1
UCAPAN PERASMIAN
WEBINAR JOM PERKASA INFAQ LIL- WAQF ANGKASA-UMK RESEARCH ACADEMY (AURA) PERINGKAT NEGERI
KELANTAN 2021
21 DISEMBER 2021 BERSAMAAN 16 JAMADILAWAL 1443H
2
10.00 PAGI
ANJURAN UNIT YAYASAN INFAQ ANGKASA
BAHAGIAN PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SYARIAH ANGKASA
3
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih saudara/saudari pengacara.
4
YBhg. Datuk Hj. Mohamad Ali Hasan Ahli Lembaga ANGKASA
Merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah
Yayasan Infaq ANGKASA
5
Yang Berusaha En. Mohamad Zain Wan Abdullah
Pengerusi Jawatankuasa
Perhubungan ANGKASA Negeri Kelantan
6
Yang Berusaha Tn. Hj. Azhar Hamzah Pengurus Besar
Bahagian Pengurusan dan
Pembangunan Syariah ANGKASA
7
Yang Berusaha Ustaz Mohd Safian Abdul Rahman
Pengurus Unit Yayasan Infaq ANGKASA
Koperator dan Warga Pendidik Seluruh Malaysia
8
Seterusnya Dato’-Dato/Datin-
Datin/Tuan-Tuan/Puan-Puan yang dihormati sekalian
_____________________________________
________
1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat
9
dan izinNya, dapat kita mengadakan Webinar Jom Perkasa Infaq Lil-Waqf ANGKASA-UMK Research Academy (AURA) Peringkat Negeri Kelantan 2021. Terima kasih kepada pihak UMK Research Academy (AURA) di atas kerjasama bagi menjalankan webinar pada hari ini. Terima kasih juga kepada
10
koperator, warga pendidik dan peserta-peserta yang dapat bersama- sama dalam webinar anjuran Unit Yayasan Infaq ANGKASA, Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA ini.
11
2. Walaupun dijalankan secara maya, penyertaan peserta pada hari ini melibatkan seluruh masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan negara amatlah dihargai. Syabas dan tahniah diucapkan! Di kesempatan ini juga, ribuan terima kasih diucapkan kepada panel jemputan yang sudi
12
meluangkan masa untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran mereka bersama-sama dengan kita.
Hadirin Yang Dihormati Sekalian
3. Tujuan webinar ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan
13
perkongsian info kepada masyarakat mengenai platform kebajikan yang disediakan oleh ANGKASA. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk memberi galakan kepada semua pihak terutama anggota koperasi khususnya bagi melaksanakan amalan berwaqaf dan secara tidak langsung dapat
14
membangunkan harta bagi kepentingan masyarakat umum dan khususnya warga koperasi. Untuk makluman, webinar pada hari ini akan menampilkan panelis yang terdiri daripada penceramah yang mempunyai ilmu kepakaran dan pengalaman dalam bidang wakaf
15
terutama pengamalannya di Negeri Kelantan.
4. Melalui Prinsip Ketujuh, Berprihatin Terhadap Masyarakat, ANGKASA komited melunaskan hasrat penyumbang melalui dana yang disalurkan melalui platform ini. Sejak
16
tahun 2010 sehingga kini, sebanyak RM12,914,518.97 juta telah disalurkan kepada sektor ekonomi, pendidikan dan kesihatan di seluruh Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan negara. Sehingga september 2021, sumbangan terkumpul dana Infaq Lil- waqf adalah 21,044,797.22 juta.
17
Jumlah ini adalah termasuk RM1.5 juta yang telah disumbangkan oleh ANGKASA pada tahun ini.
5. ANGKASA selaku badan apeks, amat komited untuk menjadi ikon dan perintis dalam memartabatkan wakaf di dalam gerakan koperasi di Malaysia
18
khususnya dan masyarakat amnya tanpa mengira agama dan bangsa.
6. Bagi melancarkan lagi urusan berkaitan pengurusan dana Infaq Lil- Waqf agar lebih teratur dan terancang, ANGKASA telah mengambil inisiatif dengan
19
menubuhkan Yayasan Infaq ANGKASA yang didaftarkan di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 (Akta 258), Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri. (BHEUU, JPM). Penubuhan ini telah diluluskan oleh YB Menteri Datuk Seri Takiyudin bin Hassan, Menteri di
20
Jabatan Perdana Menteri pada 9 Julai 2021. Dengan lulusnya penubuhan Yayasan Infaq ANGKASA ini, ANGKASA berharap agar dapat menjadi sebuah badan Apeks yang berfungsi dalam memberi perkhidmatan dan kebajikan kepada Koperasi, pelanggan- pelanggan ANGKASA dan masyarakat
21
umum dengan lebih efisen dan dapat dikembangkan dengan lebih meluas melalui sumbangan dana Infaq Lil- Waqf.
7. Kredibiliti ANGKASA dalam pengurusan dana wakaf yang telus dan profesional terbukti apabila ANGKASA dilantik
22
sebagai nazir khas/pengurus aset bagi projek mega wakaf berimpak tinggi di kebanyakan negeri di Malaysia dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri.
8. ANGKASA sentiasa optimis berkolaborasi dengan pihak Majlis
23
Agama Islam Negeri dan agensi berkaitan untuk bersama-sama bersatu tenaga memartabatkan wakaf di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa.
9. Sejak 2015 sehingga kini, ANGKASA telah menjalinkan kerjasama dengan:
24
• Majlis Agama Islam Negeri Johor;
• Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang; dan
• Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Hadirin Yang Dihormati Sekalian
25
10. Webinar ini juga mendapat sokongan daripada Ahli Lembaga ANGKASA, Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN), pengurusan dan kakitangan ANGKASA yang merupakan penyumbang konsisten bulanan sejak tabung dana Waqaf ditubuhkan sehingga kini dan
26
jumlahnya sentiasa meningkat saban tahun.
11. ANGKASA amat menghargai para penyumbang terutama pelanggan BPA yang terdiri daripada sekolah dan agensi kerajaan dan swasta serta koperasi yang memilih platform ini
27
sebagai wadah kebajikan masing- masing. ANGKASA menyediakan pelbagai kaedah untuk memastikan amalan berwakaf dipermudah seperti melalui sumbangan tunai dan potongan gaji, serta secara online melalui CIMB Clicks.
28
12. Melalui webinar ini, saya menyeru agar kita semua dapat meningkatkan sumbangan supaya lebih banyak program kebajikan dan pembangunan kemasyarakatan dapat disalurkan kepada mereka yang memerlukan sama ada di dalam mahupun luar negara.
29
13. ANGKASA mengalu-alukan kerjasama dengan pelbagai agensi dengan berteraskan konsep ‘taawun’ (tolong- menolong) dalam mendukung aspirasi memartabatkan amalan jariah ini.
Contohnya di Kelantan, ANGKASA telah memberi sumbangan 3 buah Mesin Hemodialisis kepada koperasi
30
Warga USM Kelantan Berhad yang mana hasil daripada pusat dialisis tersebut telah disumbangkan semula kepada ANGKASA dan dijadikan sebagai hasil manfaat untuk diagihkan kepada pihak yang memerlukan.
31
14. Oleh yang demikian, kita harus menjadi ikon dan penggerak menyalurkan informasi wadah kebajikan ini melalui pengamalan konsep ‘berat sama dipikul ringan sama dijinjing.
32
15. Saya yakin dengan perkongsian pelbagai input yang akan dikongsi pada hari ini menjanjikan suatu penerapan impak positif dan menjadi pedoman dalam kehidupan peserta sekalian.
33
16. Akhir kata, Tahniah dan Syabas kepada Unit Yayasan Infaq ANGKASA, Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah dengan Kerjasama UMK Research Academy (AURA) dalam menjayakan Webinar ini dan sentiasa menyokong serta membantu menjayakan usaha murni
34
ini di peringkat Negeri Kelantan dan semoga kita terus istiqomah dalam perjuangan ini. saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta Webinar Jom Perkasa Infaq Lil-Waqf ANGKASA-AURA Peringkat Negeri Kelantan pada hari ini. Besarlah
35
harapan saya semoga webinar ini dapat memberi manfaat kepada semua yang menyertainya dan ANGKASA mengalu-alukan semua peserta agar menjadikan platform ini sebagai pilihan bagi melunaskan hasrat melakukan kebajikan dan
36
mengejar saham akhirat masing- masing.
Dengan lafaz suci
Bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan Webinar Jom Perkasa Infaq Lil-Waqf Peringkat Negeri Kelantan.
37
Sekian, Wabillahitaufiq Walhidayah, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih.