• Tidak ada hasil yang ditemukan

KERTAS KERJA PENUBUHAN KELAB KEMBARA DAN REKREASI LUAR IPGK PERLIS

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KERTAS KERJA PENUBUHAN KELAB KEMBARA DAN REKREASI LUAR IPGK PERLIS"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

BEHOR PULAI,

01000 KANGAR, PERLIS

KERTAS KERJA PENUBUHAN

KELAB KEMBARA DAN REKREASI

(2)

1.0 PENGENALAN

Penubuhan Kelab Koir IPG Kampus Perlis merupakan suatu inisiatif kearah pembinaan dan pembentukan kualiti guru sebagai insan yang aktif bukan sahaja dari aspek kurikulum malahan dari aspek kokurikulum. Ia juga selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) dalam melahirkan bakal pendidik yang sihat dari segi jasmani, rohani, emosi, intelek dan juga sosial.

Penubuhan kelab ini pada dasarnya adalah untuk mendedahkan bakal guru dengan aktiviti-aktiviti luar dan pada masa yang sama dapat meneroka persekitaran di lapangan. Hal ini bertepatan dengan salah satu konsep pembelajaran iaitu pembelajaran secara autentik. Dimana dalam pembelajaran autentik ini memberi pendedahan kepada guru pelatih untuk mendidik murid dengan memberikan pengalaman yang sebenar. Selain itu, kelab ini juga memberi peluang kepada guru-guru pelatih di kampus ini yang berminat untuk menyertai segala aktiviti – aktiviti yang akan dianjurkan oleh kelab ini. Dengan menyertai kelab ini, guru-guru pelatih boleh menyertai aktiviti-aktiviti yang akan disediakan oleh kelab ini. Contoh aktiviti ialah, high

rope, water confidence, mendaki bukit dan banyak lagi. Kelab ini juga akan

mendedahkan kepada ahlinya ilmu dan kemahiran yang boleh diguna pakai semasa melangsungkan aktiviti – aktiviti tersebut seperti asas ikatan dan simpulan, pertolongan cemas, dan ikhtiar hidup. Kelab ini juga dapat membantu bakal-bakal guru untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang sihatdan bermanfaat pada masa lapang.

Di samping itu, penubuhan kelab ini juga ingin melahirkan guru-guru pelatih yang berpengalaman dan dapat menguasai kemahiran sampingan bagi membantu kemandirian hidup kelak, Pelaksanaan kelab ini melibatkan semua ahli Kelab Rekreasi Luar IPG Kampus Perlis dan juga terbuka kepada semua warga kampus yang berminat.

(3)

2.0 MATLAMAT PERSATUAN

Memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek seterusnya menjadikan Kelab Kembara & Rekreasi Luar sebagai medium penting dalam membentuk modal insan yang berkompeten selaras dengan matlamat Wawasan 2020 yang menjadi teras pembangunan kemajuan negara Malaysia.

3.0 OBJEKTIF PERSATUAN

3.1 Memenuhi saranan Kementerian Pendidikan Malaysia kepada semua

IPTA/IPTS/IPG dalam mewujudkan insan yang kreatif dan juga berinovatif. 3.2 Memberi pendedahan kepada para guru pelatih tentang cara

menguruskan sesuatu organisasi dan kaedah berurusan dengan pihak-pihak luar.

3.3 Pergerakan Kelab Kembara & Rekreasi Luar yang didaftarkan di bawah nama IPG Kampus Perlis mampu mengharumkan nama IPG Kampus Perlis sebagai sebuah IPG yang menyokong kebitaraan sukan dalam kalangan warga kampusnya.

3.4 Penubuhan kelab ini merupakan satu inisiatif bagi meningkatkan kefahaman para

guru pelatih terhadap kepentingan pengetahuan dan penglibatan dalam kokurikulum. Ia juga dapat membina kualiti peribadi dan nilai sebagai seorang guru dan juga bakal guru.

(4)

4.0 PENGISIAN PROGRAM DAN AKTIVITI PERSATUAN

4.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.

4.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh pengerusi dan diumumkan kepada pengetahuan ahli.

4.3 Aktiviti yang boleh dirancang oleh Kelab Kembara & Rekreasi Luar adalah seperti di Lampiran A.

4.4 Selain aktiviti yang dinyatakan dalam Lampiran A, Kelab Kembara & Rekreasi Luar juga akan merancang dan merangka pelbagai aktiviti lain yang difikirkan relevan, mantap dan berkesan dengan situasi semasa.

5.0 SUMBER KEWANGAN

5.1 Setiap ahli diwajibkan membayar yuran RM 1.00 bagi setiap bulan. 5.2 Jumlah bayaran kutipan yuran boleh dipinda sekiranya mendapat

persetujuan 2/3 ahli semasa mesyuarat agung tahunan.

5.3 Persatuan juga boleh memperolehi sumber kewangan melalui aktiviti.

5.4 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.

5,5 Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam akaun yang akan disediakan oleh bendahari.

5.6 Pengeluaran wang berjumlah melebihi RM 499.99 memerlukan persetujuan dua per tiga ahli-ahli.

5.7 Pengeluaran wang yang kurang daripada RM 500.00 tetapi melebihi RM 199.00 hanya perlu mendapat persetujuan AJK tertinggi.

5.8 Bendahari hanya boleh membuat pengeluaran wang di bawah RM 200.00 sahaja dengan kebenaran pengerusi.

5.9 Penyata kewangan akan diaudit dan diedarkan bagi setiap tahun berakhir pada akhir tahun.

(5)

6.0 AHLI JAWATANKUASA

CADANGAN JAWATANKUASA KELAB KEMBARA DAN REKREASI LUAR INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

6.1JAWATANKUASA INDUK

Penaung : Tn. Hj. Ideris Bin Abu Bkar

Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis

Penasihat : En. Musaidi Bin Mustafa Pensyarah Unit Kokurikulum

Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis

6.2 JAWATANKUASA KELAB

Pengerusi : Muhammad Hakimi Aqil Bin Abd Halim Naib Pengerusi : Adibah Aqilah Bt Mohammad Adib Setiausaha : Nur Aina Muslihah Binti Shansu Baharing

Bendahari : Zarul Syairazi Bin Zulkifli AJK Aktiviti : Nur Hidayah Binti Fadillong AJK Dokumentasi : Aiman Faiz Bin Mohd Mazlan AJK Publisiti : Alya Ismahani Binti Md Zin AJK Peralatan & Pergerakan : Muhammad Nazri Bin Hashim AJK Tugas – Tugas Khas : Nurul Raihana Binti Mohd Ridzuan

(6)

7.0 KELULUSAN PENUBUHAN Disediakan oleh,

Disemak oleh, Disokong oleh,

Diluluskan oleh,

……….. (NUR AINA MUSLIHAH BINTI SHANSU

BAHARING) Setiausaha

Kelab Kembara & Rekreasi Luar IPG Kampus Perlis.

………. ( MUSAIDI BIN MUSTAFA )

Pensyarah Penasihat

Kelab Kembara & Rekreasi Luar IPG Kampus Perlis.

………. ( NORYATI BINTI ISMAIL )

Ketua Unit Unit Kokurikulum IPG Kampus Perlis.

………. ( TUAN HAJI IDERIS BIN ABU BAKAR ) Pensyarah Penasihat

Kelab Kembara & Rekreasi Luar IPG Kampus Perlis.

(7)

Perlembagaan Kelab Kembara & Rekreasi Luar

Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis

PERKARA 1 NAMA DAN ALAMAT

1.1 Nama Persatuan : Kelab Kembara & Rekreasi Luar

1.2 Alamat : Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis, Behor Pulai, 01000

Kangar, Perlis

PERKARA 2 MATLAMAT

2.1 Memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek seterusnya menjadikan Kelab Kembara & Rekreasi Luar sebagai medium penting dalam membentuk modal insan yang berkompeten selaras dengan matlamat Wawasan 2020 yang menjadi teras pembangunan kemajuan negara Malaysia.

PERKARA 3 OBJEKTIF

3.5 Memenuhi saranan Kementerian Pendidikan Malaysia kepada semua

IPTA/IPTS/IPG dalam mewujudkan insan yang kreatif dan juga berinovatif. 3.6 Memberi pendedahan kepada para guru pelatih tentang cara

menguruskan sesuatu organisasi dan kaedah berurusan dengan pihak-pihak luar.

3.7 Pergerakan Kelab Kembara & Rekreasi Luar yang didaftarkan di bawah nama IPG Kampus Perlis mampu mengharumkan nama IPG Kampus Perlis sebagai sebuah IPG yang menyokong kebitaraan sukan dalam kalangan warga kampusnya.

(8)

3.8 Penubuhan kelab ini merupakan satu inisiatif bagi meningkatkan kefahaman para

guru pelatih terhadap kepentingan pengetahuan dan penglibatan dalam kokurikulum. Ia juga dapat membina kualiti peribadi dan nilai sebagai seorang guru dan juga bakal guru.

PERKARA 4 KEAHLIAN

4.1 Dibuka kepada semua guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis 4.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan.

4.3 Ahli – ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan aktif bagi menjayakan objektif kelab ini.

PERKARA 5 PENSYARAH PENASIHAT

5.1 Pensyarah Penasihat adalah terdiri daripada pensyarah IPG Kampus Perlis.

5.2 Pensyarah Penasihat mempunyai kuasa mutlak, merancang atau membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu

PERKARA 6 AHLI JAWATANKUASA

6.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung

6.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai ahli jawatankuasa.

6.3 Ahli jawatankuasa kecil boleh dilantik oleh Pensyarah Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.

6.4 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.

6.5 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan jawatan kepada Pensyarah Penasihat.

(9)

6.6 Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri :-6.6.1 Pengerusi 6.6.2 Naib Pengerusi 6.6.3 Setiausaha 6.6.4 Penolong Setiausaha 6.6.5 Bendahari

6.6.6 Ahli Jawatankuasa ( Bilangan bergantung keperluan )

PERKARA 7 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

7.1 Pengerusi

7.7.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat.

7.7.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.

7.7.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah Penasihat dari masa ke semasa.

7.7.4 Memastikan semua kegiatan yang dirancang dapat dijalankan dengan baik.

7.7.5 Menyemak/membaiki draf minit mesyuarat yang baru (jika ada). 7.7.6 Menurunkan tandatangan untuk disahkan minit mesyuarat yang lepas.

7.2 Naib Pengerusi.

7.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi.

7.2.2 Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.

7.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah Penasihat dari masa ke semasa.

(10)

7.3 Setiausaha

7.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat.

7.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan. 7.3.3 Mencatat kehadiran ahli-ahli.

7.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.

7.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah Penasihat dari masa ke semasa.

7.3.6 Menyediakan surat mohon sumbangan (jika ada). 7.3.7 Menyediakan tempat mesyuarat.

7.3.8 Menurunkan tandatangan di minit mesyuarat yang lepas.

7.4 Penolong Setiausaha

7.4.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya.

7.4.2 Menjalankan tugas setiausaha sewaktu ketiadaan setiausaha. 7.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah

Penasihat dari masa ke semasa.

7.4.4 Membantu menyediakan tempat mesyuarat.

7.5 Bendahari

7.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan kelab/persatuan

7.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab atas kesahihannya.

7.5.3 Menyediakan Penyata kira-kira/kewangan bulanan dan tahunan serta menandatanganinya.

7.5.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.

7.5.5 Menyediakan laporan kewangan untuk diaudit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung atau mesyuarat jawatankuasa.

(11)

7.5.6 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah Penasihat dari masa ke semasa.

7.5.7 Mengeluarkan resit bagi penerimaan dan pembayaran yang dibuat.

7.6 Ahli Jawatankuasa

7.6.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan.

7.6.2 Mempengaruhi biro sekiranya dilantik.

7.6.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah Penasihat dari semasa ke semasa.

7.6.4 Membantu setiausaha menyediakan tempat mesyuarat.

PERKARA 8 KEWANGAN

8.1 Setiap ahli diwajibkan membayar yuran RM 1.00 bagi setiap bulan.

8.2 Jumlah bayaran kutipan yuran boleh dipinda sekiranya mendapat persetujuan 2/3 ahli semasa mesyuarat agung tahunan.

8.3 Persatuan juga boleh memperolehi sumber kewangan melalui aktiviti. 8.4 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan

besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.

8,5 Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam akaun yang akan disediakan oleh bendahari.

8.6 Pengeluaran wang berjumlah melebihi RM 499.99 memerlukan persetujuan dua per tiga ahli-ahli.

8.7 Pengeluaran wang yang kurang daripada RM 500.00 tetapi melebihi RM 199.00 hanya perlu mendapat persetujuan AJK tertinggi.

8.8 Bendahari hanya boleh membuat pengeluaran wang di bawah RM 200.00 sahaja dengan kebenaran pengerusi.

(12)

8.9 Penyata kewangan akan diaudit dan diedarkan bagi setiap tahun berakhir pada akhir tahun.

PERKARA 9 KEHADIRAN/PENYERTAAN

9.1 Ahli-ahli diwajibkan menghadiri mesyuarat agung

9.2 Sekiranya tidak dapat menghadiri hendaklah menulis surat kepada pengerusi kelab.

9.3 Ahli yang belum menjelaskan tunggakkan yuran tahun sebelumnya tidak boleh menyertai semua naktiviti yang dianjurkan oleh kelab pada tahun semasa.

PERKARA 10 AKTIVITI

10.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung tahunan atau mesyuarat ahli jawatankuasa.

10.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh pengerusi dan diumumkan kepada pengetahuan ahli.

10.3 Semua aktiviti yang dianjurkan oleh kelab boleh disertai oleh semua ahli kecuali Ahli-ahli seperti yang dinyatakan dalam PERKARA 9 perenggan 9.3.

PERKARA 11 MEMBERHENTIKAN

11.1 Ahli-ahli yang bersikap tidak senonoh dengan kesopanan atau kenteteraman Persatuan, boleh dipecat oleh Jawatankuasa Kelab. Ahli

(13)

yang dipecat berhak membuat rayuan dalam tempoh 14 hari diberitahu pemecatan, kepada Mesyuarat Agung untuk keputusan muktamad.

PERKARA 12 PINDAAN PERLEMBAGAAN

12.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda. 12.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli bersama ahli

jawatankuasa semasa mesyuarat Agung tahunan.

12.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Pengerusi dah Ahli Jawatankuasa dan ahli akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.

12.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh pengerusi.

PERKARA 13 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

13.1 Mesyuarat Agung tahunan hendaklah diadakan pada setiap tahun sebelum semester persekolahan bermula.

13.2 Notis tarikh mesyuarat agung tahunan hendaklah dihebahkan kepada ahli-ahli selewatnya-lewatnya TUJUH hari sebelum tarikh mesyuarat.

13.3 Agenda mesyuarat Agung hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:

13.3.1 Ucapan Pengerusi

13.3.2 Membentang dan menerima minit mesyuarat agung tahun lalu 13.3.3 Membentang dan menerima laporan kewangan/aktiviti

(14)

13.3.5 Pemilihan Jawatankuasa bagi tahun berkenaan 13.3.6 Ucapan penangguhan

13.3.7 Lain-lain hal.

13.4 Mesyuarat agung tahunan bertanggungjawab memilih pemegang-pemegang jawatan dalam jawatankuasa serta menimbang lain-lain perkara yang menyentuh kemajuan dan kebajikan kelab. Pemilihan pemegang jawatan di buat seperti berikut:

13.4.1 Ahli yang dicalonkan untuk memegang jawatan hendaklah seperti yang dinyatakan dalam PERKARA 6 perenggan 2 & 4.

13.4.2 Setiap pencalonan hendaklah mempunyai pencadang dan penyokong

13.4.3 Pemilihan hendaklah dibuat secara undian bagi jawatan yang ditandingi

13.4.3 Calon yang mendapat undian terbanyak dipilih menjawat jawatan yang dipertandingkan

13.5 Mesyuarat agung khas bagi kelab ini boleh diadakan: a) Apabila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa

b) Atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang daripada 1/4 daripada jumlah ahli biasa dengan menerangkan tujuan-tujuan dan sebab-sebab mengadakannya.

13.6 Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh permintaan itu. 13.7 Pengumuman dan agenda untuk sesuatu Mesyuarat Agung Khas itu

hendaklah diedarkan kepada semua ahli-ahli oleh Setiausaha sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang ditetapkan oleh mesyuarat.

13,8 Perkara 14 di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Khas, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atau permintaan ahli-ahli Mesyuarat hendaklah dibatalkan dan sekurang-kurangnya enam bulan daripada

(15)

tarikh ini. Mesyuarat Agung khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.

PERKARA 14 KUOROM

14.1 Kuorom mesyuarat yang diadakan oleh kelab adalah seperti berikut

14.1.1 Mesyuarat agung tahunan hendaklah tidak kurang daripada 2/3 ahli 14.1.2 Mesyuarat jawatankuasa hendaklah tidak kurang ½ daripada

jumlah bilangan ahli jawatankuasa

14.2 Jika kuorom tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada satu tarikh yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Persatuan; dan jika kuorom tidak cukup juga selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat itu berkuasa mengubah undang-undang Persatuan atau membuat keputusan-keputusan mengenai semua ahli.

PERKARA 15 PEMBUBARAN KELAB

15.1 Kelab akan dibubarkan pada mesyuarat agung terakhir bagi tahun semasa.

15.2 Pengarah diberi kuasa untuk membubarkan kelab jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.

1. Challenge Your Fear

Lampiran A

(16)

Aktiviti Challenge Your Fear merupakan salah satu aktiviti yang menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat melalui sukan dan rekreasi air. Program yang berasaskan kekuatan dan ketahanan ini boleh menarik lebih ramai penyertaan dari kalangan para pelajar IPG Kampus Perlis. Program dan aktiviti ini akan menyumbang kepada pertumbuhan penglibatan pelajar terhadap aktiviti di kampus. Selain itu, ia juga dapat membantu pelajar melakukan aktiviti yang berfaedah di masa lapang. Antara aktiviti boleh dijalankan ialah berkayak, water confidence, renang dan banyak lagi. Menerusi program ini, para guru pelatih dapat mengekalkan kecergasan badan dan juga mengatasi perasaan takut terhadap air. Hal ini scara tidak langsung dapat membantu guru pelatih menjadi seorang yang berani menghadapi dan menyahut cabaran.

2. Menuju Ke Bintang

Aktiviti ini dibuka kepada semua ahli Kelab Kembara & Rekreasi Luar. Aktiviti ini merupakan salah satu program kerjasama antara dua ipg iaitu IPG Kampus Perlis dan juga IPG Kampus Sultan Mizan. Program menuju ke bintang adalah aktiviti mendaki Gunung Bintang selama dua hari satu malam. Rasional program ini adalah untuk membentuk semangat berpasukan antara ahli kelab kedua – dua IPG. Umumnya, aktiviti mendaki menuntut komitmen fizikal, mental dan emosi para peserta. Para peserta juga akan diuji stamina dan keperibadian diri mereka secara tidak langsung menerusi aktiviti ini. Hal ini, dapat mendidik diri guru pelatih untuk mengamalkan gerak kerja berpasukan serta sentiasa bersedia dalam menghadapi pancaroba di alam pekerjaan kelak.

Selain itu, aktiviti ini juga dapat menjadi medan muhasabah diri para guru pelatih untuk meningkatkan sahsiah diri masing –

(17)

masing. Sehubungan itu, program Menuju Ke Bintang yang bakal dijalankan ini diharapkan akan menjadi platform kepada dua buah IPG dalam menjalinkan hubungan baik memperkukuhkan dan memperkasakan semangat berpasukan sesama ahli.

3. Simpulan Kita

Ikatan dan simpulan sering diguna pakai dalam aktiviti seharian. Kemahiran ini juga penting dalam kerja-kerja menyelamat. Penggunaan ikatan dan simpulan tali boleh diaplikasikan pada bila – bila masa, tempat dan keadaan, seperti oleh pengembara, penyelamat, pendaki gunung, penggunaan khas, perhiasan dan kegiatan luar. Kita juga selalu menggunakan berbagai-bagai jenis ikatan dan simpulan pada setiap masa. Tujuan kelas ikatan dan simpulan ini diadakan adalah untuk memberi pededahan kepada papra peserta tentang cara dan penggunaan tali temali dalam pelbagai situasi. Kebolehan para peserta menggunakan tali dengan cekap dapat membantu menyelamatkan masyarakat dalam situasi – siuasi genting seperti banjir, mendaki dan banyak lagi. Dengan kebolehan ini juga, para peserta dapat mewakili IPG Kampus Perrlis dengan menyertai mana – mana squad peyelamat bagi membantu masyarakat yang terkena bencana khususnya di kawasan tinggi. Selain itu, berbekalkan kemahiran ikatan dan simpulan ini, para peserta dapat mencipta dan menginovasi gajet berasaskan alam semula jadi seterusnya menanamkan semangat cintakan alam dalam diri para ahli.

Referensi

Dokumen terkait