• Tidak ada hasil yang ditemukan

KAJIAN PERPUSTAKAAN PELAJAR PINTAR CERDA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KAJIAN PERPUSTAKAAN PELAJAR PINTAR CERDA"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

KAJIAN PERPUSTAKAAN PELAJAR PINTAR CERDAS DI MALAYSIA

ISU –APAKAH MEKANISME YANG DAPAT MEMBANTU KANAK-KANAK PINTAR CERDAS DAN SEJAUH MANA PEMBELAAN KE ATAS MEREKA

LANGKAH MENGATASI PENGABAIAN TERHADAP KANAK-KANAK PINTAR CERDAS DAN PENAMBAH BAIKANNYA

Konsep dan definisi pintar cerdas

Pintar cerdas merupakan keupayaan umum yang istimewa dalam kebolehan aptitude , bakat dan kreativiti yang tinggi. Mereka yang memiliki pintar cerdas ini tergolong dalam kalangan istimewa. Ia juga bermaksud mereka yang berinovasi tinggi dan kreatif dalam belajar untuk berjaya. Pintar cerdas mempunyai IQ intelek Quation yang tinggi. Ketinggian tahap pemikiran mereka menjadikan mereka adalah satu kelompok atau golongan yang sangat memberi impak postif terhadap negara dari segi pendidikan jika tidak diabaikan dan Ia mudah memahami pengajaran dan pembelajaran. Dalam Kamus Dewan diberi makna cekap dan pandai. Manakala Menurut G.S Golant , kanak-kanak pintar cerdas ini menunjukkan minat yang mendalam dalam belajar, curiga dan mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi kepada persekitaran serta mampu menggabungkan beberapa maklumat dalam menghasilkannya

(2)

akademik yang khusus.

Kecerdasan seseorang yang pintar cerdas juga diberi maksud

tambahan iaitu lebih kepada satu kebolehan yang matang jika dibandingkan dengan kebolehan perkembangan (Jane Piirto, 1999).Sternberg dan Kaufman mendefinisikan pintar cerdas sebagai satu kepintaran yang lebih berfokus kepada kebolehan mengadaptasi, membentuk dan memilih keadaan yang menjurus kepada sesuatu maklumat.

Howard Gardner pula mendefinisikan kecerdasan sebagai satu cara memproses maklumat dan juga cara berfikir. Beliau juga berpendapat bahawa kecerdasan merupakan hasil atau produk daripada interaksi antara genetik dan persekitaran yang perlu berada bersama bagi memberi hasil sebenar kepada kecerdasan. Beliau menakrif seseorang itu sebagai seorang yang pintar cerdas apabila mematuhi lapan kriteria khusus berikut.

1. Potensi pengasingan oleh kerosakan otak 2. Kewujudan golongan individu luar biasa 3. Operasi teras yang boleh dikenalpasti

4. Sejarah perkembangan yang khusus bersama dengan prestasi yang menggalakan 5. Sejarah evolusi dan evolusi yang boleh diterima akal

6. Disokong dari kajian psikologi

7. Disokong oleh penemuan psikometrik 8. Kerentanan untuk mengekod sistem symbol

(3)

cerdas juga boleh perlihatkan dari aspek sosial (memahami sesuatu konsep sosial, dengan mengakui kesalahan yang telah dilakukan, mempunyai minat mendalam yang umum kepada dunia).

Ciri-ciri Kanak-kanak Pintar Cerdas

Kanak-kanak pintar cerdas mempunyai ciri-ciri unik seperti:

a) Mereka mempunyai rasa ingin tahu atau tahap curiosity yang tinggi dengan mengadaptasi pengamatan yang mendalam terhadap satu pengetahuan dan

pengalaman baru.

b)Mereka sentiasa rajin dan tekun dalam mengejar minat tertentu dan cuba mencari

jawapan sebenar kepada persoalan yang seringkali timbul dalam benak pemikiran

minda mereka.

c)mereka mempunyai persepsi atau pandangan berbeza terhadap persekitaran

yang kebiasaan murid yang lain akan menyatakan pendapat biasa.

d) mereka kritikal terhadap diri sendiri dan lain orang lain. Setiap apa yang

diperhatikan akan dinilai untuk dijadikan suatu kajian pandangan.

e) Boleh berjenaka dan mempunyai unsur kecindan dalam segala penyampaiannya

tetapi penuh bermakna dan kadangkala ia meluahkan secara tersirat.

f) mereka sentiasa peka terhadap ketidakadilan di tahap peribadi dan global.Kritikan

mereka terhadap ketidakadilan itu adalah sangat bernas dan kebiasaanya dapat

menyelesaikan suatu isu yang bias.

g) Boleh dan berkelayakan menjadi pemimpin dalam pelbagai bidang. Ini

disebabkan personality ekstrovert mereka yang tinggi.

h) Mereka tidak sewenang-wenangnya menerima kenyataan dangkal, bagi suatu

jawapan atau penilaian yang diberi atau mungkin dari orang lain.

(4)

j) Pelajar pintar cerdas ini akan sering memberikan reaksi terhadap persekitaran melalui sebarang media dan melalui pelbagai cara lain selain dari bahan cetak dan

penulisan sahaja.

k) hubungan yang wujud antara pandangan-pandangan yang berbeza dapat dilihat

dengan mudah., dan mereka dapat menghasilkan kepelbagaan idea dari satu

rangsangan yang spesifik yang kebiasaannya memerlukan persekitaran

pembelajaran yang sangat mencabar dan kadangkala tidak terjangkau pada

pemikiran manusia biasa.

SEJARAH PENDIDIKAN PINTAR CERDAS

Sekitar tahun 1920-an hingga 1930-an kajian awal tentang pintar cerdas telah dimulakan

dan ia adalah melibatkan kajian tentang baka, kanak-kanak separa normal , pembangunan

peralatan yang diaplkasikan dalam menguji tahap kanak-kanak pintar cerdas dan

berbekalkan hasil dapatan dari kajian rersebut telah menghasilkan kesedaran bahawa

keperluan kanak-kanak pintar cerdas ini adalah berlaian daripada pelajar normal dan dilihat

sekolah biasa tidak dapat memenuhi keperluan mereka. Lewis Terman dan Leta

Hollingworth adalah antara pengkaji awal yang mengambil inisiatif menjalankan kajian awal

tersebut dan salah satu aktiviti awal yang pertama kali dihasilkan dan diterbitkan secara

besar-besaran adalah berkenaan dengan kajian ke atas kanak-kanak pintar cerdas.

Seterusnya selepas itu bidang kajian bagi pendidikan pintar cerdas semakin berkembang

dan meluas apabila keperluan bagi sesebuah negara berubah kerana pembangunan yang

sentiasa ingin dikecapi, terutamanya selepas pelancaran Spuntik pada lewat 1950-an oleh

Soviet Union. kerajaan Amerika telah melaksanakan usaha yang berterusan pada awal

(5)

berkembang dengan terutama apabila terwujudnya pelbagai program yang telah disediakan

untuk murid-murid pintar cerdas.

Apabila menghampiri abad ke-20, semakin banyak tumpuan diberikan kepada golongan

pintar cerdas. Bermula denganJacob Javits Gifted and Talented Students Education

Act yang menaja National Research Center on the Gifted and Talented sekaligus

membekalkan banyak kajian dan program berkaitan pintar cerdas.

LATAR BELAKANG PINTAR CERDAS DI MALAYSIA

Sebagai sebuah negara, Malaysia perlu membangunkan sumber tenaga manusia sebagai

usaha untuk meningkatkan tahap kemajuannya. Setiap masyarakat sentiasa mengharap

untuk menambah bilangan individu yang mampu menyumbang terhadap kesejahteraan dan kemajuan masyarakat tersebut. Seterusnya menurut Renzulli (2000) setiap individu yang

dikenalpasti berpotensi tinggi atau berbakat wajar diberi peluang untuk memaksimakan

perkembangan kognitif dan perkembangan kendirinya sehingga dia cemerlang dan pintar

cerdas dalam bidang-bidang atau domain bakat tersebut.

Sekiranya perkara ini tidak diberi perhatian, negara akan mengalami kerugian akibat pengabaian sumber semula jadi yang bernilai. Apabila seseorang individu berbakat gagal

mencapai ketahap potensinya yang sebenar, ia merupakan satu tragedi kepada masyarakat

dan kemanusiaan sejagat. Amat sukar untuk menilai kerugian dari tragedi tersebut namun

(6)

atau underachievement ini mendukacitakan semua pihak yang terbabit. Sesungguhnya tidak ada yang lebih mengecewakan ibu bapa dan pendidik selain daripada menyaksikan bakat

dan kecerdasan pelajar terabai dan seolah-olah dibaziri.

Institusi pendidikan adalah antara sektor yang bertanggungjawab untuk mendidik semua

individu sehingga mereka mampu menyumbang semula kepada negara dalam bidang

kepakaran masing-masing. Institusi pendidikan juga berperanan memastikan agar tragedi individu berbakat gagal mencapai ketahap potensinya yang sebenar yang disebut sebelum

ini tidak berlaku (Gallagher & Gallagher 1994; Piirto 1999). Persoalannya sekarang ialah

sejauh manakah institusi pendidikan di Malaysia menekankan pendidikan yang khusus

untuk individu yang berbakat serta berpotensi tinggi. Sesungguhnya, institusi pendidikan

dipertanggungjawabkan untuk memperkembangkan potensi setiap individu secara

menyeluruh seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Kementerian

Pendidikan Malaysia 1998). Tanpa program pendidikan yang dirancang khas untuk

pelajar-pelajar pintar cerdas dan berbakat di sekolah-sekolah, pelajar-pelajar-pelajar-pelajar tersebut terutamanya

dari golongan yang kurang berada tidak berpeluang mendapat sokongan, bantuan serta

adaptasi pendidikan yang diperlukan untuk perkembangan mereka secara optimum.

Sejak zaman Plato lagi, falsafah tentang sebuah masyarakat yang ideal ialah sebuah

masyarakat di mana setiap ahlinya memberikan khidmat kepada masyarakatnya

berdasarkan kemampuan atau potensi yang ada pada diri masing-masing. Plato juga

berpendapat bahawa setiap individu mempunyai keupayaan atau potensi tertentu. Golongan

pintar cerdas dan berbakat adalah antara sumber semula jadi utama sesebuah negara di

samping sumber-sumber semula jadi yang lain. Malaysia, seperti juga negara-negara lain di

dunia, mempunyai aset individu atau rakyat yang boleh dikategorikan sebagai pintar cerdas

dan berbakat. Sumber modal insan ini perlu diberi perhatian dengan sebaik-baiknya dalam

usaha untuk membina tamadun negara. Namun setakat ini kepentingan pendidikan untuk

(7)

MEKANISMA YANG DAPAT DIKETENGAHKAN BAGI MEMBANTU PELAJAR PINTAR CERDAS DI MALAYSIA

A. PUSAT PERMATApintar NEGARA

Pengenalan

Kanak-kanak pintar cerdas adalah sumber semula jadi negara. Mereka mempunyai

keperluan khas yang berlainan daripada pelajar-pelajar sederhana atau kanak-kanak

istimewa. Kajian ke atas profil pelajar-pelajar pintar cerdas menunjukkan bahawa terdapat

seorang pelajar pintar cerdas bagi setiap 10,000 orang kanak-kanak (Tidwell, 1980).

Malaysia mempunyai seramai 3.5 juta pelajar-pelajar dari umur sembilan hingga 15 tahun.

Ini menjadikan bilangan pelajar pintar cerdas di Malaysia seramai 350,000 orang. Pelajar-pelajar pintar cerdas juga terdapat dalam kalangan Pelajar-pelajar-Pelajar-pelajar khas seperti masalah

(8)

dan tingkah laku serta dalam kalangan pelajar pemulihan. Mereka dikategorikan golongan keistimewaan pelbagai (multiple exceptionalities). Kanak-kanak pintar cerdas adalah aset

negara yang perlu dicari, digilap dan ditonjolkan demi mencapai cita-cita negara.

Pusat PERMATApintar Negara, UKM menguruskan empat program utama yang terdiri

daripada:

1. Pencarian dan Pengurusan Bakat: mencari dan mengurus bakat pelajar-pelajar pintar cerdas melalui ujian-ujian saringan PERMATApintar UKM1 dan UKM2;

membangun dan melaksanakan ujian-ujian saringan dalam talian; membangun dan

melaksanakan modul-modul kursus susulan dan baru secara dalam talian;

pengurusan Persatuan Alumni PERMATApintar UKM.

2. Program Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATApintar Negara: merancang dan melaksanakan kursus-kursus kejurulatihan pengajar, pembantu pengajar, pembantu

pelajar dan pengurus perkhemahan; melaksanakan kurikulum pengayaan dan

pecutan.

3. Program Pendidikan PERMATApintar UKM: program khas yang pertama di

Malaysia untuk pelajar pintar cerdas akademik yang telah memulakan sesi pengajian

pada tahun 2011.

4. Program ASASIpintar UKM: merupakan program pra-universiti yang mengambil

masa selama setahun di UKM untuk membolehkan pelajar pra-siswazah

menamatkan pengajian dalam tempoh yang cepat (3 tahun) atau membolehkan

pelajar mendapat ijazah sarjana muda dan sarjana dalam tempoh 4 tahun.

Program Pendidikan PERMATApintar merupakan program khas yang pertama di

Malaysia untuk sekumpulan pelajar yang menunjukkan potensi intelek yang tinggi

atau dikategorikan sebagai pelajar pintar cerdas akademik. Universiti Kebangsaan

(9)

akan bermula pada bulan Januari 2011, dengan ambilan pertama seramai 200 orang pelajar tingkatan 4 (16 tahun). Pada tahun 2012 sekolah ini dijangka mempunyai

pendaftaran penuh seramai 400 orang pelajar yang terdiri daripada 200 orang pelajar

tingkatan 4 dan 200 orang pelajar tingkatan 5.

Sekolah Pintar Cerdas di Luar Negara

Terdapat beberapa buah institusi pengajian tinggi di luar negara yang telah

mempunyai sekolah pintar cerdas tersendiri. Antaranya di National University of

Singapore, di Mahidol University, Thailand, dan di Korea Advance Institute of Science

and Technology (KAIST). Justeru, Malaysia juga perlu mempunyai sekolah yang

sedemikian supaya pelajar pintar cerdas Malaysia dapat belajar di tanah air sendiri.

Pada ketika ini, ramai pelajar pintar cerdas Malaysia telah dihantar oleh ibu bapa masing-masing yang berkemampuan untuk belajar di sekolah pintar cerdas di luar

negara dan ada diantara mereka yang mendapat tajaan biasiswa dan kewarganegaraan

negara berkenaan.

Tujuan Penubuhan

1. Menyediakan program pendidikan holistik dan suasana pembelajaran

kondusif khusus untuk pelajar-pelajar pintar cerdas akademik.

2. Membangun, menyedia, dan melaksanakan kurikulum pembelajaran yang

sesuai dengan keperluan pembelajaran pelajar pintar cerdas akademik yang

mempunyai potensi intelek yang tinggi.

3. Menyediakan pengalaman awal bagi pelajar pintar cerdas untuk belajar di

institusi pengajian tinggi sekali gus mendapat bimbingan mentor dari kalangan ahli

akdemik.

4. Mengumpulkan pelajar Malaysia yang berpotensi intelek tinggi untuk diberi

peluang kepada mereka mendapatkan pengalaman awal dalam projek penyelidikan

(10)

berkenaan.

5. Menjadi model pendidikan pintar cerdas yang melibatkan pengintegrasian

kurikulum pendidikan menengah dengan suntikan sukatan pelajaran tahap pengajian

tinggi.

6. Mewujudkan satu wadah perkongsian pintar dan usaha sama di antara

industri, institusi pengajian tinggi, dan sekolah dalam usaha saling lengkap

melengkapi bagi menyediakan suasana pengalaman pembelajaran yang boleh

membantu perkembangan holistik pelajar pintar cerdas akademik.

Objektif Penubuhan

Program ini dilaksanakan untuk pelajar-pelajar pintar cerdas yang mempunyai tahap

potensi dan kemampuan yang tinggi untuk berfikir secara logik, kritis dan kreatif.

Sehubungan itu, objektif pendidikan Program Pendidikan PERMATApintar adalah

untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

1. Berkemampuan, berkemahiran serta berdaya saing untuk mencapai

kecemerlangan dalam akademik di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

2. Mempunyai daya kreativiti yang tinggi dalam menjana penyelesaian kepada

masalah, dan boleh mencetuskan atau mencipta pemikiran-pemikiran baru

berhubung ilmu yang dipelajari hasil penelitian yang analitikal dan kritikal

3. Sihat fizikal, sihat minda, berfikiran positif dan mempamerkan kesedaran

kendiri yang matang dan bijaksana.

4. Mempunyai daya kepimpinan yang cemerlang dan terpuji, bertanggungjawab dan boleh membuat keputusan yang berkesan dengan mengambilkira

(11)

5. Menguasai kemahiran bahasa dan komunikasi yang mantap, serta mempunyai sikap yang sesuai untuk terlibat aktif dengan berkesan dalam

Referensi

Dokumen terkait

Kesimpulannya, tahap kognitif kedua iaitu ‘memahami’ adalah tahap yang minimum yang dapat digunakan dalam mengenal pasti kepelbagaian fungsi yā’ dengan variasi

Pelajar di kawasan luar bandar di Hulu Langat pula mencatatkan kadar penggunaan pengangkutan awam yang paling tinggi untuk trip pulang dari sekolah iaitu 49.6 peratus,

Menurut Yusuf (2011: 21) “media sirkuit pintar merupakan hasil pengembangan dari permainan ular tangga yang sudah familiar bagi siswa. Sirkuit pintar tersebut