• Tidak ada hasil yang ditemukan

cara Kedah menghadapi serangan dan ancam

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "cara Kedah menghadapi serangan dan ancam"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 PENGENALAN

Pada tahun 1373-1423, iaitu di bawah pemerintahan Sultan Sulaiman Shah 1, Kedah

merupakan sebuah negeri yang mewah. Hal ini telah disedari oleh kerajaan Acheh dan beliau

ingin menakluki Kedah. Pada tahun 1619, seorang nakhoda dari Indragiri, Nakhoda Lanun

telah datang ke Kedah dan memberitahu kepada Raja Bendahara Kedah bahawa Iskandar

Muda Mahkota Alam, iaitu Raja Acheh hendak menyerang Kedah. Namun hal ini telah

berjaya ditangani dengan baik kerana Sultan Kedah iaitu Sultan Sulaiman Shah menyambut

kedatangan Raja Acheh dengan baik.

Setelah Sultan Sulaiman Shah mangkat, Sultan Kedah digantikan pula dengan

puteranya, Sultan Rijaluddin Muhammad Shah. Baginda telah mengambil tindakan susulan

dengan menghantar utusan kepada Raja Siam untuk meminta pertolongan melindungi negeri

Kedah daripada serangan Aceh. Hal ini telah menyebabkan Aceh tidak lagi menyerang

Kedah. Oleh itu, dari sinilah bermulanya campur tangan Siam di negeri Kedah. Sebagai

contoh, pada bulan Jun tahun 1642, Sultan Rijaluddin Muhammad Shah membaharui surat

perjanjian perniagaan di antara kerajaan Kedah dengan kompeni Belanda iaitu membenarkan

kompeni Belanda membeli bijih timah dan hasil keluaran negeri Kedah yang lain supaya

dapat meminta pertolongan mereka daripada serangan Siam.

Ironinya, dalam esei ini, saya akan membincangkan terdapat pelbagai cara atau

kaedah yang digunakan oleh kerajaan Kedah bagi menghadapi ancaman dan serangan

(2)

2.0:KAEDAH-KAEDAH YANG DIGUNAKAN OLEH

PEMERINTAH NEGERI KEDAH BAGI MENGHADAPI

ANCAMAN SIAM

2.1:SULTAN MEMPERBAHARUI SURAT PERJANJIAN PERNIAGAAN

Pada bulan Jun tahun 1642, Sultan Rijaluddin Muhammad Shah telah memperbaharui

surat perjanjian perniagaan dengan syarikat Belanda iaitu membenarkan syarikat tersebut

membeli bijih timah dan pelbagai hasil keluaran negeri Kedah untuk diperdagangkan.

Baginda membuat surat perjanjian berniaga dengan Syarikat Belanda dan Sultan Kedah akan

mengaku akan menjual separuh daripada hasil timah yang didapati di negeri Kedah dan

membenarkan hanya peniaga yang membawa surat pas dari Belanda sahaja boleh berniaga di

Kedah.

Tujuan Sultan Rijaluddin membuat demikian kerana hendak menjaga hubungan baik

dengan pihak Belanda sekiranya terdapat ugutan dan ancaman daripada pihak Siam.

Hubungan baik ini dapat dilihat apabila Sultan Kedah mengisytiharkan kapal-kapal yang

datang dari Pantai Koromandel atau negeri Benggala tidak dibenarkan membeli bijih timah

atau gajah dari negeri Kedah kecuali jika ada membawa surat pas daripada Naib Gabenor

Belanda yang bernama Gardenjis. Kaedah surat perjanjian ini dapat membantu Sultan Kedah

untuk melindungi negeri Kedah daripada ancaman Siam yang bercita-cita untuk memiliki

sebuah empayar di negeri-negeri utara Semenanjung Tanah Melayu.

2.2 : KAEDAH MENGHANTAR BUNGA MAS DAN PERAK

Bunga mas dan perak juga mempunyai nama lain malah dikenali dengan pelbagai nama

(3)

di Terengganu dikenali sebagai cukai banci. Sultan Abdullah Mukarram Shah iaitu putera

kepada Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muazzam Shahn II juga merupakan antara

sultan yang telah menghantar bunga mas dan bunga perak kepada Raja Siam setiap tiga

tahun sekali bagi menjaga hubungan baik antara kerajaan Kedah dan Siam serta seperti yang

diarahkan oleh gabenor Siam. Hal ini supaya Kedah tiak diancam oleh Siam. Selain daripada

Sultan Mukarram Shah, Sultan Zainal Rashid, Tengku Anom dan Tuan Syed Hussin juga

merupakan anatara pemerintah yang terpaksa menghantar bunga mas dan perak ke Siam.

Lazimnya, bunga mas dan perak tersebut dibuat dengan tiga tingkat sahaja dan tidak seperti

negeri Saiburi yang menghantar setinggi lima tingkat. Hal ini dapat dilihat melalui perbualan

Sumdit.

‘’Maka kata Sumdit, “Ada pun bunga mas bunga perak Setol, Kayang dan Kubang Pasu

mahu perbuatkan itu biar-lah tiga tingkat sahaja, jangan di-perbuat lima tingkat seperti bunga

mas negeri Saiburi yang selalu di-hantarkan ka-mari dahulu itu”.1. Kaedah menghantar bunga

mas ini secara tidak langsung telah melemahkan kedudukan ekonomi Kedah kerana untuk

membuat bunga mas dan perak memerlukan kos yang begitu tinggi. Lazimnya, wang untuk

membiayai dikutip daripada rakyat lelaki dewasa. Nilai jumlah pembuatan bunga mas

bergantung kepada kekayaan dan jumlah penduduk. Sebagai contoh, Kedah menghantar

bunga mas yang bernilai RM 5000 manakala Perlis hanya RM 1500.

Di samping itu, kerja membuat bunga mas dibuat dengan teliti oleh tukang-tukang

terpilih dan biasanya di bawah penguasaan sultan untuk memastikan bahawa bunga mas

tersebut dibuat dengan sempurna serta cantik. Pembuatan bunga mas dan perak akan

mengambil masa berbulan-bulan kerana pembuatannya memerlukan kerja yang teliti dan

agak rumit, Selepas sudah selesai kerja membuat bunga mas, penghantaran pula akan

dilakukan oleh perwakilan yang dipilih. Bagi negeri-negeri pantai barat perwakilan akan

(4)

pergi terlebih dahulu ke Ligor manakala negeri-negeri pantai timur akan ke Singgora sebelum

dipersembahkan ke Bangkok.2

2.3 : SULTAN KEDAH MEMBERIKAN BANTUAN KEPADA PIHAK SIAM

Sultan Abdullah menggunakan pelbagai cara untuk mengukuhkan kuasanya serta untuk

mepertahankan negeri Kedah daripada diserang oleh Siam. Salah satunya ialah Sultan

Abdullah telah memberikan bantuan senjata dan ketenteraan kepada dua belah pihak yang

bermusuhan iaitu Burma dan Siam dengan tujuan hendak menyelamatkan negeri Kedah.

Setelah itu, beliau telah membuat persediaan yang lengkap bagi menghadapi serangan

daripada pihak Siam kerana baginda khuatir pihak Siam akan menyerang negeri Kedah pada

bila-bila masa sahaja.

Pada masa itu juga, oleh sebab khuatirkan serangan dari pihak Siam yang hendak

mengukuhkan kuasanya di negeri Kedah, Sultan Abdullah telah melengkapkan persediaan

bagi melawan serangan yang mungkin datang dari pihak Siam itu. 3

Sultan Abdullah telah menitahkan Datuk Bendahara, Datuk Laksamana serta

pegawai-pegawai yang lain membawa seramai 10,000 orang Melayu Kedah untuk membuat kubu

pertahanan di genting-genting gunung antara Singgora-Patani. Dinding kubu tersebut

dikatakan diperbuat daripada batu-bata dan terdapat ciri-ciri moden seperti lubang untuk

menempatkan senapang dan meriam bagi mengukuhkan kubu pertahanan itu.

Tambahan pula, Sultan Abdullah telah disuruh oleh “uparat” (pembantu Raja Siam)

untuk menghantar serratus koyan beras, empat pucuk meriam tembaga, dan empat pucuk

meriam 12 pound kepada pihak Siam. Selain daripada Sultan Abdullah, Sultan Ahmad

(5)

Tajuddin juga telah memberikan bantuan kepada pihak Siam dengan memberikan beberapa

buah perahu kepada Siam.

2.4 : BERSEKUTU DENGAN BURMA

Pada bulan Januari tahun 1786, angkatan perang orang Burma telah sampai ke Kuala

Kedah. Ketua orang Burma telah meminta bantuan Sultan Kedah supaya memberikan

bantuan seperti tentera dan senjata kepada Burma kerana mereka hendak menakluki Thalang

yang terletak di utara Pulau Langkawi yang berada di bawah naungan Siam. Jadi, disebabkan

Sultan Abdullah telah mengiktiraf kebesaran kerajaan Burma, maka Sultan Abdullah telah

menghantar juga bantuan seperti yang diminta oleh Burma.

Sultan Abdullah berbuat demikian kerana hendak menjaga kepentingan negeri Kedah

daripada ancaman Siam yang dalam pada masa yang sama juga Burma dan Siam sedang

berperang untuk merebutkan sebuah kawasan yang bernama Thalang dan hal ini boleh

dikategorikan sebagai Sultan Abdullah telah berkompromi dengan Burma dengan

memberikan bantuan kepada kedua-dua belah pihak iaitu Burma dan Siam bagi menjaga

kepentingan Kedah.

2.5 : SULTAN MEMINTA BANTUAN DARIPADA PIHAK INGGERIS

Pada 25 Ogos 1786, Sultan Abdullah meminta bantuan daripada Kapten Francis Light di

Pulau Pinang supaya melindungi negeri Kedah daripada ancaman Siam tetapi Kapten Light

tetap tidak bersetuju setelah beberapa kali Sultan Abdullah menjemput beliau. Kapten Light

tidak mahu memberi perlindungan dan bantuan ketenteraan kepada kerajaan Kedah kerana

(6)

perniagaan antara Kompeni Inggeris dengan Siam. Buktinya dapat dilihat pada bulan

Februari tahun 1787 iaitu surat daripada pejabat Kompeni Inggeris di Calcutta sampai kepada

Kapten Francis Light di Pulau Pinang yang menyatakan hal tidak bersetuju untuk membantu

pihak Kedah daripada ancaman Siam.

Sekali lagi, Sultan Abdullah menerima ancaman daripada Siam. Baginda telah

diperintahkan oleh Siam memberikan sebanyak 200 buah perahu kepada angkatan perang

Siam yang hendak melancarkan serangan ke negeri Burma4. Gabenor Siam ingin

menggunakan Kedah sebagai tempat mereka melancarkan serangan ke Burma. Namun

begitu, Kedah tetap mendapat ancaman yang berterusan daripada Siam kerana pihak Inggeris

melengah-lengahkan permintaan Sultan Abdullah.

Sebaliknya, Kapten Light hanya menasihatkan Sultan Abdullah sahaja berbanding

memberikan bantuan seperti yang dikehendaki oleh Sultan Abdullah kerana kerajaan Siam

lebih kuat berbanding kerajaan Kedah.

2.6 : PENGLIBATAN GOLONGAN ELIT DI KEDAH

Para sarjana menafsirkan golongan elit merupakan satu kelompok kecil yang

menyandang jawatan tinggi dalam kerajaan, tentera, politik, agama, ekonomi, pelajaran,

organisasi massa dan profesional 5 Mereka boleh mempengaruhi masyarakat melalui

ideologi-ideologi mereka melalui media massa seperti majalah, buku dan risalah. Golongan

elit yang terdapat di Kedah boleh dikategorikan kepada dua golongan iaitu golongan elit

yang mencetuskan pemberontakan dan golongan elit yang bekerjasama dengan Siam.

Pertama, golongan elit yang mencetuskan pemberontakan ialah melihat kepada

perjuangan golongan pertama didapati kebanyakan serangan orang Kedah ke atas pihak Siam

4 Ibid hlm. 43.

(7)

di Kedah dibuat dalam bentuk perang gerila.6. Pemberontakan ini merupakan kebangkitan

semangat orang Melayu dan orang Islam yang mendapat bantuan moral dan tentera daripada

orang Melayu di Negeri-negeri Selat, selatan Siam serta Perak. Pemberontakan yang

dilakukan oleh rakyat tempatan berlaku dalam tahun 1821-1842. Antara golongan elit yang

cuba mempertahankan negeri Kedah ialah Pahlawan Tok Mo Ris.

Pada 12 ]November 1821, angkatan Siam sudah tiba di Kuala Kedah. Mengikut

Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah ketua tentera Laut Siam itu ialah Phya Buri Saknuton. Beliau

yang menggepalai angkatan laut mendarat di Kuala Kedah. 7 Angkatan Kedah serta Tok Mo

Ris mengundur diri dan cuba bertahan di kubu pertahanan Kota Kudong di Langgar. Ramai

tentera Siam dari angkatan darat telah tewas di kubu pertahanan ini. Namun, tentera Siam

berjaya mendapat bantuan tentera darat tambahan dengan segera menyebabkan pasukan

pertahanan Tok Mo Ris mengundur diri buat sementara waktu.

Mereka yang mengundur diri itu bukan sahaja mendiamkan diri malah menyusun

semula angkatan serangan secara gerila bagi melumpuhkan angkatan Siam dan dikenali

sebagai perang musuh bisik. Akhirnya, Tengku Anom membuat rombongan diplomasi dengan

Siam untuk mendapatkan semula negeri Kedah. Penyelesaian dapat dibuat oleh Tengku

Anom di mana Kedah hanya dikehendaki menghantar bunga mas dan perak sahaja ke

Bangkok sebagai tanda berbaik-baik dan sepakat. 8 Peperangan musuh bisik ini

mendatangkan banyak kerugian kepada kedua-dua belah pihak.

Kesan-kesan lain bagi membuktikan kepahlawanan Tok Mo Ris ialah terdapat senjata

yang disimpan oleh cicit Tok Mo Ris dan dikatakan juga terdapat pedang yang berukuran

lebih kurang tiga kaki panjangnya bagi menghadapi musuh-musuh Tok Mo Ris dan

angkatan-angkatannya.

6 Ibid hlm. 30.

7 Prof. Khoo Kay Kim, Beberapa Aspek Sejarah Kedah, Kuala Lumpur : Persatuan Sejarah Malaysia, 1983, hlm. 7.

(8)

Seterusnya, satu lagi pihak elit Kedah telah menjalankan dasar bekerjasama dengan

pihak Siam setelah mendapati sukar untuk menghadapi ancaman Siam secara kekerasan

kerana kuasa Siam begitu kuat. Antara pemimpin yang telah bekerjasama dengan Siam ialah

Tunku Anom, Tunku Bisnu serta Syed Hussain.

Tunku Anom dikatakan banyak membantu kepentingan Siam dan menurut pendapat

Muhammad Hassan iaitu penulis istana menggambarkan Tunku Anom seorang pejuang

bangsa yang berjuang dengan penuh muslihat dan berdiplomasi. Buktinya, Sumdit

memuji-muji Tengku Anom dihadapan Prak Nang Kelau Yew Huwa Raja Maha Besar bahawa beliau

begitu suci dan sangat setia kepada rajanya. Maka titah Raja Maha Besar, “Patut di-beri

pangkat kepada Tengku Anom Paduka Raja Jambangan berpangkat Phya Kubang Pasu. 9

Kenaikan pangkat oleh Raja Siam kepada Tunku Anom dijalankan di negeri Siam dengan

penuh adat istiadat malah Tunku Anom turut diberi sepersalinan baju untuk majlis tersebut.

Berbeza dengan Tunku Yaakop, beliau juga turut menjalankan cara berbaik dengan

pihak Siam tetapi agak berbeza dengan Tunku Anom. Sebagai intihanya, Tunku Anom

bekerjasama untuk melindungi kepentingan Kedah semasa penjajahan tetapi Tunku Yaakop

menjemput campur tangan daripada pihak Siam.

Golongan elit Kedah telah mendapat pengajaran bahawa konflik yang tidak terkawal

akan membawa kepada penjajahan kuasa luar dan campur tangan kuasa asing. Semua

penentangan yang dilakukan oleh golongan elit Melayu di Kedah bertujuan untuk melindungi

negeri Kedah supaya tidak dijajah dan tidak diancam oleh kuasa Siam yang hanya

menginginkan Kedah untuk menjaga kepentingan hak Siam sahaja.

(9)

2.7 : KAEDAH MELALUI PERKAHWINAN

Perkahwinan juga merupakan salah satu kaedah yang boleh digunakan untuk

merapatkan hubungan kerajaan Kedah dengan Siam bagi mengelakkan ancaman Siam serta

mengukuhkan kedudukan politik antara kedua-dua belah pihak. Menurut Muhammad Hassan,

semasa lawatan Sultan Ahmad Tajudin III ke Bangkok, baginda telah diminta oleh Menteri

Siam supaya mengahwini puteri yang dipeliharanya sejak kecil iaitu Wan Jah.

Tambahan pula, bagi Sultan Ahmad Tajudin III, hasil perkahwinan ini akan

menguntungkan kedudukan politiknya terutama dalam hubungannya dengan pihak Siam.

Sumdit ( Raja Siam) ingin mengahwinkan puteranya yang berumur 17 tahun dengan Puteri

Sultan Tajudin III. Jadi, baginda pun menerimanya dengan ikhlas hati. Perkahwinan ini

dijalankan berdasarkan hukum Islam. Hal ini dapat dilihat melalui perbualan antara Raja

Siam dengan Tuan Syed Abdullah Al-Jafri.

Sa-telah itu, Sumdit bertanya kepada Tuan Syed Abdullah Al-Jafri, “Macham mana-kah

hokum orang Islam?”. Maka di-ma’alum oleh Tuan Syed Abdullah Al-Jafri akan hal ahwal

nikah chara Islam. Maka Sumdit Chao Phya pun sangat suka hati mendengar hal yang

demikian itu, lalu bertitah kepada Luang Kucha Ishak, “Boleh-lah siapkan alat-alat

perkahwinan dengan segera.”10

Maka Luang Kucha Ishak pun menyiapkan majlis perkahwinan antara puteri Sultan

Tajudin dengan putera Sumdit berpandukan hukum-hakam Islam. Perkara ini ternyata dapat

mengeratkan hubungan kedua-dua belah pihak antara Kedah dengan Siam.

(10)

2.8 : PERANAN WANITA

Peranan wanita istana belakang tabir jelas menunjukkan mereka juga memainkan

peranan yang begitu penting dalam sejarah politik Kedah. Antara tokoh wanita yang boleh

dijadikan contoh ialah bonda kepada Raja Muda Tunku Abddul Aziz iaitu Wan Hajar binti

Wan Ismail yang dianggap sebagai tokoh wanita di belakang tabir politik Kedah sejak

pemerintahan suaminya, Sultan Ahmad Tajudin Mukaram Shah.

Sejarah Kedah telah membuktikan bahawa bonda sultan atau permaisuri yang

berpengaruh turut memainkan peranan yang penting. Dalam kes ini, Wan Hajar mahukan

pentadbiran Kedah disusun semula terutama bagi membetulkan pengurusan kewangan dan

pajak. 11

Tambahan pula, Wan Hajar mahukan pentabiran politik Kedah disusun semula bagi

memperbaharui masalah kewangan dan pajakan kerana bagi beliau kepentingan negeri Kedah

lebih penting yang patut diberikan keutamaan. Semua ini dilakukan untuk melindungi negeri

Kedah daripada ancaman Siam kerana Siam hanya menunggu sahaja peluang untuk campur

tangan dalam urusan negeri Kedah malah peranan ini turut dimainkan oleh Tunku Anom

seperti yang dibincangkan di dalam bab sebelum ini.

(11)

3.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, pelbagai kaedah yang digunakan oleh pemerintah Kedah bagi

menghadapi ancaman Siam seperti yang telah dinyatakan sebelum ini. Penaklukan Siam

merupakan sebuah pengajaran kepada Kedah kerana Kedah akan cuba memastikan

pengalaman ini tidak akan berulang lagi bak kata pepatah Melayu tidak mahu pisang berbuah

dua kali. Ironinya, Kedah telah menjadi lebih stabil dan pemerintahan kerajaan Kedah dapat

disusun semula sehingga menjadi moel kepada negeri-negeri Melayu yang lain. Hal ini jelas

dapat dilihat negeri Kedah sudah maju dan bebas daripada sebarang ancaman kuasa asing

atau kuasa luar sehingga sekarang. Hakikat kejayaan negeri Kedah lebih kuat dan kukuh

(12)

4.0 LAMPIRAN

Kota Kuala Kedah Makam Tunku Anom di Kg. Kuala

Pisang

(13)

5.0 RUJUKAN

Cheah Boon Kheng. (1990). Kolonialisme di Malaysia dan Negara-negara Lain. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Haji Buyong Adil. (1980). Sejarah Kedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mahani Musa, Tan Liok Ee. (2000). Sorotan Terpilih Dalam Sejarah Malaysia. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Muhammad Hassan bin To’ Kerani Mohd Arshad. (1968). Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Isa Othman. (1990). Politik Tradisional Kedah 1681-1942. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Isa Othman. (2002). Sejarah Malaysia (1800-1963). Selangor: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

.

Prof. Khoo Kay Kim. ( 1983). Beberapa Aspek Sejarah Kedah. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia.

Syeikh Kerutuk. (2011). Bingkisan Anak Bani Jawi. Diakses daripada

(14)

Referensi

Dokumen terkait