• Tidak ada hasil yang ditemukan

Mohamed Akhiruddin Ibrahim i

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Mohamed Akhiruddin Ibrahim i"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

479

TEKNIK PENGAJARAN DAN KAEDAH PENILAIAN KURSUS TAFSIR AL- QURAN DALAM SUASANA PANDEMIK COVID-19: KAJIAN TERHADAP

KEPUASAN PELAJAR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA Mohamed Akhiruddin Ibrahimi

i (Corresponding author). Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia. [email protected]

Abstrak

Institusi pendidikan tinggi mula terfokus pada pembelajaran secara dalam talian (e-pembelajaran) sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan pandemik COVID-19.

Justeru itu, kajian ini membincangkan tentang tahap kepuasan pelajar terhadap teknik pengajaran dan kaedah penilaian bagi kursus Tafsir al-Quran secara dalam talian. Kaedah kajian yang digunakan adalah berbentuk kuantitatif melalui soal selidik separa struktur di platform Microsoft Forms yang melibatkan pelajar tahun 2 Program Pengajian Quran dan Multimedia, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia. Hasil kajian mendapati bahawa tahap kepuasan pelajar terhadap teknik pengajaran dan kaedah penilaian bagi kursus Tafsir al-Quran secara dalam talian ini berada pada tahap yang baik dan memuaskan. Sehubungan itu, teknik pengajaran yang diaplikasikan oleh pensyarah amat penting dalam memberi kefahaman kepada pelajar di samping kaedah penilaian yang sistematik dalam mengenalpasti tahap pemahaman pelajar.

Kata kunci: e-Pembelajaran, teknik pengajaran, kaedah penilaian, COVID-19

PENDAHULUAN

Virus baharu mula dikesan di Wuhan, China selepas negara tersebut mencatatkan 44 kes radang paru-paru pada Januari 2020 (Kumar, Malviya & Sharma, 2020) (Semuel Piter Irab

& Arius Togodly, 2020). Virus yang didakwa berpunca daripada pasar yang menjual hidupan liar itu secara rasminya dinamakan sebagai Corona Virus Disease 2019 (COVID- 19) oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Februari 2020 (Semuel Piter Irab

& Arius Togodly, 2020) (Mariatul Fadillah, Iche Andriani Liberty & Lathifah Nadiah, 2020).

Kes pertama di Malaysia telah dilaporkan pada 24 Januari 2020 (World Health Organization [WHO], 2020) yang melibatkan seorang pelancong dari China yang memasuki Malaysia melalui Singapura (Bibi Noraini Mohd Yusuf & Jihan Ahmad, 2020)

(2)

480

seterusnya pertambahan kes berlaku dengan sangat membimbangkan. Negara-negara lain seperti Thailand, Jepun, Korea, Amerika, Vietnam, Singapura, Australia dan Indonesia turut mencatatkan penyebaran virus tersebut dengan sangat cepat. Sehingga 24 September 2020, jumlah kes COVID-19 di Malaysia mencatatkan sebanyak 10,505 kes dengan jumlah kematian seramai 133 individu (Kementerian Kesihatan Malaysia [KKM], 2020).

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac sebagai langkah mengawal penyebaran wabak ini, yang kemudiannya dilanjutkan sehingga sekarang di bawah fasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) setelah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan (“COVID-19”, 2020) (“Perintah kawalan pergerakan pemulihan”, 2020). Sehubungan itu, sesi pembelajaran di semua institusi pendidikan tinggi ditangguhkan sepanjang dua minggu dan kemudiannya kelas pembelajaran dalam talian dilaksanakan bermula April 2020 (Bibi Noraini Mohd Yusuf & Jihan Ahmad, 2020).

Menurut Nor Aniza Ahmad dan Lay Nee Chua (2015), pembelajaran dalam talian atau pembelajaran elektronik (e-pembelajaran) dilaksanakan apabila terdapat pemisahan jarak mahupun masa diantara pelajar dan tenaga pengajar yang dihubungkan melalui sistem teknologi seperti internet, televisyen, radio dan sebagainya. Sistem pembelajaran dalam talian ini bukanlah platform baharu dalam institusi pendidikan di Malaysia, bahkan ia telah mula dilaksanakan sekitar lewat 1990 (Fahmeeda Adib Azhari & Long Chiau Ming, 2020) dan mula menjadi fokus perbincangan berikutan pelaksanaan sepenuhnya sistem ini sepanjang PKP dilaksanakan.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif bagi mengenalpasti tahap kepuasan pelajar terhadap teknik pengajaran dan kaedah penilaian kursus Tafsir al-Quran secara dalam talian. Peserta kajian adalah di kalangan pelajar tahun 2, Program Pengajian Quran dan Multimedia, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia yang melibatkan seramai 109 orang pelajar lelaki dan perempuan.

Set soalan soal selidik separa struktur telah diberikan kepada peserta kajian melalui Microsoft Forms yang mempunyai tiga soalan berbentuk skala Likert dan tiga soalan berbentuk terbuka yang memberi kebebasan kepada responden untuk menyatakan pandangan dan memberi huraian lanjut berhubung dengan soalan yang dikemukakan. Pengkaji menyediakan soalan berbentuk skala Likert yang mempunyai lima tahap skala iaitu Lemah (L), Kurang Memuaskan (KM), Sederhana (S), Baik (B), dan Cemerlang (C).

(3)

481

Data yang diperoleh kemudiannya dianalisis melalui perisian komputer iaitu Microsoft Excel dan Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) 25 secara deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai bagi menjawab persoalan kajian. Menurut Cohen, Manion & Morrison (2007), statistik deskriptif ini hanya melaporkan data yang diperoleh dalam bentuk yang pelbagai tanpa membuat kesimpulan mahupun ramalan.

DAPATAN KAJIAN

Setelah kajian dijalankan, pengkaji mendapati bahawa tahap kepuasan pelajar terhadap kursus Tafsir al-Quran secara dalam talian khususnya terhadap teknik pengajaran dan kaedah penilaian adalah seperti ditunjukkan di dalam Jadual 1. 109 responden dikalangan pelajar tahun 2, Program Pengajian Quran dan Multimedia ini melibatkan 34 orang pelajar lelaki dan 75 orang pelajar perempuan.

Jadual 1 menunjukkan bahawa setiap item dalam subkontrak kepuasan pelajar terhadap teknik pengajaran dan kaedah penilaian bagi kursus Tafsir al-Quran berada pada tahap tinggi. Dari segi kekerapan dan peratusan bagi tahap kepuasan pelajar terhadap teknik pengajaran pensyarah menunjukkan seramai 2 orang (1.8%) pada tahap sederhana, 38 orang (34.8%) bersetuju menyatakan bahawa ianya berada pada tahap baik dan selebihnya iaitu seramai 69 orang (63.3%) menyatakan kepuasan pada tahap cemerlang. Min dan sisihan piawai bagi item ini adalah (min = 4.61; SP = 0.525).

Menurut Cohen et al. (2007), min diukur hasil daripada jumlah purata skor manakala sisihan piawai adalah julat penyebaran skor yang terhasil samaada data tersebut berjauhan atau berhampiran dengan jumlah purata. Seterusnya kekerapan dan peratusan tahap kepuasan pelajar menunjukkan seramai 2 orang (1.8%) pada tahap sederhana bagi kaedah pembentangan oleh pelajar secara berkumpulan manakala 41 orang (37.6%) pada tahap baik dan 66 orang (60.5%) menyatakan tahap kepuasan yang cemerlang. Min dan sisihan piawai bagi item ini adalah (min = 4.59; SP = 0.531).

Akhir sekali, kekerapan dan peratusan tahap kepuasan pelajar dianalisis dari aspek kaedah penilaian atau kuiz yang dijalankan bagi kursus Tafsir al-Quran. Dapatan kajian menunjukkan seramai 3 orang (2.7%) berada pada tahap sederhana, 36 orang (33%) pada tahap baik dan selebihnya iaitu seramai 70 orang (64.2%) berada pada tahap kepuasan yang cemerlang. Min dan sisihan piawai bagi item ini adalah (min = 4.61; SP = 0.543).

(4)

482

Jadual 1: Taburan data tahap kepuasan pelajar terhadap teknik pengajaran dan kaedah penilaian bagi kursus Tafsir al-Quran secara dalam talian

Item Pernyataan L KM S B C Min Sisihan

Piawai

1.

Apakah tahap kepuasan terhadap teknik/kaedah pengajaran oleh pensyarah

- -

(2) 1.8%

(38) 34.8 %

(69) 63.3 %

4.61 0.525

2.

Apakah tahap kepuasan anda terhadap kaedah

pembentangan oleh pelajar secara

berkumpulan bagi kursus ini

- -

(2) 1.8 %

(41) 37.6 %

(66) 60.5 %

4.59 0.531

3.

Apakah tahap kepuasan anda terhadap kaedah

penilaian/kuiz yang dijalankan bagi kursus ini

- -

(3) 2.7%

(36) 33%

(70) 64.2%

4.61 0.543

Di samping itu, soalan berbentuk terbuka yang disediakan oleh pengkaji berfokus pada ulasan atau cadangan responden terhadap teknik pengajaran dan kaedah penilaian bagi pembelajaran kursus Tafsir al-Quran secara dalam talian. Hasil soal selidik tersebut mendapati bahawa (73%) memberi respon yang positif terhadap teknik pengajaran yang diaplikasikan oleh pensyarah dalam kursus tersebut di samping (27%) memberikan beberapa cadangan penambahbaikkan. Pernyataan seperti “memudahkan pelajar”,

“menarik dan mudah difahami”, “terbaik dan memuaskan” dan “bahan pengajaran yang

(5)

483

mencukupi” menunjukkan bahawa teknik pengajaran yang diaplikasikan oleh pensyarah dalam kursus Tafsir al-Quran ini berada pada tahap yang memuaskan.

Pandangan responden terhadap kaedah pembentangan oleh pelajar secara berkumpulan pula menunjukkan (87%) menzahirkan tahap kepuasan yang baik terhadap kaedah yang digunakan manakala (13%) selebihnya menyatakan sedikit kelemahan yang berlaku dengan cadangan penambahbaikkan. Pernyataan seperti

“memudahkan pelajar”, “meningkatkan kefahaman”, “menarik dan mudah difahami”,

“efektif”, ”berkesan” dan ”berjalan lancar” menunjukkan bahawa para pelajar menyambut baik kaedah pembentangan yang diaplikasikan dalam pembelajaran kursus Tafsir al-Quran ini walaupun dilaksanakan secara dalam talian.

Seterusnya, dapatan kajian terhadap tahap kepuasan pelajar mengenai kaedah penilaian atau kuiz yang dijalankan menunjukkan hampir kesemua (92%) meletakkan tahap kepuasan yang cemerlang terhadap kaedah yang digunakan dengan baki (8%) memberikan cadangan penambahbaikkan. Pernyataan seperti “cemerlang”, “baik”,

“menarik dan memuaskan”, “mencabar dan menguji minda” dan “sesuai dengan keadaan semasa” menunjukkan bahawa para pelajar berpuas hati terhadap kaedah penilaian secara dalam talian yang dilaksanakan di dalam kursus ini.

PERBINCANGAN

Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap kepuasan pelajar terhadap teknik pengajaran dan kaedah penilaian bagi pembelajaran kursus Tafsir al-Quran secara dalam talian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kepuasan pelajar bagi kursus Tafsir al-Quran yang melibatkan pelajar tahun 2, Program Pengajian Quran dan Multimedia, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia berada pada tahap yang baik dan memuaskan.

Hasil kajian mendapati bahawa teknik atau kaedah pengajaran amat penting dalam menarik minat dan memberi kefahaman kepada pelajar. Oleh itu, cadangan sebahagian kecil responden terhadap penggunaan sepenuhnya pembelajaran melalui aplikasi Microsoft Teams berbanding WhatsApp perlu diambil kira. Cadangan penambahaikkan ini disokong oleh Bibi Noraini Mohd Yusuf dan Jihan Ahmad (2020) bahawa pembelajaran secara dalam talian dapat berjalan dengan lancar berdasarkan platform dan medium yang digunakan oleh pendidik. Walaubagaimanapun, tahap kebolehcapaian internet bagi setiap pelajar juga perlu diberi perhatian kerana ia merupakan salah satu faktor utama yang meyumbang kepada kejayaan pelaksanakan pembelajaran secara dalam talian (Fahmeeda Adib Azhari & Long Chiau Ming, 2015).

Di samping itu, cadangan penambahbaikkan oleh responden adalah kaedah penerangan sesuatu topik tidak hanya tertumpu pada bahan pengajaran seperti slaid pembentangan Microsoft Power Point ataupun video, tetapi boleh difokuskan pada

(6)

484

rakaman video penerangan daripada pensyarah sendiri agar penyampaian lebih berkesan dan difahami. Cadangan ini disokong oleh hasil kajian Maizatulakma Abdullah, Ainol Basirah Abdul Wahab, Noorsakinah Abdul Wahab dan Muhammad Azim Ismail (2018) yang menunjukkan bahawa salah satu faktor yang diambilkira dalam penilaian prestasi pensyarah adalah kaedah penyampaian yang jelas dan menarik di samping penyediaan bahan pengajaran yang lengkap. Tambahan pula, prestasi pelajar juga dapat dipertingkatkan dengan adanya kaedah pengajaran yang berkesan (Intan Safinas Mohd Ariff Alakri, Fazilah Idris, Maznah Ibrahium & Alawiah Ibrahim, 2001).

Selain itu, berdasarkan dapatan kajian terhadap tahap kepuasan pelajar mengenai kaedah penilaian atau kuiz yang dijalankan menunjukkan hampir kesemua responden meletakkan tahap kepuasan yang cemerlang terhadap kaedah yang digunakan. Ujian buka buku yang dilaksanakan memudahkan pelajar menyelesaikan persoalan yang dikemukakan tanpa memerlukan pelajar untuk menghafal keseluruhan siibus (Kamarul Azmi Jasmi, Siti Hanim Naim & Hilman Muhamad, 2012) disamping menguji minda dan tahap pemahaman pelajar. Seiring dengan keadaan semasa negara yang dilanda pandemik COVID-19, kaedah penilaian atas talian yang lebih fleksibel membolehkan pelajar mengambil peperiksaan dilokasi yang berbeza pada tempoh masa yang telah ditetapkan (Syarbaini Ahmad, Mohd Azrul Sulaiman, Izzudin Mohd Pisol & Mohd Nazri Kama, 2016).

KESIMPULAN

Pelaksanaan pembelajaran secara dalam talian yang mula terfokus ketika pandemik COVID-19 ini mula diterima baik dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di institusi pengajian tinggi Malaysia samaada swasta mahupun kerajaan. Walaubagaimanapun, pelaksanaan pembelajaran ini perlu dikaji semula khususnya dalam konteks teknik pengajaran dan kaedah penilaian bagi pembelajaran kursus Tafsir al-Quran agar mencapai tahap kepuasan yang tinggi di kalangan pelajar.

Hasil kajian ini mendapati bahawa teknik pengajaran yang diaplikasikan oleh pensyarah amat penting dalam memberi kefahaman kepada pelajar di samping kaedah penilaian yang sistematik dalam mengenalpasti tahap pemahaman pelajar terhadap kursus ini. Kepelbagaian kaedah pembelajaran yang menarik dan mudah difahami akan lebih menarik minat pelajar untuk mendalami sesuatu topik itu. Justeru itu, pihak universiti perlu meningkatkan tahap kesediaan pelajar dalam mempelajari pembelajaran secara dalam talian seperti penggunaan dan ketersediaan teknologi, komputer dan keberkesanan internet, dan pembelajaran kendiri (Donnie Adams, Bambang Sumintono, Ahmed Mohamed & Nur Syafika Mohamad Noor, 2018). Kesimpulannya, pandemik COVID-19 yang berlaku ini bukan penghalang bagi para penuntut ilmu untuk terus menuntut ilmu di samping memiliki perkembangan teknologi yang sedia ada.

(7)

485 RUJUKAN

Bibi Noraini Mohd Yusuf & Jihan Ahmad. 2020. Are we Prepared Enough? A Case Study of Challenges in Online Learning in a Private Higher Learning Institution during the Covid- 19 Outbreaks. Advances in Social Sciences Research Journal. Vol. 7(5): 205-212 Cohen, L., Manion, L. & Morrison, K. 2007. Research Methods in Education (6th ed.). New

York: Taylor & Francis e-Library

COVID-19: Kerajaan Umum Perintah Kawalan Pergerakan Mulai Rabu. 2020, Mac 16. BH Online. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/665949/covid-19- kerajaan-umum-perintah-kawalan-pergerakan-mulai-rabu (diakses pada 24 September 2020)

Donnie Adams, Bambang Sumintono, Ahmed Mohamed & Nur Syafika Mohamad Noor.

2018. E-Learning Readiness Among Students of Diverse Backgrounds in a Leading Malaysian Higher Education Institution. Malaysian Journal of Learning and Instruction. Vol. 15(2): 227-256

Fahmeeda Adib Azhari & Long Chiau Ming. 2015. Review of E-Learning Practice at the Tertiary Education Level in Malaysia. Indian Journal of Pharmaceutical Education and Research. Vol. 49(4): 248-257

Intan Safinas Mohd Ariff Alakri, Fazilah Idris, Maznah Ibrahium & Alawiah Ibrahim.

2001. Kaedah Pengajaran Berkesan: Antara Keperluan Pelajar dan Realiti Pengajaran Pengajian Jarak Jauh. Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara. Vol. 2: 81-95

Kamarul Azmi Jasmi, Siti Hanim Naim & Hilman Muhamad. 2012. Kaedah Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Seminar Antarabangsa Perguruan dan Pendidikan Islam (SEAPPI2012). Le Grandeur Palm Resort, Senai, Johor Bahru. 8-9 Mac

Kementerian Kesihatan Malaysia. 2020. COVID-19 Malaysia. http://covid-19.moh.gov.my/

(diakses pada 24 September 2020)

Kumar, D., Malviya, R. & Sharma, P. K. 2020. Corona Virus: A Review of COVID-19.

Eurasian Journal of Medicine and Oncology. Vol. 4(1): 8-25

Maizatulakma Abdullah, Ainol Basirah Abdul Wahab, Noorsakinah Abdul Wahab &

Muhammad Azim Ismail. 2018. Faktor yang Mempengaruhi Penilaian Pelajar terhadap Prestasi Pengajian Pensyarah. Jurnal Personalia Pelajar. Vol. 21(1): 1-9

Mariatul Fadillah, Iche Andriani Liberty & Lathifah Nadiah. 2020. WhatsApp Seminar as Hoax Buster and Health Promotion Medium of COVID-19: A Field Trial. Advances in Social Sciences Research Journal. Vol. 7(7): 910-917

(8)

486

Nor Aniza Ahmad & Lay Nee Chua. 2015. Technology and Higher Education: Using an E- Learning Tutorial as a Pedagogy for Innovation and Flexible Learning. Malaysian Journal of Distance Education. Vol. 17(1): 21-31

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan Bermula 10 Jun ini – PM Muhyiddin. 2020, Jun 7. BERNAMA. https://www.bernama.com/bm/am/news_covid-19.php?id=1848860 (diakses pada 24 September 2020)

Semuel Piter Irab & Arius Togodly. 2020. Limitations of Rural Health Services and Assessment Pregnant Mothers in the Pandemic Covid-19 of the Papua Province Indonesian.

Advances in Social Sciences Research Journal. Vol. 7(7): 723-731

Syarbaini Ahmad, Mohd Azrul Sulaiman, Izzudin Mohd Pisol & Mohd Nazri Kama.

2016. Kajian Literasi Kaedah Pengujian atas Talian. 3rd International Research Management & Inovation Conference (IRMIC 2016). Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Bangi, Selangor. Oktober

World Health Organization. 2020. Coronavirus Disease (COVID-19) in Malaysia.

https://www.who.int/malaysia/emergencies/coronavirus-disease-(covid-19)-in- malaysia (diakses pada 24 September 2020)

Referensi

Dokumen terkait

dinamakan sel rizoid, sedang sel anteridial membelah beberapa kali membentuk gametofit yang hanya terdiri dari beberapa sel, dimana 2 atau empat sel di tengah menjadi sel

Berdasarkan hasil uji koefisien determinasi Nilai Adjusted R Square yang dihasilkan pada penelitian ini adalah sebesar 0,795 atau 79,5% yang berarti bahwa variabel Motivasi,

Berdasarkan penelitian yang dilakukan penulis maka dapat disimpulkan metode ELECTRE merupakan suatu metode yang dapat memberikan pertimbangan untuk menentukan minyak

selalu terjaga keberadaannya. Sebagian besar responden telah menyadari bahwa tindakan konservasi yang dilakukan hari ini merupakan tabungan bagi generasi

Melalui pendekatan kualitatif deskriptif, peneliti bermaksud melakukan repre-sentasi objektif mengenai gejala-gejala yang terdapat di dalam masalah penelitian dengan

Lebih jauh, dengan mengacu pada Gode dan Sunder (2003), harga paritas impor yang dijadikan acuan sebagai rentang harga terdiri dari harga tertinggi dan terendah berdasarkan fob

Hasil penelitian menunjukkan bahwa layanan informasi dapat mengupayakan mengubah persepsi siswa terhadap Bimbingan Konseling dari yang kurang baik dan takut untuk datang sendiri

Pelatihan peningkatan kemampuan mendongeng bagi guru dan orang tua siswa di PAUD Makanatut Thalibin ternyata mendapat respon yang sangat baik dan positif dari peserta