• Tidak ada hasil yang ditemukan

Isyarat Memfanakan Diri dalam Keseluruha

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Isyarat Memfanakan Diri dalam Keseluruha"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Isyarat memfana’kan diri dalam al-Quran melalui fana’ af’al, fana’ sifat dan fana’ asma’ Allah (huraian ringkas sahaja)

Abismillah ArRahman Ar Rahim , assalamualaikum ilayaumilkiyamah ,

Sesungguhnya dalam surah al Hasyr 59:21 , Allah s.w.t memberi isyarat tentang kefana’kan:

“Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.”

Maksudnya di sini ialah “hancur lebur” atau “meleburkan diri” dalam memahami Realiti atau Hakikat mesej yang ingin disampaikan , sehingga dengan cara begitu (sambil diiringi tangisan dan rasa penuh takzim) mesej disampaikan oleh Allah s.w.t tentang makna sebenar ayat-ayat tersebut. Inilah yang dinyatakan oleh ayat 282 surah al-Baqarah:

“Hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan (ingatlah), Allah akan mengajari kamu; dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”

Bagaimana mungkin Allah s.w.t berkomunikasi dengan seseorang jika dia tidak dapat memfana’kan dirinya? Kerana Allah s.w.t itu tiada bertempat dan tiada berwaktu .

Disepanjang surah Al-Quran , Allah s.w.t sentiasa mengingatkan kita tentang DiriNya . Allah s.w.t memperkenalkan dirinya melalui perbuatan (af’al) , sifat dan asma’ (Nama)Nya. Maka, pada

hakikatnya af’al dan sifat itu dibawa dalam asma’Nya jua. Mari kita bermula dengan surah Al-Baqarah . Allah s.w.t bermula dengan memperkenalkan perbuatanNya – contoh , “ Allah telah mengunci dan pendengaran mereka “ (ayat 7) , “ Allah akan memperolok-olokan mereka ....” (ayat 15) seterusnya sifatNya disebutkan “ Sesungguhnya Allah tidak segan membuat perumpamaan...” (ayat 26) dan akhirnya asma’Nya “ Dia Maha Mengetahui ke atas segala sesuatu “ (ayat 29).

Kita akan lihat bahawa tren atau pola seperti inilah yang memenuhi al-Quran . Ini merupakan isyarat agar insan sentiasa dapat bersamaNya dengan cara memfana’kan diri samada memfana’kan diri kepada af’alNya mahupun kepada sifat dan asma’Nya . Inilah jalan tauhid ahli kasyaf . Mengapa demikian? Tidakkah pada awal surah al Baqarah , ayat 3:

“Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan

(mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka”

Dan tidak mungkin seseorang dapat mencapai haqqul yaqin tentang perkara yang ghaib jika tidak mencapai maqam kasyaf. Itu sebabnya Sheikh Ali al-Khawas (rah) guru kepada Sh. Abdul Wahab Sya’arani (rah) berkata “ Tidak akan sempurna maqam makrifat seseorang itu sebelum dia dapat bertemu dengan Rasulullah s.a.w dalam keadaan sedar dan berdialog dengan baginda “.

(2)

(i) Tauhid al awam –iaitu pengakuan tentang keesaan Allah dengan menyaksikan wujud ciptaanNya

(ii) Tauhid ahli hakikat – mengetahui ilmu zahir iaitu pengakuan tentang keesaan Allah dengan menyaksikan ciptaanNya yang disertai pelaksanaan segala perintah dan larangan secara zahir

(iii) Tauhid al khawas min ahli makrifat –iaitu melakukan syuhud al-Haqq dan memfana’kan diri.

Oleh itu, lakukankan insyaAllah . Tuan guru kami, Sh. AlFurqanis Sibghatullah (rah) selalu berpesan kepada kami “jangan rampas kuasa Allah “ , “jangan perintah Allah “ “jangan paksa Allah “...sehingga kami insaf dan menangisi diri kami sentiasa . Kerana Allah s.w.t berfirman dalam surah As Saffat ayat 96:

“ Padahal Allah yang mencipta kamu dan perbuatan kamu !"

Semoga bermanafaat . Wama taufiqi illa billah.

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan pembahasan tersebut maka dapat disimpulkan bahwa secara umum kondisi keuangan sudah cukup baik. 1) Debt to total asset ratio dari tahun 2017 sampai

Data adalah himpunan atau kumpulan fakta/simbol yang menyatakan satu gagasan, kondisi/situasi yang belum dinilai. Fakta adalah fenomena yang diobservasi berulang-ulang dan dapat

Tiga modifier utama pada “object mode” adalah : - “G” key , berfungsi untuk memindahkan sebuah obyek.
- “S” key , berfungsi untuk mengatur ukuran sebuah obyek.
-

Penelitian ini akan dilakukan dalam beberapa tahap yaitu: penelusuran literatur, pengumpulan bahan, pembuatan cetakan, uji komposisi, peleburan material, penuangan

Berdasarkan hasil analisa dan pembahasan yang dilakukan dalam penelitian ini maka dapat ditarik kesimpulan bahwasanya sampel produk pengecoran aluminium silikon yang diberikan

Matematika ialah 0,75 dan peluang ia tidak lulus Biologi adalah 0,15. Sebuah kantong dipilih secara acak dan dari kantong itu diambil sebuah kelereng secara acak. Sebuah kotak berisi

Pengaruh kultivar dan ukuran umbi bibit bawang bombay introduksi terhadap pertumbuhan, pembungaan dan introduksi benih.. Massachusetts: Sinauer

Tingkat kesesuaian lahan potensial bagi pertanaman jagung di Desa Srigading Kecamatan Sanden, Kabupaten Bantul, DIY termasuk kedalam kelas S3 dan upaya mengatasi faktor pembatas