• Tidak ada hasil yang ditemukan

Edisi Kedua Cetakan Pertama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, 2012

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Edisi Kedua Cetakan Pertama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, 2012"

Copied!
52
0
0

Teks penuh

(1)
(2)
(3)
(4)

Edisi Kedua Cetakan Pertama 2012

© Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, 2012

Hak Cipta Terpelihara. Tiada bahagian dalam penerbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia. Laporan ini diterbitkan untuk Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia oleh Penerbit UiTM, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Garis panduan : pelantikan & kenaikan pangkat ke jawatan profesor di Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia. - Ed. ke-2

ISBN 978-967-363-394-4

1. College teachers--Employment--Malaysia.

2. College teachers--Selection and appointment--Malaysia. 378.1209595

Dicetak di Malaysia oleh : CARD INFORMATION SDN. BHD. 49, Jalan 31/10A,

Taman Perindustrian IKS, Mukim Batu, 68100 Kuala Lumpur, Malaysia.

(5)

Kandungan

Senarai Akronim Jadual Carta vii ix xi Kata Alu-aluan

Menteri Pengajian Tinggi

Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi

xiii xv xvii Prakata xix 1. Prinsip Utama 1 2. Kesarjanaan Komponen Kesarjanaan 34

3. Pelantikan dan Kenaikan Pangkat ke Jawatan Profesor Kriteria Pelantikan dan Kenaikan Pangkat ke Jawatan Profesor (pendekatan lazim)

Kriteria Pelantikan dan Kenaikan Pangkat ke Jawatan Profesor (pendekatan libat sama universiti dan industri)

Kriteria Pelantikan dan Kenaikan Pangkat ke Jawatan Profesor bagi Staf Akademik yang Dipinjamkan ke Agensi dan Industri Kriteria Pelantikan dan Kenaikan Pangkat Staf Industri ke Jawatan Profesor di Universiti

Proses dan Prosedur

5 6 16 17 21 23 4. Profesor Ulung (Distinguished Professor)

Profil

Kriteria, Proses dan Prosedur Kenaikan Pangkat Profesor Ulung 27 27 28

(6)
(7)

Senarai Akronim

CSR

Corporate Social Responsibility

IPT

Institusi Pengajian Tinggi

IPTA

Institusi Pengajian Tinggi Awam

IPTS

Institusi Pengajian Tinggi Swasta

ISI

Institute for Scientific Information

JK

Jawatankuasa

JPT

Jabatan Pengajian Tinggi

JPU

Jawatankuasa Penilai Universiti

KPT

Kementerian Pengajian Tinggi

LGU

Lembaga Gabenor Universiti

LPU

Lembaga Pengarah Universiti

(8)
(9)

Jadual 1: Kriteria Utama dan Wajaran/Peratusan

Markah

7

Jadual 2: Garis Dasar Kriteria

8-13

Jadual 3: Contoh Subbidang

15

Jadual 4: Kriteria Utama dan Wajaran Peminjaman

Yang Berteraskan Tugasan Akademik

17

Jadual 5: Peminjaman Berteraskan Aktiviti/Tugasan

di Agensi Luar

18

Jadual 6: Peminjaman Berteraskan Aktiviti/Tugasan

di Industri

19-20

Jadual 7: Kriteria Pelantikan dan Kenaikan Pangkat

Staf Industri ke Jawatan Profesor di

Universiti

21-22

Jadual 8: Kriteria Profesor Ulung

28-29

(10)
(11)

Carta 1:

Carta Alir Proses Kerja Pelantikan dan

Kenaikan Pangkat ke Jawatan Profesor

24-26

Carta 2:

Carta Alir Proses Kerja Pelantikan dan

Kenaikan Pangkat ke Jawatan Profesor

Ulung

30

Senarai Carta

(12)
(13)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Kehebatan sebuah sistem serta institusi pendidikan tinggi negara bergantung pada kredibiliti dan kewibawaan para profesornya. Malah di negara-negara yang sistem pendidikannya sudah mantap, kredibiliti dan kewibawaan para profesor adalah teras tradisi kegemilangan dan kecemerlangan pendidikan tinggi. Kredibiliti dan wibawa para profesor ini pula bertaut erat dengan prosedur pelantikan dan kenaikan pangkat yang konsisten, telus dan memperlihatkan ciri-ciri akauntabiliti.

Dalam arus perubahan landskap pendidikan global, Malaysia perlu memperkenalkan langkah-langkah sesuai untuk memantapkan sistem dan institusi pendidikan tingginya supaya ia dihormati komuniti ilmuan dunia. Justeru, satu Garis Panduan Pelantikan dan Kenaikan Pangkat ke Jawatan Profesor di Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia disediakan untuk memelihara dan memartabatkan kredibiliti akademik dan kesarjanaan para profesor di negara ini. Garis panduan ini menjelaskan tentang proses, prosedur dan kriteria pelantikan dan kenaikan pangkat ke jawatan profesor serta Profesor Ulung.

Saya percaya garis panduan yang telah disediakan ini bukan sahaja dapat memelihara kewibawaan dan komitmen keilmuan sektor pengajian tinggi nasional malah meletakkan nama Malaysia di arena antarabangsa. Pemakaian garis panduan ini akan mengawal penggunaan gelaran profesor serta dapat menjaga imej para profesor di negara kita. Usaha untuk menyempurnakan garis panduan ini telah membabitkan banyak pihak. Sewajarnya saya merakamkan penghargaan dan mengucapkan syabas kepada semua yang terlibat.

Akhir kata, saya berharap Garis Panduan Pelantikan dan Kenaikan Pangkat ke Jawatan Profesor di Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia ini akan diguna pakai di semua institusi pengajian tinggi di Malaysia demi mengukuhkan usaha Malaysia untuk menjadi hab pengajian tinggi serantau dan antarabangsa.

Wassalam.

iii

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Kehebatan sebuah sistem serta institusi pendidikan tinggi negara bergantung kepada kredibiliti dan kewibawaan para profesornya. Malah di negara-negara yang sistem pendidikannya sudah mantap, kredibiliti dan kewibawaan para profesor adalah teras tradisi kegemilangan dan kecemerlangan pendidikan tinggi. Kredibiliti dan wibawa para profesor ini pula bertaut erat dengan prosedur pelantikan dan kenaikan pangkat yang konsisten, telus dan memperlihatkan ciri-ciri akuntabiliti.

Dalam arus perubahan landskap pendidikan global, Malaysia perlu memperkenalkan langkah-langkah sesuai untuk memantapkan sistem dan institusi pendidikan tingginya supaya ia dihormati komuniti ilmuan dunia. Justeru, satu Garis Panduan Pelantikan dan Kenaikan Pangkat ke Jawatan Profesor di Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia disediakan untuk memelihara dan memartabatkan kredibiliti akademik dan kesarjanaan para profesor di negara ini. Garis panduan ini menjelaskan tentang proses, prosedur dan kriteria pelantikan dan kenaikan pangkat ke jawatan profesor serta Profesor Ulung.

Saya percaya garis panduan yang telah disediakan ini bukan sahaja dapat memelihara kewibawaan dan komitmen keilmuan sektor pengajian tinggi nasional malah meletakkan nama Malaysia di arena antarabangsa. Pemakaian garis panduan ini akan mengawal penggunaan gelaran profesor serta dapat menjaga imej para profesor di negara kita. Usaha untuk menyempurnakan garis panduan ini telah membabitkan banyak pihak. Sewajarnya saya merakamkan penghargaan dan mengucapkan syabas kepada semua yang terlibat.

Akhir kata, saya berharap Garis Panduan Pelantikan dan Kenaikan Pangkat ke Jawatan Profesor di Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia ini akan diguna pakai di semua institusi pengajian tinggi di Malaysia demi mengukuhkan usaha Malaysia untuk menjadi hab pengajian tinggi serantau dan antarabangsa.

Wassalam.

DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN

Kata Pengantar

Menteri Pengajian Tinggi

DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN

Kata Alu-aluan

(14)
(15)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Kementerian Pengajian Tinggi sentiasa memberi penekanan terhadap usaha menambah baik imej serta kualiti pengajian tinggi negara. Justeru pelbagai inisiatif telah dilaksanakan dari semasa ke semasa untuk mengukuhkan inisiatif sedia ada dan salah satu daripadanya adalah melalui Garis Panduan Pelantikan dan Kenaikan Pangkat ke Jawatan Profesor di Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia.

Dari segi pelaksanaan di peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT), garis panduan ini memainkan peranan yang sangat penting dalam menetapkan tanda aras minimum bagi urusan pelantikan dan kenaikan pangkat ke jawatan profesor. Dengan adanya garis panduan ini, Kementerian yakin penggunaan gelaran profesor di negara ini tidak dipersoalkan oleh mana-mana pihak dan pada masa yang sama menjaga imej dan kewibawaan seseorang profesor supaya sentiasa dipandang tinggi oleh masyarakat. Selain itu, diharapkan juga garis panduan ini akan menjadi rujukan dan dipatuhi oleh semua IPT awam dan swasta demi menjaga imej dan kualiti pengajian tinggi negara, selaras dengan aspirasi Kementerian ini untuk menjadikan Malaysia sebagai hab kecemerlangan pengajian tinggi.

Akhir kata, sekali lagi ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam usaha menyediakan garis panduan ini. Semoga agenda pengajian tinggi negara akan terlaksana dengan jayanya melalui komitmen tinggi yang diberikan oleh semua pihak.

Sekian.

DATUK AB. RAHIM BIN MD. NOOR

Kata Alu-aluan

Ketua Setiausaha

Kementerian Pengajian Tinggi

(16)
(17)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT atas penerbitan edisi ke-2 Garis Panduan Pelantikan dan Kenaikan Pangkat ke Jawatan Profesor di Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia. Sekalung penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam penyediaan garis panduan ini.

Ahli akademik, khususnya golongan profesor sering dipandang sebagai modal insan yang berkepakaran, berkedudukan di barisan paling hadapan yang menyumbang sebagai pemikir negara. Selain menjadi pemimpin akademik di universiti, golongan ini mempunyai tanggungjawab besar untuk sentiasa bersedia berkongsi idea demi kebaikan negara. Malahan, golongan ini turut bertanggungjawab membawa imej negara di persada antarabangsa. Atas faktor tersebut, penganugerahan gelaran profesor di institusi pengajian tinggi perlulah dilakukan sehalus mungkin bagi memastikan proses tersebut dilakukan dengan telus, adil dan berintegriti.

Garis Panduan Pelantikan dan Kenaikan Pangkat ke Jawatan Profesor di Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia ini menetapkan tanda aras minimum pelantikan dan kenaikan pangkat pensyarah institusi pengajian tinggi (IPT), termasuk yang dipinjamkan. Kita mahu memastikan bahawa pelantikan dan kenaikan pangkat pensyarah adalah berdasarkan merit yang disandarkan kepada kesarjanaan dan keilmuan seseorang pensyarah. Usaha ini dilihat mampu meningkatkan keyakinan awam terhadap kredibiliti akademik negara, termasuk di mata masyarakat antarabangsa, selaras dengan usaha menjadikan Malaysia sebagai hab kecemerlangan pengajian tinggi dunia.

Wassalam.

DATO’ PROF. DR. RUJHAN BIN MUSTAFA

Kata Alu-aluan

Ketua Pengarah

Jabatan Pengajian Tinggi

(18)
(19)

Prakata

Edisi kedua Garis Panduan Pelantikan dan Kenaikan Pangkat ke Jawatan Profesor di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (IPT) ini memperincikan garis panduan yang perlu diguna pakai bagi memudah cara proses pelantikan dan kenaikan pangkat ke jawatan Profesor di IPT.

Komponen utama garis panduan ini dihurai di bawah tajuk Pelantikan dan Kenaikan Pangkat ke Jawatan Profesor serta Kenaikan Pangkat ke Profesor Ulung. Profil Profesor dan kriteria kenaikan pangkat atau pelantikan dihuraikan mengikut kategori berkaitan. Selain itu, proses dan prosedur turut diperincikan di bahagian tersebut.

Edisi kedua ini turut memperkenalkan pelantikan dan kenaikan pangkat ke jawatan Profesor bagi staf akademik yang dipinjamkan ke agensi dan industri serta pelantikan dan seterusnya kenaikan pangkat staf industri ke jawatan Profesor di universiti.

Setiap pensyarah mempunyai dua laluan kerjaya untuk kenaikan pangkat ke jawatan Profesor. Laluan pertama adalah melalui laluan lazim iaitu menjadi pensyarah kanan dan Profesor Madya terlebih dahulu manakala laluan kedua adalah laluan khas iaitu daripada pensyarah atau pensyarah kanan terus ke jawatan Profesor.

Penilaian kenaikan pangkat ke jawatan Profesor boleh dilaksanakan melalui salah satu daripada tiga (3) pendekatan berikut:

1. Penyelidikan dan penerbitan; atau 2. Pengajaran dan penyeliaan; atau

3. Libat sama agensi/industri dan peminjaman.

Mana-mana Profesor layak dipertimbangkan untuk kenaikan gred dan jawatan Profesor Ulung mengikut peraturan dan prosedur dalam Garis Panduan ini.

(20)
(21)

Prinsip utama yang menjadi asas penyediaan garis panduan ini

ialah:

(a) Autonomi dan akauntabiliti Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

dipertahankan bagi melaksanakan kesetaraan dalam kriteria,

prosedur, proses dan mekanisme;

(b) Proses dan prosedur pelantikan dan kenaikan pangkat

jawatan profesor mesti bersifat telus, adil dan mengikut masa

yang ditetapkan;

(c) Kelompok utama kriteria ditetapkan untuk mencerminkan

kesetaraan pertimbangan pelantikan dan kenaikan pangkat

ke jawatan profesor, namun pemberat atau wajaran setiap

kriteria dalam lingkungan yang ditetapkan, boleh mengikut

keperluan IPT;

(d) Suatu titik pertemuan diusahakan dalam kalangan Institusi

Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi

(22)

2

Garis Panduan Pelantikandan kenaikan PanGkat Jawatan Profesor

Swasta (IPTS) bagi kriteria, proses dan prosedur pelantikan

dan kenaikan pangkat jawatan profesor di IPT; dan

(e) Garis dasar umum kriteria untuk semua IPT ditetapkan bagi

menjamin kewibawaan dan kesarjanaan profesor.

(23)

Mercu pencapaian seseorang akademik adalah menjadi seorang

profesor yang berwibawa dan tersohor dalam bidang

masing-masing. Untuk mengekalkan kewibawaannya dan kesohorannya

setiap profesor mestilah:

(a) Menyumbang secara berterusan dalam bidang kepakarannya;

(b) Terus menerus menunjukkan kesarjanaannya melalui

kegiatan dan sumbangan signifikan yang merentasi bidang

kepakarannya dan memberi kesan kepada masyarakat

umum;

(c) Memperagakan keintelektualannya melalui pemikiran

bernas dan saranan tindakan strategik untuk isu kemanusiaan

sejagat; dan

(d) Transformasi seorang profesor kepada seorang sarjana

memerlukan pembinaan dan pemantapan suatu budaya

kesarjanaan.

(24)

4

Garis Panduan Pelantikandan kenaikan PanGkat Jawatan Profesor

KOMPONEN KESARJANAAN

Dua komponen utama kesarjanaan yang diperlukan untuk

membina tahap kemantapan budaya kesarjanaan yang wujud

dalam dunia ilmiah negara, khususnya dalam IPT adalah seperti

berikut:

(a) Komponen nilai: etika, integriti, disiplin dan inovasi; dan

(b) Komponen aktiviti: pengajaran, penyeliaan, penyelidikan dan

inovasi, persidangan, penerbitan, perundingan, kepimpinan

dan keserakanan, jaringan, khidmat masyarakat dan

sanjungan.

(25)

Seorang profesor mesti terbukti ketokohan kesarjanaannya

melalui:

(a) Produktiviti dalam bidang akademik, terutamanya penulisan

dan penyelidikan dalam bidang kepakarannya;

(b) Menerima sanjungan daripada kelompok kesepakaran (

peer

group

) pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa;

(c) Mempunyai jaringan kebangsaan dan antarabangsa yang

luas dan mendalam (

breadth and depth

) dalam kelompok

kesepakaran;

(d) Prestasi cemerlang sebagai pemimpin akademik dan

pemimpin pentadbiran akademik; dan

(e) Mempamerkan sifat keserakanan yang tinggi dalam komuniti

akademiknya.

P

elantiKan

dan

K

enaiKan

P

angKat

Ke

j

awatan

P

rofesor

(26)

6

Garis Panduan Pelantikandan kenaikan PanGkat Jawatan Profesor

KRITERIA PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANgKAT KE

JAwATAN PROFESOR (PENDEKATAN LAzIM)

Lima kriteria yang perlu diguna pakai adalah seperti berikut:

(a) Penyelidikan dan penerbitan;

(b) Pengajaran dan penyeliaan;

(c) Sanjungan akademik dan kepimpinan akademik;

(d) Khidmat kepada universiti dan masyarakat; dan

(e) Perundingan/jaringan industri/klinikal.

Taburan kriteria utama dan wajaran yang berkaitan adalah

seperti dalam Jadual 1, sementara Jadual 2 memperincikan

kriteria mandatori (mesti ada) mengikut bidang. Dalam Jadual 3,

disenaraikan contoh-contoh subbidang untuk setiap bidang Sains

dan Teknologi, Sains Sosial dan Kemanusiaan, dan klinikal.

(27)

7

Pelantikandan kenaikan Pangkatke Jawatan Profesor

Jadual 1:

Kriteria Utama dan wajaran/Peratusan Markah

BIL.

KRITERIA

WAJARAN (%)

a.

Penyelidikan dan penerbitan

30-40

b.

Pengajaran dan penyeliaan

30-40

c.

Sanjungan akademik dan kepimpinan

akademik

10-20

d.

Khidmat kepada universiti dan masyarakat

5-15

e.

Perundingan/jaringan industri/klinikal

5-15

JUMLAH

100

Nota: Rujuk syarat di bawah

Syarat:

(a) Menepati lima (5) kriteria mengikut wajaran yang ditetapkan.

(b) Mencapai 80 peratus wajaran kriteria untuk layak

mengemukakan permohonan.

(c) Peratusan minimum untuk kriteria (1) dan (2) ditetapkan pada

30 peratus setiap satu.

(d) Bagi pelantikan ke Profesor Gred Khas B dan A, pencapaian

kriteria bersifat kumulatif tetapi pencapaian hendaklah

dikira selepas pelantikan atau kenaikan pangkat ke jawatan

Profesor Gred Khas C.

(e) Memberikan setiap IPT keluwesan (

flexibility

) dalam

pelaksanaan, terutamanya jika wujud kekecualian atau

atas alasan lain yang diputuskan oleh Senat dan Lembaga

Pengarah/Gabenor Universiti (LPU/LGU).

(28)

Jadual 2:

g

aris Dasar Kriteria

Bidang

Kriteria

Prof. Gred Khas C

Prof. Gred Khas B

Prof. Gred Khas

A

Sains dan Teknologi Penyelidikan dan penerbitan

Penyelidikan: Penyelidik utama

– 5

Perolehan dana penyelidikan – jumlah min. RM250,000 (RM50,000 per projek) Penyelidikan: Penyelidik utama – 8 Perolehan dana penyelidikan – jumlah min. RM640,000 (RM80,000 per projek) Penyelidikan: Penyelidik utama –10 Perolehan dana penyelidikan – jumlah min. RM 1 juta (RM100,000 per projek)

Jurnal berwasit yang berindeks (Bilangan kumulatif: 30 di mana 20% hendaklah dalam Jurnal ISI sebagai penulis utama)

Buku/bab dalam buku (karya asli yang diterbitkan oleh penerbit yang diiktiraf) dan ia tidak melebihi 30% daripada nilaian penerbitan jurnal.

Jumlah sitasi yang ditentukan oleh universiti masing-masing.

Jurnal berwasit yang berindeks (Bilangan kumulatif: 45 di mana 20% hendaklah dalam Jurnal ISI sebagai penulis utama)

Buku/bab dalam buku (karya asli yang diterbitkan oleh penerbit yang diiktiraf) dan ia tidak melebihi 30% daripada nilaian penerbitan jurnal)

Jumlah sitasi yang ditentukan oleh universiti masing-masing.

Jurnal berwasit yang berindeks (Bilangan kumulatif: 60 di mana 20% hendaklah dalam Jurnal ISI sebagai penulis utama)

Buku/bab dalam buku(karya asli yang diterbitkan oleh penerbit yang diiktiraf) dan ia tidak melebihi 30% daripada nilaian penerbitan jurnal)

Jumlah sitasi yang ditentukan oleh universiti masing-masing.

Pengajaran dan penyeliaan

Penyeliaan: T elah mengijazahkan: • PhD/setara – 1 •

Ijazah Sarjana – 2 (sebagai penyelia utama)

Pengajaran: 60 kredit mengajar Penilaian pengajaran berstatus baik

Penyeliaan: T elah mengijazahkan: • PhD/setara – 4 •

Ijazah Sarjana – 4 (sebagai penyelia utama)

Pengajaran: 72 kredit mengajar Penilaian pengajaran berstatus baik

Penyeliaan: T elah mengijazahkan: • PhD/setara – 7 •

Ijazah Sarjana – 7 (sebagai penyelia utama)

(29)

Jadual 2:

g

aris Dasar Kriteria (Sambungan)

Bidang

Kriteria

Prof. Gred Khas C

Prof. Gred Khas B

Prof. Gred Khas

A

Sains dan Teknologi

Sanjungan akademik dan kepimpinan akademik

Persidangan: Ucaptama/plenari: • 2 kebangsaan/antarabangsa; atau

Editor jurnal berindeks; atau

Penilai jurnal berindeks

(5 artikel); atau •

Penilai manuskrip buku:

(2 manuskrip); atau • Menjadi penilai luar kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Madya (2) Persidangan: Ucaptama/plenari : •

4 kebangsaan/antarabangsa; atau

Editor jurnal berindeks (luar negara); atau

Penilai jurnal berindeks (10 artikel); atau •

Penilai manuskrip buku: (4 manuskrip); atau

Menjadi penilai luar kenaikan pangkat ke jawatan profesor (3) Persidangan: Ucaptama/Plenari: •

4 kebangsaan dan 2 antarabangsa; atau

• Editor jurnal berindeks ISI; atau • Penilai jurnal berindeks ISI (10 artikel); atau

Penilai manuskrip buku: (6 manuskrip); atau

Menjadi penilai luar kenaikan pangkat ke jawatan profesor (6)

Khidmat kepada universiti/ masyarakat

Keanggotaan Jawatankuasa (JK) • 1 di peringkat kebangsaan (Pengerusi) Keanggotaan Jawatankuasa (JK) •

1 di peringkat kebangsaan (Pengerusi)

1 di peringkat antarabangsa (Pengerusi) Keanggotaan Jawatankuasa (JK) •

2 di peringkat kebangsaan (pengerusi)

2 di peringkat antarabangsa (pengerusi)

Perundingan/ jaringan industri

Bilangan rundingan/pakar rujuk:

– 5 (dalam bidang kepakaran)

Bilangan rundingan/pakar rujuk:

– 7 (dalam bidang kepakaran)

Bilangan rundingan/pakar rujuk:

(30)

Jadual 2:

g

aris Dasar Kriteria

Bidang

Kriteria

Prof. Gred Khas C

Prof. Gred Khas B

Prof. Gred Khas

A

Sains Sosial dan Kemanusiaan Penyelidikan dan penerbitan

Penyelidikan: Penyelidik utama – 5 Perolehan dana penyelidikan – jumlah min. RM150,000 (RM30,000 per projek) Penyelidikan: Penyelidik utama – 8 Perolehan dana penyelidikan – jumlah min. RM400,000 (RM50,000 per projek) Penyelidikan: Penyelidik utama – 10 Perolehan dana penyelidikan – jumlah min. RM600,000 (RM60,000 per projek)

Jurnal berwasit yang berindeks (bilangan kumulatif: 20 di mana 20% hendaklah dalam Jurnal ISI sebagai penulis utama)

Buku/bab dalam buku (karya asli yang diterbitkan oleh penerbit yang diiktiraf) dan ia tidak melebihi 30% daripada nilaian penerbitan jurnal.

Jumlah sitasi yang ditentukan oleh universiti masing-masing.

Jurnal berwasit yang berindeks (bilangan kumulatif: 35 di mana 20% hendaklah dalam Jurnal ISI sebagai penulis utama)

Buku/bab dalam buku (karya asli yang diterbitkan oleh penerbit yang diiktiraf) dan ia tidak melebihi 30% daripada nilaian penerbitan jurnal.

Jumlah sitasi yang ditentukan oleh universiti masing-masing.

Jurnal berwasit yang berindeks (bilangan kumulatif: 50 di mana 20% hendaklah dalam Jurnal ISI sebagai penulis utama)

Buku/bab dalam buku (karya asli yang diterbitkan oleh penerbit yang diiktiraf) dan ia tidak melebihi 30% daripada nilaian penerbitan jurnal.

Jumlah sitasi yang ditentukan oleh universiti masing-masing.

Pengajaran dan penyeliaan

Penyeliaan: T elah mengijazahkan: • PhD/setara – 1 •

Ijazah Sarjana – 2 (sebagai penyelia utama)

Pengajaran: 60 kredit mengajar Penilaian pengajaran berstatus baik

Penyeliaan: T elah mengijazahkan: • PhD/setara – 4 •

Ijazah Sarjana – 4 (sebagai penyelia utama)

Pengajaran: 72 kredit mengajar Penilaian pengajaran berstatus baik

Penyeliaan: T elah mengijazahkan: • PhD/setara – 7 •

Ijazah Sarjana – 7 (sebagai penyelia utama)

(31)

Jadual 2:

g

aris Dasar Kriteria (Sambungan)

Bidang

Kriteria

Prof. Gred Khas C

Prof. Gred Khas B

Prof. Gred Khas

A

Sains Sosial dan Kemanusiaan Sanjungan akademik dan kepimpinan akademik

Persidangan: Ucaptama/plenari: • 2 kebangsaan/antarabangsa; atau • Editor jurnal berindeks; atau •

Penilai jurnal berindeks (5 artikel); atau •

Penilai manuskrip buku: (2 manuskrip); atau

Menjadi penilai luar kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Madya (2) Persidangan: Ucaptama/plenari : •

4 kebangsaan/antarabangsa; atau

Editor jurnal berindeks (luar negara); atau

Penilai jurnal berindeks (10 artikel); atau

Penilai manuskrip buku: (4 manuskrip); atau

Menjadi penilai luar kenaikan pangkat ke jawatan Profesor (3) Persidangan: Ucaptama/plenari: •

4 kebangsaan dan 2 antarabangsa; atau

• Editor jurnal berindeks ISI; atau • Penilai jurnal berindeks ISI (10 artikel); atau • Penilai manuskrip buku: (6 manuskrip); atau • Menjadi penilai luar kenaikan pangkat ke jawatan Profesor (6)

Khidmat kepada universiti/ masyarakat

Keanggotaan Jawatankuasa (JK) • 1 di peringkat kebangsaan (pengerusi) Keanggotaan Jawatankuasa (JK) •

1 di peringkat kebangsaan (pengerusi)

1 di peringkat antarabangsa (pengerusi) Keanggotaan Jawatankuasa (JK) •

2 di peringkat kebangsaan (pengerusi)

2 di peringkat antarabangsa (pengerusi)

Perundingan/ jaringan industri

Bilangan rundingan/pakar rujuk:

– 5 (dalam bidang kepakaran)

Bilangan rundingan/pakar rujuk:

– 7 (dalam bidang kepakaran)

Bilangan rundingan/pakar rujuk:

(32)

Jadual 2:

g

aris Dasar Kriteria

Bidang

Kriteria

Prof. Gred Khas C

Prof. Gred Khas B

Prof. Gred Khas

A

Klinikal

Penyelidikan dan penerbitan

Penyelidikan: Penyelidik utama – 5 Perolehan dana penyelidikan – min RM50,000 per projek/tahun Penyelidikan: Penyelidik utama – 8 Perolehan dana penyelidikan – min RM80,000 per projek/tahun Penyelidikan: Penyelidik utama –10 Perolehan dana penyelidikan – min RM100,000 per projek/tahun

Jurnal berwasit yang berindeks (bilangan kumulatif: 15 di mana 20% hendaklah dalam Jurnal ISI sebagai penulis utama)

Buku/bab dalam buku (karya asli yang diterbitkan oleh penerbit yang diiktiraf) dan ia tidak melebihi 30% daripada nilaian penerbitan jurnal.

Jumlah sitasi yang ditentukan oleh universiti masing-masing.

Jurnal berwasit yang berindeks (bilangan kumulatif: 23 di mana 20% hendaklah dalam Jurnal ISI sebagai penulis utama)

Buku/bab dalam buku (karya asli yang diterbitkan oleh penerbit yang diiktiraf) dan ia tidak melebihi 30% daripada nilaian penerbitan jurnal.

Jumlah sitasi yang ditentukan oleh universiti masing-masing.

Jurnal berwasit yang berindeks (bilangan kumulatif: 30 di mana 20% hendaklah dalam Jurnal ISI sebagai penulis utama)

Buku/bab dalam buku (karya asli yang diterbitkan oleh penerbit yang diiktiraf) dan ia tidak melebihi 30% daripada nilaian penerbitan jurnal.

Jumlah sitasi yang ditentukan oleh universiti masing-masing.

Pengajaran dan penyeliaan

Penyeliaan: T elah mengijazahkan: • PhD/setara – 1 •

Ijazah Sarjana – 2 (sebagai penyelia utama)

Pengajaran: 60 kredit (60 x 40 jam) mengajar Penilaian pengajaran berstatus baik

Penyeliaan: T elah mengijazahkan: • PhD/setara – 4 •

Ijazah Sarjana – 4 (sebagai penyelia utama)

Pengajaran: 72 kredit (72 x 40 jam) mengajar Penilaian pengajaran berstatus baik

Penyeliaan: T elah mengijazahkan: • PhD/setara – 7 •

Ijazah Sarjana – 7 (sebagai penyelia utama)

(33)

Jadual 2:

g

aris Dasar Kriteria (Sambungan)

Bidang

Kriteria

Prof. Gred Khas C

Prof. Gred Khas B

Prof. Gred Khas

A

Klinikal

Sanjungan akademik dan kepimpinan akademik

Persidangan: Ucaptama/plenari: • 2 kebangsaan/ antarabangsa; atau

• Editor jurnal berindeks; atau • Penilai jurnal berindeks; (5 artikel) atau • Penilai manuskrip buku: (2 manuskrip); atau • Menjadi penilai luar kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Madya (2) Persidangan: Ucaptama/plenari : •

4 kebangsaan/ antarabangsa; atau

Editor jurnal berindeks (luar negara); atau

Penilai jurnal berindeks (10 artikel); atau

• Penilai manuskrip buku: (4 manuskrip); atau • Menjadi penilai luar kenaikan pangkat ke jawatan Profesor (3) Persidangan: Ucaptama/plenari: •

4 kebangsaan dan 2 antarabangsa; atau

• Editor jurnal berindeks ISI; atau •

Penilai jurnal berindeks ISI (10 artikel); atau

Penilai manuskrip buku: (6 manuskrip); atau

Menjadi penilai luar kenaikan pangkat ke jawatan Profesor (6)

Khidmat kepada universiti/ masyarakat

Keanggotaan Jawatankuasa (JK) • 1 di peringkat kebangsaan (pengerusi) Keanggotaan Jawatankuasa (JK) •

1 di peringkat kebangsaan (pengerusi)

1 di peringkat antarabangsa (pengerusi) Keanggotaan Jawatankuasa (JK) •

2 di peringkat kebangsaan (pengerusi)

2 di peringkat antarabangsa (pengerusi)

Perundingan/ jaringan industri/klinikal

Bilangan rundingan 20 jam seminggu (dalam jabatan) atau •

Perundingan luar 2 kes (dalam bidang kepakaran)

Bilangan rundingan 20 jam seminggu (dalam jabatan) atau •

Perundingan luar 3 kes (dalam bidang kepakaran)

Bilangan rundingan 20 jam seminggu (dalam jabatan) atau •

(34)

14

Garis Panduan Pelantikandan kenaikan PanGkat Jawatan Profesor

Nota:

1) Takrifan buku ilmiah di peringkat universiti dan diterbitkan

oleh penerbit yang diiktiraf

(a) 1 bab dalam buku bersamaan dengan 1 artikel jurnal

(b) 1 buku bersamaan dengan 3 artikel jurnal

2) Takrifan penyeliaan PhD setara

(a) 1 PhD bersamaan dengan sarjana klinikal

(b) 1 PhD bersamaan dengan 2 ijazah sarjana melalui

penyelidikan (bagi universiti yang tiada program PhD)

3) Artikel jurnal ISI

(a) 1 artikel jurnal ISI bersamaan dengan 2 artikel jurnal

4) Ucaptama/plenari di persidangan

(a) Kualiti persidangan kebangsaan/antarabangsa

ditentukan oleh universiti berkenaan

5) Klinikal

(a) Bilangan kes yang dirujuk kepada pakar

(b) Pemberat bagi bahagian ini adalah mengikut peratus

maksimum yang ditetapkan

6) Bilangan penerbitan/penyeliaan/pengajaran/perkhidmatan

klinikal/perundingan adalah bersifat kumulatif

(35)

Jadual 3:

Contoh Subbidang

Bidang Sains dan T

eknologi

Bidang Sains Sosial dan Kemanusiaan

Klinikal

Subbidang

1.

Sains Hayat

2.

Sains Fizik

3.

Kejuruteraan

4.

ICT

5.

Alam Bina

6.

Pertanian

7.

Sains Sukan

8.

Sains Perubatan (bukan klinikal)

Perubatan

Farmasi

Pergigian

Sains Kesihatan dan bukan klinikal

9.

Veterinar

Subbidang:

1.

Pendidikan

2.

Kesusasteraan

3.

Ekonomi

4.

Perniagaan dan Perakaunan

5.

Pengajian Islam

6.

Komunikasi

7.

Undang-Undang

8.

Seni (Persembahan/Muzik)

Subbidang:

1.

Perubatan

2.

Farmasi

3.

Pergigian

4.

Sains Kesihatan dan Klinikal

5.

(36)

16

Garis Panduan Pelantikandan kenaikan PanGkat Jawatan Profesor

KRITERIA PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANgKAT KE

JAwATAN PROFESOR (PENDEKATAN LIBAT SAMA

UNIvERSITI DAN INDUSTRI)

Empat (4) kriteria yang perlu diguna pakai adalah seperti berikut:

(a) Penyelidikan dan penerbitan;

(b) Pengajaran dan penyeliaan;

(c) Sanjungan dan kepimpinan akademik; dan

(d) Khidmat kepada universiti dan masyarakat serta

perundingan/jaringan industri/klinikal.

Kriteria utama dan wajaran peminjaman yang berteraskan

tugasan akademik dinyatakan seperti dalam Jadual 4. Staf

akademik yang dipinjamkan ke agensi kerajaan/industri mestilah

mengekalkan persekitaran ilmu dan kesarjanaan dengan

memenuhi kriteria seperti dalam jadual tersebut. Jadual 5

memperincikan peminjaman berteraskan aktiviti/tugasan di agensi

luar. Manakala Jadual 6, memperincikan peminjaman berteraskan

aktiviti/tugasan dalam industri.

(37)

17

Pelantikandan kenaikan Pangkatke Jawatan Profesor

Jadual 4:

Kriteria Utama dan wajaran Peminjaman Yang Berteraskan Tugasan Akademik

BIL.

KRITERIA

WAJARAN (%)

a.

Penyelidikan dan penerbitan

30 - 40

b.

Pengajaran dan penyeliaan

30 - 40

c.

Sanjungan akademik dan kepimpinan akademik

10 - 20

d.

Khidmat kepada universiti/masyarakat/negara/

perundingan/jaringan industri/klinikal

10 - 30

Jumlah

100

SUMBANGAN KE JUMLAH KESELURUHAN

(untuk ditambah dengan jumlah markah

tugasan agensi/ industri)

10-30%

(daripada 100%

bahagian ini)

Kriteria Pelantikan dan Kenaikan Pangkat ke Jawatan

Profesor bagi Staf Akademik yang Dipinjamkan ke Agensi

dan Industri

Lima (5) kriteria yang perlu diguna pakai adalah seperti berikut:

(a) Pelaksanaan tugas utama/keberkesanan prestasi/

keberhasilan tugas utama;

(b) Inovasi/kreativiti;

(38)

18

Garis Panduan Pelantikandan kenaikan PanGkat Jawatan Profesor

(d) Perundingan dan sanjungan kepakaran (tugas semasa di

agensi/industri); dan

(e) Khidmat kepada institusi yang dipinjamkan.

Jadual 5:

Peminjaman Berteraskan Aktiviti/Tugasan di Agensi Luar

Item

KATEGORI

Prof. Gred

WAJARAN (%)

Khas C

Prof. Gred

Khas B

Prof. Gred

Khas A

1.

Pelaksanaan tugas utama/

Keberkesanan prestasi/

Keberhasilan tugas utama

50

40

30

2.

Inovasi/kreativiti

20

25

30

3.

Pengembangan ilmu dan kemahiran

20

20

20

4.

Perundingan dan sanjungan

kepakaran (tugas semasa di

agensi/industri)

5

10

15

5.

Khidmat kepada institusi yang

dipinjamkan

5

5

5

JUMLAH

100

100

100

SUMBANGAN KE JUMLAH

KESELURUHAN

(untuk ditambah dengan jumlah markah

tugasan akademik)

70% - 90%

(daripada 100% bahagian ini)

Nota:

Pemarkahan bagi pengiraan/penilaian staf akademik yang dipinjamkan ke agensi luar adalah berdasarkan pengiraan dalam Jadual 4 dan Jadual 5.

(39)

19

Pelantikandan kenaikan Pangkatke Jawatan Profesor

Jadual 6:

Peminjaman Berteraskan Aktiviti/Tugasan di Industri

ITEM

KATEGORI

Prof. Gred

WAJARAN (%)

Khas C

Prof. Gred

Khas B

Prof. Gred

Khas A

1.

Pelaksanaan tugas utama/

keberkesanan prestasi/

keberhasilan tugas utama

• Khusus kepada industri tempat

bertugas

50

40

30

2.

Inovasi/kreativiti

• Bilangan paten yang

dikomersialkan/lesen teknologi/

hak cipta IP/pemindahan hak ke

industri

20

25

30

3.

Pengembangan ilmu dan

kemahiran

• Penyeliaan penempatan staf

daripada industri ke universiti

• Tempoh sangkutan di industri

• Pembangunan kursus dan

program untuk industri

• Sumbangan kepada

kebolehpasaran graduan

• Bilangan laporan teknikal dan

monograf yang disediakan

untuk industri

• Jemputan oleh industri sebagai

penceramah/pakar

(40)

20

Garis Panduan Pelantikandan kenaikan PanGkat Jawatan Profesor

4.

Perundingan dan sanjungan

kepakaran

• Perundingan

• Projek usahasama penyelidikan

dan jaringan dengan industri

• Bilangan anugerah diterima

daripada industri (kebangsaan

dan antarabangsa)

• Ahli panel penasihat/ahli

lembaga syarikat

• Bilangan dan jumlah hadiah/

biasiswa/endowmen daripada

industri ke universiti

• Spin-off

daripada hasil

penyelidikan

5

10

15

5.

Khidmat institusi

• Terlibat dalam projek CSR

tajaan industri

5

5

5

JUMLAH

100

100

100

SUMBANGAN KE JUMLAH

KESELURUHAN

(untuk ditambah dengan jumlah markah

tugasan akademik)

70% - 90%

(daripada 100% bahagian ini)

Nota:

Pemarkahan bagi pengiraan/penilaian staf akademik yang dipinjamkan ke industri adalah berdasarkan pengiraan dalam Jadual 4 dan Jadual 6.

Jadual 6:

(41)

21

Pelantikandan kenaikan Pangkatke Jawatan Profesor

Kriteria Pelantikan dan Kenaikan Pangkat Staf Industri ke

Jawatan Profesor di Universiti

(a) Staf industri yang terbukti keserasiannya dengan

kesarjanaan akademik boleh dilantik sebagai staf akademik

di universiti; dan

(b) Staf industri yang ditawarkan untuk berkhidmat sebagai staf

akademik di universiti perlu memenuhi kriteria seperti yang

dinyatakan dalam Jadual 7.

Jadual 7:

Kriteria Pelantikan dan Kenaikan Pangkat Staf Industri ke Jawatan Profesor di Universiti

ITEM

KATEGORI

Prof. Gred

WAJARAN (%)

Khas C

Prof. Gred

Khas B

Prof. Gred

Khas A

1.

Pelaksanaan tugas utama/

keberkesanan prestasi/

keberhasilan tugas utama

• Memegang jawatan utama

dan kritikal dalam industri.

40

25

10

2.

Inovasi/kreativiti

• Transformasi syarikat dalam

pembangunan perniagaan

dan pengurusan sumber

manusia – transformasi yang

ketara terhadap industri

berkenaan yang memberikan

sumbangan kepada ekonomi

negara.

(42)

22

Garis Panduan Pelantikandan kenaikan PanGkat Jawatan Profesor

3.

Pengembangan ilmu dan

kemahiran

• Penyebaran dan

pengembangan ilmu dan

kemahiran

• Penyeliaan

• Khidmat yang di

berikan sebagai:

(a) Profesor Adjung;

(b) Panel penasihat industri;

(c) Ucaptama persidangan

30

35

40

4.

Perundingan dan Sanjungan

Kepakaran

• Sumbangan untuk pemajuan

usaha perdagangan

(enterpris komersil),

pertukaran teknologi atau

kegiatan profesional yang

memberi impak positif.

• Khidmat yang di

berikan sebagai Ahli

Lembaga Pengarah, Ahli

Jawatankuasa Penasihat

– peringkat kebangsaan/

antarabangsa dan lain-lain

berkaitan.

5

10

15

5.

Khidmat Institusi/Masyarakat

Terlibat dalam projek CSR tajaan

industri

5

5

5

JUMLAH

100

100

100

Jadual 7:

Kriteria Pelantikan dan Kenaikan Pangkat Staf Industri ke Jawatan Profesor di Universiti (sambungan)

(43)

23

Pelantikandan kenaikan Pangkatke Jawatan Profesor

PROSES DAN PROSEDUR

Sistem permohonan atas talian perlu digunakan oleh semua

IPT untuk mempercepat proses dan mempermudah prosedur

pelantikan dan kenaikan pangkat. Pematuhan kepada Sistem

Pengurusan Kualiti perlu untuk memastikan tempoh permohonan,

dari mula sehingga keputusan pelantikan dan kenaikan pangkat

tidak melebihi enam (6) bulan.

Aktiviti yang berkaitan dalam seluruh proses dan prosedur

dipaparkan dalam Carta 1 di muka surat 24.

(44)

24

Garis Panduan Pelantikandan kenaikan PanGkat Jawatan Profesor

Carta 1:

Carta Alir Proses Kerja Pelantikan dan Kenaikan Pangkat ke Jawatan Profesor

Proses Aktiviti Akauntabiliti Tanggungjawab

• Melengkapkan permohonan dan mengisi borang permohonan atas talian • Pemohon diminta untuk melengkapkan skor markah Kriteria* Kenaikan Pangkat. (*kriteria mengikut pendekatan yang berkaitan) • Melepasi markah minimum 80 peratus melalui saringan oleh sistem atas talian. Memperoleh laporan sekurang-kurangnya daripada tiga orang pengadil (opsyenal) • Garis panduan dan polisi tentang pelantikan dan kenaikan pangkat yang jelas, telus dan mudah dicapai oleh warga akademik. Perisian simulasi boleh dimuat turun dari laman sesawang. Pemohon Hantar surat ke fakulti: • Surat permohonan jawatan melalui dekan fakulti. • Laporan tiga orang Pengadil (opsyenal) Hantar ke pejabat Pendaftar: • Jawatankuasa kesepakaran keahlian: dalaman dan luaran (dalam bidang pemohon). Ahli jawatankuasa kesepakaran yang dilantik oleh Jawatankuasa Kenaikan Pangkat Fakulti hendaklah Pentadbir fakulti Pejabat pendaftar Garis Panduan Pelantikandan kenaikan PanGkatke Jawatan Profesordi

institusi PenGaJian tinGGidi Malaysia

24 Carta 1: Carta Alir Proses Kerja

Proses Aktiviti Akauntabiliti Tanggungjawab

• Mengisi borang permohonan atas talian • Pemohon diminta untuk melengkapkan Skor Markah Kriteria* Kenaikan Pangkat. (*Kriteria mengikut pendekatan yang berkaitan) • Melepasi markah minimum 80 peratus melalui saringan oleh sistem atas talian. Memperoleh laporan sekurang-kurangnya daripada tiga orang pengadil (opsyenal) • Garis panduan dan polisi tentang pelantikan dan kenaikan pangkat yang jelas, telus dan

mudah dicapai oleh warga akademik. Perisian simulasi boleh dimuat turun dari laman sesawang. Pemohon Hantar surat ke Fakulti: • Surat permohonan jawatan melalui Dekan Fakulti. • Laporan tiga orang Pengadil (opsyenal) Hantar ke pejabat Pendaftar: • Jawatankuasa Kesepakaran Keahlian: dalaman dan luaran (dalam bidang pemohon). Ahli Jawatankuasa Kesepakaran yang dilantik oleh Jawatankuasa Kenaikan Pangkat Fakulti hendaklah Pentadbir Fakulti Pejabat Pendaftar SKOR MARKAH KRITERIA HANTAR DOKUMEN MULA A

(45)

25

Pelantikandan kenaikan Pangkatke Jawatan Profesor

Carta 1:

Carta Alir Proses Kerja Pelantikan dan Kenaikan Pangkat ke Jawatan Profesor (sambungan)

Proses Aktiviti Akauntabiliti Tanggungjawab • Surat permohonan jawatan • Surat permohonan lantikan penilai luar (luar negara) - lima orang, untuk diluluskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU), atau lima orang penilai luar daripada senarai penilai luar yang telah diluluskan • Curriculum Vitae (CV) dan penerbitan mematuhi kelima-lima kriteria. • Menyemak kesahihan markah minimum (80 peratus) • Minit mesyuarat menjadi sumber rujukan perakuan ke pejabat pendaftar untuk penilaian oleh penilai luar. JPU meluluskan cadangan penilai luar. Pejabat pendaftar melantik penilai luar. Pendaftar

Penilai luar setuju dengan lantikan. Surat persetujuan dihantar ke pejabat pendaftar. Pendaftar Hantar CV dan dokumen berkaitan kepada penilai luar.

Pendaftar Terima laporan

penilai luar/ tiga penilai luar memperakukan calon.

Pendaftar

Garis Panduan Pelantikandan kenaikan PanGkatke Jawatan Profesordi

institusi PenGaJian tinGGidi Malaysia

25

Proses Aktiviti Akauntabiliti Tanggungjawab

• Surat permohonan jawatan • Surat permohonan lantikan penilai luar (luar negara) - lima orang, untuk diluluskan oleh jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU), atau lima orang penilai luar daripada senarai penilai luar yang telah diluluskan • Curriculum Vitae (CV) dan Penerbitan mematuhi kelima-lima kriteria. • Menyemak kesahihan markah minimum (80 peratus) • Minit mesyuarat menjadi sumber rujukan perakuan ke pejabat Pendaftar untuk penilaian oleh penilai luar. JPU meluluskan cadangan penilai luar. Pejabat Pendaftar melantik penilai luar. Pendaftar

Penilai luar setuju dengan lantikan. Surat persetujuan dihantar ke Pejabat Pendaftar. Pendaftar Hantar CV dan dokumen berkaitan kepada Penilai Luar. Pendaftar Terima laporan penilai luar/ tiga penilai luar memperakukan calon. Pendaftar TERIMA LAPORAN HANTAR DOKUMEN A KELULUSAN/ PELANTIKAN PENILAI LUAR A PERSETUJUAN LANTIKAN Tak Lulus KEMBALI KE HANTAR DOKUMEN Tak Lulus KEMBALI KE HANTAR DOKUMEN

(46)

26

Garis Panduan Pelantikandan kenaikan PanGkat Jawatan Profesor

Proses Aktiviti Akauntabiliti Tanggungjawab Hantar ke pejabat pendaftar; a) Laporan Dekan b) Laporan Ketua Jabatan Pentadbir fakulti Semak kecukupan dokumen yang dihantar Pendaftar Permohonan lengkap dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Saringan/Pemilih IPT untuk ditemu duga • Semua penilai luar (3 orang) memperakukan kelayakan calon kepada Jawatankuasa Saringan/ Pemilih • Keanggotaan Jawatankuasa Saringan/ Pemilih hendaklah sepertimana yang ditetapkan dalam Akta/ Perlembagaan Universiti Pendaftar LPU/LGU memperakukan keputusan Jawatankuasa Saringan / Pemilih IPT LPU/LGU Hantar surat berjaya/tidak berjaya kepada pemohon selewat-lewatnya enam (6) hari selepas menerima Minit Mesyuarat LPU/ LGU Pendaftar A MESYUARAT JKP (PROF) PENGESAHAN LPU KEPUTUSAN TAMAT HANTAR DOKUMEN Tidak Cukup Cukup Carta 1:

Carta Alir Proses Kerja Pelantikan dan Kenaikan Pangkat ke Jawatan Profesor (sambungan)

(47)

PROFIL

Seorang Profesor Ulung merupakan ahli akademik yang:

(a) Terbukti ketokohan akademik yang bersifat luar biasa

(

extraordinary

) atau terbilang;

(b) Terbukti kesarjanaannya melalui kegiatan penyelidikan dan

sumbangan bercirikan

academic-based public advocacy

yang signifikan dan memberi impak kepada masyarakat

umum;

(c) Terbukti keintelektualan melalui pemikiran bernas dan

saranan tindakan strategik tentang isu-isu yang meliputi

kemanusiaan sejagat dan berkaitan dengan ikhtiar mengatasi

cabaran yang dihadapi oleh negara dan masyarakat, di dalam

dan di luar negara; dan

(d) Menerima sanjungan dalam bentuk anugerah berprestij pada

peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

(48)

28

Garis Panduan Pelantikandan kenaikan PanGkat Jawatan Profesor

KRITERIA, PROSES DAN PROSEDUR KENAIKAN

PANgKAT PROFESOR ULUNg

Perincian kriteria dan pemberat pemilihan adalah seperti di

Jadual 8.

Jadual 8: Kriteria Profesor Ulung

Bahagian

Kriteria

A

A1. Pengiktirafan

Pengiktirafan didefinisikan sebagai pencapaian tertinggi yang

diperakukan dalam bentuk anugerah berprestij oleh

learned

organization

dan sebagainya. (tidak termasuk hadiah/anugerah

melalui pertandingan yang disertai/badan politik tempatan dan

antarabangsa)

A2. Sanjungan

Sanjungan didefinisikan sebagai penghargaan sumbangan akademik

dan profesional dalam bentuk kepimpinan kesarjanaan/ilmiah.

B

Penyelidikan/penerbitan berimpak tinggi

Memenuhi bilangan sitasi yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Khas.

Terbukti kesarjanaannya dalam bidang kepakaran/melahirkan

idea/teori/konsep untuk pelaksanaan/menghasilkan penyelidikan/

menghasilkan penerbitan yang berimpak tinggi dan dirujuk

sebagai dasar/penubuhan institusi/kegunaan bagi kesejahteraan

kemanusiaan.

(49)

29

Profesor IPTA Gred KhAs Profesor UlUnG

C

Lonjakan

LONJAKAN daripada seorang AHLI AKADEMIK (Profesor

Gred Khas A) kepada seorang SARJANA (Profesor Ulung)

ditakrifkan sebagai suatu peningkatan kegiatan dan sumbangan

ke suatu aras yang lebih tinggi, luas lagi mendalam dalam bidang

kepakaran akademiknya (iaitu ke suatu arena strategik/pembentukan

dasar yang mempunyai impak terhadap masyarakat di peringkat

kebangsaan dan antarabangsa). Lonjakan ini adalah bersifat

peningkatan daripada PAKAR BIDANg ke taraf SARJANA.

Syarat:

• Calon hendaklah menepati kesemua bahagian.

Pelantikan dan kenaikan pangkat ke jawatan Profesor

Ulung adalah terbuka kepada Profesor Gred Khas A atau setara.

Proses kerja pelantikan dan kenaikan pangkat ke jawatan

Profesor Ulung diperincikan dalam Carta 2 di muka surat 30.

Jadual 8:

(50)

30

Garis Panduan Pelantikandan kenaikan PanGkat Jawatan Profesor

Carta 2:

Carta Alir Proses Kerja Pelantikan dan Kenaikan Pangkat ke Jawatan Profesor Ulung

Proses

Aktiviti

Akauntabiliti

Tanggungjawab

• Mengisi borang permohonan • Memperoleh laporan daripada tiga orang pengadil • Melengkapkan senarai semak untuk Jawatankuasa Saringan/ Pemilih IPT • Garis panduan dan polisi tentang pelantikan dan kenaikan pangkat yang jelas, telus dan mudah dicapai oleh warga akademik Pemohon/ pencalon • Perakuan Jawatankuasa Saringan/Pemilih IPT • Hantar permohonan yang diperakukan kepada pendaftar untuk mendapatkan pengesahan LPU/LGU • Meneliti senarai semak saringan • Menyemak borang permohonan Jawatankuasa Saringan/Pemilih IPT Pendaftar • Pengesahan

oleh LPU/LGU Pendaftar

• Permohonan dimajukan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Khas di peringkat KPT • Sesi temubual bersama calon KP JPT • Memaklumkan keputusan kepada calon oleh LPU/LGU untuk lantikan Pendaftar SKOR MATA HANTAR DOKUMEN KEPADA PENDAFTAR PERAKUAN LPU MULA MESYUARAT JAWATANKUASA KHAS DI PERINGKAT KPT MAKLUM KEPUTUSAN OLEH LPU SENARAI SEMAK SARINGAN KELULUSAN JAWATANKUASA SARINGAN TAMAT

(51)

31

Profesor IPTA Gred KhAs Profesor UlUnG

Nota:

(a) Jawatankuasa Saringan/Pemilih IPT

Satu Jawatankuasa Saringan IPT dibentuk bagi tujuan

meneliti dan menyenarai pilih permohonan yang diterima

daripada calon berdasarkan senarai semak saringan

yang telah ditetapkan. Pendaftar IPT adalah merupakan

Sekretariat Jawatankuasa Saringan IPT. Keanggotaan

Jawatankuasa Saringan/Pemilih IPT hendaklah sepertimana

yang ditetapkan dalam Akta/Perlembagaan IPT.

(b) Jawatankuasa Khas

Satu Jawatankuasa Khas di peringkat KPT dibentuk bagi

tujuan menimbang pencalonan yang diterima daripada

LPU/LGU IPT. Sekretariat Jawatankuasa Khas ditempatkan

di Jabatan Pengajian Tinggi (JPT).

(52)

Referensi

Dokumen terkait

Departemen Kehutanan Andrea melakukan analisis pemangku kepentingan untuk membantu memilih kelompok atau individu yang dapat memberikan kontribusi kepada dialog

Skripsi dengan judul “Penerapan Model Number Head Together untuk Meningkatkan Keterampilan Berbicara Tema Berbagai Pekerjaan Berbantuan Media Flashcard pada Siswa

Jika di lembaga pendidikan, guru mengembangkan pendekatan brain based learning seperti ini, maka akan dapat dipredikasi semua peserta didik akan belajar dengan

Luaran dari kegiatan ini adalah produk berupa pupuk organik cair dan padat (pupuk N cair, pupuk P cair, pupuk K cair, dan bokashi) yang dibuat sendiri oleh peserta secara

ám a jelentkező– ajánló párok ezenkívül arról is hírt adnak, hogy adott típusú jelentkező esetén milyen foglalkozási csoportban dolgozó ismeretségek alkotják egy

Selain itu bungkil kelapa sawit menjadi bahan baku minyak alkohol dan industri kosmetik.(Ketaren, 1986) Inti kelapa sawit atau Palm Kernel, merupakan buah tanaman kelapa sawit yang

: KALIMANTAN BARAT : KOTA PONTIANAK 3 184 184 168 Jumlah Akhir Jumlah Akhir Jumlah Akhir 168 LAMPIRAN Model DB-1 DPRD KABUPATEN/KOTA... PARTAI KEDAULATAN 282 9 Jumlah Akhir 282

Menetapkan arah baru, visi dan misi baru untuk menjadi Perusahaan yang Membangun Ekonomi Lokal di tahun 2020 (Q20) Membentuk INTA Institute untuk keunggulan dan kualitas tenaga