• Tidak ada hasil yang ditemukan

Negara Republik China dan Pengaruh Marxi

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Negara Republik China dan Pengaruh Marxi"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

NEGARA REPUBLIK CHINA DAN PENGARUH

MARXIS-LENINIS DALAM PERKEMBANGAN KONSEP

NEGARA/

STATE

Muhammad Ariff Asyrul Bin Adnan

(

Calon Sarjana Sains Politik, Program Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia

)

1.0PENDAHULUAN

Istilah state mula mendominasi ruang wacana politik setelah kemunculan idea liberalisme klasik yang dikemukakan oleh Adam Smith dalam mendepani usaha memajukan sesebuah negara khusus merujuk kepada aspek ekonomi. Evolusi argumentasi berkenaannya mula melalui proses setelah lahirnya sarjana-sarjana terkemudian yang mencetuskan pertembungan pemikiran dalam menkonseptualkan istilah state atau negara ini. Kemunculan kelompok neo-klasikal seperti John Stuart Mill lagi menambahkan kepelbagaian dalam pentafsiran konsep state ini. Idea berkenaan konsep state ini mula rancak diperdebatkan dengan kemunculan aliran pemikiran yang

sememangnya bertentangan dengan pandangan liberalisme berkenaan state iaitu aliran

Marxisme. Aliran ini dipelopori oleh Karl Marx yang mengemukakan pandangan yang bersifat agak radikal dalam mengkonseptualkan terma state atau negara ini.

Namun begitu, lewat tahun 1920-an, dunia dikejutkan dengan fenomena

(2)

Maka dengan itu, akibat desakan untuk memulihkan ekonomi, mekanisme ini diguna pakai dan pada akhirnya berjaya mengeluarkan Amerika Syarikat pada ketika itu pulih dari krisis. Walaubagaimanapun, kedudukan state sebagai agen utama dalam mengawal

ekonomi negara mula digoyahkan dengan kemunculan pandangan liberal kontemporari seperti Hayek yang kembali mengemukakan pandangan supaya peranan negara mula dilimitasikan selaras dengan prinsip asal aliran ekonomi liberal (Wapshott 2011).

Sehingga kini perdebatan masih lagi belum menemui jalan persetujuan bersama, bahkan sekolah pemikiran ekonomi politik dunia masih lagi cenderung untuk tidak mencapai persetujuan bersama dalam mentafsirkan konsep state ini. Justeru itu, fokus utama makalah ini bukanlah untuk menjelaskan perihal tafsiran liberalism berkenaan state, tetapi makalah ini memfokuskan kepada interpretasi Marxisme berkenaan state

yang sebelum ini acap kali ditolak tepi dalam perbahasan berkenaan state. Bagi menyelarikan perbahasan berdasarkan kepada metodologi politik perbandingan, fokus perbandingan dibahaskan antara interpretasi kedudukan state dari perspektif Marxisme dengan liberalism khusus dipecahkan kepada tiga aspek iaitu politik, ekonomi dan sosial bagi menjelaskan perbezaan pandangan kedua-duanya dan juga berkenaan persamaan yang wujud di antara kedua-dua pandangan. Interpretasi yang dikemukakan oleh Marx ini adalah amat penting di mana ianya muncul sebagai agen pengkritik utama terhadap dasar interpretasi yang dikemukakan oleh aliran liberal. Medium globalisasi pada hari ini juga menjadikan idea Marxisme berkenaan konsep state semakin mula diterima umum. Walaubagaimanapun, perbahasan berkenaan konsep state dalam aliran Marxisme juga

(3)

2.0DEFINISI STATE / NEGARA OLEH SARJANA KLASIK DAN KONTEMPORARI

Konsep negara atau state merupakan antara konsep penting yang harus diperbincangkan

dalam makalah ini. Konsep ini sering diperdebatkan walaupun ianya dianggap sebagai satu institusi yang memiliki kepelbagaian. Secara umumnya, negara adalah merupakan sekumpulan elit pemerintah yang mempunyai kuasa untuk membuat dasar dan melaksanakan dasar. Dalam teori sains politik, istilah negara membawa makna sekumpulan manusia yang menduduki sebuah wilayah yang tetap di bawah penyelenggaraan dan pengawasan kerajaan dan tidak tertakluk kepada kuasa luar (Ramanathan 1997:77). Bagi Hegel, beliau mentafsirkan negara sebagai sebuah organisasi yang mempunyai tata kesusilaan yang mucul sebagai sintesis daripada kemerdekaan bagi individu kepada kemerdekaan yang universal. Manakala, jika dirujuk pada pandangan Aristotle mngenai negara, beliau yang begitu popular dengan

penggunaan istilah „political animal’ yang menjelaskan sifat manusia yang sememangnya suka akan bersosial dan hidup dalam kumpulan di mana ini jelas menggambarkan konsep negara yang wujud dalam realiti sebenar adalah untuk memenuhi keperluan hidup manusia bagi menjamin kehidupan yang baik. Perbincangan mengenai negara banyak diperihalkan oleh Plato dalam pemikirannya iaitu Plato menegaskan bahawa negara adalah komuniti etnik yang mempunyai matlamat untuk mencapai kebajikan dan

kebaikan bagi rakyat (Rapar 1993:48).

(4)

Konsep negara juga diidentifikasikan kepada dua karekteristik iaitu definisi organisasi serta definisi terhadap fungsi negara itu sendiri. Definisi organisasi merujuk kepada negara sebagai satu set institusi kerajaan ataupun berkaitan dengan asal

pembentukan kepada pensejarahan. Hal ini dapat ditentukan dengan kerajaan yang melaksanakan proses seperti pembuatan undang-undang dan peraturan, mengawal, mengatur serta memimpin. Maka dengan itu dalam sains politik, negara bermaksud sekumpulan manusia yang menduduki sesebuah wilayah yang tetap di bawah penyelenggaraan kerajaan dan tidak tertakluk kepada kuasa luar.

3.0INTERPRETASI KONSEP STATE/NEGARA

3.1 Interpretasi Kedudukan State/Negara Berdasarkan kepada Perspektif Liberalisme

Sememangnya diketahui, aliran liberalisme adalah berpaksikan kepada elemen utamanya iaitu kebebasan yang mana pada pendekatan liberalisme khususnya dari aliran moden, mereka berpendirian bahawa setiap manusia adalah bebas daripada sebarang campur tangan manusia ketika seseorang itu berusaha mencapai objektif sendiri (Baradat 1985). Prinsip yang dipegang oleh mereka adalah berkenaan kebebasan individu dan strategi ke arah mengehadkan kuasa kerajaan. Ikon utama liberal, John Locke menyifatkan bahawa state sekiranya diberikan kuasa untuk mewujudkan kawalan dalam menguruskan negara

termasuk soal ruang peribadi, ianya akan cenderung untuk melakukan penindasan jika terlalu berkuasa. Maka dengan itu, pembentukan state yang lebih kecil sifat penglibatannya adalah lebih elok berbanding penglibatan state dalam skop yang lebih besar (Baradat 1982).

(5)

state/negara/kerajaan yang minimum, segala perjalanan ekonomi akan lancar dan tidak

akan wujud penindasan terhadap masyarakat.

3.1 Interpretasi Kedudukan State/ Negara Berdasarkan kepada Perspektif Marxisme

Karl Marx telah mengemukakan sebuah pandangan yang bertentangan dengan tafsiran liberalisme berkenaan kedudukan state seperti yang dijelaskan pada bahagian sebelumnya. Marx mengemukakan teori negaranya dalam magnum opus beliau iaitu

“Communist Manifesto”. Melalui karyanya itu, beliau menginterpretasikan konsep dan kedudukan negara sebagai satu badan eksekutif yang menguruskan segala urusan golongan borjuis, yakni negara adalah instrumen kekuasaan kelas pemerintah melalui pemilikan dan penguasaan mereka ke atas proses pengeluaran (Sity 2006). Melalui ini juga, Marx menyatakan bahawa struktur kepimpinan sesebuah negara/state adalah melibatkan kepimpinan tertinggi yang datang dari golongan proletariat. Ini yang dinyatakan sebagai the dictatorship of proletariat. Konsep yang dikemukakan oleh Marx ini pada kemudiannya dikembangkan lagi penstrukturannya oleh Lenin yang mengangkat konsep the dictatorship of proletariat ini berdasarkan acuan beliau sendiri dalam menggerakkkan Revolusi 1917. Konsep ini digelarkan sebagai Marxisme-Leninisme (Hiariej 2003)

(6)

3.1.1 Perkembangan Konsep State/Negara dalam Aliran Marxisme

Interpretasi kedudukan state dalam aliran Marxisme juga turut melalui fasa

perkembangannya. Hal ini demikian dikesahkan lagi dengan kemunculan aliran Neo Marxis dari aliran strukturalisme dalam mendefinisikan perihal interpretasi state. Walaubagaimanapun, selepas kemunculan pandangan Karl Marx itu sendiri, interpretasi state dalam aliran Marxisme ini dikembangkan oleh Antonio Gramsci yang menyatakan bahawa negara adalah entity yang dikuasai oleh kelas dominan dalam masyarakat sivil dengan memaksakan penerimaan ideologi yang bertujuan menekankan golongan bawahan dalam keadaan terkawal. Masyarakat kapitalis disogok dengan aturan sosial dan nilai kapitalis yang diseseuaikan dengan struktur politik dan sosial. Hal ini digelarkan sebagai indoktrinasi di mana pemhaman tersebut adalah dilakuka secara senyap (Miliband 1970). Aliran Neo-Marxis strukturalisme pula mempunyai pandangan bahawa negara adalah merupakan aktor yang mempunyai kuasa yang bersifat autonomi relatif. Autonomi relatif yang dimaksudkan adalah negara bebas dari kelas yang dominan dari segi ekonomi dan boleh menjalankan kuasa bukan semata-mata untuk kelas tersebut tetapi untuk seluruh masyarakat. Pandangan ini dikemukakan oleh Poulantzas (1973) yang mendukung aliran strukturalisme dalam Marxisme.

Kemudiannya muncul pula Vincent (1987) yang datang dari aliran instrumentalis

(7)

4.0REPUBLIK RAKYAT CHINA (PRC) SEBAGAI SEBUAH STATE/NEGARA YANG MENGAPLIKASIKAN INTERPRETASI MARXISME BERKENAAN KONSEP STATE/NEGARA

China adalah merupakan salah satu negara yang paksi pembentukannya dalam era kontemporari adalah melalui revolusi yang berlangsung sekitar awal abad ke 19. Hal ini demikian kerana revolusi yang dicanangkan oleh Karl Marx iaitu revolusi dari kalangan buruh tidaklah berlaku seperti yang diharapkan oleh Marx, namun dalam konteks China, revolusinya berlaku tetapi datang dari kelompok petani hasil daripada mobilisasi rakyat yang dinaungi oleh pengaruh Mao Tze Tung. Ini yang menjadikan China berbeza dengan apa yang diperkatakan oleh marx berkenaan revolusi yang berlaku adalah melalui kebangkitan golongan buruh dan kelas pekerja bawahan bagi mengubah struktur pentadbiran sesebuah negara. Namun, apa yang berlaku di sebalik fenomena di China dalam Revolusi 1948 ini, ianya mempunyai perkaitan rapat dengan faham aliran Marxisme yang diadunkan melalui proses baru yang dikemukakan oleh Lenin iaitu konsep Marxisme- Leninisme yang diaplikasikan dalam konteks revolusi 1948 di China. Oleh yang demikian, perbahasan pada bahagian ini adalah menganalisa bagaimana bentuk aplikasi interpretasi negara berdasarkan kepada fundamental idea politik Marxisme yang telah melalui perkembangan evolusi pentakrifan yang merujuk kepada

(8)

kepada proses peranan negara dalam konteks politik iaitu merujuk kepada struktur pentadbiran pasca revolusi, ekonomi denga merujuk kepada sistem ekonomi dan pengurusannya dan aspek sosial meliputi perihal kebajikan.

4.1 Politik, Kepimpinan Mao Tze Tung Pasca Revolusi China 1949 dan Pengaruh Marxist-Leninist

Revolusi yang berlaku di China pada tahun 1949 adalah merupakan salah satu fenomena Marxisme yang boleh dilihat sebagai kerelevanan idea pemikiran politik Marx itu sendiri. Hal ini demikian kerana revolusi yang berlaku itu datang dari golongan bawahan seperti yang dinyatakan oleh Marx iaitu kebangkitan golongan proletariat (the rise of the proletariat) (Dirlik 1989). Namun begitu, intipati gerakan revolusi ini adalah berbeza di

mana apa yang dinyatakan oleh Marx adalah di mana revolusi berlaku datangnya dari buruh namun dalam konteks China revolusi tersebut adalah bangkit daripada golongan petani di China. Walaupun pada tahun 1911 China telah melalui asa revolusi pertamanya iaitu permulaan kepada revolusi yang berlaku pada tahun 1949, idea cetusan Marxist tidak kelihatan kerana ianya cuma mencakupi perihal kejatuhan dinasti yang telah sekian lama memerintah China. Melalui revolusi yang berlaku pada tahun 1949 ini, ternyata ianya adalah satu kesahan yang menandai kewujudan idea fundamental yang dikemukakan oleh Karl Marx namun begitu kejayaan yang lebih terserlah adalah di mana

(9)

Sanmugathasan (1967) di dalam karyanya itu Mao Tse Tung’s Contribution to Marxist-Leninist yang menyatakan seperi berikut:

“A similar ferment has been taking place inside the international communist movement during the pa st few yea rs. Under the guidance of Comrade Mao Tse-tung, the greatest Marxist-Leninist alive, and inspired by the success of the Chinese Revolution as well as of the Great Proletarian Cultural Revolution, revolutionary groups from inside the old communist parties have been breaking a wa y politically and organizationally from the revisionist leadership of these parties. Many new Marxist-Leninist groups and parties have emerged in recent times.

Pada awal implementasinya adalah berasaskan kepada negara Marxisme iaitu pembentukan negara sosialis sebelum ianya mencapai tahap tertinggi iaitu pembentukan sebuah negara komunis. China merujuk kepada era kepimpinan Mao Tze Tung, ianya adalah merupakan sebuah negara sosialis yang terletak di bawah sistem demokrasi kediktatoran yang dipimpin oleh golongan pekerja (petani) seperti yang termaktub di bawah Artikel 1 Perlembagaan China. Berdasarkan kepada idea politik Marx, Marx menyifatkan bahawa golongan pekerja (proleta riat) adalah aktor utama yang mengawal kuasa politik negara maka dengan itu China mempraktikkan idea Marx ini dalam konteks yang berbeza namun fundamentalnya tetap sama. Ini dinyatakan oleh Clubb (1999)

bahawa revolusi baru ini jelas memperlihatkan kekuasaan sebenar kelas pekerja walaupun ianya berbeza dengan apa yang diperkatakan oleh Marx. Beliau menyatakan dalam Communism in China seperti berikut:

“…..the new revolutionary power was able to show itself the real power of the workers.”

(10)

pekerja akan mewakili kelas pekerja yang masih belum mencapai tahap revolutionaries. Hal ini demikian kerana parti tersebut diiktiraf sebagai vanguard pa rty yang menjalankan urusan-urusan pentadbiran di bawah kepimpinan Mao dan sehingga kini. Hal ini

demikian di bawah pemerintahan Mao, China mengamalkan sistem yang dipanggil sebagai new democracy iaitu demokrasi kediktatoran sebelum ianya menuju kepada pelaksanaan dictatorship of proletariat. Idea ini pada asalnya adalah idea yang datang daripada Lenin yang memerihalkan bahawa pembentukan sebuah negara communal harus melalui beberapa fasa kediktatoran sebelum mencapai fasa tertinggi yang dikenali sebagai dictatorship of proletariat (Slyke 1968).

Begitu juga dari aspek sistem elektoral China yang mana perwakilan di peringkat tempatan adalah dipilih oleh rakyat manakala jawatan tertinggi dalam negara adalah dipiliha oleh Kongres. Paradoksnya adalah di mana kewujudan parti politik yang berdaftar dan diiktiraf cumalah hanya satu parti sahaja iaitu Chinese Communist Pa rty yang merupakan satu-satunya parti yang berkuasa di peringkat nasional meskipun terdapat beberapa parti lain namun ianya tidak meiliki kuasa di peringkat nasional. Oleh hal yang demikian, China telah mengamalkan sistem satu parti yang menjadikan ianya berkuasa di peringkat nasional (Slyke 1968).

4.2 Struktur Ekonomi China

(11)

konteks di China pada ketika mengawal selia segala sumber ekonomi negara dan cenderung mengamalkkan dasar agihan yang bersifat sama rata. Dasar ekonomi yang dibuat oleh Mao ini menjadikan China sebagai sebuah negara industri yang mengamalkan

sistem ekonomi sosialis sekitar tahun 1949 hingga 1976. Penekanan negara China adalah memfokuskan kepada sektor agrikultur yang menjana pendapatan negara China selepas revolusi berlangsung. Hal ini demikian kerana sektor agrikultur menjadi sebahagian daripada perancangan ekonomi 5 tahun China yang merujuk kepada tindakan polisi sosialis yang dilakukan oleh Soviet. Implementasi rancangan ekonomi ini adalah

dipanggil “The Great Leap Forwa rd”. Rural ma rkets yang pada sebelum ini cumalah sektor yang amat ketinggalan, melalui program perancangan ini, sektor ini melalui transformasinya dan turut terlibat sama dalam proses ekonomi termasuklah aspek perubahan sosial ( https://www.mtholyoke.edu/courses/sgabriel/economics/china-essays/3.html).

4.3 Pembangunan Aspek Sosial Melalui Mekanisme Kebajikan

Prinsip yang diamalkan di China adalah berdasarkan kepada visi yang dibentuk oleh Mao iaitu pengamalan konsep “Four Ca rdinal Principles” yang meliputi perihal socialist path, peoples’s democratic leadership, the leadership of the Communist Party of China dan MaoTse Tung’ thought and Marxism-Leninism yang hanya dijadikan elemen fundamental

(12)

dengan apa yang dikemukakan oleh mao berkenaan konsep new democracy yang menekankan soal kediktatoran. Melalui penekanan kepada pelaksanaan kebajikan yang bersifat menyeluruh melalui dasar autonomi realtif Marxis, rakyat tidak mempunyai hak

dan tidak boleh untuk mempersoalkan ideologi sosialis, demokrasi kediktatoran, kepimpinan Chinese Communist Pa rty dan juga ideologi Marxisme-Leninisme itu sendiri Ini telah menimbulkan kritikan terhadap negara China khususnya dari aspek hak asasi manusia yang berkait dengan perkembangan sosial dalam masyarakat politik di China.

4.4 Era Reformasi Negara China dan Marxist-Leninis

Selepas berlakunya kegagalan dasar ekonomi yang diimplementasikan oleh Mao Tze

Tung melalui dasar “The Great Leap Forward” telah menyebabkan berlakunya reformasi dalam struktur pentadbiran di China yang lebih cenderung memenuhi matlamat ekonomi berbanding penekanan kepada ideologi. Hal ini diperihalkan oleh para sarjana berkenaan

tindakan Deng Xiaoping yang berpegang kepada prinsip refomasi “valued the economy over ideology” yang selama ini menjadi dasar kepada pentadbiran China yang mula dipimpin oleh Mao selepas revolusi berlaku. Transisi perubahan ini jelas dilihat apabila

(13)

melaksanakan sistem ekonomi kapitalis walaupun pada permulaannya harus mengikiskan pengaruh Marxist-Leninis dalam konteks ekonomi di China. Ini menjadikan China melalui evolusi pentadbiran di bawah pimpinan Deng Xiaoping. Walaubagaimanapun, 4

prinsip utama yang diperkenalkan dalam meneruskan legasi politik yang dibentuk berdasarkan kepada pengamatan Revolusi 1948 masih menjadi pegangan dalam struktur politik di China sehingga ke hari ini.

5.0 KESIMPULAN

Berdasarkan penjelasan di atas berkenaan konsep negara mengikut interpretasi Marx, kewujudan negara yang menepati konsep yang diberikan Marx ini adalah tidak sepenuhnya diamalkan berdasarkan contoh yang diberikan. Hal ini demikian kerana proses evolusi dalam pentakrifan konsep negara dalam aliran Marxisme telah melalui debat dalam memerihalkan konsep tersebut bagi disesuaikan mengikut konteks kelangsungan sesebuah negara dalam landskap politik dunia. Maka dengan itu, muncullah sebuah mekanisme baru Marxisme dalam membentuk negara Marxisme yang dikenali sebagai Marxisme-Leninisme yang merujuk kepada situasi China selepas berlakunya Revolusi Budaya pada tahun 1949 di bawah kepimpinan Mao Tze Tung.

(14)

berkenaan state/negara dan juga merupakan antara kerangka yang mendominasi perbahasan berkenaan state dalam wacana ilmiah dan praktikal pada hari ini.

RUJUKAN

Baradat, L. P. 1988. Political Ideologies: Their origins and impa cts. New Jersey: Prentice Hall.

Brown, K. 2012. The Communist Party of China and Ideology. China: An International Journal. Vol 2(8): 52-68.

Caporaso, J. A & Levine, D.P. 1992. Theories of Political Economy. New York: Cambridge University Press.

Clubb, O. E. 1968. Communism in China: As Reported From Hankow in 1932. New York & London: Columbia University Press.

Dillard, D. 1948. The Economics of John Maynard Keynes: The Theory of Monetary

Economy. London: Crosby Lockwood & Son LTD.

Dirlik, A. 1989. Revolutionary Hegemony and the Language of Revolution: Chinese Socialism between Present and Future. Dlm. Dirlik, A. & Meisner, M. Marxism

and the Chinese Experience. Armonk: East Gate Book.

Doyle, M. W. 1999. Liberalism and world politics. Dalam Viotti, P.R. dan Kauppi, M. V. International relations theory. Realism, pluralism, globalism and beyond. Boston

and London: Allyn and Bacon.

Dunne, T. 1997. Liberalism. Dlm. Baylis. J. & Smith, S. (sunt). The globalization of world politics: An introduction to international reactions. New York: Oxford

University Press.

(15)

Gamble, A., Marsh, D. & Tant, T. 2002. Marxism and Social Science. Chicago: University of Illnois Press

Hiariej, E. 2003. Teori Negara Marxis. Jurnal Ilmu Sosial dan Ilmu Politik. Vol 7(11): 2.

Holloway, J. & Picciotto, S. 2003. State and Capital: A Marxist Debate. London: Edward Arnold.

Lawrence, S. V. & Martin, M. F. 2013. Understanding China’s Political System. Congressional Research Service.

Marti, M.E. 2002. China and The Legacy of Deng Xiaoping: From Communist Revolution to Capitalist Evolution. United States: Brassey‟s INC.

Marx, K. & Engel, F. 1965. Manifesto of the Communist Party. Peking: Foreign Language Press.

McCormick, B. L. 1999. Political Change in China and Vietnam: Coping with the Consequences of Economic Reform. Dlm. Chan, A., Kerkvliet, B. J. T. & Unger,

J. Transforming Asian Socialism: China and Vietnam Compared. Australia: Allen & Unwin Australia Pty LTD.

Miliband, R. 1970. The State in Capitalist Society. London: Camelot Press

Poulantzas, N. 1973. Political Power and Social Classes. London: New Left Books. Sanmugathasan, N. 1967. Mao Tse Tung’s Contribution to Marxism-Leninism.

Liberation Journal. Vol 1(2).

Rawls, J. 1971. A Theory of Justice. United States of America: President and Fellows of Harvard College.

Syed Farid al-Attas. 1999. Peranan Negara dan Pembangunan: Ke Arah Sebuah Teori Negara Kleptokra si. Akademika. Vol 54: 3-12.

Sity Daud. 2006. Negara dan Ideologi Pembangunan. Dlm. Ghazali Mayudin, Jamaie Hamil, Sity Daud & Zaini Othman. Demokra si, Kepimpinan dan Keselamatan dalam Politik Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

______. 2002. Ekonomi Politik Pembanguna n: Teori Strukturalis dan Kritikan Neoliberal. Dlm. Ghazali Mayudin. Politik Malaysia: Perspektif Teori dan

Praktik. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

(16)

Vincent, A. 1987. Theories of the State. Oxford: Basic Blackwell.

Whapshott, N. 2011. Keynes & Hayek: The Clash That Defined Modern Economics. New York: Norton & Company, Inc.

Winckler, E. A. 1999. Transition From Communism in China: Institutional and Comparative Analyses. London: Lynne Rienner Publishers.

Rujukan Elektronik

Lenin V. I. 1999. The State and Revolution: The Marxist Theory of the State & the Tasks of the Proletariat in the Revolution: A collected Works. www.marxist.org.my

[26 April 2014]

http://www.bbc.com/news/world-asia-pacific-13904437 [30 April 2014]

http://history.state.gov/milestones/1945-1952/chinese-rev [18 Mei 2014]

http://global.britannica.com/EBchecked/topic/112760/Chinese-Revolution [18 Mei 2014]

https://www.marxists.org/history/erol/uk.secondwave/thomson-1.pdf [18 Mei 2014]

https://www.mtholyoke.edu/courses/sgabriel/economics/china-essays/3.html [20 Mei 2014]

Referensi

Dokumen terkait

masalah psikososial dan gangguan jiwa sering dijumpai pada keluarga yang fungsi afektifnya tidak terpenuhi. Pasien perilaku kekerasan mungkin berasal dari keluarga yang kurang saling

Studi ini juga menemukan bahwa dukungan sosial tidak hanya meringankan beberapa stres yang berkaitan dengan membesarkan anak disability (down syndrome), tetapi juga memberi

perusahaan, analisis rasio bertujuan untuk menilai kinerja suatu perusahaan dalam mendapatkan laba dan efektivitas dalam pengambilan keputusan oleh peusahaan, sesuai

Dari hasil homogenisasi sel bahan bakar nuklir pada reaktor cepat dengan bahan bakar uranium-plutonium nitride dan pendingin Pb-Bi, didapatkan grafik penampang

Penelitian yang dilakukan I Wayan Suteja Putra dan I Gede Ary Wirajaya (2012), hasil penelitian ini adalah tingkat perputaran kas dan tingkat jumlah nasabah kredit tidak

Husserl (dalam Moleong, 2007) mengungkapkan fenomenologi adalah aliran yang membicarakan suatu fenomena dilingkungan sekitar yang berfokus pada pengalaman subjektif

Hasil penelitian yang diperoleh penulis adalah Pemerintah Daerah Kota Tasikmalaya dalam menangani masalah Pemungutan dan Penegakan hukum pajak bumi dan bangunan

tidak dipengaruhi oleh arang, akan tetapi kadar lemak pada dedak padi tersebut dipengaruhi oleh masa penyimpanan. Masa penyimpanan menyebabkan kadar lemak menjadi