• Tidak ada hasil yang ditemukan

KELANTAN Skema percubaan Geografi Penggal 1 2017.doc

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KELANTAN Skema percubaan Geografi Penggal 1 2017.doc"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

SULIT 942/1 Geografi Kertas1 2017 2 jam

942 /1

STPM

MODUL G-CAKNA

GEOGRAFI

KERTAS 1

(Dua jam)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA BAHARU

(NEW MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)

SKEMA PEMARKAHAN

NAMA : ……… TINGKATAN : ………

(2)

BAHAGIAN A :ALAM SEKITAR FIZIKAL

( 40 markah)

Jawab semua soalan.

1. (a) Sebutkan tiga planet yang paling hampir kedudukannya dengan matahari [3] a1. Utarid 1m

a2. Zuhrah 1m a3. Bumi 1m

Mana-mana 3isi X 1m =3m

(b) Jelaskan kepentingan bahangan matahari terhadap planet-planet dalam sistem suria [4] b1. Pusat edaran bagi semua planet dalam sistem suria

b2. Menpunyai daya graviti yang kuat, kawal peredaran planet di atas orbit b3. Merupakan punca tenaga kepada bumi, gelombang elektro magnet pendek b4. Bahangan suria, sumber makanan, proses fotosintesis

b5. Membekalkan tenaga solar kepada hidupan di buni

b6. Penggerak aliran tenaga dalam edaran nutrien / ekosistem di bumi b7. Punca, penggerak, membantu proses fizikal bumi

Mana-mana 2 X 2m = 4m

(c) Jelaskan dua proses pemindahan tenaga matahari ke bumi [4]

c1. Gelombangan elektromagnet pendek

c2. Pengaliran, jisim panas bersentuhan dengan jisim sejuk c3. Bahangan/sinaran/pancaran

c4. Perolakan, apabila cecair yang mengalir bersentuhan dengan jisim pepejal atau jisim cecair yang berlainan suhu

(3)

(d) Huraikan pengaruh bahangan suria terhadap proses geomorfologi [4] d1. Proses luluhawa meningkat

d2. Proses hakisan meningkat, air cair, hakisan glasier tinggi, isipadu sungai banyak, hakisan sungai meningkat

d3. Proses gerakan jisim meningkat, batuan dicerun tanah tinggi terdedah bahangan suria tinggi, proses luluhawa fizikal dan kimia tinggi, batuan pecah di permukaan cerun, struktur cerun longgar, tanah runtuh

Mana-mana 2 X 2m = 4m

2 a) Jelaskan perbandingan antara proses endogenik dengan proses eksogenik (12) Persamaan

a1 Merupakan jenis tenaga

Endogenik – tenaga dari dalaman bumi yang digerakkan oleh haba radioaktif Eksogenik – berpunca daripada luar permukaan terutama daripada matahari

a2 Membawa manfaat dan kepentingan kepada manusia, geiser-tenaga haba-turbin-tenaga elektrik, lava bes, subur pertanian, matahari-aktiviti ekonomi

a3 Menghasilkan sumber tenaga kepada manusia,bekal tenaga geoterma-geiser, matahari-solar Perbezaan

A4 Punca yang berbeza

Endigenik berpunca daripada haba radioaktif Eksogenik berpunca daripada matahari

A5 Endogenik – memusnahkan dan berlakunya gangguan tektonik

Contoh: membentuk kedutan, membentuk system gunung ganang, gempa Bumi , aktiviti gunung berapi

A5 Eksogenik - meghasilkan bentuk muka bumi yang bumi yang berbeza Air terjun, jeram, dataran banjir, delta, tasik ladam, tetambak.

(4)

[13]

b1 Bahangan suria tinggi, bertunas, penyemaian biji benih, tumbesaran b2 Suhu tinggi baja dan tanah sebati, baja tidak dihanyutkan oleh air hujan.

b3 Suhu tinggi rumpai kering,penyemburan racun serangga /rumpai, racun mudah meresap dalam rumpai

b4 Suhu tinggi, tekanan udara rendah, kejadian angin , proses mengangin dan pengasingan padi bernas bermutu dengan padi hampa

b6 Suhu tinggi pengeringan hasil/menjemur bx Kesimpulan

6 x 2m = 12m + kesimpulan 1m

3(a)(i) Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi proses hakisan sungai. [12] Skema pemarkahan

ai1 Isi padu - isi padu air yang banyak menyebabkan arus sungai bergerak secara berpusar dan mampu mengorek dan memperdalamkan rekahan di dasar dan tebing alur sungai menerusi prose hidraulik dan larutan, keadaan ini meningkatkan kekuatan hakisan sungai.

ai2 Halaju air - halaju air sungai yang deras menyebabkan hakisan lelasan dan lagaan berlaku dengan pesat.

ai3 Kecerunan - dasar alur yang curam membolehkan air sungai mengalir deras dan meningkatkan proses hakisan sungai.

ai4 Bentuk alur - bentuk alur yang lurus mengalami kadar hakisan yang giat disebabkan taburan tenaga bagi keseluruhan geometri alur adalah sama dan seimbang.

ai5 Jenis batuan - dasar dan tebing sungai yang berbatuan keras seperti granit yang lebih tahan kepada proses hakisan berbanding batuan lembut seperti batu kapur lebih mudah terhakis.

ai6 Bahan muatan - seperti pasir, kelikir yang bergerigi, bersegi dan tajam mampu melelas dengan lebih berkesan menyebabkan proses hakisan lebih berkesan.

(5)

(ii) Bincangkan kepentingan bentuk muka bumi tindakan sungai kepada aktiviti manusia. [13] Skema pemarkahan

aii1 Air Terjun - pelancongan aii2 Air Terjun - penjanaan tenaga hidroelektrik aii3 Air Terjun - domestik aii4 Jeram - pelancongan aii5 Jeram - domestik aii6 Lubuk - perikanan aii7 Delta - pertanian aii8 Delta - petempatan aii9 Delta - perindustrian aii10 Delta - perlombongan pasir aii11 Delta - pengangkutan aii12 Delta - pelancongan aii13 Delta - perikanan aii14 Delta - akuakultur aii15 Tetambak- petempatan aii16 Tetambak- pengangkutan aii17 Tetambak - IKS aii18 Dataran banjir - pertanian aii19 Dataran banjir - petempatan aii20 Dataran banjir - perikanan aii21 Dataran banjir - akuakultur

Pernyataan bentuk muka bumi sahaja= tiada markah Bentuk muka bumi + huraian aktiviti=2m

Mana-mana 6 x 2=12m Kesimpulan=1m

3(b)(i) Huraikan proses-proses luluhawa kimia yang giat berlaku di kawasan tropika lembap. [10] bi1 Proses larutan – air hujan melarutkan mineral batuan seperti natrium klorida(garam), gipsum dan batu kapur. Batuan yang mengandungi unsur ini akan terlarut dan meninggalkan batuan asal dalam keadaan berongga, rapuh dan mudah pecah.

bi2 Proses pengoksidaan- oksigen di udara dan air akan bertindak pada batuan yang mengandungi mineral besi atau ferus. Tindak balas ini membentuk oksida besi (besi yang berkarat), batuan yang mengandungi mineral besi akan menjadi lemah dan dan mudah hancur.

(6)

bi4 Proses Penghidratan – proses ini melibatkan pertambahan molekul air dalam batuan. Batuan menyerap air akan mengembang dan mengalami tegangan serta perubahan unsur kimia contoh hematit yang bewarna merah akan bertukar menjadi limonit yang bewarna kuning.

bi5 Proses Hidrolisis - apabila air hujan bertindak balas dengan batuan dan mengalami perubahan kimia. Contoh batu granit mengandungi feldspar dan mika apabila terurai menghasilkan mineral lempung seperti kaolin.

(ii) Sejauhmanakah faktor batuan mempengaruhi proses luluhawa kimia di kawasan tropika lembap. [15] Skema pemarkahan

Faktor batuan (3 x 2 = 6m) bii1 – Kekerasan batuan bii2 – Rekahan batuan bii3 – Kandungan mineral biix - Penegasan (1m)

Faktor-faktor lain (4 x 2m = 8m) bii4 – Hujan

bii5 – Tumbuh-tumbuhan bii6 – Mikro organisma/Haiwan bii7 – Masa

bii8 – Aktiviti manusia

Terima mana-mana satu daripada tiga versi jawapan berikut i. Faktor batuan sahaja – max 6m

ii. Faktor-faktor selain daripada faktor batuan sahaja-max 8m iii. Faktor batuan dan faktor-faktor lain + Penegasan – max 15m

(7)

BAHAGIAN B: ALAM SEKITAR MANUSIA

[40 markah]

Jawab semua soalan

4

a) Apakah yang dimaksudkan dengan pola taburan penduduk? [3]

Skema Pemarkahan

Sebaran / corak (1) penduduk di atas ruang bumi (1) yang menghasilkan penduduk padat,

sederhana padat dan jarang (1).

b)

Jelaskan tiga faktor yang mempengaruhi ketidakseimbangan taburan penduduk

di Malaysia.

[6]

Skema Pemarkahan

b1

Saiz kawasan dan jumlah penduduk

b2

Aktiviti ekonomi

b3

Sejarah pembandaran

b4

Proses pembandaran

b5

Kemudahan pengangkutan

b6

Dasar kerajaan

b7

Faktor fizikal

b8

Pembangunan kawasan

(8)

c)

Jelaskan tiga kesan kepadatan penduduk terhadap pembangunan ekonomi kawasan

bandar.

[6]

Skema Pemarkahan

c1

Perkembangan ekonomi moden

c2

Saiz pasaran meningkat

c3

Bekalan tenaga buruh mencukupi

c4

Peningkatan hasil bandar – cukai

c5

Kemasukan pelabur

(3 isi x 2 markah = 6 markah)

Jawab sama ada soalan 5 atau soalan 6.

5.

a) Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi kadar kelahiran yang tinggi di sesebuah

negara.

[12]

Skema Pemarkahan

a1

Dasar kerajaan

a2

Peningkatan kadar kesuburan penduduk

a3

Peningkatan kemudahan kesihatan

a4

Kegagalan program perancangan keluarga

a5

Peningkatan pengeluaran sumber makanan

a6

Kestabilan politik

a7

Taraf kesihatan penduduk yang semakin meningkat

(9)

b)

Bincangkan bagaimana pertumbuhan penduduk yang meningkat memberi kesan

positif kepada sosioekonomi sesebuah negara ?

[13]

Skema Pemarkahan

b1

Saiz pasaran meningkat

b2

Bekalan tenaga buruh mencukupi

b3

Perkembangan ekonomi

b4

Mempercepatkan proses pembandaran

b5

Keutuhan pertahanan Negara

b6

Peningkatan kemudahan social

bx

Kesimpulan

(4 isi x 3 markah + 1 markah kesimpulan = 13 markah)

6. a) Apakah yang dimaksudkan dengan pola pembandaran?

[3]

Skema Pemarkahan

Perubahan saiz dan bilangan Bandar (1), pertumbuhan penduduk (1), dan perubahan

sosioekonomi Bandar (1)

b)

Jelaskan peranan bandar dalam pembangunan sesebuah negara.

[10]

(10)

b3

Pusat pemodenan / penyelaras desa

b4

Kemudahan kesihatan

b5

Pembentukan golongan menengah

b6

Pembauran inovasi

(5 isi x 2 markah = 10 markah)

c)

Huraikan kesan proses pembandaran yang pesat terhadap sosioekonomi sesebuah

negara.

[12]

Skema Pemarkahan

c1

Peningkatan peluang pekerjaan

c2

Peningkatan taraf hidup

c3

Masalah perumahan - harga rumah meningkat

c4

Kemiskinan bandar meningkat

c5

Kesesakan lalu lintas

c6

Peningkatan kepadatan penduduk

c7

Masalah sosial meningkat

c8

Peningkatan migrasi ke bandar

c9

Peningkatan guna tanah – harga tanah meningkat

Referensi

Dokumen terkait