• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERTUBUHAN DOKTOR-DOKTOR ISLAM MALAYSIA (PERDIM) PERTUBUHAN DOKTOR-DOKTOR ISLAM MALAYSIA (PERDIM)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERTUBUHAN DOKTOR-DOKTOR ISLAM MALAYSIA (PERDIM) PERTUBUHAN DOKTOR-DOKTOR ISLAM MALAYSIA (PERDIM)"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK

PERTUBUHAN DOKTOR-DOKTOR ISLAM MALAYSIA (PERDIM)

FASAL 1 NAMA

(1) Pertubuhan ini dikenali dengan nama

PERTUBUHAN DOKTOR-DOKTOR ISLAM MALAYSIA (PERDIM) Selepas ini disebut "Pertubuhan".

(2) Takrif Nama :

(3) Taraf Pertubuhan : Kebangsaan

FASAL 2 TEMPAT URUSAN

1. Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ialah

NO 8-1, SURIA JELUTONG, JALAN BAZAR, U8/99,BUKIT JELUTONG, 41051 SHAH ALAM

SELANGOR dan alamat untuk surat-menyurat adalah

NO 8-1, SURIA JELUTONG, JALAN BAZAR, U8/99,BUKIT JELUTONG, 41051 SHAH ALAM

SELANGOR

atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa;

2. Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

FASAL 3 TUJUAN/MATLAMAT

1. MENYATUKAN DOKTOR-DOKTOR ISLAM MALAYSIA DALAM SATU WADAH DEMI KESEJAHTERAAN UMMAH.

2. MENJAGA KEBAJIKAN AHLI-AHLI DAN AMALAN PROFESION PERUBATAN.

3. MENJADI PENGHUBUNG KEPADA KESEMUA USAHAWAN PROFESIONAL

(2)

ISLAM DARI PELBAGAI BIDANG DI NEGARA INI KHASNYA DAN DI DUNIA AMNYA KE ARAH PENYATUAN UMMAH.

4. MENJADI PEMANGKIN DAN PENGGERAK KEPADA KERJASAMA DENGAN PELBAGAI PERTUBUHAN DAN PERSATUAN DOKTOR-DOKTOR BERTAULIAH DI MALAYSIA DAN DI LUAR NEGARA DALAM PROGRAM-PROGRAM KEILMUWAN PROFESION PERUBATAN SERTA PENYELESAIAN PELBAGAI MASALAH KESIHATAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM.

FASAL 4 KEAHLIAN

1. Kriteria keahlian pertubuhan adalah seperti berikut A. AHLI BIASA

i. Kewarganegaraan: Malaysia ii. Umur Minima: 18 tahun iii.Tempat Tinggal: Malaysia iv. Keturunan: Semua

v. Jantina: Lelaki Dan Perempuan vi. Agama: Islam

vii. Kriteria Keahlian Yang Lain: Doktor perubatan AM yang memiliki MASTER/

PHD(POST DEGREE) tetapi tidak berdaftar dengan NSR Malaysia adalah diiktiraf sebagai Doktor Perubtan AM sahaja.

B. AHLI BERSEKUTU

Terbuka kepada mereka yang beragama Islam yang tidak memenuhi kriteria ahli biasa tanpa mengira Bangsa dan bukan Doktor Perubatan Am swasta. Ahli Bersekutu tidak boleh mengundi dan memegang apa-apa jawatan dalam PERDIM.

Ahli bersekutu boleh menghadiri mesyuarat Agong PERDIM tetapi hanya sebagai pemerhati. Ahli bersekutu juga tidak boleh bersuara memberikan pendapat didalam mesyuarat Agong PERDIM.

C. AHLI KEHORMAT

Terdiri daripada mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi sumbangan kepada kejayaan pertubuhan. Mereka ditentukan oleh Jawatankuasa dan terkecuali dari pembayaran yuran.

D. AHLI SEUMUR HIDUP

Terbuka kepada Ahli Biasa yang membayar yuran sekaligus.

2. Kesemua AJK PERDIM berhak meluluskan/menolak permohonan keahlian baru dengan undian Majoriti.

3. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti tersebut di atas hendaklah, setelah membayar bayaran masuk dan yuran bulanan pertama yang ditetapkan diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia menjadi ahli.

FASAL 5 PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

(3)

(1) Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan hendaklah memberi kenyataan bertulis 2 minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya.

(2) Mana-mana ahli yang gagal mematuhi perlembagaan Pertubuhan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik Pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung keahlian ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab- sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya.

Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.

FASAL 6 SUMBER KEWANGAN

Sumber kewangan Pertubuhan ini adalah daripada:

1. Bayaran masuk :

RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja) 2. Yuran:

RM100.00(Ringgit Malaysia Satu Ratus Ringgit Sahaja)

i. Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari terlebih dahulu dalam tempoh 7 hari dari awal tiap-tiap tahun

ii. Yuran Seumur Hidup (perlu dijelaskan semasa permohonan keahlian) RM350.00(Ringgit Malaysia Tiga ratus Lima Puluh sahaja)

iii. Jumlah bayaran Ahli Baru(lump sum) Ahli Biasa : RM150.00

Ahli Seumur Hidup : RM500.00

Ahli Biasa perlu memperbaharui yuran tahunan RM100 setiap tahun.

Naik Taraf Ahli Biasa kepada Ahli Seumur Hidup hanya perlu membayar tambahan Yuran seumur hidup iaitu RM350.

Ahli Bersekutu turut membayar jumlah yuran yang sama.

Yuran yang sudah dibayar tidak akan dikembalikan walaupun ahli berhasrat melupuskan keahliannyadari PERDIM.

iv. Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada dua (2) tahun akan menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh wakil Setiausaha, dan hilanglah hak-hak keistimewaan sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.

(4)

v. Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi tiga (3) tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.

vi. Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.

vii. Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang tahun an.

3. Sumbangan

Pertubuhan ini dibenarkan untuk menerima sumbangan dalam bentuk wang dan barangan. Sumbangan berbentuk wang hendaklah diisytiharkan dengan jelas dan tepat dalam Penyata Tahunan Pertubuhan.

4. Kegiatan Ekonomi

Pertubuhan ini boleh menjalankan kegiatan ekonomi seperti menjual, membeli, melabur, menyewa, memiliki harta alih dan tak alih serta lain-lain kegiatan ekonomi.

FASAL 7 MESYUARAT AGUNG

1. Pengelolaan Pertubuhan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli.

Sekurang-kurangnya satu perdua ½ daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali jumlah ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat.

2. Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang telah ditangguhkan itu, maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda perlembagaan pertubuhan.

3. Mesyuarat Agung Tahunan bagi Pertubuhan hendaklah diadakan dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh Mesyuarat Agung Tahunan terakhir pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Agenda Mesyuarat Agung Tahunan adalah:

a. Mempertimbangkan laporan Jawatankuasa berkenaan aktiviti pertubuhan yang lalu;

b. Mempertimbangkan laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit;

c. Memilih ahli-ahli jawatankuasa dan melantik juruaudit untuk 2 tahun akan datang.

d. Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.

(5)

4. Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 30 hari sebelum mesyuarat agung Tahunan diadakan :

1. Notis Mesyuarat

2. Penyata Kira-kira tahun lalu.

3. Laporan aktiviti sebelum AGM

Salinan dokumrn-dokumen ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli- ahli dialamat tempat urusan Pertubuhan.

5. Mesyuarat agung Khas bagi pertubuhan ini boleh diadakan:

a. bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa; atau

b. atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang dari satu perlima (1/5) dari jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan ini hendaklah dihantar kepada Setiausaha Pertubuhan.

6.Mesyuarat agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.

7. Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli-ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.

8. Fasal 7(1) dan 7(2) di dalam perlembagaan ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan terpakai untuk Mesyuarat Agung Khas, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu, maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.

9. Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli :satu salinan minit Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dalam tempoh 3 bulan setelah selesainya mesyuarat itu.

FASAL 8 JAWATANKUASA

1) Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Pertubuhan hendaklah dipilih Dua Tahun Sekali di dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

1 Orang Presiden

1 Orang Timbalan Presiden 3 Orang Naib Presiden

15 orang Ahli Jawatankuasa Biasa Presiden boleh melantik :

Seorang Setiausaha seorang Naib Setiausaha

(6)

Seorang Bendahari

5 orang Ahli PERDIM untuk menganggotai BIRO-BIRO atau AJK.

Jawatan Yang Dipertandingkan : 20 Orang Jawatan Lantikan PRESIDEN : 8 Orang Jumlah AJK PERDIM : 28 Orang.

2. Pemegang-pemegang jawatan pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam Pertubuhan ini hendaklah terdiri daripada Warganegara Malaysia. Bukan warganegara hendaklah mendapatkan kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

3. Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Semua pegawai boleh dipilih semula Dua Tahun Sekali

4. Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Pertubuhan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Pertubuhan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh mesyuarat agung.

Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan mesyuarat agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan mesyuarat agung.

Jawatankuasa hendalah mengemukakan laporan berkenaan kegiaatannya dalam tahun yang lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung.

5. Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya Dua Tahun Sekali dalam setahun. Notis bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli Jawatankuasa 7 hari terlebih dahulu. Pengerusi dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang- kurangnya setengah (1/2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.

6. Jika timbul perkara mustahal yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan dari ahli-ahli Jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa

(a) Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa.

(b) Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap itu; dan

(c) Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatitkan dalam minit.

7. Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah

(7)

meletakkan jawatan.

8. Jika seorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan.

9. Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan Pertubuhan, dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkan mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Pertubuhan.

10. Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa Kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa.

11. Jawatankuasa yang lama hendaklah menyerahkan semua dokumen Pertubuhan seperti sijil pendaftaran, perlembagaan berdaftar, salinan Penyata Tahunan, surat-surat maklumbalas, buku-buku akaun, buku bank, cek dan resit, geran-geran tanah, senarai aset dan sebagainya kepada Jawatankuasa baru.

FASAL 9 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI

(1) PRESIDEN dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi pengerusi semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani minit mesyuarat bila ia diluluskan.

(2) Timbalan PRESIDEN hendaklah memangku tugas PRESIDEN semasa ketiadaannya.

(3) Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Pertubuhan mengikut perlembagaan dan hendaklah ia menjalankan semua perintah mesyuarat agung dan jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua rekod dan dokumen Pertubuhan, kecuali buku-buku akaun dan dokumen kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi maklumat terperinci ahli mengikut kategori seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah kediaman tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat.

(4) Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerja- kerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha.

(8)

(5) Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Pertubuhan. Dia hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya atas ketepatan penyata kewangan pertubuhan yang terdiri daripada penyata penerimaan dan perbelanjaan serta kunci kira-kira.

(6) Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang diarahkan olehnya.

FASAL 10 KEWANGAN

1. Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam perlembagaan ini wang Pertubuhan ini boleh digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah juruaudit.

2. Bendahari dibenarkan menyimpan wang tunai tidak lebih daripada 2000.00 (Ringgit Malaysia Dua Ribu sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih dari jumlah itu mestilah dalam tempoh 7 hari dimasukkan ke dalam akaun bank atas nama Pertubuhan.

3. Segala urusan kewangan PERDIM akan dibuat di MAYBANK ISLAMIC CAWANGAN JALAN BESERAH KUANTAN.

4. Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari akaun Pertubuhan hendaklah ditandatangani oleh Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha atau Bendahari mengikut pengeluaran berikut:

a. amaun kurang daripada RM5000.00 : Setiausaha dan Bendahari b. amaun RM5000.00 hingga RM10,000.00 : Presiden dan Bendahari

c. amaun melebihi RM10,000.00 dan kurang RM50,000.00 : Presiden bersama mana-mana 2 jawatan di Fasal 10.4 diatas.

5. Perbelanjaan yang lebih daripada RM50,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa. Perbelanjaan yang lebih daripada RM1,000,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Juta Sahaja)hendaklah diluluskan terlebih dahulu oleh Mesyuarat Agung. Perbelajaan RM50,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Ribu Sahaja)dan kebawah bagi suatu masa boleh diluluskan bersama oleh Presisen, Setiausaha dan Bendahari.

6.Penyata kewangan bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Juruaudit yang dilantik di bawah Fasal 11 perlembagaan ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kewangan yang telah diaudit itu hendaklah diedarkan untuk makluman ahli-ahli dan dikemukakankan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut.

7. Tahun Kewangan Pertubuhan ini hendaklah bagi tempoh 12 bulan iaitu bermula

(9)

dari 1 Januari.

FASAL 11 JURUAUDIT

(1) 2 orang yang bukannya pegawai Pertubuhan hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Juruaudit. Mereka yang memegang jawatan selama dua tahun boleh dilantik semula.

(2) Juruaudit adalah dikehendaki memeriksa penyata kewangan Pertubuhan bagi dua tahun. Juruaudit hendaklah membuat perakuan dan menandatangi penyata kewangan tersebut untuk pertimbangan Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Pengerusi mengaudit penyata kewangan Pertubuhan pada bila-bila masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.

FASAL 12 PENTADBIR HARTA / PEMEGANG AMANAH

(1) Segala harta tidak alih Pertubuhan hendaklah didaftarkan atas nama Pertubuhan dan segala surat cara pelaksanaan berkaitan dengan harta ini dianggap sah dan berkuatkuasa seolah-olah ianya telah dilaksanakan oleh seorang tuan punya berdaftar dengan syarat surat cara itu disempurnakan oleh 3 orang pemegang jawatan pertubuhan pada masa itu yang mana perlantikan mereka disahkan melaui sijil perakuan yang dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan dan dimeteri dengan meteri Pertubuhan.

(2) Harta tidak alih Pertubuhan tidak boleh dijual, digadai, ditarik balik atau ditukar milik tanpa persetujuan Mesyuarat Agung.

(3) Semua pemegang amanah harta tidak alih (milik PERDIM) akan tamat tempoh sebaik saja ahli Jawatan Kuasa berkaitan melepaskan jawatannya.

FASAL 13 TAFSIRAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN

(1) Dalam tempoh diantara dua Mesyuarat Agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada perlembagaan ini dan Jawatankuasa, jika perlu, boleh memutuskan perkara-perkara yang kurang jelas di dalam perlembangaan ini.

(2) Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli- ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung.

FASAL 14 PENASIHAT / PENAUNG

(1)Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak

(10)

menjadi Penasihat/Penaung bagi Pertubuhan ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara bertulis terlebih dahulu.

FASAL 15 LARANGAN

(1)Sebarang bentuk perjudian seperti yang ditafsirkan dalam Akta Rumah Judi Terbuka, 1953 adalah dilarang di permis pertubuhan.

(2) Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan pekerja seperti definisi di dalam Akta Kesatuan Pekerja 1959.

(3) Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli- ahli atau tidak, atas nama Pertubuhan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan dari pihak berkuasa yang berkenaan.

(4) "Faedah" seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah boleh diberikan oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya.

(5) Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh Pertubuhan ini hasil dari penyertaannya dalam kegiatan ekonomi hendaklah disalurkan kembali kepada pertubuhan bagi mencapai matlamat pertubuhan ini dan tidak boleh digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada mana-mana ahli Pertubuhan. Sungguhpun begitu peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran gaji atau perbelanjaan pentadbiran atau kedua-duanya kepada mana- mana ahli atau pekerja Pertubuhan.

FASAL 16 PINDAAN PERLEMBAGAAN

(1) Perlembagaan ini tidak boleh dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung. Permohonan untuk pindaan perlembagaan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agung yang meluluskan pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

FASAL 17 PEMBUBARAN

(1) Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela melalui persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dalam suatu Mesyuarat Agung yang dipanggil khas kerananya.

(2) Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut perlembagaan hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah

(11)

diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Agung yang berkenaan.

(3) Permohonan pembubaran ini hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan pembubaran itu.

FASAL 18 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA

1. Bendera

Keterangan

BULAN SABIT- ADALAH SIMBOLIK ATAU SINONIM DENGAN LAMBANG ISLAM.

MENUNJUKKAN BAHAWA PERSATUAN INI MEWAKILI AHLI-AHLI YANG BERAGAMA ISLAM. IA JUGA MEMBAWA MAKSUD BAHAWA SETIAP MATLAMAT DAN HALA TUJU ISLAM.

-STETOSKOP- ADALAH LAMBANG YANG MEWAKILI AHLI-AHLI DIDALAM PERSATUAN DAN JUGA PENGASAS KEPADA PERSATUAN ITU SENDIRI.

-WARNA BIRU DALAM KELOPAK BUNGA MELAMBANGKAN KESATUAN DAN PERPADUAN MANAKALA HIJAU PULA ADALAH SIMBOLIK KEPADA TEMA ISLAM.SECARA RINGKAS,KESATUAN DAN PERPADUAN UMAT ISLAM.

-PERDIM- ADALAH NAMA RINGKAS KEPADA PERSATUAN DOKTOR-DOKTOR ISLAM MALAYSIA.

-BENTUK HATI- MELAMBANGKAN KASIH SAYANG SESAMA AHLI DAN INSAN.KASIH SAYANG DALAM UNIVERSAL DAN TIADA SEMPADAN GEOGRAFI DAN BUDAYA ATAU ETNIK.

-KALIMAH SYAHADAH- MERUPAKAN TERAS DAN ROH DALAM JIWA SEMUA UMAT ISLAM KERANA APABILA SESEORANG ITU MAHU BERIMAN KEPADA ALLAH DAN RASUL, PERKARA YANG PERTAMA YANG PERLU DIUCAP ADALAH KALIMAH SYAHADAH. SECARA RINGKAS,SEMUA UMAT PERLU MENDOKONG DAN MENJUNJUNG KALIMAH INI DAN KEHIDUPAN SEHARIAN.

KERANA ITU IA DIPILIH UNTUK DILETAK DI DALAM PANJI, KERANA SIFAT PANJI ITU BIASANYA DIJUNJUNG.

2. Lambang

Keterangan

-KELOPAK BUNGA-KELOPAK BUNGA YANG BERTIUP ADALAH LAMBANG PENYATUAN UMMAH.BUNGA YANG SEOLAH SEDANG BERKEMBANG MEMBERI MAKSUD SESUATU YANG SEDANG MEKAR DAN

(12)

PROGRESIF.WARNA BIRU DALAM KELOPAK BUNGA MELAMBANGKAN KESATUAN DAN PERPADUAN MANAKALA HIJAU PULA ADALAH SIMBOLIK KEPADA TEMA ISLAM.SECARA RINGKAS,KESATUAN DAN PERPADUAN UMAT ISLAM.

-BULATAN DI TENGAH-BULATAN ADALAH SIMBOLIK KEPADA SPERA ATAU BENTUK BUMI YANG BULAT.BULATAN YANG DIPILIH UNTUK MELAMBANGKAN KESATUAN SEJAGAT ATAU UNIVERSAL DALAM DUNIA TIADA SEMPADAN.

-PERDIM-ADALAH NAMA RINGKAS KEPADA PERSATUAN DOKTOR-DOKTOR ISLAM MALAYSIA.

-STETOSKOP-ADALAH LAMBANG YANG MEWAKILI AHLI-AHLI DIDALAM PERSATUAN DAN JUGA PENGASAS KEPADA PERSATUAN ITU SENDIRI.

-BENTUK HATI-MELAMBANGKAN KASIH SAYANG SESAMA AHLI DAN INSAN.KASIH SAYANG DALAM UNIVERSAL DAN TIADA SEMPADAN GEOGRAFI DAN BUDAYA ATAU ETNIK.

3. Lencana -

Keterangan -

FASAL 19 PILIHANRAYA PERDIM

P E R D I M “ Peneraju Kesihatan Ummah”

(PPM-016-06-04022015)

FASAL 19 : DRAFT UNTUK PILIHANRAYA PERTUBUHAN DOKTOR DOKTOR ISLAM MALAYSIA

PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA PERDIM JAWATAN YANG DIPERTANDINGKAN

A. PRESIDEN (SATU)

B. TIMBALAN PRESIDEN (SATU) C. NAIB PRESIDEN (TIGA ORANG) D. AHLI MAJLIS /AJK (15 ORANG)

PERLANTIKAN TERUS OLEH PRESIDEN YANG MENANG -SATU SETIAUSAHA

-SATU NAIB SETIAUSAHA -SATU BENDAHARI

-5 AHLI MAJLIS/AJK

Elemen-elemen penting pilihan raya adalah:- i) Bahagian Pilihan Raya

(13)

iii) Calon

iv) Proses Pilihan Raya

Pilihan Raya Umum diadakan apabila AJK dibubarkan atau terbubar sendiri selepas tamat tempoh 2 tahun.

Pilihan Raya Kecil pula berlaku untuk mengisi kekosongan kerusi AJK di luar jangka disebabkan oleh:

i) Kematian

ii) Perletakan jawatan iii) Hilang Kelayakan

iv) Pembatalan keputusan pilihan raya oleh Mahkamah Pilihan Raya i)BAHAGIAN PILIHAN RAYA PERDIM (SPR)

Pengerusi SPR Tim Pengerusi SPR Petugas

1. Pelantikan Petugas

Pegawai Pengurus boleh melantik Petugas-petugas Pilihan Raya yang akan membantunya dalam melaksanakan sesuatu pilihan raya

2. Kategori Petugas

2.1 Pembantu Pilihan Raya (PPR) 2.2 Ketua Tempat Mengundi (KTM) 2.3 Penyelia Pusat Mengundi (PPM)

2.4 Kerani Pengundian/Kerani Mengira Undi (KP/KMU) 2.5 Kerani Penyemak Daftar Pemilih (KPDP)

3. Imbuhan Petugas

Berdasarkan surat Kementerian Kewangan Malaysia rujukan surat KK/BP/DS(S)221/796/6(SK. 1/2012)(18), Perbendaharaan telah bersetuju Persataun tertentu boleh memberi imbuhan kepada petugas-petugas pilihan raya

4. Ciri-ciri perlu ada pada petugas i) Jujur dan Amanah

ii) Adil

iii) Bertanggungjawab iv) Cekap dan Telus

ii)PEMILIH ATAU PENGUNDI

FAKTA - FAKTA UMUM UNTUK MAKLUMAT PEMILIH 1. PENGUNDI BIASA

Adalah mereka yang telah mendaftar sebagai pengundi dan perlu hadir ke Pusat Mengundi Sewaktu Mesyuarat Agung berlangsung. Ahli biasa atau seumur hidup yang menyelesaikan segala bayaran keahlian secara automatik adalah pengundi yang layak mengundi.

KELAYAKAN

Ahli perdim yang berdaftar dan berbayar

(14)

Hadir pada hari pemilihan/pengundian

LUAR NEGERI/NEGARA/

Tiada undi Pos untuk Pilihanraya PERDIM.

PENGUNDI/PENCALON YANG HADIR MESYUARAT AGUNG yang layak dicalon dan boleh mengundi.

iii)CALUN DAN KELAYAKAN Syarat Kelayakan Menjadi Calon a)Pilihan AJK

i) Seorang warganegara Malaysia dan ahli PERDIM berkelayakan semasa pencalonan.

ii) Berumur tidak kurang daripada tigapuluh (30) tahun dan tidak melebihi tujuh puluh lima (75) tahun pada hari penamaan calon.

Iii) Menjadi Ahli seumur hidup sekurang kurangnya 1 tahun pada Mesyuarat Agung sebelumnya.

iv) Mengisi borang percalonan dimana 1 penyokong dan 1 pencadang dengan kriteria sama seperti Calon.

v) Menghadiri sekurang-kurangnya 1 Mesyuarat Agung sebelumnya.

vi) Jika pernah menjadi AJK PERDIM hendaklah tiada masalah perlanggaran akta PERDIM, kedatangan mesyuarat pusat PERDIM minimum 50%.

vii) Calon hendaklah Pengamal Perubatan umum yang berdaftar dengan MMC.

Hilang Kelayakan Menjadi Calon

i) Didapati atau disahkan sebagai orang tidak sempurna akal;

ii) Seseorang bankrap yang belum lepas dan masalah perundangan;

iii) Seseorang yang memegang "jawatan tertinggi" dalam organisasi/persatuan seumpama PERDIM dengan jawatan seperti a. Presiden

b.Timbalan Presiden c.Setiausaha

d.Bendahari

iv) Gagal mengistiharkan diri bebas dan aktif dalam penglibatan organisasi dan persatuan yang mempunyai visi dan misi yang sama seperti PERDIM dan memegang jawatan eksekutif persatuan tersebut.

V) Presiden dan AJK sebelumnya boleh menolak mana-mana pencalonan yang dirasakan tidak sesuai bertanding mengikut keputusan undi majoriti didalam AJK.

(15)

IV) PROSES PILIHANRAYA

i) Pengeluaran Writ/Usul pemilihan /pilihanraya ii) Penamaan Calon

iii) Pengeluaran Writ iv) Pengundiaan Tertutup.

v) Penjumlahan Rasmi Undi

vi) Pengumuman Keputusan Pilihanraya/Pemilihan

Keistimewaan Untuk Seseorang Calon Pada Hari Mengundi Calon adalah dibenarkan melawat tempat-tempat berikut:

i) Tempat mengundi/mengira undi.

ii) Pusat pengeluaran, pembukaan dan pengiraan undi pos.

iii) Pusat Penjumlahan Rasmi Undi

PERINGKAT - PERINGKAT PILIHAN RAYA i) Pengeluaran Writ

Apabila berlaku pembubaran AJK atau terdapat kekosongan di luar jangka, SPR akan mengeluarkan writ iaitu surat kuasa untuk menjalankan pilihan raya kepada Pegawai Pengurus. Pada masa yang sama satu notis pilihan raya akan diwartakan . Notis tersebut akan mengandungi tarikh penamaan dan tarikh pengundian yang akan dijalankan. Ahli akan dimaklumkan melalui email dan surat.

ii) Penamaan Calon/borang/tarikh tutup

Pada hari penamaan calon yang ditetapkan, ., Pegawai Pengurus akan menerima borang-borang penamaan dari calon, pencadang atau penyokong atau ketiga-tiga sekali. Penyerahan tiga salinan borang penamaan, calon, pencadang atau penyokong dilakukan sebelum tutup tarikh penamaan calon . Pegawai Pengurus akan mengistiyarkan calon-calon yang layak bertanding. Jika hanya seorang saja calon yang layak, Pegawai Pengurus akan mengumumkan calon tersebut menang tanpa bertanding.

1. PENAMAAN 21HARI SEBELUM AGM PENGGAL KE-2/PILIHANRAYA 2. TARIKH TUTUP 14HARI SEBELUM AGM PENGGAL KE-2/PILIHANRAYA 3. PENARIKAN DIRI 2HARI SEBELUM AGM PENGGAL KE-2 /PILIHANRAYA 4. SENARAI LENGKAP CALON 7 HARI SEBELUM AGM PENGGAL KE- 2/PILIHANRAYA

5. BANTAHAN 3 HARI SEBELUM AGM/PILIHANRAYA

iii) i) Pengeluaran Writ

Selepas sahaja urusan penamaan calon selesai, calon-calon atau wakilnya bolehlah memulakan urusan kempen yang terdiri daripada pemasangan poster, ceramah-ceramah, pengedaran risalah dan kempen . Aktiviti kempen ini perlu dihentikan pada jam 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi.

SPR membolehkan calon-calon mengadakan ceramah terbuka .

(16)

iv) Pengundian

Pada hari mengundi yang telah ditetapkan, pemilih-pemilih yang namanya ada didalam daftar pemilih akan keluar mengundi di pusat-pusat mengundi yang telah ditetapkan/ditempat AGM berlangsung. Pada amnya masa mengundi yang akan ditetapkan oleh SPR adalah pada Mesyuarat Agung PERDIM.

Setiap pusat mengundi biasanya mempunyai lebih dari satu tempat mengundi.

Ianya diketuai oleh seorang Ketua Tempat Mengundi dan dibantu oleh dua hingga empat orang pembantu.

V) Penjumlahan Rasmi Undi

Sebaik saja urusan pengundian selesai, Ketua Tempat Mengundi akan membuat pengiran kertas undi. Keputusan pengiraan undi ini akan dimasukkan kedalam borang penjumlahan. Semua borang ini akan dibawa kepada Pegawai Pengurus untuk dibuat Penjumlahan Rasmi Undi. Pegawai Pengurus setelah menyemak Borang penjumlahan ini dan jika didapati betul beliau akan mengumumkan kepada orang ramai satu persatu dan jika terdapat keraguan beliau akan menyemak semula dengan Borang penjumlahan dan Penyata Kertas Undi.

vi) Pengumuman Keputusan Pilihan Raya

Setelah selesai menjumlahkan Borang Undian, Pegawai Pengurus bagi sesuatu bahagian pilihan raya itu akan mengisytiharkan calon yang mendapat undi majoriti dan mengesahkannya sebagai wakil yang terpilih bagi bahagian pilihan raya yang berkenaan. Keputusannya tidak boleh dipertikaikan. Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya boleh mengemukakan di Mahkamah Pilihan Raya melalui petisyen pilihan raya.

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan hasil penelitian yang dilakukan pada 24 pasien karsinoma mammae duktal infiltratif disimpulkan bahwa terdapat hubungan yang signifikan antara kadar glukosa darah

Tambahkan yang berka dengan penera Kalimat ada y kurang jelas Perangkat si Perangkat Persentase (% 83 85 78,36 80,21 75,28 au Hasi Perbaik dan nsep, raian ntaks gkapi

Penelitian tindakan kelas yang dilakukan peneliti bertujuan untuk meningkatkan kemampuan kerjasama pada kelompok A di TK Pertiwi Sumber Trucuk Klaten tahun

Jika rasio kas di atas Rp 1 berarti perusahaan memiliki kas yang lebih besar dibandingkan kewajiban lancar, kondisi ini menunjukkan Kedai Planel memiliki

Berdasarkan penelitian yang telah dilakukan, maka dapat disimpulkan bahwa kemampuan menulis karya ilmiah mahasiswa yang masih rendah merupakan persoalan kompleks yang

Fasal 8 (a) dan (b) di dalam perlembagaan ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas tetapi dengan

(3) Apabila Nilai Perolehan Obyek Pajak sebagaimana dimaksud pada ayat (2) tidak diketahui atau lebih rendah dari pada NJOP yang digunakan dalam pengenaan Pajak

(d) Fasal 7 perenggan 1 dan 2 didalam perlembagaan ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan terpakai untuk Mesyuarat Agung Luar Biasa, tetapi