• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penentuan kemahiran yang bersesuaian untuk pelajar sarjana muda pengurusan teknologi

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Penentuan kemahiran yang bersesuaian untuk pelajar sarjana muda pengurusan teknologi"

Copied!
145
0
0

Teks penuh

(1)

PENENTUAN KEMAHIRAN YANG BERSESUAIAN UNTUK PELAJAR SARJANA MUDA PENGURUSAN TEKNOLOGI

(THE DETERMINATION OF RELEVANT SKILLS FOR

UNDERGRADUATE STUDENTS OF MANAGEMENT OF TECHNOLOGY)

SITI ZALEHA OMAIN (LEADER) AHMAD JUSOH

LOW HOCK HENG NORLIZA MOHD SALLEH SHAFUDIN MOHD YATIM

RESEARCH VOT NO: 75101

MANAGEMENT DEPARTMENT

FACULTY OF MANAGEMENT AND HUMAN RESOURCE DEVELOPMENT

UNIVERSITY OF TECHNOLOGY MALAYSIA

(2)

PENGHARGAAN

Kami mulakan penghargaan ini dengan bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana memberikan kami kekuatan untuk menjalankan kajian ini.

Ucapan penghargaan juga ditujukan buat Research Management Center

kerana memberikan peruntukan untuk melaksanakan kajian ini. Tidak lupa juga ucapan penghargaan diberikan kepada Fakulti Pengurusan Dan Pembangunan Sumber Manusia kerana menyokong kami untuk melaksanakan kajian ini.

Penyelidik juga ingin merakamkan penghargaan kepada Dr. Wan

Khairuzaman Wan Ismail kerana komen yang membina untuk menambahbaikan lagi laporan ini. Tidak lupa juga penghargaan kepada semua responden yang terlibat secara langsung dan tidak langsung membantu dalam penyelidikan ini.

Kami juga ingin memberikan penghargaan kepada keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa memberikan sokongan dan galakan dalam menjalankan kajian ini.

(3)

ABSTRACT

Graduate’s unemployment continues to be a serious and growing problem in Malaysia. Some employer no longer perceived academic competence alone to be sufficient and began calling for institution of higher education to produce graduates equipped with generic skills. For an effective design of curriculum for undergraduate Management of Technology, it is essential to identify the importance of relevant skills for students of Management of Technology. The purpose of this study was to determine the level of importance of relevant skills for MOT students from the alumni’s perspective and to identify the weaknesses of current MOT curriculum as compared to the findings of this study. Relevant skills are categorized into three areas: management skills, technical skills and generic skills. Data for this study were collected through mailed questionnaires from 233 alumni (appropriately employed graduates). Non-parametric analysis (Kruskal Wallis and Mann Whitney U) and central tendency (Mean, mode and median) methods were used to address the first objective of this study. The findings of this study show that there are differences between job sectors and types of job in determining the level of importance of technical skills and management skills. This study also proposed subjects to be added in the current curriculum.

(4)

ABSTRAK

Graduan yang menganggur terus menjadi masalah yang semakin meruncing dan serious di Malaysia. Terdapat majikan yang menganggap kompetensi akademik sahaja tidak mencukupi dan mula meminta institusi pendidikan tinggi untuk menghasilkan graduan yang dilengkapi dengan kemahiran generik. Dalam membangunkan rekabentuk kurikulum yang efektif untuk pelajar Sarjana Muda Pengurusan Teknologi, adalah penting untuk mengenal pasti kepentingan kemahiran yang relevan untuk pelajar Sarjana Muda Pengurusan Teknologi. Tujuan kajian ini ialah untuk menentukan tahap kepentingan kemahiran yang relevan daripada perspektif alumni dan juga untuk mengenalpasti kelemahan kurikulum MOT sekarang berbanding dengan hasil kajian. Kemahiran yang berkaitan dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu : kemahiran pengurusan, kemahiran teknikal dan kemahiran generik. Data untuk kajian ini diperolehi melalui soal selidik yang dihantar melalu pos kepada 233 alumni ( graduan yang bekerja di bidang yang bersesuaian) . Analisis tak berparametrik (Kruskal Wallis dan Mann Whitney U) dan kaedah ukuran kecenderungan memusat (min, mod dan median) telah digunakan untuk mencapai obkejtif yang pertama. Hasil kajian ini menunjukkan terdapat perbezaan di antara sektor pekerjaan dan jenis pekerjaan dalam menentukan tahap kepentingan kemahiran teknikal dan kemahiran pengurusan. Kajian ini juga mencadangkan matapelajaran yang perlu ditambah dalam kurikulum semasa.

(5)

ISI KANDUNGAN m/s TAJUK i PENGHARGAAN ii ABSTRACT iii ABSTRAK iv ISI KANDUNGAN v SENARAI JADUAL ix SENARAI RAJAH x

SENARAI SIMBOL xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB 1 PENGENALAN 1.0 Pengenalan 1 1.1 Latarbelakang Masalah 3 1.2 Penyataan Masalah 5 1.3 Persoalan Kajian 6 1.4 Matlamat Kajian 6 1.5 Objektif Kajian 6 1.6 Hipotesis Kajian 7 1.7 Skop Kajian 8 1.8 Batasan Kajian 8 1.9 Kepentingan Kajian 9

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

2.0 Pengenalan 10

2.1 Jenis-Jenis Kemahiran Yang Diperlukan Oleh Pelajar Pengurusan

11

2.2 Kemahiran Pengurusan 15

(6)

2.2.2 Komponen Kemahiran Pengurusan 16

2.3 Kemahiran Teknikal 20

2.3.1 Definisi Kemahiran Teknikal 20 2.3.2 Komponen Kemahiran Teknikal 21

2.3.3 Kajian Terdahulu 22

2.4 Kemahiran Generik 25

2.4.1 Definisi Kemahiran Generik 25 2.4.2 Pandangan Mengenai Kemahiran

Generik

26

2.4.3 Komponen Kemahiran Generik 28

2.5 Matapelajaran Dalam Program SM Pengurusan Teknologi Di FPPSM 36 2.6 Kerangka Kajian 38 BAB 3 METODOLOGI 3.0 Pengenalan 41 3.1 Pemilihan Metodologi 41 3.2 Rekabentuk Kajian 42

3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 44

3.4 Instrumen Kajian 46

3.5 Kaedah Pengumpulan Data 48

3.6 Kaedah Penganalisisan Data 48

BAB 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN

4.0 Pengenalan 51

4.1 Maklumat Responden 51

4.1.1 Maklumbalas Responden 52

4.1.2 Maklumat Demografi 52

4.2 Kepentingan Kemahiran Pengurusan Dari Perspektif Alumni

61

4.2.1 Kepentingan Kemahiran Pengurusan Secara Menyeluruh

61

(7)

Pengurusan Berdasarkan Sektor 4.2.3 Tahap Kepentingan Kemahiran

Pengurusan Berdasarkan Kumpulan Pekerjaan

68

4.3 Kepentingan Kemahiran Teknikal Dari Perspektif Alumni

76

4.3.1 Kepentingan Kemahiran Teknikal: Perspektif Keseluruhan Alumni

76

4.3.2 Kepentingan Kemahiran Teknikal: Perbandingan Sektor Pekerjaan

77

4.3.3 Tahap Kepentingan Kemahiran Teknikal Berdasarkan Kumpulan Pekerjaan

85

4.4 Kepentingan Kemahiran Generik Dari Perspektif Alumni

93

4.4.1 Kepentingan Kemahiran Generik Secara Keseluruhan

93

4.4.2 Kepentingan Kemahiran Generik Mengikut Sektor

95

4.4.3 Kepentingan Kemahiran Generik Di Antara Jenis Pekerjaan Alumni

98

4.5 Ringkasan Analisis 104

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 110

5.0 Pengenalan 110

5.1 Objektif 1 : Kemahiran Pengurusan Yang Diperlukan Oleh Pelajar MOT UTM

110

5.2 Objektif 2 : Kemahiran Teknikal Yang Diperlukan Oleh Pelajar MOT UTM.

115

5.3 Objektif 3: Kemahiran Generik Yang Diperlukan Oleh Pelajar MOT UTM.

118

5.4 Objektif 4 : Untuk Mengenalpasti

Kelemahan Kurikulum Sekarang Dengan

(8)

Kemahiran Yang Diperlukan Oleh Industri.

5.5 Cadangan Kajian 124

5.5.1 Cadangan Kepada FPPSM 125 5.5.2 Cadangan Kajian Lanjutan 126

Rujukan 127

(9)

SENARAI JADUAL

No. Tajuk m/s 2.1 Senarai kemahiran berdasarkan kajian lepas beberapa pengkaji. 17

2.2 Senarai Kemahiran Pengurusan Untuk Kerangka Kajian 19

2.3 Matapelajaran Dalam Program MOT UTM 37

3.1 Kerangka Kajian untuk Kemahiran Pengurusan 42

3.2 Kerangka Kajian Kemahiran Teknikal 43

3.3 Kerangka Kajian Kemahiran Generik 44

3.4 Selang kelas dan klasifikasi 50

4.1 Tahuan Graduan Responden 54

4.2 Pengkhususan Responden 54

4.3 Pekerjaan Responden 55

4.4 Jadual bersilang antara sektor perkhidmatan dengan pengkhususan

58

4.5 Jadual Silang Tempoh Perkhidmatan dengan Kategori Pekerjaan 59 4.6 Kepentingan Kemahiran Pengurusan Secara Keseluruhan 62 4.7 Kepentingan Kemahiran Pengurusan Oleh Alumni Sektor

Pembuatan

63 4.8 Kepentingan Kemahiran Pengurusan Dari Perspektif Alumni

Sektor Perkhidmatan

64 4.9 Keputusan Ujian Mann Whitney U Antara Sektor 65 4.10 Kesimpulan Hasil Keputusan Ujian Mann Whitney U Antara

Sektor

66 4.11 Kepentingan Kemahiran Pengurusan Persektif Alumni

Kumpulan Pengeluaran

69 4.12 Kepentingan Kemahiran Pengurusan Persektif Alumni KP&P 70 4.13 Kepentingan Kemahiran Pengurusan Persektif Alumni KK&B 71 4.14 Kepentingan Kemahiran Pengurusan Perspektif Alumni KL 73 4.15 Keputusan Ujian Kruskal Wallis - Perbandingan Antara

Kumpulan Pekerjaan

74

4.16 Kesimpulan Ujian Kruskal Wallis Antara Kumpulan Pekerjaan 75 4.17 Kepentingan Kemahiran Teknikal Dari Perspektif Keseluruhan

Alumni

76 4.18 Kepentingan Kemahiran Teknikal Dari Perspektif Alumni 78

(10)

Sektor Pembuatan

4.19 Kepentingan Kemahiran Teknikal Dari Perspektif Alumni Sektor Perkhidmatan

80

No. Tajuk m/s 4.20 Ujian Mann Whitney U Bagi Kemahiran Teknikal di Antara

Sektor Pembuatan dan Sektor Perkhidmatan.

81 4.21 Kesimpulan keputusan Ujian Mann Whitney U Antara Sektor 82 4.22 Tahap Kemahiran Teknikal Kumpulan Pekerjaan Pengeluaran

(KP)

86 4.23 Tahap Kemahiran Teknikal Kumpulan Pekerjaan Pentadbiran

Dan Pemasaran (KP&P)

87 4.24 Tahap Kemahiran Teknikal Kumpulan Kewangan Dan

Perbankan (KK&B)

89 4.25 Tahap Kemahiran Teknikal Kumpulan Lain-lain 90 4.26 Ujian Kruskal Wallis Bagi Kemahiran Teknikal Antara Jenis

Pekerjaan

91 4.27 Kesimpulan Ujian Kruskal Wallis Bagi Kemahiran Teknikal 92 4.28 Kepentingan Kemahiran Generik dari perspektif keseluruhan

responden

94 4.29 Kepentingan Kemahiran Generik Dari Perspektif Alumni Sektor

Pembuatan

95 4.30 Kepentingan Kemahiran Generik Dari Perspektif Alumni Sektor

Perkhidmatan

97 4.31 Keputusan Ujian Mann Whitney U bagi Kemahiran Generik

Antara Sektor

97 4.32 Tahap Kepentingan Kemahiran Generik Kumpulan Pekerjaan

Pengeluaran

99 4.33 Tahap Kepentingan Kemahiran Generik Kumpulan Pekerjaan

Pentadbiran dan Pemasaran (KP&P)

100 4.34 Tahap Kepentingan Kemahiran Generik Kumpulan Pekerjaan

Kewangan Dan Perbankan (KK&B)

101 4.35 Tahap Kepentingan Kemahiran Generik Kumpulan Pekerjaan

Lain-lain (KL)

102 4.36 Keputusan Analisis Ujian Kruskal Wallis Untuk Kemahiran

Generik Antara Jenis Pekerjaan

103 4.37 Pemeringkatan Dari Segi Kemahiran Pengurusan Antara Sektor 104 4.38 Senarai Pemeringkatan Kemahiran Pengurusan Antara Sektor 105 4.39 Senarai Pemeringkatan Kepentingan Kemahiran Teknikal Antara

Sektor

106 4.40 Senarai Pemeringkatan Kemahiran Teknikal Berdasarkan

Kumpulan Pekerjaan

107 4.41 Senarai Pemeringkatan Dari Segi Kepentingan Kemahiran

Generik Antara Sektor

108 4.42 Senarai Pemeringkatan Kemahiran Generik Antara Kumpulan

Pekerjaan

109 5.1 Keputusan ujian hipotesis untuk persoalan kajian kedua. 113

(11)

5.2 Hasil Ujian Hipotesis Persoalan Kajian Ketiga 114

5.3 Keputusan Persoalan Kajian Kelima 117

No. Tajuk m/s 5.4 Keputusan Persoalan Persoalan Kajian Keenam 118

5.5 Perbandingan Matapelajaran Yang Ditawarkan Oleh FPPSM dengan Hasil Kajian

121

(12)

SENARAI RAJAH

No. TAJUK m/s

2.1 Kerangka Kajian 1 39

2.2 Kerangka Kajian 2 40

3.1 Carta alir Rekabentuk Kajian 45

3.2 Skala dan arahan soalan 47

4.1 Maklumbalas Responden 52

4.2 Jantina Responden dari segi peratusan 53

4.3 Pecahan peratusan responden mengikut sektor 57 4.4 Pecahan Peratusan Kategori Pekerjaan Responden 60

(13)

SENARAI RINGKASAN FPPSM KP KP&P KK&B KL Mfg MOT RMK 9 SM Sv UTM - - - - - - - - - - -

Fakulti Pengurusan Dan Pembangunan Sumber Manusia Kumpulan Pekerjaan Pengeluaran

Kumpulan Pekerjaan Pentadbiran & Pemasaran Kumpulan Pekerjaan Kewangan & Perbankan Kumpulan Pekerjaan Lain-lain.

Sektor Pembuatan Pengurusan Teknologi Rancangan Malaysia Ke 9 Sarjana Muda

Sektor Perkhidmatan

(14)

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran Tajuk m/s

Lampiran 1 Soal selidik 132

Lampiran 2 Analisis Kebolehpercayaan Item 144

Lampiran 3 Ujian Kenormalan Kolmogorov-Smirnov 147 Lampiran 4 Ujian Kenormalan – Gambarajah Histogram 148

(15)

BAB I PENGENALAN

1.0 PENGENALAN

Malaysia sedang berada di landasan menuju ke arah menjadi sebuah negara yang maju dalam sektor perindustrian strategik seperti automotif, elektronik, teknologi

maklumat dan bioteknologi. Bagi memastikan matlamat ini dapat dicapai, beberapa pendekatan dan konsep yang dinamik telah dirangka seperti konsep k-ekonomi dan pengurusan pengetahuan yang antara impaknya dijangka mampu mencipta suasana yang lebih inovatif dan kompetetif. Peningkatan kualiti pendidikan dan kesejajarannya dengan arus perubahan masa merupakan satu strategi yang mampu untuk merealisasikan cita-cita jangka panjang negara dan dalam masa yang sama mesti mampu memenuhi keperluan jangka pendek yang mendesak. Sistem pendidikan seharusnya mampu

melahirkan graduan yang perkasa dan mantap dalam disiplin ilmu, rohani, minda, emosi, interaksi adab dan etika selaras dengan hasrat negara untuk memantapkan lagi modal insane (RMK-9).

Dalam konteks universiti, sekiranya ilmu itu hanya dijurus kepada satu disiplin yang khusus, ia dilihat kurang mampu melahirkan graduan yang cekap dan berwibawa. Oleh itu integrasi beberapa disiplin ilmu yang merangkumi pengetahuan dan kemahiran akan menjadikan bakal graduan mempunyai nilai tambah yang unik. Konsep ini pernah menjadi perbincangan di peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. Sebagai contoh, bagaimana melahirkan graduan perubatan yang mempunyai kemahiran pengurusan, bagaimana graduan kejuruteraan mempunyai kemahiran keusahawanan, ataupun bagaimana melahirkan graduan pengurusan yang mempunyai kemahiran teknikal. Konsep ini amat menarik untuk diperhalusi kerana ia menyumbang kepada pengkayaan

(16)

ilmu (sebagai matlamat jangka panjangnya) dan juga mampu menyelesaikan masalah yang bersifat sementara atau jangka pendek seperti isu yang berkaitan dengan

‘employability’. Antara tindakan yang pernah dibuat oleh universiti untuk meningkatkan nilai tambah graduan ialah dengan memperkenalkan konsep ‘degree ++’ iaitu

memberikan tambahan ilmu atau kemahiran di luar kurikulum program, menggalakan pelajar mengambil matapelajaran minor dan sebagainya. Pertambahan nilai ini dapat meningkatkan ‘employability’ pelajar. Ini sejajar dengan kehendak industri

memandangkan persaingan persekitaran perniagaan yang berkehendakkan bakal pekerja bukan sahaja memiliki kemahiran teknikal tetapi juga kemahiran generik. Keperluan kemahiran ini adalah antara lainnya dijana oleh perkembangan teknologi hasil daripada peningkatan persaingan secara global.

Persaingan strategi global secara tidak langsung menjadi pemangkin kepada perkembangan teknologi. Pada masa sekarang, teknologi telah menjadi salah satu strategi untuk bersaing. Inovasi teknologi tidak boleh dicapai tanpa pihak pengurusan

memperuntukkan tenaga dan pelaburan yang mencukupi untuk membangunkan hubungan yang efektif di antara sains, kejuruteraan dan pengurusan (Badawy, 1998). Menurut Sherindan (1993) dalam satu tinjauan ke atas eksekutif :

” One of the major concerns executive survey respondents had was that they have got engineers who understand technology, and they have business people who understand management. What they are missing are people who understand the interrelation of those two things – managing technology”

Ini bermakna pengurusan teknologi yang efektif memerlukan kemahiran

pengurusan, teknik, gaya dan cara pemikiran yang berbeza. Oleh itu, pengurus teknologi perlu memperolehi pengetahuan dan kemahiran yang membolehkan mereka

melaksanakan tugas dengan efektif. Pengurusan teknologi melibatkan suatu bidang yang sangat luas yang meliputi pelbagai fungsi bidang termasuklah penyelidikan asas,

pembangunan penyelidikan, rekabentuk, pembinaan, pembuatan, pengeluaran, pengujian, penyelenggaraan dan perpindahan teknologi (Badawy, 1998). Pemahaman yang jelas

(17)

bagaimana untuk menggabungkan bidang teknikal, pengorganisasian, dan sumber manusia dalam inovasi merupakan tunjang untuk menjadi seorang pengurus pengurusan teknologi yang effektif. Oleh itu, pengurusan teknologi boleh didefinisikan sebagai :

“A field of study and a practice concerned with exploring and understanding technology as a corporate resource that determines both the strategic and operational capabilities of the firm in designing and developing products and services for maximum customer satisfaction, corporate productivity, profitability, and competitiveness” (Badawy, 1998)

Dalam usaha meningkatkan ketrampilan kurikulum MOT UTM, keperluan industri masa kini mestilah diambil kira supaya kurikulum ini mencerminkan perubahan masa kini selaras dengan hasrat meningkatkan modal insan negara. Antara strategi dalam proses penambahbaikan berterusan kurikulum ialah dengan melakukan kajian bagi

mengetahui pandangan pihak industri selain daripada pandangan staf akademik sendiri berkaitan dengan struktur kurikulum. Dengan adanya dua unsur pandangan yang bersifat luaran dan dalaman, penilaian yang lebih saksama dapat dibuat dari segi kepentingan sesuatu kemahiran tersebut kepada pelajar pengurusan teknologi.

1.1 LATARBELAKANG MASALAH

Pada masa sekarang, banyak diperkatakan tentang kadar pengangguran graduan yang semakin meningkat. Daripada Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh yang

dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan, bagi suku keempat 2004, terdapat seramai 55,894 penggangur dikalangan siswazah yang terdiri daripada 18, 072 graduan berijazah dan 37,822 pemengang diploma. Ini memaksa pihak kerajaan untuk memperkenalkan semula Skim Latihan Siswazah Menggangur (SLSM) untuk memberikan graduan ini pendedahan atau kemahiran tambahan supaya memudahkan mereka mendapatkan pekerjaan. Di samping itu, kerajaan juga menubuhkan Majlis Pembangunan Kemahiran bagi

(18)

akademik mereka (Utusan Malaysia, 23 Julai 2006). Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman Bakar, antara penyumbang utama kepada masalah pengganguran ini ialah kegagalan memastikan sukatan pelajaran atau kurikulum pendidikan memenuhi apa yang dituntut oleh pasaran kerja (Utusan Malaysia, 18 Mei 2005). Ini terbukti apabila lebih 80 peratus daripada siswazah yang mengikuti SLSM di bawah Kementerian Sumber Manusia berhasil memperoleh pekerjaan (Utusan Malaysia, 25 September 2006). Selain daripada mengikuti SLSM, graduan boleh memohon untuk mengikuti kursus-kursus pendek di mana-mana Kolej Komuniti untuk menambah “nilai pasaran” diri masing-masing (Utusan Malaysia, 7 April 2005). Ini kerana graduan kolej komuniti dan politeknik dipercayai lebih mempunyai kemahiran ‘hands on’ berbanding pengetahuan secara teori. Ini bermakna kemahiran teknikal selain daripada kemahiran-kemahiran lain seperti kemahiran-kemahiran berkomunikasi, merancang dan sebagainya merupakan suatu faktor yang perlu ditekankan oleh universiti semasa merekabentuk program supaya ianya dapat melengkapkan graduan dalam bidang pekerjaan.

Untuk beberapa dekad, banyak majikan telah menyatakan amaran kepada pihak pengajian tinggi tentang wujudnya ’jurang kemahiran’ yang diperlukan oleh majikan dan yang dimiliki oleh graduan (Dickinson, 2000). Menurut Hesketh (1999), terdapat bukti yang jelas menunjukkan berlakunya ’mistmach’ kemahiran yang dikehendaki oleh majikan dan keupayaan mereka untuk mengambil graduan yang memiliki kemahiran tersebut. Menurut Sheridan (1993) dalam satu tinjauan ke atas eksekutif :

”Industry told us that we were teaching all the wrong things. They explained that academe is industry’s only supplier with quality so bad that 100% of the incoming goods require rework – that is, more training”

Pihak industri juga beranggapan bahawa, adalah lebih kos efektif sekiranya graduan tersebut mendapat kemahiran daripada kursus universiti yang baik (Houlton dan Thomas, 1990) berbanding membangunkan kemahiran tersebut sendiri. Oleh itu, adalah penting untuk pihak pengajian tinggi membangunkan kurikulum yang dapat memenuhi kehendak pasaran dan industri.

(19)

Pogram Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Teknologi) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah bermula pada tahun 1987 di Fakulti Pengurusan dan

Pembangunan Sumber Manusia (FPPSM). Program ini bertujuan melahirkan graduan pengurusan yang bukan sahaja mampu mengurus tetapi turut menguasai kemahiran teknikal dan membekalkan tenaga kerja kepada industri yang berteraskan sektor

pembuatan khususnya. Objektif utama program ini ialah untuk melahirkan graduan yang dapat menjadi penghubung di antara pihak pengurusan dan mereka yang berada dalam bidang teknikal. Program ini telah mengalami evolusinya di mana ianya bermula dengan program 5 tahun diikuti dengan 4 ½ tahun, 4 tahun dan sekarang ini 3 tahun. Perubahan kurikulum dilaksanakan antara lain untuk memenuhi keperluan kementerian pendidikan supaya memendekkan tempoh pengajian kepada tiga tahun dan supaya program ini lebih kompetitif berbanding program yang sama di IPT lain di negara ini. Program untuk tempoh pengajian tiga tahun telah mengalami dua kali perubahan dari segi kurikulum. Namun begitu, tidak diketahui sama ada matapelajaran yang ditawarkan benar-benar memenuhi keperluan industri. Ini kerana terdapat banyak dakwaan bahawa graduan di Malaysia ini sukar untuk mendapatkan pekerjaan kerana tidak memenuhi keperluan majikan dari segi kemahiran.

Dengan dakwaan wujudnya jurang kemahiran (skills gap) bagi graduan di Malaysia, satu kajian dijalankan untuk mengenalpasti kepentingan sesuatu kemahiran kepada graduan supaya jurang tersebut dapat dikurangkan.

1.2 PENYATAAN MASALAH

Dengan evolusi kurikulum Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (MOT), UTM, tidak diketahui sama ada matapelajaran yang ditawarkan memenuhi keperluan majikan. Adakah matapelajaran yang ditawarkan memberikan adalah kemahiran yang utama kepada graduan?

(20)

1.3 PERSOALAN KAJIAN Persoalan kajian ini ialah:-

(i) Apakah kemahiran pengurusan yang utama untuk pelajar Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (MOT)?

(ii) Adakah terdapat sebarang perbezaan yang signifikan dari segi kepentingan kemahiran pengurusan di antara sektor industri.

(iii) Adakah terdapat sebarang perbezaan yang signifikan dari segi kepentingan kemahiran pengurusan di antara jenis pekerjaan.

(iv) Apakah kemahiran teknikal yang utama untuk pelajar (MOT)?

(v) Adakah terdapat sebarang perbezaan yang signifikan dari segi kepentingan kemahiran teknikal di antara sektor industri.

(vi) Adakah terdapat sebarang perbezaan yang signifikan dari segi kepentingan kemahiran teknikal di antara jenis pekerjaan.

(vii) Apakah kemahiran generik yang utama untuk pelajar (MOT)?

(ix) Adakah terdapat sebarang perbezaan yang signifikan dari segi kepentingan kemahiran generik di antara sektor industri.

(x) Adakah terdapat sebarang perbezaan yang signifikan dari segi kepentingan kemahiran generik di antara jenis pekerjaan.

1.4 MATLAMAT KAJIAN

Matlamat kajian ini ialah untuk mengenalpasti kepentingan kemahiran yang utama yang diperlukan oleh industri bagi pelajar Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (MOT) di UTM.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini ialah seperti berikut :

(21)

(ii) Mengenalpasti kemahiran teknikal yang diperlukan oleh pelajar MOT UTM. (iii) Menentukan kepentingan kemahiran generik yang utama bagi pelajar MOT UTM. (iv) Untuk mengenalpasti kelemahan kurikulum sekarang dengan kemahiran yang

diperlukan oleh industri.

1.5 HIPOTESIS KAJIAN Hipotesis kajian ini ialah seperti berikut:

(i) H0 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi kepentingan

kemahiran pengurusan di antara alumni sektor industri yang berlainan.

Ha1 Terdapat perbezaan yang signifikan dari segi kepentingan kemahiran

pengurusan di antara alumni sektor industri yang berlainan.

(ii) H0 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi kepentingan

kemahiran pengurusan di antara jenis pekerjaan.

Ha2 Terdapat perbezaan yang signifikan dari segi kepentingan kemahiran

pengurusan di antara jenis pekerjaan.

(iii) H0 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi kepentingan

kemahiran teknikal di antara alumni sektor industri yang berlainan. Ha3 Terdapat perbezaan yang signifikan dari segi kepentingan kemahiran

teknikal di antara alumni sektor yang berlainan.

(iv) H0 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi kepentingan

kemahiran teknikal di antara jenis pekerjaan.

Ha4 Terdapat perbezaan yang signifikan dari segi kepentingan kemahiran

teknikal di antara jenis pekerjaan.

(v) H0 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi kepentingan

(22)

Ha5 Terdapat perbezaan yang signifikan dari segi kepentingan kemahiran

generik di antara alumni sektor industri yang berlainan.

(vi) H0 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi kepentingan

kemahiran generik di antara jenis pekerjaan.

Ha6 Terdapat perbezaan yang signifikan dari segi kepentingan kemahiran

generik di antara jenis pekerjaan.

1.6 SKOP KAJIAN

Oleh kerana kekangan masa dan kos, kajian ini hanya tertumpu kepada skop berikut sahaja:-

(i) Hanya alumni Sarjana Muda MOT FPPSM dan yang bekerja sahaja menjadi responden kajian ini.

(ii) Hanya alumni yang bekerja di industri yang bersesuaian sahaja dipilih menjadi responden kajian.

(iii) Kaedah persampelan digunakan untuk mewakili keseluruhan industri.

(iv) Program Sarjana Muda Pengurusan Teknologi merupakan program pengurusan yang menjurus kepada teknologi dan bukannya program kejuruteraan yang menjurus kepada pengurusan.

1.6 BATASAN KAJIAN

Batasan kajian ini ialah seperti berikut:

(i) Ketiadaan maklumat alumni yang terkini daripada pihak UTM menyebabkan jumlah responden keseluruhan telah berkurangan.

(23)

1.7 KEPENTINGAN KAJIAN

Hasil kajian ini akan memberikan perspektif yang lebih luas kepada universiti khasnya dan masyarakat umum amnya berkenaan kemahiran yang diperlukan oleh pelajar Sarjana Muda MOT. Fakulti boleh menggunakan hasil kajian ini untuk mencadangkan atau membangunkan kurikulum yang lebih baik untuk menyediakan pelajar menghadapi alam pekerjaan. Secara tidak langsung, ia akan meningkatkan kelebihan bersaing pelajar MOT berbanding dengan pelajar IPT lain.

(24)

BAB II

KAJIAN LITERATUR

2.0 PENGENALAN

Malaysia berada di pertengahan jalan dalam mencapai matlamatnya untuk

menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Untuk merealisasikan matlamat itu, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memaklumkan bahawa banyak cabaran dan halangan yang menanti. Untuk itu penglibatan bersepadu semua pihak haruslah digembeling agar impian menjadikan Malaysia sebuah negara maju mampu dicapai dan menjadi realiti.

Salah satu aspek yang perlu diberi perhatian dalam mendukung cita-cita negara ini ialah memenuhi peningkatan permintaan terhadap tenaga mahir. Mengikut laporan yang dibentangkan dalam Rancangan Malaysia Ke 9 (RMK 9), terdapat sejumlah 597,384 tenaga mahir yang dapat dihasilkan oleh institusi latihan di seluruh negara dan 4.8 juta tempat disediakan untuk pekerja menjalani latihan bagi meningkatkan kemahiran sedia ada. Laporan dalam RMK 9 juga menyebut terdapat keperluan ke atas pusat

pengajian tinggi terutama universiti awam dan swasta dalam melahirkan graduan dengan kemahiran seiringan dengan perkembangan industri supaya dapat memenuhi kehendak dan keperluan majikan.

(25)

2.1 JENIS-JENIS KEMAHIRAN YANG DIPERLUKAN OLEH PELAJAR PENGURUSAN

Menteri di Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed,

mengumumkan kementeriannya akan melancarkan Pelan Tindakan Pengajian Tinggi awal tahun 2007 bagi melahirkan graduan berkualiti untuk memacu pertumbuhan

ekonomi Negara (Berita Harian, 18 November 2006). Beliau menambah, pelan tindakan yang memperincikan langkah melahirkan modal insan berkualiti itu penting untuk memenuhi Misi Nasional seperti digariskan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK 9).

Umum maklum bahawa graduan sebagai produk daripada mana-mana institusi pengajian tinggi akan memasuki alam pekerjaan dan menjadi sebahagian daripada tenaga kerja sama ada di pihak kerajaan atau pihak swasta. Seringkali dibangkitkan tentang graduan yang tidak mempunyai cukup kemahiran dan tidak menepati kehendak industri yang akan mereka ceburi. Daripada kajian-kajian yang telah dibuat di dalam dan terutamanya di luar negara, dapat dilihat jenis-jenis kemahiran yang sepatutnya dimiliki oleh graduan mengikut kaca mata pihak industri. Selain daripada itu, pihak kerajaan juga berharap agar para graduan ini melengkapkan diri mereka dengan ciri-ciri modal insan sebelum dapat dilabel sebagai graduan berkualiti.

Mengikut DfEE(1997) terdapat tiga jenis klasifikasi ke atas kemahiran. Kemahiran-kemahiran itu adalah:

1. Kemahiran Utama- sekumpulan kemahiran umum yang diperlukan dalam

melaksanakan tugas asasi seseorang. Kemahiran ini termasuklah kemahiran asas dalam membaca, menulis dan mengira. Selain itu terdapat juga beberapa kemahiran lain yang ditermakan sebagai kemahiran peribadi yang mudah dipindahkan. Kemahiran-kemahiran ini termasuklah keupayaan bekerja dalam kumpulan, kemahiran komunikasi, motivasi kendiri, kemahiran mengurus diri sendiri dan kemahiran asas dalam penggunaan teknologi maklumat.

(26)

2. Kemahiran Vokasional-diperlukan dalam bidang tugas tertentu dan kurang berguna kepada tugas di luar bidang tersebut. Kemahiran vokasional ini tidak lah seumum kemahiran pertama tadi, tetapi ianya mudah dipindahkan.

3. Kemahiran khusus untuk sesuatu jawatan- Kegunaan kemahiran ini terhad kepada jawatan tertentu sahaja. Sebenarnya ia lebih berbentuk ilmu daripada kemahiran sebagaimana ianya biasa dikenali secara tradisi.

Nabi dan Bagley (1998) pula mengutarakan suatu rangka-kerja untuk mengklasifikasikan kemahiran yang dapat dipindahkan. Terdapat tiga kumpulan kemahiran iaitu kemahiran personal, kemahiran berkomunikasi dan kemahiran

menyelesaikan masalah. Menggunakan rangka-kerja tadi kemahiran dapat dibahagikan kepada sub-kumpulan berikut:

1. Kemahiran personal

• motivasi: kesungguhan dan keinginan untuk mencapai sasaran dan kesabaran serta ‘sikap tidak kenal jemu’ untuk memperolehi hasil yang telah ditetapkan dalam situasi yang mencabar.

• kebolehan mengurus: kebolehan untuk menentukan tindakan munasabah yang perlu diambil demi mencapai matlamat yang telah disasarkan. Kebolehan menjangka keperluan dan boleh menetapkan kepentingan sesuatu perkara. • kerja berkumpulan: bersedia untuk bekerja secara berkesan sebagai ahli dalam

kumpulan, melibatkan pekerja lain dalam mengusahakan ide yang diberikan dan menyelesaikan masalah. Menggembeling kemahiran ahli kumpulan dan terbuka kepada ide dan cadangan daripada ahli kumpulan yang lain.

• kemahiran sosial dan interpersonal: kebolehan untuk mengadakan hubungan baik dengan pelanggan, klien dan rakan sekerja yang lain.

• kepimpinan: mempunyai keyakinan diri, ‘impact’, keupayaan mempengaruhi orang lain, bersedia untuk mengambil sikap adil dan tidak berat sebelah serta keupayaan untuk menerbitkan rasa hormat pekerja lain.

(27)

2. Kemahiran komunikasi-kebolehan berkomunikasi secara berkesan dan jelas dan kebolehan mengalih pendirian seseorang untuk menerima pandangan kita melalui lisan dan penulisan.

3. Kemahiran menyelesaikan masalah-mengenalpasti masalah dan menentukan data yang penting dan dapat membuat keputusan yang logik.

• Inisiatif: kebolehan untuk mengenalpasti keadaan genting dan bertindak sewajarnya. Bersedia untuk berusaha bagi menjayakan sesuatu dan mengambil sikap terbuka dan adil apabila diperlukan.

• Kreativiti: kebolehan untuk menghasilkan ide dan berupaya menerbitkan cadangan pilihan dan dapat menghasilkan ide baru apabila perlu.

Menurut McLarty’s (1998), kemahiran terdiri daripada perkara berikut:

• Komitmen: Kesungguhan dan ketahanan seseorang menghadap sesuatu tugas • Kompeten: Kemahiran untuk menjalankan tugas dengan cara yang efektif • Keyakinan diri: Percaya diri sendiri dan yakin boleh pada keupayaan diri • Kreativiti: Keupayaan berimaginasi dan membayang dan menghasilkan sesuatu

yang baru

• Dedikasi: Keupayaan mengekalkan diri membuat sesuatu tugas

• Keseronokan: Berasa bahagia dan nikmat serta bersedia dalam membuat sesuatu tugas

• Fleksibiliti: Keupayaan seseorang menyesuaikan diri dalam situasi tertentu • Kebijaksanaan: Kekuatan fikiran memahami dan mena’kul

• Kepimpinan: Kebolehan membimbing dan memberi semangat kepada orang lain • Kematangan: Mempunyai pengalaman yang luas dan keperibadian yang

mengagumkan

• Motivasi: Keupayaan untuk membawa kecemerlangan komersil • Persepsi: Keupayaan untuk mengenalpasti isu yang signifikan

• Personaliti: Mempunyai keperibadian yang menarik dan sikap yang mudah bersosial dan mendampingi orang sekeliling

(28)

• Professionalisme: Mempunyai kaedah dan cara yang berkesan dalam membuat sesuatu

• Kebolehpercayaan: Mempunyai tabiat yang boleh dipercayai dan dapat ditentukan

Menurut Association of Graduate Recruiters (AGR)(1995), kemahiran berikut haruslah di bangunkan dalam kurikulum bagi setiap institusi:

• Kprihatinan kendiri (Self awareness) – berupaya untuk mengenalpasti kemahiran, nilai, minat dan sifat kendiri yang lain. Berupaya mengenalpasti kekuatan utama dan faktor yang membezakan (‘differentiating factors’) berserta bukti kebolehan yang lengkap (seperti ringkasan rekod pencapaian atau ‘portfolio’). Bersedia secara aktif untuk mendapatkan maklumbalas daripada orang lain dan berupaya pula memberi maklumbalas yang membina kepada orang lain. Berupaya menentukan bidang untuk pembangunan kendiri, akademik dan profesional • Promosi diri – Berupaya mengenalpasti dan mempromosikan agenda kendiri.

Dapat mengenalpasti kehendak pelanggan iaitu akademik/komuniti/majikan, juga dapat mempromosikan kekuatan kendiri dengan cara yang meyakinkan dalam bentuk lisan dan penulisan. Berupaya menjual ‘kebaikan’ sesuatu kepada ‘pelanggan’ dan bukan hanya ‘sifat’ sesuatu.

• Meneroka dan mengadakan peluang – Berupaya untuk kenalpasti, mereka, menyelidik dan merebut peluang.

• Memadan dan membuat keputusan – Memahami keutamaan diri (personal priorities) dan halangan (dalaman dan luaran). Ini termasulah keperluan untuk mengekalkan keseimbangan beban kerja dan kehidupan harian. Keupayaan untuk memadankan peluang-peluang kepada kemahiran utama, pengetahuan, nilai, minat dan lain-lain. Berupaya membuat keputusan bijak yang bermaklumat berasaskan kepada peluang yang diberikan.

• Perundingan (negotiate) – Berupaya mendapat kontrak psikologi melalui perundingan daripada kedudukan yang tidak mempunyai inferior. Berupaya mendapai kedudukan situasi ‘menang-menang’.

(29)

• Kesedaran politik – Memahami ketegangan yang tersirat dan pergelutan kuasa dalam organisasi. Menyedari lokasi kuasa dan pengaruh dalam organisasi. • Mengatasi ketidaktentuan – Berupaya untuk membuat adaptasi ke atas matlamat

dalam situasi yang tidak menentu dan sentiasa berubah. Berupaya mengatasi risiko kecil yang banyak.

• Fokus pembangunan – Memahami kaedah pilihan dan stail pembelajaran. Belajar daripada pengalaman lepas sama ada positif atau negative. Berupaya belajar daripada kesalahan sendiri dan kesalahan orangl lain. Komited terhadap pembelajaran sepanjang hayat.

• Keyakinan diri – Mempunyai keyakinan diri ke atas keupayaan sendiri berpandukan daripada kejayaan masa lalu. Mempunyai rasa harga diri yang positif dan tahu diri berharga dan tidak bergantung kepada kejayaan.

• Pemindahan kemahiran – Berupaya mengaplikasikan kemahiran dalam konteks yang baru.

• Jaringan – Kesedaran untuk membuat hubungan dan jaringan. Berupaya untuk membangunkan dan mengekalkan jaringan sokongan untuk mendapatkan nasihat dan maklumat.

2.2 KEMAHIRAN PENGURUSAN

Bahagian ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu definisi kemahiran pengurusan dan komponen-komponen dalam kemahiran pengurusan.

2.2.1 DEFINISI KEMAHIRAN PENGURUSAN

Pengurus merupakan orang terpenting bagi menentukan kejayaan sesebuah organisasi. Pengurus-pengurus yang terdapat di dalam sesebuah organasisasi boleh dibahagikan kepada pengurusan peringkat atasan, pengurusan peringkat pertengahan dan pengurus peringkat pertama. Peranan pengurus menurut Henry Mintzberg boleh

(30)

(information) dan pembuat keputusan. Untuk melaksanakan peranan pengurus yang diketengahkan oleh Mintzberg, pengurus perlu memiliki tiga kemahiran merangkumi kemahiran konseptual, kemahiran kemanusiaan dan kemahiran teknikal disamping kemahiran pengurusan masa dan kemahiran membuat keputusan (Mohd Hizam dan Zahir, 2002).

2.2.2 KOMPONEN KEMAHIRAN PENGURUSAN

Dalam menjayakan peranan sebagai pengurus, mereka memerlukan kemahiran pengurusan dalam melaksanakan tugas masing-masing. Komponen-komponen

kemahiran pengurusan meliputi kemahiran konseptual, kemahiran kemanusiaan, kemahiran teknikal, kemahiran pengurusan masa dan kemahiran membuat keputusan. Namun begitu penekanan penggunaan komponen kemahiran-kemahiran tersebut

bergantung kepada kesesuaian dengan kedudukan seseorang dalam peringkat pengurusan. Terdapat pelbagai komponen dalam kemahiran pengurusan. William (1996) dalam kajiannya ke atas 288 mahasiswa sains dan juga ke atas 384 kakitangan yang berkelulusan sains di United Kingdom telah mengenalpasti terdapat 14 item kompetesi pengurusan seperti dalam Jadual 2.1.

Manakala Owen (1997) pula menyenaraikan 14 item mengikut susunan dalam kemahiran pengurusan yang patut diketahui oleh mahasiswa berdasarkan pandangan para eksekutif dan pengurus pembuatan Amerika Syarikat dalam enam siri bengkel industri yang ditaja oleh Persatuan Jurutera Kenderaan Amerika. Senari tersebut seperti dalam Jadual 2.1.

Sementara itu pula Batley (1998) membuat kajian ke atas lebih 120 jurutera New Zealand bagi mendapatkan pandangan mereka terhadap kepentingan mempunyai

(31)

dan pendidikan bagi membangunkan 13 item dalam kemahiran pengurusan seperti dalam Jadua 2.1.

Kajian oleh Bellinger (1998) terhadap 681 jurutera elektronik Amerika telah mengenalpasti susunan 9 item dalam kemahiran pengurusan dalam kajian beliau seperti dalam Jadual 2.1.

Jadual 2.1 juga menunjukkan hasil kajian Palmer (2000) terhadap persepsi tenaga pengajar akademik Australia yang terlibat dengan pendidikan mahasiswa pengurusan kejuruteraan dengan telah menyenaraikan 17 item kemahiran pengurusan mengikut keutamaan.

Komponen-komponen asas dalam kemahiran pengurusan juga akan bertambah senarainya mengikut pelbagai bidang pekerjaaan. Misalnya Palmer (2003) telah mengenalpasti dan merumuskan kerangka jenis kemahiran pengurusan kejuruteraan sebanyak 29 item melalui kajian-kajian terdahulu dan juga kajian persepsi terhadap pengamal jurutera, pengurus kerjuruteraan dan juga di kalangan ahli-ahli akademik kejuruteraan. Senarai kemahiran pengurusan yang telah dikenalpasti oleh beliau ialah seperti dalam Jadual 2.1.

Jadual 2.1 menunjukkan komponen dalam kemahiran pengurusan yang telah dikaji oleh beberapa pengkaji.

Jadual 2.1 : Senarai kemahiran berdasarkan kajian lepas beberapa pengkaji.

Kemahiran A* B* C* D* E* F* Atribut personal √ √ √ Komunikasi √ √ √ √ Kepimpinan √ √ √ √ Kerja Berkumpulan √ √ √ Pengurusan Projek √ √ √ √ √ √

Analisis data dan

persembahan √ √

(32)

Kemahiran A* B* C* D* E* F*

Pemantauan/ penilaian prestasi

√ √

Pengurusan operasi dan

pengeluaran √ √ √ √ Teknologi maklumat √ √ √ Pengurusan kewangan/ perakaunan √ √ √ √ Pemasaran √ √ √ √

Pengurusan sumber manusia √ √ √ √

Persekitaran perniagaan √

Prinsip pembuatan √

Kebolehpercayaan proses dan produk

Kemahiran bisnis √

Sistem / pengurusan kualiti √ √ √

Pengurusan perubahan √ √

Kuantitatif √ √

Ergonomic √ √

Aplikasi dan sains bahan √

Pembelajaran sepanjang hayat √ √

Prinsip pengurusan √ √ √ Tabiat organisasi √ √ √ Undang-undang perniagaan √ √ √ Penyelesaian masalah √ √ Pengurusan masa √ √ Pengambilan pekerja √ Bajet √ Pembelian √

Penilaian ekonomi projek √

Inovasi √ √

Kejuruteraan dan masyarakat √

Strategi Perniagaan √ √ Ekonomi √ √ √ Sains Pengurusan √ √ Perundingan / Penyelesaian konflik √ Perhubungan industri √ Pengurusan penyelenggaraan √ Etika professional √ Perniagaan antarabangsa √ Pengurusan R&D √ Pendekatan sistem √ Pengurusan persekitaran √

(33)

Kemahiran A* B* C* D* E* F*

Keselamatan dan kesihatan √

Pentadbiran kontrak √

Perhubungan awam √

Pengurusan strategik √

Motivasi √

Psikologi dan tabiat √

Kajian masa / kerja √

Logistik Dan Rantaian Pembekal

Pembuatan Keputusan √

Berurusan Dengan Pelanggan √

A= William (1996) B= Owen (1997) C= Batley (1998) D= Bellinger (1998) E= Palmer (2000) F= Palmer (2003)

Berdasarkan Jadual 2.1 menunjukkan senarai kemahiran pengurusan oleh

beberapa pengkaji. Walau bagaimanapun , senarai ini termasuk kemahiran generik dan kemahiran teknikal untuk pelajar pengurusan. Terdapat beberapa item yang disenaraikan oleh beberapa pengkaji seperti Atribut personal, komunikasi, kepimpinan, kerja

berkumpulan, pengurusan projek, pengurusan pengeluaran dan operasi, teknologi maklumat, pengurusan kewangan, pengurusan pemasaran, pengurusan sumber manusia, sistem/pengurusan kualiti, prinsip pengurusan, tabiat organisasi, undang-undang

perniagaan, penyelesaian masalah dan lain-lain. Dapat dilihat di sini bahawa item yang dimasukkan dalam senarai kemahiran pengurusan adalah terlalu banyak mengikut kajian-kajian lepas. Oleh itu, skop item yang dikenalpasti sesuai untuk kerangka kajian-kajian ini dihad kepada 19 item yang hanya tertumpu kepada kemahiran pengurusan adalah seperti berikut:

Jadual 2.2: Senarai Kemahiran Pengurusan Untuk Kerangka Kajian

Kemahiran Kemahiran

Komunikasi Perniagaan Pengurusan Perubahan

Perhubungan dengan pelanggan Strategi Perniagaan

Perhubungan Awam Pengurusan Sumber Manusia

(34)

Kemahiran Kemahiran

Etika Profesional Penilaian Prestasi

Motivasi Pengurusan Inovasi

Pengurusan Strategik Keusahawanan

Pengurusan Teknologi Perniagaan Antarabangsa

Tabiat Organisasi Pengurusan Penyelidikan dan Pembangunan Teori Pengurusan

Senarai untuk kerangka kajian ini tidak termasuk matapelajaran teori yang diperlukan sebagai asas untuk pelajar pengurusan seperti ekonomi, perakaunan dan kewangan, pemasaran dan subjek kuantitatif.

2.3 KEMAHIRAN TEKNIKAL

Bahagian ini dibahagikan kepada tiga subtopik iaitu definisi kemahiran teknikal, komponen kemahiran teknikal dan kajian terdahulu berkenaan kemahiran teknikal.

2.3.1 Definisi Kemahiran Teknikal

Terdapat pelbagai definisi kemahiran yang sinonim dengan skop kemahiran teknikal. Walaubagaimanapun, kami memilih dua definisi yang sesuai mengikut kontek program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Teknologi). Rosa (2000) mendefinisikan kemahiran teknikal sebagai yang berkaitan dengan kaedah, prosedur atau teknik.

Manakala Salah (2001) pula memberikan definisi yang lebih menyeluruh dan luas. Salah (2001) menyatakan kemahiran teknikal adalah merujuk kepada kefahaman dan

kecekapan dalam sesuatu aktiviti yang khusus, terutamanya sesuatu yang melibatkan kaedah, proses, prosedur atau teknik. Beliau juga menghuraikan bahawa kemahiran teknikal merupakan suatu pengetahuan yang khusus dan keupayaan analitikal dalam penggunaan alat-alat dan teknik dalam disiplin tertentu misalnya dalam kejuruteraan awam ataupun sistem maklumat.

(35)

2.3.2 Komponen Kemahiran Teknikal

Kemahiran teknikal amat penting dalam pengurusan kerana ia membantu pelaksanaan fungsi pengurusan dengan baik dan berkesan seperti dalam aspek perancangan dan kawalan. Aplikasi kemahiran teknikal mampu untuk meningkatkan kualiti pembuatan keputusan. Irene (1995) telah menyatakan beberapa matapelajaran yang dianggap sebagai matapelajaran teknikal seperti perakaunan, statistik,

pemprograman komputer, Pengeluaran dan Operasi. Rosa (2000) turut memberikan beberapa contoh matapelajaran yang boleh dikaitkan dengan kemahiran teknikal seperti Office Software, Computer Integrated Manufacturing, Computer Assisted Organization, Networking, Programming, Project Planning dan Cost Management.

Dalam konteks pendidikan yang merujuk kepada program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Teknologi) terdapat subjek-subjek yang boleh membina kemahiran ini khususnya dalam skop sektor pengeluaran atau pembuatan. Berdasarkan pandangan Rosa (2000), Salah (2001) dan Irene (1995), apabila diadaptasikan ke dalam konteks FPPSM, subjek-subjek yang boleh dikategorikan sebagai mempunyai elemen kemahiran teknikal adalah seperti berikut:

• Pengurusan Pengeluaran dan Operasi • Pengurusan projek

• Sistem Kualiti

• Perancangan dan Kawalan Pengeluaran • Proses Pembuatan

• Teknologi Maklumat • Kejuruteraan Industri • ‘Logistic and Supply chain’

• Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaaan • Pengurusan Penyelenggaraan

(36)

• Perancangan Kemudahan • Kajian Kerja

• Pembangunan Teknologi dan Ekonomi • Pembelian • Pengurusan Risiko • Pengurusan Persekitaran • Sains Pengurusan • Kajian Masa • Pentadbiran Kontrak 2.33 Kajian Terdahulu.

Terdapat berapa kajian yang membicarakan tentang tahap kepentingan dan penekanan kemahiran teknikal bagi pelajar pengurusan. Sharpe (1998) memberikan pandangan bahawa sememangnya kemahiran teknikal khusus diperlukan oleh majikan. Bagi memastikan kemahiran teknikal itu relevan dengan perkembangan semasa beliau menegaskan pendekatan dalam pendidikan perlu bersifat ‘hand-on’. Oleh itu, kurikulum yang sesuai perlu dirangka untuk meningkatkan tahap produktiviti pekerja di masa depan. Menurut beliau salah satu cara yang wajar ialah mendedahkan pelajar dengan ilmu

teknologi dan kemahiran yang berkaitan dengannya.

Irene (1995) telah melakukan kajian dalam konteks kecenderungan pelajar

terhadap pelajaran berasaskan teknikal. Kajian oleh Irene (1995) membincangkan isu-isu pendidikan dalam bidang pengurusan, di mana isu kemahiran teknikal juga turut

dibincangkan dengan serius. Melalui perbandingan dengan negara Barat, beliau mendapati faktor budaya mempengaruhi kecenderungan seseorang pelajar untuk meminati atau menguasai pelajaran yang bersifat kuantitatif atau teknikal. Pelajar berbangsa Cina didapati lebih suka dan memberi lebih keutamaan malah mendapat skor yang lebih baik bagi matapelajaran teknikal atau kuantitatif (ekonomi, kewangan,

(37)

perakaunan dan seumpamanya) berbanding dengan matapelajaran kualitatif (Tabiat Organisasi, Pengurusan dan seumpamanya).

Kajian yang dilakukan oleh Laughton dan Montanheiro (1996) berkaitan kemahiran teras yang perlu dimiliki graduan telah dilakukan terhadap para pelajar di Sheffield Business School. Secara umumnya terdapat dua kategori kemahiran yang dikaji iaitu ‘soft skills’ dan ‘hard skills’. ‘Soft skills’ terdiri daripada pengurusan dan

pembangunan diri, bekerjasama dengan orang lain, berkomunikasi, menyelesaikan masalah. Manakala ‘hard skills’ pula terdiri daripada kemahiran mengaplikasikan matematik, teknologi dan rekabentuk. Daripada tujuh kemahiran yang disenaraikan itu, responden telah memberikan pemeringkatan yang tinggi kepada ‘soft skill’ dan secara relatifnya memberikan pemeringkatan yang rendah kepada ‘hard skill’ yang juga merujuk kepada kemahiran teknikal.

Selain daripada pandangan yang diambil daripada pelajar, pandangan daripada pihak berkepentingan juga turut diambil kira. Billing (2003) telah melakukan kajian perbandingan di UK , USA , New Zealand, Australia dan Afrika Selatan berkaitan kemahiran yang diperlukan oleh graduan. Beliau mendapati, terdapat persamaan dan persetujuan yang jelas bagi negara- negara tersebut memberikan keutamaan yang tinggi kepada kemahiran komunikasi (yang merupakan salah satu elemen dalam kemahiran generic). Namun begitu didapati UK lebih memberikan penekanan yang lebih berbanding USA, New Zealand, Australia dan Afrika Selatan bagi kemahiran teknikal, penyelesaian masalah dan numerasi.

Dapatan yang hampir sama diperolehi oleh Dench, Perryman dan Giles (1988) dalam kajian mengikut persepsi majikan. Didapati majikan meletakkan tahap kepentingan yang paling tinggi bagi kemahiran komunikasi, bekerja dengan orang lain dan kemahiran untuk belajar. Seterusnya diikuti dengan kemahiran berkaitan teknikal. Kemahiran teknikal tidak perlu untuk semua bahagian dalam organisasi, hanya bahagian tertentu sahaja yang berkaitan. Manakala kemahiran generik pula penting untuk semua bahagian.

(38)

Dalam kajian emperikal yang telah dijalankan oleh Salah (2001) berkaitan kepentingan kemahiran yang diperlukan oleh seorang pengurus projek didapati bahawa kemahiran kemanusiaan mempunyai tahap kepentingan yang paling tinggi, diikuti kemahiran pengurusan dan yang terakhir adalah kemahiran teknikal. Kemahiran teknikal yang difokuskan dalam kajian beliau ialah pengetahuan penggunaan alat dan teknik, pengetahuan tentang projek, memahami kaedah, proses dan prosedur, pengetahuan teknologi dan kemahiran menggunakan komputer. Namun begitu kajian Salah tidak menerangkan kenapa terdapat perbezaan tahap kepentingan bagi ketiga-tiga kemahiran tersebut.

Smits (2001) dalam kajiannya ada menerangkan bahawa kemahiran khusus-pekerjaan yang juga merujuk kepada kemahiran teknikal (seperti kemahiran komputer & IT), banyak digunakan oleh sektor latihan dan secara relatifnya pasaran bagi kemahiran teknikal adalah kecil berbanding kemahiran generic. Ini disebabkan kemahiran generic dapat memberikan nilai tambah yang lebih kepada seseorang kerana melalui kemahiran tersebut, kemahiran dan pengetahuan baru dapat dikuasai dengan lebih mudah.

Pandangan Smits ini sekurang-kurangnya memberi sedikit penjelasan terhadap dapatan kajian Salah (2001)

Rosa (2000) dalam kajiannya terhadap 10 syarikat di Eropah telah mengenal pasti tiga jenis kemahiran yang diperlukan oleh syarikat melalui analisis jurang. Terdapat tiga kategori kemahiran yang ditemui iaitu kemahiran kemanusian, kemahiran konsepsual dan kemahiran teknikal. Didapati bahawa jurang yang paling besar, yang perlu dipenuhi ialah kemahiran kemanusiaan. Ini bermaksud pekerja-pekerja masih belum mencapai tahap kemahiran kemanusiaan seperti yang dikenhendaki oleh syarikat memandangkan

kemahiran ini adalah yang paling sukar dikuasai. Kemahiran teknikal mempunyai jurang yang paling kecil untuk dipenuhi. Ini bermakna sebahagian besar pekerja hampir

memenuhi tahap kemahiran yang dikehendaki. Pekerja lebih mudah menguasai kemahiran teknikal yang boleh dipelajari melalui kursus dan latihan.

(39)

Seterusnya Mason (2002) dalam kajiannya telah menunjukkan impak pasaran terhadap institusi pendidikan tinggi. Beliau mendapati penggunaan kemahiran tinggi dalam sektor peruncitan, perkhidmatan komputer, pengangkutan dan komunikasi telah menyebabkan peluang pekerjaan terhadap graduan menjadi semakin banyak bagi memenuhi keperluan industri yang memerlukan pekerja yang mempunyai keupayaan analisis, kemahiran generik dan pengetahuan dan kemahiran teknikal.

Berdasarkan kajian-kajian terdahulu didapati bahawa walaupun kemahiran teknikal secara relatifnya mempunyai tahap kepentingan yang sedikit rendah berbanding kemahiran generik, namun ia juga perlu dikuasai oleh pelajar terutamanya kemahiran teknikal khusus berkaitan pekerjaan memandangkan pengaruh teknologi dalam pekerjaan semakin besar. Pendekatan yang sesuai juga perlu dilakukan supaya perkembangan teknologi dan kemahiran yang berkaitan dengannya dapat diperolehi dan diaplikasikan. Dalam aspek ini dilihat pendekatan kursus pengurusan (teknologi) yang memberikan fokus utama dalam bidang pengurusan dijangka mampu membina kemahiran generik, manakala fokus kedua yang berkaitan teknologi bertindak sebagai pelengkap dalam membina ‘employability package’ yang sesuai untuk industri.

2.4 KEMAHIRAN GENERIK

Bahagian ini dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama membincangkan berkenaan Definisi Kemahiran Generik. Bahagian kedua pula

membincangkan berkenaan pandangan berkaitan kemahiran generik dan seterusnya ialah komponen-komponen dalam kemahiran generik.

2.4.1 Definisi Kemahiran Generik

Banyak telah diperkatakan mengenai kepentingan graduan program-program institusi pendidikan tinggi memiliki kebolehan-kebolehan yang dianggap penting oleh bakal majikan. Kebolehan-kebolehan selalu dikatakan sebagai kemahiran ‘mudah

(40)

pindah’ (transferable) dan ia merangkumi kemahiran-kemahiran seperti penyelesaian masalah, komunikasi, kerja kumpulan dan pemikiran kritikal – kadangkala dikumpulkan sebagai kemahiran teras, kemahiran utama atau kemahiran generik. Kemahiran ini dianggap sebegitu penting sehinggakan United Kingdom Higher Education Quality Council menfokuskan pemilikan kemahiran generik sebagai penentu ‘kegraduan’ (‘graduateness’) seseorang graduan itu (Billing, 2003).

Walau bagaimanapun, adalah kurang jelas yang istilah yang berbeza untuk kemahiran ‘mudah pindah’ ini difahami secara sama oleh pelbagai pihak yang berkepentingan (stakeholders), atau sama ada senarai kemahiran yang membentuk kemahiran ‘mudah pindah’ ini adalah serupa, atau sama ada kemahiran-kemahiran ini sebenarnya dapat dipindahkan dari satu konteks ke konteks yang lain. Perbezaan ini adalah kerana wujudnya teori yang berbeza di dalam mendefinasikan dan menggunakan kemahiran ini (Attewell, 1990). Senarai kemahiran ‘mudah pindah’ yang berasaskan ciri-ciri kerja (misalnya permintaan kerja dan keperluan peranan) adalah berbeza daripada kemahiran ‘mudah pindah’ yang berlandaskan kualiti pekerja yang melaksanakan sesuatu kerja itu (contohnya kemahiran, bakat dan kebolehan) (Darrah, 1994). Tetapi kajian-kajian kini telah menunjukkan bahawa telah hampir wujudnya suatu konsensus tentang kemahiran ini. Bennett et al. (2000, p.9) misalnya telah menyimpulkan bahawa:

“It is clear that an international consesus has emerged with regard to the

diagnosis of the needs of the future economy, to the prognosis of the skills base necessary to confront it and of the central role of higher education in developing the skills base.”

2.4.2 Pandangan Mengenai Kemahiran Generik

Satu andaian yang utama mengenai kemahiran spesifik sesuatu kerja itu adalah konsep bahawa kerja adalah agak stabil dan ia dapat dipecahkan kepada bahagian-bahagian yang tertentu, mengakibatkan pengumpulan ciri-ciri kemahiran yang penting

(41)

untuk melaksanakan sesuatu kerja itu. Satu lagi andaian ialah ketidakhadiran kemahiran yang dikenalpasti akan mengakibatkan sesuatu kerja itu tidak dapat dilaksanakan dengan baik dan teratur. Justeru itu, seperti yang ditunjukkan oleh Darrah (1994), terdapat suatu individualism implisit di dalam konsep keperluan kemahiran. Ia beranggapan bahawa pekerja bukan sahaja memiliki kemahiran yang diperlukan tetapi juga bahawa tugasan individu harus dilaksanakan oleh pekerja yang berkemahiran tadi seandainya kerja itu hendak dilaksanakan dengan jayanya. Disamping itu, ia juga beranggapan bahawa pekerja dapat dipisahkan dari konteks di mana mereka bekerja.

Warisan idea tentang perhubungan antara kemahiran dan kerja dapat dijejak menerusi reka bentuk kebanyakan program di dalam kurikulum vokasional dan kelayakan vokasional serta penggunaan pengalaman kerja sebagai komponen untuk

program-program tersebut. Tidak kira sama ada sesuatu program-program vokasional itu dilaksanakan di tempat kerja atau di institusi latihan, mereka cenderung mengulangi idea bahawa kemahiran dapat dipecahkan kepada komponennya dengan mereka bentuk unit-unit diskrit bagi melatih atau mengajar pekerja untuk memperolehi sesuatu kemahiran spesifik itu (Guile, 2002).

Satu kesan daripada andaian tentang pandangan ‘elemen yang serupa’ ini ialah program latihan cuba membentuk kemahiran pada para pekerja menerusi penyediaan tugasan yang dapat memperbaiki operasi mental mereka seperti pengingatan atau perhatian, atau prestasi fizikal pekerja seperti keanjalan kerja tangan atau kesedaran spatial. Selain daripada itu, andaian ini juga mengakibatkan bahawa kebanyakkan kelayakkan vokasional menggunakan konsep speksifikasi tugasan di dalam kemahiran pekerjaan melalui akreditasi elemen ini secara berasingan (Tuomi-Gronin & Engestrom 2002).

Perkembangan dan perubahan dunia kini telah mengakibatkan permintaan dari majikan tentang kemahiran yang lebih berbentuk broader-based (Brown et al., 2001). Kesannya ialah kebanyakan konsep kemahiran generik telah meletakkan kemahiran seperti kerja kumpulan, keanjalan atau penyelesaian masalah sebagai kemahiran yang

(42)

perlu. Ini membawa makna tersirat bahawa kualiti yang dikehendaki bukan lagi merupakan atribut individu tetapi ia harus dibentuk memerusi penglibatan di dalam communities of practice (Lave & Wenger, 1991) dan dengan itu dibentuk oleh konteks kerja yang sebenar (Boreham, 1999). Justeru itu, kemahiran generik di dalam alam pekerjaan masa kini merangkumi pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk kerja-kerja rutin dan juga aktiviti kerja yang berbeza dan innovatif. Akibatnya para pekerja perlu:

i. menyusun semula pengetahuan atau kemahiran yang sedia ada di dalam konteks baru untuk menyelesaikan masalah rutin atau ‘masalah yang tidak teramal’ (unforeseen problems) atau keadaaan yang bermasalah Boreham, 1999);

ii. terlibat sama di dalam community of practice supaya dapat mengakses sumber manusia dan teknologi yang terkandung di dalam komuniti itu bagi menyelesaikan masalah rutin atau ‘masalah yang tidak teramal’ atau keadaaan yang bermasalah (Wenger, 1999) dan;

iii. bekerja secara koloborasi dengan orang lain untuk menyelesaikan maslah yang berlainan dari yang biasa atau masalah yang unik Eraut, 1999). Oleh itu, kemahiran generik masa kini terpaksa diolah bagi merangkumi pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan bukan sahaja dari konteks individu tetapi juga penglibatan di dalam aktiviti berkumpulan.

2.4.3 Komponen-komponen Kemahiran Generik.

Terdapat pelbagai pandangan dan huraian mengenai komponen-komponen dalam kemahiran generik. Di dalam sesetengah kes, ia mencakupi permintaan terhadap

kemahiran motivasi yang asas dan tabiat seperti ketepatan masa, mengikuti arahan dan kejujuran. Dalam kes yang lain pula, ia menggambarkan permintaan yang dikenali sebagai kemahiran astetik yang berkaitan dengan sesuatu bahagian di dalam industri

(43)

perkhidmatan (Nickson, et al. 1998). Ini mungkin merangkumi kebolehan pekerja untuk menguruskan perasaan dan perwatakan mereka. Ada pula yang melihat kemahiran generik atau kemahiran asas sebagai kemahiran yang relevan untuk kebanyakan kerja di zaman moden ini dan kemahiran ini dapat dibentuk melalui pendidikan seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran aplikasi nombor dan ICT serta kemahiran pembelajaran kendiri, penyelesaian masalah dan sebagainya. Walau terdapat pelbagai pandangan ini, konsep kemahiran generik yang paling biasa digunakan adalah huraian mengenai setakat mana ‘kesediaan bekerja’ seseorang individu itu (Guile, 2002).

Kajian yang dibuat oleh United States Secretary of Labor Commission on

Achieving Necessary Skills (SCANS) (1993) meletakkan kemahiran generik berasaskan kepada kemahiran yang paling biasa diperlukan dalam pekerjaan. Kemahiran generik dalam hal ini dibahagikan kepada tiga kategori yang umum iaitu:

a. kemahiran asas (komunikasi, membaca, mengira dan menulis); b. tahap kemahiran berfikir yang lebih tinggi (penyelesaian masalah,

kemahiran belajar, pemikiran kretif, pembuat keputusan dan penggunaan maklumat untuk memahami hubungan yang kompleks dan bekerja dengan pelbagai teknologi) dan;

c. kemahiran afektif dan sifat (kebolehpercayaan, sikap yang positif, ketepatan masa, hubungan antara perorangan, kemahiran berpasukan, keyakinan diri, motivasi, kesesuaian dan keanjalan, disiplin diri, kejujuran dan kebolehan bekerja secara bebas).

Kajian oleh Guile (2002) di European Union, EU mendapati bahawa kemahiran generik dapat dibahagikan kepada dua kategori yang utama iaitu:

a. kemahiran konsepsi individu (kemahiran literasi, penomboran dan IT); b. kemahiran konsepsi kontekstual (penggunaan teknikal, sosio-budaya dan

(44)

Terdapat juga pendekatan yang cuba menghuraikan komponen-komponen

kemahiran generik dari aspek stakeholders seperti wakil-wakil daripada majikan, institusi pengajian tinggi dan latihan dan badan-badan berkanun yang berkaitan. Kajian secara retorik ke atas para stakeholders di United Kingdom, UK telah menggariskan komponen-komponen kemahiran generik seperti berikut:

• kemahiran berkomunkasi; • kerja kumpulan; • penyelesaian masalah; • kreativiti; • pengnomboran; • IT.

Usaha juga dilakukan di UK untuk mendapatkan komponen-komponen kemahiran generik secara kaedah analitikal. Green (1990) telah menganalisa 10 000 iklan-iklan kerja di UK dan telah mendapati bahawa majikan berkehendakkan graduan yang dapat menunjukkan senarai kemahiran seperti berikut:

• kemahiran berkomunkasi yang baik (lisan dan penulisan); • kebolehan bekerja secara berkesan dalam kumpulan;

• mahir dalam menguruskan dan menyusun tugas-tugas mereka dan orang lain;

• tahap motivasi diri yang tinggi dan dapat memotivasikan orang lain; • bersemangat;

• cepat mengambil initiatif yang dikehendaki.

Analisis faktor yang dijalankan oleh Dickerson dan Green (2002) ke atas 4470 responden yang dipilih secara rawak di tempat kerja menunjukkan bahawa terdapat sembilan kemahiran generik yang dianggap penting oleh majikan di UK. Kemahiran generik yang dimaksudkan itu ialah:

(45)

1. kemahiran literasi – membaca dan menulis borang, memo, surat, dokumen, notis dan sebagainya.

2. kemahiran fizikal – penggunaan kekuatan dan/atau stamina.

3. kemahiran nombor – menjumlahkan, menolakkan, membahagi, titik perpuluhan, pecahan dan matematik lanjutan atau prosedur statistik. 4. kemahiran teknikal – tahu menggunakan peralatan atau mesin, tahun

mengenai produk dan perkhidmatan, pengetahuan pakar serta kemahiran menggunakan tangan.

5. komunikasi tahap tinggi – julat berkaitan dengan kemahiran pengurusan meliputi memujuk atau mempengaruhi orang lain, kemahiran

persembahan, menganalisa masalah kompleks secara mendalam. 6. kemahiran merancang – aktiviti perancangan, menyusun masa dan

pemikiran ke hadapan.

7. komunikasi dengan pelanggan – berurusan dengan orang lain, menjual sesuatu produk atau perkhidmatan, kaunseling atau mengambil peduli pelanggan.

8. komunikasi mendatar – mengajar atau melatih dan/atau bekerja dalam pasukan, mendengar dengan teliti.

9. penyelesaian masalah – mengesan, mendiagnostik, menganalisis dan menyelesaikan masalah.

Sememangnya telah lama diketahui bahawa kemahiran generik adalah berbeza dari suatu sektor pekerjaan dengan sektor yang lain. Walau bagaimanapun, kemahiran-kemahiran yang dinyatakan di atas adalah merupakan kemahiran-kemahiran-kemahiran-kemahiran yang merentasi pekerjaan (Dickerson and Green, 2002).

Senarai komponen-komponen kemahiran generik yang dicadangkan oleh Green (1990) ini juga telah disokong oleh pengkaji-pengkaji lain seperti Tate dan Thompson (1994), Bennett et al (2000) serta Hesketh (2000).

(46)

Kajian yang dijalankan di negara-negara Commonwealth dan bekas Commonwealth juga menunjukkan persamaan dalam ciri-ciri kemahiran generik

(Borthwick, 1993). Di Australia laporan-laporan kerajaan mengenai kemahiran generik yang diperlukan oleh majikan meliputi:

• pemikiran kritikal;

• perasaan ingin tahu secara intelektual; • penyelesaian masalah;

• pemikiran yang logikal dan bebas;

• kemahiran berkomunikasi secara berkesan;

• kemahiran mengenal pasti, menilai dan menguruskan maklumat; • kreativiti dan;

• nilai seperti beretika, jujur dan tolerens.

Di Afrika Selatan, Bosch et al (1998) telah mengkaji 2000 graduan bidang Pengurusan Perniagaan secara rawak dan mendapati senarai kemahiran generik seperti berikut:

• komunikasi;

• pemikiran kreatif dan penyelesaian masalah; • keberkesanan kumpulan dan kerja kumpulan; • sikap berkaitan dengan kerja yang diberikan; • pengurusan kendiri dan style persendirian; • kepimpinan dan keberkesanan organisasi dan; • pengurusan maklumat.

Pelbagai projek dan laporan yang dikeluarkan di Amerika Syarikat, US mengenai kemahiran generik mendapati bahawa terdapat lapan kemahiran generik yang dianggap penting oleh majikan (Alverno College Faculty, 1994). Lapan kemahiran yang

(47)

• komunikasi; • analisis;

• penyelesaian masalah;

• nilai dalam pembuatan keputusan; • interaksi sosial;

• bertanggungjawab terhadap persekitaran global; • warganegara yang berkesan;

• tindakbalas yang astetik.

Stasz (1997) dalam kajian beliau yang mencakupi kaedah tembual dengan pekerja teknikal, pengurus dan jabatan sumber manusia mengenai kemahiran yang diperlukan di atas empat firma iaitu firma pengangkutan, pengurusan trafik, pembuatan mikroprosesor dan penjagaan kesihatan di US; melaporkan bahawa kemahiran penyelesaian masalah, bekerja secara kumpulan, komunikasi dan pembawaan berkaitan dengan kerja diperlukan tetapi sifatnya berbeza di dalam konteks kerja yang berlainan.

Secara keseluruhannya, dapatlah diperkatakan bahawa terdapatnya beberapa persamaan dan perbezaan di dalam menyenaraikan komponen-komponen kemahiran generik berdasarkan kepada aplikasi dan budaya sesuatu masyarakat atau organisasi itu. Walau bagaimanapun, hampir kesemua pihak bersetuju bahawa kemahiran ini berkisar di minda atau wujudnya ‘pemindahan kognitif’. Dalam membincangkan ‘pemindahan kognitif’ ini terdapat dua mazhab yang berbeza. Mazhab pertama mencadangkan bahawa secara logiknya tidak terdapat ‘kemahiran berfikir yang umum’ tetapi sebaliknya hanya ada satu bentuk kemahiran berfikir iaitu kemahiran berfikir yang berbentuk bidang spesifik (domain-spesific) iaitu ‘Thinking is Always Thinking About X’. Konsep ini telah mendapat sokongan dari para penulis dan pengkaji seperti Hirst (1965), McPeck (1987) dan Barrow (1989), Griffin (1994), Barnett (1994) dan Hyland dan Johnson (1998).

Pandangan yang menyatakan bahawa kemahiran berfikir adalah berbentuk bidang spesifik (domain-spesific) ini disangkal oleh para pemikir dan penyelidik yang lain seperti Andrews (1990), Bridges (1993), Hirschfield dan Gelman (1994) dan Carr dan

(48)

Claxton (2002) yang menyatakan bahawa berfikir merentasi kurikular (yakni bukan bidang spesifik) adalah mungkin. Bridges (1993) misalnya menyatakan bahawa

‘we can begin to identify qualitites, attributes and even skills which are not specific to a single domain even though they need in the end to be exercised in the cognitive context of one or more such domains and on the basis of knowledge and understanding appropriate to that domain’.

Bridges mencadangkan terdapatnya ‘meta-skills’ yang membolehkan seseorang itu memilih, mengadaptasi, menyesuaikan dan mengaplikasikan lain-lain kemahiran pada situasi yang berbeza, merentasi konteks sosial yang berlainan dan mungkin juga

merentasi domain kognitif yang berbeza. Beliau mencadangkan bahawa meta-skills sedemikian adalah nadi kepada sensitif, responsif dan keadaptasi sebarang

professionalism dan mereka mengandungi sekurang-kurangnya tiga elemen iaitu: • sensitif dan bijak mengadili (judgement) persamaan dan perbezaan di

antara satu situasi sosial/kognitif dengan yang lain;

• kebolehan untuk mengubah, meningkatkan atau mengadaptasi respons yang terdahulu ke atas permintaan situasi baru;

• sikap yang menyokong kedua-dua item tadi – keterbukaan, mudah didekati dan berkeyakinan.

Memandangkan terdapatnya pendapat yang berbeza ini, maka kajian ini telah mengambil kira pandangan dari kedua-dua mazhab ini dengan merujuk kepada klasifikasi kemahiran generik yang dicadangkan oleh Palmer (2003). Palmer (2003) telah

mengkategorikan kemahiran generik kepada yang domain spesifik dan merentasi domain. Berikut adalah klasifikasi yang dibentuk:

1. Kemahiran generik professional:

• Kemahiran komunikasi secara lisan dan bertulis, • Pengurusan dan perancangan projek,

(49)

• Pengurusan kendiri/masa, • Pembelajaran sepanjang hayat, • Penilaian projek,

• Penyelesaian masalah.

2. Kemahiran generik pengurusan dan kemahiran generik disiplin pengurusan teknikal yang khusus:

• Pengurusan sumber manusia, • Strategi perniagaan, • Penyelesaian konflik, • Tingkahlaku organisasi, • Pengurusan kualiti, • Pengurusan operasi, • Hubungan industri, • Pengurusan risiko, • Pengurusan maintenance, • Pengurusan perubahan, • Etika professional, • Innovasi, • Perniagaan antarabangsa, • Pembuatan keputusan, • Jaringan, • Pengurusan penyelidikan, • Pendekatan sistem, • Pengurusan persekitaran, • Pengurusan logistik,

• Keselamatan dan kesihatan pekerjaan, • Pentadbiran kontrak,

• Berurusan dengan pelanggan, • Teknologi maklumat,

(50)

• Hubungan awam, • Pengurusan strategik, • Motivasi,

• Kajian masa dan • Penilaian prestasi

3. Kemahiran teoritikal atau kemahiran yang berkaitan dengan disiplin profesional yang lain:

• Teori-teori pengurusan, • Ekonomi,

• Perakaunan dan kewangan, • Undang-undang, • Pengurusan maklumat, • Egronomik, • Sains pengurusan, • Pemasaran dan • Ramalan

Senarai ini adalah tidak exhaustive tetapi ia dipercayai merangkumi kemahiran generik penting masa kini.

2.5 MATAPELAJARAN DALAM PROGRAM SARJANA MUDA PENGURUSAN TEKNOLOGI OLEH FPPSM

Bahagian ini membincangkan komponen-komponen yang terkandung dalam Program Sarjana Muda Pengurusan Teknologi UTM. Senarai matapelajaran ini tidak termasuk matapelajaran minor, pengkhususan dan elektif. Jadual 2.2 menunjukkan ringkasan matapelajaran untuk setiap program.

Referensi

Dokumen terkait

Penelitian pemanfaatan limbah abu terbang batubara ( fly ash ) sebagai bahan campuran beton geopolimer ini bertujuan Untuk mengetahui pengaruh penggunaan abu terbang ( fly

Nilai p yang diperoleh melalui uji Wilcoxon Signed Ranks Test adalah (p = 0,000) dimana p < α (0,05), maka Ho ditolak dan dapat disimpulkan bahwa terdapat

indikator tersebut diganti mengunakan indikator alami (indikator ekstrak secang, ekstrak daun jati, dan ekstrak kulit buah naga), perubahan warna pada metode analisa

Dan dari makna kufr muncul civil society karakter keterbukaan pada Negara, terbuka dengan pendapat yang berbeda, kebebasan dalam bermasyarakat, saling menghargai,

Memperkuat unsur kebudayaan Kerinci pada identitas visual dan media promosi Festival Masyarakat Peduli Danau Kerinci dikarenakan kegiatan festival yang banyak menampilkan

Tanah merupakan salah satu prasarana di bumi. Tanah merupakan aspek terpenting bagi setiap manusia karena manusia selalu berpijak dan beraktivitas di atas tanah. Akan tetapi

Kegiatan pengabdian masyarakat yang berupa implementasi perangkat permainan untuk meningkat daya ingat pada KB Islam Maryam Surabaya telah selesai dilaksanakan

Sehubungan dengan hal itu, dalam rangka pengelolaan keuangan negara, pemerintah dalam hal ini mengambil kebijakan baik dalam kerangka administrasi negara maupun kerangka