• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengurusan Sisa Pepejal di Penempatan Se

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Pengurusan Sisa Pepejal di Penempatan Se"

Copied!
22
0
0

Teks penuh

(1)

BAB V

PERBINCANGAN

5.1 PENDAHULUAN

Dalam bahagian ini, perbincangan yang lebih lanjut dilaksanakan berdasarkan kepada dapatan kajian mengikut setiap objektif yang ingin dicapai. Berdasarkan kepada dapatan kajian yang diperolehi, kesemua objektif yang dibina bagi menjawab persoalan dapat dicapai dengan baik. Pengenalpastian corak pengurusan yang dilaksanakan di kawasan kajian, tidak kira dalam peringkat isi rumah sehingga ke peringkat pihak swasta dapat dikenalpasti dengan baik. Melalui temubual yang dijalankan terhadap JKKK serta pihak DBKK, penilaian pengurusan sisa pepejal sedia ada dapat dijalankan. Permasalahan yang timbul juga dikenalpasti dan dianalisis. Penghasilan cadangan juga dilaksanakan bagi tujuan mengatasi dan meminimumkan kesan yang sedia ada serta membentuk sistem pengurusan yang efektif.

5.2 SISTEM PENGURUSAN SISA PEPEJAL ISI RUMAH

Sistem pengurusan sisa pepejal isi rumah membincangkan dengan lebih lanjut tentang pengurusan dan pengendalian yang dilaksanakan oleh isi rumah dan pihak swasta dalam pengurusan sisa pepejal. Selain itu, analisis terhadap kemudahan juga dilaksanakan bagi menilai kepekaan penduduk terhadap kemudahan yang disediakan.

5.2.1 Pengurusan isi rumah

(2)

menyimpan sisa yang dijana, manakala pihak swasta pula tidak memberikan kawasan penstoran sampah (rumah sampah) yang tertutup dan terjaga. Purata kekerapan pembuangan sisa pepejal yang dilakukan oleh setiap isi rumah adalah sebanyak dua kali sehari. Pembuangan sisa tersebut dilakukan pada waktu subuh dan waktu malam bagi mengelakkan pihak pengurusan atau JKKK mengesan perbuatan membuang sisa pepejal ke bawah bukit. Purata sisa yang dibuang dalam sehari adalah sebanyak tiga kilogram (3 kg) dan ke atas bagi setiap isi rumah. Mengambil jumlah sedemikian, penjanaan sisa sehari bagi kawasan penempatan tersebut menjana sisa sebanyak 1.5 tan. Jumlah ini sangat banyak dan menyebabkan sisa yang terkumpul (Gambar 5.1) membawa kepada permasalahan yang lain.

Gambar 5.1 Keadaan Pembuangan Sampah Di Salah Satu Kawasan Pembuangan Sampah

(3)

penyimpanan sisa tersebut dalam kaedah penstoran yang sama, sisa plastik, kertas dan seumpamanya bercampur dan menyebabkan sisa yang terkumpul mengeluarkan bau yang tidak diingini. Lokasi pembuangan sisa pepejal yang menjadi tumpuan utama adalah di sekitar rumah sampah dan juga bawah bukit serta bahu jalan (Gambar 5.1).

Gambar 5.2 Keadaan Kawasan Parit Di Kawasan Kajian

(4)

merasa bahawa pengutipan sisa pepejal tidak lagi dilaksanakan. Disebabkan itu juga, ada penduduk yang tidak tahan dengan pencemaran bau yang terhasil mendorong mereka untuk membakar sampah di sekitar dan dalam rumah sampah itu sendiri (Gambar 5.3). Perbuatan sedemikian membawa kesan yang buruk seperti kebakaran, pencemaran udara dan juga pengurangan penyimpanan sisa pepejal. Disebabkan ada di antara penduduk yang kurang selesa dengan pembakaran, pembuangan terus ke bawah bukit menjadi pilihan utama.

5.2.2 Pengurusan pihak swasta

Bagi sistem pengurusan yang dilaksanakan oleh pihak swasta, pengutipan sisa pepejal tidak konsisten berbanding sebelumnya. Kekerapan pengutipan pada awal peralihan kuasa yang dilaksanakan oleh pihak swasta adalah sebanyak tiga kali seminggu. Disebabkan kos yang ditanggung adalah tinggi dengan sikap sesetengah penduduk yang tidak membayar duit sampah kepada pihak swasta, kekerapan pengutipan semakin berkurangan kepada sekali seminggu dan adakalanya sekali sebulan. Kekerapan pengutipan yang tidak konsisten ini menyebabkan longgokan sisa pepejal bertambah dan akhirnya membawa kepada permasalahan yang lain. Pemberian perkhidmatan oleh pihak swasta juga tidak menyeluruh apabila operasi pembersihan rumah sampah tidak dilaksanakan menyebabkan permasalahan dalam aspek kebersihan. Pembersihan yang dilaksanakan hanya di kawasan rumah sampah yang mempunyai sedikit penstoran sisa dan pembersihan tersebut tidak menggunakan air untuk membersih, tetapi hanya menyapu sisa yang tertinggal masuk ke dalam sistem perparitan.

(5)

penduduk di kawasan kajian menyatakan bahawa tiada tindakan atau pemantauan dari pihak DBKK ke kawasan kajian. Sekiranya ada, pemantauan tersebut adalah bersifat tahunan dan pihak DBKK hanya akan datang sekiranya terdapat aduan yang dilaporkan. Pada tahun 2014, pihak dari Jabatan Kesihatan iaitu Unit Pengawalan Vektor turut meninjau kawasan kajian sebagai salah satu kempen dalam memerangi aedes di Telipok. Kedatangan pihak berkenaan jelas menunjukkan bahawa permasalahan dalam sisa pepejal ini membawa kepada kemudaratan penduduk.

Gambar 5.3 Keadaan Tong Sampah Yang Dibakar

(6)

pepejal menyebabkan pengurusan sisa pepejal bertambah rumit. Disebabkan kekangan tersebut, pihak swasta adakalanya mengambil tindakan membakar sisa di kawasan sekitar rumah sampah bagi memastikan sampah tidak terus bertambah dan kurang mengeluarkan bau busuk (Gambar 5.5).

Gambar 5.4 Keadaan Kawasan Pembuangan Sisa Pepejal

(7)

pihak swasta mengutip pembayaran lebih dari sekali dalam sebulan yang mendorong kepada ketidakpuasan penduduk terhadap perkhidmatan yang diberikan.

Gambar 5.5 Keadaan Sampah Yang Terlalu Banyak Sehinggakan Dibakar

(8)

5.2.3 Kepekaan terhadap kemudahan

Kepekaan terhadap kemudahan yang dimaksudkan ini adalah perkhidmatan yang diberikan oleh pihak swasta dalam menyediakan kemudahan yang tertentu seperti tong sampah untuk setiap rumah dan juga lokasi pengumpulan sisa pepejal setempat. Penduduk di kawasan kajian ini secara umumnya mengetahui kewujudan rumah sampah dan tong sampah berskala besar yang disediakan oleh PBT dan JKKK. Pada awal pembukaan kawasan ini, rumah sampah yang dibina mempunyai pagar ketika pengurusan masih lagi di bawah kuasa DBKK. Setelah peralihan kuasa tersebut, kawasan rumah sampah yang asal telah bertukar fungsi (Gambar 5.7) kepada struktur yang lain. Bermula dari itu, penduduk mula membuang sampah ke bawah bukit kerana tiada rumah sampah untuk dijadikan penstoran sisa. Pembinaan rumah sampah (Gambar 5.1) mengambil tempat pada lima tahun yang lalu bagi menangani permasalahan dalam pembuangan sampah ke bawah bukit. Terdapat lima rumah sampah yang berfungsi manakala tiga daripadanya merupakan rumah sampah yang baru. Pemberian tong sampah bersaiz besar merupakan pemberian oleh DBKK bagi memudahkan pihak swasta melaksanakan tugas pengutipan.

Penyediaan tong sampah bagi setiap isi rumah tidak dilaksanakan kerana pemberian perkhidmatan sedemikian tidak diberikan oleh pihak swasta. Malah pengutipan sisa pepejal dari pintu ke pintu juga tidak dijalankan. Disebabkan ketiadaan tong sampah bagi setiap isi rumah, maka penyimpanan sisa pepejal majoriti adalah dalam plastik biasa. Selain itu, kemudahan seperti rumah sampah juga turut diketahui oleh penduduk di kawasan tersebut dan penduduk di arah untuk membuang sisa pepejal ke rumah sampah yang telah disediakan.

(9)

yang berfungsi untuk memastikan tong sampah berada dalam kedudukan dan memastikan haiwan liar seperti anjing atau ternakan seperti kambing menyebabkan sampah berselerak. Dalam kajian yang dijalankan ini juga, ia mendapati bahawa terdapat beberapa penduduk kampung khususnya golongan remaja dan kanak-kanak yang bertindak menolak jatuh tong sampah ke bawah bukit. Tingkah laku tersebut menunjukkan sikap vandalism atas tujuan keseronokan bermain.

Keseluruhannya, penduduk peka terhadap kemudahan yang disediakan oleh pihak swasta seperti rumah sampah dan tong sampah besar. Namun begitu, disebabkan lokasi pembuangan yang tidak strategik dan jauh dari penduduk mendorong mereka untuk membuang sisa pepejal terus ke bawah bukit. Pembuangan ke rumah sampah hanya bagi mereka yang berhampiran dengan rumah sampah, yang menunjukkan sikap masyarakat yang tidak memberi kerjasama sepenuhnya dalam perkara ini.

5.2.4 Impak terhasil

Pengendalian sisa pepejal isi rumah dan pihak swasta, pengurusan yang tidak efisien dan sikap negatif sesetengah penduduk membawa kepada impak negatif terhadap manusia, alam sekitar dan fizikal. Antara impak tersebut yang dapat dikenalpasti adalah pencemaran udara (bau), pencemaran air, masalah serangga/haiwan pembawa penyakit, permasalahan ruang dan masalah kebersihan. Kesemua impak ini wujud hasil dari permasalahan pengurusan sampah yang kurang efisien. Kesan yang paling signifikan sekali adalah pencemaran bau hasil dari sisa pepejal yang tidak dikutip berhari-hari. Sisa pepejal khususnya sisa makanan merupakan sisa yang mudah reput dan dicampur dengan sisa yang lain seperti kertas plastik dan bahan kimia yang lain menghasilkan bendalir sampah dan bau yang kurang menyenangkan.

(10)

dapat dikenalpasti dalam pembuangan sampah ke dalam saliran air dan bertakung untuk satu tempoh yang lama (Gambar 5.4). Air yang terhasil akibat dari longgokan tersebut adalah berwarna hitam dan mempunyai bau yang tidak begitu menyenangkan.

Gambar 5.7 Penukaran Rumah Sampah Kepada Kedai Runcit

(11)

Gambar 5.8 Keadaan Kawasan Pembuangan Sampah Ke Bawah Bukit

Natijahnya, disebabkan permasalahan yang wujud dari pengurusan di peringkat isi rumah yang tidak efisien dan ketidakcekapan pengurusan sampah oleh pihak pengurusan, menyebabkan permasalahan sampah di kawasan kajian semakin rumit. Ditambah dengan impak yang terhasil menyebabkan kesan yang terhasil mempengaruhi penduduk dan alam sekitar dan kedatangan haiwan liar dan serangga vektor dipengaruhi oleh sisa pepejal di kawasan kajian. Sekaligus menyebabkan permasalahan yang timbul ini semakin rumit dan semakin besar tanpa adanya peraturan pengurusan yang jelas tentang pengurusan yang dilaksanakan ini.

5.3 PENILAIAN PENGURUSAN SEDIA ADA

(12)

5.3.1 Penilaian pengurusan JKKK

Penilaian terhadap peraturan pengurusan sisa pepejal sedia ada di kawasan kajian dilaksanakan berdasarkan kepada pihak berkuasa tempatan (DBKK) dan pihak JKKK. Temubual yang pertama melibatkan pihak ketua kampung JKKK iaitu En. Marasil. Demografi penduduk di kawasan tersebut majoritinya merupakan penduduk dari Kg. Pulau Gaya/Pondoh dan berbangsa suluk/bajau (bumiputera sabah). Pengendalian bagi setiap isi rumah dipengaruhi oleh tabiat lama seperti pembuangan sampah terus ke dalam laut. Menunjukkan bahawa kediaman asal bagi penduduk di kawasan kajian mempunyai signifikan yang agak kuat. Berkaitan dengan pengurusan bagi pihak swasta pula, pengurusan sisa pepejal telah diswastakan semenjak tahun 2004.

Kriteria pemilihan pihak pengurusan pula adalah berdasarkan kepada mereka yang ingin menguruskan sampah dan juga mempunyai kenderaan yang membolehkan pihak ini mengangkut sampah ke kawasan pembuangan sampah. Pihak swasta ini hanya menguruskan sampah yang berada dalam kawasan tempat pembuangan sampah sahaja yang menunjukkan perkhidmatan yang bersifat selektif. Pengurusan pengutipan dari rumah ke rumah tidak dilaksanakan. Pembersihan dan pengutipan dilaksanakan secara berkala, iaitu sekurang-kurangnya seminggu sekali. Selain itu, duit sampah/pembayaran bagi perkhidmatan ini diserahkan sepenuhnya kepada pihak swasta dengan jumlah pembayaran sebanyak RM 10 bagi setiap rumah.

(13)

Perkara ini sekaligus menyebabkan ramai penduduk di kawasan kajian ini cenderung untuk membuang sampah terus ke bawah bukit.

Tanggapan dan penerimaan penduduk dalam sistem pengurusan sampah di kawasan ini adalah pada tahap yang agak rendah berdasarkan kepada keadaan kawasan pembuangan sampah yang tidak terurus dan juga sangat kotor. Terdapat juga aktiviti gotong-royong yang dilaksanakan di kawasan ini pada tahun 2013 dengan penglibatan dari pihak DBKK. Namun begitu, penyertaan tidaklah begitu memberansangkan. Terdapat juga perlaksanaan gotong-royong yang tidak melibatkan pihak DBKK dan program tersebut sangat jarang dilaksanakan dan tidak menerima sambutan yang baik. Terdapat papan notis yang diletakkan bagi tujuan larangan pembuangan sampah ke dalam longkang dan kawasan yang bukan menjadi kawasan pembuangan sampah, namun tidak di ambil peduli oleh penduduk di kawasan ini.

Tindakan yang melibatkan pengusiran isi rumah pernah dilaksanakan pada sekitar tahun 2004-2005 yang melibatkan empat keluarga. Antara faktor pengusiran tersebut adalah tidak memberikan kerjasama sepenuhnya dalam pengurusan sisa pepejal dan juga membuang sampah ke kawasan yang tidak sepatutnya. Selain itu, sebarang aduan berkaitan dengan kawasan kajian tidak pernah diajukan kepada pihak DBKK (di bawah pentadbiran ketua kampung semasa). Walau bagaimanapun, pihak DBKK pernah mengambil tindakan dalam perkara ini, khususnya dalam perlaksanaan gotong-royong. Pada keadaan semasa pula, sebarang tindakan tidak dapat diambil kerana kurang kerjasama dengan pihak swasta. Hal ini kerana, ketiadaan rekod pembayaran menyukarkan pihak JKKK untuk mengambil tindakan kepada mana-mana isi rumah yang ingkar terhadap peraturan yang telah ditetapkan.

5.3.2 Penilaian pengurusan DBKK

(14)

bahagian pelupusan. Perbincangan ini hanya melihat kepada bahagian pengutipan sahaja kerana skop kajian utama adalah melibatkan bahagian penjanaan sisa sehingga ke bahagian pengutipan sahaja. Bagi bahagian pengutipan, perlaksanakan kerja-kerja pengutipan sisa pepejal adalah berdasarkan kepada dua jenis kawasan iaitu kawasan komersil dan kawasan kediaman. Pengutipan dilaksanakan selama tiga kali seminggu dengan selang sehari bagi setiap pengutipan. Pengutipan dilaksanakan dari rumah ke rumah bagi kediaman yang membayar cukai pintu dan di kawasan taman perumahan yang mempunyai akses yang mudah.

Gambar 5.9 Keadaan Persekitaran Rumah Sampah

(15)

Tapak Pelupusan Kayu Madang, Tuaran, yang meliputi pengurusan sisa pepejal bagi daerah Penampang, Kota Kinabalu, Papar dan juga Tuaran itu sendiri.

Berhubung dengan penglibatan pihak DBKK dalam pengurusan di kawasan kajian, pihak DBKK pernah terlibat dalam pengurusan sisa pepejal pada awal penubuhan kawasan tersebut, tetapi, setelah adanya jawatankuasa mikro dan jawatan kuasa ini setuju untuk menjadi pihak yang bertanggungjawab dalam pengurusan sisa pepejal ini, maka pihak DBKK tidak lagi terlibat secara rasmi. Sebarang aktiviti atau pengurusan adalah di bawah kuasa Jawatankuasa Mikro itu sendiri. Bantuan dari pihak DBKK akan diberikan khususnya dalam aktiviti gotong-royong tetapi perlu melalui beberapa prosedur kerja baru pihak DBKK boleh menghulurkan bantuan. Penglibatan pihak DBKK hanya pada ketika perasmian perlaksanaan aktiviti gotong-royong serta penubuhan Jawatankuasa Mikro bagi kawasan Penempatan Sementara Telipok. Bagi isu yang berkaitan tindakan dan aduan pula, setakat ini, tiada sebarang aduan yang diterima. Setiap permasalahan dan pengurusan yang berkaitan dengan hal kampung tersebut adalah dibawah kuasa Jawatankuasa Mikro itu sendiri. DBKK hanya mampu mengambil tindakan sekiranya laporan atau aduan diterima dari jawatankuasa tersebut atau mana-mana pihak yang terjejas. Tindakan yang diambil akan dimulakan dengan mengenalpasti punca permasalahan. Seterusnya, amaran atau tindakan kompaun dikenakan mengikut tahap keseriusan kemudaratan yang diperolehi hasil dari aktiviti tersebut. Kompaun yang dikenakan adalah di antara RM 500 sehingga RM 5000.

(16)

tindakan boleh diambil seperti memberikan kompaun dan denda, tetapi dengan syarat adanya aduan dilaporkan dan mempunyai rekod sebagai bukti kesalahan tersebut.

5.4 CADANGAN MENGATASI

Penghasilan cadangan dan langkah yang bersesuaian bagi bertujuan untuk meminimumkan impak negatif dalam pengurusan sisa pepejal di kawasan kajian dilaksanakan. Cadangan yang diberikan ini diperolehi melalui tiga kaedah, yang pertama adalah melalui pemberian cadangan oleh responden, yang kedua adalah melalui pembacaan kajian-kajian yang lepas dan ketiga adalah melalui penghasilan sistem cadangan pengurusan sisa pepejal yang cekap

Berdasarkan kepada cadangan yang diberikan oleh responden di kawasan kajian, aspek pengurusan dalam aspek teknikaliti seperti pematuhan jadual yang ditetapkan, proses pembersihan perlu dilaksanakan dan penyelenggaraan yang lebih baik terhadap perkara yang berkaitan dengan pengurusan sisa pepejal merupakan cadangan yang utama. Ia merupakan cadangan yang biasa untuk diutarakan jika melihat kepada aspek keadaan semasa kawasan kajian. Penyediaan kemudahan juga perlu mencukupi seperti tong sampah untuk setiap rumah dan juga tong sampah bersaiz besar untuk rumah sampah. Hal ini kerana, jumlah tong sampah yang disediakan tidak mempunyai kapasiti yang cukup untuk menampung penghasilan sisa pepejal dalam kawasan kajian. Bukan itu sahaja, pemagaran untuk rumah sampah baru perlu dilaksanakan bagi mengelakkan sampah yang disimpan berselerak.

(17)

adalah dengan adanya campur tangan dari pihak berkuasa, maka permasalahan dalam pengurusan sisa pepejal ini dapat dikurangkan.

Cadangan yang ketiga adalah yang melibatkan kepada penglibatan penduduk dalam kawasan kajian. Cadangan yang ketiga ini seakan-akan sangat sukar untuk dicapai, hal ini kerana melalui cadangan yang diberikan dalam prospek ini adalah lebih kepada penglibatan yang lebih aktif dalam aktiviti gotong-royong, membuat pembayaran yang diperlukan dalam pengurusan sampah, mengubah sikap kepada penduduk yang mengambil berat dalam pengurusan sampah dan juga mengubah tabiat suka membuang sampah ke bawah bukit atau bahu jalan. Cadangan ini merupakan cadangan yang lebih bersifat pendedahan secara holistik. Antara cadangan yang diberikan adalah kerjasama dalam membuat pembayaran dan juga kekerapan membuat aktiviti gotong-royong. Kaedah ini boleh dikatakan sebagai cadangan yang asas khususnya yang melibatkan pengurusan dan aktiviti kemasyarakatan yang menangani isu kebersihan dalam aktiviti gotong-royong.

(18)

5.4.1 Insinerator berskala kecil

Cadangan yang dinyatakan sebelum ini adalah berdasarkan kepada cadangan yang diberikan oleh penduduk di kawasan tersebut. Cadangan yang terhasil dari ulasan kepustakaan pula adalah lebih kepada projek pembinaan insinerator. Projek ini melibatkan kos yang agak besar dan mempunyai beberapa kesan yang memberikan kemudaratan yang agak banyak kepada alam sekitar. Namun begitu, proses pelupusan sampah secara tradisional melalui pelupusan dengan menanam dan menimbus sisa pepejal juga tidak memberikan kesan yang baik. Tanah yang ada sekarang kebanyakannya dibangunkan untuk pembangunan bangunan komersil dan kediaman, manakala tanah untuk tujuan pelupusan pula adalah terhad. Satu-satunya kawasan pelupusan sampah di Kayu Madang juga menampung daerah Tuaran, Penampang, Papar dan juga Bandaraya Kota Kinabalu itu sendiri. Oleh yang demikian, projek pembinaan insinerator ini boleh dikatakan bersifat agak praktikal untuk dilaksanakan.

Projek insinerator yang dimaksudkan adalah berskala kecil dan sesuai untuk dibangunkan berdasarkan kepada prinsip perancangan Jabatan Perancang Bandar dan Desa (Semenanjung Malaysia). Pertama, kawasan tapak insinerator berskala kecil ini adalah sesuai untuk kawasan kediaman yang mempunyai kawasan tanah lapang dengan keluasan sebanyak 0.4-2 hektar sahaja bagi penghasilan sampah sebanyak 15-200 tan sehari. Daripada sisa pepejal dibuang ke bawah bukit atau ke dalam saliran air, pelupusan dengan kaedah dan teknoogi yang sesuai sebagai contohnya insinerator merupakan pilihan yang terbaik buat masa sekarang. Di bawah peruntukan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, dalam seksyen 34A, perkara 18(b) telah menggariskan jenis-jenis rawatan pelupusan bahan buangan pepejal yang mana salah satunya adalah berkaitan dengan pembinaan loji pembakaran. Melalui peruntukan tersebut, ia sudah menyatakan bahawa pembinaan insinerator adalah boleh dilaksanakan namun ia perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan.

(19)

aspek penduduk. Dengan pembinaan insinerator ini, pelepasan karbon dioksida akan dapat dikurangkan melalui proses fotosintesis tumbuhan hijau di sekeliling dan risiko pencemaran dan kesan dari pencemaran dapat dikurangkan. Dari aspek ekonomi pula, peraturan pembinaan insinerator adalah tidak melebihi ½ hari perjalanan dan keluasan mínimum adalah 50-60 hektar, usia projek kira-kira 20 tahun, mudah dihubungi dan kos pengangkutan yang murah. Manakala dari aspek sosial pula, ia perlu dalam 5 -10 km dari kepadatan penduduk yang tinggi iaitu sebanyak 30 000 penduduk/10 km. Melalui alam sekitar pula, ia mementingkan kaedah dalam menangani kesan pencemaran yang terhasil.

Jika dilihat di kawasan kajian itu sendiri, ia sudah jelas menyatakan bahawa kawasan tersebut adalah sesuai kerana ia bukan sahaja dikelilingi bukit, malah kepadatan penduduk adalah kurang daripada 30 000 penduduk/10 km, tambahan pula kesan pencemaran udara yang mungkin terhasil akibat dari pembakaran insinerator itu sendiri dapat dikurangkan melalui kaedah semulajadi iaitu proses fotosíntesis. Namun begitu, penggunaan insinerator perlu mengikut jadual dan masa tertentu bagi memastikan penggunaan adalah optimum dan pengurangan pencemaran dapat dikurangkan lagi. Penggunaan secara berkala dapat memberikan masa kepada alam sekitar untuk membersihkan pencemaran yang terhasil oleh insinerator sebelum melakukan proses pembakaran insinerator sekali lagi. Cadangan pembinaan insinerator ini bukan hanya melibatkan kawasan Penempatan Sementara Telipok Fasa 2, tetapi penglibatan kawasan penempatan sekitarnya juga seperti kawasan Penempatan Fasa 1, kawasan perkampungan setinggan, kawasan taman perumahan dan premis perniagaan di Pekan Telipok itu sendiri.

5.4.2 Cadangan sistem pengurusan

(20)

kecekapan pengurusan sedia ada juga perlu dinilai untuk dijadikan dasar pembinaan sistem pengurusan sedia ada. Pengiraan kecekapan pengurusan semasa adalah seperti berikut;

Formula pengiraan anggaran jumlah sisa yang dijana (sebulan):

= Jumlah purata penghasilan sisa (per isi rumah) X Bilangan isi rumah X sebulan

= 3 kg X 504 buah rumah X 30 = 45360 kg bersamaan 45.36 tan

Formula pengiraan anggaran jumlah dikutip (sebulan):

= Kapasiti kenderaan X Kekerapan perjalanan X Jumlah kutipan Seminggu X bilangan minggu dalam sebulan

= 2 tan X 2 kali X 1 kali seminggu X 4 minggu = 16 tan sebulan

Formula pengiraan anggaran sisa tidak dikutip (sebulan):

= Anggaran pengutipan sebulan – Anggaran penjanaan sisa sebulan = 16 tan – 45.36 tan

= 29.36 tan

Formula pengiraan anggaran peratus kecekapan (sebulan):

(21)

= 16 tan / 45.36 tan X 100 = 35.27 peratus

Melihat kepada kecekapan pengurusan sisa pepejal, sebanyak 35.27 peratus kecekapan pengutipan yang dapat dicapai oleh pengurusan dalam kawasan kajian. Berdasarkan kepada peratus tersebut, ia menunjukkan bahawa ketidakcekapan pengurusan adalah sebanyak 64.73 peratus. Berdasarkan kepada ketidakcekapan pengurusan tersebut, jumlah sisa pepejal yang tidak dapat dikutip adalah sebanyak 29.36 tan. Berdasarkan kepada status pengurusan semasa (35.27%), pengutipan sisa yang dilaksanakan meninggalkan sebanyak 29.36 tan yang tidak dapat dikutip sepenuhnya. Melihat kepada jumlah tersebut, ia jelas menunjukkan bahawa jumlah sisa tersebut masih lagi dalam jumlah yang agak banyak. Perkara ini tidak begitu mengejutkan kerana keadaan semasa kawasan kajian menunjukkan longgokan sampah yang masih tidak terusik dan makin bertambah. Untuk melihat kecekapan pengutipan yang mencapai tahap 99.99 peratus, kekerapan pengutipan dalam satu-satu masa perlu diambil kira sekiranya pengutipan adalah berdasarkan kepada dua kali seminggu. Pengiraan formula adalah seperti berikut;

Formula pengiraan anggaran kecekapan penuh (sebulan)(99.99%):

= (Anggaran jumlah dikutip sebulan – Anggaran penjanaan sisa) / Anggaran jumlah dikutip sebulan X 100 = 99.99%

(22)

dengan menganggarkan bahawa kapasiti kenderaan adalah sebanyak dua tan dan kekerapan pengutipan adalah sebanyak dua kali seminggu. Oleh yang demikian, dalam mencapai kecekapan sebanyak 99.99%, pihak swasta perlu membuat kekerapan pengangkutan sebanyak dua kali bagi jadual pengutipan sehari.

5.5 KESIMPULAN

Gambar

Gambar 5.1 Keadaan Pembuangan Sampah Di Salah Satu Kawasan
Gambar 5.2 Keadaan Kawasan Parit Di Kawasan Kajian
Gambar 5.3 Keadaan Tong Sampah Yang Dibakar
Gambar 5.4 Keadaan Kawasan Pembuangan Sisa Pepejal
+5

Referensi

Dokumen terkait

Fluksi Aksial Putaran Rendah dengan Magnet Permanen untuk Turbin Angin Daya 1000 Watt, Tugas Akhir,Teknik mesin - UMM, 2009. Walid, Ahsan., Perancangan, Pembuatan,

Maka dari itu, Chemication menjadi solusi dalam pemecahan masalah yang ada yang diwujudkan dalam bentuk kegiatan Energy Competition (EC) dengan mengangkat tema

Persyaratan dan metode untuk menentukan f ya dijabarkan sebagai berikut: a Untuk komponen struktur tekan yang menerima beban aksial dan komponen struktur lentur dengan nilai 

Radioisotop 198Au yang dihasilkan dikarakterisasi dengan mengukur aktivitas, waktu paruh, energi, yield, kemurnian radionuklida dan kemurnian radiokimia serta ukuran

Kesimpulan hasil penelitian ini yaitu penyajian berita melalui running text masih banyak terjadi kesalahan dalam penulisannya.Setidaknya ditemukan tiga (3) jenis kesalahan

a) Agar perusahaan dapat bertahan dan berkembang, perusahaan harus mempunyai sebuah laporan keuangan yang baik dan tertata rapi karena laporan keuangan tersebut dapat

Gangguan fungsi ginjal yang dilaporkan akibat pemakaian terapi kelasi besi bervariasi dari ringan berupa peningkatan kreatinin serum yang reversibel sampai dengan terjadi acute

tidak akan efektif untuk mendeteksi gas-gas yang ada di dalamnya karena akan lebih dulu over range di sensor. Jika dipaksakan maka sensor akan rusak.. • Lakukan pengukura sesuai