• Tidak ada hasil yang ditemukan

OBJEKTIF 1 : KEMAHIRAN PENGURUSAN YANG DIPERLUKAN OLEH PELAJAR MOT UTM

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 OBJEKTIF 1 : KEMAHIRAN PENGURUSAN YANG DIPERLUKAN OLEH PELAJAR MOT UTM

Objektif kajian ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu berdasarkan persoalan kajian yang pertama hingga ke tiga.

5.1.1 Persoalan Kajian Pertama : Apakah Kemahiran Pengurusan Yang Utama

Untuk Pelajar Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (MOT)?

Kemahiran Pengurusan yang utama untuk pelajar MOT UTM dibahagikan kepada dua bahagian iaitu berdasarkan sektor perkhidmatan dan berdasarkan jenis pekerjaan. Ini kerana hasil analisis mendapati terdapat perbezaan dari segi keutamaan matapelajaran di antara sektor dan jenis pekerjaan. Jadual 4.37 merupakan senarai pemeringkatan kemahiran pengurusan yang penting untuk alumni sektor pembuatan dan sektor perkhidmatan. Kedudukan pertama menunjukkan matapelajaran yang lebih penting berbanding kedudukan seterusnya.

Terdapat dua matapelajaran yang berada di lima kedudukan teratas berdasarkan kedudukan min dari perspektif alumni kedua-dua sektor iaitu matapelajaran komunikasi perniagaan dan berurusan dengan pelanggan. Komunikasi perniagaan berada di

kedudukan utama bagi kedua-dua sektor. Ini kerana kemahiran komunikasi dalam bidang pekerjaan seperti membentang laporan, menyediakan laporan bertulis, mempengerusikan mesyuarat, perundingan dengan pelanggan dan sebagainya amat diperlukan dalam bidang pekerjaan berbanding kemahiran yang lebih bersifat spesifik terhadap sesuatu bidang yang boleh diperolehi melalui latihan seperti ’on the job training’. Hasil kajian ini selari dengan kajian yang telah dilaksanakan oleh Owen (1999), Palmer (2000), Palmer (2003), Billing (2003) yang mendapati bahawa kemahiran komunikasi merupakan kemahiran pengurusan yang utama. Di samping itu, hasil kajian ini menyokong dapatan kajian oleh Rosa (2000) yang menyatakan bahawa kemahiran kemanusiaan paling sukar diperolehi manakala kemahiran yang bersifat spesifik lebih mudah diperolehi menerusi latihan.

Perbandingan kedudukan kemahiran di antara kumpulan pekerjaan boleh dilihat daripada jadual 4.38. Kedudukan ini hanya mengambil kira tiga kumpulan pekerjaan sahaja kerana kumpulan pekerjaan lain-lain tidak mewakili secara spesifik sesuatu kumpulan pekerjaan. Oleh itu, hasil keputusannya adalah tidak mewakili mana-mana kumpulan.

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa ketiga-tiga kumpulan pekerjaan ini mempunyai tiga matapelajaran yang sama yang berada di lima kedudukan teratas iaitu komunikasi perniagaan, perundingan dan berurusan dengan pelanggan. Ini sekali lagi menunjukkan bahawa kemahiran yang bersifat soft skills sekali lagi diberi keutamaan oleh alumni. Dapatan yang hampir sama diperolehi oleh Dench, Perryman dan Giles (1988) dalam kajian mengikut persepsi majikan. Didapati majikan meletakkan tahap kepentingan yang paling tinggi bagi kemahiran komunikasi, bekerja dengan orang lain dan kemahiran untuk belajar.

Sekiranya dilihat di lima kedudukan terbawah, terdapat persamaan dari segi matapelajaran iaitu Tabiat Organisasi, Pengurusan Teknologi, Keusahawanan, Teori Pengurusan, Perniagaan Antarabangsa dan Pengurusan R&D. Kumpulan pekerjaan pengeluaran tidak mempunyai matapelajaran Teori Pengurusan, Perniagaan Antarabangsa dan Pengurusan R&D dalam senarai kerana ianya diklasifikasikan sebagai sederhana penting manakala kumpulan pekerjaan pentadbiran dan pemasaran tidak mempunyai matapelajaran Perniagaan Antarabangsa dan Pengurusan R&D dalam senarai. Kajian ini menunjukkan persamaan dengan kajian oleh Irene (1995) yang menunjukkan pelajar memberi lebih keutamaan bagi matapelajaran teknikal atau kuantitatif (seperti ekonomi, kewangan, perakaunan) berbanding dengan matapelajaran kualitatif (Tabiat Organisasi, Pengurusan dan sebagainya).. Kajian ini juga mendapati matapelajaran yang lebih bersifat teoritikal atau ‘subject spesifik’ mempunyai pemeringkatan yang lebih rendah berbanding dengan kepentingan yang bersifat ‘soft skills’. Kajian ini selari dengan kajian oleh Rosa (2000) yang menyatakan pekerja lebih mudah menguasai kemahiran teknikal yang boleh dipelajari melalui kursus dan latihan.

5.1.2 Persoalan Kajian Kedua : Adakah terdapat sebarang perbezaan yang signifikan dari segi kepentingan kemahiran pengurusan di antara sektor industri.

Keputusan analisis untuk persoalan kedua ini boleh dilihat seperti jadual 5.3. Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan di antara kepentingan subjek Etika Profesional dan Strategi Perniagaan di antara alumni sektor pembuatan dan alumni sektor perkhidmatan.

Jadual 5.1 : Keputusan ujian hipotesis untuk persoalan kajian kedua.

Keputusan Kesimpulan

Tolak H0 Terdapat perbezaan yang signifikan dari segi kepentingan kemahiran pengurusan bagi subjek Etika Profesional dan Strategi Perniagaan di antara alumni sektor industri yang berlainan.

Untuk matapelajaran etika profesional, sektor pembuatan meletakkan ia

dikedudukan ke-8 terpenting dengan min 4.1053 dan mean rank 32.79 manakala sektor perkhidmatan pula meletakkan dikedudukan ke-3 penting dengan min 4.5897 dan mean

rank 45.05. Walaupun kedua-dua sektor merasakan bahawa matapelajaran ini merupakan

penting untuk pelajar Sarjana Muda Pengurusan Teknologi, tetapi sektor perkhidmatan lebih memberikan penekanan berkenaan kepentingannya. Ini mungkin disebabkan sektor perkhidmatan lebih banyak berurusan dengan manusia dan lebih terdedah kepada

kesalahan-kesalahan etika seperti rasuah dan sebagainya. Sektor pembuatan pula kebanyakkan lebih tertumpu kepada mesin dan pengeluaran. Ini menyebabkan min sektor perkhidmatan lebih tinggi berbanding min sektor pembuatan untuk matapelajaran etika profesional ini.

Hasil kajian ini adalah selari dengan kajian oleh William (1996), Owen (1997), Batley (1998), Bellinger (1998), Palmer (2000) dan Palmer (2003) yang menunjukkan kumpulan pekerjaan yang berbeza memerlukan kemahiran pengurusan yang berbeza. Kepentingan kemahiran tersebut juga berbeza mengikut jenis pekerjaan.

5.1.3 Persoalan Kajian Ketiga : Adakah terdapat sebarang perbezaan yang signifikan dari segi kepentingan kemahiran pengurusan di antara jenis pekerjaan.

Keputusan Ujian Hipotesis untuk persoalan kajian ketiga ditunjukkan dalam jadual 5.2.

Jadual 5.2 : Hasil Ujian Hipotesis Persoalan Kajian Ketiga Keputusan Kesimpulan

Gagal menolak H0

Tiada bukti yang mencukupi untuk menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dari segi kepentingan kemahiran pengurusan di antara alumni jenis pekerjaan yang berlainan.

Hasil analisis ini gagal menolak Hipotesis null. Ini menunjukkan tiada bukti yang menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan di antara kumpulan pekerjaan dari segi kepentingan kemahiran pekerjaan. Walaupun pemeringkatan min untuk setiap kumpulan adalah berbeza, tetapi terdapat kesamaan dari segi kepentingan tersebut iaitu kemahiran yang berbentuk ’soft skills’ lebih penting berbanding kemahiran yang

berbentuk ’subject specific’. Kemahiran Komunikasi Perniagaan dan Berurusan dengan Pelanggan merupakan kemahiran yang berada dikedudukan tertinggi manakala

kemahiran Pengurusan R&D, Teori Pengurusan dan Perniagaan Antarabangsa berada dikedudukan sederhana penting atau berada dikedudukan bawah pemeringkatan kepentingan.

Hasil ini selari dengan kajian oleh Laughton dan Montanheiro (1996)

menunjukkan responden telah memberikan pemeringkatan yang tinggi kepada ‘soft skill’ dan secara relatifnya memberikan pemeringkatan yang rendah kepada ‘hard skill’.

5.2 OBJEKTIF 2 : KEMAHIRAN TEKNIKAL YANG DIPERLUKAN OLEH