• Tidak ada hasil yang ditemukan

KAEDAH MEDIA AUDIO VISUAL DALAM PENGAJAR

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KAEDAH MEDIA AUDIO VISUAL DALAM PENGAJAR"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

KAEDAH MEDIA AUDIO VISUAL DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

Siti Khadizah Kaimin¹, Mohd Aderi Che Noh ², Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Skdz_diez82@yahoo.com.my

ABSTRAK

Kaedah pengajaran merupakan aspek penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh seorang Guru Pendidikan Islam. Kaedah yang tepat akan memberi kesan kepada murid dalam memahami ilmu yang disampaikan. Selain penyampaian guru yang berkesan, murid akan lebih bersemangat mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran, bahkan menimbulkan motivasi dalam kalangan pelajar. Justeru, dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam tidak hanya tertumpu kepada penggunaan kaedah yang lazim digunakan iaitu kaedah tradisional tetapi penggunaan kaedah melalui media elektronik seperti audio visual juga sangat berkesan serta membantu murid menguasai pembelajaran. Artikel ini akan mengupas secara terperinci berkenaan kepentingan dan keberkesanan penggunaan kaedah media audio visual dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Metodologi kajian ini dibuat berdasarkan analisa artikel-artikel yang terdapat dalam buku, jurnal, artikel dan prosiding seminar. Dapatan kajian menunjukkan media audio visual atau lebih dikenali sebagai alat pandang dengar sangat efektif diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja dalam mata pelajaran lain malah memberi impak yang positif kepada subjek Pendidikan Islam. Melalui media ini, ia dapat menarik perhatian dan menerapkan nilai-nilai Islam yang boleh dipelajari melalui permerhatian murid. Maka sangat wajar kaedah pengajaran melalui media audio visual dijadikan suatu amalan pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru Pendidikan Islam agar ilmu lebih mudah disampaikan dengan lebih berkesan dan mudah diterima oleh murid.

(2)

PENGENALAN

Pendidikan Islam adalah suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat. Antara matlamat asas pengajaran Pendidikan Islam ialah mewujudkan perkaitan antara teori dan praktis. Murid-murid bukan sahaja tinggi pencapaian dalam peperiksaan tetapi tinggi juga tahap amalan dan penghayatan (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2004).

Aspirasi Pendidikan Islam yang tinggi tidak akan tercapai sekiranya pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam masih lemah dan tidak diminati oleh pelajar. Terdapat banyak faktor yang dikenalpasti yang menjadi penyebab kepada masalah tersebut antaranya pedagogi guru yang membosankan, kurikulum yang meliputi buku teks dan strategi pengajaran yang berunsur tradisional. Begitu juga dengan pengajaran subjek Pendidikan Islam bukan sahaja melibatkan penyampaian fakta atau pengetahuan dalam disiplin ilmu tetapi lebih banyak menekankan aspek amalan sebagai penghayatan kepada ilmu yang dipelajari (Hasbullah & Yusni, 2003). Guru yang tetap berpegang dengan kaedah dan amalan pengajaran dan pembelajaran cara lama akan ketinggalan dalam arus perkembangan pendidikan.

Guru memainkan peranan penting dalam menyampaikan ilmu, pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar. Guru harus kreatif dan inovatif supaya perkara yang dilakukan oleh mereka sentiasa bersifat relevan dan sesuai dengan masa dan perubahan semasa. Senario dan keperluan ini, menuntut guru untuk memikirkan sesuatu proses pengajaran yang lebih sesuai, terbuka dan fleksibel dalam mendepani generasi hadapan. Guru perlu membangunkan sesuatu situasi pembelajaran yang lebih bermakna kepada murid dengan menampilkan sesuatu yang bermutu, berdaya fikir, kreatif dan inovatif.

Terdapat banyak kaedah yang digunapakai dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah khususnya dalam matapelajaran pendidikan Islam. Kaedah merupakan aspek penting dalam penyampaian ilmu kepada pelajar agar objektif pengajaran dapat dicapai dan berjaya. Kaedah menggunakan bahan bantu dalam pengajaran turut membantu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Penggunaan bahan bantu mengajar ini dapat memberi impak yang berkesan terhadap murid di sekolah.

Salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam kelas ialah dengan menggunakan kaedah audio visual. Media Audio Visual merupakan media yang terdiri dari audio dan visual. Media ini berkaitan dengan pancaindera manusia iaitu pendengaran dan penglihatan. Asyhar (dalam Hidayati dkk, 2011, hlm.2) menjelaskan bahawa “Media audio visual adalah jenis media yang digunakan dalam proses pembelajaran dengan melibatkan pendengaran dan penglihatan sekaligus dalam satu proses atau kegiatan”. Salah satu contoh media audio visual iaitu video, televisyen, media filem, media berasaskan computer dan lain-lain.

(3)

KAEDAH MEDIA AUDIO VISUAL

Menurut Kamus Dewan, (2002) Kaedah ialah satu cara atau peraturan membuat sesuatu. Eee Ah Meng (1991) berpendapat kaedah ialah satu siri tindakan guru yang sistematik serta berurutan dan bertujuan mencapai objektif yang spesifik iaitu jangka pendek sesuatu pelajaran . Menurut Zawawi Haji Ahmad (1992) dalam konteks pendidikan kaedah merupakan satu perancangan yang sistematik untuk menyampaikan bahan pengajaran. Ia menerangkan cara menguruskan sesuatu dengan menggabungkan teknik-teknik pengajaran, isi kandungan dan bahan bantuan mengajar agar objektif sesuatu pengajaran dapat dicapai.

Kata media berasal dari bahasa latin dan merupakan bentuk jamak dari kata “medium” yang secara harfiah berarti perantara atau pengantar, maksudnya sebagai perantara atau alat menyapa. Audio visual dalam bidang teknologi maklumat adalah sebarang teknologi analog atau digital yang menggabungkan bunyi dan grafik atau bunyi dan video. Bidang pendidikan audio visual disebut sebagai pengajaran menggunakan alat pandang dengar (http://prpm.dbp.gov.my). Peringkat sekolah lebih di kenali sebagai APD iaitu alat pandang dengar. Andre Rinanto (1982:21), meyatakan “Media audio visual terdiri dari “software” dan

“hardware”. Sedangkan, Rohani (1997: 97-98) mengemukakan bahawa “Media audio visual adalah media instruksional moden yang sesuai dengan perkembangan zaman (kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi), meliputi media yang dapat dilihat dan didengar”. Manakala Djamarah S.B (2002: 21) menyatakan bahawa “Media audio visual, iaitu media yang mempunyai unsur suara dan unsur gambar”.

Media audio visual adalah merupakan media perantara atau penggunaan bahan dan penyerapannya melalui pandangan dan pendengaran sehingga membentuk suasana yang dapat membuat pelajar mampu memperoleh pengetahuan, keterampilan, atau sikap. (Salahudin,1986: 3). Media audio visual merupakan salah satu jenis media pembelajaran yang dapat digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Asyhar (2011: 45) mendefinisikan bahawa media audio visual adalah jenis media yang digunakan dalam kegiatan pembelajaran dengan melibatkan pendengaran dan penglihatan sekaligus dalam satu proses atau kegiatan. Komunikasi dan informasi yang dapat disalurkan melalui media ini adalah dalam bentuk komunikasi verbal dan non verbal yang menjurus kepada penglihatan mahupun pendengaran. Beberapa contoh media audio visual adalah filem, video, program televisyen dan lain-lain.

Sementara itu Asra (2007: 5−9) mengungkapkan bahawa media audio visual iaitu media yang dapat dilihat sekaligus dapat didengar, seperti filem bersuara, video, televisyen, dan sound slide. Manakala, Rusman (2012: 63) menjelaskan bahawa media audio visual iaitu media yang merupakan kombinasi audio dan visual atau disebut sebagai media pandang-dengar. Contoh dari media audio-visual adalah program video atau televisyen pendidikan, video atau televisyen instruksional dan program slide suara (sound slide). Berdasarkan penjelasan di atas dapat disimpulkan bahawa kaedah media audio visual merupakan cara dan medium yang digunakan dalam kegiatan pembelajaran dengan melibatkan pendengaran dan penglihatan sesuatu proses atau kegiatan.

(4)

slide bersuara, komik dengan suara, iii) Media audio semi gerak contoh, telewriter, mose, dan media board, iv) Media visual gerak contoh, filem bisu, v) Media visual diam contoh microfon, gambar, dan grafik, peta globe. vi) Media audio contoh radio, telepon, tape, disk dan sebagainya. vii) Media cetak seperti televisyen (Soedjarwono, 1997: 175).

Penggunaan CD-ROM, teknologi video dan digital serta kesanggupan kawalan pelajar telah memberi kepercayaan bahawa inilah persekitaran media teknologi yang serba boleh untuk pelbagai keperluan dan reka bentuk instruksi dan pelajar. Teknologi ini membenarkan penggunaan semua teori pembelajaran iaitu dari behavioris, ke kognitivis dan kini konstruktivis (Ng, 2002).

Keseluruhan penggunaan audio visual dalam pengajaran dan pembelajaran mempunyai kelebihan tersendiri. Guru yang akan berperanan menyampaikan isi pengajaran dengan menggunakan pelbagai kaedah, strategik dan pendekatan yang sesuai agar mencapai objektif dan menghasilkan pengajaran yang berkesan.

KAEDAH MEDIA AUDIO VISUAL DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM Kaedah ini dinyatakan oleh Allah SWT dalam peristiwa Israk dan Mikraj. Seperti firmanNya dalam Surah al-Isra’ ayat 1 yang bermaksud;

“Maha Suci (Allah) yang telah memperjalankan hambanya (Muhammad) pada satu malam dari Masjidil al-Haram ke Masjidil al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya. Agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (Kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat”.

(Usman sl-Qurtuby 2014: 282)

Kesimpulan daripada ayat tersebut, Rasulullah telah dibawa berjalan dari Makkah ke Baitul Maqdis pada suatu malam, diperlihatkan dan didedahkan kepada pelbagai peristiwa dan kejadian sepanjang pengembaraannya. Peristiwa-peristiwa yang diperlihatkan itu berkait rapat dengan ilmu dan pendidikan yang boleh mewujudkan insan yang beriman dan bertakwa. Justeru, Baginda bukan sahaja diisrak dan dimikrajkan, bahkan diperlihatkan pelbagai peristiwa menerusi penyaksian pancainderanya yang diinterprestasikan semula oleh Jibrail dengan kata lain pengembaraan yang merangkumi kisah-kisah serta gambaran yang menjelaskan kisah tersebut agar dapat menguatkan lagi daya ingatan dan keyakinan Rasulullah SAW. Kaedah pembelajaran yang dikembangkan seperti itu boleh dinamakan sebagai kaedah pandang dengar (audio visual) dan kaedah pengembaraan (rihlah). Hasil daripada dua kaedah yang disepadukan itu sungguh berkesan dalam pengukuhan ilmu dan pembentukan peribadi umat di zaman Rasulullah SAW(Ahmad Mohd Salleh, 2008).

(5)

bahawa kaedah yang mereka sering gunakan adalah kuliah/penerangan dalam pengajaran Tilawah, Hadith, Akidah, Ibadah, Sirah dan Tamadun, serta Adab dan Akhlak. Jika dianalisa secara perbandingan, umumnya terdapat percanggahan antara apa yang mereka amalkan dalam pengajaran dengan apa yang sepatutnya dilakukan dalam pengajaran Pendidikan Islam. Pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam sejak dahulu lebih banyak tertumpu kepada kaedah pengajaran tradisional. Dalam tradisi keilmuan dan pendidikan Islam, kaedah pengajaran yang digunakan sejak zaman Rasulullah s.a.w. ialah kaedah syarahan, hafalan, perbincangan, soaljawab (dialog), perdebatan, pengembaraan, kaedah pandang dengar dan halakah (kumpulan) (Abdullah Ishak,l989). Hassan Langgulung (1995) menambah beberapa kaedah lagi iaitu kaedah nasihat atau tunjukajar, kaedah bercerita dan kaedah tamsil dan ibarat.

Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam yang diaplikasikan oleh GPI harus seiring dengan kemajuan teknologi masa kini. Sepertimana menggunakan kaedah media audio visual, tidak hanya tertumpu kepada alat pandang dan dengar yang biasa seperti televisyen dan radio sahaja. Melalui penggunaan multimedia dalam pendidikan sudah menjadi satu lumrah dewasa ini. Menggunakan multimedia dalam pendidikan bermakna menggunakan pelbagai media yang merangsang penglihatan dan pendengaran untuk menbantu proses P&P. Mohd Arif Ismail dan rakan-rakan (Zamri Mahamod dan Mohamed Amin Embi. (Ed.). 2008 : 26-42) berpandangan bahawa multimedia merupakan gabungan teks, grafik, audio dan video serta unsur animasi dalam satu perisian komputer. Azharuddin Sahil dan Bhasah Abu Bakar (2009:71-76) juga telah membuat tinjauan terhadap pengaruh positif penggunaan video drama dalam pembelajaran agama Islam di kalangan pelajar sekolah menengah. Sebuah video drama telah dibentuk untuk membantu guru dan pelajar sekolah menengah dalam proses pemahaman dan penghayatan agama Islam khasnya puasa.

Menurut Junaidah Mohamed Kassim, Rasyidah Haji Anuar (2006), animasi adalah satu bidang yang kompleks dan memerlukan pemahaman yang mendalam untuk menguasainya. Begitu juga dengan penguasaan perisian penyuntingan audio (3.64) dan video (3.61) berada pada tahap sederhana. Menurut Ahmad Rizal Madar dan Yahya Buntat (2007), elemen audio dikatakan mampu menimbulkan suasana yang lebih menarik dan akan menghasilkan tumpuan yang lebih terhadap apa yang ingin dipersembahkan dan penggunaan video dalam proses penyampaian maklumat berupaya untuk mempengaruhi perasaan dan emosi para penggunanya dengan lebih nyata. Dalam mengaplikasikan teknologi dalam pendidikan, gabungan audio, video, animasi dan sebagainya telah menarik perhatian para pelajar dan sekaligus dapat membantu para pelajar memahami input yang diterima dengan lebih mudah.

(6)

44.7% guru Pendidikan Islam yang tidak pernah menggunakan video/televisyen dalam pengajaran Ibadat dan tidak pernah menggunakan OHP seramai 57.6%. Angka ini memberi gambaran bahawa penggunaan media dalam pengajaran Ibadat ter1alu kurang. Terdapat guru yang menggunakan kaedah video dan OHP dalam pengajaran Ibadat tetapi sangat kecil bilangannya (2.4% & 1.2%). Muhamad Khailani (1993) mengulas lagi sebahagian besar guru Pendidikan Islam menggunakan papan hitam dan buku teks sebagai media asas. Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Akhlak yang berkesan merupakan isu yang sangat penting dan mencabar kepada semua guru Pendidikan Islam. Istilah “berkesan” dan “menarik” adalah sesuatu yang amat sukar didefinasikan secara tepat kerana kedua-duanya bersifat “relatif” dan berbeza mengikut keadaan dan presepsi seseorang (Kamarul Azmi Jasmi & Ab.Halim Tamuri, 2007)

Maimun Aqsha Lubis & Roslan Aspar, (2005) melalui kajian yang dibuat menunjukkan bahawa terdapat sebanyak 4 kaedah pengajaran yang kerap dan popular digunakan oleh guru-guru agama dalam pengajaran Pengetahuan Agama Islam. Kaedah-kaedah tersebut ialah Kaedah-kaedah penerangan (84.5%), soal-jawab (75.6%), nasihat (73.6%) dan latih tubi (69.6%). Sementara kaedah-kaedah pengajaran yang jarang atau kurang popular digunakan oleh guru-guru agama ialah kaedah pandang dengar, lawatan, lakonan, penyelesaian masalah, imlak, demonstrasi/amali, hafalan dan bercerita.

Wan Hassan Wan Embong Sulaiman Shakib bin Mohd Noor (2015) menjalankan Satu Kajian Kes terhadap Guru Cemerlang Pendidikan Islam (GCPI) di daerah Johor Bharu berkaitan penggunaan bahan bantu mengajar melalui 9 elemen iaitu Nota, komputer, ICT, audio video, animasi, filem, internet dan televisyen merupakan BBM yang sering digunakan oleh sebahagian besar GCPI dalam P&P. Nota, komputer, ICT dan audio video merupakan BBM yang sering digunakan oleh GCPI dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sementara animasi, filem, internet dan televisyen digunakan mengikut kekreatifan GCPI itu sendiri. Dapatan kajian juga menunjukkan responden berpandangan tentang kepentingan teknologi bahan bantu mengajar bahkan adalah merupakan satu "syarat wajib" untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan (GCPI 7 2011:515).

Zarina Abd Malek, (2004) menyatakan bahawa pendekatan pengajaran secara tradisional secara sogokan nota-nota seharusnya dikikis dari pemikiran guru tetapi diubah dengan membekalkan pengetahuan dan kemahiran ke arah mendapatkan maklumat. Ini kerana kebanyakkan pelajar kurang berminat dengan teknik pengajaran yang hanya melibatkan penulisan nota atau pengajaran secara tradisional iaitu hanya menggunakan papan hitam semata-mata tanpa ada elemen-elemen yang lebih menarik seperti animasi, grafik, bunyi dan sebagainya.

(7)

minat kerana ia mempunyai warna, bunyi, gerak dan cahaya yang dapat mempengaruhi deria (Romiszowski, 1988; Nairn, 1988).

Jesteru itu, kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan audio visual dapat membantu meningkatkan kefahaman tentang ilmu yang dipelajari oleh pelajar dalam sesi pengajaran di sekolah. Kaedah tepat yang diaplikasikan oleh guru pendidikan Islam dalam pengajaran semestinya menghasilkan impak yang terbaik kepada murid. Oleh itu, kaedah audio visual salah satu kaedah yang bertepatan diaplikasikan dalam mendepani kemajuan abad ke 21 masa kini.

KESAN PENGGUNAAN AUDIO VISUAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Menurut Bandura (2004) dalam Mohammad (2008) menyatakan pengaruh media dalam mempengaruhi perubahan tingkah laku sosial dan peribadi pengguna media boleh berlaku melalui dua cara (dual path of influence), iaitu melalui jalan terus dan melalui intervensi faktor sistem sosial (mediated path of influence). Penggunaan media ke atas sosial dan individu melalui intervensi sosial bergantung pada efikasi kemahiran kognitif sosial individu seperti kemahiran pengaturan kendiri (self‐regulatory capability), kemahiran muhasabah kendiri (self‐reflective capability), kemahiran memahami mesej komunikasi

(symbolic communication capability), dan kemahiran dan kemampuan mempelajari mesej simbolik (vicarious capability). Hasil daripada kajian yang telah dilakukan oleh para pengkaji, menunjukkan penggunaan audio visual dalam pengajaran memberi kesan yang sangat baik kepada pelajar, bahkan pengajaran yang melibatkan unsur pendengaran dan penglihatan ini mampu mengubah pemikiran dan sikap pelajar kearah kehidupan yang lebih bermakna. Abd. Ghafar Md.Din (2003), guru perlulah mencuba berbagai-bagai kaedah serta teknik pengajaran. Sekiranya guru hanya menggunakan satu atau dua kaedah pengajaran sahaja sepanjang masa, pelajar akan berasa jemu dan pengajaran guru menjadi kurang berkesan. Justeru, kaedah pengajaran Pendidikan Islam perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa sebagai menyahut cabaran era globalisasi ini seterusnya melonjakkan kemajuan penguasaan ilmu dalam kalangan pelajar. Terdapat beberapa kesan daripada penggunaan audio visual dalam pengajaran dan pembelajaran antaranya ialah menarik dan berkesan.

Menurut Jamaluddin Harun et al. (2001), CD Pengajaran Berbantukan Komputer adalah gabungan pelbagai media termasuk grafik, animasi, audio dan sebagainya dan menjanjikan sebuah persembahan multimedia yang dinamik, menarik dan berkesan kepada para pelajar. Bagi dapatan data penggunaan komputer sebagai alat pandang dengar bagi menggalakkan aktiviti P&P mendapati min berada pada tahap sederhana iaitu 3.40. Dapatan ini disokong oleh kajian Harianti Rokman (2006) yang menyatakan hanya 42.9% responden sahaja yang menggunakan komputer sebagai alat pandang dengar. Menurut (Rezki Perdani Sawai, Salhah Abdullah, Dini Farhana Baharudin, & Noranis Ismail, 2011) media yang bersifat audio visual khususnya televisyen boleh menarik perhatian dan menerapkan nilai-nilai Islam yang boleh dipelajari melalui permerhatian atau imitasi.

(8)

kaedah dan teknik mengajar berlandaskan teori pengajaran dan pembelajaran agar penyebaran ilmu kepada murid lebih berkesan. Menurut Kamarul Azmi dan Ab.Halim (2007), kemahiran dalam pengajaran perlu supaya guru dapat mengendalikan pelajaran yang tinggi mutunya di samping murid akan tertarik kepada pelajaran yang bermakna dan menyeronokkan.

Penggunaan audio visual juga dapat meningkatkan daya ingatan dan kemahiran murid. Maizurah Omar & Fattawi Mokhtar (2000) dalam kajian Penggunaan Rancangan TVP dalam Pengajaran dan Pembelajaran bahawa penggunaan media yang berulang dan dilihat berkali-kali dapat mempertingkatkan daya ingatan dan kemahiran pelajar. Video dikatakan dapat digunakan untuk tujuan pengayaan dan pemulihan. Penggunaan unsur gerak bunyi, warna dan cahaya pada video secara langsung dapat menarik minat perhatian pelajar. Unsur ini penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat mempertingkatkan kefahaman dan menghindar salah anggapan dan penafsiran.

Harun & Tasir (2003) yang menyatakan ciri-ciri yang ada seperti animasi, video, bunyi, teks, audio dan grafik dapat merangsang minda pelajar dan membawa impak yang besar terhadap komunikasi dan pendidikan. Kewujudan elemen-elemen ini berupaya menarik perhatian pelajar sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran seolah-olah ia dapat berhubung dengan pelajar (Madar, 2009). Kenyataan ini dikukuhkan lagi oleh pendapat Ab. Halim dan Nik Mohd Rahimi (2010), penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai dengan tahap kognitif pelajar dapat memudahkan pembelajaran kendiri berdasarkan keperluan pembelajaran mereka.

Selain itu, pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah audio visual ini dapat menimbulkan minat murid dalam kelas. Andre Rinanto (1982: 53-56) mengemukakan beberapa manfaat penggunaan media audio visual dalam pembelajaran. Media audio visual dapat mengatasi keterbatasan pengalaman yang dimiliki oleh murid. Media ini juga dapat melampaui batasan ruang dan waktu bahkan dengan menggunakan kaedah media audio visual ini turut membangkitkan keinginan dan minat baru di kalangan pelajar.

Kajian yang dijalankan oleh Ab. Halim dan Zaradi Sudin (2007) yang menunjukkan penggunaan peralatan media seperti kad suara, audio dan grafik, video, animasi, persembahan bergambar dan perisian persembahan yang lebih menarik seperti 3D akan memberikan kesan yang lebih baik kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pelajar tidak berasa bosan dan pengajaran Pendidikan Islam akan lebih diminati oleh pelajar.

Bahkan, penggunaan bahan bantu yang menarik sekaligus dapat meningkatkan kefahaman terhadap sesuatu topik yang diajarkan. Arsyad (2011: 49−50) turut menyatakan beberapa kelebihan media audio visual dalam pembelajaran melalui penggunaan filem dan video yang mengandung nilai-nilai positif dapat melahirkan pemikiran dan pembahasan dalam kalangan murid. Tindakan lanjutan iaitu aktiviti dilakukan untuk memantapkan pemahaman pelajar tentang bahan yang telah disampaikan menggunakan media audio visual. Di samping itu aktiviti ini bertujuan untuk mengukur kesan pembelajaran yang telah dilaksanakan. Kegiatan yang boleh dilakukan di antaranya diskusi, tinjauan, eksperimen, latihan dan ujian. (2011, Blog.elearning-unesa.ac.id).

(9)

butir tertentu sehingga dapat menyeragamkan pengamatan. 2) Fungsi berfikir penonton dapat dirangsang dan dikembangkan secara bebas. 3) Program media bersuara dapat menjadi media yang sangat efektif bila dibandingkan dengan media cetak yang mengandungi gambar atau tulisan yang sama. 4) Progam bersuara mudah diperbaiki, baik visual mahupun audionya. 5) Boleh diperlambat atau diulang, sehingga pelajar akan lebih jelas dan faham.

Berdasarkan beberapa pendapat tersebut, dapat disimpulkan bahawa manfaat media audio visual adalah media perantara atau penggunaan bahan dan penyerapannya melalui pandangan dan pendengaran sehingga mewujudkan suasana yang dapat membuat pelajar mampu memperoleh pengetahuan, keterampilan, atau sikap. Justeru, guru Pendidikan Islam perlu sentiasa mengemaskini dan meningkatkan kaedah serta teknik dalam setiap pengajaran yang dilaksanakan terhadap murid di dalam bilik darjah.

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, penggunaan audio visual dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu kaedah yang berkesan dalam menyampaikan ilmu. Media audio visual dapat membantu guru menyampaikan isi kandungan pengajaran dengan mudah. Murid juga dapat menerima pengajaran dengan lebih menarik dan dapat menimbulkan minat mereka untuk menerokai ilmu. Bagi menimbulkan semangat murid untuk belajar pendidikan Islam, kaedah media audio visual sangat efektif dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Justeru, peranan guru Pendidikan Islam dalam memaksimumkan impak pengajaran dan pembelajaran mestilah sentiasa dipertingkatkan. Usaha dan komitmen perlu digembleng secara berterusan bagi melahirkan modal insan yang berilmu, berkemahiran serta mempunyai nilai moral yang tinggi dalam kehidupan. Guru Pendidikan Islam juga menekankan pelajaran Pendidikan Islam sebagai salah satu bidang ilmu yang menjadi teras kepada kehidupan seorang individu muslim. Seterusnya tidak menjadikan mata pelajaran Pendidikan Islam sebagai subjek yang terpinggir dan ketinggalan.

Oleh itu, segala cabaran dalam era globalisasi tanpa sempadan ini harus dihadapi dengan kemajuan ilmu, kemahiran dan pengetahuan seorang pendidik. Maka, kaedah pengajaran, strategik dan pendekatan dengan pelbagai medium dipraktikkan oleh seorang guru Pendidikan Islam agar pengajaran yang disampaikan mencapai objektif yang hendak dicapai dengan lebih berkesan.

(10)

Abdul Rahman Daud. (1992). Faktor-Faktor Yang Berkaitan Dengan Penggunaan Alat-Alat Teknologi Pendidikan Di Kalangan Guru-Guru Sekolah Menengah Di Negeri Perlis.

Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ab. Halim Tamuri et. al. 2004. ”Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam ke atas pembangunan diri pelajar”. Laporan Kajian Fakulti Pendidikan, UKM dan

JAPIM, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ahmad Rizal Madar, Yahya Buntat (2007). Keupayaan Visualisasi Pelajar Melalui Perisian Animasi Grafik. Kertas Kerja 1st International Malaysian Educational Technology Convention, Senai Johor Bahru, 2nd-5th November.

Alias Che Nus (1999). Kesan Kaedah Video, OHP, Tunjukcara Dan Amali Bagi Pengajaran Ibadat (Pendidikan Islam KBSM) Kepada PelaJar Tingkatan Satu. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Sains Malaysia.

Azharuddin Sahil dan Bhasah Abu Bakar. (2009). Kesan Penggunaan Video Drama Terhadap Peningkatan Penghayatan Pelajar, Prosiding Seminar Kebangsaan Teknologi Dan Inovasi Pengajaran–Pembelajaran: 71-76. Putrajaya: Hotel Palm Garden IOI Resort.

Harun, J. & Tasir, Z. (2003). Asas Multimedia dan Aplikasinya dalam Pendidikan. Bentong: PTS Publication.

Harianti Binti Rokman (2006). Kesediaan Guru Pendidikan Islam Terhadap Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah Menengah Kebangsaan Zon Skudai Johor Bahru. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

Hasbullah Abdul Rahman & Yusni Abd Rahman. (2003). Kesediaan Guru-Guru Agama Menggunakan Komputer Dalam Menjalankan Tugas Pentadbiran Dan Pengajaran:

Prosiding Wacana Pendidikan Islam (Siri Ke-3) : Pengkaedahan Pengajaran Pendidikan Islam: Antara Tradisi Dan Inovasi. Bangi: Fakulti Pendidikan,UKM.

Maimun Aqsha Lubis dan Roslan Aspar. 2005. Kaedah Pengajaran Pengetahuan Agama Islam di Brunei Darussalam. Jurnal Pendidikan 30 (2005) 141 - 150 141.

(11)

Sulaiman Ngah Razali.(1997).Pedagogi Teori Dan Praktik, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur,

Tesis Dale, E., 1965. Audio-Visual Methods In Teaching. London: Holt, Rinehart And Winston, 43-50.

Wan Hassan Wan Embong Sulaiman Shakib bin Mohd Noor (2015). Penggunaan BBM dalam Pendidikan Akidah: Kajian Kes Guru Cemerlang Pendidikan Islam. Proceeding of SIST 2013, Yogyakarta-Indonesia.

Referensi

Dokumen terkait

Perubahan sosial dan kebudayaan juga dapat terjadi karena adanya sebab-sebab yang berasal dari luar masyarakat (sebab ekstern). Kondisi ini terkadang memaksa

Dari perhitungan yang dilakukan dalam analisis data diperoleh hasil yang menunjukkan bahwa promosi penjualan memiliki efek secara statistik signifikan terhadap

1 Setiap penyelenggara bandar udara wajib melakukan pemeliharaan kendaraan dan peralatan penunjang operasi PKP-PK agar kinerja operasi dapat maksimum sesuai dengan kategori bandar

Assim, formar uma aliança com base em idéias de amizade tornou a Espanha vulnerável e fez com que seu povo pagasse com sangue os interesses e desígnios da superpotência, um erro

Argument bahwa perilaku yang tidak etis merupakan perilaku yang dapat diterima umumya didasarkan pada rasionalisasi bahwa setiap orang juga melakukan hal yang sama dan

[r]

Adalah dijangkakan bahawa antara faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan tenaga pengajar teknikal di PKB dalam program SIP ialah pemilihan masa program

ةيبرعلا دعاوقلا ملع رهظي ، كلذ ىلإ ةفاضلإاب ( Nahwu ) عمجف ، هيوبيس آ باتكل ةيبرعلا ةغللا نومهفي لا نيذلا سانلل ةيبرعلا ةغللا ملعتل. أشني اذه لأ ةقطنملا