunaan jentera membajak dan menuai, baja kimia dan racun serangga dalam pertanian padi saN ah.

v. Perubahan infrastruktur dan kemudahan sosiaiProjek pembangunan yang dilaksaiakan oteh kerajaan kini telah banyak memajukiai kawasan desa. Klinik kesihatan, sekolah r,.-ndah dan menengah, bekalan air paip dan eleKtrik sudah dilaksanakan.

vi. Pengangkutan dan komunikasi—Jalai desa teiah dinaiktarafkan dari jalan tidak berturap kepada berturap bagi meningkatkan tahap ke crsampaian desa dengan bandar, peluasan perkhi( matan jalur lebar dan ASTRO memberi kemuda ,an kepada penduduk desa berhubung dengan dun , luar (Mana-mana 4 isi x 2M = 8M) (b

)

huraikan lima kesan tranformasi desa terhadap alam sekitar fizikal kawasan kajian.

[10] Lima kesan transformasi desa terhadap . lam sekitar fizikal kajian:

i. Pencemaran air yang berlaku akib t daripada pembuangan sisa dan najis ternaka i ke dalam sungai yang menyebabkan air sunp,ii tercemar dengan bakteria E. coli. Pembuan~_tn an sisa industri IKS seperti sisa kilang peml iosesan dan pembuatan sos cili, kerepek pisang din ubi kayu. mengecap batik, penggunaan baja kimia dan racun serangga secara berlebihan dal-in penaidan meningkatkan nilai keasidan (pH) air .ungai

(14)

ii. Pencemaran udara berlaku akib.~t datlpdda pembakaran jerami padi selepas maxim mc,,uai dan pembakaran sampah secara t,n buka ang wring dilakukan oleh penduduk desa keran,i t,ada perkhidmatan lori mengutip sampah seperti di bandar.

iii. Pencemaran ban berpunca dari sisa longgokan sampah dan air sampah kilang seperti kilang memproses dan membuat sos cili dan k erepak Najis ladang ternakan seperti ternakan ,~am, lembu, kambing dan babi juga menyebabkan pencemaran hau berlaku. Pencemaran bunyi bising pula berlaku dari jentera kilang yang beroperasi.

iv. H akisan tanih dan gerakan jisim berpunca daripada aKtiviti tanaman semula getah di kawasan cerun oakit tanpa tanaman tutup, bumf menyebabkan hakisan larian air permukaan berlaku pads musim hujan. Cerun bukit juga mengalami gerakan jisim k erana cerun bukit menjadi tidak stabil pads musim h ujan.

v. Gangguan ekologi kawasan desa berlaku oisebabkan, hutan di sekitar desa ditebang untuk rieluaskan kawasan tanaman ubi kayo dan pisang.

Kepelbagaian spesies flora dan fauna tarot terjejas dengan penebangan hutan ini apabila habitat inusnah.

(Mana-mana 5 isi x 2M = 10M) (c) huraikan tiga langkah bukan perundangan untuk mengatasi kesan alam sekitar

fizikal di kawasan desa tersebut.

[7]

Tiga langkah bukan perundangan untuk mengatasi kesan alam sekitar fizikal kawasan desa:

i. Kempen kesedaran dalam kalangan penduduk desa, pengusaha IKS dan pentemak. Kesedaran peri pentingnya sisa dan najis ternakan dilupuskan dengan cars betul atau pun dijadikan baja kompos.

ii. Pendidikan alam sekitar juga perlu disebarkan kepada penduduk desa agar mereka lebih peka dan prihatin akan isu-isu dan kepentingan menjaga alam sekitar fizikal. Penduduk perlu dididik supaya bersama bertanggungjawab menjaga alam sekitar demi generasi akan datang.

iii. Pertanian di cerun bukit selain secara berteres, perlulah disertai dengan tanaman tutup, bumf supaya dapat mengurangkan kejadian larian air permukaan.

(15)

Referensi

Dokumen terkait