• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGAJARAN PENGURUSAN DATA DALAM MATEMAT

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PENGAJARAN PENGURUSAN DATA DALAM MATEMAT"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

RIS

KOD & NAMA KURSUS

KRM3043- PENGURUSAN DATA

TAJUK

KUMPULAN:

Group UPSI03(A112PJJ)

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. ID NO. TELEFON

NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN D20102046027

NAMA PENSYARAH E-LEARNING: DR. MOHD FAIZAL NIZAM LEE B. ABDULLAH

TARIKH SERAH: 06 OKTOBER2012

PEMARKAHAN

1. TUGASAN 1

JUMLAH

PENULISAN REFLEKSI PEMBELAJARAN BAGI 5

(2)

SENARAI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

REFLEKSI UNIT PELAJARAN

i) Sejarah dan Kegunaan Statistik

3 - 5

REFLEKSI UNIT PELAJARAN

ii) Pengumpulan dan Pengurusan Data

6 - 8

REFLEKSI UNIT PELAJARAN

iii) Perwakilan Data

9 - 11

REFLEKSI UNIT PELAJARAN

iv) Sukatan Kecenderungan Memusat

12 - 14

REFLEKSI UNIT PELAJARAN

v) Sukatan Serakan

(3)

REFLEKSI UNIT PELAJARAN

TAJUK

Sejarah dan Kegunaan Statistik

1. Ringkasan Isi Kandungan Unit

Unit Pelajaran ini menerangkan secara ringkas sejarah perkembangan statistik dan

membincangkan aplikasi statistik dalam kehidupan seharian. Dalam topik Sejarah Statistik,

idea dan maksud statistik dijelaskan. Ia juga memuatkan info bagaimana statistik pada

peringkat awalnya digunakan dalam urus tadbir sesebuah negara. Sumbangan ahli-ahli

statistik juga dinyatakan mengikut sejarah perkembangan bidang Statistik itu sendiri. Misalnya,

unit ini memuatkan fakta tentang ahli statistik yang pertama direkodkan iaitu John Graunt dan

ahli-ahli statistik yang terkenal pada zaman ini iaitu Karl Pearson dan Ronald Fisher.

Unit ini juga menyatakan adanya hubungkait antara statistik dan kebangkalian di mana

kemunculan teori-teori kebarangkalian yang baru pada abad ke-20 telah membawa kepada

perkembangan aplikasi statistik inferesi dalam pelbagai bidang penyelidikan, kejuruteraan,

industri dan lain-lain.

Di bawah topik kegunaan statistik dalam kehidupan harian, ada disebut tentang domain

statistik yang terdiri daripada ilustrasi visual seperti carta-carta, graf-graf dan jadual-jadual.

Terdapat juga istilah-istilah khusus dalam statistik seperti purata, trend, korelasi, anggaran

dan lain-lain di bawah domain statistik ini.

Dalam kehidupan hari ini, statistik digunakan secara meluas dalam bidang-bidang

pendidikan, sains sosial, ekonomi, perubatan, politik dan lain-lain lagi sehingga ia dianggap

sebagai satu disiplin pengguna. Atas pengetahuan tentang penggunaan statistik inilah,

(4)

2. Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya

Konsep Penjelasan

1. statistik Satu disiplin yang menguruskan kesemua aspek dalam

pengumpulan, pemprosesan, perwakilan dan penafsiran data.

2. domain statistik Terdiri daripada ilustrasi visual iaitu carta-carta, graf-graf dan

jadual-jadual serta perkataan statistik seperti purata, trend dan

korelasi.

3. graf Menggambarkan data

4. ilustrasi visual Komponen penting dalam statistik yang terdiri daripada

piktograf, carta pai, graf garisan, carta palang, histogram dan

poligon kekerapan.

5. kegunaan statistik Aplikasi ilmu statistik dalam pelbagai bidang seperti pendidikan,

sains sosial, perubatan, ekonomi, politik dan lain-lain yang

berkait rapat dengan kehidupan harian.

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks

profesionalisme keguruan anda.

Isi kandungan kursus ini tidak hanya bertumpu kepada silibus dan pengajaran

Matematik di sekolah rendah malah ia juga merangkumi silibus tajuk statistik di sekolah

menengah. Bagi saya, ia adalah sesuatu yang sangat positif memandangkan pengetahuan,

kemahiran dan pengalaman seseorang guru sepatutnya melangkaui amalan pengajarannya

di sekolah. Guru yang berpengetahuan luas sudah tentu mempunyai banyak kelebihan yang

tersendiri. Tambah pula, pada zaman sekarang terdapat banyak anak-anak didik yang bijak

mengakses maklumat menggunakan pelbagai media yang ada terutamanya teknologi

maklumat yag terdiri daripada komputer dan internet. Guru yang berpengetahuan luas

(5)

pandai yang sentiasa mahukan pelbagai info baru dan tepat daripada guru-gurunya.

Bagi bidang pengajaran saya yang mengajar tahap iaitu tahun 1, ilmu ini tidak dapat

saya aplikasikan di kelas kerana hanya di tahun 3 barulah murid-murid diperkenalkan

dengan bidang statistik iaitu di bawah tajuk perwakilan data. Namun, saya yakin bahawa

kerjaya saya sebagai pendidik akan berkembang dari masa ke masa dan segala ilmu

tentang sejarah dan kegunaan statistik akan dapat saya manfaatkan suatu hari nanti

mungkin apabila saya mengajar di tahun 3 ataupun tahap 2 atau di tahap yang lebih tinggi.

Walaupun dalam silibus matematik sekolah rendah tidak disentuh tentang sejarah berkaitan

bidang matematik, namun tidak salah jika sesorang guru mendedahkan maklumat tentang

sejarah statistik semasa mengajar kemahiran berkaitan statistik. Ia mampu menjadikan sesi

pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan dapat meluaskan pengetahuan am

murid-murid.

Tambah pula, fakta-fakta Sejarah agak sukar dingati jika kita tidak selalu

mengimbasnya semula. Dengan adanya unit pengajaran ini, saya dapat mengetahui dan

mengingati semula nama-nama ahli statistik dan sejarah perkembangan statistik yang sudah

(6)

REFLEKSI UNIT PELAJARAN

TAJUK

Pengumpulan dan Pengurusan Data

1. Ringkasan Isi Kandungan Unit

Tumpuan utama unit ini terbahagi kepada penguasaan dua kemahiran iaitu pertama,

mengumpul dan mengklasifikasikan data mengikut jenis-jenisnya dan kedua, mengurus data

ke dalam jadual-jadual tertentu. Subtajuk yang diperjelaskan dalam unit ini ialah

Pembolehubah dan Data, Pengumpulan Data, Kekerapan dan Taburan Relatif Kekerapan,

Terminologi data terkumpul, Data Terkumpul untuk Nilai Tunggal, Data Terkumpul untuk

Data Kualitatif.

Di bawah subtopik Pembolehubah dan Data, jenis-jenis pembolehubah dan data

disenarai dan dihuraikan. Pembolehubah yang dihuraikan ialah pembolehubah kualitatif dan

pembolehubah kuantitatif di mana pembolehubah kuantitatif pula terbahagi kepada dua jenis

iaitu pembolehubah diskret dan pembolehubah selanjar. Begitu juga dengan jenis-jenis data

yang dihuraikan yang terdiri daripada 4 jenis data iaitu data kualitatif, data kuantitatif, data

diskret dan data selanjar. Terminologi bagi pembolehubah dan data juga dimuatkan dan

memudahkan rujukan dibuat. Proses meletakkan data di dalam kumpulan-kumpulan

dijelaskan dalam subtajuk Pengumpulan Data.

Unit ini juga memuatkan banyak contoh yang membolehkan setiap jenis data

dibezakan dan ditentukan dengan tepat. Terdapat juga contoh-contoh bagaimana

mengenalpasti had-had kelas dan tanda kelas, membina jadual data terkumpul serta jadual

kekerapan dan kekerapan relatif.

(7)

2. Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya

Konsep Penjelasan

1. pembolehubah Satu ciri yang berbeza antara seseorang atau sesuatu benda yang lain

2. data Maklumat yang diperolehi melalui pemerhatian ke atas nilai-nilaisatu pembolehubah.

3. Data diskret Data yang diperolehi melalui pemerhatian ke atas nilai-nilai satu pembolehubah dengan cara membilang.

4. Pengumpulan data Proses meletakkan data di dalam kumpulan-kumpulan.

5. kekerapan Bilangan data yang terkumpul dalam sesuatu kelas.

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks

profesionalisme keguruan anda.

Sebagai seorang guru, pengumpulan dan pengurusan data merupakan salah satu agenda yang dilakukan secara berterusan sepanjang tahun di sekolah sama ada dalam

bidang kurikulum, hal ehwal murid mahupun kokurikulum. Tambah pula tugas saya sebagai

guru kelas, guru mata pelajaran, setiausaha Panitia Matematik dan setiusaha Penasihat

Persatuan Bahasa Melayu menyebabkan saya banyak mengumpul dan menguruskan

data-data yang perlu. Tambah pula, sekolah saya mengamalkan pembudayaan headcount dalam

menentukan sasaran pencapaian kurikulum dan menilai sejauh mana sasaran itu dapat

dicapai atau sebaliknya. Data-data headcount dikemaskini setiap kali selepas ujian dan

PKSR selesai dijalankan dan dibentangkan dalam mesyuarat panitia.

Antara isi kandungan unit ini yang amat sinonim dengan rutin saya ialah terminologi

data terkumpul iaitu kelas, kekerapan dan kekerapan relatif. Maklumat-maklumat ini

memahirkan saya dalam membuat analisis markah dan gred bagi mata pelajaran yang saya

ajari. Saya dapat melihat dengan jelas bilangan murid mengikut kelas masing-masing iaitu

(8)

dapat dipertingkatkan dan bertambah kuat kesedaran, pengetahuan dan perancangan untuk

menyediakan tidndakan susulan yang sesuai bagi murid-murid mengikut tahap pencapaian

mereka.

Kekerapan relatif digunakan dalam menentukan Gred Purata Mata Pelajaran (GPM).

GPM yang disasarkan bagi kelas yang saya ajari ialah 1.00 iaitu semua murid mendapat A

dalam Matematik. Nilai GPM ini dikira selepas sesuatu ujian atau PKSR dijalankan untuk

melihat secara puratanya di dalam gred mana murid-murid saya berada dan adakah

sasaran gred yang saya tetapkan berjaya dicapai atau tidak. Nilai GPM ini dimasukkan

dalam Buku Persediaan Mengajar di bahagian Lembaran Markah.

Begitu juga dalam menganalisis item ujian atau PKSR. Melalui pengetahuan tentang

pengurusan data yang mantap, analisis data pada S-P Chart (Student-Problem Chart) dapat

dibuat dengan lebih tepat. Semua guru di sekolah saya yang menggunakan item berbentuk

soalan objektif menyediakan S-P Chart selepas ujian atau PKSR dijalankan tetapi tidak

ramai yang menganalisisnya dengan tepat dan tahu memanfaatkannya. Analisis yang tepat membolehkan saya menentu item-item yang menjadi ”masalah” bagi murid dan seterusnya mengenalpasti topik apa yang perlu diberikan penekanan dan murid mana yang

memerlukan perhatian serta bimbingan. Kajian tindakan mungkin dijalankan jika perlu.

Kesimpulannya, pengurusan dan pengumpulan data memang penting bagi saya

sebagai seorang guru dan isi kandungan unit ini meningkatkan kemahiran saya dalam

(9)

REFLEKSI UNIT PELAJARAN

Terdapat 4 peringkat dalam perwakilan data yang diterangkan iaitu mengemukakan soalan,

pengumpulan data, analisis data dan keputusan interpretasi. Data-data yang dikumpul

terbahagi kepada dua jenis iaitu data diskrit dan data selanjar dan ia boleh disusun sama

ada dengan menggunakan kaedah jadual, senarai (lists) dan penggundal. Data-data boleh

diwakili atau dipersembahkan secara visual sama ada dengan menggunakan piktogram,

carta palang (carta palang menegak, carta palang melintang dan carta palang berganda),

carta pai, histogram, poligon kekerapan atau graf garisan mengikut kesesuaian.

Contoh-contoh dan langkah-langkah yang lengkap disertakan bagi setiap graf yang disebutkan di

atas.

Piktogram ialah perwakilan data yang paling mudah dan ia menggunakan gambarajah

yang diwakili oleh siri simbol yang piawai (sama nilai). Carta palang ialah graf khas yang

menggunakan palang atau bar untuk menunjukkan saiz data terutamanya bagi data

kualitatif. Dalam carta palang menegak, palang-palang yang menegak dari bawah ke atas

digunakan manakala bagi carta palang melintang, palang-palang diluis dari kiri ke kanan.

Jika terdapat perbezaan di antara subkategori, carta palang berganda akan digunakan.

Carta pai merupakan satu bentuk carta yang berbentuk bulatan yang dibahagi kepada

beberapa bahagian atau sektor dan pengiraan darjah sudut perlu dilakukan dengan

menggunakan rumus-rumus tertentu. Histogram pula adalah satu bentuk paparan data

bergambar khas untuk data kuantitatif seperti data diskret dan data selanjar. Poligon

kekarapan mempunyai perkaitan dengan histogram di mana ia merupakan penyambungan

titik tengah dengan garis lurus bagi setiap palang kelas histogram. Graf garisan adalah graf

(10)

daripada satu garisan yang mewakili komponen berbeza, graf garis berganda perlu

digunakan.

Kesimpulannya, kaedah persembahan secara visual ini adalah penting kerana ia

menjadikan pembacaan lebih mudah dan efektif. Walau bagaimanapun, kita hendaklah

memilih kaedah yang tepat daripada kaedah-kaedah yang ada bagi mengelakkan kekeliruan

dan kesalahtafsiran data-data yang disampaikan.

2. Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya

Konsep Penjelasan

1. Carta palang Graf khas yang menggunakan palang atau bar untuk menunjukkan saiz data.

2. Carta pai Carta berbentuk bulatan yang dibahagi kepada beberapa bahagian atau sektor di mana setiap sektor menggambarkan perkadaran kategori pengelasan data.

3. Histogram Satu bentuk paparan data bergambar khas untuk data

kuantitatif seperti data diskret dan data selanjar. Setiap palang dalam histogram bercantum pada sempadan kelas antara satu sama lain.

4. Graf garisan Graf dimana maklumat ditunjukkan dan dikaitkan di antara satu sama lain dengan melukis satu garissan untuk menunjukkan nilai yang berbeza bagi satu tempoh.

(11)

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks

profesionalisme keguruan anda.

Perwakilan data merupakan tajuk Statistik yang paling asas diajarkan di sekolah

rendah bermula di tahun tiga. Ia menjadi fokus utama dalam pembelajaran statistik hingga di

tahun 6.

Sepanjang bergelar guru, saya hanya mengajar di tahap 1. Sejak perlaksanaan

KSSR, saya diberi tanggungjawab mengajar di tahun 1 memandangkan saya antara guru

yang menghadiri kursus penataran KSSR. Dalam silibus Matematik Tahun 1 tidak

dimasukkan Bidang Statistik. Walau bagaimanapun, isi kandungan unit ini tetap mempunyai

nilai positif bagi diri saya kerana ia telah menggerakkan saya untuk meneroka pengetahuan

dan kemahiran baharu. Saya telah meneroka buku-buku rujukan Matematik Tahun 4, 5 dan

6 untuk melihat sejauh mana tajuk ini diajar di sekolah rendah. Saya dapati kemahiran

tertinggi bagi tajuk ini yang diajar di Tahun 6 hanya melibatkan pengiraan julat dan purata

serta penentuan mod, nilai maksimum dan nilai minimum bai graf bar.

Selepas membaca unit ini juga, saya telah membina beberapa graf bar

menggunakan microsoft excel melalui kaedah penerokaan dan cuba jaya kerana saya rasa

sebagai seorang guru Matematik, saya patut menguasainya dengan baik. Alhamdulillah,

saya dapat melakukannya dengan cepat dan mudah. Jika suatu hari nanti saya mengajar di

tahap 2, saya sudah bersedia dan yakin dapat melaksanakan pengajaran dengan baik dan

berkesan. Malah, saya percaya saya mampu mengesan miskonsepsi murid dalam

menginterpretasi piktogram, graf bar dan carta bar sekiranya ada dan tahu bagaimana

hendak membina konsep perwakilan data yang betul dalam pemahaman murid. Semuanya

adalah hasil dari menelaah kandungan unit ini.

Kesimpulannya, isi kandungan ini telah memangkin saya untuk membuat sesuatu

yang positif iaitu mengkaji silibus statistik Tahap Dua dan meneroka microsoft excel untuk

(12)

REFLEKSI UNIT PELAJARAN

TAJUK

Sukatan Kecenderungan Memusat

1. Ringkasan Isi Kandungan Unit

Sukatan kecenderungan memusat bagi data tak terkumpul terdiri daripada min,

median dan mod. Unit ini menakrifkan min sebagai purata bagi semua nilai dalam populasi

atau sampel, median sebagai nilai cerapan di tengah dan mod sebagai cerapan yang

kekerapannya adalah tertinggi dalam suatu set data.

Dalam unit ini dinyatakan dengan jelas rumus-rumus untuk mengira min, mod dan

median sama ada bagi data tak terkumpul dan data terkumpul. Bagi menentukan nilai mod

data terkumpul terdapat dua cara yang boleh diaplikasikan iaitu kaedah formula dan kaedah

histogram. Bagi menentukan nilai median pula, jadual kekerapan serta jadual kekerapan

longgokan dan ogif digunakan.

Berikut adalah rumus pengiraan min, mod dan median bagi data tak terkumpul:

Min populasi: µ = ∑x = x1 + x2 +x3 + ... . xN

N N

Min sampel: Ẋ = ∑x = x1 + x2 +x3 + ... . xn

n n

Median, m = Tn+1

2

Berikut adalah rumus pengiraan min, mod dan median bagi data terkumpul:

Min,

µ

kumpulan = ∑fi

x

i = f1

x

1 + f2

x

2 + ... . fi

x

i ∑fi f1 +f2 + ... +fi

Mod, Mo =LMo+ c d1

(13)

Median, m = L + C fm

3. Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya

Konsep Penjelasan

1. min Purata bagi semua nilai dalam populasi atau sampel.

2. median Nilai cerapan yang berada di tengah apabila semua cerapan disusun mengikut turutan menaik.

3. mod Nilai atau fakta yang mempunyai kekerapan tertinggi dalam set data itu.

4. Saiz kelas Beza antara had bawah kelas yang sedia ada dan had bawah kelas kemudiannya.

5. Kekerapan tertinggi Berulang paling banyak. N – F

(14)

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks

profesionalisme keguruan anda.

Pada pandangan saya, isi kandungan Unit 7 yang membincangkan Sukatan

Kecenderungan Memusat dengan terperinci memang amat berguna bagi saya sebagai

seorang guru Matematik. Melalui tinjauan saya terhadap silibus matematik tahap Dua, saya

dapati unit ini mengandungi info-info yang boleh dimanfaatkan untuk aktiviti pengajaran dan

pembelajaran Statistik Tahun 4, 5 dan 6. Misalnya, dari segi pengiraan min (istilah purata

digunakan di sekolah rendah) dan penentuan mod bagi data tak terkumpul.

Dalam rutin pengurusan kelas pula, saya mengaplikasikan pengiraan min dalam

menganalisis kehadiran bulanan murid bagi kelas saya, 1 Arif dan juga bagi fail

perlaksanaan aktiviti ko-kurikulum Persatuan Bahasa Melayu.Walaupun sekolah saya

menyediakan program khas untuk pengiraan tersebut yang ditempatkan di pejabat sekolah

yang terletak di tingkat 1, namun saya lebih suka mengiranya secara manual kerana saya tidak perlu membuang masa untuk naik dan turun tangga. Jadi saya boleh terus ’menutup’ jadual kedatangan untuk bulan yang berkenaan sebaik sahaja mengambil dan mencatatkan

kedatangan bagi hari persekolahan yang terakhir dalam bulan tersebut tanpa perlu

meninggalkan kelas. Tambah pula, saya mampu mengiranya dengan cepat dan tepat.

Ia juga boleh saya jadikan rujukan dan persediaan lengkap sekiranya saya mengajar

di Tahap Dua nanti. Segala maklumat yang dimuatkan berkaitan miskonsepsi bagi tajuk ini

pasti dapat menyumbang sesuatu yang positif terhadap penguasaan dan pencapaian murid

dalam menyelesaikan soalan-soalan yang melibatkan pengiraan mod dan purata.

Saya segala ilmu yang terkandung dalam unit ini pasti akan dimanfaatkan sepenuhnya

kerana aplikasi statistik yang sentiasa berkembang dalam pengurusan pendidikan di

kalangan guru. Ilmu statistik sememangnya digunakan dalam pengurusan data kurikulum,

(15)

REFLEKSI UNIT PELAJARAN

TAJUK

Sukatan Serakan

1. Ringkasan Isi Kandungan Unit

Unit 9 ini membolehkan pelajar mengenal pasti sukatan serakan yang asas

merangkumi julat, varians dan sisihan piawai. Ia juga menekankan kemahiran mengenal

pasti sukatan serakan berdasarkan kuartil dan sukatan serakan berdasarkan persentil.

Julat bermaksud perbezaan antara nilai terbesar dan nilai terkecil dalam suatu set

data. Secara mudahnya, julat = nilai terbesar – nilai terkecil. Julat juga merupakan perbezaan antara titik tengah kelas tertinggi dengan titik tengah kelas terendah. Sisihan

piawai menunjukkan sejauh mana nilai-nilai dalam suatu set data terkumpul sekitar nilai min

set data berkenaan. Nilai sisihan piawai yang rendah menunjukkan nilai-nilai dalam set data

tersebar dalam julat yang kecil secara relatifnya di sekitar nilai min set itu dan begitu juga

sebaliknya.Sisihan piawai boleh ditentukan dengan mencari nilai positif bagi punca kuasa

dua varian.

Kuartil-kuartil bermaksud satu set data yang telah disusun sama ada dalam tertib

menaik atau menurun dibahagaikan kepada empat bahagian yang sama. Terdapat kuartil

pertama atau kuartil bawah (Q1), kuartil kedua atau median (Q2) dan kuartil ketiga atau

kuartil atas (Q3). Julat Antara Kuartil (JAK) = Q3– Q1, dan ia merupakan sukatan serakan

berdasarkan kuartil.

Persentil pula adalah sejenis sukatan kedudukan yang membahagikan satu set data

yang telah disusun mengikut tertib menaik kepada 100 bahagian yang sama. Setiap set data

yang telah dibahagi akan mempunyai 99 persentil yang membahagikannya kepada 100

bahagian yang sama. Persentil ke-k, Pk ditakrifkan sebagai satu nilai dalam satu set data di

mana k% daripada cerapan-cerapan adalah lebih kecil daripada nilai Pk itu manakala

(16)

2. Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya

Konsep Penjelasan

1. julat Beza antara nilai terbesar dengan nilai terkecil.

2. kuartil Sejenis sukatan kedudukan yang membahagikan satu set data

yang telah disusunmengikut tertib menaik atau menurun kepada empat bahagian yang sama.

3. persentil Sejenis sukatan kedudukan yang membahagikan satu set data

yang telah disusun mengikut tertib menaik kepada 100 bahagian yang sama.

4. Julat antara kuartil Perbezaan antara kuartil ketiga (Q3) dengan kuartil pertama

(Q1)

5. Kekerapan kumulatif Hasil tambah kekerapan kelas itu dan kelas-kelas sebelumnya.

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks

profesionalisme keguruan anda.

Unit ini menjelaskan tentang julat, varian, sisihan piawai, kuartil dan persentil. Seingat

saya, kali terakhir saya belajar tentang tajuk ini ialah semasa di peringkat SPM. Itu pun saya

tidak pasti sama ada dalam Matematik Moden atau Matematik Tambahan. Bagi saya,

kandungan unit ini agak tinggi dan memang tidak relevan dengan silibus sekolah rendah.

Dalam silibus sekolah rendah, hanya terminologi julat yang diajarkan iaitu Julat = Nilai

Terbesar – Nilai Terkecil.

Namun begitu, sebagai seorang guru, mempunyai pengetahuan yang luas berkaitan

bidang pengajarannya adalah amat perlu. Jika ia tidak boleh dimanfaat dalam pengajaran

dan pembelajaran, ia pasti boleh dimanfaatkan dalam tujuan lain seperti membuat analisis

data semasa menjalankan kajian tindakan, memrangka perancangan strategik mata

pelajaran mahupun ko-kurikulum dan sebagainya. Malah, dalam penyediaan headcount

mata pelajaran juga saya perlu menguasai ilmu Statistik dengan baik. Ini kerana ia

memerlukan banyak pengiraan rumus-rumus yang mempunyai kaitan dengan statistik. Saya

(17)

menjadikan TOV(Take Off Value) sebagai nilai rujukan.

Bagi saya, pengiraan sisihan piawai juga boleh diaplikasikan dalam menganalisis

nilai sisihan skor di kalangan murid-murid dalam sesuatu ujian atau peperiksaan. Dengan

itu saya boleh mengetahui sejauh mana julat atau perbezaan pencapaian murid-murid saya

dan merancang serta melaksanakan tindakan susulan yang sesuai. Ini akan memudahkan

saya untuk menentukan kumpulan sasaran bagi aktiviti pengayaan dan aktiviti pemulihan

Referensi

Dokumen terkait

Tujuan dari dilakukannya pelaksanaan ekstensifikasi Wajib Pajak dan intensifikasi pajak sebagai upaya dalam meningkatkan penerimaan pajak penghasilan Orang Pribadi pada

Dalam penelitian ini terlihat bahwa klorofil a pada daun hijau dari tanaman terinfeksi yang diberi perlakuan pupuk daun jumlahnya lebih tinggi dibandingkan dengan tanaman

Hukum pidana adalah keseluruhan dari peraturan-peraturan yang menentukan perbuatan apa yang merupakan tindak pidana atau bukan yang dapat dijatuhkan terhadap orang atau

Utvrđena je različita monotonost u rastućem delu intenziteta termalne krive, što ukazuje na nejednaku otpornost i adaptiranost ispitivanih samooplodnih linija kukuruza

Pendapatan seseorang tidak berpengaruh terhadap inklusi keuangan pada masyarakat di Kota Surabaya disebabkan karena responden yang berpendapatan rendah memiliki keterbatasan

Penelitian ini bertujuan untuk memperbaiki sistem pembukuan persediaan obat secara baik dengan membuat suatu program persediaan obat menggunakan metode rata-rata

Cara pengayakan dalam metode ini, sampel terlempar ke atas secara vertikal dengan sedikit gerakan melingkar sehingga menyebabkan penyebaran pada sampel dan terjadi

Sumber MAD Dalam Kalangan Ibu Bapa Kanak-Kanak Kurang Upaya Fizikal Hasil analisis merentasi kes telah menghasilkan lima tema utama yang menjadi sumber kepada MAD