• Tidak ada hasil yang ditemukan

POLISI DAN PROSEDUR KENAIKAN PANGKAT STAF AKADEMIK UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "POLISI DAN PROSEDUR KENAIKAN PANGKAT STAF AKADEMIK UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA"

Copied!
66
0
0

Teks penuh

(1)

1

POLISI DAN PROSEDUR

KENAIKAN PANGKAT STAF AKADEMIK

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

(2)

2

POLISI DAN PROSEDUR KENAIKAN PANGKAT STAF AKADEMIK UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

1.0 PENGENALAN

1.1 Kertas kerja ini menggariskan polisi dan prosedur bagi kenaikan pangkat staf akademik tetap Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang meliputi kenaikan pangkat atau peningkatan gred dalam kategori berikut :

(a) Kenaikan pangkat jawatan Pensyarah (DS45) ke jawatan Pensyarah Kanan (DS52);

(b) Kenaikan pangkat jawatan Pensyarah Kanan (DS51/52) ke jawatan Profesor Madya (DS54);

(c) Kenaikan pangkat jawatan Profesor Madya (DS53/54) ke jawatan Profesor Gred Khas C (VK7);

(d) Kenaikan pangkat dalam keadaan istimewa jawatan Pensyarah (DS45) ke jawatan Profesor Madya (DS54);

(e) Kenaikan pangkat dalam keadaan teramat istimewa jawatan Pensyarah (DS45) ke jawatan Profesor Gred Khas C (VK7);

(3)

3

(f) Kenaikan pangkat dalam keadaan amat istimewa jawatan Pensyarah Kanan (DS51/52) ke jawatan Profesor Gred Khas C (VK7); dan

(g) Kenaikan pangkat jawatan Profesor Gred Khas C (VK7) ke gred-gred lebih tinggi iaitu Gred Khas B (VK6) dan Gred Khas A (VK5).

1.2 Polisi ini tidak terpakai kepada staf akademik bertaraf kontrak dan calon luar yang dilantik terus untuk memegang jawatan kenaikan pangkat.

1.3 Kriteria kenaikan pangkat yang digariskan dalam polisi ini adalah didasarkan kepada skim perkhidmatan di bawah Sistem Saraan Malaysia, garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan Persidangan Naib-Naib Canselor Ke XXII serta syarat-syarat tambahan oleh Lembaga Pengarah Universiti.

1.4 Tiada apa-apa syarat-syarat tambahan yang boleh ditetapkan oleh Lembaga Pengarah Universiti seperti mana di 1.3 di atas melainkan jika Senat UTeM telah diberi peluang terlebih dahulu untuk mempertimbangkan dan memperakukan syarat-syarat tambahan itu kepada Lembaga Pengarah Universiti yang akan meluluskannya.

2.0 KELAYAKAN PEMOHON

2.1 Calon mestilah seorang pensyarah tetap UTeM yang telah disahkan dalam perkhidmatan.

2.2 Staf yang sedang bercuti belajar adalah layak untuk memohon dan tarikh kenaikan pangkat akan berkuat kuasa mulai tarikh staf ditemu duga oleh Mesyuarat Jawatan kuasa Pemilih yang berkaitan, tertakluk kepada pengesahan oleh LPU atau Pihak Pengurusan Universiti yang mana berkaitan. Semua

(4)

4

perbelanjaan bagi sebarang urusan kenaikan pangkat termasuk menghadiri temu duga adalah di bawah tanggungan calon sendiri.

2.3 Bagi calon yang gagal pengajian di peringkat Ph.D yang memohon kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Madya (DS54) atau Profesor Gred Khas C (VK7), permohonan kenaikan pangkat hanya akan dipertimbangkan selepas 3 tahun dikira daripada tarikh gagal pengajian. Bagi calon yang gagal pengajian di peringkat Ph.D yang memohon kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Kanan (DS52), permohonan kenaikan pangkat masih boleh dipertimbangkan.

2.4 Walau apa pun syarat-syarat di para 2.1, 2.2 dan 2.3 di atas, Naib Canselor boleh menjemput mana-mana calon yang difikirkan layak dinaikkan pangkat untuk membuat permohonan atau menghadiri temu duga.

3.0 SYARAT-SYARAT KENAIKAN PANGKAT SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH UNIVERSITI

3.1 Kenaikan pangkat staf akademik tidak berasaskan kepada kekosongan jawatan.

3.2 Kenaikan pangkat hendaklah berasaskan kepada ‘kecemerlangan akademik’

yang telah dicapai oleh staf sebagaimana yang ditetapkan dalam Skim Perkhidmatan Pensyarah Universiti di bawah Sistem Saraan Malaysia.

3.2.1 Skim Kenaikan Pangkat Universiti

(5)

5

(i) Pensyarah gred DS45 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke gred jawatan DS52 dengan gelaran Pensyarah Kanan apabila :

a. telah disahkan dalam perkhidmatan Pensyarah Universiti;

b. telah berkhidmat di UTeM tidak kurang satu (1) tahun (dengan kelulusan Ph.D) atau tiga (3) tahun (dengan kelulusan Sarjana);

c. Pensyarah yang masih berada di gred DS45 dalam tempoh 5 tahun sebelum tarikh persaraan wajib 60 tahun boleh dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat ke DS52 dengan syarat telah menghasilkan sekurang-kurangnya satu artikel jurnal indeks (ISI-WoS/SCOPUS) selaku penulis utama.

d. mencapai tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya;

e. memperoleh markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LPPT) yang baik. Bagi calon yang sedang cuti belajar, markah Laporan Kemajuan Cuti Belajar akan disetarakan dengan markah LPPT oleh Dekan Fakulti;

f. diperakukan oleh Dekan Fakulti; dan

g. syarat-syarat lain yang munasabah yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah Universiti.

(ii) Pensyarah gred DS51/DS52 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke gred DS54 Profesor Madya apabila : a. telah disahkan dalam perkhidmatan Pensyarah Universiti;

b. telah berkhidmat di UTeM sebagai Pensyarah Kanan (DS51/DS52) selama tidak kurang dari tiga (3) tahun;

(6)

6

c. mencapai tahap kecemerlangan akademik yang sangat istimewa mutunya;

d. memperoleh markah LPPT yang baik dalam jawatan Pensyarah Kanan (DS51/DS 52);

Bagi calon yang sedang cuti belajar, markah Laporan Kemajuan Cuti Belajar akan disetarakan dengan markah LPPT oleh Dekan Fakulti;

e. diperakukan oleh Dekan Fakulti; dan

f. syarat-syarat lain yang munasabah yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah Universiti.

(iii) Profesor Madya (DS53/DS54) adalah layak dipertimbangkan kenaikan pangkat ke Profesor Gred Khas C (VK7) apabila : a. telah disahkan dalam perkhidmatan Pensyarah Universiti;

b. telah berkhidmat di UTeM sebagai Profesor Madya (DS53/DS54) selama tidak kurang dari tiga (3) tahun;

c. mencapai tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya;

d. memperoleh markah LPPT yang baik dalam jawatan Profesor Madya (DS53/DS54);

Bagi calon yang sedang cuti belajar, markah Laporan Kemajuan Cuti Belajar akan disetarakan dengan markah LPPT oleh Dekan Fakulti;

e. diperakukan oleh Dekan Fakulti; dan

f. syarat-syarat lain yang munasabah yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah Universiti.

(7)

7

(iv) Profesor Gred Khas C (VK7) adalah layak dipertimbangkan kenaikan pangkat ke Gred Khas yang lebih tinggi (VK6) dan (VK5) apabila :

a. telah disahkan dalam perkhidmatan Pensyarah Universiti ; b. mencapai tahap kecemerlangan dan kepimpinan akademik

yang terkemuka mutunya;

c. telah menyampaikan Syarahan Perdana (Professorial Talk);

d. diperakukan oleh Naib Canselor; dan

e. syarat-syarat lain yang munasabah yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah Universiti.

(v) Pensyarah (DS45) yang telah disahkan dalam perkhidmatan, dan diperakukan oleh Dekan Fakulti atau Naib Canselor serta menunjukkan kecemerlangan akademik yang sangat luar biasa mutunya, adalah layak dipertimbangkan kenaikan pangkat terus ke jawatan Profesor Madya (DS54).

(vi) Pensyarah (DS45) yang telah disahkan dalam perkhidmatan dan diperakukan oleh Dekan Fakulti atau Naib Canselor serta menunjukkan kecemerlangan akademik yang sangat luar biasa biasa mutunya, adalah layak dipertimbangkan kenaikan pangkat terus ke jawatan Profesor Gred Khas C (VK7).

(vii) Pensyarah (DS51/DS52) yang telah disahkan dalam perkhidmatan dan diperakukan oleh Dekan Fakulti atau Naib Canselor serta menunjukkan kecemerlangan akademik yang sangat luar biasa mutunya, adalah layak dipertimbangkan kenaikan pangkat terus ke jawatan Profesor Gred Khas C (VK7).

(8)

8

4.0 KRITERIA PENILAIAN DAN WAJARAN MARKAH

4.1 UTeM telah menetapkan kriteria untuk menilai kecemerlangan akademik adalah Pengajaran dan Penyeliaan, Penyelidikan dan Penerbitan, Sanjungan dan Kepimpinan Akademik, Khidmat Kepada Universiti/Masyarakat serta Perundingan dan Jaringan Industri seperti di Jadual 1. Di samping itu, prestasi temu duga dan Laporan Penilai Luar juga diambil kira.

4.2 Aspek-aspek yang dinilai untuk menentukan tahap kecemerlangan akademik bagi kenaikan pangkat staf akademik UTeM ialah seperti di Lampiran 1.

4.3 Pemarkahan khusus mengikut kriteria kenaikan pangkat dan cara menilai bagi setiap kriteria kenaikan pangkat, kenaikan dari jawatan Pensyarah Gred DS45 ke Pensyarah Kanan Gred DS52, kenaikan pangkat jawatan Pensyarah Gred DS45 ke Gred DS54, kenaikan pangkat jawatan Pensyarah Kanan Gred DS51/52 ke Profesor Madya Gred DS54 dan kenaikan pangkat jawatan Pensyarah Gred DS53/54 ke Profesor Gred VK7 adalah seperti di Lampiran 2.

Glosari yang menerangkan markah adalah seperti di Lampiran 3.

5.0 SISTEM PENILAIAN KENAIKAN PANGKAT UNIVERSITI

Sistem penilaian untuk kenaikan pangkat staf akademik berasaskan kriteria yang dapat memenuhi “tahap kecemerlangan akademik” seperti yang dikehendaki dalam skim perkhidmatan Pensyarah Universiti iaitu :

(a) Kelulusan akademik;

(9)

9

(b) Prestasi kecemerlangan akademik; dan

(c) Prestasi temu duga (kecuali bagi peningkatan jawatan Profesor Gred Khas C ke jawatan-jawatan Gred Khas yang lebih tinggi)

Kaedah pengiraan markah adalah seperti berikut :

Pendekatan dalam pengiraan markah minimum yang diperlukan untuk dipanggil temu duga adalah berasaskan kepada formula ‘capping’ setiap kategori seperti berikut:

σ௉Ƭ௉ܲ

ܲ஼௔௣ ൈ ܹቇ ൅ ቆσோƬ௉ܳ

ܳ஼௔௣ ൈ ܹቇ ൅ ቆσௌ஺ܺ

ܺ஼௔௣ ൈ ܹቇ ൅ ቆσ௄ெܻ

ܻ஼௔௣ ൈ ܹቇ ൅ ቆσ௉Ƭூ்ܼ

ܼ஼௔௣ ൈ ܹቇ ൒ ܶΨ

P ؜ Kategori Pengajaran dan Penyeliaan (P&P) Q ؜ Kategori Penyelidikan dan Penerbitan (R&P)

X ؜ Kategori Sanjungan dan Kepimpinan Akademik (SA) Y ؜ Kategori Khidmat Kepada Universiti/Masyarakat (KM) Z ؜ Kategori Perundingan dan Perhubungan Industri (P&IT) W ؜ Wajaran setiap kategori

T ؜ Peratus markah minimum yang perlu dicapai berdasarkan gred jawatan yang dimohon

Di sini P, Q, X, Y dan Z

adalah markah keseluruhan bagi setiap kategori dan W merupakan wajaran bagi setiap kategori. PCap, QCap, XCap, YCap, ZCap merupakan capping ataupun had markah bagi setiap kategori.

(10)

10

Pengiraan yang sama boleh diulangi bagi menentukan markah minimum yang diperlukan untuk kenaikan pangkat dari Pensyarah Kanan (DS52) ke Profesor Madya (DS54) dan dari Profesor Madya (DS54) ke Profesor Gred Khas C (VK7). Bagi setiap gred jawatan kenaikan pangkat, peratus markah minimum (T) bagi melayakkan seseorang calon dipertimbangkan untuk dipanggil temu duga ialah 70% ke gred DS52, 75% ke gred DS54 dan 80% ke gred VK7. Manakala untuk kenaikan pangkat dalam Keadaan Istimewa dari gred DS45 ke gred DS54, markah minimum bagi melayakkan seseorang calon dipertimbangkan untuk dipanggil temuduga adalah 145%.

5.1 Kelulusan Akademik

5.1.1 Bagi calon dalam bidang-bidang di mana kelulusan di peringkat Ijazah Doktor Falsafah adalah biasa, calon hendaklah mempunyai Ijazah Ph.D atau setaraf. Manakala dalam bidang-bidang yang mana kelulusan Ijazah Doktor Falsafah adalah tidak biasa, kelulusan peringkat Ijazah Sarjana atau setaraf adalah memenuhi syarat kelulusan akademik yang dikehendaki. 10 markah akan diberi kepada calon yang memiliki ijazah Ph.D sebagai markah. Bagi calon yang mempunyai kelayakan IR akan diberikan 10 markah bonus.

5.2 Prestasi Kecemerlangan Akademik

5.2.1 Prestasi Kecemerlangan Akademik calon akan dinilai berdasarkan pencapaian yang cemerlang mengikut kriteria-kriteria berikut:

a) Pengajaran dan Penyeliaan, b) Penyelidikan dan Penerbitan,

c) Sanjungan dan Kepimpinan Akademik,

(11)

11

d) Khidmat Kepada Universiti/Masyarakat, e) Perundingan dan Jaringan Industri.

5.2.2 Kriteria di atas akan dinilai secara kuantiti dan kualiti. Selain dari kriteria- kriteria di atas, tahap kecemerlangan akademik juga ditentukan berdasarkan laporan Penilai Luar terhadap pencapaian calon-calon.

5.2.3 Hanya calon-calon yang memperoleh markah keseluruhan melebihi 70%

markah bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Kanan, 75%

markah bagi kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Madya dan 80%

markah bagi kenaikan pangkat ke jawatan Profesor sahaja akan diperakukan untuk ditemu duga ke jawatan-jawatan berkenaan.

5.2.4 Calon yang memohon ke jawatan Profesor Madya Gred DS54 perlu menamatkan dengan jayanya seorang pelajar sarjana (penyelidikan) ATAU 10 pelajar sarjana (Perdana) ATAU 3 pelajar Sarjana (Mixed Mode) sebagai Penyelia Utama. Bagi calon yang bukan daripada fakulti (tidak mempunyai program pascasiswazah seperti Pusat Bahasa Dan Pembangunan Insan), perlu menamatkan dengannya tiga (3) pelajar sarjana (penyelidikan) sebagai Penyelia Bersama.

5.2.5 Calon yang memohon ke jawatan Profesor Gred VK7 perlu menamatkan dengan jayanya:

ƒ Seorang pelajar PhD, DAN

ƒ Seorang pelajar sarjana (Penyelidikan) ATAU 2 pelajar DEng./DIT sebagai Penyelia Utama

(12)

12

5.2.5 Walau bagaimanapun, staf pada jawatan Pensyarah Gred DS45 yang mempunyai Ijazah Doktor Falsafah dianggap telah memenuhi 70%

markah keseluruhan bagi tujuan kenaikan pangkat ke Pensyarah Kanan Gred DS52, tertakluk kepada pengajian yang diluluskan oleh UTeM sahaja. Untuk kenaikan pangkat ke gred berikutnya, pencapaian calon akan dikira bermula daripada tarikh lantikan ke gred DS52.

5.2.6 Staf pada jawatan Pensyarah Gred DS45 tanpa Ijazah Doktor Falsafah dan akan bersara dalam tempoh 5 tahun dari umur bersara wajib, boleh dipertimbangkan untuk dinaikkan pangkat ke DS52 dengan syarat telah menghasilkan sekurang-kurangnya satu artikel jurnal indeks (ISI- WoS/SCOPUS) selaku penulis utama.

5.3 Prestasi Temu duga

Penilaian terakhir kenaikan pangkat akan dibuat melalui temu duga. Aspek- aspek yang dinilai semasa temu duga ialah ciri-ciri perwatakan dan kepimpinan, kebolehan berbincang, pengetahuan dalam bidang kepakaran dan pengetahuan am di samping laporan perakuan yang baik dari Penilai Luar. Keputusan temu duga adalah muktamad.

6.0 PROSEDUR PERMOHONAN

6.1 Calon perlu mengemukakan permohonan dengan menggunakan borang yang disediakan (berserta maklumat lain seperti yang ditetapkan) untuk kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Kanan, Profesor Madya dan Profesor Gred Khas C iaitu:-

(13)

13

a. Borang UTeM.NPA 1/2015 (Borang Permohonan) b. Borang UTeM.NPA 2/2015 (Borang Curriculum Vitae)

Borang-borang yang telah lengkap (berserta maklumat lain yang ditetapkan) perlu disediakan dalam 1 salinan hardcopy dan dalam 1 bentuk cd (softcopy).

Semua salinan hendaklah dimajukan kepada Pejabat Pendaftar melalui Dekan Fakulti.

6.2 Bagi peningkatan ke Gred Khas yang lebih tinggi, ia tidak memerlukan permohonan dari calon. Pihak pengurusan Universiti akan mengenal pasti calon-calon yang layak bagi peningkatan ini.

6.3 Permohonan untuk pertimbangan kenaikan pangkat staf akademik adalah terbuka sepanjang tahun. Sungguhpun demikian, kekerapan urusan kenaikan pangkat bagi satu-satu tahun akan ditetapkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia selaku urus setia.

6.4 Calon hendaklah mengemukakan permohonan melalui Dekan Fakulti pada bila- bila masa yang mereka fikirkan sesuai dan layak untuk dinaikkan pangkat.

6.5 Pihak Universiti akan memaklumkan tarikh bermula dan berakhir sesuatu urusan kenaikan pangkat. Carta alir prosedur urusan kenaikan pangkat DS52/DS54/VK7 adalah seperti di Lampiran 4.

7.0 PROSEDUR PENAPISAN

(14)

14

7.1 Calon yang layak dan mematuhi prosedur permohonan akan dipertimbangkan oleh Panel Penilai Peringkat Fakulti dan Panel Penilai Peringkat Universiti untuk ditemu duga.

7.2 Calon akan diberi markah berasaskan prestasi dan pencapaiannya dalam kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.

7.3 Calon hanya boleh menggunakan markah bonus (maksimum 10 markah yang mewakili 5% wajaran) satu kali sahaja di dalam proses permohonan kenaikan pangkat sepanjang tempoh perkhidmatan.

7.4 Calon yang membuat permohonan kali kedua tidak perlu membuat perkiraan sepenuhnya semula. Calon hanya perlu mengemukakan maklumat/data tambahan sahaja dalam permohonan kedua.

7.5 Untuk tujuan penapisan dan kenaikan pangkat ke jawatan yang dimohon, hanya prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik selepas pelantikan calon dalam jawatan semasa sahaja yang akan dinilai.

7.6 Pengerusi Jawatankuasa Pemilih akan melantik dua (2) Penilai Luar bagi calon yang memohon kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Madya. Bagi kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Gred Khas C (VK7), tiga (3) Penilai Luar akan dilantik di mana sekurang-kurangnya satu (1) mestilah Penilai Antarabangsa.

7.7 Penilai luar akan membuat penilaian terhadap kecemerlangan akademik calon.

Semua laporan Penilai Luar hendaklah sampai kepada Urus setia pada masa yang ditetapkan sebelum temu duga.

(15)

15

7.8 Calon yang gagal penapisan dan tidak dipanggil untuk temu duga dan calon- calon yang ditemu duga tetapi tidak berjaya yang ingin memohon sekali lagi perlu membuat permohonan semula.

7.9 Temu duga untuk kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Kanan dan Profesor Madya akan dilakukan oleh Jawatankuasa Pemilih bagi Jawatan Guru (Profesor Madya, Pensyarah, Jurutera Pengajar, Tutor dan Guru Bahasa) Selain Jawatan Kursi.

7.10 Temu duga untuk kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Gred Khas C akan dilakukan oleh Jawatankuasa Pemilih bagi maksud pelantikan ke suatu Kursi, dan pelantikan dan kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Kanan dan Profesor.

8.0 PANEL PENILAI PERINGKAT FAKULTI

8.1 Panel Penilai Peringkat Fakulti bagi jawatan Pensyarah Kanan dan Profesor Madya hendaklah terdiri daripada:-

a. Dekan sebagai Pengerusi

(dengan syarat Dekan telah pun menjawat jawatan Profesor Madya/Profesor dan sekiranya belum, ia hendaklah dipengerusikan oleh Profesor/Profesor Madya yang dilantik oleh Naib Canselor);

b. Sekurang-kurangnya 2 orang Profesor/Profesor Madya di Fakulti atau jika tiada (b);

(16)

16

c. Sekurang-kurangnya 2 orang Profesor/Profesor Madya dalam bidang kepakaran yang sama dengan calon sama ada dari Fakulti yang lain atau dari institusi luar.

8.2 Panel Penilai Fakulti bagi jawatan Profesor Gred Khas C hendaklah terdiri daripada:-

a. Dekan sebagai Pengerusi;

(dengan syarat Dekan telah pun menjawat jawatan Profesor dan sekiranya belum, ia hendaklah dipengerusikan oleh seorang Profesor yang dilantik oleh Naib Canselor);

b. 2 orang Profesor di Fakultinya; atau

c. 2 orang Profesor dari mana-mana Fakulti atau lain-lain penjawat Profesor Luar yang se-kepakaran dengan calon.

9.0 PANEL PENILAI PERINGKAT UNIVERSITI

9.1 Panel Penilai Peringkat Universiti bagi jawatan Pensyarah Kanan dan Profesor Madya hendaklah terdiri daripada:-

a. Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) sebagai Pengerusi;

b. Dua (2) ahli Senat yang berjawatan Profesor dan dilantik oleh Senat;

c. Dekan Fakulti sebagai ahli jemputan; dan d. Pendaftar sebagai Setiausaha.

(17)

17

9.2 Panel Penilai Peringkat Universiti bagi jawatan Profesor Gred Khas C hendaklah terdiri daripada:-

a. Naib Canselor sebagai Pengerusi;

b. Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi);

c. Dua (2) ahli Senat yang berjawatan Profesor dan dilantik oleh Senat;

d. Dekan Fakulti sebagai ahli jemputan; dan e. Pendaftar sebagai Setiausaha.

9.3 Jika perlu Naib Canselor boleh membentuk Panel Penilai Peringkat Universiti bagi jawatan Profesor (Gred Khas B dan A) mengikut budi bicaranya sendiri.

9.4 Senarai nama calon berjaya tapisan akan diserahkan kepada Naib Canselor untuk perakuan dipanggil temu duga.

10.0 JAWATANKUASA PEMILIH

10.1 Keanggotaan Jawatankuasa Pemilih Jawatan Guru Selain Jawatan Kursi (Profesor Madya, Pensyarah, Jurutera Pengajar, Tutor dan Guru Bahasa) adalah seperti mana yang ditetapkan oleh Statut Jawatankuasa Pemilih. Jawatankuasa ini bertanggungjawab menjalankan temu duga dan memperakukan kepada Majlis Eksekutif Universiti untuk kelulusan kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Kanan dan Profesor Madya. Senarai keanggotaan Jawatankuasa

(18)

18

Pemilih Jawatan Guru Selain Jawatan Kursi (Profesor Madya, Pensyarah, Jurutera Pengajar, Tutor dan Guru Bahasa) adalah seperti berikut :

a. Naib Canselor sebagai Pengerusi;

b. Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa);

c. Pendaftar;

d. Satu (1) ahli Senat yang berjawatan Profesor;

e. Dekan Fakulti atau wakil baginya jawatan itu diuntukkan; dan

f. Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia sebagai Setiausaha.

10.2 Keanggotaan Jawatankuasa Pemilih bagi maksud pelantikan ke suatu Kursi, dan pelantikan dan kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Kanan dan Profesor adalah seperti mana yang ditetapkan oleh Statut Jawatankuasa Pemilih.

Jawatankuasa ini bertanggungjawab menjalankan temu duga dan memperakukan kepada Lembaga Pengarah Universiti untuk kelulusan kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Gred Khas C. Senarai Keanggotaan Jawatankuasa Pemilih bagi maksud pelantikan ke suatu Kursi, dan pelantikan dan kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Kanan dan Profesor adalah seperti berikut :

a. Naib Canselor sebagai Pengerusi;

b. Dua (2) ahli Lembaga Pengarah Universiti yang dilantik oleh Lembaga Pengarah Universiti;

c. Dekan Fakulti atau wakil baginya jawatan itu diuntukkan;

d. Dua (2) ahli Senat yang berjawatan Profesor yang dilantik oleh Senat; dan e. Pendaftar sebagai Setiausaha.

11.0 PIHAK BERKUASA YANG MELULUSKAN KENAIKAN PANGKAT

(19)

19

11.1 Pihak berkuasa yang meluluskan kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Kanan (DS52) dan Profesor Madya (DS54) ialah Majlis Eksekutif Universiti dan keputusan akan dimaklumkan kepada Lembaga Pengarah Universiti untuk pengesahan.

11.2 Pihak berkuasa yang meluluskan kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Gred Khas C dan Gred Khas B ialah Lembaga Pengarah Universiti. Bagi peningkatan ke jawatan Gred Khas A adalah diluluskan oleh Y.B. Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.

12.0 RAYUAN

12.1 Hanya calon yang gagal dalam penilaian peringkat Universiti iaitu Panel Penilai Peringkat Universiti (PPPU) boleh merayu terhadap keputusan penilaian tersebut. Semua rayuan hendaklah dibuat secara bertulis kepada Naib Canselor dan mesti diputuskan sebelum urusan temu duga dijalankan. Sesalinan surat rayuan berkenaan perlu diserahkan kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

12.2 Calon yang gagal pada peringkat temu duga oleh Jawatankuasa Pemilih yang berkaitan tidak boleh merayu terhadap keputusan tersebut.

(20)

20

(21)

21

JADUAL 1:KRITERIA PENILAIAN DAN WAJARAN MARKAH KENAIKAN PANGKAT STAF AKADEMIK

Kategori DS45 ke DS52 DS51/52 ke DS54 DS54 ke VK7

Wajaran (W)

Cap Wajaran (W)

Cap Wajaran (W)

Cap

Pengajaran & Penyeliaan (P) 50% 150 40% 200 30% 250 Penyelidikan & Penerbitan

(Q) 20% 100 25% 150 30% 200

Sanjungan & Kepimpinan

Akademik (X) 10% 40 15% 70 20% 100

Khidmat kepada Universiti

dan Masyarakat (Y) 10% 80 10% 100 10% 120

Perundingan dan Jaringan

Industri (Z) 10% 20 10% 50 10% 80

Peratus markah minimum yang diperlukan untuk layak ditemu duga

70% 75% 80%

VK7 ke Gred Khas Yang Lebih Tinggi

Mencapai Tahap kecemerlangan Akademik Yang Terkemuka Mutunya

DS45 ke VK7 (Keadaan Istimewa)

Mencapai Tahap kecemerlangan Akademik Yang Sangat Luar Biasa Mutunya

DS51/DS52 ke VK7 (Keadaan Istimewa)

Mencapai Tahap kecemerlangan Akademik Yang Luar Biasa Mutunya

(22)

22 LAMPIRAN 1: ASPEK-ASPEK YANG DINILAI BAGI MENENTUKAN TAHAP

KECEMERLANGAN AKADEMIK UNTUK KENAIKAN PANGKAT STAF AKADEMIK UTeM

BIL KRITERIA

ASPEK-ASPEK YANG DINILAI

KUANTITI KUALITI

1. PENGAJARAN DAN PENYELIAAN

x Pengajaran 1. Beban tugas mengajar Program Perdana di peringkat Diploma, Ijazah Pertama dan Lepasan Ijazah

1. Kualiti bahan pengajaran yang digunakan (bahan kuliah dan sebagainya).

Termasuk keupayaan membangunkan bahan pengajaran baru atau pendekatan baru yang menjadi model.

2. Keupayaan mengajar mata pelajaran di peringkat Ijazah Lanjutan

2. Penyampaian pengajaran yang berkesan.

3. Beban tugas mengajar program bukan Perdana

3. Keupayaan mengajar berbagai mata pelajaran dalam bidang

pengkhususan

4. Perlaksanaan sistem penilaian yang teratur dan adil.

5. Perlaksanaan pengajaran yang terancang dan

tersusun mengikut masa yang ditetapkan

(23)

23 BIL KRITERIA

ASPEK-ASPEK YANG DINILAI

KUANTITI KUALITI

6. Kesediaan menghadapi masalah pelajar.

Nota:

7. Kebolehan membangunkan kurikulum.

Pengajaran boleh berupa

syarahan/kuliah, tutorial seminar dengan pelajar dan pengajaran di makmal/kerja

lapangan/studio/bengkel.

8. Pelajar mudah bertemu untuk

perundingan/perbincangan mengikut jadual yang ditetapkan.

x Penyeliaan 1. Bilangan projek pelajar Sarjana Muda yang diselia.

2. Kebolehan menyelia dan menilai tesis pelajar Kursus Lepas Ijazah

3. Keupayaan menyelia dan menilai tesis dalam berbagai tajuk dan bidang penyelidikan

Nota:

Penilaian kualiti pengajaran oleh pelajar akan diambil kira.

1. Kecepatan disertasi/tesis disiapkan

2. Penerbitan semua/bahagian

tertentu disertasi/tesis yang diselia.

2. PENYELIDIKAN DAN

PENERBITAN

(24)

24 BIL KRITERIA

ASPEK-ASPEK YANG DINILAI

KUANTITI KUALITI

x Penyelidikan 1. Bilangan dan jumlah geran yang diperoleh untuk Penyelidikan jangka panjang iaitu

penyelidikan IRPA dan/atau penyelidikan kontrak.

2. Bilangan dan jumlah geran yang diperoleh untuk penyelidikan jangka pendek.

3. Bilangan paten yang dihasilkan.

1. Penyelidikan yang menghasilkan ilmu atau kaedah baru

2. Penyelidikan yang menghasilkan produk/ciptaan baru.

3. Penyelidikan yang mendapat pengiktirafan dalam bentuk anugerah dan sebagainya.

x Penerbitan 1. Bilangan penerbitan ilmiah dalam bidang pengkhususan fakulti yang dihasilkan meliputi buku asli, artikel dalam jurnal, pembentangan kertas kerja, karya terjemahan, karya suntingan dan lain-lain penerbitan seperti kamus, monograph, laporan

penyelidikan dan penerbitan dalam bentuk audio visual (filem, CD & lain-lain).

2. Bilangan buku, artikel dan karya-karya ilmiah.

1. Keupayaan menulis buku asli iaitu buku akademik yang bersifat ilmiah atau buku teks di peringkat institusi pendidikan tinggi dan bernilai dari segi kegunaan sistem

pendidikan negara. Ini juga meliputi penulisan bab-bab dalam buku teks atau ensiklopedia atau buku akademik yang bersifat ilmiah.

2. Keupayaan menulis makalah atau artikel dalam jurnal bertaraf

antarabangsa atau refereed journal (sama ada jurnal tempatan atau jurnal luar

(25)

25 BIL KRITERIA

ASPEK-ASPEK YANG DINILAI

KUANTITI KUALITI

negara) dan jurnal-jurnal ilmiah.

3. Keupayaan menyedia dan membentangkan kertas kerja dalam

seminar/persidangan atau institusi peringkat

kebangsaan dan antarabangsa.

4. Tahap sumbangan dalam penerbitan mengikut keutamaan berikut : karya sendiri, karya bersama (mengikut % sumbangan), terjemahan sendiri, terjemahan

bersama, suntingan sendiri dan suntingan bersama.

5. Penulisan yang

menghasilkan pengiktirafan berbentuk anugerah.

3. Sanjungan Dan Kepimpinan

Akademik

x Sanjungan Akademik

1. Bilangan anugerah penghargaan yang diberikan untuk pencapaian yang cemerlang dalam bidang akademik sama ada di peringkat antarabangsa, kebangsaan mahupun Universiti.

1. Kepakaran dan bidang akademik yang diiktiraf oleh pihak Universiti dan juga luar yang menjadikan dirinya sebagai pakar rujuk.

(26)

26 BIL KRITERIA

ASPEK-ASPEK YANG DINILAI

KUANTITI KUALITI

2. Bilangan jemputan daripada persidangan/forum peringkat antarabangsa mahupun kebangsaan untuk menyampaikan ucaptama/ceramah/

Pembentangan kertas kerja.

3. Bilangan lantikan sebagai penilai program akademik, profesor pelawat dan penasihat kokurikulum.

4. Bilangan lantikan sebagai penilai kenaikan pangkat Pensyarah Universiti dan juga sebagai panel untuk viva program pasca

siswazah

5. Bilangan lantikan sebagai editor kepada prosiding peringkat antarabangsa mahupun kebangsaan.

2. Memberikan sumbangan kepada percambahan bidang ilmu sera pemantapan kurikulum pendidikan peringkat Universiti mahupun kebangsaan.

3. Dapat menentukan serta melatih pelapis kepada kepakarannya dalam memastikan kemajuan bidang tersebut.

x Kepimpinan Akademik

1. Bilangan anugerah yang diterima untuk kecemerlangan dalam bidang akademik dan juga penyelidikan dalam

pertandingan-pertandingan peringkat antarabangsa,

kebangsaan dan juga Universiti.

4. Khidmat Kepada Universiti/

Masyarakat

(27)

27 BIL KRITERIA

ASPEK-ASPEK YANG DINILAI

KUANTITI KUALITI

x Khidmat Kepada Universiti

1. Sumbangan peringkat Universiti yang meliputi:

a. Tugas-tugas sebagai Timbalan Naib Canselor, Dekan/Pengarah, Timbalan Dekan/Pengarah, Ketua Jabatan atau mana-mana jawatan yang dilantik oleh Naib Canselor.

b. Tugas-tugas sebagai ahli jawatankuasa/badan atau pasukan petugas, persatuan staf atau yang

seumpamanya di peringkat Universiti.

c. Tugas –tugas membantu pembangunan akademik dan sahsiah pelajar di peringkat universiti.

2. Sumbangan peringkat

Fakulti/Jabatan/Bahagian yang meliputi:

a. Tugas sebagai

Penyelaras/Ketua Unit atau yang setaraf dengannya yang dilantik oleh

Dekan/Pengarah.

1. Prestasi pentadbiran yang cemerlang melalui

pembaharuan- pembaharuan yang diperkenalkan yang telah memberi kesan positif yang signifikan.

2. Mempunyai inisiatif dan menyumbang kepada pembentukan polisi-polisi Universiti.

3. Sumbangan kepada kerja- kerja bercorak

keusahawanan untuk kepentingan Universiti.

4. Sumbangan kepada Universiti yang mendapat pengiktirafan berbentuk anugerah.

(28)

28 BIL KRITERIA

ASPEK-ASPEK YANG DINILAI

KUANTITI KUALITI

b. Tugas sebagai ahli jawatankuasa/badan atau pasukan petugas yang seumpamanya di peringkat fakulti/jabatan.

x Khidmat Kepada Masyarakat

1. Keahlian dalam badan-badan persatuan profesional, Lembaga Editor Jurnal dan yang lain seumpamanya.

2. Kegiatan dalam badan profesional/persatuan/

profesion yang diiktiraf atau dalam badan-badan bukan profesional.

3. Memberi caramah atau

menyertai forum akademik/bukan akademik.

4. Kerja-kerja amal, sukan dan kegiatan kreatif.

1. Memegang jawatan dan memberi sumbangan besar kepada pentadbiran atau hala tuju polisi pertubuhan- pertubuhan profesional dan badan akademik atau pertubuhan bukan profesional.

2. Keahlian dalam Lembaga Editor bagi jurnal-jurnal bertaraf antarabangsa atau refereed journal.

3. Berkhidmat dalam badan- badan penasihat kepada Kerajaan atau pertubuhan- pertubuhan masyarakat yang utama dan Pertubuhan Bukan Kerajaan.

4. Tahap pencapaian dalam kerja-kerja perundingan dari segi sumbangan kepada polisi awam atau lain-lain isu besar masyarakat.

5. Sumbangan kepada

masyarakat yang mendapat pengiktirafan berbentuk anugerah.

(29)

29

(30)

LAMPIRAN 2: PEMARKAHAN MENGIKUT KRITERIA KENAIKAN PANGKAT STAF AKADEMIK

BIL KOMPONEN MARKAH

KENAIKAN PANGKAT DARI GRED DS45 KE GRED DS52

KENAIKAN PANGKAT DARI GRED DS54 KE GRED DS54

KENA GRED

Pencapaian Tahunan

Markah

Keseluruhan Pencapaian Markah

Keseluruhan Penca

1.0 PENGAJARAN DAN PENYELIAAN

1.1 Pengajaran jam kredit jam kredit jam k

1 Jam Kredit =< 60 Pel 1.00 1 Jam Kredit 61 - 90 Pel 1.50 1 Jam Kredit => 91 Pel 2.00 1 Jam Kredit Amalan

Kejuruteraan 0.50

1 Jam Kredit (Pasca siswazah) 1.50

1.2

Latihan Industri Industrial Training

1 Pelajar 0.25

1.3 Penyeliaan Supervision

Projek Diploma 1.00

Bengkel Ijazah 0.20

1 PSM 1.50

Penyelia Bersama PSM 1.00

Penyelia Bahasa 0.50

(31)

BIL KOMPONEN MARKAH

KENAIKAN PANGKAT DARI GRED DS45 KE GRED DS52

KENAIKAN PANGKAT DARI GRED DS54 KE GRED DS54

KENA GRED

Pencapaian Tahunan

Markah

Keseluruhan Pencapaian Markah

Keseluruhan Penca

1 Sarjana - Peny. Utama 4.00

1 Sarjana - Peny. Bersama 2.00

1 Master - Coursework 1.75

1 Projek MBA 1.50

1 Master - Mixmode 2.25

1 PhD - Peny. Utama 6.00

1 PhD - Peny. Bersama 3.00

Postdoctorate/Sabbatical 2.00

1.4 Penasihat Akademik

<15 pelajar/ Tahun 1.00

≥ 15 pelajar/ Tahun 2.00

JUMLAH

2.0 PENYELIDIKAN &

PENERBITAN 2.1 Penyelidikan

KPT/Mosti Ketua Program 10.00

Ketua Projek 8.00

¦T

(32)

BIL KOMPONEN MARKAH

KENAIKAN PANGKAT DARI GRED DS45 KE GRED DS52

KENAIKAN PANGKAT DARI GRED DS54 KE GRED DS54

KENA GRED

Pencapaian Tahunan

Markah

Keseluruhan Pencapaian Markah

Keseluruhan Penca Ahli 3.00

Industri Ketua Projek 10.00

Ahli 3.00 Antarabangsa

Ketua Program 15.00 Ketua Projek 8.00

Ahli 5.00 UTeM

Ketua Projek 4.00

Ahli 2.00 Nonfunded

Ketua Projek 2.00

Ahli 1.00

BIL KOMPONEN MARKAH

KENAIKAN PANGKAT DARI GRED DS45 KE GRED DS52

KENAIKAN PANGKAT DARI GRED DS54 KE GRED DS54

KENA GRED

Pencapaian Tahunan

Markah

Keseluruhan Pencapaian Markah

Keseluruhan Penca 2.2 Inovasi / Innovation

(33)

BIL KOMPONEN MARKAH

KENAIKAN PANGKAT DARI GRED DS45 KE GRED DS52

KENAIKAN PANGKAT DARI GRED DS54 KE GRED DS54

KENA GRED

Pencapaian Tahunan

Markah

Keseluruhan Pencapaian Markah

Keseluruhan Penca

Harta Intelek

1 paten 8.00

1 paten yang difailkan 4.00

1 Hak Cipta 5.00

1 Rekabentuk 5.00

1 Tanda Dagangan 5.00

Pengkomersilan

1 Spin off Company 10.00 1 Product to Industry /

Community

5.00

1 Technology Licensing 5.00

2.3 Penerbitan

Jurnal

Indeks - Main Author 10.00

Co Author 3.00

Non Indeks - Main Author 5.00

Co Author 2.00

Monograf 2.00

Prosiding - Main Author 2.00

(34)

BIL KOMPONEN MARKAH

KENAIKAN PANGKAT DARI GRED DS45 KE GRED DS52

KENAIKAN PANGKAT DARI GRED DS54 KE GRED DS54

KENA GRED

Pencapaian Tahunan

Markah

Keseluruhan Pencapaian Markah

Keseluruhan Penca

Co Author 1.00

Buku Ilmiah - Main Author 20.00

Co Author 10.00

Bab dalam buku- Main Author 5.00

Co Author 3.00

Blog Ilmiah (Indexed) 3.00

2.4 Buku

Karya Asli/ Adaptasi

(Universiti) - UTeM/DBP - Main Author

10.00

Co Author 5.00

Penebit Lain - Main Author 5.00

Co Author's 3.00

Terjemahan - Main Author 10.00

Co Author 5.00

Buku-buku Lain

Karya kreatif - Main Author 2.00

Co Author 1.00

Sekolah Menengah - Main

Author 2.00

(35)

BIL KOMPONEN MARKAH

KENAIKAN PANGKAT DARI GRED DS45 KE GRED DS52

KENAIKAN PANGKAT DARI GRED DS54 KE GRED DS54

KENA GRED

Pencapaian Tahunan

Markah

Keseluruhan Pencapaian Markah

Keseluruhan Penca

Co Author 1.00

Sekolah Rendah / Prasekolah

- Main Author 1.00

Co Author 0.50

CAI/Multimedia/Courseware -

Main Author 2.00

Co Author 1.00

Laporan/Kertas Dasar - Main

Author 2.00

Co Author 1.00

Makalah - Main Author 1.00

Co Author 0.50

2.5 Universiti

Modul/Nota/Edisi Fast Print 2.00 U-Learn 2.00

Modul (Tajuk sama, lain edisi) 0.50

Solution manual 0.50

CAI/Multimedia/Courseware / E-Learning

4.00

Penerbitan Khas - Ketua 2.00

(36)

BIL KOMPONEN MARKAH

KENAIKAN PANGKAT DARI GRED DS45 KE GRED DS52

KENAIKAN PANGKAT DARI GRED DS54 KE GRED DS54

KENA GRED

Pencapaian Tahunan

Markah

Keseluruhan Pencapaian Markah

Keseluruhan Penca Editor / Editor

Editor / Penulis 1.00

JUMLAH

3.0 SANJUNGAN DAN KEPIMPINAN AKADEMIK SANJUNGAN

3.1 Anugerah Akademik Negara 10.00

Anugerah Akademik Universiti 5.00 Anugerah Perkhidmatan

Cemerlang 3.00

Sijil Penghargaan Akademik

Negara 5.00

Sijil Penghargaan Akademik

Universiti 2.50

3.2 Persidangan

Ucaptama atau Plenari

Antarabangsa 5.00

Ucaptama atau Plenari

Kebangsaan 3.00

¦T

(37)

BIL KOMPONEN MARKAH

KENAIKAN PANGKAT DARI GRED DS45 KE GRED DS52

KENAIKAN PANGKAT DARI GRED DS54 KE GRED DS54

KENA GRED

Pencapaian Tahunan

Markah

Keseluruhan Pencapaian Markah

Keseluruhan Penca Forum /Bengkel/Plenari

Akademik

Antarabangsa 3.00

Kebangsaan 2.00

Ceramah Akademik

Antarabangsa 2.00

Kebangsaan 1.00

3.3 Kesarjanaan

Penyandang Kursi 10.00

Profesor Pelawat

(Antarabangsa) 8.00

Profesor Pelawat (Kebangsaan) 4.00 Pemeriksa Luar Program

Akademik 5.00

Penilai Jemputan

(Antarabangsa) 4.00

Penilai Jemputan (Kebangsaan) (MQA/EAC/KPT/MOSTI/JPA/K PM)

2.00

Penasihat Kurikulum Program

Luar 2.00

Penasihat Agensi/Kementerian 4.00

(38)

BIL KOMPONEN MARKAH

KENAIKAN PANGKAT DARI GRED DS45 KE GRED DS52

KENAIKAN PANGKAT DARI GRED DS54 KE GRED DS54

KENA GRED

Pencapaian Tahunan

Markah

Keseluruhan Pencapaian Markah

Keseluruhan Penca

3.4 Penilai Luar Kenaikan Pangkat

Profesor 3.00

Profesor Madya 2.00

Pengerusi Panel VIVA

PhD 3.00

Sarjana 2.00

3.5 Jawatankuasa Badan Profesional / Institusi Luar Antarabangsa

Pengerusi 10.00

Ahli 5.00

Kebangsaan

Pengerusi 5.00

Ahli 3.00

3.6 Sanjungan Penerbitan

Editor Jurnal Berindeks 10.00

Editor Jurnal 5.00

Penilai Jurnal Berindeks 4.00

Penilai Jurnal 2.00

(39)

BIL KOMPONEN MARKAH

KENAIKAN PANGKAT DARI GRED DS45 KE GRED DS52

KENAIKAN PANGKAT DARI GRED DS54 KE GRED DS54

KENA GRED

Pencapaian Tahunan

Markah

Keseluruhan Pencapaian Markah

Keseluruhan Penca Penilai Artikel jurnal 0.50

Penilai Manuskrip Buku 5.00

Penilai Bab Buku 2.00 3.7 Sanjungan Persidangan

Editor/Pengerusi Prosiding

Persidangan Antarabangsa 5.00

Penilai prosiding Persidangan

Antarabangsa 2.00

Editor/Pengerusi Prosiding

Persidangan Kebangsaan 3.00

Penilai Prosiding Persidangan

Kebangsaan 2.00

Pengerusi Sesi 1.00

3.8 Pemeriksa / Penilai Tesis Pascasiswazah

Pemeriksa PhD 4.00

Pemeriksa Sarjana 3.00

Pemeriksa Sarjana Msc (Mixed

Mode) 1.50

Penilai Sarjana Msc (Kerja

Kursus) 1.50

Penilai Projek MBA 1.50

(40)

BIL KOMPONEN MARKAH

KENAIKAN PANGKAT DARI GRED DS45 KE GRED DS52

KENAIKAN PANGKAT DARI GRED DS54 KE GRED DS54

KENA GRED

Pencapaian Tahunan

Markah

Keseluruhan Pencapaian Markah

Keseluruhan Penca

JUMLAH

BIL KOMPONEN MARKAH

KENAIKAN PANGKAT DARI GRED DS45 KE GRED DS52

KENAIKAN PANGKAT DARI GRED DS54 KE GRED DS54

KENA GRED Pencapaian

Tahunan

Markah

Keseluruhan Pencapaian Markah

Keseluruhan Penca

4.0

KHIDMAT KEPADA UNIVERSITI DAN MASYARAKAT 4.1 Universiti

Pentadbiran (per surat lantikan)

Naib Canselor 20.00

Timbalan Naib Canselor 15.00

Penolong Naib Canselor 12.00

Dekan/Ketua PTj/Pengarah 10.00

Timbalan Dekan/Timbalan

Pengarah 6.00

Ketua Jabatan / Ketua Pusat

Sukan 4.00

Penyelaras

PPS/COE/K.Insaniah 3.00

Pegawai Pinjaman (UTeM) 3.50

¦C

(41)

BIL KOMPONEN MARKAH

KENAIKAN PANGKAT DARI GRED DS45 KE GRED DS52

KENAIKAN PANGKAT DARI GRED DS54 KE GRED DS54

KENA GRED

Pencapaian Tahunan

Markah

Keseluruhan Pencapaian Markah

Keseluruhan Penca Pegawai Pinjaman (Agensi

Luar) 5.00

Penyelaras Mata Pelajaran

< 200 pelajar 0.50

201 - 500 pelajar 1.00

> 500 pelajar 2.00

Pengurus Makmal 3.00

Pengetua Kolej 6.00

Fellow Kolej Kediaman 2.00 4.2 Keanggotaan Jawatankuasa

(Akademik)

Antarabangsa

Pengerusi 10.00

Ahli 5.00

Kebangsaan

Pengerusi 8.00

Ahli 4.00

Universiti

Pengerusi 6.00

Ahli 3.00

(42)

BIL KOMPONEN MARKAH

KENAIKAN PANGKAT DARI GRED DS45 KE GRED DS52

KENAIKAN PANGKAT DARI GRED DS54 KE GRED DS54

KENA GRED

Pencapaian Tahunan

Markah

Keseluruhan Pencapaian Markah

Keseluruhan Penca Pusat Tanggungjawab (PTj)

Pengerusi 2.00 Ahli 1.00 4.3 Anugerah Akademik

Emas (Antarabangsa) 5.00 Emas (Kebangsaan) 3.00 Emas (UTeM) 2.00 Perak (Antarabangsa) 4.00 Perak (Kebangsaan) 2.00 Perak (UTeM) 1.00 Gangsa (Antarabangsa) 2.00 Gangsa (Kebangsaan) 1.00 Gangsa (UTeM) 0.50 Sijil Penghargaan Penyelidikan 2.00 Sijil Penyertaan Pameran

Penyelidikan (Antarabangsa) 2.00 Sijil Penyertaan Pameran

Penyelidikan (Kebangsaan) 1.00 Sijil Penyertaan Pameran

Penyelidikan (UTeM) 0.50

(43)

BIL KOMPONEN MARKAH

KENAIKAN PANGKAT DARI GRED DS45 KE GRED DS52

KENAIKAN PANGKAT DARI GRED DS54 KE GRED DS54

KENA GRED

Pencapaian Tahunan

Markah

Keseluruhan Pencapaian Markah

Keseluruhan Penca Kertas Terbaik (mengikut

kategori) 3.00 Pembentang Terbaik 3.00 Poster Terbaik 2.00 4.4 Sukan

Antarabangsa Pemain/Jurulatih 4.00 Kebangsaan Pemain/Jurulatih 2.00 4.5 Masyarakat

Keanggotaan Jawatankuasa (Bukan Akademik)

Antarabangsa - Pengerusi 4.00

- Ahli 2.00

Kebangsaan - Pengerusi 3.00

- Ahli 1.00

Penilai/Hakim

Antarabangsa 4.00

Kebangsaan/Negeri 2.00

Penceramah Antarabangsa 2.00

(44)

BIL KOMPONEN MARKAH

KENAIKAN PANGKAT DARI GRED DS45 KE GRED DS52

KENAIKAN PANGKAT DARI GRED DS54 KE GRED DS54

KENA GRED

Pencapaian Tahunan

Markah

Keseluruhan Pencapaian Markah

Keseluruhan Penca

Kebangsaan/Negeri 1.00

4.6

Lain-lain aktiviti yang mempunyai impak kpd masyarakat yang diiktiraf oleh Universiti

0.50

JUMLAH

5.0 PERUNDINGAN DAN JARINGAN INDUSTRI 5.1 Program

Program Pesisir/Eksekutif

Penyelaras Program 3.00

Pengajaran / per kredit

(termasuk MBA) 1.00

Projek (Sarjana) / per pelajar

(tidak termasuk MBA) 1.50

Rujukan Industri /Agensi Kerajaan / Berkanun

¦

W

(45)

BIL KOMPONEN MARKAH

KENAIKAN PANGKAT DARI GRED DS45 KE GRED DS52

KENAIKAN PANGKAT DARI GRED DS54 KE GRED DS54

KENA GRED

Pencapaian Tahunan

Markah

Keseluruhan Pencapaian Markah

Keseluruhan Penca

Kepakaran staf 5.00

Penyeliaan Pengunaan Alatan 2.00 5.2 Program Kerjasama (MOU /

MOA)

Industri / Syarikat (Ketua Penuh

Ahli Separuh) 10.00

Agensi Awam 8.00

Kursus Pendek / Sijil Profesional / Umum

Penyelaras 5.00

Pengajar 3.00

5.3 Keahlian

> RM1 Juta -Penemu 10.00

-Ketua 8.00

-Ahli 7.00

RM500K - RM999K - Penemu 8.00

-Ketua 6.00

- Ahli 5.00

RM100K - RM499K - Penemu 6.00

- Ketua 4.00

(46)

BIL KOMPONEN MARKAH

KENAIKAN PANGKAT DARI GRED DS45 KE GRED DS52

KENAIKAN PANGKAT DARI GRED DS54 KE GRED DS54

KENA GRED

Pencapaian Tahunan

Markah

Keseluruhan Pencapaian Markah

Keseluruhan Penca

- Ahli 3.00

RM50K - RM99K - Penemu 4.00

- Ketua 3.00

- Ahli 2.00

< RM49K - Penemu 2.00

- Ketua 1.50

- Ahli 1.00

Rujukan Industri

Universiti / Institusi 6.00

Penasihat Industri 8.00

5.4 Sangkut Industri > 6 bulan 10.00 minimum 3 bulan 5.00

JUMLAH

6.0 BONUS (Maksimum 10 markah)

PhD 10.00

Ir / Professional Body 10.00 Citation > 50 5.00

(47)

BIL KOMPONEN MARKAH

KENAIKAN PANGKAT DARI GRED DS45 KE GRED DS52

KENAIKAN PANGKAT DARI GRED DS54 KE GRED DS54

KENA GRED

Pencapaian Tahunan

Markah

Keseluruhan Pencapaian Markah

Keseluruhan Penca Cumulative Impact Factor > 5 5.00

JUMLAH

(48)

48

LAMPIRAN 3:

GLOSARI PEMARKAHAN

(49)

49 1. TABURAN MARKAH DAN PENILAIAN BAGI KRITERIA PENGAJARAN DAN

PENYELIAAN WAJARAN SUB

KRITERIA

PERKARA YANG DINILAI Nota:

DS52 – 50%

DS54 – 40%

VK7 – 30%

Pengajaran 1.00 markah untuk setiap jam kredit kuliah bagi kelas kurang dari 60 orang pelajar 1.50 markah untuk setiap jam kredit kuliah

bagi kelas antara 60-90 orang pelajar 2.00 markah untuk setiap jam kredit kuliah bagi kelas lebih dari 90 orang pelajar 0.50 markah untuk setiap jam kredit bagi

Amalan Kejuruteraan

1.50 markah untuk setiap jam kredit bagi Pasca Siswazah

Latihan Industri

0.25 markah bagi setiap pelajar

Penyeliaan

1.00 markah untuk Projek Diploma

0.20 markah untuk Bengkel Ijazah Markah diberi per pelajar.

Hanya kepada calon FTMK sahaja.

1.50 markah untuk Penyelia Utama Projek Sarjana Muda (PSM)

1.00 markah untuk Penyelia Bersama PSM Markah hanya bagi staf PBPI 0.50 markah untuk Penyelia Bahasa

4.00 markah untuk Penyelia Utama / Main Supervisor pelajar Sarjana*

Hanya untuk penyeliaan bagi pelajar yang sedang dalam pengajian dan juga telah tamat dengan jayanya.

2.00 markah untuk Penyelia Bersama / Co- Supervisor pelajar Sarjana termasuk UA lain

1.75 markah untuk Penyelia course work pelajar Master*

Referensi

Dokumen terkait