MODUL 7:
MERANCANG UNTUK PELAJARAN LANJUTAN ANDA
Isi Kandungan
7.1 Menentukan hala tuju selepas SPM/STPM 7.2 Kos pengajian di institusi pengajian tinggi 7.3 Statistik kos pengajian
7.4 Merancang keperluan kewangan pelajaran tinggi bersama keluarga
7.1 Menentukan hala tuju selepas SPM/STPM
Keinginan untuk melanjutkan pelajaran selepas SPM/STPM memang menjadi sesuatu yang lazim bagi pelajar-pelajar. Bagi mencapai keinginan ini, perancangan yang efektif merupakan titik pemulaan dalam mencorak masa depan yang cemerlang.
Berpandukan bidang yang dipilih semasa SPM, anda mampu mengembangkan sayap pencapaian akademik anda pada tahap yang lebih tinggi. Dalam membuat perancangan, anda perlu bermula dengan memilih bidang dalam pengajian yang sesuai dengan minat dan pencapaian anda. Kini, terdapat pelbagai pilihan yang ditawarkan oleh agensi kerajaan mahupun swasta bagi menampung keperluan pembelajaran anda. Perancangan dari segi perbelanjaan juga harus dititikberatkan bagi kemudahan di kemudian hari.
Oleh itu, dalam menentukan hala tuju, anda perlulah lebih peka dengan peluang-peluang yang telah disediakan serta memanfaatkan peluang yang ada sebaik mungkin.
Rajah 7.1: Carta Alir Hala Tuju Selepas SPM
K PRA-UNIVERSITI
Para pelajar yang telah tamat pengajian menengah atas dan telah menduduki peperiksaan SPM boleh meneruskan pengajian ke tahap pendidikan tinggi.
Terdapat dua laluan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA):
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Pra-universiti
Pengajian Universiti Institusi Pengajian
Tinggi
- Kolej komuniti - Politeknik
- Institut kerajaan/swasta - IPTA - IPTS - Luar Negara - Tingkatan 6
- Matrikulasi/
Asasi
- Diploma - Ijazah Kemahiran
ILP/IKM/IKBM/GIAT MARA
- Sijil - Diploma
Web menarik.
Layarilah:
www.kpt.gov.my www.kpm.gov.my
Pelbagai maklumat terperinci tentang institusi pengajian tinggi terdapat di sini.
Tingkatan Enam
1) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
Pengajian Tingkatan 6 ini mengambil masa dua tahun (Tingkatan 6 Bawah dan Tingkatan 6 Atas). Terdapat dua jurusan yang ditawarkan di Tingkatan 6 iaitu, kemanusiaan dan sains. Pada akhir tingkatan 6, pelajar akan dinilai melalui peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). STPM diiktiraf oleh banyak universiti di peringkat antarabangsa, terutamanya universiti di negara-negara Komanwel dan juga Amerika Syarikat dan Ireland. Kebanyakan universiti menganggap keputusan STPM sama dengan A-level.
2) Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Diperkenalkan untuk memastikan pelajar lepasan Sekolah Menengah Agama Kerajaan (SMKA) dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) melalui satu sistem pendidikan yang piawai dan diiktiraf di dalam dan di luar negara.
Program Matrikulasi
Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan program persediaan bagi pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera lulusan Sijil Pelajaran Malaysia untuk melayakkan mereka mengikuti kursus peringkat ijazah dalam bidang Sains, Teknologi dan Sastera Ikhtisas di universiti awam dan swasta. Tempoh pengajian prauniversiti ini mengambil masa dua (2) semester. Kurikulum program ini memberi penekanan terhadap aspek akademik dan tidak mengabaikan aspek ko-kurikulum.
Renungkanlah:
Perancangan yang efektif menjamin masa depan anda.
K INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
Pendidikan pada peringkat ini merangkumi program-program berikut:
IPTA/IPTS
Lepasan Matrikulasi dan Asasi yang berkelayakan berpeluang untuk memohon masuk ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Pelajar-pelajar boleh mengikuti program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa.
Bagi memberi kemudahan kepada calon, pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah melaksanakan permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf dengan mengguna pakai Aplikasi Dalam Talian (Online Application) sepenuhnya mulai Sesi Akademik 2008/2009.
POLITEKNIK
Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ditubuhkan bagi melahirkan lulusan separa profesional dalam bidang kejuruteraan, perdagangan, hospitaliti dan ICT di peringkat sijil dan diploma bagi membantu memenuhi keperluan sumber manusia di sektor awam dan swasta.
Sehingga kini terdapat sebanyak 27 buah Politeknik yang sedang beroperasi di seluruh negara dan pengambilan pelajar ke Politeknik KPT diadakan dua kali setahun bagi menampung keperluan pelajaran bagi pelajar-pelajar yang berkelayakan.
Latihan Individu:
Rancang hala tuju anda selepas SPM/STPM berdasarkan maklumat yang telah diberi.
Latihan individu:
Senaraikan jenis-jenis perbelanjaan yang terlibat untuk
melanjutkan pengajian ke IPTA/IPTS.
KOLEJ KOMUNITI
Kementerian Pendidikan Malaysia membina Kolej-kolej Komuniti yang akan memberi peluang pendidikan dan latihan khusus kepada masyarakat setempat.
Matlamat penubuhan Kolej Komuniti adalah untuk menyediakan peluang kepada semua lapisan masyarakat setempat untuk meningkat kemahiran dan pengetahuan serta taraf sosio ekonomi melalui program pendidikan sepanjang hayat yang fl eksibel dan mudah akses.
Selain itu Kolej Komuniti juga memberi pendidikan dan latihan kepada lepasan SPM dan SPM(V) yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT).
7.2 Kos Pengajian di institusi pengajian tinggi
Taraf hidup masyarakat Malaysia semakin meningkat dari sehari ke sehari. Secara tidak langsung kos pengajian di institusi- institusi pengajian tinggi di Malaysia juga turut terkesan. Walau bagaimanapun, setiap institusi pengajian tinggi sama ada awam mahupun swasta mempunyai kos dan tempoh pembelajaran yang
Tip 1:
Memilih jurusan berdasarkan kelayakan dan minat.
Ukur keupayaan diri dalam memilih bidang yang diceburi.
Mengumpul maklumat yang berkaitan.
Merujuk pada Internet/Kaunselor Sekolah.
Peka terhadap peluang-peluang yang ditawarkan.
Kebiasaannya, kos-kos yang terlibat adalah yuran pengajian, kos sara diri dan keperluan pembelajaran seperti buku rujukan dan alat tulis. Berikut adalah contoh kos yuran pengajian di Institusi-institusi Pengajian Tinggi di Malaysia untuk satu semester:
7.3 Perbandingan Kos
Kebiasaannya, terdapat pelbagai pilihan bagi pelajar untuk melanjutkan pelajaran sama ada di IPTA, IPTS, Kolej Tajaan Kerajaan, Asasi IPTA, Matrikulasi dan luar negara. Jadual di bawah menunjukkan perbandingan kos bagi beberapa institusi pengajian tinggi tersebut.
INSTITUT PENGAJIAN TINGGI IJAZAH PERUBATAN
IJAZAH SAINS
IJAZAH EKONOMI
IJAZAH SASTERA
❖
IPTAUniversiti Islam 1)
Antarabangsa (UIAM) www.uiam.edu.my
RM19,782.50 RM6,782.50 RM4,507.50 RM5,007.50
Universiti Sains Islam 2)
Malaysia
(USIM) www.usim.edu.my
RM1,760.00 RM1,382.50 RM1,270.00 RM1,270.00
❖
IPTS1) Universiti Industri Selangor (UNISEL) www.unisel.edu.my
- RM2,991.25 RM4,122.50 RM2,566.25
❖
Luar Negara1) Oxford Brookes University www.oxfordbrookesuniversity.
com
RM51,154 RM49,780 RM49,780 RM49,780
Setahun Setahun Setahun Setahun
INSTITUSI PENGAJIAN
TINGGI YURAN
PENGAJIAN (RM)
KOS SARA HIDUP
(RM)
TEMPOH PENGAJIAN
(TAHUN)
JUMLAH (RM)
IPTA 4,890 19,500 3 24,390
IPTS 42,520 26,000 4 68,520
KOLEJ TAJAAN
KERAJAAN 31,890 19,500 3 51,390
ASASI IPTA
MATRIKULASI 1,420 2,500 1 3,920
LUAR NEGARA 4
1. Australia 2. Kanada 3. Jepun 4. New Zealand
269, 522.64
243, 804.12
601, 600.00 255, 515.64
5. Amerika Syarikat 349, 830.00
6. United Kingdom 366, 474.24
STATISTIK PERBANDINGAN KOS SETAHUN
8,130 17,130 17,130
86,947.78
3,920 10,0000
20,000 30,000 40,000 50,000 60,000 70,000 80,000 90,000 100,000
IPTA IPTS KOLEJ
TAJAAN KERAJAAN
LUAR NEGARA
ASASI IPTA
INSTITUSI
RM
(www.simpanduit.com.my) Rajah 7.2 Perbandingan Kos Pengajian Tinggi Setahun
7.4 Merancang keperluan kewangan pengajian tinggi bersama keluarga
Setiap institusi keluarga perlu mempunyai perancangan kewangan mereka sendiri. Ibu bapa jangan sesekali memandang enteng kepada perancangan keperluan kewangan pengajian tinggi pelajar- pelajar. Terdapat beberapa langkah yang boleh dijadikan sebagai panduan iaitu:
1) Tentukan jenis pendidikan yang sesuai.
Bagi merancang keperluan kewangan pengajian tinggi, institusi keluarga haruslah menentukan jenis pendidikan yang bersesuaian, sama ada di IPT awam, swasta, program berkembar mahupun ke luar negara.
2) Tentukan jumlah simpanan yang diperlukan.
Selepas memilih jenis pengajian yang sesuai, jumlah simpanan yang diinginkan haruslah ditentukan bagi mencapai matlamat yang disasarkan. Selain itu faktor-faktor berikut harus diambil kira seperti:
Tempoh sebelum memulakan pengajian ke IPT. (Menyimpan 1)
seawal usia membolehkan individu menyimpan lebih banyak wang untuk membiayai pengajian).
Tahukah anda?
Tempoh bayaran balik pinjaman PTPTN adalah seperti berikut:
RM 10,000 ke bawah- 60 bulan
RM 10,001 hingga RM 22,000- 120 bulan
RM 22,001 hingga RM50,000- 180 bulan
RM 50,001 ke atas- 240 bulan
- Kos pentadbiran adalah 3%
ke atas baki pinjaman.
- Kos pentadbiran mula dikira selepas 6 bulan tamat pengajian.
3) Memilih pakej pelaburan yang bersesuaian.
Setelah mengetahui jumlah yang perlu disimpan, pakej-pakej pelaburan yang sesuai boleh dipilih untuk membiayai kos pengajian pelajar seperti Insurans Pendidikan Anak, Simpanan Tetap, Pelaburan Saham Amanah dan sebagainya.
4) Sumber alternatif yang boleh diambil.
Selain itu, terdapat pelbagai alternatif lain bagi menampung perbelanjaan pendidikan. Antaranya dengan membuka akaun SSPN bagi membolehkan pemohon memohon pinjaman kewangan dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Di samping itu, pelajar yang berkelayakan boleh memohon tajaan daripada institusi kerajaan dan swasta seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Maybank, Petronas dan lain-lain.
Kesimpulannya, institusi keluarga haruslah memainkan peranan penting dalam merancang keperluan kewangan pendidikan pelajar.
Perancangan kewangan yang sistematik bersama keluarga dapat menjamin pendidikan anda pada masa hadapan.
Web menarik.
Layarilah www.ptptn.org.my pelbagai informasi boleh didapati di laman web ini.
Renungkanlah:
Perancangan awal membuahkan hasil
yang lumayan.
Mari Berfi kir 9 Latihan dalam Kumpulan
Aktiviti 1:
Apa itu SSPN?
Tentukan kriteria pemohon akaun SSPN.
Apakah kepentingan dan manfaat menabung dalam SSPN kepada pelajar.
Sebagai rujukan, layari: www.ptptn.gov.my
Aktiviti 2:
Bincangkan dalam kumpulan
Tentukan anggaran kos pengajian anda di institut pengajian tinggi kelak
Tentukan jangka masa tabungan atau pelaburan yang perlu diambil
Dengan menggunakan Carta Pelaburan ASNB, rangka berapakah nilai pelaburan hari ini yang perlu disimpan untuk mencapai sasaran keperluan kewangan anda
Bentangkan hasil kerja anda