• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kaedah untuk mengururangkan risiko perni

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Kaedah untuk mengururangkan risiko perni"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

Kaedah untuk mengururangkan risiko perniagaan:

Membentuk institusi perniagan yang kukuh

Pertamanya, risiko boleh diurus dan dikurangkan melalui pemilikan dan pembangunan entiti perniagaan yang kukuh. Dalam erti kata lain, sesebuah perniagaan akan dapat merendahkan risiko yang dihadapi atau risiko masa hadapan dengan memiliki kewangan yang kukuh dan aliran tunai yang mencukupi bagi melangsungkan aktiviti seharian perniagaan. Sesebuah perniagaan juga harus mempunyai simpanan wang atau jumlah aset semasa yang mencukupi bagi memudahkan pinjaman-pinjaman baru dilakukan bagi kelangsungan perniagaan.

Pengekalan simpanan pada tahap yang diandaikan selamat untuk kelangsungan perniagaan amatlah mustahak bagi mengelakkan perkara seperti muflis atau masalah kewangan dalam perniagaan. .Dengan adanya simpanan yang mencukupi, peniaga boleh mengelakkan daripada menambah hutang sedia ada terutamanya pada waktu-waktu yang boleh mendatangkan ancaman perniagaan. Jelasnya di sini, simpanan perniagaan boleh merendahkan kesan buruk daripada aliran tunai yang negatif dengan cara menggunakan dana yang tersimpan.

Ringkasnya, memiliki entiti perniagaan yang kukuh dalam industri yang diceburi seperti industri pertanian dapat mengurangkan risiko, walau pun tidak menghapuskan risiko secara keseluruhan. Kesannya, kelangsungan perniagaan dapat ditingkatkan dalam jangka masa panjang.

2. Kepelbagaian aktiviti perniagaan

Kaedah yang kedua dalam mengurangkan risiko ialah dengan meningkatkan kepelbagaian aktiviti perniagaan. Sebagai contoh seorang petani selain daripada mengerjakan sawah, beliau juga turut melakukan pekerjaan lain seperti menternak lembu dan kambing serta menjalankan perniagaan kedai runcit. Ia merupakan salah satu pekerjaan sampingan dalam menampung keperluan harian sementara menunggu waktu untuk menuai hasil padi dalam masa empat bulan.

Selain itu, ia juga dapat menampung kos petani dalam pembelian baja bagi penanaman padi. Pada masa yang sama, ia merupakan suatu jaminan kepada para petani bahawa mereka mampu menjana pendapatan meskipun berlaku banjir yang telah memusnahkan hasil tanaman padi. Dalam

meningkatkan kepelbagaian aktiviti perniagaan yang lebih baik adalah dengan memastikan

(2)

melakukan perniagaan runcit dimana keadaan cuaca yang tidak menentu langsung tidak mengugat perniagaan tersebut.

Sehubungan dengan itu, petani tidak akan mengalami kerugian yang besar kerana hasil perniagaan runcit yang tidak berkaitan dengan pertanian dapat menampung kos lepas tersebut. Petani juga dapat belajar pelbagai perkara baru seperti menjalinkan hubungan dengan lebih ramai pelanggan, belajar cara untuk melakukan transaksi pembelian serta mempunyai pengalaman dalam menjalankan perniagaan dalam skop yang lebih besar berbanding dengan hanya mempunyai kemahiran

penanaman padi sahaja.

Dengan ini, ia dapat membantu petani dalam membuka minda dan dapat memahami dunia dengan lebih mendalam. Petani juga dapat belajar cara memahirkan diri dalam melakukan urusan

komunikasi dengan pelanggan. Hal diatas jelas menunjukkan kepentingan mempelbagaikan aktiviti perniagaan bagi seseorang petani.

3. Membeli Insurans

Insurans merupakan kaedah ketiga yang dapat diguna pakai dalam mengurangkan risiko dalam pertanian.Ianya merupakan satu kaedah yang sering digunakan untuk mendapatkan pampasan bagi kerugian yang berpunca daripada sumber-sumber yang spesifik seperti risiko dalam menjalankan perniagaan. Selain itu, jenis-jenis insurans lain yang turut dilindungi oleh undang-undang adalah insurans kemalangan, insurans kebakaran, insurans liabiliti ke atas harta tanah dan insurans peribadi. Malahan insurans hayat awam turut direka untuk mengurangkan kesan kewangan daripada kematian kepada ketua keluarga yang merupakan pencari nafkah utama untuk keluarga.

Dalam bidang perniagaantani contohnya, para petani boleh mengambil insurans liabiliti ke atas kenderaan seperti kereta, van dan lori yang digunakan untuk mengangkut hasil pertanian dari suatu destinasi ke destinasi yang lain. Malah pelbagai jentera yang digunakan oleh para petani dalam menjalankan pelbagai aktiviti pertanian dan perladangan turut mempunyai insurans.

(3)

Insurans ini dibiayai oleh kerajaan persekutuan dan petani itu sendiri. Untuk mengambil bahagian dalam program ini, petani perlu membayar sejumlah premium tertentu per tanaman. Tuntutan dibayar kepada mereka yang mengalami kerugian yang lebih besar daripada 50% dari hasil purata pengeluar dengan menggunakan harga 55% daripada harga pasaran yang dijangka. Mana-mana petani yang menginsuranskan tanaman di bawah program ini, disyaratkan untuk mengambil

bahagian dalam program-program lain yang dianjurkan oleh kerajaan persekutuan termasuk bantuan bencana.

Di bawah prograam yang kedua pula para petani boleh meningkatkan liputan di atas paras bencana. Program subsidi persekutuan ini boleh didapati melalui insurans swasta dan terpakai kepada kira-kira lima puluh jenis tanaman yang berbeza. Petani dapat menginsuranskan dan melindungi kerugian dari 25 hingga 50% dalam pengeluaran. Semakin kecil peratusan kerugian yang diinsuranskan, semakin tinggi premium dan semakin rendah subsidi kerajaan. Petani juga mampu untuk menetapkan harga tuntutan yang akan dibayar di antara 60 hingga 100% daripada harga yang telah ditetapkan oleh Perbadanan Insurans Tanaman Persekutuan. Kepentingan insurans memang tidak dapat disangkal lagi dalam memastikan para petani dapat menjalankan aktiviti pertanian dengan risiko yang minimum.

4. Menjalankan kontrak niaga hadapan

Kaedah yang digunakan ialah mengurangkan risiko harga denagn cara memberi satu perjanjian kontrak kepada sesiapa yang terlibat dalam pasaran tersebut. Kontrak tersebut dinamakan sebagai kontrak niaga hadapan. Broker akan bertindak sebagai perantara di antara kedua-dua pihak, pembeli dan penjual. Kontrak niaga hadapan adalah satu perjanjian kontrak yang biasanya di buat di atas harga lantai perdagangan di bursa niaga hadapan untuk membeli atau menjual komoditi tertentu atau instrumen kewangan pada harga yang telah ditetapkan pada masa hadapan. Harga juga pada kebiasaannya telah ditetapkan terlebih dahulu untuk membuat penghantaran atau mengambil penghantaran kuantiti komoditi pada atau sebelum tarikh tamat tempoh kontrak.

Disebabkan adanya mekanisme penghantaran di kawasan berdagang di Bursa Komoditi, ini

menyebabkan kontrak niaga hadapan mempunyai nilai pasaran berdasarkan harga komoditi sebenar yang di dagangkan pada hari-hari tertentu. Kontrak niaga hadapan ini juga memberikan butiran yang terperinci berkaitan kualiti dan kuantiti aset yang disandarkan, semua ini telah di standarkan untuk memudahkan perdagangan di bursa niaga hadapan.

(4)

Penggunaan Teknologi Dalam Perniagaan

Teknologi yang relevan boleh memberikan impak positif jika digunakan dalam sesebuah perniagaan. Selain menjadi komponen penting dalam perniagaan, perhubungan harmoni di antara teknologi dan perniagaan harus diwujudkan. Malah, jika penggunaan teknologi diabaikan, perniagaan akan hilang daya saing samada di peringkat tempatan dan global. Bagi mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai penggunaan teknologi dalam perniagaan, kita ikuti petikan daripada satu persidangan yang diadakan di ibu negara baru-baru ini.

Dr. Martin Berlin, Pengurus Pengambilan, McKinsey & Company (Malaysia), selaku pengerusi dalam persidangan tersebut telah mendapatkan pandangan dan ide bernas daripada ahli panel yang terdiri daripada Jason Lim, Pengarah, Kumpulan Perniagaan Internet, Microsoft (Malaysia), Yohani Yusof, Pengurus Saluran e-Niaga Asia Pasifik, Intel Electronics, John Wong, Rakan Kongsi dari General Atlantic Partners, Baharum Salleh, Presiden, TM Multimedia, dan Ramesh Subramaniam, dari McKinsey & Co (Singapura).

Sewaktu menjawab soalan pertama yang diajukan dalam persidangan yang diadakan bersempena program Venture 2001 itu, John berpendapat bahawa teknologi yang diterapkan dalam pelbagai bidang perniagaan seperti telekomunikasi, peruncitan, broker saham, kewangan dan sebagainya adalah untuk tujuan kebaikan.

Malah, katanya, teknologi akan terus menjadi sebahagian atau komponen dalam apa juga jenis perniagaan. Dan, banyak pembangunan teknologi untuk beberapa tahun kebelakangan ini dibiayai oleh pemodal teroka.

Merujuk kepada kelebihan teknologi, Jason turut memberikan pendapat yang selari. Katanya "Wujud angin perubahan dari segi persaingan samada dalam dan luar negara. Jadi, syarikat perlu

menggunakan teknologi untuk meningkatkan hasil, mengurangkan kos operasi, meningkatkan kepuasan pelanggan, rakan kongsi dan pekerja. Selain membantu dalam peningkatan hasil, penggunaan teknologi juga dapat mengembangkan capaian ke negara lain apabila wujudnya

teknologi canggih seperti Internet dan e-dagang. Persoalannya sekarang, bagaimana teknologi boleh digunakan pakai untuk membantu perniagaan menjadi lebih cekap."

Apabila beliau ditanya mengenai kepentingan cantuman teknologi dalam perniagaan sepanjang masa, Jason menegaskan bahawa wujud hubungan yang harmoni di antara teknologi dan

(5)

penting untuk memastikan teknologi yang digunakan berfungsi. Jadi, tumpuan kepada pengguna teknologi perlu menerusi pendidikan dan latihan agar mereka memahami bagaimana teknologi mewujudkan hubungan harmoni untuk pertumbuhan perniagaan.

Sementara itu John cuba membahagikan teknologi kepada dua bahagian iaitu membina dan

membinasakan. Katanya, "teknologi membina dari segi penyediaan aplikasi, peningkatan produktiviti, kecekapan, dan perkara lain yang baik, hasil penggunaan teknologi. Manakala, bahagian yang

merosakkan boleh dilihat dalam beberapa aspek, contohnya apabila perniagaan menjadi terlalu produktif dan kecekapan meningkat, maka berlaku kejatuhan harga produk. Ini menyebabkan perniagaan berkenaan lebih sukar bersaing untuk mengekalkan atau meningkatkan bahagian pasaran. Kesannya, ada perniagaan yang terus lemah dan gagal."

Bagaimanapun, reliti kejayaan sesebuah perniagaan tidak tertakluk kepada teknologi semata-mata. Menurut Ramesh, syarikat perlu asas perniagaan yang baik dalam ekonomi baru kerana model perniagaan yang baik dari segi kewangan akan berjaya. Teknologi pada asasnya hanya membantu dan pengusaha tidak boleh lari daripada kenyataan bahawa perniagaan perlu asas dan model yang baik. Contohnya, model terbaru seperti 'brick and click' sekali pun perlu asas perniagaan yang baik untuk dijalankan. Jika tiada model perniagaan yang baik untuk digabungkan dengan inovasi dan teknologi pintar, maka perniagaan itu tidak akan berjaya.

Penggunaan teknologi adalah kunci kejayaan e-biz

Sementara itu, Baharum cuba melihat penggunaan teknologi dalam perniagaan dari perspektif berlainan. Satu daripadanya, teknologi sebagai pemudah dan satu lagi teknologi sebagai produk akhir. Contohnya mikroprosesor merupakan salah satu produk akhir teknologi yang berjaya sejak berpuluh tahun yang lalu. Satu lagi teknologi yang sering diperkatakan ialah Internet di mana kecanggihannya cuba dibuktikan dalam beberapa perniagaan yang berteknologi seperti B2C (perniagaan-ke-pelanggan), dan gerbang (portal) Web.

"Kita tidak patut lebih tertumpu kepada teknologi, lalu mengabaikan model perniagaan yang patut menjadi pertimbangan utama. Misalnya, terdapat banyak perniagaan yang tidak menggunakan teknologi seperti pernigaaan restoren tetapi lebih menekankan kepada 'sentuhan personal'.

(6)

Menurut beliau lagi, teknologi sebagai pemudah bergantung kepada segmen yang dimasuki. Misalnya, bagi pengunjung restoren 'sentuhan personal' adalah lebih penting berbanding menjual secara dalam talian.

Namun, jika perniagaan melibatkan pemasaran atau pengeluaran secara besar-besaran dengan jualan yang cukup baik (seperti rendang atau serunding), maka teknologi banyak memainkan peranan. Terutamanya, pengeluaran besar-besaran perlu mengabungkan teknologi makanan yang berkaitan untuk memastikan kesegaran makanan tersebut. Selain itu, tempahan dalam talian dan penjualan menerusi Web boleh dibuat.

Pengetahuan mengenai IT dan internet adalah kelebihan untuk CEO

Ketika menjawab pertanyaan yang sama Yohani berkata, "perniagaan seperti restoren, pendidikan, latihan, perdagangan atau apa sahaja bentuk perniagaan yang tidak menggunakan teknologi berkemungkinan akan 'terjerat'. Apabila kita perhatikan di sekeliling, peningkatan persaingan bukan sahaja berlaku di peringkat

tempatan tetapi juga di peringkat global. Jika, sesuatu tidak dilakukan, persaingan akan hadir dalam bentuk baru seperti penggunaan IT, Internet, SMS, dan komunikasi tanpa wayar untuk mengatasi pesaing mereka."

Menurut beliau lagi, perniagaan yang memilih untuk tidak menggunakan teknologi akan menjejaskan daya saing sekaligus bahagian pasarannya. Jadi, pengusaha perlu memahami apakah 'alat' yang boleh digunakan untuk terus berdaya saing. Walaupun perniagaan seperti restoren memang diakui

mengutamakan makanan,

perkhidmatan dan persekitarannya, namun satu lagi aspek yang penting ialah penggunaan teknologi dalam pemasaran. Ini untuk memastikan kunjungan yang berterusan dan restoren tersebut boleh diketahui ramai.

(7)

e-biz bukan sahaja mengenai membeli-belah

Dalam perbincangan yang sama, ahli-ahli panel turut diminta mengulas mengenai perkembangan teknologi untuk tempoh 10 tahun yang akan datang. Dalam hal ini John berpendapat bahawa pebangunan teknologi akan bertambah pantas dan bukan sebaliknya. Menurut beliau, pemproses mikro merupakan satu contoh yang baik dari segi kepantasan dan saiznya. Sejarah telah

membuktikan, pengecilan saiz pemproses mikro merupakan satu contoh teknologi yang baik, manakala pembangunan teknologi dijangka terus meningkat.

"Teknologi juga boleh dikelaskan sebagai teknologi dari rak. Ia merujuk kepada sesuatu yang boleh dibeli dan diakses oleh setiap orang seperti PC dan notebook yang ada pada hari ini. Banyak perniagaan hari ini membeli dan menggunakan teknologi dari rak. Ada juga teknologi maju yang boleh membezakan sesebuah syarikat dengan yang lain, dan untuk lebih berdaya saing. Penggunaan teknologi maju perlukan pelaburan yang banyak. Manakala teknologi tanpa wayar untuk aplikasi merupakan satu contoh bagi teknologi maju."

Selanjutnya John menjelaskan bahawa, terdapat teknologi yang benar-benar termaju. Tetapi, tidak semua syarikat akan menggunakan teknologi tersebut kerana ia tidak diperlukan atau tidak mampu dimiliki pada hari ini. Contohnya, teknologi termaju dalam industri biotek, di mana satu kajian yang sedang berjalan ketika ini telah menemui gen yang berguna dalam pengubatan. Malah, dalam bidang IT sendiri terdapat teknologi terbaru, namun tidak semua syarikat menggunakannya kerana ia tidak diperlukan pada ketika ini.

Dalam sesi perbincangan yang semakin hangat itu, barisan ahli panel turut memberikan pandangan berbeza apabila ditanya mengenai teknologi yang diramal berpotensi di masa akan datang khasnya dalam kategori aplikasi utama (killer application). Antara teknologi yang dijangka menjadi aplikasi penting termasuklah

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan penelitian di kandang ternak sapi kota Palu Provinsi Sulawesi Tengah, diperoleh 4 spesies nyamuk Anopheles spp., yaitu A.. UCAPAN

30 Winarno Surachmad, 1990, Pengantar Penelitian Ilmiah, Bandung, Tarsito,hal.33 31 Lexy Moleong. Metodologi Penelitian Kualitatif. Bandung: Rosdakarya, hal.. Penelitian

Tuliskan secara ringkas tentang prototipe yang dihasilkan dari riset ini dengan fokus menyangkut spesifikasi teknis seperti : bentuk, dimensi, fungsi, dsb. Jumlah

Dari pemaparan di atas, dapat disimpulkan bahwa konsep manajemen pengelolaan koperasi Ummul Ayman Samalanga terdiri dari: (a) pelaksanaan perencanaan (Planning)

Acuity in calculating arc length in polar coordinate and parametric form Kuliah, latihan soalsoal serta memberikan soal tugas Waktu: 1.40 menit Presentation, exercises and

Sebagai contoh dapat kita lihat adanya kegiatan seperti: Provinsi Sumatera Selatan telah mencanangkan “ Visit Musi 2008”; Daerah Khusus Jakarta dengan programnya “ Enjoy

Setelah mengamati video pembelajaran, siswa mampu menyajikan informasi tentang komoditas yang diekspor Indonesia ke berbagai negara ASEAN secara terperinci.. Melalui kegiatan

Hasil analisis FTIR terlihat bahwa nanopartikel lemak padat (Gambar 10d) memiliki pita lebar pada bilangan gelombang 3550–3200 cm -1 terjadi karena adanya ikatan hidogen