• Tidak ada hasil yang ditemukan

HUBUNGAN FAKTOR-FAKTOR SOSIAL DENGAN PENGHAYATAN NILAI MURNI PELAJAR SEKOLAH MENENGAH: SATU DAPATAN AWAL

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "HUBUNGAN FAKTOR-FAKTOR SOSIAL DENGAN PENGHAYATAN NILAI MURNI PELAJAR SEKOLAH MENENGAH: SATU DAPATAN AWAL"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

1

HUBUNGAN FAKTOR-FAKTOR SOSIAL DENGAN PENGHAYATAN NILAI MURNI PELAJAR SEKOLAH MENENGAH: SATU DAPATAN AWAL

Mohamad Khairi Hj Othman

Bidang Pengajian Pendidikan, Universiti Utara Malaysia m_khairi@uum.edu.my

Prof. Madya Dr. Asmawati Suhid

Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia asmawati@educ.upm.edu.my

Dr. Abdullah Mat Rashid

Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia abdullah@educ.upm.edu.my

Prof. Madya Dr. Samsilah Roslan

Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia samsilah@educ.upm.edu.my

ABSTRAK

Masyarakat sering membincangkan tentang masalah gejala sosial terutama dalam kalangan remaja khususnya para pelajar di sekolah. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar terhadap peranan faktor-faktor sosial dalam pembentukan tingkah laku dan hubungannya dengan penghayatan nilai murni mereka. Kajian ini penting untuk menjelas dan mengesahkan status semasa penghayatan nilai murni pelajar dan peranan faktor-faktor sosial terhadap penghayatan nilai murni pelajar supaya usaha membendung gejala sosial dapat diatasi. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan reka bentuk kajian tinjauan deskriptif. Data dikutip melalui soal selidik. Seramai 40 orang pelajar tingkatan empat telah dipilih secara rawak mudah sebagai sampel kajian. Data-data dianalisis melalui program SPSS versi 15.0 yang menggunakan statistik deskriptif dan ujian korelasi pearson. Hasil tinjauan mendapati bahawa secara keseluruhannya persepsi pelajar terhadap peranan faktor-faktor sosial adalah berada pada tahap sederhana, manakala penghayatan nilai murni pelajar berada pada tahap tinggi. Kajian ini juga mendapati persepsi pelajar terhadap faktor-faktor sosial bagi dimensi faktor ibu bapa, persekitaran masyarakat dan persekitaran sekolah sahaja mempunyai hubungan yang signifikan dengan penghayatan nilai murni pelajar. Kesimpulannya, beberapa implikasi kajian turut dibincangkan dalam kertas kerja ini dalam membentuk nilai murni pelajar.

Katakunci: Faktor-faktor sosial; penghayatan nilai murni; pelajar.

PENDAHULUAN

Masyarakat sering membincangkan tentang masalah keruntuhan akhlak terutama dalam kalangan remaja khususnya para pelajar di sekolah dan di institusi pengajian tinggi. Remaja sering dikatakan tidak berakhlak, tidak pandai membuat pertimbangan dan pelbagai lagi ciri negatif (Lihanna Borhan, 2001).

Dalam era globalisasi ini, amalan nilai dan akhlak telah menjadi begitu kompleks dan ini telah menimbulkan persoalan dan mungkin mengelirukan tentang apakah yang dianggap baik dan betul dalam pemikiran dan tingkahlaku pelajar (Anuar Zaini, 2001) . Di dalam media sering memaparkan situasi di mana pelajar-pelajar terlibat dalam kegiatan yang bukan hanya membahayakan nyawa dan kemuliaan sendiri tetapi juga orang lain seperti gengsterisme, buli-membuli, mencuri, kehamilan, pelacuran dadah dan sebagainya. Ini semuanya akibat mereka yang tidak menghiraukan tentang akhlak , moral dan nilai murni yang baik untuk dipraktikkan.

Sesungguhnya penampilan manusia yang berakhlak dan bermoral merupakan sesuatu yang diharapkan oleh masyarakat. Tanpa ada kefahaman yang sebenar tentang akhlak, moral dan nilai murni sudah tentu ia amat sukar untuk dihayati dan diamalkan dalam kehidupan. Dalam hal ini, para pelajar perlu mempunyai kefahaman dan penghayatan yang tinggi terhadap akhlak, moral dan nilai murni seterusnya dapat berakhlak mulia, bermoral dan mengamalkan nilai murni pada setiap masa dan dimana jua.

brought to you by CORE View metadata, citation and similar papers at core.ac.uk

provided by UUM Repository

(2)

2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Kalau diperhatikan hari ini banyak daripada amalan dan proses pendidikan yang menyumbang faktor pembentukan nilai dalam diri generasi muda semakin berkurangan (Khadijah Rohani Mohd Yunus, 2008).

Pendidikan hari ini terlalu memfokuskan kepada kejayaan akademik yang menyebabkan pendidikan afektif diabaikan (Khadijah Rohani Mohd Yunus, 2008). Oleh itu, hasil dapatan beberapa kajian tentang aspek pengetahuan, kefahaman dan penghayatan akhlak, moral dan nilai murni menunjukkan bahawa responden tidak dapat mendefinisikan konsep akhlak, kurang memahami dengan tepat makna moral, penghayatan nilai murni tidak begitu menonjol dan amalan nilai murni pula berada di tahap sederhana (Ab. Halim Tamuri dan Zarin Ismail, 2002; Asmawati Suhid, Rahil Mahyuddin dan Abdul Rahman Md. Aroff, 2001; Zakaria Kasa et al., 1996; Ab. Rahman Mahmud & Amidin Zin, 2003). Selain itu, keadaan berkaitan dengan kepincangan nilai generasi kini jelas sebagaimana yang dinyatakan oleh Hishamuddin Hussein Onn (2005) selaku Menteri Pelajaran Malaysia seperti berikut :

Hari ini kita jarang-jarang dapat melihat warga tua dipimpin oleh anak-anak muda untuk melintas jalan. Kita juga sudah ketandusan budaya sapa menyapa, kurangnya rasa hormat- menghormati, tidak menghargai harta benda awam dan tidak mengutamakan kepada kebersihan. Keadaan ini jika dibiarkan, lama-kelamaan akan merosakkan tamadun dan mencemarkan budaya bangsa yang kaya dengan budi pekerti serta nilai-nilai murni yang tinggi (Hishamuddin Hussein Onn, 2005 :hlm. 3).

Ketiadaan penghayatan nilai-nilai murni dalam masyarakat menyebabkan perilaku mereka menjurus ke arah negatif (Fatimi Hanafi & Mohd Zamani Ismail, 2006). Oleh itu, kajian tentang penghayatan nilai murni dalam kalangan pelajar semakin penting dewasa ini bagi menjelaskan status tahap penghayatan nilai murni pada masa kini secara empirikal. Aspek penghayatan penting dikaji kerana dalam domain afektif yang terdiri daripada aspek sikap, perasaan, emosi dan penghayatan, elemen penghayatan berada pada tahap tertinggi dimana pelajar cuba memberi maklum balas, menilai dan mengorganisasi nilai (Krathwohl, Bloom & Masia, 1964). Begitu juga pandangan Bloom (1979) dalam taksonomi Bloom aspek pengetahuan dan kefahaman adalah aras bawah untuk diuji dan dikaji. Oleh itu, aspek penghayatan wajar dikaji kerana ia merangkumi aras yang lebih tinggi iaitu dengan menggabungkan aras aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian (Bloom, 1979).

Berasaskan teori pembelajaran sosial (Bandura, 1977) proses pembentukan sahsiah atau nilai murni manusia juga boleh dipengaruhi oleh faktor-faktor persekitaran di mana seseorang itu menjalani kehidupan (Ahmad Munawwar Ismail, 2009; Azhar Ahmad, 2006; Mohd Ismail Mustari, Selamat Hashim, Azmi Shah Suratman, Abd. Basit Abd. Samat, Abdul Rahman Hamzah & Abdul Hafiz Abdullah, 2004). Beberapa faktor sosial iaitu ibu bapa, rakan sebaya, media massa (artis), persekitaran sekolah dan persekitaran masyarakat telah dikenal pasti memberi sumbangan terhadap pembentukan pembentukan peribadi dan tingkah laku dalam kalangan remaja (Ahmad Munawwar, 2009; Azhar Ahmad, 2006; Mohd Ismail Mustari et al., 2004). Faktor- faktor tersebut boleh mempengaruhi atau menjadi sumber pembelajaran kepada proses pembentukan tingkah laku seseorang melalui berbagai corak pembelajaran sosial seperti pemodelan, maklum balas, dorongan dan halangan (Azhar Ahmad, 2006; Hassan Langgulung, 1987; Bakhtiar, 1994; Bandura 1991). Menurut pandangan Ibn Miskawaih (1966) tingkah laku moral kanak-kanak adalah hasil daripada keluarga dan budaya dalam sesuatu masyarakat. Berdasarkan tinjauan literatur belum terdapat mana-mana kajian yang cuba mengenal pasti hubungan dan pengaruh faktor-faktor sosial dengan penghayatan nilai murni pelajar khususnya 17 nilai murni KBSM.

Justeru, berdasarkan isu dan permasalahan serta rasional yang dikemukakan wajarlah kajian terkini dijalankan untuk mengenal pasti penghayatan nilai murni pelajar dan sejauhmanakah hubungan faktor-faktor sosial dengan penghayatan nilai murni pelajar.

OBJEKTIF KAJIAN

Secara khususnya kajian ini bertujuan untuk :

1. Mengenal pasti tahap penghayatan nilai murni pelajar.

2. Mengenal pasti persepsi pelajar terhadap peranan faktor-faktor sosial dalam pembentukan tingkah laku.

3. Mengenal pasti hubungan antara faktor-faktor sosial dengan penghayatan nilai murni pelajar.

(3)

3 TINJAUAN LITERATUR

Konsep Penghayatan Nilai Murni

Dari segi definisi, Dewan Bahasa dan Pustaka (1994) menjelaskan hayat bermaksud hidup. Menghayati bermaksud mengalami serta merasai (dalam batin) atau meresap ke dalam jiwa. Penghayatan adalah perihal kepada kata kerja menghayati. Istilah ini menjelaskan terdapatnya perlakuan tertentu yang dilaksanakan sehingga meninggalkan kesan kepada jiwa. Ini menunjukkan bahawa sekiranya sesuatu perlakuan dilaksanakan tetapi tidak meninggalkan kesan kepada jiwa maka perlakuan itu belum dihayati (Azma Mahmood, 2006).

Dari segi konsep, penghayatan ialah pemanduan sikap, kepercayaan, nilai-nilai, pendapat dan lain-lain ke dalam syakhsiah (personaliti) seseorang (Hassan Langgulung, 1987). Ia merupakan satu bentuk pengakuran di mana penghayatan nilai atau kepercayaan merupakan pengaruh sosial yang paling kekal dan paling berakar.

Ini adalah kerana motivasi untuk menghayati nilai atau kepercayaan tertentu tertanam di dalam diri seseorang dan berkait dengan keinginan untuk memperolehi kebenaran (Hassan Langgulung, 1987). Manakala Nik Azis Nik Pa (2007) menjelaskan penghayatan merujuk kepada aspek menjadikan sesuatu perkara sebagai amalan seharian atau satu tabiat. Sementara itu, Young (1995) menjelaskan penghayatan nilai diperhatikan apabila kelakuan yang diterima digenerasikan dari faktor intrinsik dan bukan dari faktor akibat-akibat luar.

Penghayatan adalah salah satu proses jenis pembelajaran (Hassan Langgulung,1987) iaitu pembelajaran dalam konteks sosial, di mana manusia atau perkara-perkara tertentu menjadi perangsang bagi seseorang untuk mengamalkan atau menghayati nilai-nilai tertentu (Hassan Langgulung, 1987). Fungsi utama pendidikan pada zaman dahulu ialah pemindahan nilai-nilai dari generasi tua ke generasi muda agar identiti suatu masyarakat terpelihara (Hassan Langgulung, 1987). Oleh itu fungsi pendidikan pada zaman sekarang juga ialah bertujuan pemindahan nilai-nilai. Yang berbeza hanyalah kaedah dan teknologi pemindahan itu yang berbeza, dimana sekarang penggunaan komputer dan media massa, nilai-nilai dipindahkan secara besar-besaran (Hassan Langgulung, 1987).

Aspek penghayatan nilai murni merangkumi nilai-nilai kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan (Nik Azis Nik Pa, 1994). Penghayatan nilai-nilai murni merupakan satu faktor utama yang boleh memastikan pembentukan kesefahaman dan kesepaduan dalam mentafsirkan dan merealisasikan wawasan 2020 (Nik Azis Nik Pa, 1994). Menurut Nik Azis Nik Pa (1994) penghayatan nilai-nilai murni menjadi faktor utama kerana kemajuan kebendaan tanpa nilai-nilai moral dan etika tidak akan mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian yang berkekalan, tetapi sebaliknya banyak membawa keburukan dan kezaliman. Malah penghayatan nilai-nilai murni merupakan faktor penghalang dalaman untuk tidak menyalahgunakan kepintaran, kemahiran, kedudukan atau kekayaan yang dimiliki (Nik Azis Nik Pa, 1994). Penghayatan nilai murni boleh menjadi benteng kepada amalan-amalan buruk seperti penyelewengan, kejahilan, kecuaian dan kezaliman (Nik Azis Nik Pa, 1994). Nik Azis Nik Pa (2007) turut menjelaskan faktor penghayatan ilmu dan amal yang rendah menyebabkan jurang antara mengetahui dan mengamalkan. Oleh itu, penghayatan bersangkutan dengan tindakan menjiwai ilmu dan iman sehingga diterjemahkan dalam bentuk tindakan dan tingkah laku (Nik Azis Nik Pa, 2007). Maka penghayatan daripada sudut akhlak atau nilai murni menuntut seseorang itu memahami dan mengamalkan banyak daripada akhlak mulia dan nilai-nilai murni yang baik (Yakan, 1985). Antara akhlak mulia dan nilai murni yang baik yang dianjurkan untuk dihayati oleh insan ialah malu, bersangka baik, benar, sabar, menjaga pandangan dan lidah dan sebagainya.

Mansor Abd. Kadir (1997) menjelaskan bahawa penghayatan akhlak dan nilai murni boleh digambarkan melalui tingkah laku, pemikiran, pengucapan dan perwatakan yang dilahirkan dari hati nurani seseorang. Sementara itu, Jamiah et al. (2004) menjelaskan bahawa terdapat beberapa prinsip yang perlu ada dalam mengukur penghayatan keagamaan (religiosity) seseorang. Prinsip-prinsip tersebut ialah penilaian tersebut adalah (a) berasaskan aspek zahir sahaja, (b) pengukuran boleh dibuat namun pengukuran sebenar yang paling tepat adalah hak di sisi Allah, (c) pengukuran penghayatan keagamaan adalah berasaskan kepada manifestasi iman, Islam dan ihsan.

Penghayatan nilai boleh dididik melalui disiplin, pengajaran, contoh atau model, pengukuhan sosial dengan tingkah laku yang sesuai dan persekitaran yang sesuai yang boleh membentuk tingkah laku (Grusec dan Goodnow, 1994 dalam Young, 1995). Pelajar perlu digalakkan mencontohi dan mengamalkan nilai-nilai yang baik sebagai satu penghayatan keterampilan diri dan kualiti warganegara yang baik serta prihatin terhadap soal- soal kehidupan dan pembinaan diri (Abd. Rahim Abd. Rashid, 2001).

(4)

4 Tinjauan berkaitan faktor-faktor sosial

Dalam bahagian ini penulis akan mengenengahkan beberapa kajian-kajian lepas yang ada perkaitan dengan perbincangan penulis iaitu dalam aspek akhlak, moral dan etika untuk dijadikan landasan kajian ini.

Dalam aspek peranan ibu bapa jelas menunjukkan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sahsiah dan nilai murni anak-anak kerana ibu bapa merupakan role model yang terdekat atau paling hampir dengan kanak-kanak (Asmawati Suhid, 2009). Terdapat juga beberapa pandangan barat yang menyatakan ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam mensosialisasikan beberapa jenis nilai terhadap kanak-kanak (Grusec & Kuczynski, 1997; Hoffman, 2000). Ini jelas berdasarkan dapatan sesetengah pengkaji seperti kajian Knafo dan Schwartz (2003), Padilla-Walker (2007), Padilla-Walker dan Carlo (2007) dan Hardy, Padilla-Walker dan Carlo (2008) menyatakan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara ibu bapa dengan penghayatan nilai dalam kalangan remaja. Begitu juga ada padangan menyatakan semasa kanak-kanak dan remaja, ibu bapa memainkan peranan yang penting samada untuk menggalakkan atau menghalang proses penghayatan nilai (Hardy, Padilla-Walker & Carlo, 2008; Grolnick, 2003; Grusec & Kuczynski, 1997).

Manakala Baron (1989, ms 262) menyatakan bahawa “tidak terdapat jurang yang besar antara sikap dan kepercayaan ibu bapa dengan remaja”. Lickona (1996) menyatakan ibu bapa adalah pendidik moral yang pertama dan penting terhadap kanak-kanak. Oleh itu jelas menunjukkan ibu bapa amat memainkan peranan dalam pembentukan watak anak-anak. Manakala Walker dan Taylor (1991) juga telah menjalankan kajian tentang peranan ibu bapa dalam pembangunan moral kanak-kanak. Tahap penaakulan moral ibu bapa dan gaya interaksi yang digunakan dalam perbincangan isu-isu moral dengan anak telah digunakan untuk meramal pembangunan moral kanak-kanak. Walker dan Taylor (1991) merumuskan perbincangan ibu bapa dan gaya soalan socratic adalah peramal terbaik terhadap pembangunan moral kanak-kanak.

Selain itu, Asmah Ali dan Zulekha Yusoff (2004) dalam kajiannya mengenai peranan ibu bapa dalam menangani salah laku sosial dalam kalangan remaja merumuskan bahawa ibu bapa mempunyai pengaruh yang kuat terhadap pembentukan akhlak dalam kalangan remaja. Manakala dalam kajian Ahmad Munawwar Ismail (2009) mendapati faktor ibu bapa menyumbang 28.3% terhadap pembentukan akhlak dalam kalangan responden.

Rakan sebaya juga merupakan antara faktor yang banyak menyumbang dan mempunyai pengaruh yang kuat terhadap pembentukan akhlak dalam kalangan remaja sekolah menengah (Asmawati Suhid, 2009; Che Noraini Hashim, 2005). Kajian Ahmad Munawwar Ismail (2009) mendapati faktor penyumbang tertinggi terhadap penghayatan akhlak pelajar-pelajar adalah faktor rakan-rakan iaitu 30.4%, diikuti faktor budaya sekolah iaitu 30.3%, faktor ibu bapa 28.3% dan faktor artis 25%. Ini menunjukkan faktor rakan-rakan adalah penyumbang terbesar kepada penghayatan akhlak dalam kalangan responden (Ahmad Munawwar Ismail, 2009).

Begitu juga kajian Asmah Ali dan Zulekha Yusoff (2004) dalam kalangan remaja di Shah Alam dan Petaling Jaya menunjukkan remaja cenderung untuk merujuk masalah kepada rakan sebaya (52%), ibu (44%), bapa (5%) dan lain-lain (8%).

Pendedahan kepada media massa yang sihat adalah penting bagi perkembangan sahsiah yang sihat (Mohd. Ismail Mustari et al., 2004). Pengaruh media massa amat besar ke atas generasi muda, khususnya golongan pelajar dan remaja (Ab. Halim Tamuri dan Zarin Ismail, 2009). Peranan artis melalui media massa dikenal pasti mempunyai pengaruh terhadap proses pembentukan akhlak remaja dan pelajar sekolah menengah (Azhar Ahmad, 2006). Para artis sebagai ikon dan fenomena sosial boleh menarik minat remaja mempunyai peranan dan sumbangan terhadap proses pembentukan akhlak dalam kalangan remaja dengan cara menyemaikan nilai positif dan adab ketimuran melalui persembahan dan cara hidup mereka (Mohd. Razak Idris, 2005). Kajian Ab. Halim Tamuri dan Zarin Ismail (2009) tentang hubungan antara pegangan nilai moral dengan media massa mendapati bahawa kandungan bahan yang berbentuk hiburan (min = 3.93) adalah kriteria utama yang menjadi penentuan kepada pilihan remaja. Dapatan juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan negatif yang signifikan antara bahan-bahan hiburan dengan pegangan nilai akhlak. Selain itu, dapatan daripada beberapa kajian seperti Larking (1997) dan Seifert & Hoffnung (1996) menjelaskan bahawa media massa terutama televisyen mempunyai kesan yang signifikan terhadap pembangunan kanak-kanak.

Faktor keadaan persekitaran sekolah boleh memberi kesan kepada pembentukan tingkah laku (Rusni Mohd. Nor, 2005). Persekitaran yang menyokong dan menggalakkan dapat melahirkan kesan positif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran serta penghayatan nilai-nilai murni. Dengan itu, usaha untuk pembentukan akhlak, nilai murni dan sahsiah pelajar dapat berjalan dengan lancar dan berkesan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1992). Menurut pandangan guru suasana sekolah yang menggalakkan akan mempengaruhi guru menerapkan nilai murni dalam pengajaran (Zakaria Kasa et al., 1994). Selain itu, kajian Khadijah Zon dalam Habsah Ismail (2000) mendapati bahawa terdapatnya hubungan yang signifikan antara kebersihan fizikal sekolah dengan akhlak dan peribadi pelajar. Sementara itu, Yaakob Daud, Yahya Don dan Abdull Sukor Shaari

(5)

5

(2004) menjelaskan sekiranya sekolah dapat menyediakan budaya yang positif maka sekolah tersebut akan melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang akademiknya tetapi kurang masalah salah laku pelajar.

Dapatan kajian Ab. Halim Tamuri (2007) menjelaskan kewujudan aktiviti-aktiviti keagamaan di sekolah seperti syarahan agama, kelas tambahan agama, sambutan perayaan-perayaan hari kebesaran Islam, sembahyang berjemaah dan kem ibadat mempunyai pengaruh yang positif terhadap pembangunan akhlak pelajar. Namun begitu dapatan kajian Ab. Halim Tamuri (2007) turut menjelaskan permasalahan yang dikemukakan oleh guru- guru di sekolah menengah kebangsaan kurang untuk melaksanakan aktiviti keagamaan kerana kekurangan bilik darjah yang sesuai dan kesuntukan masa yang tidak mencukupi khususnya bila mana sekolah yang mempunyai dua sesi pengajian. Selain itu, dapatan kajian Ab. Halim Tamuri (2007) turut menjelaskan bahawa peraturan dan disiplin sekolah juga memberi pengaruh yang positif terhadap pembentukan akhak pelajar. Namun begitu, dapatan Ab. Halim Tamuri (2007) menjelaskan bahawa terdapat sesetengah guru tidak memberi kerjasama sepenuhnya dalam pembentukan akhlak pelajar dengan menganggap bahawa pembentukan akhlak pelajar adalah tanggungjawab guru agama dan guru disiplin sahaja.

Aspek persekitaran masyarakat juga boleh mempengaruhi seseorang individu. Masyarakat yang mempunyai nilai-nilai dan norma-norma yang sihat akan melahirkan anggotanya yang bertanggungjawab, berdedikasi, rajin dan sedia berkorban. Masyarakat yang mementingkan kekayaan dan harta benda dengan mengenepikan nilai-nilai murni akan melahirkan masyarakat kebendaan. Kanak-kanak membesar dengan menjadi individu yang sentiasa mengejar harta benda. Nilai-nilai murni akan ditinggalkan. Ini adalah jelas bagaimana persekitaran masyarakat boleh menghasilkan sahsiah individu yang tidak diingini (Mohd. Ismail Mustari et al. 2004). Rahman (1994) menjelaskan bahawa semua ahli dalam masyarakat mempunyai peranan yang penting dalam proses mensosialisasikan golongan remaja. Walaubagaimanapun, dalam kajiannya mendapati terdapat sesetengah ahli dalam masyarakat muslim mengabaikan tanggungjawab mereka dalam pembentukan akhlak pelajar. Kurangnya sikap prihatin dalam sesetengah masyarakat akan memberi kesan yang negatif dalam pembangunan akhlak pelajar (Ab. Halim Tamuri, 2007). Selain itu, Dapatan kajian Azhar Ahmad (2006) mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi tentang pengaruh faktor persekitaran masyarakat dengan tahap penghayatan akhlak.

Berdasarkan tinjauan literatur yang telah dibuat didapati faktor-faktor peranan ibu bapa, rakan sebaya, media massa (artis), persekitaran sekolah dan persekitaran masyarakat mempunyai hubungan dan pengaruh ke atas pembentukan sahsiah pelajar secara amnya. Namun sejauh mana ke semua faktor tersebut mempunyai hubungan dan pengaruh ke atas penghayatan nilai murni dalam kalangan pelajar akan terjawab setelah kajian ini dijalankan.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan berdasarkan soal selidik yang dijawab oleh responden. Sampel kajian ini adalah seramai 40 orang pelajar tingkatan empat yang dipilih secara rawak mudah.

Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen. Ia dibentuk berpandukan adaptasi daripada kajian-kajian lepas. Instrumen „penghayatan nilai murni‟ mengandungi sebanyak 108 item bagi 17 dimensi jenis nilai murni yang ditetapkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (2005). Item-item ini dibentuk dan diubahsuai berpandukan beberapa bahan rujukan dan kajian lepas yang berkaitan antaranya Abdul Rahman Md. Aroff (1993), Zakaria Kasa et al. (1994), Nik Zaharah Nik Yaakob (2007), Abd. Rahim Abd. Rashid (2001)

dan Sufean Hussin (1989). -

sosial yang dikaji. Item-item dalam soal selidik ini dibina dan diubah suai dengan merujuk kepada beberapa rujukan dan kajian lepas seperti kajian Azhar Ahmad (2006) dan Ahmad Munawar Ismail (2009).

Bagi menentukan kesahan muka dan kandungan instrumen yang digunakan dalam kajian, sebuah panel rujukan telah dilantik yang terdiri daripada lima orang pakar penilai untuk menilai kandungan ítem-item soal selidik mencukupi, mencakupi dan sesuai untuk mendapatkan maklumat berkaitan soal selidik penghayatan nilai murni pelajar dan persepsi pelajar terhadap faktor-faktor sosial. Maklum balas dan cadangan yang dikemukakan oleh panel penilai dijadikan panduan dalam membuat penambahbaikkan instrumen kajian. Beberapa pindaan telah dibuat terhadap item-item kajian berdasarkan pandangan panel penilai tersebut.

Seterusnya bagi menentukan tahap kebolehpercayaan instrumen dan memantapkan item-item soal selidik, ujian Cronbach Alpha dijalankan dan didapati nilai alpha bagi setiap bahagian item berada di atas 0.7.

Berdasarkan bahagian item kajian, item-item penghayatan nilai murni mencatat nilai alpha .95 dan item-item faktor-faktor sosial mencatat nilai alpha .73. Ini menunjukkan instrumen tersebut mempunyai kebolehpercayaan yang boleh diterima dalam kajian ini. Mengikut Mohd Majid Konting (1998), tiada satu ketetapan tentang pekali

(6)

6

yang menunjukkan kebolehpercayaan yang tinggi, tetapi pada amnya item yang mencatat indeks .60 ke atas dianggap mempunyai kebolehpercayaan untuk ditadbirkan.

Bagi menentukan tahap penghayatan nilai murni pelajar dan persepsi pelajar terhadap faktor-faktor sosial, intepretasi akan dibuat berdasarkan seperti tata cara dalam pengiraan sela jeda yang dibina oleh Bahaman dan Turiman (1999) seperti dibawah:

Nilai min terendah = 1 (skor terkecil) Nilai min terbesar = 5 (skor terbesar) Perbezaan min = 5-1 = 4

Perbezaan min dibahagikan kepada tiga tahap = 4/3 = 1.33

Kedudukan bagi setiap aspek yang dikaji dibahagikan kepada tiga tahap berdasarkan kepada min seperti dalam Jadual 1 berikut:

Jadual 1: Tafsiran Skala Min

Julat nilai Min Tahap

3.67-5.00 Tinggi

2.34-3.66 Sederhana

1.00-2.33 Rendah

Semua item soal selidik dianalisa dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS) versi 15.0. Ujian statistik yang digunakan ialah min, sisihan piawai dan korelasi pearson. Aras signifikan ialah 0.01 (p<.01) dan 0.05 (p<.05).

DAPATAN KAJIAN

Penghayatan nilai murni pelajar

Berdasarkan Jadual 2, secara keseluruhan penghayatan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar sekolah menengah kebangsaan berada pada tahap yang tinggi dengan nilai min 3.72 (SD = .37). Seterusnya, jadual 2 menunjukkan penghayatan nilai murni dianalisis mengikut setiap dimensi yang terdiri 17 nilai murni. Terdapat 9 jenis nilai menunjukkan tahap penghayatan yang tinggi iaitu nilai min yang melebihi 3.66. Dimensi nilai kesyukuran menunjukkan tahap penghayatan yang tertinggi dengan nilai min 4.20 (SD = .51), seterusnya diikuti dimensi nilai hormat menghormati mendapat min 4.13 (SD = .50), kemudian dimensi nilai kasih sayang dengan min 4.03 (SD = .74), nilai hemah tinggi dengan min 4.00 (SD = .49) dan nilai patriotisme mendapat min 3.96 (SD = .76). Manakala dimensi yang paling rendah bagi tahap penghayatan yang tinggi ialah nilai keberanian dengan mendapat min 3.84 (SD = .62).

Kajian ini juga mendapati 8 dimensi nilai menunjukkan tahap penghayatan yang sederhana. Nilai-nilai tersebut ialah nilai rasional (min = 3.66, SD = .58), nilai kerjasama (min = 3.60, SD = .53), nilai baik hati (min = 3.56, SD = .48), nilai kebebasan (min = 3.49, SD = .65), nilai kesederhanaan (min = 3.40, SD = .54), nilai kerajinan (min = 3.31, SD = .52), nilai semangat bermasyarakat (min = 3.29, SD = .58) dan nilai berdikari (min

= 3.22, SD = .64). Seterusnya, dapatan menunjukkan tidak terdapat penghayatan nilai murni dalam kalangan responden yang berada pada tahap yang rendah.

Secara keseluruhannya didapati tahap penghayatan nilai murni pelajar adalah hampir sama antara tahap penghayatan yang tinggi dengan tahap penghayatan yang sederhana. Ini jelas sebagaimana dapatan yang menunjukkan daripada 17 nilai murni 9 dimensi nilai berada pada tahap penghayatan yang tinggi dan 8 dimensi nilai berada pada tahap penghayatan yang sederhana.

Jadual 2: Tahap penghayatan nilai murni pelajar SMK

Dimensi Nilai Min Sisihan Piawai Pangkatan

1. Baik hati 3.56 .48 12

2. Berdikari 3.22 .64 17

3. Hemah Tinggi 4.00 .49 4

4. Hormat-menghormati 4.13 .50 2

5. Kasih sayang 4.03 .74 3

6. Keadilan 3.88 .56 6

7. Kebebasan 3.49 .65 13

8. Keberanian 3.84 .62 9

(7)

7 9. Kebersihan fizikal dan

mental

3.86 .45 8

10. Kejujuran 3.87 .50 7

11. Kerajinan 3.31 .52 15

12. Kerjasama 3.60 .53 11

13. Kesederhanaan 3.42 .54 14

14. Kesyukuran 4.20 .51 1

15. Rasional 3.66 .58 10

16. Semangat bermasyarakat 3.29 .58 16

17. Patriotisme 3.96 .76 5

Keseluruhan 3.72 .37

Persepsi pelajar terhadap faktor-faktor sosial

Merujuk kepada Jadual 3, secara keseluruhan persepsi pelajar terhadap peranan faktor-faktor sosial dalam pembentukan tingkah laku pelajar sekolah menengah kebangsaan berada pada tahap sederhana dengan nilai min 3.34 (SD = .41). Namun begitu dapatan menunjukkan faktor peranan ibu bapa menunjukkan persepsi yang tinggi dengan nilai min 4.10 (SD = .64). Manakala persepsi pelajar terhadap faktor persekitaran sekolah (min = 3.51, SD = .76), persekitaran masyarakat (min = 3.50, SD = .88) dan rakan sebaya (min = 3.41, SD = .82) adalah berada pada tahap sederhana. Sementara itu, persepsi pelajar terhadap faktor media massa adalah berada pada tahap yang rendah dengan nilai min 2.21 (SD = .86).

Jadual 3: Persepsi pelajar terhadap faktor-faktor sosial

Dimensi Faktor Min Sisihan Piawai

1. Ibu bapa 4.10 .64

2. Rakan sebaya 3.41 .82

3. Media massa 2.21 .86

4. Persekitaran sekolah 3.51 .76

5. Persekitaran masyarakat 3.50 .88

Keseluruhan 3.34 .41

Hubungan faktor-faktor sosial dengan penghayatan nilai murni

Jadual 4, menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara faktor ibu bapa dengan penghayatan nilai murni pelajar. Koefisien korelasi pearson ( r ) yang didapati ialah .52 (p < .001). Ini bermakna faktor ibu bapa mempunyai hubungan yang kuat dengan penghayatan nilai murni pelajar. Begitu juga dapatan menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara faktor persekitaran sekolah dengan penghayatan nilai murni pelajar.

Koefisien korelasi pearson ( r ) yang didapati ialah .50 (p < .001). Ini juga bermakna faktor persekitaran sekolah mempunyai hubungan yang kuat dengan penghayatan nilai murni pelajar. Selain itu, dapatan juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara faktor persekitaran masyarakat dengan penghayatan nilai murni pelajar. Koefisien korelasi pearson ( r ) yang didapati ialah .35 (p < .05). Ini bermakna faktor persekitaran masyarakat mempunyai hubungan dengan penghayatan nilai murni pelajar, tetapi hubungan ini adalah tahap sederhana. Manakala dapatan menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor rakan sebaya dan media massa dengan penghayatan nilai murni pelajar (r = 0.18, p>0.05 dan r = -0.17, p>0.05 ).

Jadual 4: Korelasi antara faktor-faktor sosial dengan penghayatan nilai murni pelajar

Dimensi Penghayatan Nilai Murni

Nilai r

p

Faktor ibu bapa .52** .001

Faktor rakan sebaya .18 .246

Faktor media massa -.17 .271

Faktor persekitaran sekolah .50** .001

Faktor persekitaran masyarakat .35* .027

**p<0.01; * p<0.05

(8)

8 PERBINCANGAN

Berdasarkan analisis yang telah dijalankan oleh pengkaji dan hasil dapatan yang diperolehi menunjukkan secara keseluruhan tahap penghayatan nilai murni pelajar adalah tinggi dan persepsi pelajar terhadap faktor-faktor sosial berada pada tahap sederhana. Dari aspek penghayatan nilai murni pelajar, kajian ini mendapati tidak semua 17 nilai-nilai murni yang telah dikaji dihayati sepenuhnya. Terdapat 9 nilai murni yang menunjukkan tahap penghayatan yang tinggi dalam kalangan responden. Nilai kesyukuran menunjukkan tahap penghayatan yang tertinggi, diikuti nilai hormat menghormati, nilai kasih sayang, nilai hemah tinggi, nilai patriotisme, nilai keadilan, nilai kejujuran, nilai kebersihan fizikal dan mental dan nilai keberanian. Fenomena ini menunjukkan, nilai kesyukuran seperti berterima kasih di atas pemberian orang lain, berasa cukup dengan pemberian tuhan, tidak merungut apabila ditimpa musibah dan bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan oleh Tuhan dihayati oleh para responden.

Manakala kajian ini mendapati 8 dimensi nilai menunjukkan tahap penghayatan yang sederhana. Nilai- nilai tersebut ialah nilai rasional, nilai kerjasama, nilai baik hati, nilai kebebasan, nilai kesederhanaan, nilai kerajinan, nilai semangat bermasyarakat dan nilai berdikari. Di antara nilai-nilai tersebut, nilai yang agak rendah penghayatan nilai bagi kategori tahap sederhana ialah nilai berdikari, nilai semangat bermasyarakat dan nilai kerajinan. Nilai berdikari seperti sifat berusaha sendiri tanpa bergantung kepada orang lain, melakukan sesuatu kerja tanpa disuruh oleh sesiapa, percaya kepada kebolehan diri sendiri dan yakin dengan keputusan yang dibuat sendiri kurang dihayati dan dipraktikkan dalam kehidupan pelajar. Ini mengambarkan satu fenomena yang merisaukan kerana dalam arus globalisasi dengan penggunaan teknologi maklumat yang pantas para pelajar haruslah lebih mempunyai nilai dan sifat berdikari. Ini penting supaya usaha kerajaan dalam menuju wawasan 2020 akan tercapai dengan jayanya. Begitu juga dengan nilai semangat bermasyarakat seperti mempunyai semangat berkongsi dalam kehidupan berkomuniti, mengambil berat terhadap masalah jiran sekiranya diminta tolong, peka terhadap isu sosial dalam masyarakat, menghargai dan memelihara segala kemudahan awam yang disediakan, menyertai rakan-rakan menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan sebagainya haruslah lebih dihayati dan dipraktikkan dalam kehidupan. Nilai ini penting kerana apa juga usaha yang dilakukan untuk beroleh kejayaan mestilah semangat bermasyarakat dihayati dan dipraktikkan terutama membendung gejala sosial dalam kalangan remaja. Selain itu, nilai kerajinan juga menunjukkan tahap penghayatan yang sederhana dalam kalangan responden. Pelajar haruslah menghayati dan mengamalkan sikap kerajinan yang lebih dalam kehidupan mereka. Sifat tidak melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh pada setiap masa, tidak menyiapkan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan dan malas untuk mengulang kaji pelajaran hendaklah dikurangkan. Dapatan ini juga selari dengan kajian Yahya Buntat dan Rozita Sanapi (2003) yang mendapati tahap kerajinan para pelajar agak rendah berbanding dengan penghayatan dan amalan nilai-nilai murni yang lain. Oleh itu, usaha meningkatkan penghayatan nilai kerajinan adalah perlu kerana tanpa nilai kerajinan sudah tentu sukar untuk memperolehi kejayaan dalam akademik dan kehidupan.

Seterusnya dapatan kajian ini menunjukkan peranan faktor ibu bapa dan persekitaran sekolah mempunyai hubungan signifikan yang kuat dengan penghayatan nilai murni pelajar. Ini bermakna semakin tinggi peranan ibu bapa dan persekitaran sekolah semakin tinggi penghayatan nilai murni pelajar. Dapatan ini menunjukkan bahawa peranan ibu bapa adalah penting dalam pembentukan nilai murni. Dapatan ini bersesuaian dengan apa yang dijelaskan oleh Asmawati Suhid (2009) bahawa ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sahsiah dan nilai murni anak-anak kerana ibu bapa merupakan role model yang terdekat atau paling hampir dengan kanak-kanak. Selain itu, dapatan ini juga mengukuhkan lagi beberapa dapatan kajian lepas seperti kajian Knafo dan Schwartz (2003), Padilla-Walker (2007), Padilla-Walker dan Carlo (2007) dan Hardy, Padilla-Walker dan Carlo (2008) yang menyatakan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara ibu bapa dengan penghayatan nilai dalam kalangan remaja. Oleh itu, jelas menunjukkan ibu bapa amat memainkan peranan dalam pembentukan watak anak-anak. Ini bertepatan dengan pernyataan Lickona (1996) menyatakan ibu bapa adalah pendidik moral yang pertama dan penting terhadap kanak-kanak.

Sebagaimana dijelaskan, dapatan ini juga menunjukkan bahawa persekitaran sekolah mempunyai hubungan signifikan yang kuat dengan penghayatan nilai murni pelajar. Dapatan ini juga bertepatan dengan kenyataan Rusni Mohd. Nor (2005) yang menjelaskan bahawa faktor keadaan persekitaran sekolah boleh memberi kesan kepada pembentukan tingkah laku. Kajian ini juga selari dengan kajian Khadijah Zon dalam Habsah Ismail (2000) mendapati bahawa terdapatnya hubungan yang signifikan antara kebersihan fizikal sekolah dengan akhlak dan peribadi pelajar. Oleh itu, semua warga yang ada di sekolah hendaklah sentiasa mewujudkan budaya dan persekitaran sekolah yang positif.

Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa persekitaran masyarakat mempunyai hubungan yang signifikan dengan penghayatan nilai murni pelajar. Namun hubungan adalah pada tahap yang sederhana.

Walaupun hubungan yang sederhana, persekitaran masyarakat amat penting dalam proses mensosialisasikan

(9)

9

golongan remaja (Rahman, 1994). Ini kerana, masyarakat yang mempunyai nilai-nilai dan norma-norma yang sihat akan melahirkan anggotanya yang bertanggungjawab, berdedikasi, rajin dan sedia berkorban. Masyarakat yang mementingkan kekayaan dan harta benda dengan mengenepikan nilai-nilai murni akan melahirkan masyarakat kebendaan dengan menjadi individu yang sentiasa mengejar harta benda (Mohd. Ismail Mustari et al. 2004). Oleh itu, dapatan ini adalah jelas menunjukkan bahawa persekitaran masyarakat boleh menghasilkan sahsiah individu yang diingini. Selain itu, dapatan ini selari dengan kajian Azhar Ahmad (2006) yang mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi tentang pengaruh faktor persekitaran masyarakat dengan tahap penghayatan akhlak.

Manakala dari aspek faktor peranan rakan sebaya dan media massa, dapatan kajian ini menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan dengan penghayatan nilai murni pelajar. Dapatan kajian ini agak berlainan dengan dapatan kajian-kajian lepas seperti kajian Ahmad Munawar (2009) dan Asmah Ali dan Zulekha Yusoff (2004) yang mendapati bahawa rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat terhadap penghayatan akhlak dan sumber rujukan bila berhadapan dengan masalah. Walaupun dapatan kajian ini menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara peranan rakan sebaya dengan penghayatan nilai murni pelajar, para responden atau pelajar haruslah juga mengambil kira faktor ini, kerana kebanyakan responden masih berada dalam lingkungan zaman remaja dan persekolahan dan mempunyai masa yang agak banyak bersama rakan sebaya. Ini mungkin akan sedikit sebanyak turut mempengaruhi penghayatan nilai murni pelajar. Ini jelas sebagaimana Asmawati Suhid (2009) dan Che Noraini Hashim (2005) menyatakan rakan sebaya merupakan antara faktor yang banyak menyumbang dan mempunyai pengaruh yang kuat terhadap pembentukan akhlak dalam kalangan remaja sekolah menengah. Cuma mungkin kajian ini menunjukkan dapatan yang tidak signifikan kerana para responden yang terdiri pelajar tingkatan empat berada pada tahap konvensional berasaskan teori perkembangan moral Kohlberg (1977). Dimana, pada peringkat ini penekanan adalah pada dorongan kendiri untuk melakukan apa yang diterima dan diharap oleh masyarakat. Ini bermaksud pada peringkat ini apa yang dianggap baik ialah menyenangkan atau membantu orang lain dan juga memelihara order sosial, melaksanakan tugas atau tanggungjawab (Abdul Rahman Md. Aroff, 1999). Manakala teori penaakulan moral Piaget (1965) menyatakan bahawa pelajar yang berumur 16 tahun (tingkatan empat) adalah bersifat autonomous moral iaitu sifat yang mengetahui peraturan dan sentiasa mematuhi peraturan tersebut.

Piaget juga menyatakan bahawa pelajar yang berada dalam tahap ini membuat tindakan berdasarkan kehendak moralnya.

Seterusnya, dapatan kajian ini juga menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor media massa dengan penghayatan nilai murni pelajar. Dapatan ini berlainan dengan kajian Ab. Halim Tamuri dan Zarin Ismail (2009) yang mendapati terdapat hubungan antara pegangan nilai moral dengan media massa.

Walaupun dapatan kajian ini menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan, tetapi peranan media massa terutama para artis sering terdedah kepada para pelajar. Oleh itu, para pelajar masih perlu berwaspada dengan media massa kini supaya tidak mudah terpengaruh anasir-anasir yang kurang sihat.

PENUTUP

Kajian mengenai penghayatan nilai murni pelajar adalah penting untuk menjelaskan status semasa tahap penghayatan nilai murni pelajar supaya usaha-usaha membina generasi remaja kini ke arah pembangunan modal insan yang mantap dapat dilaksanakan dengan berkesan. Hasil kajian ini diperlihatkan secara keseluruhannya tahap penghayatan nilai murni adalah baik dan tinggi. Namun begitu dapatan jelas menunjukkan daripada 17 nilai murni yang dikaji didapati hanya sembilan jenis nilai menunjukkan tahap penghayatan yang tinggi dan lapan jenis nilai menunjukkan tahap penghayatan yang sederhana. Ini menggambarkan bahawa sikap mereka yang mementingkan sebahagian sahaja nilai-nilai murni perlu diberi perhatian. Ini penting supaya gejala sosial dalam kalangan remaja dapat dibendung. Selain itu, pihak-pihak yang terlibat dalam konteks pembangunan insan samada di peringkat kementerian, jabatan, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan sebagainya perlu memberi perhatian dan usaha yang lebih terutama terhadap nilai-nilai murni yang berada tahap sederhana supaya nilai-nilai tersebut ada peningkatan dari segi tahap penghayatannya.

Berdasarkan dapatan kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa faktor peranan ibu bapa, persekitaran sekolah dan persekitaran masyarakat mempunyai hubungan yang signifikan dengan penghayatan nilai murni pelajar. Justeru pihak ibu bapa, sekolah dan masyarakat haruslah sedar akan peranan mereka terhadap penghayatan nilai murni pelajar. Oleh itu, pihak ibu bapa, sekolah dan masyarakat perlu lebih prihatin dan merangka serta melaksana pelbagai program supaya tahap penghayatan nilai murni terus baik dan meningkat.

(10)

10 BIBLIOGRAFI

Ab. Halim Tamuri. (2007). Islamic Education teachers‟ perceptions of the teaching of akhlaq in Malaysian secondary schools. Journal of Moral Education, vol. 36 (3) : 371-386.

Ab. Halim Tamuri dan Zarin Ismail. (2002). Pendidikan akhlak dalam KBSM : persepsi pelajar terhadap konsep akhlak. Prosiding wacana Pendidikan Islam (Siri 1) : Kurikulum bersepadu Pendidikan Islam menghadapi cabaran era globalisasi. Bangi : Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ab. Halim Tamuri dan Zarin Ismail. (2009). Hubungan antara pegangan nilai moral dengan media massa : tinjauan ke atas remaja melayu luar bandar. Sari, 27 : 199-212.

Ab. Rahman Mahmud & Amidin Zin. (2003, 19-20 Ogos). Amalan nilai murni di kalangan pelajar : satu kajian di Terengganu Darul Iman. Seminar Penyelidkan Pendidikan Guru Peringkat Kebangsaan.

Holiday Inn, Kuching, Sarawak.

Abd. Rahim Abd. Rashid. (2001). Nilai-nilai murni dalam pendidikan: Menghadapi perubahan dan cabaran alaf baru. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abdul Rahman Md Aroff. (1993). Pengetahuan moral. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Abdul Rahman Md Aroff. (1999). Pendidikan Moral : teori etika dan amalan moral. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Ahmad Munawwar Ismail. (2009). Pengetahuan akidah dan penghayatan akhlak dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Tesis Ph.D. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Anuar Zaini. (2001, 23 – 25 Mei). Teks Ucapan Naib Canselor Universiti Malaya Dalam Majlis Perasmian, Persidangan Kebangsaan Pendidikan Moral Dalam Dunia Globalisasi, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.

Asmah Ali & Zulekha Yusoff. (2004). Salah laku sosial remaja kini : cabaran dan penyelesaian. Kertas kerja Seminar Pembangunan Keluarga Kebangsaan.

Asmawati Suhid, Rahyl Mahyuddin dan Abdul Rahman Mad Aroff. (2001, 23 – 25 Mei). Persepsi pelajar institusi pengajian tinggi terhadap Pendidikan Moral. Kertas kerja Persidangan Kebangsaan Pendidikan Moral Dalam Dunia Globalisasi, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.

Asmawati Suhid. (2009). Pendidikan akhlak dan adab Islam : konsep dan amalan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Azhar Ahmad. (2006). Strategi Pembelajaran Pengaturan Kendiri Pendidikan Islam dan Penghayatan Akhlak Pelajar Sekolah Menengah di Sarawak. Tesis Ph.D. Univerisiti Kebangsaan Malaysia.

Azma Mahmood. (2006). Pengukuran tahap penghayatan pendidikan Islam pelajar-pelajar sekolah menengah di Malaysia. Tesis Ph.D. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Bahaman, A. S., & Turiman, S. (1999). Statistic For Social Research With Computer Applications. Kuala Lumpur: JJ Print & Copy.

Bakhtiar, Laleh. (1994). Moral healer’s handbook: The psychology of spiritual chivalry. Chicago: The Institute of Traditional Psychoethics and Guidance.

Bandura, A. (1977). Social learning theory. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall.

Bandura, A. (1991). Social cognitive theory of self-regulation. Organizational behavior and human decision process, 50: 248-287.

(11)

11

Baron, R.A. (1989). Psychology : the essential science. Boston: MA, Allyn and Bacon.

Bloom, Benyamin S. (1979). Taksonomy of Educational Objectives (The Clasification of Educational Goals) Handbook 1 Cognitive Domain. London: Longman Group Ltd.

Che Noraini Hashim. (2005). Keruntuhan akhlak dan pembangunan remaja masa kini : cabaran Pendidikan Islam. Prosiding wacana Pendidikan Islam (siri 1): 19-28.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (1994). Kamus dewan (edisi ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Fatimi Hanafi & Mohd. Zamani Ismail. (2006, 13-14 Jun). Penghayatan nilai-nilai murni dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Pengajian Umum.

Grolnick, W.S. (2003). The psychology of parental control : how well-meant parenting backfires. Mahwah:

Lawrence Erlbaum Associates.

Grusec, J. E. & Kuczynski, L. (1997). Parenting and children’s internalisation of values: a handbook of contemporary theory. New York: John Wiley & Sons.

Habsah Ismail. (2000). Kefahaman Guru Terhadap Konsep Pendidikan Bersepadu Dalam KBSM. Tesis Ph.D.

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hardy, S. A., Padilla-Walker, L.M. & Carlo, G. (2008) Parenting dimensions and adolescents‟ internalization of moral values. Journal of Moral Education, 37 (2): 205-223.

Hassan Langgulung. (1987). Penghayatan nilai-nilai Islam ditinjau dari proses pembelajaran dalam konteks pendidikan masa kini. Jurnal Pendidikan Islam, 2 (5): 13-30.

Hishamudin Hussein Onn. (2005, Jun). Kempen budi bahasa dan nilai-nilai murni di sekolah peringkat kebangsaan. Ucapan Menteri Pelajaran Malaysia, Sempena Pelancaran Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni di Sekolah, Peringkat Kebangsaan, 21 Jun 2005, di Sek. Keb. Putrajaya 2, Presint 9,

Putrajaya. Dimuat turun pada 30 Jun 2009 dari http :

http://www.moe.gov.my/webdwibahasa/pustaka_jbt_pdf/2005/21-06- 05_Kempen_Budi_Bahasa_Di_Sekolah_Prgkt_Kbgsn.pdf

Hoffman, M. L. (2000) Empathy and moral development : implications for caring and justice. New York:

Cambridge University Press.

Ibn Miskawaih. (1966). Tahdhib al-akhlaq. Beirut: America University of Beirut.

Jamiah Hj. Manap, Azimi Hamzah, Sidek Mohd Noah & Hasnan Kassan. (2004, 24-27 Disember). Prinsip pengukuran religiosity dan personality religiosity daripada perspektif Islam. Kertas kerja dibentangkan dalam International Seminar on Islamic Thought, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Khadijah Rohani Mohd Yunus. (2008, 24-25 Julai). Pembentukan tingkahlaku pro sosial dan insan berkualiti.

Kertas kerja Seminar Kebangsaan Pendidikan Akhlak dan Moral. Jabatan Asas Pendidikan dan Kemanusiaan, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Knafo, A. & Schwartz, S. H. (2003) Parenting and adolescents‟ accuracy in perceiving parental values, Child Development, 74 (2): 595-611.

Krathwohl, D. R., Bloom, B. S., & Masia, B. B. (1964). Taxonomy of educational objectives: The classification of educational goals. Handbook II: Affective Domain. New York: David McKay Company, Inc.

(12)

12

Kohlberg, L. (1977). The cognitive-development as a basis of moral education. Dlm Rogrs, D. Issues in adolescent psychology. New Jersey: Prentice Hall, Inc.

Larking, L. (1997). Televisyen, popular culture and the humiliation of the written word. Muslim Education Quarterly, 15 (1): 38-44.

Lickona, T. (1996). Eleven principles of effective character education. Journal of Moral Education, 25 (1): 93- 101.

Lihanna Borhan. (2001, 23 – 25 Mei). Persepsi nilai etika dan idealisme remaja Malaysia. Kertas Kerja Persidangan Kebangsaan Pendidikan Moral Dalam Dunia Globalisasi, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya,

Mansor Abd. Kadir. (1997, 13 November). Pembinaan sahsiah, disiplin dan kepimpinan pelajar SMKA.

Seminar Kebangsaan SMKA: SMKA model pendidikan alaf baru. Institut Aminuddin Baki, Genting Highland.

Mohd. Majid Konting. (1998). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Mohd. Ismail Mustari, Selamat Hashim, Azmi Shah Suratman, Abd. Basit Abd. Samat, Abdul Rahman Hamzah

& Abdul Hafiz Abdullah. (2004). Kajian sahsiah pelajar-pelajar sekolah menengah agama kerajaan Johor. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd. Razak Idris. (2005). Pertubuhan dakwah dan fenomena Siti Nurhaliza. Al-Islam, 378: 36-38.

Nik Azis Nik Pa. (1994). Penghayatan wawasan pembangunan negara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Azis Nik Pa. (2007). Konsepsi tentang Cabaran dan Isu Kritikal dalam Pendidikan Islam. Dalam Nik Azis Nik Pa, Rahimi Md. Saad & Ahmad Zabidi Abd. Razak (editor). Isu-isu Kritikal dalam Pendidikan Islam dan Pendidikan Bahasa Arab Berteraskan Pendekatan Islam Hadhari (halaman 1 – 33).

Putrajaya : Yayasan Islam Hadhari.

Nik Zaharah Nik Yaakob. (2007). Kajian penerapan nilai murni menerusi pengajaran bermodul. Tesis Ph.D.

Univerisiti Kebangsaan Malaysia.

Padilla-Walker, L.M. (2007) Characteristics of mother-child interactions related to adolescents‟ positive value and behaviors, Journal of Marriage and Family, 69 (3): 675-686.

Padilla-Walker, L.M. & Carlo, G. (2007) Personal values as a mediator between parent and peer expectations and adolescent behaviours, Journal of Family Psychology, 21 (3): 538-541.

Piaget, J. (1965). The moral judgement of the child. New York: Free Press.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (1992). Buku penerangan kurikulum bersepadu sekolah menengah. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2005). Buku panduan pengajaran dan pembelajaran nilai merentas kurikulum KBSR / KBSM. Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran Malaysia.

Rahman, M. (1994). A holistic and institutional analysis of Islamic education. American Journal of Islamic Social Sciences, 11 (4): 519-531.

Rusni Mohd. Nor. (2005). Perkaitan antara budaya sekolah dengan pencapaian akademik pelajar di Negeri Sembilan. Tesis Ph.D. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Seifert, K. L. & Hoffnung, R.J. (1996). Child and adolescent development (4th edn). Boston: MA, Allyn and Bacon.

(13)

13

Sufean Hussin (1989). Pengajaran nilai dalam kurikulum. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Walker, L. J. & Taylor, H. (1991). Family interactions and the development of moral reasoning. Child Development, 62 (2) : 264-283.

Yaakob Daud, Yahya Don & Abdull Sukor Shaari. (2004). Amalan budaya sekolah: satu perbandingan.

Laporan penyelidikan Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan. Universiti Utara Malaysia.

Yahya Buntat & Rozita Sanapi. (2003). Tahap penghayatan nilai-nilai murni di kalangan pelajar-pelajar sarjana muda teknologi serta pendidikan semasa menjalankan kerja amali bengkel. Jurnal Teknologi, 39 (E) Disember : 63-76.

Yakan, Fathi. (1985). Apa Ertinya Saya Menganut Islam. Alias Othman (penterj.). Cetakan 4. Kuala Lumpur:

Pustaka Salam.

Young, M.E. (1995). A classroom application of Grusec and Goodnow‟s discipline model of internalization of values. Education, 115 (3): 405-406.

Zakaria Kasa, Abdul Rahman Md. Aroff, Rahil Hj. Mahyuddin, Mohd. Ibrahim Nazri, Muhamad Hassan Abd.

Rahman, Abd. Rahman Hj. Raffiee, et al. (1994). Pendidikan Akhlak di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama. Laporan Penyelidikan Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia dan Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Pertanian Malaysia.

Zakaria Kasa, Abdul Rahman Md. Aroff, Abdul Majid Mohd Isa, Rahil Hj. Mahyuddin. (1996). Penerapan nilai murni merentas kurikulum : Satu Tinjauan. Laporan Penyelidikan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Pertanian Malaysia.

Referensi

Dokumen terkait

Menurut Sabatier (1986) memodifikasi model mereka pada tahun (1973), mengidentifikasi tiga faktor bebas (independen faktor) yang mempengaruhi keberhasilan

Berdasarkan hasil penelitian dan pembahasan yang telah dipaparkan sebelumnya, maka dapat disampaikan simpulan bahwa kinerja finansial program penanggulangan kemiskinan

Rakhmat (2013) menyatakan bahwa Pengetahuan tentang diri akan meningkatkan komunikasi, pada saat yang sama, berkomunikasi dengan orang lain meningkatkan pengetahuan

Keterlambatan dari pengelola benda wakaf dalam membuat laporan tentang hasil perwakafan, kenyataan yang terjadi pada point nomor 3 tersebut menimbulkan adanya

pembuatan kerupuk amplang udang Jumelda masih merupakan usaha kecil yang tatu saja berhadapan dengan berbagai masalah dan belum mempunyai analisis kelayakan yang dapat menjelaskan

Deskripsi penalaran matematis KT dalam menyelesaikan soal persamaan kuadrat tersebut dapat disimpulkan bahwa pada saat mengidentifikasi bentuk persamaan kuadrat, KT

Tujuan dasar dari pembelajaran dengan menggunakan multimedia interaktif adalah menggantikan atau melengkapi serta mendukung unsur-unsur seperti tujuan, materi, metode,

Berdasarkan hasil uji keefektifan terhadap produk pengembangan diperoleh informasi bahwa perangkat panduan pengembangan diri efektif diguna- kan untuk meningkatkan kompetensi guru