• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kelab Bilik Guru Dan Staff Skfbk

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kelab Bilik Guru Dan Staff Skfbk"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

PERLEMBAGAAN KELAB BILIK GURU DAN STAFF

SEKOLAH KEBANGSAAN FELCRA BUKIT KEPONG

PERKARA 1 : NAMA DAN ALAMAT

a. Nama Kelab : Kelab Kebajikan Guru Dan Pekerja Sekolah Kebangsaan Felcra Bukit Kepong.

b. Alamat : Sekolah Kebangsaan Felcra Bukit Kepong, 85300 Labis, Johor.

PERKARA 2 : MATLAMAT

Memupuk semangat kerjasama, menjalin silaturrahim serta menjaga kebajikan ahli agar suasana bekerja di Sekolah Kebangsaan Bangsar ini lebih kondusif dan produktif.

PERKARA 3 : TUJUAN-TUJUAN KELAB

3.1 Untuk mengadakan sesuatu aktiviti bagi kebajikan dan kemajuan guru-guru dan pekerja dengan syarat tiada 'faedah'

3.2 Untuk membolehkan guru-guru dan pekerja berinteraksi dalam suasana sosial yang sihat dan bertukar-tukar idea dalam aktiviti yang dijalankan

3.3 Untuk membentuk dan mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan produktif

PERKARA 4 : FUNGSI KELAB

4.1 Fungsi kelab adalah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai tujuan-tujuan kelab yang dinyatakan dalam perkara 3, seperti :

4.1.1 Membantu dalam memajukan perkembangan guru-guru dan pekerja serta menjaga kebajikan mereka

4.1.2 Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara guru-guru dan pekerja serta sekolah.

(2)

PERKARA 5 : KEAHLIAN

5.1 Terbuka kepada semua guru dan pekerja Sekolah Kebangsaan Felcra Bukit Kepong 5.2 Kelayakan menjadi ahli adalah secara automatik

PERKARA 6 : AHLI JAWATANKUASA

6.1 Kelab hendaklah diuruskan oleh suatu jawatankuasa yang dilantik sebagai Jawatankuasa Kelab Kejikan Guru dan Pekerja. Jawatankuasa ini dilantik oleh ahli-ahli kelab setiap mesyuarat agung tahunan.

6.2 Ahli Jawatankuasa Kelab Kebajikan Guru dan Pekerja hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia dan masih lagi berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Felcra Bukit Kepong.

6.3 Ahli yang hadir semasa mesyuarat agung layak dicalonkan sebagai ahli jawatankuasa manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai ahli jawatankuasa Kelab Kebajikan Guru dan Pekerja.

6.4 Pengerusi KBGSSKFBK yang dilantik boleh dalam sesuatu masa melantik mana – mana ahli untuk menganggotai jawatankuasa bagi melicinkan pentadbirannya. Namun demikian ahli yang dilantik adalah tidak lebih daripada empat (4) orang.

6.5 Mana – mana kekosongan yang berlaku dalam jawatankuasa boleh diganti oleh jawatankuasa dengan melantik ahli yang tidak terpilih untuk memegang jawatan yang dikosongkan sehingga Mesyuarat Agung yang akan datang.

6.6 Jawatankuasa yang telah dipilih dan dilantik memegang jawatan dalam KBGSSKFBK selama dua (2) tahun berturut – turut secara Automatik akan gugur pada penggal berikutnya,kecuali dengan kerelaan hatinya bersetuju untuk terus memegang jawatan.

6.7 Ahli – ahli yang tidak hadir Mesyuarat Agung juga layak dilantik untuk memegang jawatan dalam jawatankuasa MGK SKML.

6.8 Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Felcra Bukit Kepong secara automatiknya akan menjadi Penasihat KBGSSKFBK. Tuan Guru Besar atau wakilnya boleh menyertai mesyuarat untuk memberi pandangan.

6.9 Mesyuarat Agung perlu melantik dua (2) orang pemeriksa kira-kira yang mana bukan terdiri daripada ahli jawatankuasa yang dipilih dan mereka tidak terlibat di dalam mesyuarat jawatankuasa. Namun begitu mereka boleh dijemput untuk

(3)

menyertai mana-mana mesyuarat jawatankuasa tetapi tidak dapat membuat keputusan.

6.10 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.

6.11 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh pengerusi tanpa mengadakan mesyuarat.

6.12 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan jawatan kepada Pengerusi

6.13 Ahli Jawatankuasa Kelab hendaklah terdiri :- 6.13.1 Pengerusi

6.13.2 Naib Pengerusi 6.13.3 Setiausaha 6.13.4 Bendahari

6.13.5 Lima (5) Ahli Jawatankuasa

PERKARA 7 : TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

Fungsi Jawatankuasa Kelab Kebajikan Guru dan Pekerja ialah untuk mengelola dan mengatur kegiatan dan aktiviti kelab serta membuat keputusan atas perkara-perkara yang menyentuh perjalanan kelab tanpa bercanggah dengan dasar umum yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung Tahunan

7.1. Pengerusi

7.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa TKW dan mesyuarat Agung Tahunan dan bertanggungjawab ke atas kesempurnaan semua mesyuarat

7.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.

7.1.3 Bertanggungjawab ke atas semua aktiviti dan perjalanan kelab sepanjang tempoh berkhimat.

7.1.4 Mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani minit-minit mesyuarat apabila telah diluluskan

7.1.5 Bertanggungjawab mengawasi pentadbiran kelab serta memastikan apa- apa peraturan dipatuhi oleh semua ahli kelab

(4)

7.1.6 Sentiasa mematuhi segala peruntukan perlembagaan dalam menjalankan tugas sebagai pengerusi

7.1.7 Memastikan segala aktiviti dan program kelab dilaksanakan dengan sempurna dan teratur

7.2 Naib Pengerusi

7.2.1 Bertanggungjawab membantu pengerusi dalam menjalankan fungsi-fungsi pengerusi

7.2.2 Menjalankan tanggungjawab dan fungsi pengerusi semasa ketiadaan pengerusi

7.3 Setiausaha

7.3.1 Menjalankan urusan kelab mengikut perlembagaan.

7.3.2 Mencatat , menyelia dan menyimpan minit-minit mesyuarat jawatankuasa dan mesyuarat agung tahunan.

7.3.3 Menyediakan laporan-laporan untuk dibentangkan pada mesyuarat agung tahunan serta minit-minit yang bersangkutan dengannya.

7.3.5 Menguruskan hal-hal mesyuarat dan menyimpan rekod-rekod kelab.

7.5 Bendahari

7.5.1 Bertanggungjawab mengurus dan mengawal hal ehwal kewangan kelab dengan menyediakan dan menyimpan kewangan yang di kemaskini dari masa ke semasa 7.5.2 Menguruskan perbelanjaan wang kelab seperti yang diputuskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan dan mesyuarat jawatankuasa.

7.5.3 Menerima bagi pihak kelab semua derma atau sumbangan daripada mana - mana ahli atau lain-lain sumber dan mengeluarkan resit akuan terima serta dokumen yang berkaitan

7.5.4 Memastikan tidak ada terlebih pengeluaran atau penyalahgunaan wang dari akaun kelab

7.5.5 Menyediakan laporan atau penyata kewangan untuk di audit dan dibentangkan kepada Mesyuarat Agung serta laporan-laporan yang berkaitan.

7.6 AJK Sukan

7.6.1 Merancang dan melaksanakan program sukan/permainan ahli kelab termasuk jemputan dari luar

(5)

7.6.2 Menyelenggarakan, menguruskan dan menyimpan stok alat-alat permainan dengan baik

7.6.3 Menguruskan pembelian alat permainan untuk aktiviti kelab

7.7 AJK Lawatan

7.7.1 Menjadi penghubung dan penyampai maklumat di antara pentadbir, ahli kelab dan pihak luar.

7.7.2 Membuat perbincangan dengan pihak luar sekiranya terdapat aktiviti yang melibatkan pihak luar.

7.7.3 Menyelaraskan semua aktiviti yang membabitkan penglibatan pihak luar di dalam aktiviti kelab.

7.7.4 Merancang, melaksana dan mengurus aktiviti atau program lawatan, hari keluarga dan sebagainya untuk kemudahan ahli.

7.8 AJK Kebersihan/Keceriaan

7.8.1 Membantu pengerusi merancang dan menyelia program keceriaan bilik-bilik khas kelab sekolah terutamanya bilik guru.

7.8.2 Membeli dan menguruskan alatan yang perlu untuk kecerian bilik guru. 7.8.3 Menyediakan maklumat dan carta organisasi untuk kegunaan ahli kelab.

7.9 AJK Kebajikan

7.9.1 Menjadi ketua dalam aktivitikebajikan dan sosial.

7.9.2 Menyelaraskan kegiatan sosial dan kebajikan yang dirancang, diatur dan disusun oleh kelab.

7.9.3 Menjaga dan menyelaraskan kebajikan setiap ahli.

7.10 AJK Jamuan

7.10.1 Bertanggungjawab menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan jamuan 7.10.2 Memastikan segala peralatan dan kelengkapan untuk kegunaan jamuan cukup dan tersusun.

7.10.3 Bekerjasama dalam semua aktiviti sekolah yang melibatkan jamuan

7.10.4 Bertanggungjawab dalam menguruskan tetamu-tetamu yang hadir semasa majlis diadakan.

(6)

PERKARA 8 : KEWANGAN

8.1 Yuran pendaftaran bagi setiap ahli adalah sebanyak RM 15.00 untuk seumur hidup. 8.2 Setiap ahli diwajibkan membayar yuran RM 100.00 bagi setahun

8.3 Jumlan bayaran kutipan yuran boleh dipinda sekiranya mendapat persetujuan 2/3 ahli semasa mesyuarat agung tahunan

8.4 Kelab juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti

8.5 Semua pungutan atau penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam akaun yang telah disediakan oleh bendahari

8.6 Penyata kewangan akan diaudit dan diedarkan bagi setiap tahun berakhir pada akhir tahun.

8.7 Perbelanjaan Wang hendaklah kepada perkara-perkara yang berfaeadah dan tidak melanggar undang-undang dan perbelanjaan tetap boleh dibuat dengan kadar tertentu

8.7.1 Kematian Ahli RM 100.00 8.7.2 Kematian Tanggungan RM 50.00 (Suami atau isteri,anak-anak,ibu atau bapa,

ibu mertua atau bapa mertua)

8.7.3 Perkahwinan Ahli kali pertama RM 100.00 8.7.4 Mendapat Cahaya mata (setiap kali bersalin) RM 50.00 8.7.5 Ahli dan tanggungan yang sakit RM 30.00 Ahli dan tanggungan ( suami/isteri dan anak-anak)

yang sakit dan tinggal dihospital melebihi satu (1) hari dalam satu masa.Tidak termasuk ahli yang masuk hospital kerana ingin bersalin.

8.7.6 Bertukar atau bersara ( Mengikut tempoh berkhidmat )

8.7.6.1 ( 1 – 5 Tahun ) RM 50.00 8.7.6.2 ( 6- 10 Tahun ) RM 70.00 8.7.6.3 ( 11 Tahun ke atas ) RM 100.00 8.7.7 Mengerjakan Haji atau Umrah ( ahli sahaja ) RM 50.00

(7)

8.7.9 Derma RM 30.00 ( boleh dibuat kutipan dari ahli jika perlu)

Jika kutipan telah dibuat dari ahli,maka

sumbangan tidak perlu dikeluarkan lagi.

8.7.10 Sumbangan kepada anak ahli yang cemelang RM 30.00 Dalam peperiksaan.

( mesti mendapat semua ‘A’ dalam peperiksaan Yang diduduki- UPSR,PMR,SPM dan STPM )

8.8 Kuasa untuk membelanjakan wang KGSSKFBK ialah Jawatankuasa KGSSKFBK dengan syarat ianya digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah dan tidak melanggar undang-undang.

8.2 Pengerusi MGK SKML boleh dalam suatu masa meluluskan perbelanjaan yang tidak melebihi RM 100.00 bagi menjalankan aktiviti yang berfaedah tanpa memanggil mesyuarat.

PERKARA 9 : KEHADIRAN / PENYERTAAN

9.1 Ahli-ahli diwajibkan menghadiri mesyuarat agung

9.2 Sekiranya tidak dapat menghadiri hendaklah menulis surat kepada pengerusi kelab 9.3 Ahli yang belum menjelaskan tunggakkan yuran tahunan sebelumnya tidak boleh menyertai semua aktiviti yang dianjurkan oleh kelab pada tahun semasa

PERKARA 10 : AKTIVITI

10.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung tahunan atau mesyuarat ahli jawatankuasa

10.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh pengerusi dan diumumkan kepada pengetahuan ahli.

10.3 Semua aktiviti yang dianjurkan oleh kelab boleh disertai oleh semua ahli

PERKARA 11 : MEMBERHENTIKAN

11.1 Ahli-ahli yang bersikap tidak senonoh dengan kesopanan atau ketenteraman kelab, boleh dipecat oleh Jawatankuasa Kelab. Ahli yang dipecat berhak membuat

(8)

rayuan dalam tempoh 14 hari diberitahu pemecatan, kepada mesyuarat agong untuk membuat keputusan muktamad

PERKARA 12 : PINDAAN PERLEMBAGAAN

12.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda

12.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli bersama ahli jawatankuasa semasa mesyuarat agung tahunan

12.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa serta ahli lain akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.

12.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan oleh pengerusi

PERKARA 13 : MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

13.1 Mesyuarat Agung tahunan hendaklah diadakan pada setiap tahun sebelum tahun persekolahan bermula

13.2 Notis tarikh mesyuarat agung tahunan hendahlah dihebahkan kepada ahli- ahli selewat-lewatnya TIGA hari sebelum tarikh mesyuarat

13.3 Agenda mesyuarat Agung hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut : - 13.3.1 Ucapan pengerusi

13.3.2 Membentang dan menerima minit mesyuarat agung tahun lalu 13.3.3 Membentang dan menerima laporan kewangan/aktiviti

13.3.4 Membahaskan perkara berbangkit

13.3.5 Pemilihan Jawatankuasa bagi tahun berkenaan 13.3.6 Ucapan penangguhan

13.3.7 Lain-lain hal

13.4 Mesyuarat agung tahunan bertanggungjawab memilih pemegang-pemegang jawatan dalam jawatankuasa serta menimbang lain-lain perkara yang menyentuh kemajuan dan kebajikan kelab. Pemilihan pemegang jawatan dibuat seperti berikut :- 13.4.1 Setiap pencalonan hendaklah mempunyai pencadang dan penyokong

(9)

13.4.2 Pemilihan dibuat secara undian bagi jawatan yang ditandingi

13.4.3 Calon yang mendapat undian terbanyak dipilih menjawat jawatan yang dipertandingkan.

13.5 Mesyuarat agung khas bagi kelab ini boleh diadakan : a) bila difikirkan mustahak oleh jawatankuasa

b) atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang daripada 1/4 daripada jumlah ahli biasa dengan menerangkan tujuan-tujuan dan sebab-sebab mengadakannya.

13.6 Mesyuarat Agong Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh permintaan itu.

13.7 Pengumuman dan agenda untuk sesuatu Mesyuarat Agong Khas itu hendaklah diedarkan kepada semua ahli-ahli oleh Setiausaha sekurang- kurangnya 15 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat

PERKARA 14 : KORUM

14.1 Korum mesyuarat yang diadakan oleh kelab adalah seperti berikut 14.1.1 Mesyuarat agung tahunan hendaklah tidak kurang daripada 2/3 ahli

14.1.2 Mesyuarat jawatankuasa hendaklah tidak kurang ½ daripada jumlah bilangan ahli jawatankuasa

14.2 Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada satu tarikh yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kelab; dan jika korum tidak cukup juga selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka mesyuarat itu berkuasa mengubah undang-undang Kelab atau membuat keputusan- keputusan mengenai semua ahli

Referensi

Dokumen terkait

Setengah sel yang satu yang terdiri dari Cu 2+ /Cu, cenderung mengalami reaksi reduksi dengan reaksi sebagai berikut:. Cu 2+ (aq) + 2e

(3) Mana-mana rayuan yang dibawa, atau mana-mana kebenaran untuk merayu yang dipohon, pada atau selepas tarikh ditetapkan, terhadap sesuatu keputusan yang diberikan sebelum

Dari pusat pemerintahan Kabupaten Natuna dapat dicapai melalui angkutan laut dengan waktu tempuh kurang lebih 12 jam dan angkutan udara dengan waktu tempuh kurang lebih satu

Apabila korum yang ditetapkan tidak tercapai, maka Kongres diundur untuk waktu sekurang-kurangnya 3 (tiga) jam dan apabila sesudah pengunduran waktu itu, korum

Memaklumkan kepada AJK JW, KPP dan KK dalam satu mesyuarat tentang syarat-syarat penyediaan jadual waktu yang telah ditetapkan oleh HEA.. Menetapkan dan memaklumkan

Melayu 1 hari 2 EPSA Pengurusan Konflik 14 Sept 2017 Bilik Mesyuarat Pusat Sumber 8 Unit Pusat Sumber 1 hari Bil Aktiviti: bengkel / kursus / ceramah / forum / konferens Tarikh

MAKLUMAT PERJUMPAAN: KOD PENYELIDIKAN TUJUAN/PERKARA TARIKH WAKTU MULA WAKTU TAMAT TEMPAT BENGKEL/ MESYUARAT/TEMUBUAL JUMLAH JAM KEHADIRAN: Bil Nama Peranan* Nota: *

Semua sektor agrikomoditi dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKPB tersebut bermula 14 hingga 27 Oktober 2020 atau satu tarikh yang ditetapkan kemudian oleh Kerajaan sekiranya tempoh