• Tidak ada hasil yang ditemukan

Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

4-10 MAC

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN ROMA 12-14

“Apakah Ertinya Menunjukkan Kasih Kris- tian?”

(Roma 12:10) Sepertimana adik-beradik kan- dung mengasihi satu sama lain, kamu juga harus saling mengasihi. Hendaklah kamu saling mendahului untuk memberikan hor- mat.

it-1 1174 Kasih Sayang

Semua anggota sidang Kristian harus menun- jukkan kasih terhadap saudara seiman (Yunani, phi·la·del·phia, harfiah, “kasih sayang terha- dap saudara”). (Rm 12:10; Ibr 13:1; lihat juga 1Pt 3:8.) Hubungan antara ahli sidang harus- lah akrab bagaikan sebuah keluarga. Walaupun ahli sidang sudah menunjukkan kasih terhadap saudara seiman, mereka digalakkan agar terus melakukannya dengan lebih bersungguh-sung- guh lagi.—1Te 4:9, 10.

Istilah Yunani phi·lostor·gos (yang bermaksud

“sangat menyayangi”) digunakan untuk meng- gambarkan hubungan yang akrab antara dua orang. Sebahagian kata majmuk ini berasal da- ripada istilah stergo, yang sering digunakan untuk menggambarkan kasih sayang antara ahli keluarga. Rasul Paulus menggalakkan orang Kristian untuk memupuk sifat ini. (Rm 12:10) Paulus juga menyebut bahawa pada hari-hari terakhir, manusia “tidak memiliki kasih sayang”

(Yunani, astor·goi) dan orang sedemikian harus dihukum mati.—2Ti 3:3; Rm 1:31, 32.

(Roma 12:17-19) Janganlah membalas keja- hatan dengan kejahatan terhadap sesiapa pun. Pertimbangkanlah apa yang dianggap baik oleh semua orang. 18 Selagi kamu dapat

melakukannya, berusahalah sedaya upaya untuk berdamai dengan semua orang. 19 Hai saudara-saudara yang dikasihi, janganlah membalas dendam. Tetapi biarlah Tuhan memperlihatkan kemurkaan-Nya terhadap ke- jahatan yang dilakukan, kerana ada tertulis,

“Yehuwa berfirman, ‘Akulah yang akan me- nuntut pembalasan, dan Akulah yang akan membalas kejahatan.’ ”

w09 15/10 8 per. 3

“Berdamai dengan Semua Orang”

3Baca Roma 12:17. Paulus menjelaskan baha- wa kita tidak harus membalas dendam apabila menghadapi tentangan. Nasihat ini amat pen- ting, terutamanya bagi orang Kristian yang mempunyai pasangan hidup yang tidak seiman.

Dia perlu mengawal diri supaya tidak membalas kata-kata atau perbuatan yang jahat dengan kejahatan. “Membalas kejahatan dengan keja- hatan” tidak akan membawa hasil yang baik, tetapi hanya memburukkan lagi situasi itu.

w07 1/7 24-25 per. 12-13

“Janganlah Membalas Kejahatan dengan Keja- hatan”

12Berkenaan cara kita memperlakukan orang yang seiman dan tidak seiman, Paulus mena- sihati, “Janganlah membalas kejahatan dengan kejahatan.” Sebelum ini, Paulus juga berkata ba- hawa kita harus ‘membenci apa yang jahat.’ Jika seseorang benar-benar membenci hal-hal yang jahat, bagaimana mungkin dia akan membalas orang lain dengan kejahatan? Jika dia berbuat demikian, sudah tentu dia tidak “menunjukkan kasih dengan ikhlas.” Kemudian Paulus berkata,

“Pertimbangkanlah apa yang dianggap baik oleh semua orang.” (Roma 12:9, 17) Bagaimanakah kita boleh menerapkan kata-kata itu?

13Paulus pernah menulis tentang penganiayaan yang dihadapi oleh para rasul dalam suratnya

Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian

(2)

kepada sidang di Korintus. Dia berkata, “Kami telah menjadi watak terakhir yang muncul da- lam sebuah pertunjukan yang ditonton oleh semua manusia di bumi, dan para malaikat. . . . Semasa orang menghina kami, kami member- kati mereka. Semasa orang menganiaya kami, kami menanggungnya dengan sabar. Semasa kami difitnah, kami menjawab dengan lemah lembut.” (1 Korintus 4:9-13) Dalam cara yang sama, orang di dunia pada hari ini juga melihat tingkah laku orang Kristian sejati. Apabila me- reka mendapati bahawa kita terus menunjukkan kebaikan walaupun dilayan dengan tidak adil, mereka mungkin akan tertarik dengan mesej Bi- ble yang kita kongsikan.—1 Petrus 2:12.

Mencari Permata Rohani

(Roma 13:1) Setiap orang harus taat kepada pihak berkuasa, kerana semua kuasa datang daripada Tuhan. Pihak berkuasa yang ada se- karang diberi kedudukan masing-masing menurut aturan Tuhan.

w08 15/6 31 per. 4

Sorotan daripada Surat kepada Sidang di Roma

13:1—Mengapakah dapat dikatakan bahawa pihak berkuasa “diberi kedudukan masing-ma- sing menurut aturan Tuhan”? Pihak berkuasa di dunia “diberi kedudukan masing-masing menu- rut aturan Tuhan” kerana Tuhan membenarkan mereka untuk memerintah. Ada kalanya Tuhan juga menubuatkan tentang pemerintahan mere- ka, seperti yang dicatatkan dalam Bible.

JADILAH PENGINJIL YANG LEBIH MAHIR w11 1/9 21-22

Wajibkah Anda Membayar Cukai?

KEBANYAKAN orang tidak suka membayar cu- kai. Mereka fikir bahawa wang cukai selalunya dibazirkan kerana orang yang mengendalikan wang itu tidak cekap atau tidak jujur. Ada juga orang yang membantah cukai atas sebab-sebab

moral. Contohnya, penduduk sebuah pekan di Timur Tengah enggan membayar cukai. Mere- ka berkata, “Kami tidak akan membiayai peluru yang bakal membunuh anak-anak kami.”

Pendapat sedemikian bukanlah sesuatu yang baharu. Seorang pemimpin Hindu yang bernama Mohandas K. Gandhi pernah me- nyatakan, “Jika seseorang menyokong negara yang pentadbirannya secara langsung atau tidak langsung berasaskan kuasa tentera, dia telah berdosa. Setiap orang yang berbuat de- mikian berdosa kerana menyumbang kepada penyelenggaraan negara itu dengan membayar cukai.”

Seorang ahli falsafah pada abad ke-19 yang bernama Henry David Thoreau juga bersepen- dapat. Atas sebab-sebab moral, dia enggan membayar cukai yang digunakan untuk menyokong peperangan. Dia bertanya, “Patut- kah rakyat menyerahkan hak untuk bertindak mengikut hati nurani sendiri kepada penggu- bal undang-undang? Kalau begitu, apa gunanya kita semua mempunyai hati nurani masing-ma- sing?”

Persoalan ini berkait dengan orang Kristian, kerana Bible mengajar bahawa mereka harus mengekalkan hati nurani yang bersih dalam segala hal. (2 Timotius 1:3) Pada masa yang sama, Bible juga mengakui bahawa kerajaan berhak untuk mengutip cukai. Bible berkata,

“Setiap orang harus taat kepada pihak ber- kuasa [kerajaan manusia], kerana semua kuasa datang daripada Tuhan. Pihak berkuasa yang ada sekarang diberi kedudukan masing-ma- sing menurut aturan Tuhan. Maka, ada alasan yang kukuh bagi kamu untuk taat kepada pihak berkuasa, iaitu bukan sahaja kerana takut dihu- kum, tetapi juga kerana hati nurani kamu. Itulah sebabnya kamu juga membayar cukai, kerana mereka ialah hamba Tuhan yang sentiasa ber- khidmat kepada orang ramai. Berikanlah kepada pihak berkuasa apa yang berhak diterima oleh

(3)

mereka. Bayarlah cukai kepada orang yang me- minta cukai.”—Roma 13:1, 5-7.

Walaupun wang cukai digunakan untuk menyo- kong aktiviti ketenteraan pada abad pertama, orang Kristian pada masa itu mematuhi perintah yang disebut dalam ayat Bible tadi, dan mereka rela membayar cukai. Saksi-Sak- si Yehuwa pada zaman moden juga mengikut teladan yang sama. Bagaimanakah kita dapat menjelaskan dua perkara yang nampaknya ber- canggahan ini? Adakah seseorang Kristian perlu mengabaikan suara hati nuraninya apabila di- minta untuk membayar cukai?

Cukai dan Hati Nurani

Sebahagian daripada wang cukai yang dibiayai oleh orang Kristian pada abad pertama di- gunakan untuk tujuan ketenteraan. Hati nurani sesetengah orang terganggu atas sebab ini, dan pada kemudian hari, individu seperti Gan- dhi dan Thoreau membantah cukai atas sebab yang sama.

Perhatikan bahawa orang Kristian mentaati pe- rintah yang disebut dalam Roma bab 13 bukan kerana mereka takut dihukum, tetapi “kerana hati nurani [mereka].” (Roma 13:5) Ya, hati nu- rani seseorang Kristian mewajibkannya untuk membayar cukai, biarpun wang cukai itu akan digunakan untuk menyokong aktiviti yang dito- lak olehnya. Walaupun dua hal ini nampaknya bercanggahan, kita dapat memahaminya de- ngan mengetahui satu fakta penting tentang hati nurani kita.

Hati nurani membimbing dan membantu kita untuk membezakan apa yang betul dan sa- lah. Seperti yang dikatakan oleh Thoreau, setiap orang memiliki hati nurani. Namun, hati nura- ni kita bukan selalunya dapat dipercayai. Jika kita ingin menyenangkan Tuhan, hati nurani kita mesti berdasarkan piawaian moral-Nya. Fi- kiran atau pandangan kita perlu diselaraskan dengan Tuhan, kerana fikiran-Nya jauh lebih unggul daripada kita. (Mazmur 19:7) Jadi, kita

harus berusaha untuk memahami pandangan Tuhan terhadap kerajaan manusia. Apakah pan- dangan-Nya itu?

Rasul Paulus menyebut kerajaan manusia se- bagai “hamba Tuhan.” (Roma 13:6) Apakah maksudnya? Kerajaan manusia mengekalkan ketertiban dan juga menyediakan perkhidma- tan untuk rakyat. Bahkan kerajaan yang selalu terlibat dalam rasuah masih menye- diakan perkhidmatan seperti penghantaran pos, pendidikan awam, perkhidmatan bomba, dan penguatkuasaan undang-undang. Walaupun Tu- han sedar sepenuhnya kelemahan kerajaan manusia, Tuhan masih membenarkan mereka untuk memerintah buat suatu jangka waktu, dan menghendaki kita untuk membayar cukai.

Dengan berbuat demikian, kita menunjukkan bahawa kita menghormati aturan Tuhan.

Tuhan tidak akan membenarkan kerajaan manu- sia untuk memerintah selama-lamanya. Tuhan janji bahawa semua kerajaan di bumi akan di- gantikan oleh Kerajaan-Nya di syurga, dan semua kesan buruk yang disebabkan oleh pe- merintahan manusia sejak berabad-abad dahulu akan dihapuskan. (Daniel 2:44; Matius 6:10) Te- tapi sebelum hal itu berlaku, Tuhan tidak mahu orang Kristian melawan kerajaan manusia.

Umat Tuhan tidak seharusnya mengelak daripa- da membayar cukai atau memberontak melalui cara-cara lain.

Namun anda mungkin bersependapat dengan Gandhi, dan fikir bahawa pembayaran cukai yang digunakan untuk menyokong peperangan merupakan dosa. Jika begitu, fikirkan tentang hal ini: Sepertimana pandangan kita menjadi lebih luas apabila kita berada di tempat yang le- bih tinggi, kita juga ingin menyelaraskan fikiran kita dengan fikiran Tuhan yang jauh lebih tinggi, supaya kita memperoleh pandangan yang sama seperti Tuhan. Tuhan berfirman melalui Nabi Ye- saya, “Setinggi langit dari bumi, setinggi itulah jalan-Ku daripada jalan kamu dan fikiran-Ku da- ripada fikiran kamu.”—Yesaya 55:8, 9.

(4)

11-17 MAC

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN ROMA 15-16

Mencari Permata Rohani

(Roma 15:27) Mereka memang berbuat de- mikian dengan sukacita, tetapi sebenarnya mereka berhutang kepada umat suci Tuhan di Yerusalem. Oleh sebab bangsa-bangsa lain telah menerima berkat rohani daripada umat suci Tuhan di Yerusalem, mereka juga wa- jib menyumbangkan harta milik mereka untuk membantu umat suci Tuhan di Yerusalem.

w89 1/12 24 per. 3

“Menguji sama ada Kamu Memiliki Kasih yang Sejati atau Tidak”

Saudara saudari yang bukan Yahudi sepatutnya didorong untuk menghulurkan bantuan. Mere- ka boleh dikatakan “berhutang” kepada orang Kristian di Yerusalem kerana berita baik yang diterima oleh mereka sebenarnya berasal da- ripada Yerusalem. Paulus menjelaskan, “Orang bukan Yahudi sudah menerima berkat rohani da- ripada orang Yahudi. Dengan demikian orang bukan Yahudi patut menolong orang Yahudi de- ngan berkat kebendaan.”—Roma 15:27, Alkitab Berita Baik.

(Roma 16:25) Berita baik yang aku isytihar- kan dan perkhabaran tentang Yesus Kristus menunjukkan bahawa Tuhan dapat meneguh- kan kamu. Berita baik ini berkaitan dengan rahsia suci yang telah disingkapkan. Rahsia ini tersembunyi untuk jangka masa yang sa- ngat lama,

it-2 936 per. 3

Pengetahuan tentang Masa Depan; Menentu- kan Masa Depan

Mesias, atau Kristus, merupakan keturunan yang dijanjikan yang akan membawa berkat kepada semua orang baik. (Ga 3:8, 14) ‘Ke- turunan’ ini disebut buat kali pertama selepas

pemberontakan di Taman Eden, tetapi sebelum kelahiran Habel. (Kej 3:15) Empat ribu tahun kemudian barulah “rahsia suci” ini didedahkan, dan identiti keturunan ini dijelaskan melalui ke- munculan Mesias. Oleh itu, rahsia ini dikatakan

“tersembunyi untuk jangka masa yang sangat lama.”—Rm 16:25-27; Ef 1:8-10; 3:4-11.

18-24 MAC

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN 1 KORINTUS 1-3

Mencari Permata Rohani

(1 Korintus 1:20) Di manakah orang yang bi- jaksana? Di manakah para jurutulis hukum?

Di manakah ahli debat dalam sistem du- nia ini? Bukankah Tuhan sudah menunjukkan bahawa kebijaksanaan dunia ini ialah kebo- dohan belaka?

it-1 934 per. 4

Hikmat; Kebijaksanaan

Dunia bertindak menurut kebijaksanaan mereka lalu menolak aturan Tuhan yang dilaksanakan melalui Kristus dan menganggap hal itu sebagai kebodohan. Walaupun pemimpin dunia nampak- nya berkebolehan dan bijaksana, mereka telah

“membunuh Tuan kita yang mulia pada tiang.”

(1Ko 1:18; 2:7, 8) Tetapi Tuhan akan membukti- kan bahawa kebijaksanaan dunia ini sebenarnya kebodohan. Yehuwa menggunakan “apa yang dianggap sebagai kebodohan Tuhan” dan orang yang dianggap ‘bodoh, lemah, dan tidak pen- ting’ untuk melaksanakan tujuan-Nya yang agung. (1Ko 1:19-28) Paulus mengingatkan orang Kristian di Korintus bahawa “kebijak- sanaan sistem dunia ini [dan] kebijaksanaan pemerintah sistem dunia ini” bakal lenyap. Maka kebijaksanaan manusia bukanlah apa yang ingin disampaikan dalam suratnya yang teril- ham. (1Ko 2:6, 13) Dia memberi amaran kepada orang Kristian di Kolose supaya mereka tidak terjerat oleh “falsafah [phi·lo·so·phias, harfiah,

(5)

cinta akan kebijaksanaan] dan tipu daya kosong yang berdasarkan adat istiadat manusia.”—Kol 2:8; bandingkan ayat 20-23.

(1 Korintus 2:3-5) Ketika aku datang kepada kamu, aku lemah, takut, dan amat gementar.

4 Semasa bercakap dan mengajar, aku tidak menggunakan kata-kata pujukan yang ber- dasarkan kebijaksanaan manusia. Sebaliknya, kata-kataku membuktikan bahawa kuasa suci Tuhan itu berkuasa. 5 Oleh itu, iman kamu tidak berdasarkan kebijaksanaan manusia te- tapi berdasarkan kuasa Tuhan.

w08 15/7 27 per. 6

Sorotan daripada Surat kepada Sidang di Ko- rintus

2:3-5. Korintus merupakan pusat falsafah dan pendidikan Yunani. Semasa Paulus menginjil di sana, dia mungkin tertanya-tanya sama ada dia dapat meyakinkan pendengarnya. Walau ba- gaimanapun, dia tidak membenarkan sebarang kelemahan atau ketakutan untuk mengha- langnya daripada melakukan kerja penyebaran yang diberikan oleh Tuhan. Begitu juga, kita tidak harus membenarkan apa-apa cabaran un- tuk menghalang kita daripada mengongsi berita baik tentang Kerajaan Tuhan. Kita boleh yakin bahawa Yehuwa akan membantu kita, seperti- mana Dia membantu Paulus.

25-31 MAC

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN 1 KORINTUS 4-6

“Sedikit Ragi Membuat Seluruh Adunan Naik”

(1 Korintus 5:5-8) kamu mesti menyerahkan orang sebegitu kepada Syaitan supaya pe- ngaruh buruknya dapat dilenyapkan. Dengan itu, kerohanian sidang dapat dipelihara pada hari Tuan. 6 Tidak baik kamu bercakap be- sar. Tidakkah kamu tahu bahawa sedikit ragi membuat seluruh adunan naik? 7 Buanglah

ragi yang lama supaya kamu menjadi adu- nan yang baharu, sebab kamu memang tidak beragi. Oleh sebab Kristus, bebiri Paska kita, sudah dikorbankan, 8marilah kita merayakan Perayaan Paska dengan menggunakan roti ti- dak beragi, yang melambangkan keikhlasan dan kebenaran. Janganlah kita menggunakan ragi yang lama, atau ragi yang melambang- kan dosa dan kejahatan.

(1 Korintus 5:13) sementara Tuhan meng- hakimi orang di luar sidang. Ayat-Ayat Suci menyatakan, “Singkirkanlah orang jahat dari- pada kalangan kamu.”

it-2 607 Ragi

Rasul Paulus juga menggunakan perumpamaan tentang ragi semasa memberi perintah kepada sidang Kristian di Korintus untuk menyingkir- kan seorang lelaki yang melakukan perbuatan tidak bermoral. Dia berkata, “Tidakkah kamu tahu bahawa sedikit ragi membuat seluruh adunan naik? Buanglah ragi yang lama supa- ya kamu menjadi adunan yang baharu, sebab kamu memang tidak beragi.” Seterusnya, dia menjelaskan maksud “ragi” dengan berkata,

“Oleh sebab Kristus, bebiri Paska kita, sudah dikorbankan, marilah kita merayakan Perayaan Paska dengan menggunakan roti tidak beragi, yang melambangkan keikhlasan dan kebena- ran. Janganlah kita menggunakan ragi yang lama, atau ragi yang melambangkan dosa dan kejahatan.” (1Ko 5:6-8) Paulus sedang meru- juk kepada Perayaan Roti Tidak Beragi, yang berlangsung selepas orang Yahudi merayakan Paska. Sebagaimana sedikit ragi akan mem- buat seluruh adunan naik, seluruh sidang juga akan menjadi tidak suci dalam pandangan Ye- huwa jika lelaki yang tidak bermoral itu tidak disingkirkan. Mereka mesti mengambil tindakan untuk mengeluarkan “ragi” dalam kalangan me- reka, sepertimana orang Israel tidak dibenarkan untuk menyimpan ragi di dalam rumah mereka sempena Perayaan Roti Tidak Beragi.

(6)

it-2 797 Syaitan

Apakah maksud ‘menyerahkan seseorang ke- pada Syaitan supaya pengaruh buruknya dapat dilenyapkan’?

Mengenai seorang ahli sidang yang telah ber- buat cabul dengan isteri bapanya, Paulus memberi arahan berikut kepada sidang Korin- tus, “Kamu mesti menyerahkan orang sebegitu kepada Syaitan supaya pengaruh buruknya dapat dilenyapkan.” (1Ko 5:5) Perintah ini ber- maksud orang itu harus disingkirkan daripada sidang, dan ahli sidang tidak akan bergaul de- ngannya. (1Ko 5:13) Apabila orang itu keluar daripada sidang, dia seolah-olah diserahkan ke- pada dunia yang dikawal oleh Syaitan. Seperti

“sedikit ragi” dalam “seluruh adunan,” orang yang tidak bermoral itu merupakan “pengaruh buruk” bagi seluruh sidang. Melalui penyingki- ran orang tersebut, kerohanian sidang dijaga dan terlindung daripada pengaruh buruk. (1Ko 5:6, 7) Dalam cara yang sama, Paulus telah menyerahkan Himeneus dan Aleksander kepa- da Syaitan, kerana mereka tidak mempedulikan hati nurani mereka sehingga iman mereka han- cur bagaikan kapal yang karam.—1Ti 1:20.

Mencari Permata Rohani

(1 Korintus 4:9) Nampaknya, Tuhan sudah menjadikan kami, iaitu rasul-rasul, seba- gai orang yang dijatuhi hukuman mati. Kami telah menjadi watak terakhir yang muncul da- lam sebuah pertunjukan yang ditonton oleh semua manusia di bumi, dan para malaikat.

w09 15/5 24 per. 16

Malaikat—“Makhluk Roh yang Menjalankan Khidmat Suci”

16Orang Kristian yang mengalami cubaan ba- gaikan watak-watak dalam ‘sebuah pertunjukan yang ditonton oleh para malaikat.’ (1 Kor. 4:9) Para malaikat memerhatikan kesetiaan yang kita tunjukkan, dan mereka juga bersukaci-

ta apabila seorang pendosa bertaubat. (Luk.

15:10) Malaikat juga memperhatikan kelakuan baik yang ditunjukkan oleh wanita Kristian. Bi- ble berkata bahawa “demi malaikat-malaikat, wanita harus memakai tudung sebagai tanda bahawa dia tunduk kepada kepalanya.” (1 Kor.

11:3, 10) Ya, para malaikat gembira apabi- la melihat wanita Kristian dan juga semua penyembah Tuhan di bumi mengikuti aturan teo- kratik. Ketaatan yang ditunjukkan oleh mereka dapat mengingatkan para malaikat untuk terus taat kepada Tuhan.

(1 Korintus 6:3) Tidakkah kamu tahu baha- wa kita akan menghakimi malaikat-malaikat?

Jika demikian, mengapakah kamu tidak dapat mengadili perkara-perkara dalam hidup ini?

it-1 976 Hukum

Hukum untuk Malaikat. Walaupun kedudukan malaikat lebih tinggi daripada manusia, mereka juga perlu mentaati hukum yang ditentukan oleh Tuhan. (Ibr 1:7, 14; Mz 104:4) Yehuwa bahkan berkuasa untuk menentukan hukum dan lara- ngan bagi musuh-Nya Syaitan. (Ayb 1:12; 2:6) Apabila ketua malaikat, iaitu Mikhael, bertikai dengan Iblis, dia mengakui dan menghormati kuasa Yehuwa sebagai Hakim Yang Agung de- ngan berkata, “Biarlah Yehuwa yang menegur kamu.” (Yud 9; bandingkan Za 3:2.) Yehuwalah yang memberi Yesus Kristus kuasa atas semua malaikat. (Ibr 1:6; 1Pt 3:22; Mt 13:41; 25:31; Flp 2:9-11) Dengan kuasa ini, Yesus mengutus satu malaikat untuk menyampaikan perkhabaran ke- pada Yohanes. (Why 1:1) Namun, di 1 Korintus 6:3, Rasul Paulus berkata bahawa saudara roha- ni Kristus akan menghakimi malaikat-malaikat, kerana mereka turut terlibat untuk menjatuhkan hukuman ke atas roh-roh jahat.

˘ 2018 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania

Referensi

Dokumen terkait

Arus yang searah dengan loop dihitung positif, sedangkan yang berlawanan arah loop dihitung negatif. Jika hasil akhir perhitungan kuat arus bernilai negatif maka kuat arus

Selain daripada empat skim tersebut, Kerajaan juga telah menubuhkan Syarikat jaminan Kredit Perumahan Bhd (SJKP) pada tahun 2008 untuk membantu golongan

Morfometri dari jenis-jenis burung yang tertangkap pada umumnya mempunyai variasi morfologi yang berbeda-beda, baik dari jenis yang sama maupun jenis yang berbeda

Berdasarkan hasil analisis menggunakan Teknik analisis regresi data panel dan pengukuran dividend payout ratio dengan menggunakan variabel kinerja keuangan dengan

Karena luasnya ruang lingkup permasalahan dan agar penelitian menjadi lebih efektif, jelas dan terarah, masalah dibatasi pada penggunaan model pembelajaran quantum teaching

Semasa mempersembahkan kor- ban bakar, semua bahagian binatang harus dipersembahkan kepada Tuhan, dan pemberi korban tidak boleh menyimpan mana-mana ba- hagian daripada binatang

25 Wawancara yang di tunjukkan kepada lurah, petani, ketua gapoktan, sekertaris gapoktan, dan kepada masyarakat di desa Sekincau untuk memperoleh data tentang

Berdasarkan latar belakang yang telah dijabarkan di atas, maka permasalahan yang diajukan adalah apakah tindakan imigrasi paksa penduduk sipil Palestina oleh