• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEMAHIRAN INSANIAH (KEUSAHAWANAN) DALAM ISU PENGANGGURAN GRADUAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KEMAHIRAN INSANIAH (KEUSAHAWANAN) DALAM ISU PENGANGGURAN GRADUAN"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

1976

KEMAHIRAN INSANIAH (KEUSAHAWANAN) DALAM ISU PENGANGGURAN GRADUAN

Farah Arina Binti Wahi Anuar & Muhammad Bin Hussin Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Graduan pada hari ini perlu mencipta kerjaya sendiri selepas tamat pengajian. Sebagai langkah yang tepat adalah menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Hal ini telah disokong oleh Eriniwati (2014) iaitu masalah pengangguran pada masa kini boleh diatasi dengan menjadikan bidang keusahawanan sebagai satu kerjaya mantap yang memberikan peluang berpotensi tinggi potensi untuk diterokai. Kertas konsep ini dibuat untuk mengenalpasti kepentingan penglibatan pelajar untuk menceburi bidang keusahawanan selepas bergraduan. Perbincangan juga akan melihat kepada cabaran-cabaran yang akan dihadapi oleh usahawan muda. Oleh itu cadangan kajian adalah semua pihak perlu bersama-sama dalam menyumbang pelbagai kajian baharu dalam pelbagai aspek seperti kewangan, skill keusahawanan, motivasi dan lain-lain. Program mentor-mantee dan penglibatan kerjasama pihak industri adalah penting dalam memastikan kejayaan seseorang usahawan di peringkat universiti lagi agar dapat terus menjana pendapatan dan mempunyai kerjaya sendiri selepas bergraduasi.

Kata kunci: Keusahawanan, graduan, Pengangguran 1.0 Pengenalan

Rancangan Malaysia Ke-11 bagi tahun 2016 hingga 2020, Perdana Menteri Malaysia berhasrat untuk mencapai taraf negara maju dengan tumpuan meningkatkan inklusiviti, kesejahteraan rakyat, modal insan, inovasi dan produktiviti , pertumbuhan hijau dan infrastruktur (Rancangan Malaysia Kesebelas, 2015). Modal insan yang berkualiti adalah penting dalam pembangunan sesebuah negara. Hal ini disokong oleh Muhammad Hazrul (2012) iaitu bagi mencapai status negara maju pada tahun 2020 dengan mentranformasikan ekonomi, Malaysia perlu mempunyai modal insan yang berkemahiran tinggi dan berpengetahuan. Menurut Haryati et.al (2009) konsep modal insan adalah pendidikan dan kemahiran yang perlu sentiasa dikaji agar mencapai matlamat pembangunan itu sendiri mengikut perubahan semasa yang berlaku.

Sistem pendidikan Malaysia semakin berkembang maju dalam era globalisasi untuk pembinaan negara maju menjelang wawasan negara maju 2020. Malaysia giat menuju kepada era globalisasi dalam aspek ekonomi, politik, pendidikan, dan budaya (Nurfarahin et.al, 2015). Menurutnya lagi proses globalisasi adalah berkait rapat dengan kemajuan daripada bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Pada masa ini globalisasi satu keadaan yang menjadikan dunia tanpa sempadan berlaku dalam semua apek kehidupan manusia melalui kemajuan yang diperoleh dalam bidang teknologi komunikasi informasi (Mardhiah et.al 2014). Oleh itu aspek pendidikan perlu diberi perhatian dalam usaha pembangunan negara. Hal ini kerana globalisasi akan memberi kesan besar kepada pendidikan. Keberhasilan pembangunan modal insan kelas pertama adalah bergantung kepada kualiti sistem pendidikan negara. Hal ini telah menjadi isu penting dalam negara kerana berlaku persaingan yang tinggi di peringkat nasional dan antarabangsa kerana majikan.

(2)

1977 2.0 Isu Kajian

Laporan menunjukkan kadar pengangguran di Malaysia adalah meningkat sejak tahun 2014 hingga data terkini kajian pada tahun febuari 2017. Tahun 2014 kadar pengangguran adalah sebanyak 2.9% dan meningkat kepada 3.1% pada tahun 2015, peningkatan sebanyak 0.2%. Pada tahun 2016 kadar pengangguran adalah 3.4%, meningkat daripada tahun 2015 sebanyak 0.3%. Seterusnya data sehingga februari 2017 kadar pengangguran adalah 3.5%. Oleh itu berlaku peningkatan pengangguran sebanyak 0.6% sepanjang tahun 2014 hingga februari 2017 (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2017).

Jumlah pengangguran dalam kalangan siswazah adalah dipengaruhi oleh penyertaan pendidikan. Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan swasta yang mengakibatkan peningkatan bilangan tenaga kerja dalam pasaran sehingga permintaan kerja melebihi penawaranya (Siti Hajar Maimunah, 2012). Menurutnya lagi, pencapaian akademik sahaja tidak menjamin seseorang mahasiawa akan diambil bekerja oleh majikan, hal ini kerana pelbagai aspek lain yang diutamakan seperti bidang ICT dan bahasa, kebolehan berfikir secara kreatif dan kritis, disiplin diri, pengetahuan am, kemahiran latihan serta bimbingan kerjaya. Laporan akhbar sinar harian (2016) menunjukkan statistik pengangguran yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia telah meningkat iaitu 112,000 siswazah pada tahun 2015 berbanding 108,000 pada 2014. Hal ini menunjukkan masalah pengganguran semakin meningkat dalam kalangan graduan. Masalah pengangguran atau kesukaran adalah permasalahan yang dialui oleh golongan pelajar di negara kita selepas bergraduan (Muhammad , 2012). Laporan Akhbar Sinar Harian (2016) menunjukkan statistik pengangguran yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia telah meningkat iaitu112,000 siswazah pada tahun 2015 berbanding 108,000 pada 2014. Hal ini menunjukkan berlaku lebihan penawaran guna tenaga berbanding permintaan oleh industri dalam pelbagai sektor.

Mahasisiwa IPTA perlu kini tidak boleh mengharapkan peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh pihak kerajaan dan swasta. Sebagai langkah yang tepat adalah menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Hal ini telah disokong oleh Eriniwati (2014) iaitu masalah pengangguran pada masa kini boleh diatasi dengan menjadikan bidang keusahawanan sebagai satu kerjaya mantap yang memberikan peluang berpotensi tinggi potensi untuk diterokai. Tambahan pula pihak universiti kini giat membantu para pelajar dalam aktiviti keusahawanan seperti kursus keusahawanan, pembukaan kios-kios makanan, pesta usahawan dan lain-lain. Menurut kajian Suhaila et al., (2015) aktiviti-aktiviti keusahawanan dapat mewujudkan peluang pekerjaan untuk diisi oleh masyarakat seterusnya mengurangkan kadar pengganguran.

3.0 Kemahiran Insaniah

Kemahiran insaniah adalah pendekatan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) bagi untuk membantu pembangunkan modal insan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (Unit Latihan Pembangunan Dan Kepimpinan Pelajar, 2017). Hal ini dibangunkan bagi membantu pelajar meningkatkan kualiti diri untuk bersaing di alam pekerjaan. Mahasiswa dan graduan perlu mempersiapkan diri dengan melibatkan aktiviti, kursus, seminar atau program yang dianjurka di universiti. Hal ini kerana dengan melibatkan diri secara aktif dalam komuniti sangat membantu graduan memperoleh pengalaman yang baru selain daripada ilmu yang diperoleh di dalam kelas.

(3)

1978

Terdapat tujuh fokus elemen kemahiran insaniah iaitu kemahiran komunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaiakan masalah, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran berkesan dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, etika dan moral profesional serta kemahiran kepimpinan.

3.1 Kemahiran Keusahawanan

Kemahiran keusahawanan adalah kemampuan diri pelajar untuk mengenalpasti peluang perniagaan, kebolehan merangka perancangan perniagaan dan kebolehan untuk bekerja sendiri bagi meneroka peluang, berani mengambil risiko, kreativiti dan inovasi dalam aktiviti berkaitan perniagaan yang dijalankan. Selain itu keusahawanan juga merujuk kepada sikap, nilai, pengetahuan dan kemahiran supaya individu tersebut mampu untuk mencari, mengenal, merebut peluang dan menterjemahkan kepada perniagaan untuk menjana keuntungan (Sarimah et al., 2010).

Agama Islam sendiri menyatakan peniagaan atau keusahawanan sebagai menguasai sembilan daripada sepuluh sumber rezeki dan jalan menuju kebajikan. Oleh itu kemahiran keusahawanan ini wajar diterapkan kepada graduan dalam mencapai kejayaan hidup. Terdapat empat tahap dalam kemahiran keusahawanan iaitu kebolehan mengenal pasti peluang perniagaan, kebolehan merangka perancangan perniagaan, kebolehan membina, meneroka dan merebut peluang perniagaan dan pekerjaan, dan kebolehan untuk bekerja sendiri (Sarimah et al, 2010).

Program keusahawanan juga tertumpu kepada golongan mahasiswa universiti. Penglibatan mahasiswa dalam keusahawanan selepas tamat pengajian mampu menjamin kelangsungan kehidupan yang lebih berkualiti. Untuk mengekalkan ekonomi yang sihat, bidang keusahawanan dan pembentukan urus niaga baru adalah sangat penting untuk mencipta peluang-peluang pekerjaan baru, menambah keupayaan eksport negara dan pertumbuhan ekonomi (Shahrin & Goh). Tambahan pula dengan penggunaan internet yang semakin luas graduan kita seharusnya mengambil peluang menjana pendapatan dan membina kerjaya sebagai usahawan. Medium ini juga mampu mempromosikan barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan sehingga luar negara.

Oleh itu, Pihak Kementerian pengajian Tinggi dan Pihak Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) telah melaksanankan pelbagai program yang keusahawanan di peringkat universiti. Pihak IPTA telah melaksanakan pengenalan Modul Kemahiran Insaniah mulai sesi akademik 2007/2008 untuk meningkatkan Kemahiran Keusahawanan bagi menggalakkan pelajar menyertai bidang keusahawanan (Muhammad, 2012). Selain daripada itu, Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Dasar Pembangunan Keusahawanan Institut Pengajian Tinggi pada tahun 2010 untuk menggalakkan golongan prasiswazah melibatkan diri dalam dunia keusahawanan ( Ravi Nagarathanam, 2015). Usahawan siswazah ataupun graduate entrepreneurs, perlu dipimpin oleh tenaga pengajar yang juga mempunyai pemikiran, atribut dan nilai keusahawanan. Hal ini kerana Pendidikan dan pembangunan keusahawanan IPT yang holistik amat signifikan dalam usaha untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan mempunyai pemikiran, atribut dan nilai keusahawanan.

(4)

1979

Di peringkat universiti lagi nilai usahawan perlu dibentuk menjadi perkara utama melalui pengajaran, pembelajaran dan aktiviti universiti. Hal ini penting supaya budaya keusahawanan ini mampu mewujudkan masyarakat usahawan yang berdaya saing dan berdaya tahan (Sarimah et al, 2010). Perkara ini mampu untuk menggerakkan pembangunan Malaysia kearah kestabilan ekonomi. Kemahiran dalam bidang keusahawanan dilihat sebagai elemen yang terbaik dalam menjana kejayaan seseorang dalam bidang keusahawanan ( Muhammad, 2012). Selain daripada mencari peluang pekerjaan, graduan mampu mencipta peluang pekerjaan sendiri dengan memilih kerjaya sebagai usahawan. Kemahiran insaniah juga menekankan aspek keusahawanan kepada pelajar. Mahasisiwa IPTA perlu kini tidak boleh mengharapkan peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh pihak kerajaan dan swasta. Sebagai langkah yang tepat adalah menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Hal ini telah disokong oleh Eriniwati (2014) iaitu masalah pengangguran pada masa kini boleh diatasi dengan menjadikan bidang keusahawanan sebagai satu kerjaya mantap yang memberikan peluang berpotensi tinggi potensi untuk diterokai. Tambahan pula pihak universiti kini giat membantu para pelajar dalam aktiviti keusahawanan seperti kursus keusahawan, pembukaan kios-kios makanan, pesta usahawan dan lain-lain. Hal ini kerana aktiviti-aktiviti keusahawanan dapat mewujudkan peluang pekerjaan untuk diisi oleh masyarakat seterusnya mengurangkan kadar pengganguran.

4.0 Kepentingan Kajian

Bidang kemahiran keusahawanan yang merupakan fokus kajian perlu dikuasai supaya mereka berkebolehan menjadi pelajar yang serba boleh, berfikir dengan kritis dan inovatif dan mempunyai kecemerlangan akhlak dalam kehidupan sebenar (Juliza, 2014). Perkara ini akan memberi persaingan kepada graduan untuk berdaya saing dan akhirnya membantu pembangunan negara yang baik. Bidang keusahawanan jika diberi penekanan sejak di peringkat sekolah dan universiti akan menjadi satu bidang pilihan pelajar yang utama seperti kerjaya lain. Kemahiran ini perlu dikuasai oleh pelajar sejak di peringkat universiti lagi. Shahrin & Norsila (2008) menyatakan Institusi pendidikan berperanan peranan sebagai tempat untuk membina insan yang boleh menyumbang dan mengamalkan cara hidup yang positif dengan berkaya mencapai tahap pendidikan yang cemerlang.

5.0 Kajian Literatur

Kajian Suhaila et al, (2015) mengkaji faktor demografi graduan dalam bidang keusahawanan. Hasil kajian menunjukkan bahawa gender dan bidang pengajian tidak menunjukkan kaitan signifikan dalam pemilihan jenis perniagaan kepada lepasan graduan. Namun begitu, pekerjaan bapa menunjukkan kaitan signifikan dalam pemilihan jenis perniagaan kepada graduan. Kajian menunjukkan jenis perniagaan yang paling banyak diceburi oleh graduan adalah peruncitan sebanyak 40%. Hal ini menunjukan bahawa bidang graduan pengajian dtidak mempengaruhi penglibatan graduan dalam dunia keusahawanan.

Kajian oleh Eriniwati, (2014) mengkaji empat faktor yang mendorong kecenderungan pelajar KV ke arah bidang keusahawanan iaitu faktor kemahiran, sikap, latar belakang pendidikan dan latar belakang keluarga. Hasil kajian menunjukkan skor min bagi faktor kemahiran, sikap dan latar belakang pendidikan pada tahap tinggi iaitu masing-masing 4.02, 4.04 dan 3.93. Bagaimanapun skor min yang sederhana iaitu 2.78 ditunjukkan Faktor latar belakang keluarga. Pengkaji juga menyatakan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara latar belakang keluarga dengan kemahiran keusahawanan. Hal ini menunjukkan bidang keusahawanan boleh dijana dengan usaha, minat dan sokongan pelbagai pihakMuhammad Fadhir (2012) menyatakan bahawa Pihak kerajaan menggalakan keusahawanan

(5)

1980

untuk menangani masalah pengangguran contohnya Program Belia Niaga khusus untuk belia yang ingin memulakan dan mengembangkan perniagaan. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti cabaran golongan belia untuk menceburi bidang keusahawanan. Hasil daripada kajian ini mejunjukkan mendapati kesemua faktor yang disenaraikan memberi cabaran kepada belia yang pernah menceburi bidang keusahawanan.faktor yang terlibat adalah aspek latar belakang diri belia, sikap serta minat dalam bidang keusahawanan, bantuan atau insentif yang disediakan oleh pihak kerajaan atau badan-badan tertentu bertepatan dengan kehendak belia untuk menceburi bidang keusahawanan.

Kajian oleh Hariyaty et al. (2016) adalah untuk mengenal pasti dimensi keusahawanan sosial daripada aspek kesosialan, inovasi dan orientasi pasaran. Melalui kajian kuantitatif iaitu melihat kepada dimensi keusahawanan sosial dalam kalangan pelajar universiti awam. Hasil secara deskriptif dan inferensi mendapati bahawa tahap keusahawanan sosial dalam kalangan pelajar universiti awam adalah tinggi daripada penglibatan program keusahawanan. Namun begitu tahap ciri keusahawanan sosial pelajar juga adalah berbeza disebabkan penglibatan mereka dalam keusahawanan sosial. Oleh itu, pengkaji mengesyorkan agar lebih banyak kursus atau aktiviti bercorak keusahawanan sosial ditawarkan kepada pelajar di universiti awam. Bagi menggalakkan penyertaan para pelajar dalam program keusahawanan sosial pihak penasihat fakulti, pengurusan universiti serta pusat keusahawanan di universiti perlu menggalakan pelajar menyertai pelbagai program keusahawanan. Program dan kursus keusahawanan sosial juga perlu dilaksanakan dalam tempoh melebihi setahun agar tahap kesosialan, inovasi dan orientasi pasaran dalam kalangan pelajar dapat dipertingkatkan.

6.0 Kebaikan Kajian

Pelbagai kebaikan yang dapat diperoleh daripada pembangunan kemahiran keusahawanan dalam kalangan graduan. Antaranya mengurangkan masalah pengangguran. Dengan menjadikan usahawan sebagai kerjaya pilihan pelajar, mereka dapat merancang masa depan dengan lebih baik. Hal ini kerana mereka akan mempunyai visi, misi dan matlamat dalam menjayakan bidang keusahawanan yang diceburi. Kebaikan yang kedua adalah meningkatkan penawaran barangan dan memenuhi keperluan masyarakat. Dengan penglibatan graduan dalam keusahawanan akan meningkatkan penawaran barangan dan perkhidmatan yang lebih baik. Hal ini kerana, mereka adalah golongan yang mempunyai kepakaran dalam bidang pengajian ketika di universiti. Peningkatan golongan usahawana akan memberi impak persaingan yang sihat kerana masing- masing akan cuba mencari keistimewaan dalam produk-produk yang ditawarkan. Seterusnya, kejayaan bidang keusahawanan akan membantu negara mencapai wawasan 2020. Dengan kerancakan ekonomi negara hasil daripada kitaran ekonomi dalaman, eksport dan import akan membantu meningkatkan hasil pendapatan negara.

7.0 Cabaran

Terdapat cabaran bagi graduan untuk menceburi bidang keusahawanan. Antara cabaran yang dihadapi oleh usahawan baru adalah kurang daya saing dalam pemasaran produk dan inovasi dalam penghasilkan produk untuk meletakkan perniagaan mereka dalam pasaran global hari ini (Wan Hilmi,2017). Hal ini menyebabkan ramai usahawan muda yang kurang motivasi untuk bertahan dalam menghadapi cabaran. Pada masa ini perubahan teknologi

(6)

1981

semakin pesat, menyebabkan usahawan perlu sentiasa kreatif dan cekap dalam memasarkan produk mereka.

Kebanyakan usahawan menyatakan bahawa produk atau servis yang diniagakan tidak mendapat bantuan modal pembiayaan yang sepenuhnya daripada pihak kerajaan (Norita, 2015). Cabaran ekonomi masa kini menyebabkan banyak kos diperlukan untuk menghasilkan sesuatu agenda. Pihak kerajaan dan usahawan perlu sama-sama berusaha untuk merancang kewangan agar dapat mencapai matlamat keusahawanan yang dirancang.

Menurut Irfan Khairi (2016) terdapat empat cabaran dakam bidang keusahawanan iaitu Persaingan, sukar mendapat pelanggan, kos yang tinggi dan hilangnya motivasi. Wan Hilmi (2017) menyatakan terdapat dua cabaran keusahawanan iaitu cabaran dalaman dan cabaran luaran. Cabaran dalaman adalah perkara-perkara yang mencabar kewibawaan seseorang dalam menjayakan inpian. Hal ini boleh memberi galakan positif atau negatif, namun bergantung kepada individu. Cabaran luaran adalah berkaitan keluarga, masyarakat, industri dan negara.

8.0 Cadangan

Bidang keusahawanan ini wajar dikaji terus oleh pengkaji yang akan datang. Melalui kertas konsep ini diharapkan kajian yang lebih mendalam dapat dibuat dalam bidang keusahawanan khusus dalam isu graduan. Bagi menjadikan bidang keusahawan adalah kerjaya pilihan pelajar, semua pihak perlu bersama-sama dalam menyumbang pelbagai kajian berkaitan keusahawanan pelajar seperti dana perniagaan, skill keusahawanan, motivasi dan lain-lain. Hal ini penting supaya bakal graduan mendapat pelbagai maklumat dan panduan dalam usaha bergelar usahawanan. Program mentor-mantee adalah satu usaha yang baik untuk dikaji oleh pihak universiti dalam memastikan kejayaan seseorang usahawan.

Pihak universiti seharusnya membuat penambahbaikan dalam silibus keusahawanan dengan penyelidikan yang lebih memberi impak kepada para pelajar. Kajian yang akan dijalankan perlulah memenuhi keperluan dan kemahuan yang dimahukan oleh pelajar melalui penyelidikan secara kuantitatif dan kualitatif. Hal ini kerana dengan input dan maklumat yang diberikan oleh pelajar akan mempengaruhi minat dan penglibatan mereka dalam program keusahawanan di Universiti.

Pihak-pihak berkepentingan seperti pihak Majlis Amanah Rakyat, Amanah Ikhtiar Malaysia, PNS (Perbadanan Nasional Berhad), MATRADE (Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia), HDC Global (Halal Industry Development Corporation), TERAJU (Peneraju Bumiputera), PPZ (Pusat Pungutan Zakat), DPIM (Biro Usahawan Muda Dewan Perdagangan Islam Malaysia), DUID (Dewan Usahawan Industri Desa Malaysia), SME Corp. (Small and Medium Enterprise Corporation Malaysia) dan lain-lain diharapkan dapat membuat pelbagai kajian untuk membantu graduan dalam bidang keusahawan. Hal ini kerana peranan dan khidmat nasihat pihak industri memainkan peranan yang penting menggerakkan bidang keusahawanan. Contohnya dalam hal pemasaran, promosi dan pengukuhan jangka panjang perniagaan.

9.0 Kesimpulan

Pengkaji yang akan datang diharapkan mampu untuk menyumbang dalam pelbagai jenis kajian keusahawanan dalam kalangan graduan. Hal ini kerana masih banyak isu –isu yang belum dikaji

(7)

1982

dari segi kesediaan graduan menceburi bidang keusahawanan, bantuan kewangan dan nasihat, penerimaan pihak industri, program keusahawanan universiti, subjek keusahawanan dalam pembelajaran dan lain-lain. Oleh itu, sewajarnya kajian secara kuantitaif dan kualitatif perlu dilaksanakan dalam mendapatkan analisis yang lebih tepat tentang isu keusahawanan untuk membantu masalah pengangguran graduan.

Rujukan

Anuar Ahmad. Utusan Online. Retrieved from http://ww1.utusan.com.my. (2009, November 26). Jabatan Perangkaan Malaysia. Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh, Malaysia, 2016. Retrieved from https://www.dosm.gov.my. (2017, Mei 2).

Juliza Ezaida Jumelan. 2014. Penguasaan Kemahiran Insaniah Pelajar Dalam Penglibatan Aktiviti Kokurikulum Badan Beruniform Di UTHM. Malaysia: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Muhammad Fadhir Ibrahim. 2012 . Cabaran Golongan Belia Menceburi Bidang Keusahawanan:Kajian Kes Di: Parit Raja, Batu Pahat Johor. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Muhammad Hazrul Ismail. 2012, Jun 4-6. Kajian Mengenai Kebolehpasaran Siswazah di Malaysia: Tinjauan dari Perspektif Majikan. PROSIDING PERKEM VII (Tranformasi Ekonomi Dan Sosial Ke Arah Negara Maju, pp. 906-913.

Norita Jaafar. Retrieved from https://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/ramai-usahawan-tak- dapat-pembiayaan-sepenuhnya. 2015.

Wan Hilmi Wan Abdullah . 2017. Peluang Dan Kerjaya Dalam Bidang Keusahawanan Islam Dan Cabaran Terhadap Pelajar -Pelajar Luar Negara Masa Kini. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Eriniwati Aliza Miaat. 2014. Faktor yang mendorong Kecenderungan Pelajar Kolej Vokasional Ke Arah Keusahawanan. Malaysia: Universiti Tun Hussein Onn.

Hanum Hassan;Razli Ahmad;Azuddin Bahari. (n.d.). Kemahiran Insaniah Dan Kepentingan Penerapannya Dalam Program Baktisiswa Perdana UniMAP.

Haryati Shafii, Sharifah Meryam Shareh Musa & Zakila Abd Rahman. 2009. Pembangunan Modal Insan Kearah Meningatkan Kualiti hidup Masyarakat. International Conference on Human Capital Development, 1-8.

Hariyaty Ab Wahid, Noor Lela Ahmad, Norasmah Othman & Wan Salmuni Wan Mustaffa. 2016. Kesosialan, Inovasi Dan Orientasi Pasaran Dalam Kalangan Pelajar Aktif Keusahawanan Sosial Di Universiti Awam. Journal of Global Business and Social Entrepreneurship (GBSE), 1-10

Hashim, S. B., & Kim, G. L. (n.d.). Penglibatan Usahawan Bumiputera Dalam Sektor Pelancongan: Satu Kajian Kes Di Kawasan Bandar Hilir, Melaka. Malaysia: Universiti Teknologi Malaysia.

Huzili Hussin, Azman Zakaria & Muhammad Shukri Salleh. n.d.. Memperkasakan Mahasiswa Kejuruteraan Menerusi Penerapan Kemahiran Insaniah. pp.

583-595.

Irfan Khairi. Cabaran yang dihadapi oleh usahawan dan cara

mengatasinya. Retrieved from

http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/cabaran-yang-dihadapi-oleh-usahawan-dan- cara mengatasinya. 2016.

Mardhiah Mamat, Khadijah Abdul Razak & Maimun Aqsha Lubis. 2014. Globalisasi: Cabarannya Terhadap Sumber Pendidikan Islam. The Sixth International Conference And Workshop on ASEAN Studies in Islamic Culture and Educational Technology (pp. 1-15). Malaysia: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

(8)

1983

Nagarathanam, R. 2015. Hubungan Sikap, Pemikiran Dan Tingkah Laku Terhadap Keinginan Dalam Pemilihan Kerjaya Keusahawanan Dalam Kalangan Prasiswazah India Di Institusi Pengajian Tinggi Sekitar Bangi. researchgate. Malaysia, Malaysia: at: https://www.researchgate.net/publication/283009026.

Nasharudin, N., & Harun, H. 2010. Aspirasi Kerjaya Keusahawanan dalam Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam. Jurnal Pendidikan Malaysia, (pp. 11-17).

Nurfarahin Che Mohamad Ilias, Muhammad Hussin & Mohd Mahzan Awang. 2015. Pembangunan Modal Insan Dalam Melahirkan Generasi "Minda Kelas Pertama". Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara Kali Ke-5, pp. 1-12.

Portal Rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia . Unemployment rate by state. Retrieved from http://www.data.gov.my. 2016, April 29.

Pua Poh Keong. 2014. Tahap Kemahiran Insaniah dalam Kalangan Pelajar Kejuruteraan Tahun Akhir Di Politeknik KPM. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Rancangan Malaysia Kesebelas. Malaysia. 2015.

Sarimah Che Hassan, Norlizah Che Hassan & Nor Aisyah Buang. (2010, November 8-10). Penguasaan Kemahiran Insaniah (Kemahiran Usahawan) Dalam Kalangan Guru Sekolah Di Malaysia. International Conference on Teacher Education;.

Shahrin Hashim & Norsila Abdul Rahman. 2008. Kecenderungan Guru Pkpg (4SPH) Terhadap Bidang Keusahawanan. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Siti Hajar Abdul Rauf & Maimunah Andul. 2012. Keberkesanan Program Skim Latihan Graduan bagi Mengurangkan Kadar Pengangguran dalam Kalangan Siswazah. Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari, 3-12.

Suhaila Nadzri, Normazaini Saleh & Mohamed Arshad Mohd Buhary. 2015. Analisis Demografi Graduan IPT Dalam Bidang Keusahawanan Di Malaysia. Proceeding of the 2nd International Conference on Management and Muamalah. Malaysia.

Unit Latihan Pembangunan Dan Kepimpinan Pelajar. Program Kemahiran Insaniah. Retrieved from Universiti Teknologi Mara Perlis : https://perlis.uitm.edu.my/ppkp/index.php?option=com_content&id=66. 2017, April 25. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Retrieved from SISPA UTHM:

http://sispa.uthm.edu.my/v2/index.php/nota-kuliah-2/panduan-kemahiran-insaniah- (2017, April 25).

Yussof, I., & Sidin, R. I. 2008. Graduan Dan Alam Pekerjaan : Kes Siswazah UKM. Akademika 72

Referensi

Dokumen terkait

HASIL DAN PEMBAHASAN Dari hasil pengamatan yang dilakukan dilapangan dan analisis di laboratorium serta melakukan analisis mengenai kesesuaian lahan maka kesesuaian lahan aktual

Hasil analisis penetrasi contoh uji papan dan bingkai reng batang aren yang menggunakan bahan pengawet asam borat dengan rendaman dingin (Gambar 8) menunjukkan bahwa

Pada analisa keandalan konvensional kegagalan sistem struktural diasumsikan terjadi hila salah satu elemen kegagalan mengalami kegagalan sehingga untuk struktur

Guru juga sentiasa dapat melihat kadar kecemerlangan pelajar dalam sesuatu kuiz dengan menekan butang participants yang berada pada sebelah kanan atas antaramuka yang akan

4.7 Monitoring Hasil Kromatografi Kolom dengan Metode KLT Analitik 4.7.1 Monitoring Hasil Fraksi Kolom Pembuatan Fasa Diam Cara Basah Hasil yang diperoleh dari kromatografi kolom

Urban dosis tinggi terhadap jumlah corpus luteum dan resorpsi embrio mencit Mus musculus betina, mengingat beberapa bahan aktif yang terkandung dalam pegagan pada dosis tinggi

Semoga buku ini dapat memberikan maklumat yang berfaedah kepada para penyelidik dan pelajar yang berminat untuk melihat kehidupan kanak-kanak, terutama yang berkaitan dengan

Dipersembahkan juga untuk Eyang Putri yang selalu mendoakan Galuh, dan semoga ini bisa menjadi semangat kesembuhan Eyang, agar bisa selalu memberikan cerita-cerita berharga