• Tidak ada hasil yang ditemukan

Mazhab Pendiri dan dasar dasar ajaran Ma

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Mazhab Pendiri dan dasar dasar ajaran Ma"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

Pengantar Pengajian Islam

Skrip

Diajukan Kepada Al-Zuhri

Al-Zuhri, Singapura

UIKA, Bogor, Indonesia

Disusun oleh :

Nursyazana Abd Aziz

S8811019F

Di Bawah Bimbingan:

(2)

A.

Mazhab (Pendiri dan dasar-dasar ajaran Mazhab)

Sejarah hidup Imam

Syafi’i

Nama sebenar Imam Syafi’I ialah Abu Abdullah, Muhammad ibnu Idris bin Abbas bin Usman bin

Syafi’i bin Saaib bin ‘Abiid bin Abdu Yazid bin Hasim bin Muthalib bin Abdu Manaf. Beliau dilahirkan pada tahun 150 dan wafat pada tahun 204 H. Imam Syafi’I dilahirkan didaerah Ghazza, Syam berketurunan Quraisy dan nasabnya bertemu dengan Rasulullah pada datuknya. Ayahnya meninggal ketika beliau masih kecil dan dibawa oleh ibunya ke Makkah. Ketika beliau berusia tujuh tahun, beliau sudah hafal Al-Qur’an dan hadits-hadits. (Agus sanrosad, a. F. ,2011).

Pemikiran Imam Syafi'i

Cara pemikiran Imam Syafi’I dipengaruhi oleh keaadan masyarakatnya pada ketika itu. Sehingga munculnya dua golongan dalam mazhabnya ialah: qaul qadim (mazhab lama) dan qaul jadid (mazhab baru). “ Menurut para ahli sejarah fiqih, mazhab qadim Imam Syafi’I dibangun di Irak pada tahun 195

H.” (Asroruddin, 2015) Selain itu, isu seperti pluralisme berlaku dan ia telah mempengaruhi

kematangan pemikiran Imam Syafií. Pemikiran-pemikiran baru Imam Syafi’i dimuat dalam bukunya Al-Umm. Setelah itu, beliau menetap di Baghdad selama tiga tahun dan ketika itu, cara pemikirannya bertukar lebih bersifat pengembangan yang global terhadap masalah-masalah furu’iyah. Selepas itu, beliau pindah ke Mesir pada tahun 199 H dan akhirnya wafat pada tahun 204 H. Sebelum

pemergiannya, dia telah menulis dan menyemak semula buku-buku yang ditulis olehnya seperti

(3)

Cara pemikiran Imam Syafi'i dalam menetapkan hukum

Mazhab Syafi’iyah dikenali sebagai salah satu mazhab ahli Ahli Al Sunnah wal Jama’ah. Beliau lebih cenderung kepada Al-Hadits daripada Ahl al-Ra’yu kerana pengalaman dalam mendalami ilmu Islam daripada gurunya iaitu Imam Malik dan seorang lagi guru Muhammad Ibn al-Hassan (seorang murid kepada Imam Abu Hanifah). Disebabkan oleh kedua guru inilah, beliau tergolong dalam kelompok Ahl Hadits. Akan tetapi dalam bidang fiqih, banyak pemikirannya terpengaruh oleh kelompok Ahl

al-Ra’yu. (Asroruddin, 2015)

Di dalam permasalahan aqidah, beliau akan menjadikan Al-Qur’an dan Sunnah sebagai landasan sumber hukumnya dan menggunakan dalil-dalil dari keduanya sebagai hujjah dalam pembahasan jika dia menghadapi penentangnya ( terutama ahli kalam). Allah telah memerintah umatnya untuk

mengikuti perintahnya melalui Al-Qur’an dan Al-Hadits. Beliau akan menggunakan dalil Sunnah jikalau tidak menemukan dalil dikehendaki didalam Al-Qur’an. Selain daripada itu, beliau juga

mengistinbatkan hukum melalui ijma' jikalau tidak menemui hukum syariah didalam kedua dalil-dalil utama Islam iaitu Al-Qur’an dan Al-Hadits. Sama halnya juga dengan Mu'az binJabal ketika ditanya oleh nabi: "Dengan apa kamu memutuskan sesuatu?", kemudian jawabnya: "Saya memutuskan sesuatu dengan Kitab Allah. Jika tidak didapati di dalamnya maka dengan sunnah rasulullah, dan jika tidak didapatkan lagi maka saya berijtihad dengan akal.”(H.R ) Hukum yang terakhir digunakan olehnya ialah hukum qiyas atau ijtihad, apabila dalam ijma' tidak juga ditemukan hukumnya. Akan tetapi Imam Syafi'i menolak dasar istihsan dan istislah sebagai salah satu cara menetapkan hukum Islam.

(4)

Sejarah hidup Imam Hambali

Nama lengkapnya ialah Ahmad bin Hambal bin Hilal bin Usd bin Idris bin Abdullah bin Hayyan ibn

Abdullah bin Anas bin Auf bin Qasit bin Mazin bin Syaiban. Beliau dilahirkan di Baghdad, Irak pada tahun 164 H/780 M dan wafat pada tahun 241H (Asroruddin, 2015) Ayahnya meninggal dunia ketika beliau masih kecil dan pada usia 15 tahun, dia telah menghafal Al-Qur’an dan mahir dalam bacaan dan tulisan. Beliau amat minat dalam ilmu hadits sejak kecil bahkan sanggup untuk merantau ke Syam untuk mempelajari dengan lebih mendalam dari Imam Ahmad bin Hambal.

Selain dari itu, beliau juga telah menjadi guru kepada anak muridnya yang juga termashyur seperti Imam Bukhari, Muslim, AbuDaud, Nasai, Tirmidzi,Ibnu Majah, Imam Asy-Syafi’i dan sebagainya. Guru-guru yang telah mendidik cukup hebat seperti "Ismail bin Ja'far, Abbad bin Abbad Al- Ataky, Umari bin Abdillah bin Khalid, Imam Hasyim bin Basyir bin Abi Hazim Al-Wasithi, Husyaim bin Basyir bin Qasim bin Dinar As-Sulami" dan sebagainya. (Wahyuningrum, 2010) Beliau antara ulama yang paling beruntung kerana boleh mempelajari ilmu fikih dari tiga mazhab yang termasyhur seperti Abu Hanifah (Imam Hanafi), ImamSyafi'i dan Imam Maliki. Bahkan beliau mengambil kesempatan untuk melakukan penyemakan dari mazhab - mazhab sebelumnya dan mengembangkan gaya qiraat (tidak suka dengan qiraat yang terlalu berlebihan memanjang). Selain menguasai Tafsir Al-Qur’an, beliau pun ahli dalam ilmu Al - Nasikh wal Mansukh. Terdapat pelbagai buku karayaan Imam Ahmad bin Hanbal telah ditinggalkan olehnya seperti Kitab Al Musnad Al – Kabir, Kitab at - Tafsir, Kitab an - Nasikh wa al – Mansukh, Kitab at – Tarikh, Kitab Hadist Syu’bah dan sebagainya.

Dasar Pemikiran Imam Hambali

Beliau mengistinbatkan hukum adalah berpegang pada Al –Qur’an atau hadits (marfu’, mursal,

diriwayatkan oleh tabi’in, Doif , Fatwa dan “ pendapat sebagian sahabat (baik yang disepakati maupun diperselisihkan)dan mereka yang lebih dekat pada Al - Qur-an dan hadits, di antara fatwa yang

berlawanan sahabat dengan syarat benar-benar terjadi. Lalu pendapat sahabat yang diketahui terdapat

(5)

Filosof Al-Khindi (Jiwa dan Kenabian)

Al Khindi

Nama sebenarnya ialah Abu Yusuf Ya’qub Al-Khindi(digelar sebagai Al-Khindi kerana dihubung kait dengan kabilah Arab Kindah) dan dikenali sebagai filosof islam yang pertama dan juga ilmuan dalam bidang kedokteran. Berketerunan Qahthan dan dilahirkan di Kufah (Arab Asli) dan boleh berbahsa dalam Bahasa Arab dan Yunani. Walaupun ayahnya meninggal dunia pada usianya masih kecil, dia tidak sekali pun patah semangat bagi menimba ilmu. Pelbagai ilmu dipelajari olehnya seperti agama,filsafat, logika, matematika, musik, astromi, fisika, kimia, geografi, kedokteran dan teknik mesin. (Setiawan, 2012)

Jiwa

Menurut Al Kindi, jiwa adalah sesuatu yang tidak tersusun, sempurna dan penting. Hubungan roh dengan Tuhan boleh diibaratkan sama seperti isi dengan kuku. Selain itu jiwa bersifat spiritual, Ilahiah, terpisah dan berbeda dari tubuh. Roh terpisah dari badan dan mempunyai wujud sendiri. Maka jika jasad ingin membuat sesuatu perbuatan buruk, jiwa akan melarang dan menahan nafs yang buruk. (Setiawan, 2012)

Kenabian

Nabi mempunyai derajat pengetahuan yang tertinggi dalam kalangan manusia. Oleh kerana itu, hanya nabi sahaja yang memahami ilmu alam ghaib dan ketuhanan melalui wahyu. Bahkan manusia biasa tidak akan boleh memahami lebih mendalam mengenai alam ghaib selain nabi. Ilmu pengetahuan manusia mempunyai batas kerana pemahamannya mengenai ilmu agak cetek dan belum ada keyakinan yang teguh terhadap wahyu Tuhan. Hanya nabi sahaja yang berkeyakinan tinggi terhadap wahyuNya

(6)

Filosof Ibn Sina filsafat jiwa, wahyu dan nabi-nya

Ibn Sina

Nama sebenarnya ialah Abu Ali al-husein ibn Abdullah ibn al-Hasan ibn Ali ibn Sina. Dilahirkan di desa Afsyanah, dekat Bukhara, Transoxiana (persia utara) pada 370H. Pada seusia 10 tahun, beliau te-lah menghafal Al-Qur’an, sebagian besar sastra arab, dan kitab metafisika karangan aristoteles setelah di bacanya empat puluh kali(setelah membaca keterangan Al-Farabi). (Taufik, 2012)

Jiwa

Jiwa merupakan sesuatu sumber rahsia bagi menyimpan perasaan dan fikiran seseorang. Menurut Ibn Sina jiwa terbahagi kepada tiga iaitu:

• Jiwa tumbuhan n (al-nafs al-nabatiyah)

daya makan, daya tumbuh dan daya berkembang biak

• Jiwa binatang (al-nafs al-hayawaniyah)

daya bergerak: marah,syahwat dan berpindah tempat dan daya menangkap: penggunaan indera batin

• Jiwa manusia (al-nafs al-Nathiqah)

daya fikiran 1) daya praktis (mengawal badan manusia, sehingga hawa nafsu yang terdapat dalam badan

tidak menghalangi berkembangnya daya teoritis.)

2) daya material (a) Akal mempunyai potensi untuk berpikir

(b)Al-aql bi al-malakah pemikiran akal dilatih secara abstrak (c) Al-aql bi al-fi’- berfikir tentang 10 hal-hal abstrak (d) Al mustafad- kemampuan untuk berfikir secara abstrak.

Akal teoritis ada empat tingkat iaitu

✓ Akal Materiil, berpotensi

✓ Akal bakat iaitu akal yang kesanggupannya berfikir secara murni abstrak telah mulai nampak,

✓ Akal actual iaitu akal yang telah terlatih untuk menangkap erti-erti murni

✓ Akal perolehan iaitu tingkat akal yang tertinggi dan terkuat dayanya, iaitu akal yang didalamnya erti-erti abstrak tersebut selamanyan sedia untuk dikeluarkan dengan

(7)

(akal kesepuluh).

Menurut penjelasan Ibn Sina, akal aktif adalah menejelaskan sifat seseorang bergantung pada jiwa mana dari ketika jiwa itu yang berpengaruh pada dirinya. Jika jiwa binatang dan

tumbuh-tumbuhan yang berkuasa pada dirinya, dia disifatkan berkelalukan binatang, Atau ia adalah sebaliknya, jiwa sifat dominan akan memberi kesan kepada sifat peribadinya itu. Maka sifatnya itu bakal

mempengaruhi perbuatan amalan baik atau buruknya. Ia juga akan menentukan jikalau dia akan masuk ker syurga atau neraka diatas sifat yang akan mempengaruhi amalannya kelak. (Taufik, 2012)

Kenabian

Menurut Ibn Sina, manusia tidak boleh hidup tanpa teman demi memenuhi keperluan kehidupan sehar-ian dan berbeza dari haiwan(manusia mempunyai akal dan binatang tidak berakal). Bahkan setiap indi-vidu memainkan berlainan peranan dalam masyarakat, tiada indiindi-vidu yang memainkan peranan yang sama. Oleh kerana itu, ibn Sina menegaskan bahawa keharusan adanya seorang nabi dalam sesebuah ummah dalam hal keutamaan dan keunggulan pada segenap wujud (yang berdiri sendiri atau tidak berdiri sendiri). Seorang nabi mempunyai intelektual-spiritual yang kualitas tinggi akan tetapi sifat-sifat ini tidak mungkin terselah dalam keperibadian manusia biasa.

Pentingnya gejala kenabian dan wahyu ilahi merupakan sesuatu yang oleh Ibnu Sina telah diusahakan untuk dibangun dalam “empat tingkatan : intelektual, “imajinatif”, keajaiban, dan sosio politis. Total i-tas keempat tingkatan ini memberi kita petunjuk yang jelas tentang motivasi, watak dan arah pemikiran keagamaan. Akal manusia terdiri empat macam iaitu akal materil(al hads: intuisi bentuk akal tertinggi dan didapati hanya pada nabi), akal intelektual, akal aktuil, dan akal mustafad. Dari keempat akal ter-sebut tingkatan akal yang terendah adalah akal materiil.” (Taufik, 2012)

Wahyu

(8)

Aliran

Ajaran-ajaran

Mu’tazilah

Mu’tazilah menggunakan aliran teologi berlandasan pemahaman dan pergerakan mereka seperti mengadopsi faham qodariyah iaitu kefahaman yang mengingkari taqdir Allah; dan menjadikan akal sebagai satu-satunya sumber dan metodologi pemikirannya. Menurut buku “al-mausu’ah al-muyassarah

fi’ladyânwa’lmadzâhibwa’lahzâb al-mu’âshirah”mu’tazilah mempunyai dua buah pemikiran yang menyimpang (mubtadi’),iaitu pertama, pemikiran bahwa manusia punya kekuasaan mutlak dalam memilih apayang mereka kerjakan dan mereka sendirilah yang menciptakan pekerjaan tersebut. Keduan, pemikiran bahwa pelaku dosa besar bukanlah orang mu’min tetapi bukan pula orang kafir, melainkan orang fasik yang berkedudukan diantara dua kedudukan mu’min dan kafir (manzilatun

baina’lmanzilataini)”. (Purwanto, 2012)

Tokoh-tokoh Mu'tazilah

Menurut tokoh Mu’tazilah bahawasanya manusia yang menciptakan perbuatannya. Kefahaman

Mu’tazilah yang memberikan kebebasan dan berkuasanya manusia dipengaruhi oleh tokonya iaitu Wasil bin Atha. Menurutnya, Allah s.w.t adalah Adil dan tidak boleh menyifatkanNya sebagai keji dan berlaku zalim terhadap hambaNya. Bahkan manusia dibalas ganjaran dan dihukum yang setimpal mengikut amalan mereka dan semuanya berlaku keatas kehendak manusia sendiri.

Al-Qadh Abd Al-Jabbar juga mempunyai pendapat yang sama. Ia dimana Menurutnya, perbuatan manusia adalah atas kehendak masing-masing dan bukan perbuatanNya. Oleh kerana itu jika seseorang itu murtad atau sebaliknya, ia berdasarkan pilihan sendiri. Maka Allah telah mengutuskan para rasul dan nabi sebagai pembimbing supaya manusia boleh membuat pilihan yang bijak iaitu mengikut perintahNya dan menjauhi laranganNya.

(9)

Ajaran-Ajaran Asy'ariyah

Pengasasnya iaitu Abu al Hasan al Asy`ary. Beliau telah mempraktikan teologi mu’tazilah selama 40 tahun. Akan tetapi setelah mendalami ilmu Al-Qur’an dan hadits, beliau mendapat hidayah daripadaN-ya dan keluar dari mazhab Mu’tazilah kerana keraguan terhadpa ajarannya. “Asy’ariyah dinisbatkan kepada pemahaman Abu Hasan Al-Asy’ari. Nama asli beliau adalah `Ali bin Isma`il binAbi Bisyr Ishaq bin Salim bin Isma`il bin Abdullah bin Musa bin Bilal bin Burdah bin Musa Al Asy`ary, lebih dikenal dengan Abu Al Hasan AlAsy`ary. Dilahirkan pada tahun 260 Hijriyah atau 875 Masehi.” (Rofa Yulia Azhar, 2010) Beliau mengikut ajaran mu’tazilah sejak kecil. Bahkan beliau mendalami ilmu Al-Qur’an dan Hadits. Pemikirannya berubah apabila dia menemui salaf bernama al Barbahari. kembali ke Metod pemikirannya dikenali sebagai Salafu Ahli As Sunnah wa Al Jama`ah dan merumuskannya dalam tiga kaidah seperti berikut:

a) Memberikan kebebasan mutlak kepada akal sama sekali tidak dapatmemberikan pembelaan ter-hadap agama. Mendudukkan akal seperti inisama saja dengan merubah aqidah. Bagaimana mungkin aqidahmengenai Allah dapat tegak jika akal bertentangan dengan wahyu.

b) Manusia harus beriman bahwa dalam urusan agama ada hukum yangbersifat taufiqi, artinya akal harus menerima ketentuan wahyu. Tanpaadanya hukum yang bersifat taufiqi maka tidak ada nilai keimanan.

c) Jika terjadi pertentangan antara wahyu dan akal maka wahyu wajibdidahulukan dan akal ber-jalan dibelakang wahyu. Dan sama sekali tidakboleh mensejajarkan akal dengan wahyu apalagi mendahulukan akal ataswahyu.Adapun manhaj Abul Hasan dalam memahami ayat (tafsir)

ada-lahsebagai berikut:

a. Menafsirkan ayat dengan makna zahir tanpa menta`wilkan kacuali ada dalil.

b. Menjelaskan bahwa Allah menurunkan Al Quran dalam bahasa Arab,untuk itu dalam me-mahami Al Quran harus berpegang pada kaidah-kaidah bahasa Arab.

c. Menafsirkan ayat dengan berpedoman kepada asbabun-nuzul dari ayat tersebut

d. Menjelaskan bahwa isi ayat Al Quran ada yang umum dan ada yangkhusus, kedua-duanya harus ditempatkan pada kedudukannya masing-masing.

(10)

2010)

Tokoh-tokoh Asyariyah

Muhammad Ibn al-Thayyib Ibn Muhammad Abu Bakr al-Baqillani

Salah satu murid Al-Asy’ari iaitu Ibn Mujahid dan Abu Al-Hasan Al- Bahili dan wafat wafat di Bagdad pada tahun 1013 Masehi. Ajrarannya berlainan dengan gurunya seperti Allah itu bukan sifat melainkan hal. Selain itu juga,pendiriannya berbeza mengenai perbuatan manusia seperti “man u-sia mempunyai sumbangan yang efektif dalam perwujudan perbuatannya.Yang diwujudkan Tuhan ialah gerak yang terdapat dalam diri manusia,adapun bentuk atau sifat dari gerak itu dihasilkan oleh manusia itu sendiri.” (Rofa Yulia Azhar, 2010) Pemikirannya terarah kepada extrim dalam pendapat dan pembelaan seperti menggunakan bukti-bukti dari pelbagai penularan akal dan menghasilkan pel-bagai konklusi. Asalkan tidak bercanggah dengan konklusi yang dicapainya dan pemikiran yang dihasilkannya. .” (Rofa Yulia Azhar, 2010)

Abd al-Malik al-Juwaini

Dikenali sebagai Al-Haramain. Pola pemikirannya hampir sama seperti Al-Baqillani yang kebanyak-kan ajarannya bertentangan dengan ajaran Al-Asy’ari. “Misalnya Tangan Tuhan diartikan (ta’wil) kekuasaan Tuhan, mata Tuhan diartikan penglihatan Tuhan dan wajah Tuhan diartikan Wujud Tuhan, sedangkan mengenai Tuhan duduk diatas takhta kerajaan diartikan Tuhan berkuasa dan Maha Tinggi. Mengenai soal perbuatan manusia, ia mempunyai pendapat yang lebih jauh dari Al-Baqillani.

(11)

Maqomat

Pengertian dan kefahamanya Al Mahabbah

Dikenali sebagai cinta dan berasal dari Bahasa Arabأحب , أحي , مححة, bererti mencintai secara

mendalam. Menurut Jamil, Mahabbah (cinta) adalah lawan dari kata alBaghd (benci). Selain itu, ia juga bererti alWadud, (penyayang) seperti rasa cinta kepada keluarga dan sebagainya untuk memenuhi keperluan bersifat material ataupun spiritual. Tingkat mahabah paling tertinggi ialah usaha seseorang demi mencapai tingkat kerohanian dengan bersungguh cinta kepada Tuhan. Di dalam aliran tasawwuf sufi, ia lebih dikenali sebagai cinta yang mendalam kepada Tuhan dan tidak mengharapkan apa-apa balasan.

"Al-Qusyairi menafsirkan mahabah seperti berikut: “Al-Mahabbah merupakan hal (keadaan) jiwa yang mulia yang bentuknya adalah disaksikan nya (kemutlakan) Allah Swt oleh hamba, selanjutnya yang dicintainya itu juga menyatakan cinta kepada yang dikasiha-Nya”.”””( )

(12)

Tokoh Mahabah -

Rabi’ah

Al Adawiyah

Nama lengkapnya adalah Rabiah al-adawiyah binti ismail al Adawiyah al Bashoriyah, juga digelari

Ummu al-Khair. Ia lahir di Bashrah tahun 95 H, disebut Rabi’ah karena ia puteri ke empat dari anak-anak Ismail. Beliau adalah seorang yang telah menghafal Al-Qur’an sejak kecil dan kuat beribadah. Dikenali sebagai pengasas tasawuf mahabbah (penyerah diri kepada Tuhan) dan tujuaannya ialah untuk mencintai Allah s.w.t. Ibadah yang dilakukan oleh individu itu hanya terdorong kerana cinta kepadaNya dan bukan membuatnya kerana perintahNya atau jauhi laranganNya. Kecintaan terhadap Allah s.w.t adalah wajib dan harus menjauhi diri daripada cinta duniawi supaya dapat merasai jiwa yang tenang dan khusyuk terhadapNya tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Dia menjalani kehidupannya penuh dengan zikir, tilawah dan wirid. Selain itu, dia akan menolong ahli sufi jika dia ingin meminta restu dan fatwa daripadanya. Cintanya bagai keabadian kepada PenciptaNya dan menjadikan dia sebagai seorang hamba yang redha atas amalan-amalan dibuat olehnya.

Al Ma'rifah

Pengertian & kefahamanya

Dari segi bahasa, ma’rifat berasal dari kata افرع , فرعي , فرع, bererti pengetahuan atau pengalaman dari segi rahasia hakikat agama. Ma’rifat adalah pengetahuan yang bersifat batin dan jika ia didasarkan pada pandangan bahwa akal manusia sanggup mengetahui hakikat ketuhanan dan segala yang maujud berasal dari yang satu. (Haris, 2012)

Ma’rifat adalah salah satu tingkatan dalam tasawuf yang diertikan sebagai pengetahuan mengenai Tuhan melalui hati sanubari. Menurut Harun Nasution, ma’rifat menggambarkan hubungan rapat dalam dalam bentuk pengetahuan, dan hati sanubari sehingga boleh melihat Tuhan. Kaum Sufi sering berkata

1. Kalau mata yang terdapat dalam hati sanubari manusia terbuka, maka mata kepalanya akan ter-tutup, dan ketika itu yang dilihatnya hanya Allah.

2. Ma’rifat adalah cermin dimana refleksi dilihat olehnya hanya Allah.

(13)

Ma’rifat adalah mengetahui rahasia Tuhan dengan menggunakan hati sanubari dan qalb meru-pakan alat untuk merasa, juga alat untuk berpikir. Bedanya qalb dengan akal ialah bahwa akal tak bisa memperoleh pengetahuan yang sebenarnya tentang Tuhan, sedangkan qalb bisa mengetahui hakikat dari segala yang ada. Jika dilimpahi cahaya Tuhan, qalb bisa mengetahui rahasia-rahasia Tu-han. Qalb yang telah dibersihkan dari segala dosa dan maksiat melalui serangkaian zikir dan wirid secara teratur akan dapat mengetahui rahasia-rahasia Tuhan karena qalb yang bersangkutan telah dis-inari cahaya Tuhan. (Haris, 2012)

Proses sampainya qalb pada cahaya Tuhan ini erat kaitannya dengan

kon-sep takhalli, tahalli, tajalli. Takhalli yaitu mengosongkan diri dari akhlak yang tercela dan perbuatan maksiat melalui taubat. Hal ini dilanjutkan dengan tahalli yaitu menghiasi diri dengan akhlak yang mulia dan amal ibadah. Sedangkan tajalli adalah terbukanya hijab sehingga tampak jelas cahaya Tuhan. Tajalli juga bisa diartikan: Siapa pun yang mendapat tajalli dari Allah, maka dia mampu menangkap nur Ilahi. Dia lalu meretas jalan menuju ma’rifat dan mampu menyelami dunia batin karena sifat keba-ruannya telah fana. Dia pun sampai kepada maqam HaqqulYaqin. (Haris, 2012)

Kutipan tersebut menunjukkan dengan jelas bahwa tajalli adalah jalan untuk mendapatkan ma’rifat setelah melampaui proses al-fana, yaitu hilangnya sifat-sifat dan rasa kemanusiaan karena melebur pada sifat-sifat Tuhan. Alat yang digunakan untuk mencapai tajalli adalah hati, yaitu hati yang telah mendapatkan cahaya dari Tuhan.

Dengan limpahan cahaya Tuhan itulah manusia dapat mengetahui rahasia-rahasia yang ada pa-da Tuhan. Dia lalu bisa mengetahui hal-hal yang tipa-dak diketahui oleh manusia biasa. Orang yang supa-dah mencapai ma’rifat bisa berhubungan langsung dengan sumbar ilmu yaitu Allah. Dengan hati yang telah dilimpahi cahaya, seseorang bagaikan memiliki antena parabola yang mendapatkan pengetahuan lang-sung dari Tuhan. (Haris, 2012)

(14)

Tokoh Al

Ma’rifah

-

Abu Hamid al-Ghazali

Dilahirkan pada tahun 405 H/ 1058 M di kota Tush iaitu kota kedua setelah Naisabur di daerah Khura-san (timur laut negara Iran). Nama sebenarnya ialah Muhammad ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Ahmad al-Thusi .Gelarannya paling terkenal adalah Hujjah al-Islam dan Zain al-‘Arifin karena ia men-jadikan tasawuf sebagai hujjahnya. Menurutnya, ma’rifat adalah: “Tampak jelasnya rahasia-rahasia ketuhanan dan pengetahuan,iaitu soal ketuhanan yang mencakup segala yang ada dan memandang kepada wajah (rahasia) Allah.(Haris, 2012)

Menurut Al-Ghazali, orang yang mempunyai ma’rifat tentang Tuhan (arif),tidak akan me-manggil Tuhan dengan panggilan seperti Ya Allah. Ia kerana diibaratkan meme-manggilNya dibelakang tabir. Selain itu, ma’rifat ada terlebih dahulu daripada mahabbah karena mahabbah muncul dari ma’rifat.(Harris, 2012) Mahabah yang disebutkan oleh Al-Ghazali berbeza dengan pemahaman Rabi’ah al Adawiyah(cinta seorang kepada yang berbuat baik kepadanya, cinta yang timbul dari kasih dan rah-mat Tuhan kepada manusia yang memberi manusia hidup, rizki, kesenangan, dan lain-lain). (Harris, 2012) Seorang sufi telah mencapai tingkatan yang tinggi apabila telah memperolehi ma’rifat dan ma-habbah.. Dan, pengetahuan yang diperoleh dari ma’rifat lebih tinggi mutunya daripada pengetahuan yang diperoleh dengan akal. (Haris, 2012)

(15)

Keistimewaan ajaran Islam

"Apakah selain dari agama Allah yang mereka masih tercari-cari sedangkan segala yang ada di langit

dan di bumi telah Islam (menyerah diri) kepadaNya dengan rela hati dan terpaksa. Dan kepadanyalah mereka dikembalikan." (Surah Aali-Imran:83) Islam adalah satunya agama yang benar maka keseluruh agama yang tidak menepati hukum syariah Islam dianggap terseleweng serperti Dinamisme, Animisme, Politeisme, Hindu, Budha, Nasrani dan sebagainya. Pelbagai agama akan mengakui bahawanya mereka hanya menyembah yang satu tetapi melalui persembahan berhala dan sebagainya sebagai tanda

beribadah kepada tuhan. Jika dilihat sekilas pandang, tiada agama lain yang seadil seperti Islam dalam menjaga kebajikkan individu, perhubungan antara sesama muslim dan mengejarkan akhirat tempat abadi. Walaupun ada agama yang melarang kebendaan dunia dan hanya fokus kepada alam akhirat, ia telah melanggar keperluan asas manusia seperti menahan nafs seperti bernikah, membina keluarga dan sebagainya.

Mengapakah Islam dianggap sebagai agama yang benar dan sesuai bagi fitrah manusia? Hal ini

sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW., yang berbunyi: “Tidaklah anak yang dilahirkan itu kecuali telah membawa fitrah (kecenderungan untuk percaya kepada Allah), maka kedua orang tuanyalah yang menjadikan anak tersebut beragama Yahudi, Nasrani, Majusi” ( HR. Muslim) Agama seseorang

individu akan tercorak apabila anak itu dipengaruhi oleh keadaan sekelilingnya seperti keluarga, kawan dan sebagainya. Dari kecil lagi, anak itu kecenderung untuk percayakan kepada Allah.

Selain daripada itu, bukti keistimewaan Islam daripada agama-agama yang lain ialah mengenai Rukun Islam dan Rukun Iman seperti berikut:

1. Mengucap dua kalimah syahadah (termasuk kepercayaan kepada Allah dan RasulNya)

Kepercayaan kepada Allah dan Rasul sebagai utusanNya. Hal ini berkaitan dengan aqidah dan bersifat ghaib. Maka seseorang individu itu harus menyerahkan dan menyembah kepadaNya. Jadi, iman kepada yang ghaib merupakan salah satu sifat terpenting bagi orang-orang mukmin yang dipuji oleh Allah

(16)

dan agama adalah mendahulukan akal dan nafsu daripada sumber wahyu.

2. Melalukan Ibadah (Mendirikan solat ,menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji dan sebagainya) Seorang muslim digalakkan melakukan ibadah seperti solat, puasa dan puasa untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Ibadah seperti ini tidak memerlukan penyembahan berhala seperti agama-agama yang lain. Selain daripada beribadah kepada Allah s.w.t untuk mendekatkan diri kepadaNya,

Allah juga menganjurkan umatNya untuk mengeratkan silaturrahim. Seperti firman Allah s.w.t

“Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu” (Surah an-Nisaa’, ayat 1) Islam adalah agama memelihara hubungan antara manusia dengan Pencipta dan sesama manusia.

3. Beriman kepada Kitab-Kitabullah

Islam mengambil berat mengenai aqidah dan akhlak bahkan kesemua kitab yang diwahyukan kepada rasul-rasulNya yang lain membawa pelajaran yang sama. Akan tetapi, manusia pada zaman tersebut seperti agama Nasrani dan sebagainya telah mengubah teks kitab suci mengikut cita rasa mereka. Allah telah berfirman “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Qur’an dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.” (Al-Hijr: 9). Ayat ini menerangkan bahawasanya Al-Qur’an adalah kitab terakhirNya sebagaimana Dia telah mengutuskan rasul terakhirNya bagi ummat seterusnya dan

memeliharaNya sehingga hari Qiamat. Sebagai seorang muslim, jika menghadapi sesuatu masalah, dia harus merujuk kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah sebagai landasan solusinya. Selain daripada golongan muslim, penganut daripada agama lain lebih cenderung menggunakan aql dan hawa nafsu bagi

penyelesai masalah. Al-Qur’an dan As-Sunnah seharusnya dijadikan sebagai buku rujukkan untuk menjadi seorang muslim yang soleh atau muslimah yang soleha. Ia kerana terdapat pelbagai ilmu

didalam keduanya seperti mengenali penciptaNya, syariah Islam, kewujudannya, hidup di akhirat dan sebagainya. Islam adalah agama yang bukan eklusif bahkan ia mengundang semua umat manusia untuk

memeluki agama Islam. Ia juga sesuai untuk semua zaman sama ada zaman Rasulullah s.a.w hingga ke dunia Qiamat.

(17)

dikehendaki olehNya. Bahkan sebelum manusia dilahirkan di dunia, Allah telah menetapkan empat perkara baginya iaitu: umur, rezeki, jodoh dan amal. Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud ra. Katanya: Telah menceriterakan kepada kami Rasulullah saw ( orang yang selalu benar dan dibenar kan) :”Sesungguhnya salah seorang dari kamu sekalian dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama empat pulah hari berupa air mani. Kemudian menjadi segumpal darah dalam waktu empat puluh hari. Kemudian menjadi segumpal daging dalam waktu empat puluh hari. Lalu diutus seorang malaikat kepada janin tersebut dan ditiupkan ruh kepadanya dan malaikat tersebut diperintahkan untuk

menuliskan empat perkara, yaitu: menulis rizkinya, batas umur-nya, pekerjaannya dan kecelakaan atau kebahagiaan hidupnya”. Jika dia adalah seorang beriman, dia akan percaya pada Qada’ dan Qadr kerana Dia yang Maha Kuasa. Akan tetapi ia tidak bermakna bahawasanya Allah menyekat perbuatan seseorang manusia untuk berbuat baik ataupun jahat. Kesemua perbuatan manusia dilalukan

(18)

Works Cited

(n.d.). Retrieved from http://syadz07.blogspot.sg/2012/08/aliran-mahabbah-dan-marifah-tokoh-dan.html

AGUS SANROSAD, A. F. (2011). Scribd. Retrieved from

https://www.scribd.com/doc/133065316/Makalah-Imam-Syafi-i-Dan-Cara-Pengambilan-Hukumnya-Catatan-Mahasiswa-Syari-Ah

Barsihannor. (2010). Retrieved from Al Fikr: http://www.uin-alauddin.ac.id/download-11.Barsihannur.pdf

Haris, A. (2012, August 15). blogspot. Retrieved April 04, 2015, from

http://syadz07.blogspot.sg/2012/08/aliran-mahabbah-dan-marifah-tokoh-dan.html

Hilmi Faizah, W. H. (2011). scribd. Retrieved from https://www.scribd.com/doc/96770642/Untitled Nazar, A. (2014). Scribd. Retrieved from

https://www.scribd.com/doc/258981972/Mu-Tazilah-Jabariyah-Qadariyah

Purwanto, A. N. (2012). scribd. Retrieved from https://www.scribd.com/doc/177117011/Makalah-Aliran-Mu-Tazilah

Rofa Yulia Azhar, M. R. (2010, March 28). Retrieved from

https://www.scribd.com/doc/220667408/Aliran-Asy-Ariyah-Dan-Maturidiyah Setiawan, A. (2012). blogspot. Retrieved march 29, 2015, from

http://makalah88.blogspot.sg/2012/01/al-kindi.html

Syarifudin. (2009). scribd. Retrieved from https://www.scribd.com/doc/151221548/Asy-Ariyah

Taufik. (2012, December 1). blogspot. Retrieved April 5, 2015, from http://taufikirfan007.blogspot.sg/ Wahyuningrum, R. K. (2010). Scribd. Retrieved from

Referensi

Dokumen terkait

Sesuai dengan hasil penelitian menunjukkan bahwa jumlah spesies kumbang elaterid yang ditemukan di kawasan hutan pada lanskap TNBD lebih tinggi dibandingkan dengan di Hutan

Tujuan penelitian ini adalah untuk menganalisis hubungan antara praktik pemberian makan, perawatan kesehatan dan kebersihan anak dengan kejadian stunting pada anak

Yang dimaksudkan dengan masyarakat plural dalam tulisan ini, adalah masyarakat majemuk yang ditandai adanya beragam suku bangsa, agama, budaya atau adat istiadat.. Kondisi masyarakat

Responden yang tidak tahu kalau remaja dapat menjadi hamil walaupun hanya sekali melakukan hubungan seksual banyak dijumpai di Provinsi Sulawesi Tengah (63,1 persen) dan

´'DODP mencapai efektivitas pelaksanaan tugas pengelolaan sampah di Kecamatan Limapuluh Kota Pekanbaru memerlukan komunikasi dua arah antar sesama pegawai, dengan

Beberapa informasi yang harus didapatkan seperti informasi yang mendalam mengenai keluhan yang dirasakan sangat dibutuhkan untuk membantu menegakan diagnosis,

1) Pada pemeriksaan vaginal, kanalis servikalis dan jaringan dapat diraba dalam kavum uteri atau kadang-kadang sudah menonjol dari ostium uteri eksternum. 2) Perdarahan