• Tidak ada hasil yang ditemukan

Analisis dasar pendidikan kebangsaan dar

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Analisis dasar pendidikan kebangsaan dar"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

Abstrak

(2)

Definisi

Al-Ghazali1 menjelaskan rohani terdiri daripada akal (al-‘aql), kalbu (al-qalb), jiwa (

al-nafs) dan roh (al-ruh). Empat istilah ini berkait-rapat antara satu sama lain. Perbezaannya terletak pada penggunaan erti keempat-empat istilah ini.

An-nafs2

Para sufi mendefinisikan an-nafs sebagai moral yang tercela. al-Ghazali mengertikan an-nafs berdasarkan erti khusus iaitu sumber akhlak yang tercela dan harus diperangi manakala erti umum, an-nafs adalah suatu jauhar yang merupakan hakikat manusia sebagaimana disebut oleh ahli falsafah Islam sebagai an-nafs an-nā iqah.ṭ

Ruh3

Sedangkan roh adalah sumber kehidupan dan sumber moral yang baik Roh juga adalah sesuatu yang halus, bersih dan bebas daripada pengaruh hawa nafsu yang merupakan rahsia Allah s.w.t yang hanya dapat diketahui oleh manusia tertentu setelah Allah s.w.t memberikan

kasyf4 (gambar yang terbayang) kepadanya. Menurut al-Ghazali lagi, ruh dibahagikan kepada

dua. Pertama, bererti ruh haiwani, iaitu jauhar yang terdapat pada rongga hati jasmani dan merupakan sumber kehidupan, perasaan, gerak dan penglihatan yang dihubungkan dengan anggota tubuh seperti menghubungkan cahaya yang melimpah ke seluruh ruangan. Kedua, bererti an-nafs an-nā iqah,ṭ yakni sesuatu yang memungkinkan manusia mengetahui segala hakikat yang ada. Dalam hal ini, al-Ghazali menyamakan ruh dengan al-qalb. Inilah yang dimaksudkan dengan firman Allah s.w.t di dalam surah al- Isra’ ayat 85.(QS.17:85)5

1 Noor Shakirah Mat Akhir, Al-Ghazali and His Theory of Soul, Bab 4.3.halaman.174-218

2 Drs. H. Kafrawi Ridwan, M.A…(et al). Ensiklopedia Islam. Jilid 4. Halaman 182-185

3 Drs. H. Kafrawi Ridwan, M.A…(et al). Ensiklopedia Islam. Jilid 4. Halaman 182-185

4 Penyingkapan batas Hissi bagi mengetahui hakikat alam ghaib termasuk hakikat ketuhanan, arasy, Qursi dan malaikat. Kasyf diperolehi hasil daripada khalwah, mujahadah dan zikir yang berterusan hingga ahlinya Berjaya melepaskan diri dari alam maddi kepada alam rohani hingga membolehkan menerima limpahan rohani dari Allahs.w.t Melahirkan karamah iaitu kejadian luar tabi’ hasil daripada kasf atau terbuka hijab. Rujuk Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj Husin, Kertas Seminar Kebatinan Serantau ‘Kerohanian Islam: Hakikat dan Kekeliruan’, halaman 11.

(3)

Al-Qalb6

Al-Qalb (kalbu) diertikan sebagai wadah untuk makrifat, suatu alat untuk mengetahui hal-hal yang bersifat Ilahiah. Ini dimungkinkan jika hati telah bersih sebersih-bersihnya daripada hawa nafsu, melalui pola hidup yang zuhud, warak dan zikir secara terus-menerus. Dengan demikian ilmu laduni atau ilmu Ilahi akan memancarkan cahayanya ke dalam hati, sehingga kalbu menjadi wadah untuk makrifat tersebut.

Al-‘aql7

Al-‘aql (akal) diertikan sebagai alat untuk mengetahui ilmu yang di amati daripada pancaindera atau daripada hal-hal yang zahir (lahir). Oleh sebab itu, tingkatnya berada di bawah tingkat al-Qalb. Menurut al-Ghazali, akal turut mempunyai dua pengertian. Pertama, bererti ilmu tentang hakikat sesuatu. Dengan demikian akal merupakan sifat ilmu yang terletak di dalam hati. Kerana itu, akal kadang-kadang di sebut ilmu. Hal ini wajar kerana ilmu itu hasil daripada akal. Kedua, akal sama ertinya dengan al- Qalb (kalbu) tetapi tidak sampai pada kalbu yang bererti roh, mengingati ilmu merupakan sesuatu yang sifatnya kebetulan. Secara ringkasnya perbezaan kedua-duanya adalah al-‘aql tidak dapat memperoleh pengetahuan sebenarnya. Sedangkan al-Qalb dapat mengetahui hakikat segala yang ada.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan8

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan

6 Drs. H. Kafrawi Ridwan, M.A…(et al). Ensiklopedia Islam. Jilid 4. Halaman 182-185

(4)

Referensi

Dokumen terkait

Manakala sumber internet tidak boleh lebih daripada 30% adalah kerana penggunaan sumber internet yang terlalu banyak mengurangkan nilai dan mutu sesuatu kertas kerja yang

Sumber data utama penelitian ini adalah pokok bahasan-pokok bahasan dalam kurikulum Madrasah Aliyah pada masa Orde Baru, terutama pokok bahasan-pokok bahasan yang berisi

Model optimasi ekonomi konversi energi panas bumi adalah model yang memaksimalkan harga daya bersih yang dihasilkan sumber.. Harga daya bersih yang dihasilkan sumber merupakan

Penilaian berbasis (HOTS) adalah cara berpikir pada tingkat yang lebih tinggi daripada menghafal, atau menceritakan kembali sesuatu yang diceritakan orang lain.

(b) melihat untuki setiap unsur institusi sekolah sesuatu yang baru atau inovatif,. (c) menggali sumber-sumber yang tersedia dan dapat dimanfaatkan,

Elemen-elemen dasar adalah bagian- bagian yang penting dan dibutuhkan yang mendasari sesuatu. Mengajar adalah upaya guru mengorganisasi atau mengatur lingkungan

R9 Penjaga Anak Tak Sah Taraf 5 / Jadual 1.0: Hasil Dapatan Umum bagi Masalah Sosial yang dihadapi oleh ATST yang dinamakan kepada Abdullah Sumber: Adaptasi daripada jadual

R9 Penjaga Anak Tak Sah Taraf 5 / Jadual 1.0: Hasil Dapatan Umum bagi Masalah Kemurungan yang dihadapi oleh ATST yang dinamakan kepada Abdullah Sumber: Adaptasi daripada jadual