• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penggunaan Peta Minda dalam Penulisan Ba

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Penggunaan Peta Minda dalam Penulisan Ba"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

Bab 1 Pengenalan 1.1 Tajuk

Mengkaji Keberkesanan Penggunaan Peta Minda Dalam Meningkatkan Kemahiran Menulis Dalam Penulisan Karangan Bahasa Melayu Tahun 5.

1.2 Latar Belakang Kajian

Masih terdapat sebahagian murid yang tidak dapat menulis karangan dengan baik. Salah satu punca kepada kegagalan penulisan yang baik adalah kelemahan murid

menstukturkan idea dalam mindanya dan mentafsirkan idea-idea ke dalam bentuk bahasa (secara lisan atau tulisan). Kemahiran menstrukturkan dan mentafsirkan idea ini adalah berkaitan dengan kemahiran berfikir seseorang. Dengan idea-idea yang tidak tersusun, maka mereka mengalami kesulitan semasa menghasilkan sesebuah penulisan karangan. Secara tidak langsungnya, mereka telah menghasilkan penulisan yang kurang berkualiti kerana banyak melakukan kesalahan dari segi tatabahasa, sintaksis dan semantik semasa menyampaikan idea dalam bentuk penulisan.

Carta di bawah adalah salah satu analisa pencapaian keputusan UPSR bagi penulisan Bahasa Melayu di salah sebuah sekolah rendah di Malaysia. Boleh kita lihat bahawa masih ada golongan murid yang gagal dalam kertas ujian penulisan ini.

(2)

Untuk menangani masalah ini, terdapat guru-guru yang melaksanakan pelbagai jenis kaedah dan teknik pengajaran serta menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) yang berbagai untuk membantu anak murid mereka untuk berfikir. Guru-guru bahasa Melayu haruslah menerapkan unsur kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) dalam proses P&P penulisan. Dengan ini, anak murid mereka dapatlah dilatih dan dirangsangkan untuk mengeluarkan idea mereka penulisan dengan lebih sistematik. Penghasilkan sesebuah peta minda adalah salah satu cara dalam merangsangkan pemikiran kanak-kanak. Dalam kajian ini, kita akan lihat bagaimana penggunaan peta minda dapat meningkatkan mutu penulisan karangan murid sekolah rendah.

1.3 Soalan Kajian

 Adakah murid-murid mengalami perkembangan dalam menstrukturkan idea-idea mereka ke dalam bentuk penulisan dengan teknik penggunaan meta minda?

1.4 Objektif Kajian Objektif Umum

Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan peta minda dalam meningkatkan kemahiran melahirkan perasaan dan fikiran serta menyatakan pengalaman sendiri melalui penulisan karangan murid sekolah rendah.

Objektif Khusus

i. Melihat sejauh mana pengetahuan atau kemahiran guru menggunakan peta minda dalam proses pengajaran penulisan.

ii. Melatih murid menghasilkan peta minda untuk tujuan penulisan karangan Bahasa Melayu.

(3)

1.5 Kepentingan Kajian

Kajian ini dapat membantu guru-guru sekolah rendah untuk mengaplikasikan penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan bahasa Melayu. Diharapkan guru-guru sekolah menyedari akan kepentingan penggunaan peta minda dan menggunakannya sebagai bahan bantu mengajar untuk merangsang kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif anak murid mereka.

Kajian ini juga dapat membantu murid-murid di sekolah untuk meningkatkan kemahiran menstrukturkan idea-idea dalam minda mereka dan mengeluarkan idea dengan teratur dan sistematik dalam bentuk penulisan. Murid-murid juga dapat dirangsang untuk berfikir secara kritis dan kreatif untuk mengeluarkan lebih banyak idea. Dalam kemahiran berbahasa, kajian ini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan tatabahasa murid semasa memindahkan idea dari peta minda ke dalam bentuk penulisan.

Selain itu, saya juga berharap kajian saya ini dapat menjadikan penggunaan peta minda sebagai salah satu alternatif untuk menghasilkan penulisan karangan yang

berkualiti. Saya berharap penggunaan peta minda ini dapat meningkatkan mutu dan kualiti penulisan murid-murid sekolah yang menggunakan kaedah tradisional selama ini.

1.6 Batasan Kajian

Kajian ini adalah kajian tindakan yang berkaitan dengan teknik pengajaran, iaitu teknik menggunakan peta minda dalam pengajaran penulisan karangan murid tahap 2 sekolah rendah. Kajian ini dijalankan ke atas 10 orang murid Tahun 5 yang dipilih secara rawak. Hasil pemerhatian atau data dikumpul sebanyak 3 kali (3 karangan seorang).

1.7 Definisi Konsep

(4)

1.7.2 Keberkesanan – perihal berkesan atau berkesannya sesuatu tindakan. Dalam kajian ini, keberkesanan dinilai dengan melihat peningkatan kemahiran menulis karangan di kalangan murid.

1.7.3 Penggunaan – Perihal menggunakan sesuatu dan ini merujuk kepada peta minda dalam kajian ini.

1.7.4 Peta minda – gambaran fikiran tentang fakta-fakta penting atau berkaitan tentang sesuatu perkara yang ditafsirkan dengan menggunakan tulisan dan bahan grafik (seperti garisan anak panah, segi empat dan bulatan) untuk menunjukkan jaringan antara perkara-perkara yang berkaitan.

1.7.5 Kemahiran Berfikir - Kebolehan menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai

kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami.

1.7.6 Kemahiran menulis – Dalam sukatan pelajaran, ia merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan.

1.7.7 Penulisan karangan – ciptaan cerita , karya, hasil penulisan dalam bentuk tulisan.

(5)

Bab 2 Tinjauan Literatur 2.1 Pendahuluan

Kajian ini dibuat atas tujuan melihat bagaimanakah penggunaan peta minda dapat merangsang pemikiran kritis dan kreatif murid untuk menghasilkan penulisan karangan yang bermutu dari segi tatabahasa, sintaksis dan semantik. Dalam literatur berkaitan, kita akan melihat apakah itu KBKK, apakah itu peta minda dan kepentingannya serta

bagaimanakah menentukan sesebuah penulisan itu adalah penulisan yang berkualiti dan bermutu. Dalam kajian berkaitan pula, kita akan lihat penemuan kajian-kajian lepas yang telah dijalankan sama ada di dalam atau di luar negara yang mempunyai perkaitan dengan persoalan kajian ini.

2.2 Literatur Berkaitan

2.2.1 Kemahiran berfikir

Dalam buku Edward de Bono berjudul ‘I am Right You Are Wrong’ (1990) mendefinisikan berfikir sebagai satu proses kompleks yang berlaku dalam minda seseorang semasa meneroka pengalamannya secara terperinci untuk mencapai sesuatu tujuan. Tujuan yang dimaksudkan kemungkinan adalah tujuan untuk memahami, memberi makna sesuatu, menilai sesuatu, membuat keputusan atau menyelesaikan masalah. Kemahiran berfikir dalam konteks kajian ini ialah usaha guru membantu murid menjana dan menstrukturkan idea-idea mereka ke dalam bentuk penulisan melalui penggunaan peta minda sebagai teknik pengajaran dan pembelajaran.

Berdasarkan model yang dikemukakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) dan Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kemahiran Berfikir mengandungi komponen

(6)

Melalui Kementerian Pendidikan Malaysia, Kemahiran Berfikir yang diberi penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah seperti berikut:

(a) membanding dan membeza (b) membuat ramalan

(c) menerangkan sebab (d) mengkategori (e) mencetuskan idea

(f) menentukan sumber yang dipercayai (g) menghasilkan metafora

(h) menghasilkan analogi (i) mengusul periksa andaian

(j) menentukan bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan (k) membuat inferens

(l) membuat keputusan (m) menyelesaikan masalah

2.2.2 Peta minda

Peta minda dapat meningkatkan kemahiran menganalisis seseorang. Dalam menghasilkan sesebuah peta minda, setiap fakta yang dibaca dahulu atau perkara yang pernah dialami perlu di analisis dan kemudian menyusunkannya untuk membentuk satu lakaran. Pemetaan minda banyak membantu murid dalam meningkatkan kemahiran berfikir mereka.

(7)

2.2.3 Mutu penulisan

Menurut Musa bin Sulaiman, pensyarah cemerlang dari Jabatan Pengajian Melayu tahun 2006 Maktab Perguruan Kuala Terengganu, dalam laman

http://myschoolnet.ppk.kpm.my/berita/2004/10April_ap2UM.htm menyatakan bahawa ada beberapa syarat yang perlu dicapai dalam penulisan karangan yang baik. Antaranya adalah:

i. Kejelasan dan ketepatan: Memberika isi-isi atau hujah yang tidak menimbulkan sebarang salah faham atau kekeliruan.

ii. Isi-isi atau hujah-hujah yang disusun dengan baik. Contohnya mengikut urutan masa, urutan tempat, urutan kepentingannya, urutan kerumitan dan sebagainya. Penerangan tidak melompat-lompat atau berputar belit sehingga berasa kelam kabut.

iii. Isi-isi atau hujah hendaklah saling berkaitan antara satu sama lain sehingga merupakan satu keseluruhan (unity), dan bukannya sekumpulan isi-isi atau hujah-hujah yang terpisah-pisah.

iv. Setiap isi atau hujah dapat memberi keterangan-keterangan atau sokongan kepada pokok perbincangan (tema) karangan yang berkenaan. Ini bermaksud setiap hujah yang diberikan mestilah berkaitan dengan tajuk.

v. Penghujahan yang logik

vi. Pertalian logis (coherence) perlu di antara isi-isi atau hujah-hujah supaya tidak bertentangan antara satu sama lain.

(8)

Dengan melihat semua syarat-syarat di atas, didapati bahawa kemahiran berfikir memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan sesuatu penulisan. Seseorang yang mampu berfikir secara kritis dan kreatif dapat memberikan idea-idea dan isi dengan jelas, tepat, tersusun, berkesinambunga, dan logik. Dengan ini, penulisan yang terancang dengan gaya yang baik dapat dihasilkan.

2.3 Kajian Berkaitan

2.3.1 Kajian Van Vleet, Carmella

Dalam kajian Van Vleet, Carmella bertajuk “We’re Writers, Too!” Engaging Younger Students in the Writing Process, beliau menyatakan bahawa kanak-kanak sebenarnya mampu menulis. Mereka memerlukan satu peta cerita (peta minda) untuk mengilusikan kerja-kerja mereka ke dalam bentuk penulisan. Kanak kanak juga

memerlukan masa untuk menghasilkan sesuatu penulisan dan mereka memerlukan satu tempat yang sesuai untuk menulis.

2.3.2 Kajian Abd. Razak Adam

Dalam kajian Abd. Razak Adam bertajuk “Keberkesanan Peta Minda Dalam

Karangan Bahasa Melayu Tingkatan 4”, beliau telah menjalankan kajian ini di dua buah sekolah menengah di Alor Gajah, Melaka. Seramai 31 orang pelajar tingkatan 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan Rahmat dijadikan kumpulan rawatan manakala 30 orang pelajar SMK Adi Putra dijadikan kumpulan kawalan.

Hasil kajian menunjukkan perbezaan yang signifikan antara pelajar kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan dari segi min pencapaian karangan bahasa Melayu. Selain itu tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dengan

(9)

Melayu dengan Cina dalam ujian pos itu. Hasil kajian ini menunjukkan peta minda dapat meningkatkan pencapaian karangan bahasa Melayu pelajar tingkatan 4 di dua buah sekolah ini. Namun begitu, keberkesanan penggunaan peta minda pada pelajar sekolah menengah tidak semestinya berkesan kepada murid sekolah rendah yang masih berada di tahap permulaan perkembangan mindanya. Oleh sebab itu, kajian ini dijalankan untuk melihat keberkesanannya ke atas murid sekolah rendah.

2.3.3 Kajian Hussein bin Mahmood

Menurut Hussein bin Mahmood , apa yang dipentingkan dalam ujian bertulis adalah keupayaan bahasa murid iaitu kebolehan murid menulis dengan maksudnya yang jelas, tepat penggunaan perkataan, ayat-ayat yang betul, jalan bahasa yang baik, dan organisasi karangan yang tersusun.

2.3.4 Tunku Mohani Tunku Mohtar

Mengikut Keaton (1988), kemahiran menulis bukan sahaja memerlukan penguasaan aspek tatabahasa dan retorik tetapi juga unsure konseptual dan penilaian. Menurut Tunku Mohani Tunku Mohtar dalam kertas kerjanya “Penilaian Kemahiran Menulis”, kemahiran menulis boleh dibahagikan kepada lima komponen iaitu:

i. Penggunaan bahasa – kemahiran menulis ayat yang betul dan sesuai. ii. Kemahiran mekanikal – kebolehan mengguna tanda baca dan ejaan

dengan betul.

iii. Penggunaan isi – kebolehan berfikir secara keratif dan mengembangkan pemikiran.

iv. Gaya – kebolehan menggunakan ayat dan ungkapan dalam bentuk yang menarik dan dengan bahasa yang berkesan.

(10)

Merujuk kepada komponen ketiga (iii), seseorang penulis memerlukan fikiran yang kreatif untuk melahirkan idea untuk isi penulisannya. Tanpa isi, komponen-komponen yang lain tidak dapat dijalankan.

2.3.5 Yahya Othman

Yahya Othman dalam kajiannya, Kesan Dua Pendekatan Mengajar Karangan Terhadap Markat Pencapaian Karangan Bentuk Imaginatif bagi Pelajar-Pelajar Tingkatan Satu menunjukkan bahawa markah pencapaian hasil penulisan karangan imaginatif bagi pelajar yang melalui pendekatan proses adalah lebih baik dibandingkan dengan pelajar yang menggunakan pendekatan hasilan. Melalui kumpulan pendekatan proses, pelajar diberikan rawatan yang melibatkan teknik mengajar yang menggunakan peta minda, penggunaan draf karangan, sesi perbincangan dan pengeditan karangan. Kumpulan ini telah menunjukkan penguasaan yang lebih baik dalam aspek penceritaan,

mengorganisasikan karangan melalui aspek kohesi dan koheren serta penguasaan bahasa yang lebih mantap.

2.4 Rumusan

Semasa menyediakan tinjauan literatur, saya dapati pemahaman saya tentang konsep yang berkaitan menjadi lebih mantap. Saya banyak memperoleh pengetahuan tentang pemetaan minda, KBKK, mutu penulisan karangan yang baik dan perincian permarkahan karangan bahasa Melayu. Tinjauan literatur berkaitan diperlukan supaya saya lebih memahami bidang dan topik kajian ini. Tanpa memahami konsep yang betul akan menyebabkan kajian gagal mendapat hasil yang tepat dan tidak boleh dipercayai.

Membuat tinjauan kajian yang berkaitan pula dapat membantu dan memberikan pandangan dan hasil kajian pengkaji-pengkaji lain yang berkaitan dengan tajuk kajian saya. Dengan membuat tinjauan berkaitan ini, saya juga dapat mengetahui

(11)

Bab 3 Metodologi Penyelidikan

3.1 Rekabentuk Kajian

Kajian ini merupakan satu kajian yang berbentuk kualitatif. Kajian ini

menggunakan reka bentuk eksperimen untuk melihat dan mengenal pasti penggunaan peta minda dalam proses pengajaran dan pembelajaran penulisan bahasa Melayu dapat meningkatkan kemahiran menulis karangan murid tahun 5. Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian dengan memerhati kemahiran menulis karangan murid sebelum dan selepas teknik penggunaan peta minda diperkenal dan dilaksanakan. Maklumat dikumpul daripada hasil kerja karangan bahasa Melayu bagi 10 orang murid tahun 5 di SK Taman Tun Dr. Ismail (2).

3.2 Sampel Kajian

Kajian ini menggunakan persampelan tidak rawak seramai 10 orang murid tahun 5 di SK Taman Tun Dr. Ismail. Dalam 10 orang murid itu, 5 orang akan dijadikan sebagai kumpulan kawalan manakala 5 orang murid yang lain akan dijadikan kumpulan rawatan. Kumpulan rawatan akan diperkenalkan teknik penggunaan peta minda dalam ujian pasca dan ini tidak dijalankan oleh kumpulan kawalan walaupun kedua-dua

kumpulan menghasilkan tajuk karangan yang sama. Semua sample yang dipilih ini terdiri daripada murid-murid yang mempunyai latar belakang bahasa Melayu yang baik.

3.3 Instrumen Kajian

(12)

i. Sebelum tindakan, iaitu untuk melihat kemahiran menulis daripada segi

menstrukturkan idea ke dalam bentuk penulisan sebelum teknik penggunaan peta minda diperkenalkan.

ii. Selepas tindakan, iaitu untuk melihat perubahan dan perkembangan kemahiran menulis murid dengan penggunaan peta minda dalam penulisan karangan.

3.4 Pembinaan Alat Kajian Borang pemerhatian

Borang pemerhatian disediakan untuk mendapatkan data kajian. Pemerhatian pertama diabuat sebelum tindakan susulan diambil sebagai data kawalan. Selepas teknik

penggunaan peta minda digunakan, pemerhatian dibuat sekali lagi untuk melihat sejauh manakan kesan teknik tersebut ke atas perkembangan kemahiran menulis murid-murid. Penilaian dibuat dengan menggunakan Skala Likert bermarkah lima.

3.5 Prosedur Pengumpulan Data

(13)

Borang pemerhatian

Kumpulan : Kawalan / Rawatan Murid :

Tajuk karangan ujian pra : Tajuk karangan ujian pasca:

Ujian

1 = Sangat tidak memuaskan 2 = Tidak memuaskan 3 = Sederhana

4 = Memuaskan

(14)

3.6 Analisis Data

(15)

Referens

Azman Wan Chik. (1993). Mengajar Bahasa Melayu Jilid 1: Perkaedahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Yahya Othman (Penyelia : Prof. Madya Datin Dr. Juriah Long). Kesan Dua Pendekatan Mengajar Karangan Terhadap Markat Pencapaian Karangan Bentuk Imaginatif Bagi Pelajar-Pelajar Tingkatan Satu. Diperolehi Mac 17, 2008, daripada

http://akademik.ukm.my/eda/projekge6553/bm.htm?PHPSESSID=8b075daa0f91a

584ed2

Abdul Razak Adam (Penyelia : Encik Anuar Ahmad). Keberkesanan Peta Minda Dalam Karangan Bahasa Melayu Tingkatan 4. Diperolehi Mac 17, 2008, daripada

http://akademik.ukm.my/eda/projekge6553/bm.htm?PHPSESSID=8b075daa0f91a

584ed2

Ainon Mohd. & Abdullah Hassan. (1996). Pemikiran Logikal dan Kritikal. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Ainon Mohd. & Abdullah Hassan. (1996).Belajar Berfikir, Teknik Menajamkan Daya Fikir. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Mohd Azhar Abd. Hamid. (2004). Kreativiti: Konsep, Teori & Praktis. Johor Darul Ta’zim: Universiti Teknologi Malaysia.

Institut Bahasa. (1994). Strategi Pendidikan Bahasa Melayu. Selangor Darul Ehsan: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

(16)

Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif. Diperolehi Mac 26, 2008, daripada http://www.geocities.com/pspn_nsdk/kbkk.htm

KBKK Dalam Pembacaan – Peta minda. Diperolehi Mac 27, 2008 daripada

http://www.ampangtac.net/download/kursus45jam/KBKK/KBKK%20DALAM%

20PEMBACAAN%201.doc

Kemahiran Berfikir. Diperolehi Mac 28, 2008, daripada http://mahirkbkk.tripod.com/

Kajian Kesilapan Ejaan Karangan. Diperolehi Mac 28, 2008, daripada

http://apps.emoe.gov.my/jpnperak/kajian/2005/rumusan/bahasa/6_rumusan_norai

ni_smk_dzm.pdf

Kepentingan Penggunaan Peta Minda. Diperolehi Mac 28, 2008, daripada http://myschoolnet.ppk.kpm.my/berita/2004/10April_ap2UM.htm

Pendidikan BM. Diperolehi Mac 29, 2008, daripada

http://akademik.ukm.my/eda/projekge6553/bm.htm?PHPSESSID=8b075daa0f91a

584ed2

Keputusan UPSR 2007. Diperolehi Mac 29, 2008, daripada http://skijc.zoom-a.com/index.html

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan hasil penelitian, menunjukan bahwa perjuangan K.H Gholib dalam mempertahankan kemerdekaan di Pringsewu yaitu berjuang merebut kembali Gedongtataan dari

Varians biaya overhead pabrik untuk operasi pengolahan air pada PDAM Tirta Kencana Samarinda Tahun 2017 mengalami selisih yang menguntungkan pada selisih anggaran sebesar

demokrasi, 2) prinsip menciptakan rasa aman dan nyaman dalam kehidupan rumah tangga, 3) prinsip menjaga jangan sampai muncul kekerasan dalam kehidupan rumah tangga, 4)

Penulis telah melakukan pelaksanaan sesuai dengan rencana tindakan yang sudah dibuat secara efisiensi dan aman sesuai perencanaan meliputi menginformasikan hasil pemeriksaan

Hasil dari penelitian ini menunjukkan bahwa mekanisme jual beli buku lembar kerja siswa (LKS) di MTsN 2 Palangka Raya adalah pihak penerbit melalui guru mata

Monitoring lingkungan kerja merupakan kegiatan pengawasan dan pemantauan berkala setiap kegiatan operasional rumah sakit yang terkait dengan keamanan serta

Pada kenyataanya dilapangan yaitu tentang pemberitahuan lelang ada juga yang tidak terealisasi, seperti halnya tidak adanya pemberitahuan tersebut melalui media informasi,

Dari hasil uji diatas diperoleh bahwa jumlah kredit yang disalurkan berpengaruh terhadap laba dikarenakan hasil keuntungan yang diperoleh dalam bentuk bunga pinjaman