• Tidak ada hasil yang ditemukan

JURNAL PENGURUSAN WAKAF DI MALAYSIA SATU

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "JURNAL PENGURUSAN WAKAF DI MALAYSIA SATU"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

PENGURUSAN WAKAF DI MALAYSIA. SATU TINJAUAN.

Oleh:

Rohana binti Abdullah

1. Pendahuluan

Dalam Islam pengurusan wakaf adalah suatu perkara yang tidak boleh diabaikan. Oleh itu perlantikan pengurus (mutawalli) wakaf perlu dilakukan secara berhati-hati agar mereka yang dilantik dapat melaksanakan tugas dengan berkesan. Menurut Mohd Zain Othman (1982:166) pemerintah atau ketua negara bertanggungjawab menguruskan pentadbiran negara termasuklah di dalam urusan wakaf. Walau bagaimanapun sekiranya pewakaf berhasrat menguruskan sendiri harta yang diwakafkan, maka pemerintah tidak boleh campur tangan. Sejarah membuktikan bagaimana Saidina Umar RA. telah berwakaf dan mengendalikan sendiri pengurusannya. Baginda melantik anaknya Saidatina Hafsah bagi menguruskan harta yang telah diwakafkan olehnya, kemudian pengurusan seterusnya diteruskan oleh cerdik pandai di kalangan keluarganya sendiri.

2. Pengurusan Wakaf Mengikut Perlembagaan

Perlembagaan Persekutuan dalam Jadual Kesembilan senarai 2(1), telah memberi kuasa kepada kerajaan negeri kuasa mengurus hal ehwal agama Islam. Dengan kuasa yang diberikan itu kerajaan negeri telah menubuhkan Majlis dan Jabatan Agama Islam yang secara khusus bertanggungjawab mengurus hal ehwal agama Islam bagi negeri masing-masing. (Baharuddin Sayin, 1994:100), serta telah pun menggubal undang-undang yang bersangkutan dengan Islam untuk menguruskan pelbagai aktiviti, contohnya mengurus pungutan / agihan zakat, nikah kahwin, menyelesaikan undang-undang keluarga Islam, wakaf, khairat dan sebaginya.

(2)

“Kecuali mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya Hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut Islam, termasuk Hukum Syarak berhubung dengan mewarisi harta berwasiat dan tak berwasiat, pertunangan, perkahwinan, perceraian, maskahwin, nafkah, pengambilan anak angkat, taraf abak, penjagaan anak, pemberian, pembahagian harta dan amanah bukan khairat; Wakaf Islam dan ta’arif serta peraturan mengenai, amanah khairat dan khairat agama, perlantikan pemegang-pemegang amanah dan perbadanan bagi orang-orang mengenai pemberian agama Islam dan khairat, yayasan amanah, khairat dan yayasan khairat yang dijalankan, kesemuanya sekali dalam Negeri; adat istiadat Melayu; zakat Fitrah dab Baitul-mal atau hasil agama Islam yang seumpamanya; masjid atau mana-mana tempat sembahyang awam untuk orang Islam; mengadakan dan menghukum kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang-orang yang menganut agama Islam terhadap rukun-rukun Islam, kecuali mengenai perkara-perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan; keanggotaan, penyusunan dan acara bagi mahkamah-mahkamah Syariah yang akan mempunyai bidangkuasa hanya ke atas orang-orang yang menganut agama Islam dan hanya mengenai perkara-perkara yang termasuk dalam perenggan ini, tetapi tidak mempunyai bidangkuasa mengenai kesalahan-kesalahan kecauali setakat yang diberi oleh Undang-undang Persekutuan; mengawal perkembangan iktikad dan kepercayaan antara orang-orang yang menganut agama Islam; menentukan perkara-perkara hukum Syarak dan iktikad dan adat istiadat Melayu”.

Pengurusan harta wakaf di dalam Majlis dikendalikan oleh dua unit iaitu Unit Zakat dan Baitulmal dan Unit Saham Wakaf Negeri. Sebagai pemegang amanah tunggal bagi semua harta wakaf amnya dan tanah wakaf khasnya, Majlis menetapkan peranan dan fungsi pengurusan harta wakaf sebagaimana berikut:

(3)

b) Majlis mengambil langkah untuk memastikan semua harta yang telah dan akan diwakafkan menjadi milik Majlis;

c) Harta yang menjadi milik Majlis direkod dan didaftarkan setelah mendapat kelulusan Pentadbir Tanah Derah;

d) Harta wakaf yang tidak ditentukan cara penggunaannya dimasukkan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Khairat Am; dan

e) Semua dokumen dan perjanjian yang melibatkan harta wakaf disimpan oleh Majlis.

Majlis sedaya upaya cuba menguruskan tanah wakaf dengan cara yang terbaik. Oleh itu institusi ini telah menyediakan garis panduan tertentu sebagai panduan kepada kakitangannya yang bertanggungjawab dalam urusan berkaitan dan untuk pewakaf. Perkara ini bukan sahaja penting untuk tujuan rekod dan penjelasan kepada pewakaf tetapi adalah untuk memastikan segala urusan bersistem dan lancar.

Bagi tujuan ini enakmen-enakmen Pentadbiran Agama Islam negeri-negeri telah memperuntukan kuasa yang cukup kepada Majlis sebagai pemegang amanah yang tunggal bagi seluruh harta wakaf di setiap negeri berkenaan.1

Sebagai pemegang amanah tunggal bagi harta-harta wakaf berkenaan Majlis berhak untuk mentadbir dan menjalankan sebarang kegiatan pembangunan ke atas harta-harta tersebut, juga memungut sebarang hasil daripadanya. Majlis juga berkewajipan mengagihkan hasil yang diperolehi kepada mereka yang berhak menerimanya dan menentukan penggunaan hasil yang selebihnya.2

Walau bagaimanapun, atas sebab-sebab hukum syarak, pentadbiran harta-harta wakaf ini tertakluk kepada syarat-syarat dan tujuan asal wakaf.

1 Sebagai contoh: Lihat enakmen pentadbiran Hukum Syarak Melaka 1991 sek. 37(2); Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994, sek. 61.

(4)

Tujuan asal amalan wakaf yang telah berlaku di Malaysia selama ini boleh boleh dibahagikan kepada dua, iaitu sama ada untuk faedah umum. Yang pertama di sebut sebagai wakaf khas, sementara yang kedua di sebut sebagai wakaf am.

Dalam mengurus harta wakaf khas, Majlis terikat secara syarak dan undang-undang dengan niat pewakaf. Walau bagaimanapun, majlis mempunyai ruang untuk menggunakan kebijaksanaannya untuk mendapat hasil yang lebih baik daripada harta-harta berkenaan. Antara contohnya ialah memberi sewa harta-harta-harta-harta tetap berkenaan. Biasanya, bagi harta-harta wakaf khas ini akaun yang berasingan dibuka bagi menjaga kepentingannya.

Pengurusan harta wakaf am lebih fleksibel. Majlis tidak terikat dengan aspek perbelanjaan tertentu secara khusus. Ia boleh menguruskannya dengan bebas dalam batas-batas Syarak. Antaranya ialah tujuan pelaburan.

Oleh itu jelas kepada kita bahawa Perlembagaan Persekutuan telah memberi kuasa kepada kerajaan negeri dalam urusan wakaf dan perkara-perkara yang bersangkutan dengannya. Ini bermakna pengurusan wakaf tidak terletak dibawah kerajaan persekutuan.

3. Peruntukan Undang-Undang Mengenai Wakaf

(5)

ke Mahkamah Sivil, khususnya jika tanah itu tidak didaftarkan atas nama Majlis Agama Islam atau jika ada orang bukan Islam yang terlibat.3

Dari segi peruntukan undang-undang pentadbiran agama Islam seperti yang diamalkan di Malaysia keseluruhannya hampir sama. Begitu juga hukum-hukum Islam yang diamalkan di negara ini juga berdasarkan kepada mazhab Syafi’e.

Seharusnya kita menjadikan Pentadbiran Agama Islam di Malaysia adalah berasaskan hukum syarak mengikut mazhab-mazhab yang muktabar di dalam perundangan Islam. Oleh kerana Enakmen Pentadbiran Agama Islam memang membolehkan berbuat demikian maka kita ingin memajukan harta wakaf ini dengan cara yang lebih berkesan.

Menurut kajian ringkas terhadap organisasi, struktur, dan pentadbiran wakaf di negeri-negeri, keseluruhannya dapatlah disimpulkan bahawa Majlis Hal Ehwal Agama Islam adalah dipertanggungjawabkan secara langsung untuk menguruskan dan menyelenggarakan institusi wakaf ini. Walau bagaimanapun, bidang kuasa mengenai hal ini tidak begitu jelas.

Ini menyebabkan terdapat pegawai-pegawai yang dipertanggungjawabkan dengan pelbagai tugas lain menganggap tanggungjawab urusan wakaf hanyalah sebagai sambilan sahaja, Kemungkinan disebabkan oleh beberapa faktor-faktor tertentu, institusi wakaf tidaklah begitu ketara peranan dan fungsi yang seharus dan sepatutnya dilaksanakan.4

Namun begitu, usaha-usaha pemulihan dan pembaharuan telah dijalankan oleh pihak-pihak yang terlibat untuk membetulkannya agar selari dan sejajar dengan keperluan masa dan keadaan. Malangnya usaha-usaha seperti ini tidak mencerminkan kesungguhannya. Diharapkan pada masa akan datang, usaha-usaha yang bersungguh-sungguh itu akan menyerlahkan keberkesanannya pada pandangan umum dengan harapan tugas-tugas ke arah ini akan turut sama dijayakan oleh semua pihak tidak

3 Nik Mustapha Nik Hassan, Konsep dan Pelaksanaan Wakaf di Malaysia, Institut Kefahaman Islam Malaysia Kuala Lumpur, Cetakan Pertama 1999. Halaman : 29.

4 Ahmad Ibrahim, 1998 : 192, Undang-undang Keluarga dan Pentadbiran Harta Wakaf, dalam Al-Ahkam Jilid 6.

(6)

kira sama ada mereka itu terlibat secara langsung atau tidak langsung, demi mencapai matlamat keredhaan Allah di samping memberi kebaikan kepada insan sejagat.5

Pentadbiran wakaf di Malaysia jelas memberi bidang kuasa yang mutlak kepada Majlis Agama Islam Negeri. Pemusatan pentadbiran harta wakaf di peringkat negeri ini sangatlah tepat kerana tanpa pendekatan ini institusi wakaf tidak mungkin berperanan untuk dikendali secara tersusun dan menyeluruh. Walaupun pendekatan ke arah pemusatan institusi wakaf boleh disokong dari segi peruntukan bidang kuasa, tetapi pentadbiran dan perlaksanaan institusi ini masih di tahap yang memerlukan kepada pembaharuan yang drastik dan berkesan untuk ia berperanan dengan berkesan. Sehingga kini, didapati banyak harta wakaf yang berpotensi tetapi masih belum dapat dibangunkan dengan sewajarnya.

Jika tindakan untuk membangun harta wakaf tersebut telah diusahakan, impaknya belum sampai ke peringkat optima. Oleh itu, cadangan perlu dikemukakan bagaimana harta wakaf mampu dibangunkan untuk memberi sokongan dan dokongan kepada pembangunan ekonomi ummah dalam konteks kedudukan ekonomi semasa.6

4. Sumbangan Institusi Wakaf Terhadap Pembangunan Ekonomi

Institusi wakaf banyak memberikan kesan atau impak yang positif terhadap pembangunan ekonomi. Ini jelas menunjukkan bahawa institusi wakaf memainkan peranan yang amat penting terhadap pembangunan ekonomi umat Islam keseluruhannya. Oleh itu, ianya tidak boleh dipandang remeh oleh kita semua. Kita perlu bersama-sama bergandingan bahu di dalam memajukan institusi wakaf ini supaya ekonomi umat Islam berkembang pesat. Pembangunan adalah satu proses untuk menyusun (bersifat proaktif) sesebuah masyarakat atau Negara kearah memaju dan meningkatkan kualiti hidup manusia di peringkat individu dan masyarakat. Matlamat yang terakhir menurut Islam ialah untuk memuliakan martabat manusia di dunia dan seterusnya mencapai kemuliaan di akhirat. Mencapai kemuliaan manusia

5 Ibid, 192

6 Faisal Haji Othman, Dr. Haji .1996. Islam dan Kemajuan Masyarakat “ Islam Menyeru Ke Arah Kebajikan:,

(7)

dalam kesemua dimensi keperluan tabi’innya semoga hidupnya berkualiti dalam kesemua aspek kehidupan termasuk aspek kemajuan ekonomi.

Dalam menyusun rangka pembangunan ekonomi ummah, Islam dengan pendekatan yang sepadu dan proaktif di antara lain mengemukakan ibadat wakaf. Bahkan ibadat ini boleh diinstitusikan untuk menyusun masyarakat.

Wakaf adalah salah satu institusi dan mekanisme yang mempunyai peranan yang perlu ada dalam membangun kekuatan dan kesejahteraan masyarakat Islam sejak berzaman. Melalui institusi ini Islam memberi peluang yang seluasnya untuk individu yang mempunyai harta untuk mendekati dan mensyukuri nikmat Allah yang telah dikurniakan kepadanya dengan membantu golongan tertentu dan menyediakan projek untuk keperluan masyarakat. Peluang beribadat ini secara keseluruhannya mampu berperanan dalam menyusun dan membangunkan kekuatan ummah dalam berbagai aspek kemasyarakatan termasuk ekonomi.7

Di Malaysia, harta-harta yang diwakafkan boleh disalurkan kepada wakaf khas dan wakaf am. Wakaf khas biasa ditentukan oleh mereka yang berkeinginan mewakafkan harta wakaf mereka untuk sesuatu projek yang khusus, contohnya mewakafkan tanah untuk mendirikan masjid, surau, sekolah, hospital, tanah perkuburan, dan sebagainya untuk kebajikan masyarakat umum. Keutamaan projek untuk diwakafkan biasanya dipengaruhi oleh kefahaman pendidikan agama serta keutamaan seseorang menepati keperluan keadaan realiti sesebuah masyarakat tersebut. Manakala wakaf am adalah harta yang diwakafkan untuk dibangunkan oleh agensi pengamanah untuk kepentingan umat Islam setempat, semasa dan masa hadapan. Dalam konteks negara kita agensi pengamanah untuk mentadbir harta wakaf adalah Majlis Agama dan Adat Istiadat Negeri.

Dalam era semasa, institusi wakaf mempunyai potensi yang besar dalam membangunkan ekonomi masyarakat. Usaha mendapatkan harta wakaf adalah

(8)

merupakan satu pendekatan yang relevan dan berciri dinamik dalam menyusun masyarakat dan seterusnya membangun kekuatan ekonomi. Di dalam keadaan ekonomi yang mampan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat ramai golongan yang kaya. Ianya membuatkan peluang untuk mereka mewakafkan harta mereka adalah besar lebih-lebih lagi, ibadat wakaf sangat dekat dengan hati orang Islam, khususnya orang Melayu. Amalan mewakafkan harta adalah mekanisme untuk menyokong amalan-amalan yang fardhu di dalam Islam, contohnya seperti zakat. Melalui ibadat wakaf, ia mendidik umat Islam bahawa setiap individu yang tergolong dalam golongan yang kaya dan mempunyai tanggungjawab sosial di samping zakat untuk membangun kesejahteraan ummah.

Menepati semangat pembangunan masyarakat, individu Islam bukan, sahaja mempunyai peranan terhadap kesejahteraan diri dan keluarganya bahkan turut sama mempunyai peranan dalam menjamin kesejahteraan masyarakat secara menyeluruh. Jika ianya dapat dicapai, ia akan mewujudkan suasana ekonomi yang stabil dan seterusnya mampu mencetus pembangunan ekonomi secara berterusan.8

5. Kedudukan Dan Potensi Pembangunan Wakaf Di Malaysia

Kedudukan pembangunan hartanah wakaf telah dipengaruhi oleh berbagai-bagai faktor. Di antara faktor-faktor utama ialah perundangan dan struktur organisasi pemegang-pemegang harta wakaf. Perundangan harta wakaf dapat mempengaruhi pembangunan hartanah wakaf. Di Malaysia, hartanah wakaf terletak di bawah kuasa kerajaan negeri. Perkara 74(2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa negeri-negeri mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang bagi perkara-perkara yang disebut di bawah senarai negeri yang terkandung di dalam senarai kedua jadual kesembilan.9

8 Razali Nawaw I, Dr. 1998. Undang-Undang dan Masyarakat “ Penyeragaman Undang-Undang Islam di Malaysia : Cabaran dan Realiti”. Cetakan Pertama, Institut Kefahaman Malaysia, Kuala Lumpur.

(9)

Di atas peruntukan perlembagaan ini, peruntukan mengenai wakaf dimasukkan di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-Negeri yang berlainan. Di samping itu, perkara mengenai wakaf telah dikecualikan dari peruntukan Kanun Tanah Negara 1966. Seksyen 4(2)(e) menyebut, “kecuali setakat mana yang diperuntukan dengan nyata sebaliknya, tiada apa juga dalam akta ini boleh menyentuh peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang yang ada pada masa itu berkuatkuasa mengenai wakaf atau baitulmal”.10

Perundangan-perundangan ini meletakkan pentadbiran harta-harta wakaf beroperasi secara berasingan di setiap negeri, tanpa keseragaman pengurusan dan perlaksanaan. Keberkesanan pentadbiran bergantung kepada objektif dan program yang dirancang, bilangan dan kualiti para pegawai dan kakitangan, kekuatan sokongan kewangan serta faktor-faktor lain.

Kedudukan perundangan-perundangan dan struktur organisasi majlis-majlis agama Islam di negeri-negeri yang digunapakai pada masa ini tidak dapat menangani masalah-masalah yang menghalang usaha-usaha membangunkan tanah wakaf ini bukan sahaja dirasai di negara kita ini malahan keadaannya adalah lebih buruk di negara-negara lain jika dibandingkan dengan negara kita.11

Jika kita bandingkan kedudukan harta wakaf di negara kita ini dengan negara-negara lain, kedudukan institusi wakaf kita adalah lebih stabil tetapi kalau dibuat pemerhatian secara mendalam, kedudukan pembangunan harta wakaf di negara kita adalah pada tahap yang amat tidak memuaskan. Pelbagai masalah telah timbul yang menghalang pembangunan harta wakaf di negara kita ini.

10 Kanun Tanah Negara 1966, Seksyen 4 (2)(e)

(10)

Negara kita tidak akan memperolehi kemajuan pembangunan hartanah wakaf jika masalah-masalah yang menghalang pembangunan hartanah wakaf tidak ditangani seperti kurangnya pemahaman tentang konsep wakaf di dalam pemikiran masyarakat, peruntukan undang-undang yang tidak sejajar dan sekata bagi setiap negeri dan sebagainya.12

6. Implikasi Falsafah Amalan Wakaf

Proses kegiatan wakaf dalam kalangan masyarakat Islam menimbulkan kesan falsafah yang tersembunyi. Di antara kesan yang terjalin ialah seperti berikut:

a) Keimanan

Setiap Muslim dan Mukmin yang percaya dan taqwa kepada Allah, pasti berasa bertanggungjawab dalam melaksanakan hubungan baik yang berterusan terhadapnya, sebagai satu persediaan bagi pertemuan di hari akhirat. Wakaf adalah cara yang terbaik bagi tujuan ini kerana wakaf adalah merupakan sunnah Nabi yang paling banyak diikuti oleh sahabat dan tabi’in.13

b) Ilmu Pengetahuan

Banyaknya harta-harta wakaf dan ramainya bilangan orang yang menyertai bidang wakaf ini memerlukan satu sistem rekod yang kemas dan berkesan. Ia juga memerlukan kaedah penyelenggaraan yang baik supaya harta-harta wakaf dapat berfungsi sepenuhnya dalam masyarakat. Justeru itu, ianya dapat melahirkan tokoh-tokoh ekonomi yang sentiasa dapat memikirkan idea yang berguna dalam masyarakat.

c) Amal Bakti

12 Ibid hlm: 116

(11)

Selain amalan biasa yang berbentuk kewajipan seperti solat, puasa, haji, zakat, orang-orang Islam masih mempunyai cara lain bagi membuat kebajikan dalam agama dengan kaedah wakaf kerana masyarakat Islam sepanjang masa tetap memerlukan sekolah, masjid, surau, tanah perkuburan, jalan raya dan sebagainya. Jika mewakafkan sesuatu yang paling disayangi secara langsung menghindarkan dirinya dari perasaan tamak dan juga mengikis dari hatinya sifat ingin mengejar kebendaan. Wakaf ini pada hakikatnya adalah berbeza dengan sedekah walaupun perkataan wakaf berdasarkan kepada hadith membawa erti sedekah jariah.14

7. Kesimpulan

Pada zaman mutakhir ini umumnya, khususnya pada hari ini umat islam semakin tidak memperduli malahan memandang enteng terhadap sedekah jariah terutamanya dalam bab wakaf. Fenomena malang ini sememangnya menjadikan masyarakat lebih kedekut dan tamak akan harta yang mereka miliki. Tiada lagi perasaan untuk berkongsi harta kemewahan dengan golongan fakir miskin, malahan kurangnya keinginan untuk mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda. Justeru itu, umat islam semakin alpa dengan kebendaan dan kemewahan dunia yang menjadikan mereka semakin jauh dengan Allah SWT. Benarlah firman Allah SWT,

    15

Yang bermaksud, bahkan kamu mengutamakan kehidupan dunia .

Di samping itu juga, majlis agama Islam di negeri-negeri perlu mendasari dan menggubali semula undang-undang yang menghalang usaha-usaha membangunkan tanah wakaf dan harta wakaf yang lain.

14 Ahmad Ibrahim, 1998 : 185. Undang-undang Keluarga dan Pentadbiran Harta Wakaf,Al-Ahkam Jilid 6. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

(12)

Usaha yang berterusan untuk menaiktaraf dan meningkatkan kualiti setiap organisasi perlu digiatkan untuk memenuhi kepentingan Islam sebenar. Justeru, sekiranya sebuah institusi wakaf diletakkan dalam konteks yang sebenar ia boleh membantu ke arah tujuan-tujuan sosio-ekonomi seperti pelajaran dan pendidikan, kesihatan, kebajikan masyarakat, penjagaan alam sekitar, ketenteraan, pertahanan dan lain-lain dengan hasil pendapatan daripada aset wakaf yang dilaburkan.

Negara kita akan memperolehi kemajuan pembangunan hartanah wakaf jika masalah-masalah yang menghalang pembangunan hartanah wakaf dapat ditangani seperti meningkatkan pemahaman tentang konsep wakaf di dalam pemikiran masyarakat, peruntukan undang-undang yang sejajar dan sekata bagi setiap negeri dan sebagainya.16

Rujukan

Ahmad Ibrahim 1998. Al-Ahkam Jilid 6, Undang-undang Keluarga dan Pentadbiran Harta Wakaf, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

(13)

Ahamad Tajudin Abdul Rahman. Dato’ . 2006 .(Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia), Pengurusan Wakaf Berkesan : Ke Arah Pemantapan Ekonomi Ummah.

Anisah Ab Ghani. Dr. Januari 2000. Fiqh Malaysia Ke Arah Pembinaan Fiqh Tempatan Yang Terkini “Perubahan-Perubahan Perlu Dalam Fiqh Ibadat Berdasarkan Realiti Semasa di Malaysia”, Cetakan Pertama, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Selangor.

Baharudin Sayin. et, al 2006. Pengenalan Kepada Konsep Wakaf dalam Islam, Ampang Press.

Baharudin Sayin. et, al 2006. Pengenalan Pengurusan Wakaf Di Malaysia. Pusat Penerbitan (UPENA), UiTM 2006, Straits Digital Sdn. Bhd.

Haji Faisal Haji Othman. Dr. 1996. Islam dan Kemajuan Masyarakat “Islam Menyeru Ke Arah Kebajikan”, Cetakan Kedua, Institut Kefahaman Malaysia, Kuala Lumpur.

Ismail Ibrahim. et, al. 2004. Isu Islam Semasa Kuala Lumpur; Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). et, al. 1999. Konsep dan Perlaksanaan Wakaf di Malaysia.

(14)

Nik Mohd Zain Nik Yusof. Dr. 1991. Pembangunan Hartanah Mengikut Perspektif Islam,

Al-Ahkam Jilid 3.

Nik Mustapha Nik Hassan 1999. Konsep dan Perlaksanaan Wakaf di Malaysia, Cetakan Pertama, Institut Kefahaman Islam Malaysia, Kuala Lumpur.

Osman Sabran 2002. et, al. 2002. Pengurusan Harta Wakaf. Universiti Teknologi Malaysia.

Razali Nawawi. Dr. 1998. Undang dan Masyarakat “Penyeragaman Undang-Undang Islam di Malaysia : Cabaran dan Realiti”, Cetakan Pertama, Institut Kefahaman Malaysia, Kuala Lumpur.

Ridzuan Awang. et, al. 1994. Undang-undang Tanah Islam: Pendekatan Perbandingan Selangor; Percetakan Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Siti Zalikhah Md.Nor. et, al. 2000, Pentadbiran Undang-Undang Islam Di Malaysia.. Selangor; Angkatan Edaran Sdn. Bhd.

Wahbah al-Zuhaili. et, al. 1996. Fiqh Dan Perundangan Islam. Jilid IV. Selangor;

Referensi

Dokumen terkait

Jadual 3 menunjukkan bahawa kebanyakan tugas yang dilakukan oleh sumber manusia utama organisasi iaitu operator pengeluaran adalah secara berulang-ulang (Min 3.55)

Jadual 5 menunjukkan kesedaran terhadap tiga aspek pengurusan risiko berikut adalah tinggi, iaitu, “koperasi mengenalpasti risiko berdasarkan impak terhadap koperasi” mempunyai min

Undang-undang tanah di Malaysia khususnya negeri-negeri di Semenanjung Malaysia terkandung dalam undang-undang tanah utama iaitu Kanun Tanah Negara

Kecuali mengenai Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut agama

Oleh itu, dalam usaha menangani masalah ini pihak kerajaan persekutuan dan negeri , pemaju, Bank Negara dan semua masyarakat perlu berganding bahu untuk melaksanakan langkah

Berbeza dengan fatwa yang diputuskan oleh Mufti dan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada 27 Ogos 2009 yang menyatakan bahawa ajaran, pegangan

Artikel 8(2) Perlembagaan Persekutuan menjamin kesetaraan dan kebebasan dari diskriminasi atas dasar agama dan gender. Maka, sebarang undang-undang yang menghukum

Di antaranya pasal 61dan 62 Akta Pentadbiran Undang-undang Islam Wilayah-wilayah Persekutuan yang berbunyi: ‚Walaupun apa-apa peruntukan yang bertentangan yang terkandung dalam