• Tidak ada hasil yang ditemukan

Fenomena Parasite Singles Implikasi Terh (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Fenomena Parasite Singles Implikasi Terh (1)"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

FENOMENA PARASITE SINGLES:

IMPLIKASI TERHADAP SOSIO-BUDAYA DAN EKONOMI JEPUN

ROHAYATI Paidi

Pengenalan

Berdasarkan Bancian Kebangsaan 2005 Jepun mempunyai seramai 127,285,653 orang penduduk dengan penduduk berusia dalam lingkungan lima puluhan merangkumi bilangan paling ramai iaitu seramai 19,051,663 orang.1 Ini diikuti oleh penduduk berusia dalam lingkungan tiga puluhan dengan bilangan seramai 18,490,638 orang. Situasi ini adalah disebabkan oleh fenomena yang dipanggil baby boom2 yang telah berlaku sebanyak dua kali dalam tempoh seratus tahun kebelakangan ini. Baby boom fasa pertama telah berlaku pada tahun 1947 hingga 1949, manakala baby boom fasa kedua pula berlaku pada tahun 1971 hingga 1974. Mereka yang dilahirkan sewaktu baby boom fasa pertama berusia dalam lingkungan 58 hingga 60 tahun dan mereka yang lahir dalam tempoh masa baby boom fasa kedua berusia dalam lingkungan 34 hingga 37 tahun pada tahun bancian dilakukan. Dengan itu, kita dapat lihat majoriti penduduk Jepun kini berusia dalam lingkungan lewat lima puluhan dan lewat tiga puluhan.

Penduduk berusia dalam lingkungan enam puluhan pula menduduki tempat ketiga tertinggi bilangannya dengan bilangan seramai 15,977,239 orang. Ini diikuti oleh penduduk berusia dalam lingkungan empat puluhan dengan bilangan seramai 15,806,457 orang. Jepun sememangnya dikenali sebagai sebuah bangsa yang sedang menghadapi masalah koureika syakai iaitu secara literalnya bermaksud masyarakat yang sedang melalui proses penuaan. Majoriti masyarakat Jepun kini sudah mencecah usia lima puluhan dan Jepun kekurangan generasi pelapis untuk masa hadapan apabila bilangan penduduk berusia lingkungan dua puluhan hanya seramai 15,630,647 orang. Lebih memburukkan keadaan lagi, bilangan penduduk berusia 1 hingga 19 tahun hanya berjumlah 24,089,614 orang. Jepun sememangnya memerlukan lebih ramai lagi bilangan pelapis untuk memikul tanggungjawab meneruskan aktiviti ekonomi bangsa dan negaranya.

Walaupun bilangan generasi pelapis semakin mengecil, namun fenomena sosial yang berlaku di Jepun kebelakangan ini menunjukkan negara matahari terbit tersebut sedang menghadapi masalah dalam melahirkan generasi pelapis yang berwibawa untuk mendokong ekonomi bangsa dan negaranya. Istilah-istilah seperti Freeter, NEET, Hikikomori dan Parasite Singles semakin sering didengari apabila memperkatakan tentang golongan generasi muda di Jepun. Kewujudan golongan Freeter, NEET, Hikikomori dan Parasite Singles merupakan antara fenomena sosial yang berlaku di kalangan golongan muda di Jepun kebelakangan ini yang dianggap boleh membawa kesan negatif ke atas masa depan sosio-ekonomi negara matahari terbit tersebut.

(2)

persekolahan atau pengajian di universiti, sebaliknya hanya melakukan pekerjaan separuh masa yang tidak memerlukan kebolehan-kebolehan tertentu. Pekerjaan yang dilakukan oleh golongan Freeter ini biasanya hanya menawarkan gaji yang rendah seperti juruwang di kedai serba guna, jurujual di pasar raya ataupun pelayan di restoran makanan segera. Golongan Freeter juga popular sebagai individu-individu yang memilih untuk tidak bekerja sepenuh masa kerana ingin memenuhi kehidupan sebenar dengan melakukan perkara-perkara yang benar-benar diminati atau disukai.

NEET pula ialah singkatan untuk frasa bahasa Inggeris “Not currently engaged in Employment, Education, or Training”. Ia menerangkan tentang golongan individu yang berusia di antara 15 hingga 34 tahun yang tidak bekerja, tidak mencari pekerjaan, tidak bersekolah atau mendapatkan pendidikan dan tidak menghadiri mana-mana latihan bagi tujuan mendapatkan pekerjaan. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh kerajaan Jepun, terdapat sejumlah 850,000 orang golongan NEET di Jepun pada tahun 2002.4 Selain daripada Freeter dan NEET, terdapat juga masalah sosial lain seperti Hikikomori di mana individu mengasingkan diri mereka dari masyarakat luar dan tidak menjalankan tanggungjawab terhadap bangsa dan negara sebagaimana yang sepatutnya.

Satu lagi fenomena sosial baru di Jepun, yang sering dibincangkan kebelakangan ini ialah fenomena Parasite Singles. Apakah yang dimaksudkan dengan Parasite Singles? Sejauh manakah perkembangan fenomena Parasite Singles ini di Jepun? Artikel ini akan merungkai fenomena Parasite Singles yang berlaku di Jepun dengan melihat kepada faktor-faktor kewujudannya serta implikasi daripada kewujudan fenomena tersebut.

Definisi

Sebelum kita melihat kepada faktor-faktor serta implikasi kewujudan fenomena Parasite Singles di Jepun, adalah penting untuk kita faham apakah yang dimaksudkan dengan Parasite Singles dan siapakah golongan yang digelar Parasite Singles tersebut. Istilah Parasite Singles mula digunakan oleh Masahiro Yamada, Profesor dari Universiti Tokyo Gakugei dalam bukunya yang berjudul Parasaito Shinguru no Jidai (Zaman Parasite Singles) yang diterbitkan pada tahun 1999. Menurut Yamada, Parasite Singles merujuk kepada golongan pemuda lelaki dan wanita yang berterusan tinggal bersama ibu bapa walaupun sudah dewasa, dan menikmati kehidupan bebas dan mewah sebagai orang bujang.5 Individu Parasite Singles telah selesai melalui zaman persekolahan atau pengajian di universiti serta sudah mencapai usia dewasa tetapi masih lagi tinggal di rumah ibu bapa dan hidup bergantung kepada mereka.

Istilah Parasite diberikan kepada individu-individu yang berumur di antara 20 hingga 34 tahun dan menumpang atau bergantung hidup kepada ibubapa dari segi makanan, pakaian dan tempat tinggal. Istilah single pula digunakan untuk menerangkan status mereka yang belum berumahtangga.

(3)

mereka membawa kepada kehancuran sosial. Hujahnya, golongan Parasite Singles wanita tidak bergantung kepada kaum lelaki dari segi kewangan dan dapat dilihat mereka seolah-olah sedang menikmati sepenuhnya kehidupan bujang mereka. Golongan ini tidak mahu mengorbankan kehidupan bebas yang sedang dinikmati dengan berumahtangga. Ia mungkin juga satu bentuk protes secara tidak langsung ke atas amalan tanggungjawab keluarga9 yang menjadi tradisi turun temurun dalam kehidupan masyarakat Jepun.10

Menurut Kadokura, pensyarah di Universiti Doshisha, bilangan Parasite Singles di sesebuah negara boleh diukur berdasarkan tiga langkah perkiraan. Langkah pertama ialah mengenalpasti bilangan penduduk berusia dalam lingkungan 20 hingga 34 tahun. Kemudian, daripada bilangan tersebut, kenalpasti peratusan individu yang belum berumahtangga. Akhir sekali, kenalpasti peratusan individu yang tinggal bersama ibu bapa. Dengan menggunakan cara ini, kita akan dapat mengukur bilangan individu yang berumur antara 20 hingga 34 tahun dan belum berkahwin serta masih tinggal bersama ibu bapa.11

Situasi Parasite Singles di Jepun

Menurut Bancian Kebangsaan 1995, dianggarkan seramai 10 juta orang Parasite Singles di Jepun dengan peratusan lelaki dan wanita hampir sama iaitu 50-50. 12 Jadual 1 dan 2 menunjukkan bilangan Parasite Singles di Jepun berdasarkan Bancian Kebangsaan yang telah dilaksanakan pada tahun 2000 dan 2005. Daripada jadual tersebut dapat dilihat bahawa tidak jauh perbezaan antara bilangan Parasite Singles lelaki dan wanita. Bilangan Parasite Singles lelaki pada tahun 2000 adalah seramai 5.95 juta orang, manakala wanita seramai 5.54 juta orang. Bagi tahun 2005 pula, bilangan Parasite Singles lelaki adalah seramai 5.60 juta orang, manakala wanita pula seramai 5.21 juta orang.

Jadual tersebut juga menunjukkan bilangan Parasite Singles seramai 11.48 juta orang pada tahun 2000 dan 10.81 juta orang pada tahun 2005. Angka ini menunjukkan peningkatan daripada bilangan Parasite Singles yang dikenalpasti pada tahun 1980 iaitu seramai 8.17 juta orang. Dari segi peratusan, ia merangkumi sebanyak 29.5% daripada populasi penduduk berusia dalam lingkungan 20 hingga 34 tahun. Pada tahun 2003, bilangan Parasite Singles di Jepun terus meningkat kepada 12.11 juta orang. Bilangan ini merangkumi 45.4% daripada populasi penduduk berusia dalam lingkungan 20 hingga 34 tahun dan 10% daripada jumlah populasi penduduk Jepun.13

Jika dinilai dari segi bilangan penduduk berusia 20 hingga 34 tahun yang hanya merangkumi lebih kurang 20% daripada jumlah populasi dan hampir separuh daripada mereka adalah Parasite Singles, Jepun sememangnya sedang menghadapi masalah yang serius. Ini kerana kebanyakan penduduk Jepun kini sudah berusia dan bilangan generasi pelapis semakin berkurangan. Dianggarkan bilangan Parasite Singles pada tahun 2010 adalah seramai 11.83 juta orang iaitu bersamaan 36.2% daripada jumlah populasi. Anggaran bilangan Parasite Singles pada tahun 2015 pula ialah seramai 11.30 juta orang iaitu bersamaan dengan 38.7% daripada jumlah populasi. Pada tahun 2020 pula, dijangka bilangan Parasite Singles adalah seramai 11.13 juta orang iaitu bersamaan 41.5% daripada jumlah populasi ketika itu. Dari segi bilangan didapati nilainya semakin mengecil, tetapi dari segi peratusan nilai ini semakin meningkat disebabkan bilangan penduduk Jepun yang semakin berkurangan akibat penurunan peratus kelahiran.14

Jadual 1: Situasi Parasite Singles di Jepun Berdasarkan Bancian Tahun 200015

(4)

Bilangan Peratus Bilangan Peratus

20-24 2,675,127 63.0 2,763,416 68.4 25-29 2,183,333 44.7 1,979,265 41.9 30-34 1,088,259 25.0 795,037 18.8

Jumlah 5,946,719 44.1 5,537,718 42.6

Nota: Peratusan berbanding jumlah penduduk bagi setiap peringkat umur. Sumber: Bancian Kebangsaan, Biro Statistik Jepun

Jadual 2: Situasi Parasite Singles di Jepun Berdasarkan Bancian Tahun 2005

Lelaki Perempuan Umur

Bilangan Peratus Bilangan Peratus

20-24 2,341,591 63.8 2,390,576 68.4 25-29 1,881,431 45.9 1,761,355 44.4 30-34 1,377,941 28.5 1,056,229 22.4

Jumlah 5,600,963 44.4 5,208,160 42.8

Nota: Peratusan berbanding jumlah penduduk bagi setiap peringkat umur. Sumber: Bancian Kebangsaan, Biro Statistik Jepun

Masalah akan menjadi lebih serius apabila golongan Parasite Singles ini bukan sekadar tidak berdikari atau menumpang di rumah ibu bapa, tetapi pada masa yang sama tidak bekerja atau menganggur. Peratus pengangguran Parasite Singles adalah 4.1% pada tahun 1980, 10.3% pada tahun 2002 dan 9.7% pada tahun 2004. Peratus pengangguran golongan Parasite Singles didapati sentiasa mengatasi peratus pengangguran Jepun secara keseluruhannya.16 Oleh kerana tidak mempunyai pekerjaan dan pendapatan sendiri, golongan ini bergantung hidup sepenuhnya kepada ibu bapa dari segi keperluan asas dan perbelanjaan-perbelanjaan lain.

Terdapat banyak kajian yang telah dilakukan berkenaan dengan situasi Parasite Singles di Jepun. Kajian yang telah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan dan Kebajikan pada tahun 1996 ke atas golongan wanita bujang dan berkerjaya mendapati 80% daripada mereka yang berumur di antara 20 hingga 29 tahun masih tinggal bersama ibu bapa. Bagi wanita bujang dan berkerjaya yang berumur dalam lingkungan 30 hingga 34 tahun pula, didapati 70% daripada mereka masih tinggal bersama ibu bapa.17

(5)

Walau bagaimanapun, ia tidak bermakna bahawa mereka menghadapi masalah kesempitan wang sehingga memerlukan bantuan daripada ibu bapa. Hampir kesemua daripada responden menyimpan wang hasil daripada pendapatan bulanan mereka. Walaupun menyimpan, mereka masih mempunyai baki untuk kegunaan sendiri di mana 40% daripada mereka mempunyai baki lebih daripada 50,000yen (lebih kurang RM1500) sebulan.

Bukan sahaja dari segi kewangan, mereka juga turut bergantung kepada ibu bapa untuk melakukan kerja-kerja rumah. Kajian oleh Fukui Syoko Kaigisyo juga mendapati 96.5% daripada responden mengakui ibu bapa mereka melakukan kerja-kerja rumah terutamanya menyediakan makanan dan mencuci pakaian bagi pihak mereka. Berdasarkan situasi ini, kita dapat lihat bagaimana golongan Parasite Singles ini tidak berdikari dalam kehidupan mereka. Mungkin tidak salah tanggapan ini kerana kajian tersebut juga menunjukkan 90% daripada responden sedar bahawa mereka amaeteiru (dimanjakan oleh ibubapa). Mungkin ini juga sebabnya mengapa 8.6% daripada mereka tidak mahu berkahwin.18

Peratusan golongan wanita yang berumahtangga pada usia lewat sememangnya tinggi di Jepun. Didapati lebih daripada 50% wanita Jepun masih bujang pada usia 30 tahun berbanding Amerika Syarikat iaitu 37%. Daripada bilangan tersebut, hampir semua masih tinggal bersama ibu bapa. Golongan wanita yang berusia dalam lingkungan 30 tahun dan masih bujang ini, tinggal di rumah ibu bapa tanpa perlu membayar sewa atau melakukan kerja-kerja rumah. Seperkara lagi, mereka bebas untuk keluar dan pulang ke rumah mengikut kehendak mereka. Walaupun golongan ini mempunyai pendapatan purata hanya USD27,000 (lebih kurang RM90,000) setahun, namun mereka merupakan kumpulan pengguna utama memandangkan keseluruhan pendapatan mereka boleh digunakan untuk berbelanja.19

Jadual 3 menunjukkan bilangan dan peratusan masyarakat Jepun yang melancong ke luar negara pada tahun 2005. Jadual dibezakan mengikut jantina, status (berkahwin atau tidak berkahwin) dan peringkat umur mereka. Daripada jadual tersebut didapati golongan wanita lebih kerap melancong ke luar negara berbanding golongan lelaki. Bagi golongan lelaki, perbezaan di antara mereka yang sudah berkahwin dan belum berkahwin tidak begitu jauh di mana lebih kurang 10% daripada setiap peringkat umur telah pergi melancong ke luar negara pada tahun 2005. Bagi golongan wanita pula, mereka yang tidak berkahwin lebih cenderung untuk pergi melancong ke luar negara berbanding mereka yang sudah berkahwin. Di samping itu, mereka yang berusia lebih muda, berkecenderungan untuk pergi melancong ke luar negara berbanding mereka yang sudah memasuki usia tiga puluhan.

Jadual 3: Bilangan dan Peratusan Pelancong Jepun ke Luar Negara bagi Tahun 2005 Lelaki

Umur 20-24 25-29 30-34

(6)

9.7 10.3 9.2 peratus

30 254 355 ribu orang

Berkahwin

9.3 12.8 9.8 peratus

Perempuan

Umur 20-24 25-29 30-34

717 650 296 ribu orang

Tidak berkahwin

20.0 25.4 26.6 peratus

40 361 322 ribu orang

Berkahwin

11.2 17.2 9.9 peratus Nota: Peratusan berbanding jumlah penduduk bagi setiap peringkat umur dan status.

Sumber: Kajian Asas Kehidupan Masyarakat, Biro Statistik Jepun

Faktor-faktor kewujudan fenomena Parasite Singles

Mengapa wujudnya fenomena sebegini dalam masyarakat? Faktor-faktor kewujudan fenomena Parasite Singles di Jepun boleh dianalisa dari dua aspek iaitu yang pertama, aspek sosio-budaya dan yang kedua, aspek ekonomi. Ini kerana populasi dan sosio-ekonomi sesebuah negara saling berhubungkait di mana keadaan sosio-ekonomi sesebuah negara akan menentukan bilangan populasi negara tersebut, manakala bilangan populasi pula akan menentukan keadaan sosio-ekonomi negara tersebut.20

1) Faktor sosio-budaya

Cara hidup di Jepun telah berubah kebelakangan ini menjadikan ia berbeza dengan cara hidup masyarakat Jepun suatu ketika dahulu. Mengikut amalan dahulu, kebanyakan orang muda akan tinggal bersama ibu bapa sehingga tiba masanya mereka berumahtangga. Walau bagaimanapun, anak sulung dalam sesebuah keluarga biasanya akan terus tinggal menetap di rumah ibu bapa bagi menjalankan tanggungjawab mereka menjaga ibu bapa yang sudah tua. Bagi anak kedua atau ketiga dan seterusnya pula, mereka biasanya akan memilih untuk meninggalkan rumah selepas tamat pelajaran. Tujuan mereka adalah untuk mencari lebih ruang dan kebebasan untuk diri sendiri. Jika dilihat dari segi purata bilangan isi rumah, pada tahun 1960 nilainya ialah 4.1. Ini bermakna lebih kurang empat orang tinggal di setiap rumah di Jepun. Nilai ini mungkin agak normal atau kecil bagi masyarakat Malaysia, tetapi bagi Jepun yang menghadapi masalah kepadatan penduduk di mana rumah-rumah mereka biasanya kecil dan sempit, sememangnya kurang selesa untuk tinggal menetap seramai empat orang di dalam sebuah rumah. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang mementingkan ruang persendirian.

Berbeza dengan situasi dahulu, kebelakangan ini semakin ramai masyarakat Jepun yang menangguhkan usia perkahwinan mereka. Fenomena ini membawa kepada peratusan kelahiran bayi yang semakin menurun. Kesannya, purata bilangan isi rumah turut menurun, contohnya pada tahun 1995 nilainya menjadi 2.8. Dengan itu, ruang yang diperuntukkan untuk setiap individu dalam sesebuah rumah menjadi semakin luas di mana hanya terdapat ibu bapa dan seorang anak dalam setiap rumah. Anak lebih mendapat kebebasan untuk menggunakan ruang di dalam rumah kerana tidak perlu berkongsi dengan adik beradik yang lain.

(7)

mereka tinggal bersendirian adalah bagi mendapatkan ruang persendirian yang lebih luas, kini mereka boleh mendapatkannya tanpa meninggalkan rumah ibu bapa. Bukan itu sahaja, malah kehidupan menjadi lebih mudah dengan tinggal bersama ibu bapa kerana segala kerja rumah seperti mengemas, mencuci pakaian dan memasak dilakukan oleh ibu.21

Berdasarkan laporan Kokumin Seikatsu Hakusho pada tahun 2001, sebab-sebab mengapa golongan wanita Jepun tidak berkahwin dan berdikari ialah yang pertama kerana mereka dapat melalui kehidupan yang mudah dari segi kewangan. Sebab yang kedua ialah kerana kerja-kerja rumah dilakukan oleh ibu bapa. Manakala sebab yang ketiga barulah kerana mereka tidak menemui calon yang sesuai walaupun ingin berkahwin.22 Hasil laporan tersebut jelas menunjukkan golongan Parasite Singles ini sendiri yang memilih kehidupan sebegitu atas sebab-sebab kesenangan.

Di samping itu, faktor dari ibu bapa juga memainkan peranan dalam menjadikan mereka golongan Parasite Singles yang terus menumpang dan tidak berdikari. Kebanyakan ibu bapa menyokong atau membiarkan anak-anak mereka terus tinggal bersama mereka walaupun sudah dewasa dan bekerja. Para ibu bapa ini sebenarnya mempunyai alasan mereka sendiri mengapa membiarkan anak-anak mereka termasuk dalam golongan Parasite Singles. Alasan yang pertama ialah atas sebab-sebab kewangan. Kos kehidupan yang tinggi di Jepun tidak mengizinkan penduduknya tinggal mewah tanpa merancang perbelanjaan. Sekiranya anak-anak tinggal bersendirian tanpa ibu bapa, kemungkinan mereka dapat menikmati kehidupan yang selesa sebagaimana di rumah ibu bapa adalah rendah. Walaupun ibu bapa boleh membantu dari segi kewangan, tetapi tindakan tersebut adalah tidak praktikal memandangkan di rumah ibu bapa terdapat ruang yang cukup untuk anak-anak menikmati kehidupan yang selesa. Di samping itu, fitrah ibu bapa yang tidak mahu melihat anak mereka berada dalam kesusahan menguatkan lagi alasan untuk mereka membiarkan anak mereka terus tinggal bersama. Di samping itu, terdapat juga ibu bapa yang mahukan anak mereka terus tinggal bersama dengan harapan anak tersebut dapat menjaga mereka apabila mereka tua kelak.

2) Faktor ekonomi

Keadaan ekonomi juga merupakan salah satu faktor kewujudan fenomena Parasite Singles di Jepun. Takahashi dan Jeanette23 menjelaskan, dalam tahun 1960-an hingga 1970-an Jepun telah melalui tempoh kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi sehingga berlaku permintaan buruh yang berlebihan terutamanya di kawasan bandar-bandar besar. Oleh itu, ramai pemuda pemudi dari bandar-bandar kecil dan kampung-kampung berhijrah ke bandar besar untuk memenuhi permintaan tersebut. Di samping itu, universiti-universiti terkemuka juga kebanyakannya terletak di bandar-bandar besar. Ia menyebabkan ramai golongan muda terpaksa meninggalkan kampung halaman mereka untuk mendapatkan pendidikan di universiti-universiti tersebut. Bagaimanapun, keadaan telah berubah kini apabila generasi yang berhijrah ke bandar-bandar besar dalam tempoh 1960-an hingga 1970-an dulu telah melahirkan anak-anak generasi urban yang tinggal di bandar atau berhampiran bandar. Situasi anak-anak generasi urban ini berbeza dengan ibu bapa mereka kerana mereka tidak perlu berhijrah atau meninggalkan rumah untuk mendapatkan pendidikan atau pekerjaan di bandar-bandar besar. Tambahan lagi, dengan kemudahan pengangkutan yang terdapat di Jepun sekarang, mereka tidak mempunyai masalah untuk berulang alik dari rumah ke universiti atau ke tempat kerja setiap hari.

(8)

sejuk dan sebagainya. Di samping itu, mereka turut menerima bantuan kewangan daripada ibu bapa yang tinggal serumah. Jadi, golongan ini boleh membelanjakan wang pendapatan untuk kegunaan mereka sendiri sahaja.

Walau bagaimanapun, tidak semua Parasite Singles mempunyai latar belakang ekonomi yang sebegitu baik. Terdapat juga segelintir yang terpaksa terus tinggal menumpang di rumah ibu bapa kerana menghadapi masalah kewangan disebabkan keadaan ekonomi Jepun yang tidak stabil. Keadaan ekonomi yang lembap menyebabkan kurangnya peluang pekerjaan di pasaran. Akibatnya, kebanyakan daripada golongan muda ini terpaksa akur dengan hanya bekerja separuh masa di mana pendapatannya tidak cukup untuk menampung kos hidup yang semakin meningkat. Jadi, pilihan akhir mereka adalah terus tinggal di rumah ibu bapa.

Implikasi terhadap Jepun

Fenomena Parasite Singles ini bukanlah sesuatu yang patut dipandang ringan kerana ia melibatkan masa depan Jepun. Implikasi fenomena ini sangat besar merangkumi aspek sosio-budaya dan juga ekonomi Jepun.

1) Aspek sosio-budaya

Terdapat implikasi positif dan negatif daripada fenomena Parasite Singles yang semakin menular di Jepun kini. Salah satu implikasi negatif yang dapat dianggarkan ialah lahirnya generasi yang terlalu dimanjakan oleh ibubapa. Orenstein24 melalui temuramahnya dengan golongan ibu di Jepun mendapati terdapat ibu yang tidak memandang situasi anak mereka menjadi Parasite Singles sebagai satu masalah sosial. Malah ada yang menggelar anak mereka dengan panggilan manja seperti “Para-chan” (Little Parasite).

Di sini jelas dapat dilihat bagaimana ibubapa sendiri turut menggalakkan anak mereka menjadi seseorang yang tidak berdikari. Hubungan yang terlalu rapat antara ibu bapa dan anak menjadikan anak selesa bersama ibu bapa sehingga ke tahap seolah-olah hubungan rakan sebaya.25 Fenomena ini dapat disaksikan contohnya di pusat-pusat membeli belah di mana terdapat banyak pasangan ibu dan anak perempuan yang berpakaian sedondon membeli belah bersama-sama. Fenomena ini boleh dianggap sebagai satu implikasi positif kerana ia menunjukkan kemesraan hubungan ibu dan anak. Walau bagaimanapun, apabila anak terlalu dimanjakan, mereka tidak dapat atau tidak mahu berdikari menyebabkan ada di antara mereka memilih untuk tidak berumahtangga. Sebagai kesan jangka panjangnya, peratusan kelahiran anak di Jepun semakin berkurangan dan akhirnya Jepun akan kekurangan generasi pelapis yang bakal mendokong aktiviti ekonomi bangsa dan negaranya.

Sebaliknya, fenomena Parasite Singles juga dianggarkan dapat memberikan implikasi positif kepada aspek sosio-budaya masyarakat Jepun. Sebagaimana yang disebutkan di atas tadi, fenomena ini boleh membawa kepada hubungan kekeluargaan yang lebih erat dan berkekalan di antara ibu bapa dan anak kerana mereka tinggal bersama. Di samping itu, golongan Parasite Singles yang terus tinggal bersama ibu bapa walaupun sudah dewasa ini dikira dapat menjaga ibu bapa mereka yang sudah tua dan mengambil alih tugas-tugas di rumah. Bagaimanapun, masih terdapat tanda tanya di sini, sama ada anak tersebut dapat mengambil alih tugas-tugas yang selama ini dilakukan oleh ibu bapa mereka memandangkan selama ini mereka telah dimanjakan oleh ibu bapa mereka.

(9)

Implikasi fenomena Parasite Singles dari aspek ekonomi dapat kita lihat dari segi jangka pendek dan jangka panjang. Implikasi ini juga boleh dikelaskan kepada implikasi positif dan implikasi negatif. Walau bagaimanapun, Yamada menganalisa fenomena Parasite Singles sebagai simbol kepada tanda-tanda kewujudan penyakit sosial di kalangan masyarakat. Beliau berpendapat bahawa peningkatan bilangan Parasite Singles merupakan salah satu punca kejatuhan ekonomi dan moral masyarakat Jepun. Ini kerana, golongan Parasite Singles yang tidak tinggal di rumah sendiri tidak perlu membeli barang-barang keperluan harian, tidak berumahtangga dan banyak membelanjakan wang mereka kepada barangan mewah atau berjenama serta pergi melancong ke luar negara.

Implikasi daripada fenomena ini, dari segi jangka pendek, dapat dianggarkan jumlah jualan bagi barangan keperluan rumah seperti mesin basuh, peti sejuk, dapur gas dan sebagainya akan jatuh disebabkan kurangnya pengguna yang membeli barangan tersebut. Apabila permintaan terhadap barangan tersebut jatuh, pengeluaran terhadap barangan tersebut juga akan diturunkan. Syarikat-syarikat pengeluar barangan tersebut terpaksa mengurangkan tenaga kerja di syarikat mereka yang menyebabkan permintaan terhadap tenaga buruh keseluruhannya menurun. Akhirnya, peratusan pengangguran di Jepun akan meningkat. Di samping itu, permintaan terhadap barangan lain keluaran tempatan juga akan menurun sekiranya lebih ramai pengguna yang gemar membeli barangan import berjenama atau melancong dan membeli belah di luar negara. Ini merupakan implikasi negatif fenomena Parasite Singles terhadap ekonomi negara dari sudut pandangan jangka pendek.

Dari segi jangka panjang pula, sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini, fenomena Parasite Singles akan menyebabkan peratusan kelahiran bayi menurun akibat semakin berkurangnya bilangan penduduk Jepun yang berumahtangga dan melahirkan anak. Penurunan peratusan kelahiran bayi akan menyebabkan Jepun kekurangan tenaga kerja pada masa akan datang. Di samping itu, oleh kerana Jepun mengamalkan sistem pencen di mana kos pencen generasi tua ditanggung oleh generasi yang lebih muda, bilangan generasi muda yang lebih kecil berbanding generasi tua akan menyebabkan beban kos yang ditanggung oleh generasi muda menjadi semakin besar.

Walau bagaimanapun, terdapat juga implikasi positif yang dapat dianggarkan kesan daripada fenomena Parasite Singles ini. Contohnya, jualan untuk barangan eksklusif ciptaan pereka tempatan akan meningkat seiring dengan permintaan yang banyak daripada golongan Parasite Singles.26

(10)

Dianggarkan kadar pertumbuhan Pengeluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Jepun akan terjejas sehingga sebanyak 0.2% setahun.27

Hanya sedikit implikasi positif yang dapat dilihat kesan daripada kewujudan fenomena Parasite Singles iaitu peningkatan dalam perbelanjaan persendirian golongan Parasite Singles. Bagaimanapun, Orenstein lebih fokus kepada implikasi positif daripada fenomena Parasite Singles ini. Orenstein menjelaskan, walaupun KDNK telah menurun sebanyak 20% sejak kejatuhan ekonomi bermula tahun 1994, nilai jualan Louis Vuitton di Jepun telah meningkat daripada USD36 juta kepada USD863 juta setahun. Nilai ini merangkumi satu pertiga daripada jumlah jualan Louis Vuitton di seluruh dunia. Walaupun Jepun sedang mengalami kejatuhan ekonomi, golongan Parasite Singles ini terus menjana pertumbuhan ekonomi barangan berjenama seperti Louis Vuitton, Fendi, Prada dan lain-lain. Mereka juga lebih banyak pergi melancong berbanding golongan yang berpendapatan lebih tinggi. Bukan itu sahaja, golongan Parasite Singles ini lebih sofistikated tentang makanan dan budaya yang menunjukkan mereka kelihatan lebih bergaya.

Kesimpulan

Bilangan Parasite Singles di Jepun kini lebih kurang 11 juta orang ataupun bersamaan lebih kurang 9% daripada populasi negara matahari terbit tersebut. Sejak istilah Parasite Singles mula diperkenalkan oleh Masahiro Yamada dalam bukunya yang berjudul Parasaito Shinguru no Jidai (Zaman Parasite Singles) pada tahun 1999, perhatian umum terhadap fenomena sosial ini semakin meningkat.

Terdapat sesetengah penganalisa menganggap bahawa fenomena ini merupakan satu masalah sosial yang membawa kepada pelbagai implikasi negatif kepada aspek sosio-budaya dan ekonomi Jepun sama ada dari segi jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang. Sebaliknya, terdapat juga segelintir penganalisa yang memandang fenomena ini sebagai bukan masalah semata-mata. Kewujudan fenomena ini dianggap dapat memberi implikasi positif kepada beberapa aspek yang mungkin tidak terlalu dititik beratkan sebelum ini.

Bagaimana kita harus memandang dan menilai fenomena ini sebenarnya bergantung kepada apakah matlamat dan harapan Jepun terhadap rakyatnya demi masa depan. Sekiranya Jepun mahu memastikan bilangan penduduknya terus bertambah supaya tenaga kerja untuk menggerakkan ekonomi negara pada masa-masa akan datang dapat dijamin bilangannya, fenomena Parasite Singles boleh dikira sebagai masalah yang harus diselesaikan segera. Begitu juga sekiranya Jepun mahu terus melindungi industri pengeluaran barangan keperluan rumah dan memastikan pelaburan dalam sektor perumahan terus berkembang, golongan Parasite Singles harus digalakkan supaya berdikari dan memiliki kediaman sendiri.

(11)

Nota

1 Bancian Kebangsaan Jepun dijalankan setiap lima tahun. Bancian terakhir dilakukan ialah pada tahun

2005. Rujuk laman web Biro Statistik Jepun iaitu http://www.stat.go.jp/index.htm. 2

Baby boom ialah satu fenomena di mana peratus kelahiran bayi meningkat dengan mendadak pada sesuatu masa. Fenomena ini telah berlaku sebanyak dua kali dalam tempoh seratus tahun kebelakangan ini di Jepun. Baby boom fasa pertama telah berlaku dalam tempoh 1947 hingga 1949 di mana bilangan kelahiran bayi pada waktu itu ialah seramai 2,696,630 orang. Baby boom fasa kedua pula telah berlaku dalam tempoh 1971 hingga 1974 di mana bilangan kelahiran bayi pada waktu itu ialah seramai 2,091,983 orang. Sebagai perbandingan, bilangan kelahiran bayi pada tahun 2007 ialah seramai 1,062,604 orang.

Hiroyuki Takahashi and Jeanette Voss, “Parasite Singles; A Uniquely Japanese Phenomenon?,” Japan Economic Institute (JEI) Report No. 31, August 11, 2000

6

門倉貴史、“パラサイト฀シン ル人口の将来予測とマ ロ経済への影響、”第一生命経済研

究所ニュースNo.20、2004年6月4日

7

Bubble economy ialah satu keadaan ekonomi di mana harga aset seperti saham, tanah dan perumahan melambung tinggi disebabkan oleh pelaburan yang meningkat, seterusnya kenaikan harga aset tersebut menjadi penarik kepada pelabur untuk lebih banyak melabur sehingga harga aset-aset tersebut semakin meningkat tinggi. Keadaan ini telah berlaku di Jepun bermula pertengahan 1980-an sehingga awal 1990-an.

8

Parasites in Prêt-à-Porter, By PEGGY ORENSTEIN, July 1, 2001, Sunday (NYT); Magazine Desk, Late Edition - Final, Section 6, Page 31, Column 2, 4765 words

9

Amalan tradisi Jepun menunjukkan bahawa kebiasaannya seseorang wanita yang telah berkahwin akan berhenti daripada bekerja dan menjadi surirumah yang patuh dan setia sepenuh masa. Kebebasan untuk menikmati kehidupan sosial agak terbatas disebabkan tanggungjawab menguruskan keluarga dibebankan kepada isteri sepenuhnya manakala suami bertanggungjawab untuk bekerja mencari rezeki.

10

The New York Times features Japan's "parasite singles". Rujuk laman web http://www.ezipangu.org/english/contents/news/naname/parasite/1.html. (Teks asal : Parasites in Prêt-à-Porter, By PEGGY ORENSTEIN, July 1, 2001, Sunday (NYT); Magazine Desk, Late Edition - Final, Section 6, Page 31, Column 2, 4765 words)

11 門倉年 貴史、 パラサイト シン ル人口の将来予測とマ ロ経済への影響、 第一生命経済

研究所ニュ スNo.20、 4 6 4日年

12

Hiroyuki Takahashi and Jeanette Voss, “Parasite Singles; A Uniquely Japanese Phenomenon?,” Japan Economic Institute (JEI) Report No. 31, August 11, 2000

13

Fumihiko Nishi and Mari Kan, “Current Situation of Parasite Singles in Japan,” Statistical Research and Training Institute, Japan, March 22, 2006

14年 門倉年 貴史、 パラサイト シン ル人口の将来予測とマ ロ経済への影響、 第一生命経済

研究所ニュ スNo.20、 4 6 4日年

15 Nota:

• Jadual dibina oleh penulis berdasarkan data Bancian Kebangsaan, Biro Statistik Negara. • Formula: Parasite singles = berumur 20~34, belum berkahwin, tinggal di rumah ibubapa. Bagi

menghampiri definisi parasite singles(bergantung hidup kepada ibubapa), ketua keluarga di tolak daripada jumlah.

16

(12)

17

Hiroyuki Takahashi and Jeanette Voss, “Parasite Singles; A Uniquely Japanese Phenomenon?,” Japan Economic Institute (JEI) Report No. 31, August 11, 2000

18

Kajian oleh福井商工会議所 pada Oktober 2002 keatas 160 orang pekerja syarikat, yang belum berkahwin. Rujuk laman web http://www.fcci.or.jp/chousa/totteoki/parasaito/index.htm.

19

The New York Times features Japan's "parasite singles". Rujuk laman web http://www.ezipangu.org/english/contents/news/naname/parasite/1.html

20年山口三十四、 人口成長と経済発展―少子高齢化と人口爆発の共存 、 斐閣、

21

Hiroyuki Takahashi and Jeanette Voss, “Parasite Singles; A Uniquely Japanese Phenomenon?,” Japan Economic Institute (JEI) Report No. 31, August 11, 2000

22 成 13 度 年 国 民 生 活 白 書 年 ~ 家 族 の 暮 ら し と 構 造 改 革 ~

. Rujuk laman web http://www5.cao.go.jp/j-j/wp-pl/wp-pl01/html/13102c10.html.

23

Hiroyuki Takahashi and Jeanette Voss, “Parasite Singles; A Uniquely Japanese Phenomenon?,” Japan Economic Institute (JEI) Report No. 31, August 11, 2000

24

The New York Times features Japan's "parasite singles". Rujuk laman web http://www.ezipangu.org/english/contents/news/naname/parasite/1.html.

25

Hiroyuki Takahashi and Jeanette Voss, “Parasite Singles; A Uniquely Japanese Phenomenon?,” Japan Economic Institute (JEI) Report No. 31, August 11, 2000

26

Hiroyuki Takahashi and Jeanette Voss, “Parasite Singles; A Uniquely Japanese Phenomenon?,” Japan Economic Institute (JEI) Report No. 31, August 11, 2000

27

門倉年貴史、 パラサイト シン ル人口の将来予測とマ ロ経済への影響、 第一生命経済

研究所ニュ スNo.20、 4 6 4日

Diterbitkan dalam

Referensi

Dokumen terkait

Wadhifah, Nashifatul, “Studi Analisis metode Penentuan Awal Waktu Salat Dengan Jam Istiwa’ Dalam Kitab Syawariq Al-Anwar”, Skripsi Fakultas Syari’ah IAIN

Penelitian ini dilakukan dengan tujuan untuk mengkaji pengaruh variasi temperatur, waktu, dan massa katalis paling terhadap transformasi α-pinena melalui reaksi

Dengan menerapkan prinsip pengembangan program seperti yang diformulasikan oleh Douglas, pengembangan materi kuliah terstruktur dalam bentuk Modul-modul, pengelolaan kelas dengan

Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui tingkat serangan lalat pengorok daun pada tiga varietas lokal bawang merah (Palu, Palasa, Tinombo) di Palu Sulawesi Tengah

Puji dan syukur senantiasa kita panjatkan kehadirat Allah SWT atas limpahan rahmat dan hidayahNya sehingga dapat diselesaikannya Karya Tulis Ilmiah mengenai “Hubungan antara

Perkumpulan tersebut tidak hanya berjasa dalam melestarikan adapt-istiadat Tionghoa, namun juga merangsang muncul dan berkembangnya berbagai perkumpulan Tionghoa di

Hasil analisis menunjukkan bahwa semua nilai FKR berbeda secara signifikan, yang berarti bahwa data jumlah korban meninggal dunia untuk semua instansi rujukan, yaitu Dinas

+edangkan lkus kornea dapat terjadi akibat adanya trauma pada oleh benda asing, dan dengan air mata atau penyakit yang menyebabkan masuknya bakteri atau  jamur ke dalam kornea