• Tidak ada hasil yang ditemukan

Update 23 Jan 2021 Notification of Court Operations in MCO States

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Update 23 Jan 2021 Notification of Court Operations in MCO States"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

Circular No 037/2021 Dated 23 Jan 2021

To Members of the Malaysian Bar and pupils in chambers

Update 23 Jan 2021 | Notification of Court Operations in MCO States

We refer to Circular No 008/2021 entitled “Notification of Court Operations in MCO States”

dated 12 Jan 2021 and the extension of the Movement Control Order (“MCO”) until 4 Feb 2021, which apply to the states of Johore, Kelantan, Melaka, Penang, Sabah, Selangor and the Federal Territories (Kuala Lumpur, Putrajaya and Labuan) as announced on 21 Jan 2021 by the Senior Minister (Security) and Defence Minister, YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

The Office of the Chief Registrar of the Federal Court of Malaysia has issued a directive on 22 Jan 2021 entitled “Operasi Mahkamah Semasa Pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)” pertaining to Court operations during the MCO period in the affected states.

The following directives and guidelines are applicable throughout the period of the MCO:

(i) Arahan-Arahan Berhubung Dengan Pengendalian Kes Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (see pages 3 to 6);

(ii) Arahan Mengenai Pengendalian Prosiding Kes Jenayah Di Mahkamah Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (see pages 7 to 14); and

(iii) Tatacara Operasi Standard Pencegahan Wabak Covid-19 Di Mahkamah Seluruh Malaysia Bagi Pengguna Mahkamah (see pages 15 to 17).

Should you need assistance, please contact the following Court officers:

(i) Mahkamah Persekutuan Malaysia Puan Nurul Husna binti Awang Timbalan Pendaftar

Pejabat Pendaftaran Mahkamah Persekutuan Malaysia 03-8880 3947 / 019-415 7376 / husna@kehakiman.gov.my (ii) Mahkamah Rayuan Malaysia

Puan Norliza binti Othman

Pendaftar Mahkamah Rayuan Malaysia

03-8880 4045 / 012-236 7976 / norliza@kehakiman.gov.my (iii) Mahkamah Tinggi Malaya

Puan Hasbi binti Hasan

Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya

03-8880 3702 / 012-209 8648 / hasbi@kehakiman.gov.my

(2)

(iv) Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak Puan Amelati Parnell

Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak

088-286 100 / 019-819 5908 / amelati@kehakiman.gov.my (v) Mahkamah Rendah Malaya

Tuan M. Bakri bin Abd Majid

Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya

03-8880 9418 / 019-985 1333 / mbakri@kehakiman.gov.my (vi) Mahkamah Rendah Sabah & Sarawak

Puan Egusra binti Ali

Pengarah Mahkamah Negeri Sabah

(menjalankan tugas-tugas Pendaftar Mahkamah Rendah Sabah dan Sarawak) 088-286 100 / 016-893 1397 / egusra@kehakiman.gov.my

We hope that the information provided here is of assistance.

Stay safe.

A G KALIDAS Secretary Malaysian Bar

(3)

LAMPIRAN

1

ARAHAN-ARAHAN BERHUBUNG DENGAN PENGENDALIAN KES SEMASA TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) 1. PENDAHULUAN

Arahan-arahan berhubung dengan pengendalian kes semasa tempoh PKP adalah dikeluarkan oleh YAA Ketua Hakim Negara menurut seksyen 16A Akta Mahkamah Kehakiman 1964 [Akta 91] dan seksyen 3A Akta Mahkamah Rendah 1948 [Akta 92] yang telah diubah suai melalui Akta Langkah-Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) 2020 [Akta 829].

2. PEMAKAIAN

Arahan-arahan ini terpakai bagi Mahkamah-Mahkamah di negeri-negeri di bawah PKP.

3. PENGENDALIAN KES SIVIL

(a) Permohonan Perakuan Segera

(i) Bagi permohonan perakuan segera di Mahkamah Persekutuan, Timbalan Kanan Pendaftar / Timbalan Pendaftar akan mengendalikan dokumen perakuan segera dan mendapatkan arahan selanjutnya daripada YAA Ketua Hakim Negara;

(ii) Bagi permohonan perakuan segera di Mahkamah Rayuan, Pendaftar Mahkamah Rayuan / Timbalan Kanan Pendaftar akan mengendalikan dokumen perakuan segera dan mendapatkan arahan selanjutnya daripada YAA Presiden Mahkamah Rayuan;

(4)

LAMPIRAN

2

(iii) Bagi permohonan perakuan segera di Mahkamah Tinggi, Timbalan Pendaftar (Pentadbiran / Pengurus) atau Penolong Kanan Pendaftar (Pentadbiran / Pengurus) akan mengendalikan dokumen perakuan segera dan mendapatkan arahan selanjutnya daripada YA Hakim / Pesuruhjaya Kehakiman yang bertugas; dan

(iv) Bagi permohonan perakuan segera di Mahkamah Sesyen, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah akan mengendalikan dokumen perakuan segera dan mendapatkan arahan selanjutnya daripada Pengarah Mahkamah Negeri.

(b) Pemfailan dan Pengurusan Kes

(i) Bagi Mahkamah yang menggunakan sistem e-Kehakiman, pemfailan kes-kes baharu / notis rayuan dan dokumen-dokumen adalah melalui sistem e-Filing. Bagi Mahkamah yang masih belum mempunyai sistem e-Filing, pemfailan kes-kes baharu dan dokumen-dokumen akan dilaksanakan secara fizikal. Bagi kes- kes yang memerlukan kesegeraan, pemfailan boleh dibuat di mahkamah berdekatan yang mempunyai sistem e-Kehakiman di negeri berkenaan; dan

(ii) Pengurusan kes akan dijalankan melalui teknologi komunikasi jarak jauh.

(c) Perbicaraan atau Pendengaran Kes

(i) Bagi perbicaraan atau pendengaran kes sivil, Arahan Amalan Ketua Hakim Negara Bilangan 1 Tahun 2021 mengenai Pengendalian Prosiding Kes Sivil Melalui Teknologi Komunikasi Jarak Jauh Bagi Mahkamah Di Seluruh Malaysia (sesalinan dilampirkan) yang telah diedarkan oleh Pejabat ini melalui e-mel bertarikh 8 Januari 2021 adalah terpakai; dan

(5)

LAMPIRAN

3

(ii) Bagi Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret, pengendalian kes melalui teknologi komunikasi jarak jauh hendaklah dijalankan dari kediaman masing-masing.

4. PENGENDALIAN KES JENAYAH (a) Pengurusan Kes

(i) Pengurusan kes di Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan akan dijalankan menggunakan teknologi komunikasi jarak jauh iaitu melalui platform sidang video dan e-mel; dan

(ii) Pengurusan kes di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret boleh dibuat menggunakan teknologi komunikasi jarak jauh atas persetujuan pihak-pihak.

(b) Permohonan Reman

Permohonan reman di bawah seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) dan di bawah Akta Imigresen 1959/1963 akan dijalankan seperti biasa mengikut jadual bertugas yang telah ditetapkan manakala pelanjutan reman di bawah seksyen 259 KTJ akan dijalankan melalui teknologi komunikasi jarak jauh.

(c) Pendaftaran Kes-Kes Baharu

Bagi pendaftaran kes baharu, Pegawai Penyiasat hendaklah memaklumkan lebih awal kepada Mahkamah bagi tujuan persediaan dan tarikh sebutan yang seterusnya hendaklah ditetapkan selepas tamat tempoh PKP.

(d) Permohonan Jamin

Bagi kesalahan yang boleh dijamin, Pengarah Mahkamah Negeri hendaklah memastikan urusan jamin dapat diproses seperti biasa dan penggunaan sistem e-Jamin adalah digalakkan.

(6)

LAMPIRAN

4

(e) Perbicaraan atau Pendengaran Kes

Semua perbicaraan atau pendengaran kes di Mahkamah terbuka sepanjang tempoh 13 Januari 2021 hingga 26 Januari 2021 adalah ditangguhkan dan penetapan tarikh perbicaraan atau pendengaran yang baharu akan dimaklumkan kemudian. Dalam keadaan kes-kes yang mendesak, persetujuan YAA Hakim Besar Malaya atau YAA Hakim Besar Sabah dan Sarawak untuk menjalankan perbicaraan atau pendengaran kes di Mahkamah terbuka hendaklah diperolehi terlebih dahulu.

5. PEMBATALAN

Semua arahan berhubung dengan pengendalian kes di Mahkamah seluruh Malaysia semasa tempoh PKP yang telah dikeluarkan oleh Pejabat ini bermula daripada 18 Mac 2020 hingga 3 Mei 2020 adalah terbatal.

PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN 12 Januari 2021

(7)
(8)
(9)
(10)
(11)
(12)
(13)
(14)
(15)

PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN

MALAYSIA

Badan Kehakiman Malaysia sentiasa prihatin tentang kesihatan, keselamatan dan kebajikan pengguna Mahkamah semasa penularan wabak Coronavirus 2019 (COVID-19). Selaras dengan itu, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) mengeluarkan Tatacara Operasi Standard Pencegahan Wabak COVID-19 di Mahkamah Seluruh Malaysia (SOP) bagi pengguna Mahkamah untuk memastikan proses pentadbiran keadilan berjalan dalam keadaan selamat, teratur dan

lancar serta akses kepada keadilan tidak terjejas

SOP ini mula berkuat kuasa pada 27 Januari 2021.

TARIKH KUAT KUASA

SOP ini menggantikan Tatacara Pengendalian Piawai Pencegahan Wabak COVID-19 di Mahkamah Seluruh Malaysia Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan oleh PKPMP pada 3 Mei 2020.

1. 2.

SOP ini terpakai bagi semua peringkat Mahkamah di seluruh Malaysia.

PEMAKAIAN

TATACARA OPERASI STANDARD PENCEGAHAN WABAK COVID-19

DI MAHKAMAH SELURUH MALAYSIA

BAGI PENGGUNA MAHKAMAH

(16)

PENGGUNA MAHKAMAH

TANGGUNGJAWAB

1.

2.

3.

4.

5.

Pengguna Mahkamah –

adalah DILARANG untuk hadir ke Mahkamah jika – (a) disahkan positif COVID-19;

(b) suhu badan melebihi 37.5 darjah celsius;

(c) bergejala seperti demam, batuk, selsema atau sesak nafas;

(d) merupakan kontak rapat kepada kes positif COVID-19;

(e) telah dikategorikan sebagai Person Under Investigation (PUI) / Person Under Surveillance (PUS); atau

(f) telah menjalani ujian calitan (swab test) tetapi belum mendapat keputusan;

adalah dilarang untuk hadir ke Mahkamah jika tidak mempunyai sebarang urusan;

hendaklah memastikan penjarakan fizikal antara satu sama lain semasa berurusan di Mahkamah sentiasa dipatuhi;

hendaklah sentiasa memakai pelitup muka semasa berada di dalam premis Mahkamah;

hendaklah mengimbas kod QR aplikasi MySejahtera sebelum memasuki premis Mahkamah dan sebelum memasuki Mahkamah terbuka atau sebelum mengunjungi mana-mana fasiliti Mahkamah yang mempamerkan kod QR MySejahtera untuk diimbas. Pengguna Mahkamah yang tidak mempunyai aplikasi MySejahtera hendaklah mencatatkan nama dan suhu badan mereka dalam buku daftar yang disediakan;

10.

11.

6.

7.

8.

9.

hendaklah mematuhi penandaan jarak fizikal yang telah dibuat di Mahkamah seperti di kantin, kaunter-kaunter Mahkamah, lif, Mahkamah terbuka dan lain-lain;

hendaklah tidak berkumpul di kaunter-kaunter Mahkamah dan hanya seorang sahaja pengguna Mahkamah dibenarkan untuk berurusan di kaunter-kaunter Mahkamah pada satu-satu masa;

tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan banduan / Orang Kena Tuduh (OKT) dalam reman di mana-mana tempat di dalam premis Mahkamah kecuali di dalam Mahkamah terbuka. Walau bagaimanapun, tatacara ini tidak terpakai kepada penjamin yang diarahkan untuk menandatangani bon jamin;

hanya dibenarkan untuk memasuki Mahkamah terbuka apabila kes mereka dipanggil dan keluar dari Mahkamah terbuka apabila kes selesai;

digalakkan untuk menggunakan aplikasi e-Jamin bagi urusan pembayaran wang jamin; dan

digalakkan untuk menggunakan cash deposit machine (CDM) atau saluran ePOS bagi urusan pembayaran denda.

(17)

Pintu Mahkamah terbuka akan mula dibuka pada jam 9.00 pagi atau pada waktu-waktu lain yang ditetapkan oleh pihak Mahkamah.

Pihak-pihak hendaklah duduk di tempat yang telah ditetapkan dalam Mahkamah terbuka dan mematuhi penandaan jarak fizikal yang telah dibuat.

Hanya seorang Timbalan Pendakwa Raya / Peguam Persekutuan / peguam dibenarkan untuk berada di Mahkamah terbuka melainkan jika mendapat pengecualian daripada Mahkamah.

Hanya dua orang ahli keluarga / kawan / kenalan tertuduh dibenarkan masuk ke Mahkamah Terbuka

Timbalan Pendakwa Raya / Peguam Persekutuan / peguam tidak dibenarkan untuk menghampiri meja jurubahasa semasa perbicaraan.

Pihak-pihak hendaklah hadir mengikut tarikh dan masa berperingkat yang telah ditetapkan oleh Mahkamah.

Pihak-pihak tidak dibenarkan untuk berada di dalam Mahkamah terbuka sehingga kes mereka dipanggil.

1.

2.

3.

4.

5.

6.

DI MAHKAMAH

TATACARA AM

LIPUTAN MEDIA

Liputan media adalah tidak dibenarkan semasa apa-apa prosiding Mahkamah. Namun, bagi kes-kes yang melibatkan kepentingan awam,

Mahkamah boleh mempertimbangkan untuk menyediakan bilik bagi siaran langsung (live feed) dengan pematuhan terhadap jarak fizikal, pemakaian pelitup muka dan penggunaan hand sanitizer, atau menyediakan kemudahan liputan media melalui aplikasi zoom.

ARAHAN BERHUBUNG

DENGAN WABAK COVID-19

Selain tatacara yang dinyatakan dalam SOP ini, pengguna Mahkamah hendaklah mematuhi apa-apa arahan berhubung dengan wabak COVID-19 yang dikeluarkan oleh MKN serta KKM dari semasa ke semasa apabila berurusan di Mahkamah.

PEGAWAI YANG BOLEH DIHUBUNGI:

Tuan Azhaniz Teh bin Azman Teh Pengarah

Bahagian Pembangunan Strategik dan Latihan 03-88809437 / 019-2184105

Puan Noor Azzah binti Abdul Aziz Timbalan Pengarah

Bahagian Pembangunan Strategik dan Latihan 03-88804191 / 019-3880979

Tuan Nik Muizzuddin bin Nik Muhammad Penolong Kanan Pendaftar

Bahagian Pembangunan Strategik dan Latihan 03-88804099 / 017-9194464

Referensi

Dokumen terkait

Sumber Bahan/ Referensi PENDAHULUAN Apersepsi: hambatan- hambatan yang dialami mahasiswa ketika akan berbicara di depan publik 15” diskusi Laptop, power point dan LCD

• Lain-lain arahan dari semasa ke semasa yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan.. • Akta Pengangkutan

Sekiranya mana-mana pihak memerlukan sebarang maklumat lanjut berhubung proses pengambilan tanah di bawah Seksyen 4 dan Seksyen 8 (Akta 486), adalah digalakkan

volume penjualan, atau kegunaan. Konsep sebuah sistem keputusan tertutup jelas menganggap orang rasional yang secara logis menguji semua alternatif, mengurutkan

• Tertakluk kepada ketetapan yang dikeluarkan oleh MKN dan KKM • Lain-lain arahan dari semasa ke.. semasa yang dikeluarkan oleh Pegawai Diberi Kuasa di bawah

Untuk lebih memahami perilaku reaksi pada esterifikasi asam lemak bebas dan gliserol dalam menghasilkan minyak DAG diperlukan simulasi yang dapat menggambarkan perilaku

Khusus mengenai pencegahan kecelakaan lalulintas, Pemerintah Daerah telah melakukan upaya pengawasan prasarana jalan, melalui kebijakan pelarangan pendirian

Syukur Alhamdulillah kehadirat Allah SWT atas segala karunia dan rahmat yang dilimpahkan-Nya, sehingga penulis dapat menyelesaikan skripsi dengan judul “Perbedaan Kadar