• Tidak ada hasil yang ditemukan

C Rancangan Pendidikan Individu sejarah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "C Rancangan Pendidikan Individu sejarah"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI)

1.0 PENGENALAN

Rancangan Pendidikan Individu (RPI) merupakan satu program pendidikan khas secara individu yang dirancang secara bertulis bagi menilai pencapaian kanak-kanak khas secara berterusan. RPI ialah sebuah kontrak yang mendokomenkan program pembelajaran dan perkhidmatan khas yang disediakan oleh satu pasukan kepada setiap murid yang telah diputuskan memerlukan perkhidmatan pendidikan khas.

RPI mengandungi maklumat prestasi murid terkini, matlamat dan objektif pembelajaran, jenis perkhidmatan pembelajaran khusus yang perlu disediakan, perkhidmatan sokongan, penentuan lokasi, jangka masa perkhidmatan yang bersesuaian dan menyatakan bentuk penilaian untuk menentukan keberkesanan perkhimatan (Stickland & Tumbull 1990).

Westwood (1983) menyatakan RPI adalah satu proses yang memerlukan perundingan dan kolaborasi antara guru kelas, guru pendidikan khas, ibubapa, guru besar dan para pakar perubatan dengan mengambil kira beberapa perkara

seperti:- Kekuatan dan kelemahan murid-murid tersebut.  Matlamat jangka panjang dan objektif jangka pendek.

 Jangka masa yang ditetapkan bagi mencapai sesuatu objektif dengan tujuan menilai keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.

 Tanggungjawab setiap individu dalam melaksanakan dan pengawasan dalam program RPI.

Ini menunjukkan bahawa RPI berfungsi sebagai satu alat atau instrumen untuk menentukan kerjasama dan kolaberasi antara sekolah, ibubapa, muird itu sendiri dan jika perlu, dengan Pegawai Pendidikan Daerah, dan individu dari agensi atau khidmat sokongan lain.

(3)

2.0 ELEMEN RPI 2.1 Kerjasama

Bekerja dalam kumpulan merupakan elemen penting dalam RPI. RPI dirangka oleh sekumpulan individu yang terlibat secara langsung dengan pendidikan dan kebajikan murid berkenaan. Oleh itu, ibu bapa dan guru merupakan orang yang sangat penting dalam proses ini.

2.2 Berkongsi Maklumat

Perancangan RPI mesti berdasarkan kepada maklumat yang dikumpul daripada individu yang mempunyai hubungan rapat dengan murid. Maklumat ini mesti dikongsi bersama dan menjadi asas kepada keputusan untuk membina perancangan pendidikan yang dibuat.

2.3 Keputusan bersama

Ibu bapa dan golongan professional bekerjasama untuk menyediakan RPI. Mereka perlu membuat keputusan bersama untuk menentukan apa yang diperlukan oleh murid berkenaan dan bagaimana RPI dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

2.4 Kebolehpercayaan

Objektif pengajaran dan prosedur penilaianperlu diterangkan dalam RPI. RPI juga perlu dibuat semakan pemantauan dan penilaian dari semasa ke semasa.

2.5 Dokumentasi

RPI perlu didokomentasikan bagi tujuan rujukan dan panduan semua pihak.

2.6 Proses dan hasil

RPI merupakan proses yang meliputi aktiviti bagi memastikan program pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkesan untuk murid berkenaan. Di antara proses RPI yang terlibat

ialah:- Merujuk pihak yang terlibat (Lampiran 1)  Mengumpul maklumat

(4)

 Menjalankan apa yang dirancang

 Menilai pembelajaran yang telah dirancang (Rjuk carta aliran)

3.0 CIRI-CIRI RPI 3.1 Komprehensif

Merangkumi pelbagai bidang iaitu Komunikasi, Tngkah Laku, Sosial Alam Sekeliling / Persekitaran, Pravokasional/ Vokasional, Kemahiran Amali Untuk Berdikari, Rekreasi dan daya kreatif, Nilai dan kerohanian.

3.2 Spesifik

Matlamat dan objektif RPI ditulis dalam bentuk kemahiran tingkah laku yang boleh dibuat pemerhatian dan ianya boleh diukur.

3.3 mengikut urutan

RPI dibentuk berasaskan urutan perkembangan kemahiran dan urutan fungsi kemahiran.

3.4 Bersesuaian dan Realistik

Matlamat dan objektif RPI mestilah bersesuaian dengan tahap kebolehan, keupayaan dan juga kadar perkembangan murid.

3.5 Mudah Difahami

RPI ditulis dalam bahasa yang mudah supaya senang difahami oleh semua pihak yang terlibat.

3.6 Digubal bersama

(5)

MENGENALPASTI KEPERLUAN MURID Lampiran RPI/PKBP/1

Lampiran RPI/PKBP/2

MENENTUKAN MATLAMAT

PERANCANGAN PROGRAM

PELAKSANAAN Lampiran RPI/PKBP/3

PENILAIAN

SEMAK SEMULA Lampiran RPI/PKBP/4

4.0 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN RPI (BERMASALAHPEMBELAJARAN) Carta aliran perlaksanaan RPI membolehkan pihak terlibat melakukan prosedur-prosedur yang diperlukan.

4.1 Mengenalpasti keperluan murid

a. Dokumen yang perlu ada ialah

 Surat pengesahan doktor/ pakar perubatan.

 Borang temuduga Ibubapa / penjaga (Rujuk Lampiran RPI/PKBP/1)  Borang penilaian perkembangan murid (Rujuk Lampiran RPI/PKBP/2)

(6)

4.2 Menentukan matlamat / Goal Setting

 Menumpukan pada perancangan jangka panjang bersama ibubapa/penjaga/guru/doktor/kumpulan pelbagai disiplin.

 Mengenal pasti objektif jangka pendek.

4.3 Perancangan Program / Program Planning

 Menentukan kemahiran yang perlu diajar mengikut tahap keupayaan kesesuian / kefungsian.

 Memilih keutamaan kemahiran keperluan murid.  Memilih pendekatan yang sesuai.

4.4 Pelaksanaan / Implementation

 Melengkapkan borang RPI mengikut format borang yang disediakan (rujuk lampiran RPI/PKBP/3)

 Kemahiran yang diajar perlu dirujuk secara khursus dalam Buku sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah.

 Strategi pengajaran dan Bahan Bantu Mengajar perlu bersesuaian dengan objektif pengajaran dan pembelajaran.

4.5 Penilaian / Evaluation

a. Penilaian boleh dilakukan dalalm pelbagai

cara:- Ujian berpandukan senarai semak.  Penilaian hasil kerja murid

 Pemerhatian  Temubual

 Meneliti rekod kemajuan.

b. Penilaian jangka pendek boleh dilaksanakan oleh guru atau bersama ibubapa

sepanjang proses pelaksanaan.

(7)

 Mengadakan perbincangan semula dengan ibu bapa / penjaga / guru / doktor / kumpulan pelbagai disiplin.

 Mengenalpasti masalah ketidakcekapaian matlamat dan semak semula pendekatan pengajaran dan pembelajaran.

 Kemahiran yang tidak mencapai matlamat perlu diulang menggunakan pendekatan yang lebih sesuai.

(8)
(9)

CONTOH RPI MATEMATIK (tahap tinggi)

(PELAJAR SLOW LEANER)

RPI ini telah dijalankan selama satu bulan sepanjang tempoh praktikal. Walaubagaimanapun RPI yang sebenar mestilah mempunyai jangkamasa yang lama agar kita tidak membuat kesalahan semasa membuat penilaian ke atas pelajar.

Langkah pertama dalam membuat RPI ini adalah dengan melihat kembali RPI yang telah sedia ada mengenai pelajar tersebut dalam matepelajaran matematik. Selepas meneliti laporan RPI yang sebelum ini, didapati bahawa murid telah mempelajari konsep penambahan dan penolakan.

Sebelum melakukan RPI yang baru, saya telah membuat ujian diagnostik ke atas pelajar dengan memberi 10 soalan mengenai penambahan dan 10 soalan mengenai penolakan. Dalam ujian diagnostik ini di dapati bahawa pelajar sudah menguasai penolakan untuk bilangan 1 sehingga 10 manakala untuk penambahan pula didapati bahawa pelajar ini lambat dan kurang memahami operasi penambahan yang melibatkan nombor yang agak besar seperti 9 dan 10. Murid ini sebenarnya mempunyai masalah ‘slow leaner’ dan mudah lupa walaupun telah berkali-kali di ajar proses penambahan dan penolakan. Ini merupakan kelemahan utama peajar ini. Manakala kekuatan beliau adalah senang untuk memahami setiap konsep dan mematuhi arahan.

Oleh hal yang demikian RPI yang akan dibina selepas ini adalah RPI yang dapat mengatasi kelemahannya iaitu dengan menyatakan target RPI iaitu ingin memastikan pelajar dapat mengingat konsep penambahan.

Secara kesimpulannya RPI yang baru ini akan dibina dalam tempoh 4 bulan, murid perlu menguasai kemahiran mengira (penambahan). Guru matepelajaran matematik akan menggunakan strategi / pendekatan yang telah dipersetujui untuk murid tersebut.

(10)

Contoh lembaran kerja murid

(11)

Contoh RPI (Rancangan Pendidikan Individu)

(12)

CONTOH RPI PENDIDIKAN JASMANI (tahap sederhana)

(PELAJAR SLOW LEANER)

RPI ini telah dijalankan selama satu bulan sepanjang tempoh praktikal. Walaubagaimanapun RPI yang sebenar mestilah mempunyai jangkamasa yang lama agar kita tidak membuat kesalahan semasa membuat penilaian ke atas pelajar. Langkah pertama ialah melihat kembali RPI yang telah sedia ada mengenai

pelajar tersebut dalam matepelajaran pendidikan jasmani. Selepas meneliti laporan RPI yang sebelum ini, didapati bahawa murid tidak mempunyai masalah tingkah laku tetapi murid mempunyai masalah sukar memberi perhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

Sebelum melakukan RPI yang baru, saya telah membuat ujian diagnostik ke atas pelajar dengan melakukan pemerhatian ke atas pelajar dan membuat senarai semak. Di dalam senarai semak ini terdapat penilaian mengenai kekerapan pelajar tidak memberi perhatian semasa guru mengajar. Pelajar di kira masih tidak dapat memberi perhatian ataupun hilang fokus jika kekerapanya adalah melebihi lima kali dalam setiap matapelajaran. Penilaian ini akan dibuat sebanyak 2 kali setiap bulan bagi setiap matapelajaran.

Dalam ujian diagnostik ini di dapati bahawa pelajar masih lagi tidak dapat memberi fokus sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Murid ini sebenarnya mempunyai masalah ‘slow leaner’ dan mudah lupa walaupun telah berkali-kali di ajar oleh guru. Beliau tidak mempunyai masalah tingkah laku. Oleh hal yang demikian RPI yang akan dibina selepas ini adalah RPI yang dapat mengatasi kelemahannya dengan target RPI iaitu ingin memastikan pelajar dapat memberi fokus sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja dalam pendidikan jasmani malahan dalam seluruh matepelajaran yang di ajar.

(13)
(14)

Contoh RPI (Rancangan Pendidikan Individu)

(15)

CONTOH RPI PENDIDIKAN JASMANI (tahap rendah)

(PELAJAR DOWN SINDROM)

RPI ini telah dijalankan selama satu bulan sepanjang tempoh praktikal. Walaubagaimanapun RPI yang sebenar mestilah mempunyai jangkamasa yang lama agar kita tidak membuat

kesalahan semasa membuat penilaian ke atas pelajar. Langkah pertama ialah melihat kembali RPI yang telah sedia ada mengenai pelajar tersebut dalam matepelajaran pendidikan jasmani. Selepas meneliti laporan RPI yang sebelum ini, didapati bahawa murid tidak mempunyai masalah tingkah laku tetapi murid mempunyai masalah sukar memberi perhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai masalah dalam bertutur.

Sebelum melakukan RPI yang baru, saya telah membuat diagnostik ke atas pelajar dengan melakukan pemerhatian ke atas pelajar selama satu minggu. Pemerhatian yang saya lakukan ini adalah berfokus kepada pertuturannya sahaja dan tidak melihat kepada fokus pelajar di dalam kelas. Hal ini adalah kerana RPI yang dibuat sebelum ini adalah merangkumi dua perkara di dalam satu masa dan di dapati ia tidak berjaya untuk mengubah pelajar. Oleh sebab itu pemerhatian yang saya buat adalah hanya tertumpu kepada pertuturannya sahaja.

Dalam pemerhatian ini di dapati bahawa pelajar masih lagi kurang bertutur sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Murid ini sebenarnya mempunyai masalah ‘down sindrom’ peringkat sederhana dan mudah lupa walaupun telah berkali-kali di tegur oleh guru. Beliau tidak mempunyai masalah tingkah laku. Oleh hal yang demikian RPI yang akan dibina selepas ini adalah RPI yang dapat mengatasi kelemahannya dengan target RPI iaitu ingin memastikan pelajar dapat berkomunikasi dengan baik semasa sesi pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja dalam pendidikan jasmani malahan dalam seluruh matepelajaran yang di ajar.

(16)

Contoh RPI (Rancangan Pendidikan Individu)

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan maklumat yang diperolehi, dapat dirumuskan bahawa salah satu komponen kemahiran generik iaitu kemahiran berkomunikasi berjaya diterapkan kepada pelajar tahun dua

Target yang ingin dicapai dalam pelaksanaan pengabdian masyarakat ini yang berkaitan dengan penyuluhan pada guru di SDS Budi Asih Setiabudi Jakarta Selatan adalah guru dapat

Terkait dengan kendala dalam mengatasi problem sebagaimana yang telah dipaparkan dalam hasil penelitian, maka dapat penulis simpulkan bahwa dalam proses

Target yang ingin dicapai dari pelatihan ini adalah dapat memaksimalkan kompetensi mahasiswa dalam mempersiapkan bekal mengajar ketika menghadapi mata kuliah Praktik Pengalaman