• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kompetensi guru pelatih keluaran Universiti Tun Hussein Onn Malaysia terhadap proses pengajaran amali di dalam bengkel : satu tinjauan dari perspektif guru pembimbing

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kompetensi guru pelatih keluaran Universiti Tun Hussein Onn Malaysia terhadap proses pengajaran amali di dalam bengkel : satu tinjauan dari perspektif guru pembimbing"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

157

KOMPETENSI GURU PELATIH KELUARAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA TERHADAP PROSES PENGAJARAN AMALI DI DALAM

BENGKEL : SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF GURU PEMBIMBING 1

Mohamad Zaid Mustafa, 2Mohd Khalil Yaccob, 3Rosnee Ahad, 4Abdul Rasid Abd. Razzaq, 5Ahmad Rizal Madar dan 6Mohd Yusop Ab. Hadi

1,2,4,5&6

Fakulti Pendidikan Teknikal Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

3

Politeknik Merlimau Melaka Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk melihat kompetensi guru pelatih mengikut perspektif guru pembimbing. Kompetensi guru pelatih adalah elemen penting dalam Program Sarjana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional bagi memenuhi kualiti perguruan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap kompetensi guru pelatih Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dari segi aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam proses pengajaran amali di dalam bengkel. Kajian ini akan dijalankan melalui kaedah soal selidik dan mendapatkan maklum balas responden terdiri daripada guru pembimbing dari Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional yang telah dipilih oleh pengkaji. Data-data kajian akan dianalisis dalam bentuk skor min, frekuensi dan peratusan dengan menggunakan perisian SPSS 15. Jangkaan hasil kajian akan menjadi panduan kepada pihak UTHM, pihak Sekolah Menegah Teknik dan Vokasional, guru-guru pembimbing dan guru-guru pelatih untuk mempertingkatkan kualiti proses pengajaran amali di dalam bengkel bagi memartabatkan Pendidikan Teknik dan Vokasional ke peringkat yang lebih tinggi.

PENDAHULUAN

Dalam mencapai sebuah negara maju, Malaysia telah memperkenalkan Wawasan 2020 yang telah diasaskan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia yang keempat iaitu Tun Dr. Mahathir Mohammad. Menurut Mahathir 1991 dalam Sallehuddin 2003, Malaysia menfokuskan matlamat untuk mencapai taraf sebuah negara maju menjelang tahun 2020, iaitu dengan mengalihkan tumpuan ekonomi daripada berasaskan bidang pertanian kepada bidang perindustrian. Menurut Ramlee Mustapha, (2000) menyatakan bahawa dalam merealisasikan wawasan 2020 secara umumnya, para majikan bersetuju bahawa pendidikan teknik dan vokasional dapat membantu menyediakan pekerja mahir dan separa mahir (Sallehuddin, 2003).

(2)

158

Sistem pendidikan di Malaysia telah banyak mengalami perubahan dan reformasi mengikut peredaran masa. Ini juga berlaku terhadap sistem pendidikan teknik dan vokasional yang menunjukkan pelbagai strategi bagi memperkasakan sistem pendidikan tersebut. Menurut Wan Zahid, 1993 menyatakan bahawa sistem pendidikan negara seharusnya digubal selaras dengan kehendak negara untuk memantapkan ekonomi, sosial dan politik. Bahagian Pendidikan Guru (BPG) sebagai penggerak utama agar profesion perguruan dapat menangani isu tersebut, berbagai formula dicari dan dirumuskan sebagai langkah terbaik dan menepati kehendak reformasi (Hassan Samsuddin, 2008).

Menurut Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 menyatakan bahawa pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketrampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju. Modal insan yang ingin dihasilkan perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah (Nurul Faizah, 2008).

Latihan Mengajar (LM) adalah komponen penting dalam program pendidikan perguruan. Melalui latihan mengajar, secara terus guru pelatih mengalami alam pekerjaan yang akan diceburi setelah bergraduat. Latihan mengajar memberi guru pelatih kemahiran, sikap dan tanggungjawab baru yang berbeza daripada apa yang mereka alami sebagai pelajar. Pada peringkat awal latihan mengajar, guru pelatih mungkin mengalami kerisauan. Tetapi masalah ini dapat dikurangkan setelah mereka lama berada di sekolah. Menurut Sharpe (1970) dalam Zakaria Kasa dan Abdul Rahman (1995) mendapati guru pelatih memulakan latihan mengajar dengan perasaan tidak selamat dan ketakutan. Besar kemungkinan mereka mengalami kombinasi perasaan ingin tahu, pengharapan dan kerisauan.

Oleh itu, bagi mencapai sebuah negara yang maju berlandaskan prinsip Wawasan 2020, negara Malaysia seharusnya berusaha memperkembangkan lagi pendidikan teknik dan vokasional selari dengan arus pemodenan. Sebuah negara yang maju mampu dilahirkan dengan memberi penekanan terhadap pendidikan teknik dan vokasional. Maka dengan itu, pendidikan teknik dan vokasional perlu distruktur kembali agar pendidikan yang disampaikan dapat memberi hasil yang menguntungkan semua pihak. Jesteru itu, pendidikan teknik dan vokasional perlu melahirkan bakal pendidik yang berkaliber dan mahir agar dapat mewujudkan generasi yang berkemahiran tinggi dalam bidang kejuruteraan perindustrian.

PENYATAAN MASALAH

Proses pengajaran amali di dalam bengkel memerlukan tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru yang tinggi bagi memberi keberkesanan proses pengajaran tersebut. Sekiranya guru tidak mencapai tahap tersebut, maka guru tersebut tidak akan dianggap sebagai kompeten dalam elemen berkaitan. Bagi

(3)

159

mewujudkan seorang guru yang kompeten, pelajar dari Fakulti Pendidikan Teknikal, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) perlu menjalani latihan mengajar selama 14 minggu di sekolah-sekolah menengah teknik dan vokasional sebagai percubaan mereka sebelum bergelar sebagai guru. Melihat kepada kemahiran guru pelatih UTHM yang menjalani latihan mengajar terhadap proses pengajaran amali di dalam bengkel adalah ditahap yang sederhana. Terdapat di kalangan mereka yang kurang mahir dalam penggunaan peralatan di dalam bengkel walaupun tahap pengetahuan mereka adalah baik (Saat, 2010). Berdasarkan kepada masalah yang dinyatakan, penyelidik akan menjalankan kajian tinjauan ke atas kompetensi guru pelatih Sarjana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional, Fakulti Pendidikan Teknikal, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) semasa menjalani latihan mengajar mengikut perpesktif guru pembimbing. Kajian ini akan meninjau tahap kompetensi guru pelatih dari aspek pengetahuan (domain kognitif), kemahiran (domain psikomotor) dan sikap (domain afektif) semasa menjalankan proses pengajaran amali di dalam bengkel.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian yang hendak dicapai dalam kajian ini adalah :

i. Mengenalpasti tahap kompetensi guru pelatih dari segi aspek pengetahuan (domain kognitif) terhadap proses pengajaran amali di dalam bengkel mengikut perspektif guru pembimbing.

ii. Mengenalpasti tahap kompetensi guru pelatih dari segi aspek kemahiran (domain psikomotor) terhadap proses pengajaran amali di dalam bengkel mengikut perspektif guru pembimbing.

iii. Mengenalpasti tahap kompetensi guru pelatih dari segi aspek sikap (domain afektif) terhadap proses pengajaran amali di dalam bengkel mengikut perspektif guru pembimbing.

PERSOALAN KAJIAN

Berikut adalah persoalan kajian yang menjadi asas permasalahan terhadap kajian yang akan dijalankan :

i. Apakah tahap kompetensi pengetahuan (domain kognitif) guru pelatih Sarjana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) terhadap proses pengajaran amali di dalam bengkel?

ii. Apakah tahap kompetensi kemahiran (domain psikomotor) guru pelatih Sarjana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) terhadap proses pengajaran amali di dalam bengkel?

(4)

160

iii. Apakah tahap kompetensi sikap (domain afektif) guru pelatih Sarjana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) terhadap proses pengajaran amali di dalam bengkel? KERANGKA KONSEP KAJIAN

Rajah 1 : Kerangka kajian (diubahsuai daripada Yusnita, 2003)

KAJIAN LITERATUR

Dalam mencapai sebuah negara maju menjelang tahun 2020, Malaysia kini telah memperkasakan Pendidikan Teknik dan Vokasional ke peringkat yang lebih tinggi. Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) adalah jabatan yang mengelola segala perkara yang berkaitan dengan Pendidikan Teknik Dan Vokasional di Malaysia. BPTV ini ditubuhkan pada 1974 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bertujuan untuk merancang, menyediakan kurikulum dan sukatan latihan perguruan serta menyediakan Pendidikan Teknik Dan Vokasional di peringkat menengah rendah, menengah atas dan peringkat pengajian tinggi.

Pada tahun 2008, kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ) telah menstruktur semula sistem Pendidikan Teknik Dan Vokasional dengan menukar semula sekolah menengah teknik kepada sekolah menengah

Peranan guru pelatih dalam pengajaran amali dalam bengkel

Penghasilan proses pengajaran amali di dalam bengkel yang effektif

Kompetensi pengajaran amali dalam bengkel : i) Pengetahuan (Domain kognitif)

ii) Kemahiran (Domain psikomotor) iii) Sikap (Domain afektif)

(5)

161

vokasional. Kementerian mensasarkan 28 buah sekolah menengah vokasional pada tahun 2009, 54 buah lagi pada tahun 2010 dan pertambahan kepada 60 buah sekolah pada tahun 2011 ( Wee Ka Siong, 2009 ).

Bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja yang mahir dan separa mahir, guru merupakan tenaga pengajar yang perlu mempunyai tahap kecekapan yang tinggi dari segi pengetahuan, kemahiran dan juga sikap. Bagi seorang guru pelatih yang bakal ditauliahkan sebagai guru sebenar kelak, seseorang guru pelatih tersebut perlu menjalani latihan mengajar di sekolah dan perlu mengaplikasikan teori-teori yang telah dipelajari di universiti semasa latihan mengajar.

DEFINISI KONSEP KOMPETENSI, PENGETAHUAN (DOMAIN KOGNITIF), KEMAHIRAN (DOMAIN PSIKOMOTOR) DAN SIKAP (DOMAIN AFEKTIF) Istilah competence berasal daripada kata kerja Latin iaitu competere yang bermaksud to be suitable iaitu sesuatu yang bersesuaian (Nordhaug dan Grouhaug dalam Yusnita, 2003). Menurut Boyatzis, beberapa pengkaji telah mentakrifkan kompetensi sebagai satu set tingkah laku yang diperlukan oleh seseorang pengurus atau ketua untuk berfungsi dengan baik dalam menjalankan tugasnya (Khadijah, 1997 dalam Yusnita, 2003). Dalam konsep yang luas, kompetensi meliputi kebolehan memindahkan kemahiran dan pengetahuan kepada keadaan yang baru dipersekitaran kerjayanya (Fletcher dalam Yusnita, 2003). Seseorang individu memperolehi kompetensinya melalui pendidikan dan pengalaman di tempat kerjanya. Kompetensi yang diperolehi daripada pengalaman adalah bersifat khusus. Manakala kompetensi melalui pendidikan adalah umum dan boleh diaplikasikan kepada satu atau lebih tempat kerja (Nordhaug dan Grouhaug dalam Yusnita, 2003). Daripada definisi yang diberikan oleh beberapa penyelidik tersebut, maka dapatlah disimpulkan bahawa kompetensi adalah gabungan pengetahuan, kemahiran, pemahaman dan sikap yang dipratik serta ditunjukkan dalam bentuk tingkah laku apabila melakukan sesuatu tugas. Ia juga merupakan kebolehan seseorang menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya dengan baik, cekap dan berkesan. Oleh itu, kompetensi boleh mendorong individu untuk bertindak secara effektif (Yusnita, 2003).

Kognitif bermaksud gaya manusia yang membolehkan untuk bertindak mengikut pemikirannya. Menurut Stanley dan Hopkins (1990), pengetahuan kognitif termasuklah kegiatan-kegiatan yang berhubungan dengan proses mengingati atau mengenal pasti maklumat. Mereka berpendapat bahawa pengetahuan kognitif wajar dianggap sebagai asas kepada kurikulum dan perkembangan pendidikan. Kenyataan ini turut diperkuatkan lagi dengan pandangan Richard C. Sprinthall, Norman A. Saprinthall dan Sharon N. Oja sebagai hal-hal yang berkait rapat dengan daya pemikiran dan yang berkaitan dengan proses rasional. Pada pendapat mereka, kognitif adalah proses perhubungan antara manusia dan persekitaran (Baharom et al, 2007).

Psikomotor juga ditafsirkan sebagai kemahiran motor. Selain itu juga, kemahiran psikomotor juga dikenali sebagai kemahiran manipulatif (Zol Azlan 2000 dalam Azizi Yahaya et, al 2007). Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua

(6)

162

kemahiran adalah kecekapan dan kepandaian melakukan sesuatu. Menurut Ahmat (1997) dalam Ghazali (2006), kemahiran diertikan sebagai ketrampilan, kecekapan dan pengetahuan guna tenaga dalam dalam bidang teknikal yang melibatkan operasi kognitif, psikomotor dan penggunaan sumber yang berkesan. Dalam konteks kajian ini, kemahiran bermaksud ketrampilan, kecekapan dan berpengetahuan.

Menurut Sufean 1995, sikap ialah perasaan terhadap pemenuhan keinginan dan kemahuan. Ia tidak bersifat sejagat dan menyeluruh seperti nilai kerana hanya manusia dan setengah-setengah haiwan sahaja mempunyai sikap. Sikap yang tinggi dan positif lahir daripada keinginan dan motivasi yang mendesak, sementara sikap negatif dan lemah wujud disebabkan oleh keinginan dan motivasi yang tidak mendesak. Sikap dan nilai saling berkait rapat dan melengkapi di antara satu sama lain tetapi kedua-duanya tidak serupa. Nilai menerbitkan dan menggagaskan sikap, misalnya jika seseorang itu menyanjung nilai kemewahan, maka individu berkenaan bersikap positif terhadap produktiviti dan keuntungan, dan bersikap negatif terhadap kemalasan dan kerugian. Sikap boleh dikatakan sebagai manifestasi pegangan nilai. Ini bermakna nilai adalah lebih abstrak daripada sikap. Kedua-dua nilai dan sikap mendorong dan mempengaruhi tingkah laku dan pemikiran, tetapi yang menjadi pengimbangtara ialah nilai dan bukannnya sikap.

KOMPETENSI PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN SIKAP GURU PELATIH TERHADAP PROSES PENGAJARAN AMALI DI DALAM BENGKEL

Menurut Ghazali (2006), dalam kajian yang dijalankan oleh beliau menunjukkan bahawa tahap pengetahuan guru pelatih adalah berada tahap yang sederhana. Guru pelatih perlu melengkapkan diri sebelum mereka menjalankan proses pengajaran amali di dalam bengkel. Sekiranya tahap pengetahuan guru pelatih ini berada pada tahap yang rendah, maka proses pengajaran akan mengalami masalah dan mengganggu perjalanan proses pengajaran tersebut. Menurut Siti Fatimah (2006) dalam kajiannya menyatakan bahawa tahap kesediaan pengetahuan pedagogi dan kesediaan mengajar adalah sederhana. Kesediaan mengajar penting bagi setiap guru pelatih yang akan mengajar samada di dalam kelas mahupun di dalam bengkel kerana ia akan mempengaruhi keberkesanan pengajaran tersebut. Tahap pengetahuan guru ini merangkumi pelbagai aspek seperti pengetahuan isi pengajaran, penyampaian proses pengajaran, pengetahuan pedagogi serta pengetahuan keperibadian dan ikhtisas perguruan. Menurut Magisos (1989), sebaik-baik guru adalah mereka yang berpengetahuan tinggi, mahir dalam bidang teknikal dan cekap menjalankan tugas sebagai seorang guru. Sementara Kauchak dan Enggan (1989), berpendapat pengajaran yang berkesan memerlukan kemahiran dan pengetahuan yang luas terhadap mata pelajaran serta mempunyai kefahaman terhadap aspek pembelajaran murid (Abdul Rahim et al, 2006).

Menurut Zol Azlan, 2000 menyatakan bahawa kemahiran psikomotor dikenali sebagai kemahiran manipulatif (Azizi Yahaya et al, 2007). Kemahiran manipulatif lebih menjurus kepada penggunaan dan pengendalian peralatan

(7)

163

semasa melakukan sesuatu aktiviti. Pelajar dilatih untuk mengikut segala arahan dan peraturan yang telah digariskan semasa menjalankan sesuatu aktiviti. Di samping itu, pelajar didedahkan dengan teknik-teknik amali iaitu cara mengguna, membersih dan menyimpan segala peralatan dengan betul dan selamat (Abu Hassan, 2004). Oleh itu, setiap guru pelatih perlulah menyiapkan diri mereka dengan kemahiran manipulatif supaya dapat membimbing para pelajar menguasai kemahiran tersebut (Azizi Yahaya et al, 2007). Menurut Sharif Omar (1993), dalam kajiannya terhadap prestasi guru pelatih semasa latihan mengajar menunjukkan bahawa prestasi yang sederhana dalam mengendalikan kerja-kerja amali secara berkesan. Ini kerana disebabkan oleh faktor persediaan guru pelatih tersebut sebelum menjalankan pengajaran di samping bimbingan yang kurang dari penyelia dan guru pembimbing. Kemahiran ini merangkumi pelbagai aspek. Dalam konteks pendidikan, kemahiran ini merujuk kepada kemahiran guru di dalam kelas dan di dalam bengkel. Kemahiran yang perlu dimiliki oleh setiap guru adalah kemahiran belajar, kemahiran berfikir, kemahiran merancang, kemahiran pemudahcara, kemahiran berkomunikasi dan kemahiran mengurus. Di dalam proses pengajaran, guru pelatih perlu mempunyai kemahiran merancang iaitu sebelum pengajaran, kemahiran penyampaian iaitu semasa pengajaran dan kemahiran penilaian iaitu selepas pengajaran

Menurut Mok Soon Sang (2002), guru adalah pendidik yang akan menjadi warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan negara pada masa depan. Selain menyebar ilmu, segala tingkah laku guru akan menjadi contoh teladan kepada murid-muridnya. Oleh yang demikian, guru seharusnya mempunyai sifai dan kualiti peribadi, profesional dan sosial yang baik dan murni. Hanya guru yang mempunyai tatasusila yang tinggi akan berjaya menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna, khasnya melaksanakan perancangan penyampaian pengajaran dengan berkesan. Menurut Mok Soon Sang (2002) lagi, seorang guru yang baik seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi seperti baik hati, jenaka, sabar, bertanggungjawab, yakin dan berkepimpinan. Beliau juga menyatakan bahawa seseorang guru perlu mempunyai kualiti profesional yang tinggi seperti ingin tahu, pengetahuan iktisas, suka membaca, kemahiran bertutur, daya ingatan dan daya usaha yang tinggi. Tambahan pula, beliau juga menyatakan bahawa seseorang guru seharusnya mempunyai kualiti sosial yang tinggi seperti budi pekerti, ramah mesra, merendah diri, semangat berbakti dan jujur. Ini kerana tugas guru tidak terhad di dalam kelas mahupun di dalam bengkel, tetapi juga di luar bilik darjah dan bengkel. Seseorang guru itu perlulah sentiasa berkejasama dengan rakan sejawat kerana kemajuan pelajaran dan pendidikan murid-murid di sekolah bergantung kepada kerjasama dan muafakat di antara semua golongan guru di sekolah itu. Menurut Zakaria Kasa dan Abdul Rahman (1995), dalam kajian yang dilakukan ke atas sikap guru pelatih adalah menunjukkan sikap guru pelatih adalah positif. Sikap terhadap latihan mengajar didapati mempunyai hubungan yang signifikan dengan pengalaman mengajar. Ini kerana sikap guru pelatih dipengaruhi oleh latar belakang dan juga minat mereka terhadap bidang pendidikan.

(8)

164 METODOLOGI

Menurut Majid 2009, reka bentuk sesuatu penyelidikan adalah teknik dan kaedah tertentu untuk memperolehi maklumat yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah. Untuk melakukan kajian ini, pengkaji telah mengambil keputusan untuk menggunakan kaedah kajian deskriptif. Pemilihan kaedah ini bertujuan mengetahui kompetensi guru pelatih keluaran Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) terhadap proses pengajaran amali di dalam bengkel mengikut perspektif guru pembimbing. Pembolehubah dalam kajian ini adalah merangkumi tahap kompetensi pengetahuan, kemahiran dan juga sikap guru pelatih. Dalam kajian yang akan dijalankan oleh penyelidik, rekabentuk kajian deskriptif ini akan akan mengumpulkan data melalui borang kaji selidik.

Menurut Majid (2009), populasi merupakan cerapan ke atas sekumpulan individu atau objek. Menurut Abu Hassan 1998, sesuatu populasi boleh ditakrifkan sebagai terhad (finite) atau tidak terhad (infinite) bergantung pada sama ada unit pensampelannya terhad atau tidak terhad. Persampelan merupakan strategi penyelidikan bilamana penyelidik boleh mendapatkan maklumat mengenai sesuatu populasi daripada sebahagian individu yang menganggotai populasi tersebut. Maklumat yang didapati daripada sampel boleh digunakan bagi menganggarkan maklumat tentang populasi yang dikaji. Dalam kajian ini populasi dan persampelan kajian adalah guru pembimbing sesi 2009/2010 yang pernah membimbing guru pelatih dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Guru pembimbing ini adalah dari Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional yang telah dipilih oleh pengkaji. Pengkaji akan menggunakan jadual Krejeie dan Morgan untuk menentukan saiz sampel hasil daripada jumlah keseluruhan populasi yang dikehendaki.

Dalam kajian yang akan dijalankan, penyelidik akan menggunakan instumen kajian dengan mennggunakan set borang soal selidik untuk mengenalpasti kompetensi guru pelatih keluaran Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) terhadap proses pengajaran amali di dalam bengkel mengikut perspektif guru pembimbing. Data dan maklumat yang diperolehi akan dianalisis dengan menggunakan perisian komputer SPSS 15.0 for windows (Statistical Packages For Social Sciences). Prosedur statistik deskriptif diperlukan bagi membentuk profil jumlah sampel di mana taburan kekerapan dipamerkan oleh setiap nilai skor. Dalam kajian ini, analisis dilakukan dalam bentuk skor min, frekuensi dan peratusan.

(9)

165

Berikut adalah carta alir operasi kajian yang akan digunakan oleh pengkaji :

Rajah 2 : Carta alir operasi kajian (diubahsuai daripada Azam, 2008) JANGKAAN HASIL PENYELIDIKAN

Penyelidik menjangkakan hasil kajian akan dapat dicapai bagi mencapai objektif kajian iaitu mengenalpasti tahap kompetensi guru pelatih dalam proses pengajaran amali di dalam bengkel di dalam proses pengajaran amali di dalam bengkel.

Fasa 2

Peringkat pembinaan soal selidik

Kajian rintis

Ubahsuai dan Penambahbaikan

Soal selidik kajian

Fasa 1

Peringkat reka bentuk kerangka konsep kajian Kerangka konsep kajian

Sorotan kajian Rekabentuk kajian

Fasa 3

Peringkat mengumpul, memproses

data dan menyediakan laporan. Mengumpul data

Memproses data

(10)

166 RUJUKAN

Ab. Wahab, S. F (2006). Tahap Kesediaan Pengetahuan Dan Kemahiran Pedagogi, Sikap Dan Minat Mengajar Guru Pelatih Kimia Tahun Akhir 5spk Dan 5spc, Fakulti Pendidikan, UTM. Dicapai pada Mac 11, 2010 dari

ms. 8 di http://www.fp.utm.my/e

PusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/SITIFATIMAHBP020049D2006TTP.pdf Awang, A. (2008). Penerpan Kemahiran Generik Dalam Pengajaran Guru

Kejuruteraan Di Sekolah Menengah Teknik Di Negeri Kelantan Dan Negerri Terengganu. Dicapai pada Mac 16, 2010 pada ms. 82 di http://eprints.utm.my/6588/1/AZAMMP052038D2007TTT.pdf

Emat, H.Y. (2005). Pendidikan Teknik Dan Vokasional Di Malaysia : Pendidikan Teknik Dan Vokasional Dalam Reformasi Pendidikan Di Malaysia : Satu Analisis. Selangor : IBS Buku Sdn Bhd.

Hamdan, A.R., Sihes, A.J & Ismail, M (2006). Tahap Minat, Pengetahuan Dan Kemahiran, Latihan Guru Dan Beban Tugas Guru Program Pemulihan Khas Sekolah Kebangsaan Daerah Pontian, Johor. Dicapai pada Mac 13, 2010 dari ms.7 di http://eprints.utm.my/2231/1/5_7.pdf

Hussin, S (1995). Pengajaran Nilai Dalam Kurikulum. Edisi Kedua. Shah Alam : Fajar Bakti Sdn Bhd.

Idris, S. (2003). Pelaksanaan Sistem Pentauliahan Pelajar-Pelajar SKM Di Sekolah Sekolah Menengah Teknik Di Johor Dalam Bidang Kejuruteraan Jentera. Dicapai pada Januari 13, 2010 dari ms.16 di http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/SALLEHUDDINBP 000142D2003TTP.pdf

Kasa, Z & Md. Aroff, A.R (1995). Sikap dan Masalah Guru Pelatih dalam Menjalani Latihan Mengajar. Dicapai pada Mac 10, 2010 dari ms.1

dihttp://psasir.upm.edu.my/3081/1/Sikap_dan_Masalah_Guru_Pelatih_dal

am_Menjalani.pdf

Konting, M. M (2009). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Edisi Kelapan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Lim, W.M (2008). Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih UTM. Dicapai pada Mac 11, 2010 dari ms.20 di http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/LIMWEEMEIAP040 441D2008TTP.pdf

Mohamad, B., Esa, A., & Junoh, H. (2007) Psikologi Pendidikan Dalam PTV. Batu Pahat : Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Mok, S. S (2002). Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 3. Edisi Ketiga. Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Muhd Ali, S & Mukrim, Z (2007). Tahap Penerapan Nilai – Nilai Murni Di Kalangan Pensyarah Kolej Matrikulasi Perak Semasa Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Dijalankan. Dicapai pada Mac 30, 2010 dari ms. 3 di http://www.kmpk.matrik.edu.my/webrnd/TAHAP%20PENERAPAN%20NIL AI%20%96%20NILAI%20MURNI%20DI%20KALANGAN%20PENSYARA H%20KO.pdf

Musta'amal, A.H. (1999). Pendidikan Teknik Dan Vokasional (Ptv) Dalam Pembangunan Sumber Manusia Di Malaysia. Dicapai pada Januari 13, 2010 di http://aede.tripod.com/HRD2.htm

(11)

167

Peraturan Keselamatan Bengkel. Dicapai pada Mac 18, 2010 di http://www.scribd.com/doc/13226014/PERATURAN-KESELAMATAN-BENGKEL

Saaid, M.G.M (2006). Persepsi Guru Pelatih Tahun Lima Pendidikan Teknik Dan Vokasional (Awam, Elektrik Dan Jentera) Terhadap Tahap Pengetahuan Dan Kemahiran Mereka Dalam Kursus Kejuruteraan Di Fakulti Pendidikan. Dicapai pada Mac 11, 2010 dari ms.15 di http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/PSM%20complete. pdf

Salimi, N.F. (2008). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pengurusan Bengkel Di Sekolah-Sekolah Menengah Teknik Yang Dinaik Taraf Di Negeri Selangor Dan Kuala Lumpur. Dicapai pada Januari 13, 2010 dari ms.19 di http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/NURULFAIZAHAP 040237D2008TTP.pdf

Samsuddin, H (2008). Tahap Perlaksanaan Pengurusan Bengkel Mata Pelajaran Vokasional Di Sekolah Menengah Akademik Harian Di Daerah Kuala Selangor, Klang Dan Kuala Langat, Selangor. Dicapai pada Januari 15,2010 dari ms.18 di http://www.fp.utm.my/e PusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/HASSANBP050045D2008TTP.pdf

Sistem peyelenggaraan bengkel. Dicapai pada Mac 18, 2010 di http://www.scribd.com/doc/13226023/Sistem-Penyelenggaraan-Bengkel Skim guru pembimbing : Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan : Universiti Tun

Hussein Onn Malaysia. Dicapai pada Mac 18, 2010 di http://www.usm.my/education/LM/BPLM-Front.pdf

Tan, L.R (2004). Tahap Kesediaan Guru-Guru Pelatih Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (A/E/J) Perdana Dalam Menghadapi Latihan Mengajar. Dicapai pada Mac 10, 2010 dari ms.17 di http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/persoalan%20kajia n%20%282%29.pdf

Tahap penilaian kognitif bloom. Dicapai pada Mac 17, 2010 di http://www.scribd.com/doc/1138769/Kognitif-Bloom-Tahap-Penilaian

Taksonomi bloom. Dicapai pada Mac 17, 2010 di http://id.wikipedia.org/wiki/Taksonomi_Bloom

Tay, M. G (2003). Satu Tinjauan Terhadap Sikap Dan Masalah Guru Bahasa Melayu Di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan. Dicapai pada 6 Februari 2010 dari ms.1 dihttp://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/ jurnalpapers/jurnal2003/2003_tay.pdf

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. (2010, 13 Januari). Laman Utama, Info Korporat, Sejarah, Penubuhan UTHM. Dicapai pada Mac 10, 2010 dari UTHOM: http://www.uthm.edu.my/v2/content/view/55/63/lang,ms/

Emat, H.Y. (2005). Pendidikan Teknik Dan Vokasional Di Malaysia : Cabaran Dan Strategi Dalam Pembentukaan Guru Teknik Dan Vokasional Bagi Menghadapi Wawasan 2020. Selangor : IBS Buku Sdn Bhd.

Yahaya, A., Hashim, S & Mohamed, F. (2007). Tahap Penguasaan Kemahiran Manipulatif Di Kalangan Guru Pelatih Kimia Universiti Teknologi Malaysia. Dicapai pada Februari 10, 2010 dari ms. 2 di http://eprints.utm.my/3960/1/AziziYahaya_penguasaan_matematik.pdf Yusof, Y. (2003). Kompetensi pensyarah dalam proses pengajaran : Satu kajian

di Politeknik Port Dickson. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia : Tesis Sarjana.

Referensi

Dokumen terkait

(P-Value) beban sebesar 0,000 atau lebih kecil dari 0,05 artinya variable beban memberikan pengaruh signifikan pada besarnya nilai parameter listringan.. Pada hasil

Hasil penelitian menunjukkan bahwa terdapat beberapa bentuk pergeseran dalam pernikahan adat Batak Samosir di Kuantan Singingi yaitu : Mebat atau Paulak Une atau merupakan

d. Membantu Ketua Umum dalam memimpin rapat-rapat Pimpinan Pusat. Bertanggung jawab dalam pelaksanaan konsolidasi Wilayah dan pembinaan Organisasi Otonom Muhammadiyah.

Selain melihat dari sudut pandang pola asuh keluarga terhadap anak yang obesitas, banyak upaya pencegahan obesitas pada anak yang dapat dilakukan, tetapi dalam 6 artikel ini

anggota Dewan Perwakilan Daerah Provinsi Jawa Barat 2019.5 Persidangan demi persidangan dilaksanakan hingga sidang pleno pembacaan putusan oleh Mahkamah Konstitusi memberikan

Hasil penelitian ini sejalan dengan hasil penelitian yang diperoleh oleh (Supriyanto, 2014) yang menyatakan bahwa pendidikan kepala keluarga mempunyai

Dari hasil karakterisasi dapat diperoleh kondisi optimum yang dihasilkan plastik biodegradabel dengan perbandingan limbah LDPE, pati TKS, maleat anhidrida, benzoil

Jenis tanah asosiasi aluvial kelabu tersebar di daerah dataran rendah pada kecamatan- kecamatan Genuk dan Sayung dengan bahan induk liat dan pasir, yang mempunyai sifat