• Tidak ada hasil yang ditemukan

KAEDAH BERCAMPUR.doc

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KAEDAH BERCAMPUR.doc"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

The Practice Of Qualitative Research Chapter two- The Research Process Chapter nine- Mixed Methods Research

Sharlene Nagy Hesse-Biber Boston College

Patricia Leavy Stonehill College

SAGE Publications, Inc Thousand Oaks, California

2006

Masriah Mastul

Universiti Malaysia Sabah Kota Kinabalu

doey76@yahoo.com

Chapter 9: Penyelidikan Kaedah Bercampur (Mixed Methods Research) Penyelidikan kaedah campuran merupakan satu penyelidikan yang menggunakan kedua-dua kaedah iaitu kualitatif dan kuantitatif dimana penulis berpendapat bahawa dengan menggunakan dua atau lebih kaedah akan menghasilkan keputusan yang lebih menyeluruh, berwawasan dan lojik. Amalan kaedah ini dapat meningkatkan falsafah yang berterusan, perkaedahan dan menggunakan pelbagai kaedah. Gabungan dua-dua kaedah boleh membina projek penyelidikan yang selesa dan memudahkan kefahaman sepenuhnya terhadap masalah kajian.

Selain itu kaedah bercampur ini juga boleh membantu untuk mendapatkan pengetahuan yang abstrak dan memberi pandangan idea dalam proses penyelidikan dari segi langkah-langkah yang tertinggal dan ciri-ciri minat yang pelbagai, pandangan dan perspektif. Kaedah ini juga dapat membantu menguasai atau menyelesaikan masalah yang kompleks melibatkan pelbagai tahap kefahaman untuk menentukan bermacam-macam teknik analisis. Kaedah

(2)

kualitatif ini sangat berguna untuk penyelidik merasai pengalaman yang terus atau mendapatkan data primer daripada individu yang berkaitan.

Mengapa mengunakan penyelidikan kaedah bercampur:

Greene, Caracelli dan Graham (1989) dalam Sharlene Nagy Hesse-Biber dan Patricia Leavy (2006), membincangkan lima sebab mengapa penyelidik mahu menggunakan kajian kaedah bercampur iaitu;

1. Triangulasi:

Strategi yang melibatkan lebih daripada satu kaedah untuk mengkaji soalan penyelidikan yang sama. Ini akan membuahkan hasil atau satu set jawapan yang lebih tepat dengan kesahan yang tinggi.

2. Saling melengkapi:

Dimana penyelidik menginginkan kefahaman yang mendalam untuk masalah kajian dan mendapatkan hasil kajian yang sah.

3. Pembangunan kaedah:

Keputusan atau hasil dari satu kaedah membantu membangun atau membentuk kaedah yang lain.

4. Inisiasi:

Kajian sedia ada membentuk persoalan baru atau terdapat kontradiksi yang memerlukan pengesahan.

5. Pengembangan:

Menggalakan untuk membuat atau meluaskan kajian yang lebih terperinci atau ke isu masalah yang lain.

Reka bentuk penyelidikan kaedah bercampur (mixed methods)

David Morgan (1998) memberikan beberapa strategi praktikal untuk merancang sebuah kajian kaedah campuran. Dia menyarankan empat campuran kaedah kajian reka bentuk mengikut urutan (waktu odering) serta kepentingan relatif

(3)

dari kaedah masing-masing. Dalam merancang sesuatu projek, beberapa keputusan perlu dilakukan untuk mendirikan kaedah reka bentuk campuran tertentu dimana seseorang pengkaji boleh bertanya pada diri sendiri, dua soalan berikut;

1. Apakah kaedah kajian primer dan apa kaedah sekunder.

2. Kaedah apa yang akan diguna pakai pertama dan apa yang akan menjadi kaedah kedua.

David Morgan (1998) menyediakan empat reka bentuk kajian kaedah campuran untuk membantu memberikan idea kepada penyelidik menjawab dua soalan ini. Namun, penting untuk dicatat bahawa ada banyak kaedah lain selain kaedah campuran yang menggabungkan kaedah kuantitatif dan kualitatif dengan

menggunakan kriteria yang berbeza.

Gabungan kualitatif dan kuantitatif

1.Rekabentuk 1 qual followed by QUANT* 2.Rekabentuk 2 quant followed by QUAL 3.Rekabentuk 3 QUANT followed by qual 4.Rekabentuk 4 QUAL followed by quant

Rajah 1: Rekabentuk kaedah campuran (sumber: Shariene & Biber,2006)

Reka bentuk pertama (qual – QUANT*) komponen kualitatif menjadi yang pertama dalam melakukan projek kajian, tetapi menjadi kedua untuk tujuan projek. Kaedah kuantitatif adalah yang utama tetapi diberikan sebagai tindakan lanjutan untuk kajian kualitatif. Dengan menggunakan pendekatan kualitatif sebelum pendekatan kuantitatif memberikan penyelidik yang belum terbiasa dengan tajuk yang dikaji kesempatan untuk menghasilkan idea-idea khusus / hipotesis berdasarkan data kualitatif, bahawa mereka juga mungkin mendapat maklumat lebih khusus di bahagian kuantitatif projek.

Berdasarkan rekabentuk kedua (quant – QUAL), kajian kuantitatif digunakan sebagai kaedah sekunder dengan penyelidikan kualitatif yang utama. Dalam kes

(4)

ini, kajian kuantitatif yang biasanya digunakan untuk mengenalpasti penduduk tertentu atau isu-isu yang perlu lebih mendalam bagi kajiannya. Contohnya, jenis kajian penelitian yang dilakukan oleh doktor secara umum bagi membincangkan masalah merokok dengan pesakit mereka. Para penulis ingin mengenalpasti ruang amalan umum yang memegang pelbagai sikap yang berbeza. Oleh itu, pengkaji menggunakan penelitian kuantitatif (bergalah) iaitu berdasarkan kajian tinjauan pendek sikap 327 orang doktor, untuk mengenalpasti pelbagai sikap dari responden, dengan melakukan wawancara lanjut dengan kualitatif, memastikan pemahaman mendalam tentang masalah merokok dari pelbagai jenis doktor.

Rekabentuk ketiga (QUANT – qual), direka untuk menjadikan kajian kuantitatif menjadi mod utama penyelidikan dengan penyelidikan kualitatif kedua. Jenis rekabentuk ini sering digunakan ketika ada keperluan untuk memberikan klarifikasi atau elobarasi penelitian dari penemuan-penemuan kuantitatif. kajian kualitatif membantu dalam memahami hal-hal seperti hasil negatif dan hasil yang tidak memenuhi kehendak hipotesis dan perspektif teoritikal. Pada dasarnya data kualitatif boleh digunakan untuk melengkapkan data kuantitatif untuk membantu para penyelidik kuantitatif menyelamatkan data mereka dengan memahami keputusan yang salah.

Dalam rekabentuk kajian keempat (QUAN – quant), kajian kualitatif merupakan kajian yang utama dan diikuti seterusnya dengan kajian kuantitatif yang lebih kecil. Kajian kuantitatif digunakan untuk menguji hasil pada penduduk yang berbeza dalam rangka untuk memastikan apakah berlakunya atau tidak "pemindahan" penemuan kualitatif ke populasi yang lain. Contohnya, berdasarkan kajian Gioia dan Thomas (1996) dalam Shariene & Biber (2006), kajian reka bentuk kaedah campuran, telah menarik perhatian pengkaji bagaimana pentadbir akademik mengenalpasti isu-isu penting, yang memberi impak kepada universiti dalam mengalami perubahan strategik. Para penyelidik menggunakan kaedah kualitatif untuk kajian kes tunggal dari salah satu pasukan pengurusan universiti untuk mendapatkan pengalaman secara langsung atau terus di peringkat pentadbiran tinggi dalam pendidikan tinggi. Ini adalah contoh dari reka bentuk kaedah campuran keempat dan terakhir yang kita ambil dalam bab ini.

Prospek dan masalah kaedah bercampur

Terdapat pelbagai kebimbangan yang wujud berdasarkan amalan kaedah pencampuran. Brannen ( 1992) menunjukkan bahawa dalam sesuatu kajian, apabila komponen kualitatif adalah yang utama, kemungkinan ada

(5)

kecenderungan berlakunya penemuan kuantitatif yang mengalahkan atau mengatasi data kualitatif. Berdasarkan kajian penulis terhadap pekerja rumah, didapati bahawa komponen kualitatif daripada kajian ini adalah kurang relevan berbanding wawasan teoritisnya.

Apabila pengkaji mengaplikasikan jenis kajian ini, maka terdapat kos ekonomi kerana jumlah masa dan tenaga yang diperlukan untuk menyelesaikan sebarang projek. Selain daripada itu, terdapat beberapa isu yang dicadangkan agar penyelidik mesti mendapatkan pelbagai kemahiran yang diperlukan untuk kaedah campuran ini kerana terdapat penyelidik yang menggunakan kaedah campuran ini tidak mempunyai pengetahuan tentang kedua kaedah, oleh itu amat penting bagi penyelidik untuk mengambil masa untuk memperkenalkan konsep-konsep yang mungkin asing bagi individu.

2. APPLIED KNOWLEDGE

Provide your reactions to the book

Describe the book: Is it interesting, memorable, entertaining, instructive? Why? Respond to the author's opinions: What do you agree with? And why? What do you disagree with? And why?

Explore issues the book raises: What possibilities does the book suggest? Explain. What matters does the book leave out? Explain.

Relate your argument to other books or authors: Support your argument for or against the author's opinions by bringing in other authors you agree with.

Relate the book to larger issues: How did the book affect you? How have your opinions about the topic changed? How is the book related to your own course or personal agenda.

3. CONCLUSION

Kaedah penyelidikan bercampur memberikan satu cabaran kepada penyelidik yang ingin mengkaji isu-isu yang kompleks dan berada dalam pelbagai level termasuk individu yang sosial. Ini boleh meningkatkan pengumpulan data dari bermacam-macam jenis dan boleh meningkatkan kesahan data untuk projek kualitatif dan kuantitatif. Dalam menggunakan

(6)

kedua-dua kaedah penyelidikan, penyelidik boleh mendapatkan data primer yang terbaik, contohnya boleh meningkatkan kesahan data kajian dengan teknik triangulasi, dengan menggantikan sumber-sumber yang lemah kepada yang lebih berkenaan. Idea, seperti yang telah dicatat, bahawa secara keseluruhan adalah lebih bermakna daripada jumlah bahagian-bahagiannya dalam menyatakan hasil kajian ataupun kesimpulan. Namun terdapat pelbagai peringatan dari segi konseptual ke praktikal, yang mana seseorang itu harus dipertimbangkan perkara atau isu berikut ketika menggunakan reka bentuk kaedah campuran iaitu;

1. kaedah campuran mengaburkan batas antara paradigma kajian

2. tidak jelas bagaimana penyelidik harus prihatin tentang hal ini (subjektif).

Menurut penulis, kaedah bercampur bukanlah satu penyelesian yang sangat berkesan seperti silap mata tetapi ia merupakan satu teknik meningkatkan dan membangunkan ilmu pengetahuan. Berdasarkan Janice Morse iaitu seorang penyelidik kualitatif yang terkenal, menekankan bahawa menguasai dan mahir dengan kaedah bercampur ini adalah satu cara menajamkan pemikiran konseptual dan analisis yang berwawasan. Beliau juga berpendapat bahawa penyelidik yang mahu menggunakan kaedah bercampur ini haruslah bersedia mengeluarkan kos untuk melaksana dan memerlukan latihan yang cukup. Janice Morse juga menegaskan kepada para penyelik supaya tidak hilang arah dalam mengendalikan kaedah kualitatif dan perlu diteruskan dalam bentuk yang tulen untuk memahami sifat semulajadi sosial kita dalam membina ilmu pengetahuan.

Referensi

Dokumen terkait

Kajian ini mendapati bahawa kadar kesilapan yang dilakukan oleh para imam bagi dalam membaca kedua-dua doa qunut dan doa pengampunan ibu bapa adalah pada kadar yang sangat rendah iaitu