• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERLEMBAGAAN PERSATUAN VETERAN TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA (PVTUDM)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "PERLEMBAGAAN PERSATUAN VETERAN TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA (PVTUDM)"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

PERLEMBAGAAN

PERSATUAN VETERAN TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA

(PVTUDM)

Dikeluarkan oleh: PVTUDM Diluluskan oleh: JHEV

(2)

Muka 1 drp 16

PERSATUAN VETERAN TUDM, d/a KELAB REKREASI TENTERA UDARA, Pangkalan Udara Subang, 40000 SHAH ALAM, Selangor D.E. Tel: 03-7734 5535 (Talian Umum) / HP: 017-943 0799

PERLEMBAGAAN PVTUDM

PERLEMBAGAAN PERSATUAN pada mematuhi Undang-Undang Malaysia Akta 740, Akta Veteran 2012 Jadual Seksyen 14 (2) maka berikut ini dikemukakan Perlembagaan Persatuan Veteran Tentera Udara DiRaja Malaysia (PVTUDM) yang selepas ini disebut sebagai

‘Persatuan’ sahaja.

PERMULAAN

1. Perlembagaan ini dinamakan Perlembagaan PVTUDM

2. Perlembagaan ini terpakai kepada semua peringkat PVTUDM FASAL 1: TAKRIFAN

“PVTUDM” ertinya Persatuan Veteran Tentera Udara Diraja Malaysia

“Persatuan” ertinya pertubuhan atau badan yang keahliannya terdiri daripada kalangan mantan Pegawai dan Anggota (Ahli Udara) Tentera Udara DiRaja Malaysia dan didaftarkan di bawah Akta Veteran 2012 (Akta 740).

“aktiviti veteran” termasuklah aktiviti yang berikut:

(a) menganjurkan apa-apa program kebajikan dan sosioekonomi bagi veteran dan tanggungannya;

(a) menganjurkan apa-apa kempen berhubung dengan kepentingan veteran dan tanggungannya;

(b) mendapatkan dana, derma atau sumbangan kewangan bagi kebajikan veteran atau ahli mana-mana persatuan veteran;

(c) menganjurkan apa-apa program penghargaan dan pengiktirafan bagi veteran;

(d) menganjurkan atau menggalakkan apa-apa program kesedaran bagi kepentingan dan faedah veteran; dan

(e) menyertai persidangan, mesyuarat, perjumpaan atau program berhubung dengan veteran yang diadakan di Malaysia atau di tempat lain;

(3)

Muka 1 drp 16

PERSATUAN VETERAN TUDM, d/a KELAB REKREASI TENTERA UDARA, Pangkalan Udara Subang, 40000 SHAH ALAM, Selangor D.E. Tel: 03-7734 5535 (Talian Umum) / HP: 017-943 0799

“Presiden” ertinya seseorang yang mengetuai PVTUDM keseluruhannya dilantik oleh Majlis Mantan Panglima Tentera Udara (MMPTU) yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi PVTUDM.

“Pengerusi” ertinya seseorang yang mengetuai PVTUDM Cawangan Negeri dilantik melalui pemilihan oleh ahli-ahli secara undian semasa Mesyuarat Agung.

“MMPTU” erti nya Majlis yang terdiri dari mantan-mantan PTU.

“Veteran TUDM” ertinya warganegara Malaysia yang telah berkhidmat sepenuh masa dan tidak pernah dibersarakan atau diberhentikan daripada perkhidmatan atas alasan salah laku dalam Tentera Udara DiRaja Malaysia (Akta Veteran 2012 (Akta 740)).

FASAL 2: TEMPAT URUSAN

(1) Alamat berdaftar dan urusan Persatuan ialah:

PERSATUAN VETERAN TUDM (PVTUDM) KELAB REKREASI TENTERA UDARA Pangkalan Udara Subang

P.O.BOX 40000 SHAH ALAM, Selangor D.E.

Tel: 03-7734 5535 (Talian Umum) / 017-943 0799

Atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari masa ke masa oleh Jawatankuasa Pusat.

FASAL 3: MATLAMAT (OBJEKTIF)

(1) Memupuk semangat persahabatan di kalangan mantan Pegawai dan Ahli Udara TUDM yang telah berhenti dan bersara serta meneruskan kesinambungan hubungan diantara Pegawai-pegawai dengan anggota anggota TUDM yang masih berkhidmat.

(2) Menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan; dan mendapatkan dana, derma serta sumbangan kewangan untuk Persatuan.

(3) Menyediakan platform bagi perbincangan penyelesaian masalah veteran dan penyebaran maklumat bersepadu.

(4) Menyediakan platform bagi perbincangan aktiviti sosioekonomi kepada ahli-ahli.

(4)

Muka 1 drp 16

PERSATUAN VETERAN TUDM, d/a KELAB REKREASI TENTERA UDARA, Pangkalan Udara Subang, 40000 SHAH ALAM, Selangor D.E. Tel: 03-7734 5535 (Talian Umum) / HP: 017-943 0799

(5) Memelihara dan mengeratkan hubungan di antara PVTUDM dengan perkhidmatan TUDM, Majlis Veteran Kebangsaan (MVK), Jabatanarah Hal Ehwal Veteran (JHEV), Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) dan PVATM am nya.

FASAL 4: KEAHLIAN

(1) Kriteria keahlian Persatuan adalah seperti berikut:

(a) Ahli Biasa (b) Ahli Bersekutu (c) Ahli Kehormat

(2) Ahli Biasa

(a) Terbuka kepada Pegawai dan Ahli Udara TUDM yang telah berkhidmat sepenuh masa dalam TUDM dan tidak pernah dibersarakan atau diberhentikan daripada perkhidmatan TUDM atas alasan salah laku.

(3) Ahli Bersekutu

(a) Terbuka kepada mereka bukan anggota TUDM yang pernah berkhidmat dengan TUDM termasuk waris kepada anggota TUDM.

(4) Ahli Kehormat

(a) Terbuka kepada individu yang bukan veteran yang telah berjasa kepada Negara, masyarakat dan Angkatan Tentera Malaysia dan boleh memberi sumbangan kepada PVTUDM yang akan ditentukan oleh Jawatankuasa. Ahli Kehormat adalah dikecualikan dari pembayaran yuran pendaftaran.

(6) Syarat-syarat Penerimaan Menjadi Ahli

(a) Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadang dan disokong oleh ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang di kehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk dipertimbangkan.

(b) Jawatankuasa setelah menimbang, boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan veteran untuk menjadi Ahli PVTUDM tanpa memberi apa-apa alasan atas penolakan tersebut.

(5)

Muka 1 drp 16

PERSATUAN VETERAN TUDM, d/a KELAB REKREASI TENTERA UDARA, Pangkalan Udara Subang, 40000 SHAH ALAM, Selangor D.E. Tel: 03-7734 5535 (Talian Umum) / HP: 017-943 0799

FASAL 5: PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI (1) PEMBERHENTIAN

(a) Mana-mana ahli yang hendak berhenti dari menjadi ahli hendaklah memohon secara bertulis kepada Setiausaha Agung dengan memberi dua (2) minggu Notis dan menjelaskan segala hutang piutangnya kepada Persatuan.

(2) PEMECATAN

(a) Mana-mana ahli yang melanggar peruntukan perlembagaan ini dan/atau melakukan perkara yang mencemarkan nama baik Persatuan boleh di pecat atau di gantung keahliannya bagi satu tempoh masa yang munasabah oleh Lembaga Tatatertib.

(3) LEMBAGA TATATERTIB

(a) Satu Lembaga Tatatertib hendaklah diwujudkan oleh Presiden terdiri daripada tiga (3) orang berkelayakan yang dipilih dari kalangan Ahli Biasa.

(b) Keputusan dan syor oleh Lembaga Tatatertib hendaklah di majukan kepada Presiden dan Jawatankuasa nya untuk mempertimbang samada memecat, menggantung keahlian ahli tersebut, atau membebaskannya. Ahli itu hendaklah diberitahu akan keputusan Presiden dan Jawatankuasanya serta memberi sebab- sebab sekiranya ahli tersebut disokong untuk pemecatan atau penggantungannya secara bertulis.

(c) Ahli tersebut hendaklah di beri peluang untuk membela diri dan boleh membuat rayuan di atas keputusan Presiden dan Jawatankuasanya.

(4) LEMBAGA RAYUAN

(a) Satu Lembaga Rayuan hendaklah diwujudkan oleh Presiden terdiri daripada tiga (3) orang yang berkelayakan di pilih dari kalangan Ahli Biasa.

(5) KEPUTUSAN AJK

(a) Keputusan Ahli Jawatankuasa Persatuan mengenai keputusan Lembaga Rayuan adalah muktamad dan ahli tidak boleh membuat rayuan kemana-mana

(6)

Muka 1 drp 16

PERSATUAN VETERAN TUDM, d/a KELAB REKREASI TENTERA UDARA, Pangkalan Udara Subang, 40000 SHAH ALAM, Selangor D.E. Tel: 03-7734 5535 (Talian Umum) / HP: 017-943 0799

Mahkamah, tidak boleh dicabar, dirayukan, dikaji semula, dibatalkan dan atas apa-apa alasan sekalipun.

FASAL 6: SUMBER KEWANGAN

(1) Sumber kewangan Persatuan ini adalah daripada:

(a) Yuran Pendaftaran.

(b) Derma atau sumbangan.

(c) Kegiatan ekonomi.

(d) Aktiviti Sosial

(2) YURAN PENDAFTARAN AHLI

(a) Yuran Pendaftaran pendaftaran menjadi Ahli PVTUDM, kecuali Ahli Kehormat ialah sebanyak RM20.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Sahaja).

(3) DERMA/SUMBANGAN

(a) PVTUDM boleh menerima derma atau sumbangan berbentuk wang, harta alih dan tidak alih atau barangan dari individu, syarikat atau Kerajaan. Sumbangan berbentuk wang hendaklah diisytiharkan dengan jelas dan tepat dalam Penyata Tahunan Persatuan.

(b) Persatuan dikehendaki memaklumkan kepada Presiden atas semua urusan permohonan Derma atau Sumbangan dari mana-mana sumber yang sah.

(4) GERAN TAHUNAN

(a) PVTUDM boleh mendapat geran tahunan melalui sumbangan Kutipan Tabung Pahlawan atau dari mana mana tabung yang diwujudkan oleh Kerajaan Malaysia.

(5) KEGIATAN EKONOMI

(a) PVTUDM tidak boleh menjalankan sebarang perniagaan atas namanya sendiri.

Walaubagaimana pun PVTUDM boleh melaksanakan kegiatan ekonomi seperti

(7)

Muka 1 drp 16

PERSATUAN VETERAN TUDM, d/a KELAB REKREASI TENTERA UDARA, Pangkalan Udara Subang, 40000 SHAH ALAM, Selangor D.E. Tel: 03-7734 5535 (Talian Umum) / HP: 017-943 0799

menubuhkan Koperasi dan Syarikat dari kalangan ahli-ahlinya yang keuntungan aktiviti ekonomi tersebut boleh disalurkan kepada PVTUDM.

(b) Sebarang bentuk kegiatan ekonomi yang berkaitan dengan nama PVTUDM hendaklah mendapat kelulusan Presiden dan Ahli Jawatankuasa PVTUDM secara bertulis terlebih dahulu sebelum ia dilaksanakan.

FASAL 7: MESYUARAT AGUNG

(1) Mesyuarat Agung adalah merupakan forum rasmi bagi pengelolaan Persatuan ini dan ia adalah Mesyuarat Agung bagi semua ahli-ahli. Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali jumlah ahli Jawatankuasa mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam Mesyuarat Agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan adalah kuorum yang cukup untuk mesyuarat.

(2) Jika kuorum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika kuorum tidak cukup juga selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang telah ditangguhkan itu, maka ahli-ahli yang hadir boleh menjalankan mesyuarat tetapi tidak mempunyai kuasa untuk meminda perlembagaan Persatuan.

(3) Mesyuarat Agung Tahunan bagi Persatuan hendaklah diadakan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan terakhir pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Agenda Mesyuarat Agung Tahunan adalah:

(a) Membentang dan mempertimbangkan Laporan Jawatankuasa berkenaan aktiviti Persatuan yang lalu.

(b) Membentang dan mempertimbangkan Laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah di audit.

(c) Memilih Ahli-ahli Jawatankuasa dan melantik Juruaudit (jika berkenaan).

(d) Menguruskan perkara-perkara lain yang di bentangkan dalam mesyuarat itu.

(4) Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap tiap ahli sekurang kurangnya 14 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan satu agenda mesyuarat termasuk salinan minit mesyuarat dan laporan aktiviti tahunan serta penyata kira kira Persatuan bagi

(8)

Muka 1 drp 16

PERSATUAN VETERAN TUDM, d/a KELAB REKREASI TENTERA UDARA, Pangkalan Udara Subang, 40000 SHAH ALAM, Selangor D.E. Tel: 03-7734 5535 (Talian Umum) / HP: 017-943 0799

tahun lalu yang telah di audit. Salinan dokumen dokumen ini juga hendaklah disediakan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan Persatuan. Notis dan Agenda mesyuarat yang dihantar melalui Pos, eMail, Media sosial, atau di pamerkan melalui Laman Sesawang/Portal adalah dikira sebagai sah penyampaiannya. Tanggungjawab untuk membaca Notis dan Agenda Mesyuarat adalah tanggungjawab semua ahli.

(5) Mesyuarat Agung Luar Biasa bagi Persatuan ini boleh diadakan di dalam keadaan berikut:

(a) Bila di fikirkan mustahak oleh Jawatankuasa,

(b) Atau di atas permintaan ramai secara bertulis, oleh tidak kurang dari satu perlima (1/5) dari jumlah ahli yang berhak mengundi, dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan ini hendaklah dihantar kepada Setiausaha Persatuan untuk mengurus Mesyuarat Agung Luar Biasa, yang dipohon, diadakan pada satu tarikh didalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat tersebut.

(c) Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Luar Biasa itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli-ahli sekurang kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.

(d) Fasal 7 perenggan 1 dan 2 didalam perlembagaan ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan terpakai untuk Mesyuarat Agung Luar Biasa, tetapi dengan syarat jika kuorum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Luar Biasa atas permintaan ahli-ahli itu, maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini Mesyuarat Agung Luar Biasa atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.

(e) Setiausaha hendaklah menghantar kepada semua ahli dan Bahagian Dasar, JHEV ATM satu salinan minit Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Luar Biasa dalam tempoh dua (2) bulan setelah selesainya mesyuarat tersebut.

(9)

Muka 1 drp 16

PERSATUAN VETERAN TUDM, d/a KELAB REKREASI TENTERA UDARA, Pangkalan Udara Subang, 40000 SHAH ALAM, Selangor D.E. Tel: 03-7734 5535 (Talian Umum) / HP: 017-943 0799

FASAL 8: AHLI JAWATANKUASA

(1) MAJLIS MANTAN PANGLIMA TENTERA UDARA

(a) Mantan-Mantan PTU perlu mewujudkan satu Majlis yang dipanggil Majlis Mantan Panglima Tentera Udara (MMPTU) dan salah seorang daripada mereka perlu dilantik sebagai Pengerusi untuk melaksanakan fungsi dan tugas yang berkaitan.

(b) Sekiranya mana-mana Mantan PTU menolak lantikannya maka MMPTU boleh melantik Mantan PTU berikutnya, mengikut kekananan masing-masing sebagai pengganti.

(c) MMPTU perlu bertindak sebagai Penasihat dan Penaung bagi Persatuan.

(d) MMPTU boleh melantik calon dikalangan mantan-mantan PTU untuk lantikan sebagai Presiden, Timbalan Presiden dan lain-lain Pemegang Jawatan Persatuan yang telah ditentukan pada Fasal 8(2), dalam masa dua (2) tahun sekali apabila diperlukan.

(e) Sebarang cadangan untuk meminda Perlembagaan PVTUDM ini hendaklah mendapat kelulusan bertulis daripada MMPTU terlebih dahulu sebelum boleh di usul di dalam Mesyuarat Agung.

(f) Sebarang keputusan MMPTU adalah muktamad dan tidak boleh dibawa ke mana-mana Mahkamah, tidak boleh dicabar, dirayukan, dikaji semula, dibatalkan dengan atas apa-apa alasan sekalipun.

(g) Pembentukan MMPTU ini tidak boleh dimansuhkan walau dengan apa cara sekali pun atau di bawa ke mana-mana Mahkamah.

(2) JAWATANKUASA INDUK. Satu Jawatankuasa dalam kalangan mantan Pegawai dan mantan Ahli Udara yang dinamakan sebagai Ahli Jawatan Kuasa (AJK) atau Pemegang Jawatan Persatuan yang tertentu hendaklah dilantik melalui mesyuarat MMPTU atau di pilih secara pengundian oleh Ahli Biasa semasa Mesyuarat Agung Tahunan setiap dua (2) tahun sekali saperti berikut:

(a) Presiden (dilantik oleh MMPTU).

(10)

Muka 1 drp 16

PERSATUAN VETERAN TUDM, d/a KELAB REKREASI TENTERA UDARA, Pangkalan Udara Subang, 40000 SHAH ALAM, Selangor D.E. Tel: 03-7734 5535 (Talian Umum) / HP: 017-943 0799

(b) Timbalan Presiden (dilantik oleh MMPTU).

(c) Naib Presiden I (terbuka - Mantan Pegawai).

(d) Naib Presiden II (terbuka - Mantan Ahli Udara).

(e) Setiausaha Agung (dilantik oleh MMPTU).

(f) Timbalan Setiausaha Agung I (terbuka - Mantan Pegawai).

(g) Timbalan Setiausaha Agung II (terbuka - Mantan Ahli Udara).

(h) Bendahari Agung (dilantik oleh MMPTU).

(i) Timbalan Bendahari Agung I (terbuka - Mantan Pegawai).

(j) Tmbalan Bendahari Agung II (terbuka - Mantan Ahli Udara).

(k) 4 x Ahli Jawatankuasa (terbuka - 2 x Mantan Pegawai dan 2 x Ahli Udara) Co-opted AJK (dengan persetujuan TUDM).

(l) 1 x Ahli Jawatankuasa Wakil TUDM (Pegawai TUDM yang sedang berkhidmat)

(3) PERLANTIKAN AHLI JAWATAN KUASA INDUK

(a) Jawatan Presiden adalah dikhaskan kepada mantan Panglima Tentera Udara yang telah di perakui oleh MMPTU.

(b) AJK yang lain hendaklah terdiri daripada mereka yang berwibawa dan berpengalaman mengikut merit di dalam sesuatu bidang.

(c) Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihan perlu dijalankan secara pengundian oleh ahli-ahli semasa Mesyuarat Agung Tahunan.

(d) Semua pemegang jawatan Persatuan boleh dipilih semula setiap dua tahun dan maksima selama dua (2) penggal sahaja.

(11)

Muka 1 drp 16

PERSATUAN VETERAN TUDM, d/a KELAB REKREASI TENTERA UDARA, Pangkalan Udara Subang, 40000 SHAH ALAM, Selangor D.E. Tel: 03-7734 5535 (Talian Umum) / HP: 017-943 0799

(e) Presiden boleh melantik Ahli-ahli Biasa sebagai Ahli Jawatankuasa Kecil (JKK) bagi tugas-tugas tertentu dan dibubarkan bila tugas itu tamat.

(4) FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB AJK DAN JKK

(a) Fungsi AJK dan JKK ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Persatuan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Persatuan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh Mesyuarat Agung. AJK tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Agung Tahunan. AJK hendaklah mengemukakan laporan terperinci berkenaan kegiatannya pada tahun sabelumnya kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan.

(b) AJK hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya empat (4) kali dalam setahun. Notis bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada AJK tujuh (7) hari Notis sebelum mesyuarat diadakan. Pengerusi dengan bersendirian atau tidak kurang daripada empat orang AJK boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat AJK pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada bilangan AJK hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan kuorum mesyuarat.

(c) Jika seorang AJK meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak semasa pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk mengisi kekosongan tersebut. Jika calon tersebut tidak ada atau menolak jawatan itu, maka AJK boleh melantik ahli yang lain bagi mengisi kekosongan tersebut sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.

(d) Presiden boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan lain-lain AJK untuk menjalankan urusan Persatuan dan melantik JKK yang di fikirkan mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang AJK kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan AJK atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Persatuan.

(e) AJK juga boleh menubuhkan JKK jika difikirkan mustahak dan memberikan tugasan khas kepada mana-mana Ahli JKK.

(f) Apabila berlaku perlantikan AJK baharu, AJK yang lama hendaklah menyerahkan semua dokumen Persatuan seperti Sijil Pendaftaran, Perlembagaan, salinan Penyata Kewangan Tahunan, surat-surat maklumbalas,

(12)

Muka 1 drp 16

PERSATUAN VETERAN TUDM, d/a KELAB REKREASI TENTERA UDARA, Pangkalan Udara Subang, 40000 SHAH ALAM, Selangor D.E. Tel: 03-7734 5535 (Talian Umum) / HP: 017-943 0799

buku-buku akaun, buku bank, cek dan resit, geran-geran tanah, senarai asset dan sebagainya.

FASAL 9: KEWAJIPAN AHLI JAWATANKUASA

(1) Presiden dalam tempoh menyandang jawatannya hendaklah menjadi Pengerusi bagi semua Mesyuarat Agung dan semua mesyuarat AJK dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ianya mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani minit mesyuarat bila di luluskan.

(2) Timbalan Presiden hendaklah memangku jawatan Presiden semasa ketiadaannya.

(3) Setiausaha Agung hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Persatuan mengikut perlembagaan dan hendaklah ianya menjalankan semua perintah Mesyuarat Agung dan Jawatankuasa. Ianya bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua rekod dan dokumen Persatuan, kecuali buku-buku akaun dan dokumen kewangan.

(4) Timbalan Setiausaha Agung hendaklah membantu Setiausaha Agung menjalankan kerja-kerjanya dan hendaklah memangku jawatan itu semasa ketiadaannya.

(5) Bendahari Agung adalah bertanggung jawab berkenaan semua hal ehwal kewangan Persatuan. Ianya hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya atas ketetapan penyata kewangan Persatuan yang terdiri daripada penyata penerimaan dan perbelanjaan serta kunci kira-kira.

(6) Bendahari Agung juga hendaklah membuka sub ledger Akaun Keahlian dan mengawasi yuran keahlian baru serta mengemaskinikan nya.

(7) Ahli Jawatankuasa Kecil (JKK) bolehlah membantu AJK dalam menjalankan tugas yang ditentukan oleh AJK.

FASAL 10: PENAUNG DAN PENASIHAT

(1) Kedua-dua jawatan tersebut adalah individu yang dilantik oleh Persatuan yang mana penjawat tersebut tidak memainkan peranan yang aktif dalam pengendalian Persatuan, namun demikian nasihat mereka akan diminta bila diperlukan.

(2) Persatuan boleh melantik seorang Penaung kepada Persatuan dari mana-mana orang awam yang terdiri kalangan kerabat di raja, orang-orang kenamaan yang terkenal dan berpengaruh dalam melindungi dan menaikkan imej Persatuan. Penaung yang dilantik

(13)

Muka 1 drp 16

PERSATUAN VETERAN TUDM, d/a KELAB REKREASI TENTERA UDARA, Pangkalan Udara Subang, 40000 SHAH ALAM, Selangor D.E. Tel: 03-7734 5535 (Talian Umum) / HP: 017-943 0799

dijemput menjadi Ahli Kehormat Persatuan bagi satu tempoh tidak melebihi dua (2) tahun dan ia boleh dilantik semula jika difikirkan sesuai.

(3) Persatuan boleh melantik seorang Penasihat kepada Persatuan yang mana pada kebiasaannya terdiri dari kalangan Mantan Pegawai TUDM yang terkanan dalam sesebuah Cawangan Negeri. Penasihat yang dilantik boleh memberi pandangan dan panduan dalam bentuk nasihat kepada Persatuan apabila diperlukan. Penasihat hendak individu yang telah menjadi Ahli Biasa kepada Persatuan.

FASAL 11: KEWANGAN

(1) Tertakluk kepada peruntukan peruntukan berikut dalam perlembagaan, wang Persatuan boleh digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah bagi menjalankan aktiviti Persatuan, termasuklah perbelanjaan pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah juruaudit.

(2) Persatuan dibenarkan membuka akaun resmi dengan bank perdagangan dan memhon pengurusan transaksi akaun secara pengeluar cek, transaksi atas talian (online) atau secara tunai.

(3) Bendahari dibenarkan menyimpan wang tunai tidak melebihi RM1,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu) pada sesuatu masa. Wang yang selebihnya hendaklah dimasukan ke dalam akaun bank atas nama Persatuan.

(4) Semua Cek atau kenyataan pengeluaran wang dari akaun Persatuan hendaklah ditandatangani bersama oleh Presiden, Setiausaha dan Bendahari. AJK juga boleh melantik sesiapa di kalangan mereka sebagai tandatangan timbal untuk menandatangani cek atau pengeluaran wang Persatuan semasa ketiadaan mana-mana penandatangan tersebut.

(5) Perbelanjaan melebihi RM 3,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ribu Sahaja) bagi satu satu masa tidak boleh di bayar tanpa kelulusan AJK, dan perbelanjaan melebihi RM 30,000.00 hendaklah memperoleh kelulusan Mesyuarat Agung terlebih dahulu.

Presiden, Setiausaha dan Bendahari boleh bersama sama meluluskan perbelanjaan tidak lebih RM 3,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ribu sahaja).

(6) Tahun kewangan Persatuan ini hendaklah bagi tempoh 12 bulan bermula dari 01 hb Julai.

(14)

Muka 1 drp 16

PERSATUAN VETERAN TUDM, d/a KELAB REKREASI TENTERA UDARA, Pangkalan Udara Subang, 40000 SHAH ALAM, Selangor D.E. Tel: 03-7734 5535 (Talian Umum) / HP: 017-943 0799

FASAL 12: JURUAUDIT

(1) Seorang Ahli yang bukan Pegawai Persatuan hendaklah dilantik dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Juruaudit dan memegang jawatan selama dua tahun dan ianya boleh di lantik semula.

(2) Juruaudit dikehendaki memeriksa penyata kewangan Persatuan setiap dua tahun.

Juruaudit hendaklah membuat perakuan dan menandatangani penyata kewangan tersebut untuk pertimbangan Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka juga dikehendaki pada bila bila masa oleh Pengerusi mengaudit penyata kewangan Persatuan di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.

FASAL 13: PENTADBIRAN HARTA/PEMEGANG AMANAH

(1) Segala harta tidak alih Persatuan hendaklah didaftarkan atas nama Persatuan dan segala surat cara pelaksanaan berkaitan dengan harta ini di anggap sah dan berkuatkuasa seolah-olah ianya telah dilaksanakan oleh seorang pemilik berdaftar dengan syarat surat cara itu disempurnakan oleh tiga (3) orang pemegang jawatan Persatuan pada masa itu yang mana perlantikan mereka disahkan melalui sijil perakuan yang dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan dan dimeteri dengan meteri Persatuan.

(2) Harta tidak alih Persatuan tidak boleh dijual, digadai, ditarik balik atau di tukar milik tanpa persetujuan Mesyuarat Agung.

FASAL 14: DIREKTIF DAN PERATURAN

(1) Dalam tempoh diantara dua Mesyuarat Agung Tahunan, Jawatankuasa boleh memberikan tafsiran kepada Perlembagaan ini dan Jawatankuasa, jika perlu boleh memutuskan perkara-perkara yang kurang jelas didalam Perlembagaan ini sebagai suatu direktif.

(2) Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli- ahli adalah muktamad jika tidak di ubah oleh keputusan Mesyuarat Agung Tahunan.

(3) AJK di dalam Mesyuarat boleh membuat, meminda dan membatalkan semua peraturan yang di tetapkan sebagai suatu direktif.

(4) Presiden dan AJK nya, pada bila-bila masa dan keadaan yang terdapat keperluan untuk menyampaikan sebarang pengarahan terkini yang difikirkan penting dan tidak

(15)

Muka 1 drp 16

PERSATUAN VETERAN TUDM, d/a KELAB REKREASI TENTERA UDARA, Pangkalan Udara Subang, 40000 SHAH ALAM, Selangor D.E. Tel: 03-7734 5535 (Talian Umum) / HP: 017-943 0799

dinyatakan dalam Perlembagaan, perkara tersebut akan disampaikan dalam bentuk Direktif atau Arahan dari Presiden PVTUDM.

FASAL 15: LARANGAN

(1) Sebarang bentuk perjudian seperti yang ditafsirkan dalam Akta Rumah Judi Terbuka 1953 adalah dilarang dipremis Persatuan.

(2) Persatuan ini tidak boleh menjalankan sebarang kegiatan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli- ahli atau atas nama Persatuan.

(3) “Faedah” seperti yang di terangkan dibawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966 tidaklah boleh diberikan oleh Persatuan kepada mana-mana ahlinya.

(4) Semua wang dan keuntungan yang diperoleh oleh Persatuan hasil dari penyertaannya dalam kegiatan ekonomi hendaklah disalurkan kembali kepada Persatuan bagi

mencapai matlamat Persatuan dan tidak boleh digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada mana-mana ahli Persatuan.

(5) Peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran gaji dan pentadbiran.

FASAL 16: PENDAFTAR PERTUBUHAN

(1) Pendaftar atau Pendaftar Pertubuhan yang di maksudkan di dalam Perlembagaan PVTUDM ini adalah Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia seperti yang di peruntukkan di Seksyen 7 Akta Veteran 2012.

FASAL 17: PEMBUKAAN CAWANGAN/ WAKIL NEGERI

(1) PVTUDM boleh membuka Cawangan di seluruh Malaysia atau melantik wakil-wakil Negeri dengan persetujuan Jawatankuasa dan kelulusan Pendaftar.

FASAL 18: PINDAAN PERLEMBAGAAN

(1) Tertakluk kepada Fasal 8, Perlembagaan PVTUDM ini tidak boleh dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung dan direstui sapenuhnya oleh MMPTU. Sebarang permohonan untuk pindaan perlembagan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa enam puluh (60) hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agung yang meluluskan pindaan itu dan hanya boleh di kuatkuasakan mulai daripada tarikh pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

(16)

Muka 1 drp 16

PERSATUAN VETERAN TUDM, d/a KELAB REKREASI TENTERA UDARA, Pangkalan Udara Subang, 40000 SHAH ALAM, Selangor D.E. Tel: 03-7734 5535 (Talian Umum) / HP: 017-943 0799

FASAL 19: PEMBUBARAN

(1) Persatuan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga per lima (3/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dalam satu Mesyuarat Agung yang di panggil khas kerananya.

(2) Sekiranya Persatuan hendak di bubarkan secara yang di sebutkan diatas, maka segala hutang dan tanggungan Persatuan yang sah mengikut perlembagaan hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Agung berkenaan.

(3) Permohonan pembubaran ini hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa empat belas (14) hari dari tarikh keputusan pembubaran itu.

FASAL 20: APLIKASI PERLEMBAGAAN

(1) Perlembagaan PVTUDM ini terpakai kepada semua peringkat Persatuan untuk semua keperluan pengurusan, pentadbiran dan perlaksaaan aktiviti Persatuan.

FASAL 21: PENYALURAN DAN PENYAMPAIAN MAKLUMAT

(1) Bagi tujuan penyaluran dan penyampaian maklumat sebagai platform komunikasi untuk PVTUDM adalah boleh menggunakan media-media berikut:

(a) Email Resmi Persatuan.

(b) Facebook Resmi.

(c) Whatapps Resmi.

(d) Telegram.

(d) Surat-surat.

(e) Portal Resmi.

FASAL 22. KESERAGAMAN

(1) PAKAIAN RASMI DAN KESERAGAMAN

(a) Untuk meningkatkan identiti PVTUDM sebagai sebuah organisasi warisan ketenteraan (TUDM), tradisi keseragaman menjadi teras imej dan akan diteruskan di mana yang sesuai.

(17)

Muka 1 drp 16

PERSATUAN VETERAN TUDM, d/a KELAB REKREASI TENTERA UDARA, Pangkalan Udara Subang, 40000 SHAH ALAM, Selangor D.E. Tel: 03-7734 5535 (Talian Umum) / HP: 017-943 0799

(b) Pakaian adalah satu identiti bagi meningkatkan pengenalan dan keseragaman nya perlu di pelihara, oleh itu peraturan pakaian di tetapkan dan perlu dipatuhi oleh semua ahli.

(c) Reka bentuk bagi pakaian baju koperat berwarna putih dan pemakaiannya bersama penggunaan lencana /enblem/ crest / coat of arms adalah ditetapkan dan tidak boleh di campur aduk atau diganti dengan pakaian lain tanpa kelulusan.

Pakaian baju koperat adalah bagi menghadiri majlis-majlis atau aktiviti-aktiviti rasmi Persatuan atau yang melibatkan tentera atau awam.

(2) LENCANA PAKAIAN

(a) Untuk pakaian koperat, di poket kiri ialah lambang resmi PVTUDM pada ketinggian 8 cm. Disebelah kanan baju adalah tidak berpoket separas ialah coat of arms negeri juga ketinggian 8 cm. Di bawah bahagian tengah coat of arm itu adalah nama ahli di jahit dengan benang hitam ketinggian 1 cm.

FASAL 23: BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA

(1) Penggunaan bendera, lambing dan lencana yang dinyatakan sahaja digunakan pemakaiannya kepada semua peringkat Persatuan.

(a) Bendera

(b) Lambang

(c) Lencana

Referensi

Dokumen terkait

Fasal 11(1) dan 11(2) di dalam perlembagaan ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas, tetapi dengan syarat jika

(10) Fasal 8 (1) dan (8) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas tetapi dengan

4. Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan Mesyuarat Agung Tahunan. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar

12.5.2 Jika korum tersebut tidak mencukupi dalam tempoh satu jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk Mesyuarat Agung Dwi Tahunan atau Mesyuarat Agung Khas dan maka

Kursus Kad Hijau CIDB untuk Veteran Tentera Laut (VTL), ahli PVTLDM dan anggota TLDM anjuran PVTLDM Perak dengan kerjasama BHIC Marine Technology Academy di Bilik

Pengumuman awal mengenai Mesyuarat Agung Tahunan yang menyatakan tarikh, waktu dan tempat, dan panggilan mengemukakan cadangan untuk perbincangan, cadangan untuk meminda

fasal 15 (6) dan (7) di dalam Perlembagaan Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) berkenaan kourum dan penangguhan mesyuarat Perwakilan Cawangan boleh digunakan

15.  Perbelanjaan  bagi  Mesyuarat  Agung  Tahunan  dan  Mesyuarat  Agung  Khas  meliputi  kos  sewa  dewan  termasuk  kerusi  dan  meja,  kelengkapan  audio