• Tidak ada hasil yang ditemukan

SKEMA PERCUBAAN GEOGRAFI PENGGAL 2 STPM 2017 - PAHANG.pdf

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "SKEMA PERCUBAAN GEOGRAFI PENGGAL 2 STPM 2017 - PAHANG.pdf"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

1

SKEMA

PEMARKAHAN

PEPERIKSAAN

PERCUBAAN

PENGGAL 2

STPM

2017

(2)

2

BAHAGIAN A

1. (a) Takrifkan maksud tekanan udara.

1m 1m

(Satu daya) yang dikenakan ke atas (satu titik /objek di permukaan bumi) yang 1m

(dihasilkan oleh pelanggaran zarah-zarah udara).

3 isi x 1m = 3m

(b) Terangkan dua jenis daya yang mempengaruhi arah dan kelajuan angin.

Fakta Huraian

B1-Daya Kecerunan Tekanan /

Daya Cerun Tekanan

Daya yang menggerakkan angin daripada kawasan tekanan tinggi ke kawasan tekanan rendah.

B2- Daya Coriolis/ Koriolis

Daya yang terhasil akibat daripada putaran bumi iaitu angin akan terbias ke kanan di Hemisfera Utara dan ke kiri di Hemisfera Selatan B3 –Daya Geseran Daya yang mempengaruhi angin apabila ia bergerak ke atas sesuatu permukaan. Angin bergerak lebih laju di atas permukaan yang licin tetapi bergerak perlahan di atas permukaan yang kasar.

Mana-mana 2 isi x 2m = 4m Fakta = 1m, Huraian = 1m

(3)

3

(c) Terangkan tentang perkara-perkara berikut semasa tiupan angin monsun musim sejuk

i) Pembentukan sel tekanan udara:

C1 – Ketika tiupan angin monsun musim sejuk, Hemisfera Utara mengalami musim sejuk menyebabkan terbentuknya sel tekanan udara tinggi.

C2 – Pada masa yang sama, Hemisfera Selatan mengalami musim panas menyebabkan terbentuknya sel tekanan udara rendah.

ii) Arah pergerakan angin:

C3 - Angin akan bergerak keluar/ terbias ke kanan dari Pedalaman Benua Asia (Hemisfera Utara) sebagai Angin Monsun Timur Laut.

C4 – Disebabkan Daya Coriolis/Koriolis, angin akan terpesong ke kiri membentuk Angin Monsun Barat Laut dan bertiup ke Pedalaman Australia (Hemisfera

Selatan). 2 isi x 2m = 4m

(4)

4

(d) Jelaskan pengaruh angin monsun musim sejuk terhadap aktiviti pertanian dan perikanan manusia di kawasan Tropika Lembap;

Aktiviti Manusia

Huraian Markah

D2 – Pertanian

Aktiviti pertanian terjejas/terganggu

Angin Monsun Timur Laut yang bertiup ketika musim sejuk di Hemisfera Utara menyebabkan kegiatan pertanian di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia terjejas kerana tanaman musnah ditenggelami air.

2

D2 - Perikanan

Aktiviti perikanan terjejas/terganggu

Ketika tiupan Angin Monsun Timur Laut, kegiatan perikanan di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia terganggu kerana ombak besar dan laut bergelora menghalang nelayan turun ke laut untuk menangkap ikan.

2

JUMLAH 4

2. a) Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi kesan rumah hijau di Malaysia.

Fakta (faktor) Huraian

A1-Penggunaan bahan api fosil

Penggunaan bahan api fosil seperti petroleum, gas asli dan arang batu akan mengeluarkan asap yang bertoksid yang mengandungi karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur dioksida dan nitrogen dioksida yang akan memerangkap haba dan menyebabkan kesan rumah hijau.

A2-Peningkatan aktiviti perindustrian

Pembakaran bahan api berasaskan petroleum, gas asli dan arang batu di kilang-kilang akan mengeluarkan asap bertoksid yang mengandungi karbon dioksida, sulfur dioksida dan nitrogen dioksida yang berfungsi untuk memerangkap bahangan dan menyebabkan kesan rumah hijau.

(5)

5

A3-Peningkatan aktiviti pengangkutan

Pembakaran bahan api fosil dalam enjin kenderaan seperti petroleum akan menghasilkan asap beracun yang mengandungi karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur dioksida dan nitrogen dioksida yang akan memerangkap haba dan mengakibatkan kesan rumah hijau.

A4-Pembakaran terbuka

Pembakaran sampah sarap di kawasan perumahan dan kawasan pelupusan sampah, pembakaran sisa-sisa pertanian dan pembakaran hutan untuk membuka kawasan pertanian akan membebaskan asap bertoksid yang mengandungi karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur dioksida dan nitrogen dioksida yang akan memerangkap gelombang infra merah matahari dan menyebabkan kesan rumah hijau.

A5-Pembalakan berlebihan/ haram

penebangan hutan yang tidak terkawal menyebabkan karbon dioksida meningkat,biasanya karbon dioksida diudara diserap oleh tumbuhan semasa proses fotosintesis. Ketiadaan tumbuhan di kawasan hutan yang musnah mnyebabkan kandunagn co2 meningkat..

A6-Aktiviti

pertanian/ternakan.

Penggunaan sisa pepejal tumbuhan dan haiwan sebagai baja boleh menghasilkan nitrus oksida dan metana.

Mana-mana 5 isi x 2m = 10 markah Fakta = 1m, Huraian = 1m

b) Sejauh manakah langkah-langkah perundangan boleh mengurangkan kesan rumah hijau? Fakta (Langkah perundangan) Huraian B1 – Penguatkuasaan undang-undang- akta/ordinan/enakmen

-Akta Alam Sekeliling 1974 B2 - Mengenakan denda dan

hukuman penjara

-denda/penalti/kompaun tidak melebihi RM 500,000 dan penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali. B3 – Rondaan/ pemantauan/

kawal selia

-dijalankan secara berkala dan berterusan oleh pihak berkuasa seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS)

(6)

6 Fakta (Langkah

bukan perundangan)

Huraian

B4 – Kempen -Melaksanakan kempen seperti Kitar semula, Kempen

berkongsi kereta, Kempen Bumi Hijau dll kempen yang sesuai.

- Pihak kerajaan melaksanakan kempen melalui media massa seperti media cetak dan media elektronik.

B5 – Pendidikan -melalui mata pelajaran seperti Geografi dan Kajian

Tempatan B6 – Penggunaan bahan mesra

alam/alternatif

-Mengurangkan dan menghapuskan penggunaan CFC dalam peti sejuk, penyembur aerosol dan alat pendingin hawa iaitu menggantikannya dengan pengunaan helium dan bahan berasaskan air.

B7 – Menggalakkan pengggunaan kenderaan awam

-Menggalakkan orang ramai menggunakan kenderaan awam seperti bas dan teksi, LRT, komuter dan monorel di bandar-bandar besar sprt Kuala Lumpur bagi

mengurangkan jumlah kenderaan di jalan raya yang seterusnya boleh mengurangkan pengeluaran gas-gas bertoksid.

B8 – Pemasangan penapis asap di cerobong asap kilang

-Menapis asap dari kilang dengan memasang alat penapis pada cerobong asap bagi menapis asap kilang yang bertoksid.

Fakta = 1m, Huraian = 1m

Mana-mana 7 isi x 2m = 14m, Penegasan/kesimpulan = 1m

Calon wajib menyatakan sekurang-kurangnya 1 langkah perundangan.

Panduan kepada pemeriksa: Bagi Penegasan/kesimpulan, calon perlu menyenaraikan semula langkah- langkah perundangan dan langkah-langkah bukan perundangan.

(7)

7

3. a) Bincangkan faktor fizikal yang mempengaruhi kurangan air di Malaysia

Fakta (Faktor fizikal) Huraian

A1 – Jumlah/intensiti hujan Curahan hujan yang rendah menyebabkan kekurangan air untuk dibekalkan ke kawasan badan berair.

A2 – Bahangan matahari yang sedikit

-Menyebabkan kurang wap air disejat ke atmosfera dan kurangnya kelembapan udara /proses pemeluwapan untuk membentuk hujan.

A3 – Pemanasan global –Berlakunya peningkatan suhu dunia yang menyebabkan proses sejatan tinggi terhadap badan berair

A4 – Fenomena El- Nino -berlaku perubahan arah angin menyebabkan kurangnya jumlah hujan di daratan kerana hujan turun di lautan.

A5 – Peningkatan suhu setempat.

menyebabkan penurunan hujan sedikit kesan proses sejatan yang berkurangan.

A6 – Kekurangan litupan tumbuhan.

– Ketiadaan pokok-pokok/ mengurangkan resapan air ke dalam tanah melalui cegatan silara/pintasan silara dan peranan akar/simpanan air tanih berkurangan

Fakta = 1m, Huraian = 1m

6 isi x 2m = 12m Kesimpulan = 1m

Panduan kepada pemeriksa: Bagi Kesimpulan, calon perlu menyenaraikan semula faktor-faktor fizikal

(8)

8

b. Huraikan kesan kurangan air terhadap aktiviti manusia

Fakta / Kesan Huraian

B1- Aktiviiti pertanian terjejas

-Tanaman musnah/ mati kerana kekurangan air dalam tanah/ tanah kering kontang/ tanah tidak subur

B2 – Aktiviti akuakultur terganggu

-Ikan dalam sangkar mati kerana sangkar/ kolam ternakan ikan kekurangan air/ kolam ternakan menjadi kering.

B3-Aktiviti pengangkutan air terjejas

-Sungai menjadi cetek menyebabkan sampan/ bot/ kapal kecil tidak dapat menggunakan sungai sebagai jalan perhubungan dan pengangkutan.

. B4- Aktiviti Perniagaan terjejas

Premis-premis perniagaan yang menggunakan air yang banyak akan terjejas seperti perniagaan kedai makan dan restoran,

B5-Aktiviti perindustrian berasaskan air terganggu

-Kilang-kilang yang bergantung kepada penggunaan air yang banyak akan terganggu operasinya seperti industri membotolkan air minuman/ air mineral.

B6-Aktiviti

pelancongan/rekreasi tertjejas

-Kawasan pelancongan berasaskan air akan terjejas seperti taman tema air. Contoh: Sunway Lagoon, Gambang Water Park.

B7- Aktiviti penternakan terjejas

-Haiwan ternakan akan mati akibat kekurangan air untuk minuman ternakan.

-Haiwan kekurangan makanan kerana rumput akan mati/ tidak subur akibat kekurangan air dalam tanah/ tanah kering kontang.

B8- Aktiviti harian

penduduk terganggu

-Aktiviti harian akan terganggu seperti ketiadaan/ kekurangan bekalan air untuk minuman dan membasuh pakaian.

Fakta = 1m, Huraian = 1m

(9)

9

BAHAGIAN B

4. (a) Nyatakan tiga syarikat multinasional (MNC) di Malaysia.

A1 Intel – ICT

A2 Sony – digital/peralatan elektrik A3 Shell – petroleum

A4 Motorola – semikonduktor A5 Daihatshu- kenderaan bermotor A6 Carefour – peruncitan

A7 Sime Darby – Pertanian A8 KFC/Mc Donald – makanan

A9 Nokia/Samsung/LG dll – telekomunikasi

A10 Microsoft/Google/Yahoo – perisian computer & engine pencarian A11 City Bank/HSBC dll –kewangan & bank

A12 General Motor/Toyota/Honda/BMW/Mercedes dll – pemasangan dan pengedaran Kenderaan

Mana-mana 3 isi x1m = 3m. (Jawapan lain yang releven juga diterima).

(b)Jelaskan tiga sumbangan syarikat multinasional yang anda pilih dalam soalan (a) di atas menyumbang kepada pembagunan sesebuah negara.

Fakta Huraian

B1 Pelaburan – melabur dalam sektor tertentu.

-perindustrian, makanan, peruncitan, perladangan, perkhidmatan

B2 Peluang pekerjaan – memberi peluang pekerjaan kpd penduduk tempatan -meningkatkan taraf hidup

- meningkatkan pendapatan per kapita B3 Pendapatan

Negara/KDNK.

- meningkatkan pendapatan Negara melalui cukai -peningkatan eksport barangan

-tukaran wang asing

(10)

10

B4 Pemindahan ` teknologi

– skim vendor -Francais

-Menggalakkan R&D (penyelidikan dan pembangunan) B5 Kesan pengganda/

menjana aktiviti ekonomi lain

– mewujudkan aktiviti hiliran

-perkhidmatan bank, insurans, hotel, pengangkutan.

B6 Membangunkan sumber alam/tenaga manusia setempat

– petroleum, perladangan,

latihan kpd sumber tenaga manusia.

Fakta = 1m, Huraian = 1m Mana-mana 3 isi x 2m = 6m

(c) Huraikan tiga kesan negatif yang diterima oleh negara Malaysia akibat Dasar

Pembangunan yang terlalu bergantung kepada syarikat Multinasional tersebut.

Fakta Huraian

C1 - Penguasaan ekonomi negara

– ekonomi negara dikuasai oleh syarikat multinasional -Cth: Carefour, Tesco, Giant milik pelabur asing -Barangan elektrik luar membunuh jenama tempatan -Cth perindustrian – Toshiba , Sony, LG.

-Syarikat kewangan asing byk masuk ke negara ini. C2- Ancaman kepada

barangan tempatan, perkhidmatan dan budaya tempatan

– ancaman kpd produk tempatan seperti automotif, barangan elektrik & elektronik.

(11)

11

C3- Ancaman kpd pengusaha kecil dan sederhana tempatan (IKS)

- kedai runcit tdk dpt menyaingi harga barangan di pasar raya besar.

-ancaman kpd IKS – perabot rotan -ancaman kpd batik dan songket

C4- kesukaran utk

mengawal aliran modal asing

- keuntungan akan dihantar balik ke negara asal -mengambil pekerja asing sebagai pekerja di syarikat MNC.

C5- Penghakisan kedaulatan negara

- mempengaruhi dasar dan keputusan kerajaan

-hilang semangat mencintai barangan buatan Malaysia

C6- Menghakis nilai budaya - syarikat pengiklanan -syarikat hiburan

-Konflik dgn nilai tempatan -Cth: pakaian, hiburan.

Fakta = 1m, Huraian = 1m Mana-mana 3 isi x 2m = 6m

(12)

12

5. (a) Berdasarkan Jadual 1 di atas, lukis sebuah carta pai untuk menunjukkan ketibaan pelancong asing yang datang ke Malaysia.

Tajuk yang betul = 1m Pengiraan (sudut sektor dan peratus) = 2 m Plotan :

1 negara + 1 sektor betul (1 m) = 6m Petunjuk = 1m ______________ Jumlah =10m ______________ India UK Jepun AS Arab Saudi China

(13)

13

(b) Jelaskan kesan negatif aktiviti pelancongan terhadap alam sekitar fizikal.

B1 Pencemaran air – pembuangan sampah ke dalam sungai, tasik, laut B2 Pencemaran bau dan sampah – sisa makanan, polisterin, botol minuman B3 Hakisan tanah – pembinaan resort, hotel, homestay, restoran

B4 Kepupusan flora dan fauna – kehilangan habitat dan rantaian makanan terjejas B5 Peningkatan suhu setempat – kurang litupan tumbuh-tumbuhan

Mana-mana 3 isi x 2m = 6m Fakta = 1m, Huraian =1m

(c)Bincangkan faktor yang mempengaruhi aktiviti pelancongan di Malaysia Faktor fizikal :

C1 Bentuk muka bumi - ciri semulajadi: gua, pantai, pulau, gunung, bukit ,hutan C2 Cuaca & iklim - panas & lembap sepanjang tahun – aktivti berenang berjemur, scuba diving (menyelam laut )

C3 Tumbuhan semula jadi – hutan lipur, hutan simpan.

Faktor manusia:

C3 Kemudahan infrastruktur yg lengkap – jalan raya, bekalan air & elektrik.

C4 Promosi kerajaan – melalui media massa – “Tahun Melawat Malaysia”. C5 Kemudahan pengangkutan – teksi, bas, LRT, komuter, monorel.

C6 Faktor sejarah dan kebudayaan – pelbagai hari perayaan, kebudayaan , tempat bersejarah spr A Famosa, Kellie’s Castle, Istana Seri Menanti. C7 – Keistemewaan – makanan dan pelbagai kaum.

4 isi x 2m = 8m

Fakta = 1m, Huraian = 1m

Kesimpulan = 1m

(14)

14

Panduan untuk pemeriksa: Bagi kesimpulan, calon perlu menyenaraikan semula faktor fizikal dan faktor manusia.

6. (a) Huraikan cabaran dalam memajukan segi tiga pertumbuhan ASEAN .

A1 Masalah keahlian ASEAN yang tersangat luas dan sangat pelbagai – 11 anggota, kawasan luas.

A2 Jurang ekonomi yang ketara antara sesama negara anggota – ekonomi Singapura lebih baik berbanding negara Asia Teggara lain.

A3 Masalah politik yang tidak stabil dalam kalangan negara anggota – masalah politik Thailand, Filipina dan Myanmar telah menghalang perkembangan perdagangan. A4 Masalah kekurangan teknologi dan kepakaran – kejuruteraan, perubatan, pertanian. A5 Masalah kekurangan modal – negara sedang membangun seperti Indonesia, Filipina, Kemboja.

A6 Mengutamakan kepentingan negara berbanding keuntungan bersama – negara yang lebih maju lebih mengutamakan keuntungan negara.

(b) Sejauh manakah globalisasi ekonomi memberi kebaikan terhadap negara nedang membangun?

Kebaikan:

B1 Menambah keupayaan modal dalam negara – pelaburan dari negara maju.

B2 Meningkatkan daya saing ekonomi sesebuah negara – persaingan dapat mendorong pengusaha tempatan menghasilkan produk yang lebih bermutu.

B3 Perluasan pasaran dan perdagangan – bilangan penduduk ramai – kuasa beli tinggi. B4 Menggalakkan pemindahan teknologi, R&D & Inovasi – bioteknologi, nanoteknologi dll. B5 Perdagangan antarabangsa – perdagangan pelbagai hala.

Keburukan:

(15)

15

B7 Jurang ekonomi bandar dgn luar bandar semakin melebar –ekonomi kawasan bandar berkembang dengan lebih maju.

B8 Persaingan kpd IKS – barangan buatan tempatan tidak dapat bersaing dengan barangan import dari negara maju.

B9 Menghakis kedaulatan negara – rakyat akan mengagung-agungkan barangan import dari luar negara.

B10 Ancaman kepada budaya tempatan – budaya barat mempengaruhi budaya timur

Fakta = 1m, Huraian = 1m

Sekurang-kurangnya 1 kebaikan + 5 keburukan atau sebaliknya. 6 isi x 2m = 12m

Penegasan = 1m globalisasi ekonomi

Panduan untuk pemeriksa: Bagi penegasan, calon perlu menyenaraikan semula kebaikan dan keburukan globalisasi ekonomi.

Referensi

Dokumen terkait