• Tidak ada hasil yang ditemukan

SKEMA PERCUBAAN GEOGRAFI PENGGAL 2 STPM 2017 - KELANTAN.doc

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "SKEMA PERCUBAAN GEOGRAFI PENGGAL 2 STPM 2017 - KELANTAN.doc"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

SKEMA

TRIAL

(2)

JAWAPAN SET 1

1.a) Apakah yang dimaksudkan dengan imbangan bahangan? [ 3 ]

( Jumlah bahang matahari yang masuk ke permukaan bumi )adalah ( sama ) dengan ( jumlah bahangan yang dibebaskan oleh permukaan bumi ke atmosfera ).

b)Jelaskan dua cara bumi membebaskan bahangan ke atmosfera. [ 4 ] b1 Bahang bumi dibebaskan melalui proses sejatan air - air yang menyerap bahang matahari menjadi panas. Molekul air menjadi ringan dan bergetar seterusnya terbebas ke atmosfera sebagai wap. Wap air yang naik membawa haba yang terdapat dalam air ke atmosfera yang dikenali sebagai haba pendam.

b2 Pembebasan bahang bumi melalui proses bahangan - Semua benda yang menyerap bahangan matahari di permukaan bumi akan mengeluarkan semula/membahang semula haba yang diserap ke ruang atomsfera bumi. Contoh permukaan bumi yang membahang atau membebaskan semula haba yang diterimanya seperti permukaan batuan, jalan raya, bangunan dan sebagainya.

b3 Pembebasan bahang bumi melalui proses perolakan - Dalam proses perolakan udara yang panas di permukaan bumi menjadi ringan dan naik ke atmosfera secara perolakan. Udara sejuk yang lebih tumpat akan menggantikan tempat udara panas. Proses perolakan udara memindahkan haba bumi ke ruang atmosfera.

B4. Pembebasan haba bumi melalui proses pengaliran - Molekul udara yang panas di permukaan bumi menyebabkan molekul udara yang berhampiran/di atasnya dengannya menjadi aktif dan panas. 2 x 2 = 4 markah c) Huraikan dua faktor yang mempengaruhi ketidakseimbangan bahangan. [ 4 ] c1 Penipisan lapisan ozon. Penipisan lapisan ozon menyebabkan lebih banyak bahangan matahari masuk ke permukaan bumi. Lapisan ozon berperanan menapis dan menyerap sinar ultra unggu matahari.

c2 Litupan awan. Litupan awan yang tebal menyebabkan sedikit sedikit bahangan matahari yang masuk disebabkan proses pantulan yang dilakukan oleh awan.

c3 Albedo bumi. Permukaan bumi yang gelap menyerap lebih banyak bahang matahari. Permukaan bumi yang cerah akan memantulkan banyak bahangan matahari. Contohnya permukaan salji menyebabkan bahang yang diterima adalah rendah.

c4 Jerebu. Kejadian jerebu tebal mengurangkan kemasukan bahangan ke permukaan bumi. c5 Aktiviti pengangkutan c6 Pembalakan c7 Perindustrian c8 Pertanian 2 x 2 = 4 markah

(3)

d. Jelaskan dua kesan peningkatan bahangan terhadap alam sekitar fizikal . [ 4 ]

d1 Sistem geomorfologi. Peningkatan proses luluhawa , Pencairan ais / peningkatan aras laut dan hakisan pantai dan hakisan angin.

d2 Sistem atmosfera. Kelembapan udara rendah, tekanan udara rendah, kekerapan kejadian ribut taufan dan litupan awan yang sedikit.

d3 Sistem hidrologi. Kadar sejatan meningkat, Proses perpeluhan meningkat dan Kekurangan hujan dan pengurangan simpanan air tanih.

d4 Sistem ekologi. Kemusnahan habitat, Kepupusan spesis, gangguan terhadap rantaian dan siratan makanan.

2 x 2 = 4 markah

2 (a) Jelaskan proses pembentukan angin monsun timur laut [ 10 ] a1 Berlaku di antara bulan November hinggan Mac.

a2 Bahagian tengan benua Asia seperti China dan Monggolia mengalami musim sejuk pada bulan November hingga Mac menyebabkan udaranya bertekanan tinggi.

a3 Pada masa yang sama benua Australia mengalami musim panas menyebabkan udaranya bertekanaan rendah.

a4 Udara dari bahagian tengah benua Asia akan bergerak ke pusat tekanan rendah di benua Australia dalam arah barat laut.

a5 Angin yang bertiup dari arah barat laut dipesongkan oleh daya korialis menjadi monson timur laut. Angin monson timur laut membawa lembapan yang tinggi dan menghasilkan hujan lebat di Asia Tenggara seperti Pantai Timur Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Vietnam, Filipina, Brunei dan Indonisia.

(4)

(b) Bincangkan kesan tiupan angin monsun timur laut terhadap aktiviti manusia. [ 15 ] b1 Kegiatan pertanian

b2 Kegiatan pelancongan b3 Kegiatan perikanan b4 Kegiatan pembalakan

b5 Kegiatan industri kecil dan sederhana ( IKS b6 Kegiatan pengangkutan

b7 Penternakan b8 Pembinaan b9 Aktiviti harian

5 x 3 = 15 markah ( Fakta = 1m, Proses = 1m , Kesan = 1m )

3(a) Sejauhmanakah faktor fizikal menyebabkan berlakunya masalah kekurangan bekalan air.

[ 13 ] Faktor fizikal

a1 Fenomena el nino / perubahan pola tiupan angin. Fenomena el nino melemah dan menghentikan angin timuran yang membawa hujan ke Asia Tenggara. Kesannya menyebabkan keadaan di Asia Tenggara menjadi panas dan kering dalam tempoh beberapa bulan.

a 2 Perubahan iklim. Perubahan iklim seperti peningkatan suhu dunia menyebabkan kelembapan bandingan udara menjadi rendah. Kelembapan udara yang rendah melambatkan ketepuan udara. Hujan berkurangan.

a 3 Sumber air permukaan di daratan. Kekurangan sungai dan tasik yang besar menyeukarkan eksploitasi sumber air/ Isipadu berkurangan

Faktor kemanusiaan

a4 Pertambahan penduduk yang pesat meningkatkan permintaan terhadap air, terutamanya di bandar-bandar besar.

a5 Pembangunan ekonomi yang pesat meningkatkan permintaan terhadap air. Contohnya sektor perindustrian. Pelancongan – taman tema dan perhotelan – penggunaan air yang tinggi.

a6 Pembalakan memusnahkan kawasan tadahan air dan menguraangkan simpanan air bawah tanah. a7 Masalah pengurusan bekalan air – tidak cekap / kebocoran/ paip lama

ax Penegasan

(5)

(b) Bincangkan langkah penyesuaian bagi mengurangkan impak masalah kurangan bekalan air. [ 12 ]

b1 Mengeksploitasi sumber air bawah tanah. Air bawah tanah diperolehi melalui pembinaan telaga dan kaedah pam menggunakan enjin.

b2 Pembenihan awan. Menyembur larutan garam iodid ke dalam udara untuk memerangkap wap air dan mempercepatkan kejadian hujan.

b3 Kitar semula air. Memproses air yang telah digunakan

b4 Catuan air. Membekalkan air kepada penduduk pada masa puncak sahaja disebabkan sumber air yang terhad semasa kemarau.

b5 Pemindahan air. Memindahkan air dari negeri yang banyak air ke negeri yang mengalami masalah kekurangan air.

b6 Kempen penjimatan air

6 x 2 = 12 markah

(6)

[40 markah] Jawab semua soalan.

Soalan 4:

a) Apakah yang dimaksudkan dengan bioteknologi pertanian? [3] Skema pemarkahan

Bioteknologi pertanian bermaksud [teknik atau proses saintifik] dalam pertanian yang menggunakan [genetik/DNA benda hidup] seperti mikro organisma, haiwan, atau tumbuhan untuk menyelesaikan masalah atau [menghasilkan produk pertanian baru] yang bermanfaat kepada manusia.

b) Jelaskan tiga kepentingan bioteknologi pertanian dalam meningkatkan kemajuan sektor pertanian di Malaysia?

[6]

Skema pemarkahan

b1 Meningkatkan kuantiti/produktiviti/hasil produk pertanian dalam jangka masa yang singkat hasil kacukan dan klon benih yang bermutu.

b2 Meningkatkan kualiti – menghasilkan produk pertanian tahan penyakit dan serangga perosak.

b3 Menghasilkan kepelbagaian jenis produk pertanian yang dapat memenuhi citarasa pengguna b4 Membantu memajukan sektor hiliran seperti industri biodisel dari minyak kelapa sawit,

perubatan/farmasi dari tanaman herba

b5 Menghasilkan produk pertanian yang bersih dan mesra alam seperti tanaman hidroponik dan agrobio yang tidak memerlukan tanah.

b6 Produk yang berdaya tahan penyakit – penghasilan benih bermutu tinggi dan tahan penyakit seperti benih padi golden rice.

( 3isi x 2 markah = 6 markah )

(7)

Skema pemarkahan

c1. Pembukaan kawasan ladang – penyahhutanan - pembakaran terbuka – menyebabkan pencemaran udara

c2. Penggunaan baja kimia – hujan – larian air permukaan - menyebabkan pencemaran air. c3. Penggunaan racun serangga – penyemburan - menyebabkan pencemaran udara.

c4. Penggunaan plastik di tapak semaian – menyebabkan pencemaran sampah sarap. c5. Penternakan ayam / itik / kambing – najis haiwan – menyebabkan pencemaran bau / air.

( 3 isi x 2 markah = 6 markah )

Jawab sama ada soalan 5 atau soalan 6.

5(a) Jadual di bawah menunjukkan bilangan kemasukan pelancong domestik mengikut negeri pada tahun 2011.

(i) Berdasarkan jadual diatas, lukis sebuah graf bar bagi menunjukkan bilangan kemasukan pelancong domestik mengikut negeri pada tahun 2011. [9] ai1 Tajuk – 1m ai2 skala – 1m ai3 Petunjuk – 1m ai4 Plotan – 6m 11 – 16 bar betul – 6m 6 – 10 bar betul – 4m 1 – 5 bar betul – 2m

(8)

Skema pemarkahan

aii1 Mewujudkan peluang pekerjaan - Memajukan kawasan eko pelancongan. Bekerja sebagai pemandu pelancong, pengemas bilik, tukang masak dll -pendapatan perkapita penduduk bertambah dan pengganguran dikurangkan.

aii2 Pendapatan Negara. Pelancong asing ke Malaysia seperti Jepun, China, Eropah dll - perbelanjaan untuk penginapan, pengangkutan, makanan, cenderamata dll - menambahkan pendapatan negara melalui tukaran matawang asing.

aii3 Memajukan ekonomi berkaitan – memajukan industri pengangkutan, makanan, kraftangan – perkembangan industri lain selari dengan perkembangan sektor pelancongan.

aii4 Menambah pelaburan – pelaburan dalam dan luar negara – pembinaan kawasan pelancongan baru dan hotel atau resort. Contoh hotel antarabangsa seperti Swiss Hotel, Residence Hotel dll

aii5 Menggalakkan pembangunan infrastruktur kawasan – memajukan kawasan luar bandar berpotensi – dimajukan dengan infrastruktur, resort – menambah pendapatan penduduk luar bandar.

( 4 isi x 2 markah = 8 markah ) (iii) Jelaskan pengaruh alam sekitar fizikal terhadap kedatangan pelancong ke Malaysia. [8] Skema pemarkahan

aiii1 Tarikan Pulau dan Taman Laut pulaupulau yang cantik dan tamantaman maritim -Keindahan persekitaran fizikal pulau seperti laut yang cetek dan jernih, dikelilingi oleh terumbu karang serta hidupan laut – menarik kedatangan pelancong.

aiii2 Pantai yang menarik – pantai yang bersih dan indah – terdapat teluk dan tanjung – menarik kedatangan pelancong.

aiii3 Tanah tinggi – kawasan tanah tinggi yang cantih dan suhu yang sejuk – sesuai untuk tanaman hawa sederhana – Tanah Tinggi Cameron Highland, Tanah Tinggi Kundasang – menarik kedatangan pelancong.

aiii4 Hutan Semulajadi / Hutan Lipur – tarikan kepelbagaian spesis flora dan fauna – bunga reflesia – udara yang nyaman – Taman Negara Pahang, Hutan Simpan Belum, Tanah Tinggi Kundasang – menarik kedatangan pelancong.

aiii5 Iklim – suhu panas sepanjang tahun – sesuai untuk aktiviti berjemur – menarik kedatangan pelancong Eropah, AS dan lain-lain.

(9)

ATAU

(b) (i) Bincangkan potensi pembangunan sumber alam yang boleh dimajukan secara bersama di kawasan Segitiga Pertumbuhan ASEAN. [9] Skema pemarkahan

bi1. Sumber tanah/tanah yang subur dan luas – berpotensi untuk pertanian perladangan kelapa sawit dan getah dan industri berasaskan hasil pertanian (agro based industry).

bi2. Keindahan sumber alam (kepulauan dan pantai) – berpotensi untuk eko pelancongan.

bi3. Sumber galian (petroleum dan gas asli) – berpotensi untuk perlombongan dan perindustrian berasaskan tenaga.

bi4. Sumber hutan – berpotensi untuk industri pembalakan dan industri berasaskan kayu. bi5. Sumber air – berpotensi untuk industri pengangkutan, tenaga, pelancongan dll. bx. Kesimpulan - 1 markah

( 4 isi x 2 markah + 1 markah kesimpulan = 9 markah) (ii) Huraikan kelebihan yang dimiliki oleh pakatan Segitiga IMT-GT berbanding dengan pakatan Segitiga Pertumbuhan ASEAN yang lain. [8] Skema pemarkahan

bii1. Kelebihan sumber alam – tanih yang subur, mineral, keindahan semulajadi (pantai dan pulau) dsb.

bii2. Kelebihan pasaran - jumlah penduduk yang ramai - kuasa beli penduduk / pendapatan perkapita penduduk.

bii3. Kelebihan teknologi yang dimiliki – perkongsian teknologi, R&D dan inovasi.

bii4. Kelebihan modal yang dimiliki – keupayaan modal swasta dan kesediaannya untuk melabur. bii5. Kelebihan tenaga buruh dan kepakaran yang ada – Kuantiti dan kualiti buruh. Tenaga manusia

yang ada berpendidikan, mudah dilatih dsb.

bii6. Kelebihan kemudahan asas - prasarana yang sedia ada seperti rangkaian pengangkutan dan perhubungan, bekalan air, elektrik dll.

(10)

(iii)Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mempercepatkan pembangunan ekonomi di kawasan segitiga IMT-GT. [8] Skema pemarkahan

biii1. Menjaga/mengawal keselamatan bersama khususnya di sempadan - Mewujudkan kestabilan wilayah/rantau dalam jangkamasa panjang sebagai tarikan untuk melabur.

biii2. Menggalakkan pelaburan - lebih banyak penglibatan pihak swasta dengan tawaran pakej yang lebih menarik untuk menanam modal di kawasan terbabit.

biii3. Menyediakan kemudahan asas yang cukup - pihak kerajaan mestilah menyediakan kemudahan asas terlebih dahulu seperti bekalan air dan tenaga, rangkaian pengangkutan dan perhubungan dll.

biii4. Pengurusan yang cekap - mengurangkan karenah birokrasi, halangan perundangan dan tatacara/prosedur antara negara yang boleh menjejaskan kecekapan seperti prosedur imegresen - untuk memudahkan mobiliti buruh, barangan dan perkhidmatan.

biii5. Tenaga buruh mahir - menyediakan sumber tenaga manusia yang terlatih dengan cukup bagi menggerakkan kegiatan ekonomi yang telah dan sedang dilaksanakan.

biii6. Kemudahan pinjaman - menyediakan dana yang cukup – bantuan kerajaan kepada sektor swasta yang terlibat.

( 4 isi x 2 markah = 8 Markah)

6 (a) Namakan tiga kerjasama ekonomi serantau yang dianggotai oleh Malaysia. [3] Skema pemarkahan

a1 Pakatan segitiga pertumbuhan (IMT-GT, IMS-GT dan EAGA – BIMP) a2 Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)

a3 Kawasan Perdagangan Bebas Asean (AFTA) a4 Kerjasama Ekonomi Asia Timur (EAEC)

(11)

(b) Jelaskan kepentingan penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) [ 10 ] Skema pemarkahan

b1 Meningkat aliran perdagangan antara ASEAN – penghapusan sekatan perdagangan, cukai yang lebih rendah - kerjasama antara negara dan karenah birokrasi dalam perdagangan boleh diminimakan

b2 Memperbaiki defisit imbangan perdagangan antara negara ASEAN – imbangan import dan eksport antara negara – perdagangan secara adil.

b3 Perluasan pasaran bersama - AFTA memiliki saiz pasaran melebihi 530 juta - Pasaran dalam negara ASEAN boleh ditembusi apabila sekatan perdagangan dimansuhkan.

b4 Mengurangkan tekanan globalisasi ekonomi - mengurangkan monopoli terutama dari negara-negara maju - Kebergantungan kepada produk dari negara-negara maju sahaja dapat dikurangkan. b5 Mengelakkan persaingan barangan yang sama – kerjasama dalam pengeluaran – perkongsian

teknologi dan kepakaran – pengkhususan pengeluaran.

b6 Penjimatan kos – penjimatan kos buruh, bahan mentah dan teknologi – harga barangan lebih rendah.

b7 Bekalan berterusan – barangan keperluan seperti makanan, pakaian, elekktrik dan elektronik – memenuhi citarasa pengguna.

( 5 x 2m = 10m ) (c) Huraikan kepentingan Malaysia menyertai AFTA. [ 12 ]

Skema pemarkahan

c1 Meningkatkan aliran perdagangan Malaysia dengan negara ASEAN - penghapusan sekatan perdagangan, dasar perlindungan dan cukai yang lebih rendah - menjimatkan kos

pengeluaran.

c2 Perluasan pasaran - Saiz pasaran akan bertambah luas jika berada dalam sesuatu pakatan seperti AFTA kerana jumlah penduduk bertambah. Contohnya AFTA memiliki saiz pasaran melebihi 530 juta. Pasaran dalam negara ASEAN boleh ditembusi apabila sekatan

perdagangan dimansuhkan.

c3 Meningkatkan kualiti produk – meningkatkan daya saing antara pengeluar – peningkatan R&D – menghasilkan produk berkualiti.

c4 Mengurangkan ancaman globalisasi - mengurangkan monopoli terutama dari negara-negara maju seperti USA, Eropah dan Jepun dalam pasaran negara. Pengguna boleh memilih produk dari negara serantau atau Malaysia yang murah dan berkualiti.

c5 Keperluan guna tenaga buruh - Keperluan buruh dalam negara boleh dipenuhi melalui kemasukan buruh import. Contohnya Malaysia dapat bekalan tenaga buruh dari Indonesia, Filipina, Vietnam untuk bekerja dalam sektor pembinaan, perkilangan dan perladangan.

(12)

c6 Harga barangan lebih rendah – pasaran bebas AFTA - penghapusan cukai – mengurangkan kos pengeluaran

c7 Menggalakkan pelaburan/modal - meningkatkan keupayaan modal dalam negara melalui konsep pelaburan silang dan pelaburan bersama syarikat swasta.

(13)

JAWAPAN SET 2

BAHAGIAN A: ALAM SEKITAR FIZIKAL

[40 markah]

Jawab semua soalan.

1.a) Jelaskan maksud perubahan iklim? [3m] Berlaku peningkatan @ penurunan @ perubahan unsur cuaca @pola iklim dunia, seperti suhu, hujan, tiupan angin, tekanan dan kelembapan udara.

b)Jelaskan dua faktor semulajadi berlakunya peningkatan suhu [4m] b1. Letusan gunung berapi, bebas debu habuk asap (pantul bahangan bumi), karbon dioksida (telus bahangan suria, menyerap bahangan bumi)

b2. Kebakaran hutan semulajadi / kemarau- bebas debu habuk asap (pantul bahangan bumi), karbon dioksida ( telus bahangan suria, menyerap bahangan bumi)

b3. El Nino- bahangan suria tinggi mana-mana 2x 2m = 4m

c) Huraikan dua kesan peningkatan suhu kepada proses geomorfologi [4m] c1. Peningkatan proses luluhawa- suhu tinggi, batu mengembang, percepat luluhawa kimia c2. Peningkatan proses hakisan- air cair, isipadu laut meningkat, hakisan pantai meningkat hakisan angin- suhu tinggi, tekanan udara rendah, luruan masuk angin kencang- hakisan angin tinggi

c3. Peningkatan proses pengangkutan, glasier cair, hakisan glasir tinggi, banyak bahan hakisan diangkut.

c4. Peningkatan proses pemendapan, salji cair- hakisan glasier- banyak muatan glasier- pemendapan tinggi.

mana-mana 2x 2m = 4m

d) Jelaskan dua langkah perundangan bagi mengurangkan kesan peningkatan suhu keatas alam

sekitar manusia [4m]

d1. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974,premis yang pembuangan sisa toksid dan asap boleh didakwa

d2. Kuatkuasa undang-undang, denda, kompaun, penjara, sita premis, tarik, beku lesen.Cth, pelepasan asap kilang berlebihan

d3. Rondaan dan pemantauan pihak berwajib. Cth: Jabatan Alam Sekitar pantau pembuangan sisa pepejal dan toksid kilang

(14)

Jawab sama ada soalan 2 atau soalan 3

2 (a) Sejauhmanakah faktor aktiviti manusia menyebabkan berlakunya banjir lumpur

[13m] a1. Pembalakan, kawasan tadahan musnah, air larian permukaan laju, hakisan tinggi, bawa lumpur a2.Pertanian, penebangan huran, peneresan bukit, struktur tanah longgar, mudah dihakis

a3.Pelancongan, pembinaan jalan dan hotel, tebang hutan, teres bukit, air larian laju, hakisan, bahan mendap tinggi

a4.Pembinaan jalan, lebuh raya-, teres bukit, air larian laju, hakisan, bahan mendap tinggi a5. Angin monsun timur laut, kuat, banyak wap air

a7. Intensiti hujan lebat, musim tengkujuh, khas nya turun di kawasan pendalaman a8.Fenomena air pasang- isipadu air banjir daripada hulu tersekat di muara/ kuala sungai. mana-mana 6 x 2m + 1m = 13m

*pendahuluan dan kesimpulan/penegasan + 1m.

(b) Jelaskan langkah pengurusan untuk mengurangkan kesan kejadian banjir lumpur

[12m] b1. Memelihara dan memulihara kawasan tadahan hujan,tanam semula hutan

b2. Mendalam dan meluruskan sungai-aliran sungai lancar ke muara sungai

b3. Menyelenggara sistem saliran, perparitan, mendalam, membersih daripada sampah sarap b4. Membina empangan, lebihan hujan dapat ditakung empangan

b5.Meneres, menanam tanaman tutup bumi, konkrit dan simen cerus teres, longkang dan saluran air keluar cerun.

b6. Membina benteng tembatan banjir-mengelak limpahan tebing , isipadu sungai musim tengkujuh mana-mana 6 x 2m = 12m

3(a) Sejauhmanakah faktor semulajadi menyebabkan berlakunya hujan asid [12m] a1. Letusan gunung berapi, bebas, sulfur , klorin, nitrogen, btindakbalas dengan air hujan.

a2.Kebakaran hutan semulajadi, kemarau - karbon dioksida, nitrogen oksida, sulfur - air hujan a3. Semburan laut, lautan-klorida + sulfat- fitoplankton-bebas sulfur mudah meruap-DMS- sulfur oksida- sulfat - hujan asid

a4. Penguraian bahan organik, bakteria-nitrat-nitrik-gas nirogen-hujan + kilat. a5. Peleburan bijih timah -kuprum, bebas sulfur dioksida + hujan

a6. Pembakaran bahan api fosil industri / kenderaan bermotor- bebas karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen + hujan

a7. Pembakaran bahan api fosil penjanaan kuasa elektrik - bebas karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen + hujan

mana-mana 6 x 2m = 12m

(b) Bincangkan kesan kejadian hujan asid terhadap alam sekitar fizikal. [13m] b1. Tanah berasid,pH meningkat,kurang subur

b2. Proses hakisan meningkat dan melarutkan batu kapur b3. Proses luluhawa kimia meningkat , kawasan batu kapur

b4. Hidrosfera- badan air berasid / meningkat tahap keasidan, nilai pH

b5. Sel tumbuhan rosak, mati,kepupusan hutan, pengeluaran dan pembesaran bunga dan buah b6. Hidupan akuatik mati, terjejas,pH air meningkat, berasid, ekosistem dan habitat akuatik terjejas mana-mana 6x2m + 1m

(15)

BAHAGIAN B: ALAM SEKITAR MANUSIA [40 markah]

Jawab semua soalan.

Soalan 4:

a) Nyatakan tiga aspek saling kebergantungan dalam globalisasi ekonomi. [3] Skema Jawapan

a1. Pelaburan a2. Teknologi a3. Pengeluaran a4. Pasaran a5. Bekalan buruh

(mana-mana 3 isi x 1 markah = 3 markah)

b) Jelaskan tiga sebab perlunya kerjasama antara kawasan dalam globalisasi ekonomi. [6] Skema Jawapan

b1. Perdagangan bebas – terbuka / tanpa sekatan / tarif yang rendah / eksport dan inport mudah / tanpa dasar perlindungan / dengan banyak negara.

b2. Perluasan pasaran – meningkatkan pendapatan @ KDNK / kepelbagaian pilihan produk berkualiti / murah.

b3. Pemindahan teknologi – meningkatkan produktiviti / penjimatan kos latihan / pengeluaran yang cekap.

b4. Aliran buruh – mahir / separuh mahir / ramai / murah antara negara. b5. Menggalakkan persaingan – produk berkualiti / pengkhususan / harga. b6. Peningkatan kualiti produk – berdaya saing / produk yang kompetatif.

(16)

c) Huraikan tiga kesan negatif globalisasi ekonomi terhadap sesebuah negara. [6] Skema Jawapan

c1. Penguasaan ekonomi oleh syarikat MNC – pemilikan syarikat dikuasai oleh orang asing / modal asing dikuasai oleh syarikat besar @ antarabangsa / ekuiti modal asing tinggi.

c2. Ancaman kepada barangan, perkhidmatan, dan budaya tempatan – persaingan / lambakan produk dari luar negara.

c3. Ancaman kepada pengusaha kecil dan sederhana tempatan – persaingan / masalah pasaran / modal.

c4. Kesukaran untuk mengawal aliran modal asing – perdagangan bebas / pengaliran keluar wang / ekonomi dimonopoli syarikat asing / modal asing melebihi modal tempatan.

c5. Penghakisan kedaulatan negara – mempengaruhi dasar keputusan kerajaan. c6. Aliran buruh – persaingan dengan buruh tempatan / masalah sosial.

(mana-mana 3 isi x 2 markah = 6 markah) Jawab sama ada soalan 5 atau soalan 6.

Soalan 5

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan ekopelancongan. [3] Skema Jawapan

Ekopelancongan merupakan aktiviti pelancongan berasaskan sumber semula jadi seperti pelancongan pantai, pulau, hutan lipur, tanah tinggi, air terjun atau jeram, tasik, sungai, gua batu kapur, dan sebagainya.

(b) Huraikan kepentingan ekopelancongan kepada pembangunan sosioekonomi di Malaysia. [10] Skema Jawapan

b1. Mewujudkan peluang pekerjaan – seperti mengusahakan chalet dan homestay dan juga bekerja sebagai pemandu pelancong - kesannya pendapatan perkapita penduduk bertambah dan pengganguran berkurangan.

b2. Menyumbang kepada pendapatan negara – melalui tukaran matawang asing apabila para pelancong berbelanja samada untuk penginapan, pengangkutan, makanan, cenderamata dll. b3. Memajukan industri hiliran / berkaitan – perkembangan industri berasaskan kraftangan,

restoran, homestay, chalet, pengangkutan pelancongan dsb.

b4. Pembangunan kawasan / infrastruktur – peningkatan kemudahan asas, pengangkutan dan telekomunikasi.

b6. Pembangunan teknologi dan R & D – penjagaan hutan, marin.

(17)

(c) Cadangkan langkah-langkah untuk memajukan ekopelancongan di Malaysia. [12] Skema Jawapan

c1. Promosi - melalui media massa dan media cetak atau melalui slogan - misalnya tawaran pakej pelancongan yang murah, menarik dan eksklusif di kawasan ekopelancongan seperti di kawasan Taman Negara, pulau-pulau peranginan dll.

c2. Memajukan kemudahan pengangkutan - Pembinaan jalan raya, lebuh raya, jeti meningkatkan ketersampaian ke destinasi ekopelancongan.

c3. Memajukan kemudahan asas pelancongan - infrastruktur pelancongan di kawasan eko pelancongan seperti sistem telekomunikasi, bekalan air dan elektrik. di samping kemudahan penginapan yang selesa – resort, chalet dll.

c4. Memajukan kawasan berpotensi – meneroka kawasan baru dan menyediakan kemudahan asas yang baik.

c5. Peningkatan peranan kerajaan –promosi berterusan di luar negara, penubuhan agensi berkaitan pelancongan.

c6. Kerjasama dengan negara lain – cth. kempen pelancongan antara negara ASEAN.

c7. Kempen – mempelbagaikan produk pelancongan – galakan kepada pengusaha pelancongan.

(mana-mana 6 isi x 2 markah = 12 markah)

6 (a) Nyatakan tiga aktiviti perikanan utama yang dijalankan di Malaysia. [3] Skema Jawapan

a1. Perikanan laut dalam a2. Perikanan pinggir pantai a3. Perikanan akuakultur

(18)

(b) Huraikan kepentingan akuakultur kepada pembangunann negara. [10] Skema Jawapan

b1. Memberi peluang pekerjaan kepada penduduk – meningkatkan taraf hidup dan mengurangkan kadar pengangguran.

b2. Meningkatkan KDNK negara – pengekspotan hasil akuakultur ke luar negara spt. udang harimau dll.

b3. Sumber protein – sumber protein tambahan kepada penduduk selain hasil laut.

b4. Kesan pengganda – memberi kesan pengganda kepada sektor lain spt. IKS iaitu makanan berasaskan ikan, udang, ketam dll. / akua-pelancongan.

b5. Meningkatkan kemudahan infrastruktur – meningkatkan pembangunan infrastruktur spt. elektrik, air, jalan raya dll.

b6. Pembangunan kawasan – membangunkan kawasan tanah terbiar spt. bekas lombong, tasik, tanah terbiar dll.

b7. Mengurangkan kebergantungan kepada sumber laut sahaja – sumber perikanan laut semakin berkurangan, pertambahan penduduk pesat, bekalan ikan tidak terganggu mengikut musim.

b8. Memperkembangkan teknologi dan R&D - Teknologi pembiakbakaan dan pemakanan ternakan

akuakultur berkembang pesat, Teknologi kawalan air dan rawatan air kolam, teknologi pengawetan dan pembungkusan.

(mana-mana 5 isi x 2 markah = 10 markah) (c) Jelaskan masalah yang dihadapi dalam memajukan aktiviti akuakultur di Malaysia. [12] Skema Jawapan

c1. Masalah modal - kemiskinan / tiada tabungan, sukar mendapat pinjaman, kekurangan bantuan.

c2. Masalah pencemaran – masalah pencemaran air akibat sisa toksid merbahaya menyebabkan ternakan mati terutama di sungai.

c3. Masalah kekurangan tempat – masalah kawasan penternakan yang menghadapi persaingan dengan sektor ekonomi lain - ketiadaan tempat yang sesuai – paya, tasik, bekas lombong.

c4. Masalah pasaran – pasaran yang masih terhad, sama ada pasaran tempatan atau antarabangsa. c5. Masalah kurang teknologi dan penyelidikan (R&D) – teknologi akuakultur di Malaysia masih

lagi rendah.

c6. Masalah tenaga kerja dan kepakaran – kekurangan pekerja yang berminat / kekuranga buruh mahir, terpaksa mengimport buruh asing bagi akuakultur berskala besar.

(19)

c7. Masalah ancaman fizikal / bencana alam – banjir, kemarau, angin kencang, ribut laut, pH air, kemasinan air.

c8. Masalah penyakit / serangan perosak – penyakit ikan, serangan virus, reput insang, rintik putih, berkudis - memerang, burung hantu, burung bangau, biawak dll.

Referensi

Dokumen terkait