• Tidak ada hasil yang ditemukan

Hak Cipta Terpelihara SIFOO INTERNATIONAL SDN BHD

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Hak Cipta Terpelihara SIFOO INTERNATIONAL SDN BHD"

Copied!
21
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

Hak Cipta Terpelihara © SIFOO INTERNATIONAL SDN BHD

Tiada bahagian penerbitan ini boleh dicipta semula atau diedarkan dalam apa jua bentuk dan format tanpa kebenaran pihak penulis dan penerbitan. Tindakan undang-undang akan diambil.

Segala strategi yang digariskan dalam buku ini mungkin tidak sesuai bagi sesetengah individu dan tiada jaminan dikeluarkan bagi menghasilkan sesuatu keputusan. Segala nasihat, idea dan

cadangan adalah sebagai panduan asas dan nasihat professional mungkin diperlukan.

Tiada jaminan bahawa kandungan dan maklumat di dalam buku ini adalah tepat. Penulis dan pihak penerbitan secara khusus tidak bertanggungjawab tentang apa-apa kerugian dan risiko secaran

langsung atau tidak langsung akibat penggunaan atau aplikasi daripada kandungan buku ini.

Semua kandungan di dalam buku ini adalah benar semasa ianya ditulis dan merupakan pengalaman penulis semata-mata dan maklumatnya mungkin berbeza dari semasa ke semasa.

(3)

FUNNEL?

(4)

Assalamualaikum dan pagi! Apa khabar anda? Bagaimana dengan perniagaan anda? Alhamdulillah berjumpa lagi kita di ebook FunnelEvo Plus! 5 Strategi Marketing Funnel untuk santapan ilmu pemasaran digital kali ini.

Sebelum pergi lebih jauh, saya harap ilmu di ebook sebelum ini memberi idea dan nafas baru kepada strategi pemasaran anda. Jika anda belum dapatkan, search di bahagian Toolkit Library ya. Baik, mari kita teruskan dengan ebook kali ini?

Biasakah anda mendengar tentang Marketing Funnel?

Marketing Funnel adalah corong pemasaran. Ia merupakan sistem atau cara untuk menjelaskan berbagai peringkat yang dilalui oleh pelanggan sebelum melakukan pembelian. Ini meliputi semua peringkat, mulai dari awareness hingga ke peringkat dan saat bakal pelanggan membuat keputusan untuk membeli produk atau servis yang anda tawarkan kepada mereka.

5 Strategi Marketing Funnel

(5)

Contohnya, jika bisnes anda menjual buku, maka Marketing Funnel akan membantu anda untuk menjelaskan lagi perjalanan audiens atau sasaran pelanggan.

Bermula dari tahap kali pertama audiens anda mendengar jenama buku anda, misalnya melalui iklan atau media sosial, hingga akhirnya anda

berhasil menarik perhatian mereka untuk melakukan pembelian dan buat keputusan menjadi pelanggan.

Di muka seterusnya anda akan dihidangkan dengan peringkat Marketing Funnel yang anda perlu tahu, untuk mula merancang strategi pemasaran bisnes.

Anda juga akan tahu apakah kelebihan menggunakan Marketing Funnel, serta cara bina Marketing Funnel yang padu untuk lonjakkan lagi bisnes anda.

Anda sudah tidak sabar? Jom teruskan bacaan.

(6)

PERINGKAT MARKETING FUNNEL YANG ANDA

PERLU TAHU

(7)

Gambar rajah yang anda baru lihat di atas merupakan contoh asas Marketing Funnel yang digunakan oleh banyak perniagaan di luar sana. Ia bermula dengan awareness atau kesedaran terhadap jenama atau iklan anda. Di bawah saya telah sediakan huraian untuk setiap peringkat Marketing Funnel ini. Mari kita teroka setiap satu.

1. Awareness

Ini adalah permulaan peringkat di mana audiens mula mengetahui produk, jenama atau bisnes anda. Dari perspektif pemasaran, pada peringkat ini matlamat utama adalah untuk memperkenalkan jenama dan produk anda kepada sasaran pelanggan. Ini adalah peringkat di mana semua strategi dan usaha pemasaran anda harus memfokuskan untuk menarik perhatian audiens seramai yang mungkin.

Di fasa ini juga anda boleh mula mengumpulkan prospek yang berminat dengan perniagaan anda melalui ‘lead generation’. Lead generation merupakan teknik pemasaran untuk menarik dan mengumpul audiens yang berminat dengan produk/khidmat anda.

(8)

Di sini saya senaraikan langkah demi langkah strategi yang sering digunakan dalam proses menjalankan kempen ‘lead generation’ yang berjaya :

1) Menawarkan sesuatu secara percuma, seperti ebook panduan, sampel produk dan apa sahaja yang menarik. Anda boleh

tawarkan ini melalui pengiklanan berbayar atau siarkan di media sosial anda.

2) Mendapatkan maklumat mereka apabila mereka berminat untuk dapatkan tawaran percuma anda, maklumat seperti nama,

nombor telefon, dan emel.

3) Anda juga boleh menawarkan kepada mereka untuk sertai

channel telegram anda. Selepas mengisi maklumat diri mereka, anda boleh automate emel yang disertakan link channel telegram anda.

4) Kumpulkan maklumat mereka di dalam satu dokumen excel, untuk anda follow up menggunakan sistem pemasaran emel, atau whatsapp blasting.

Saya harap perkongsian strategi ini sedikit sebanyak membantu anda untuk rangka perancangan Marketing Funnel anda. Perkongsian ini hanyalah contoh asas sahaja. Anda boleh sesuaikan mengikut perniagaan anda.

Jom kita teruskan huraian untuk peringkat kedua Marketing Funnel.

5 Strategi Marketing Funnel

(9)

2. Interest

Pada peringkat ini, bakal pelanggan anda akan mula terpikat. Mereka mula berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut tentang jenama atau produk anda. Mereka mula mempertimbangkan produk anda dengan membandingkannya dengan jenama lain dan kemudian belajar tentang pelbagai ciri dan faedah yang ditawarkan kepada mereka.

Namun, bagaimana untuk buat mereka terpikat? Ibaratnya anda sudah mengenali seseorang, anda ingin buat dirinya terpikat kepada anda. Mesti ada cara betul? Kerana bila sudah kenal, belum tentu suka dan terpikat, kan? Ok jom saya nak kongsi sedikit strategi.

Jika anda masih ingat, di strategi ‘lead generation’ di nombor 3. Saya ada kongsikan strategi untuk anda kumpulkan mereka setempat contohnya di channel telegram.

Di bahagian ini, anda boleh kongsikan kepada mereka sharing yang menarik tentang bisnes anda. Contohnya seperti testimoni,

maklumat produk, info atau ilmu yang berkaitan dengan bisnes anda.

Buat mereka terpikat dengan anda, ok?

(10)

3. Desire

Peringkat ketiga adalah desire. Ini adalah peringkat di mana bakal pelanggan benar-benar mula menginginkan produk atau perkhidmatan anda dan berhasrat untuk membuat pembelian. Pada peringkat ini perspektif audiens mula berubah daripada suka kepada ingin memiliki. Dari perspektif pemasaran, peringkat ini adalah apabila anda perlu memberi galakan untuk menukar status prospek mereka kepada status pelanggan.

Di peringkat ini, anda boleh aplikasikan Teknik Launching. Contohnya, anda membuat satu pengumuman bahawasanya akan ada pelancaran harga pengenalan atau harga promosi.

Jalankan kempen teaser untuk anda seeding mereka dahulu. Teaser adalah pratonton kepada audiens anda. Bererti anda hanya beri

‘sneak preview’ kepada apa yang anda bakal tawarkan.

Contohnya, bisnes tudung, di bahagian teaser mereka hanya menunjukkan sedikit sahaja rekaan tudung yang bakal dilancarkan.

Samada melalui gambar atau video.

Selepas teaser, anda boleh pula jalankan kempen buzz marketing di mana anda mengimarahkan lagi dengan cara memberitahu, apa kebaikan dan manfaat yang mereka akan perolehi dengan produk baru ini, pada hari pelancaran.

Seterusnya, tibalah kempen launching iaitu hari pelancaran kepada promosi atau produk baru anda. Anda boleh sesuaikan mengikut bisnes anda dengan cara yang lebih kreatif.

Perkongsian ini merupakan contoh strategi yang mudah untuk anda jadikan sebagai panduan.

5 Strategi Marketing Funnel

(11)

Tahapan terakhir dari Marketing Funnel adalah action, di mana bakal pelanggan mengambil tindakan yang diingini dan mengubahnya menjadi pelanggan. Semua strategi pemasaran di funnel ini harus menyampaikan rasa yang mendesak untuk mendorong audiens

mengambil tindakan yang mengubah diri mereka menjadi pelanggan.

Jadi, sebagaimana perkongsian di peringkat ketiga tadi, setelah anda jalankan strategi Teknik Launching, anda perlu mewujudkan rasa mendesak kepada audiens untuk membeli di peringkat action atau sewaktuhari pelancaran tersebut.

Bagaimana hendak mewujudkan rasa mendesak? Tawaran yang diumumkan hanya boleh berlangsung pada waktu yang terhad sahaja. Atau maksud lainnya, Limited Time Offer. Tawaran yang diberikan juga haruslah sangat menarik sehinggakan audiens anda tidak dapat menolak dan lagi meningkat rasa ingin beli mereka.

Jika anda biasa mengikuti sesi perkongsian FunnelEvo, kami ada kongsikan formula sales melonjak atau sales equation.

Formulanya adalah, Sales Equation = Right Audience x Sexy Offer x Time Limit. Bolehkah anda nampak aliran formula ini di dalam

strategi Marketing Funnel?

(12)

APA KELEBIHAN

MARKETING FUNNEL?

(13)

Bagaiamana pembacaan anda setakat ini? Boleh ikuti pengisian ebook ini? Jom kita baca pula apa kelebihan Marketing Funnel.

Kelebihan Marketing Funnel adalah, apabila bakal pelanggan keluar dari sesuatu peringkat funnel, anda boleh mengesannya ke peringkat yang mereka tinggalkan, dan mengetahui puncanya. Data ini sangat berguna untuk mencipta strategi pemasaran yang lebih baik.

Data adalah penting dalam pemasaran digital. Ia boleh membantu anda untuk menambah baik strategi sedia ada dan membangunkan strategi baharu.

Beberapa manfaat lain dari Marketing Funnel adalah:

• Meningkatkan penjualan.

• Anda dapat menyesuaikan jenis content dan strategi yang relevan dengan sasaran pelanggan.

• Mendapatkan insight mengenai tingkah laku bakal pelanggan.

• Membantu kenal pasti Kawasan atau peringkat yang perlu penambahbaikan.

(14)

5 LANGKAH MEMBINA MARKETING FUNNEL

YANG POWER

(15)

NOMBOR 1: FAHAMI SASARAN PELANGGAN ANDA.

Langkah pertama dalam membina Marketing Funnel ialah memahami target audience anda. Anda perlu tahu siapa yang anda ingin sasarkan sebelum anda boleh membuat Marketing Funnel untuk menyasarkan dan menukar mereka kepada pelanggan.

Terdapat beberapa cara anda boleh memahami sasaran pelanggan anda. Ini termasuk maklum balas langsung daripada pelanggan sedia ada, tinjauan atau survey, media sosial dan data insight laman web atau media sosial anda.

Ideanya adalah untuk bukan sahaja memahami siapa pelanggan sasaran anda, tetapi juga cara mereka berinteraksi dengan laman web dan kandungan anda. Tingkah laku dalam talian mereka akan membantu anda memahami cara membentuk funnel anda dan peringkat yang perlu ditambah baik.

(16)

NOMBOR 2: TENTUKAN BILANGAN PERINGKAT DALAM FUNNEL ANDA

Awareness (Atas)

Matlamat pada peringkat ini adalah untuk memberi kesedaran jenama dan produk anda.

Kali pertama prospek mendengar tentang jenama anda membentuk tanggapan pertama, ini dinamakan First Impression. Anda perlu mendapatkan prospek seramai mungkin pada peringkat ini kerana bilangannya akan terus berkurangan apabila mereka bergerak ke funnel seterusnya.

Interest Dan Desire (Tengah)

Ini adalah peringkat seterusnya di mana pengguna sudah mengetahui tentang jenama anda, berminat dan ada keinginan untuk membeli, tetapi tidak pasti sama ada untuk membuat pembelian atau tidak. Ini adalah peringkat di mana anda perlu meyakinkan prospek anda bahawa produk anda lebih baik daripada pesaing.

Action (Bawah)

Ini adalah peringkat akhir marketing funnel di mana prospek sudah mempunyai niat membeli dan anda hanya perlu menutup perjanjian dengan membeli produk atau servis anda. Di sinilah anda perlu memastikan bahawa prospek anda akhirnya membuat pembelian.

5 Strategi Marketing Funnel

(17)

SETIAP PERINGKAT.

Top-of-the-Funnel (TOFU)

Peringkat awal untuk tarik leads. Strategi pemasaran yang popular untuk peringkat ini:

• Pemasaran media sosial (Media Social Marketing).

• Kempen pemasaran influencer (Paid Review).

• Kempen pengiklanan berbayar (Paid Ads Campaign).

• Video atau live di media sosial.

Middle-of-the-Funnel (MOFU)

Ini ialah peringkat di mana leads anda akan terlibat lebih jauh dengan kandungan anda atau keluar. Berikut adalah beberapa taktik pemasaran popular yang boleh anda cuba pada peringkat ini.

• Ulasan produk (Product Review).

• Kajian kes (Case Study).

• Testimoni pelanggan (Customer Testimony).

• Perbandingan produk (Product Comparison Review)

• Paparan infografik di media sosial atau laman web.

Bottom-of-the-Funnel (BOFU)

Ini adalah peringkat di mana hanya leads dengan niat membeli yang tinggi yang hadir dan anda hanya perlu memberi mereka dorongan ke arah yang betul. Berikut ialah beberapa taktik pemasaran:

• Menyediakan tawaran dan diskaun.

• Gunakan pemasaran (Retargeting Ads).

• Percubaan dan demo produk percuma (Free Trial).

• Mencipta kekurangan dengan menunjukkan bahawa hanya stok terhad (Limited Stock or Limited Edition).

(18)

NOMBOR 4: MENGEKALKAN PELANGGAN ANDA (RETENTION)

Setiap pemasar tahu pengekalan pelanggan adalah lebih penting daripada pemerolehan pelanggan. Pelanggan berulang adalah lebih menguntungkan dalam jangka masa panjang, oleh itu, funnel anda harus termasuk peringkat selepas pembelian juga. Sebagai contoh peringkat Pengekalan (Retention), antara teknik pemasaran di peringkat ini adalah:

• Program keahlian (Membership Program).

• Ganjaran atau diskaun kepada pelanggan tetap (Loyalty Card and Reward).

• Langganan e-mail untuk tawaran terkini (E-mail / Newsletter).

5 Strategi Marketing Funnel

(19)

NOMBOR 5: JADIKAN PELANGGAN SEBAGAI DUTA JENAMA (ADVOCACY)

Secara ringkasnya, pemasaran advokasi membuat pelanggan sedia ada berkongsi pengalaman positif mereka dengan jenama anda kepada orang lain. Ia mendorong pelanggan yang paling bersemangat untuk menguatkan suara jenama anda dan dengan itu membawa lebih banyak pelaggan baru.

Taktik yang digunakan untuk memacu advokasi termasuk:

• Survey: Gunakan tinjauan untuk mengumpulkan input tentang produk dan perkhidmatan anda. Menunjukkan bahawa anda mengambil berat tentang pendapat pelanggan.

• Penambahbaikan Perniagaan: Jika tinjauan anda mendedahkan kawasan yang menimbulkan masalah untuk pelanggan, dan membuat penambahbaikan.

• Referral Program: Buat program rujukan yang mendorong pelanggan yang membawa pelanggan baharu ke perniagaan anda, seperti menawarkan diskaun kepada rakan dan keluarga pelanggan anda. Sebagai contoh, referral program Tesla menawarkan pelanggan $1,000 dollar diskaun untuk setiap rakan yang membeli salah satu keretanya.

(20)

Tahniah kepada anda yang komited membaca ebook ini. Sebenarnya kita sudah di penghujung. Saya harap dengan perkongsian ebook ini sedikit sebanyak membantu anda untuk merangka strategi pemasaran lebih baik, seterusnya meningkatkan lagi jualan.

Di kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda yang menyokong FunnelEvo Plus!

Jangan lupa dan lepaskan program bulanan yang kami sediakan untuk anda. Jumpa lagi di karya seterusnya.

Pagi! Lawan tetap lawan!

5 Strategi Marketing Funnel

(21)

Gambar

Gambar rajah yang anda baru lihat di atas merupakan contoh asas Marketing Funnel yang digunakan oleh banyak perniagaan di luar sana

Referensi

Dokumen terkait

z “ “ Suatu Suatu Organisasi Organisasi yang yang memiliki memiliki ketrampilan ketrampilan menciptakan menciptakan , , menguasai?. menguasai dan dan membelajarkan

Pada saat dilakukan perpindahan posisi, mulai dari posisi terlentang, posisi halflying, hingga posisi berdiri akan terjadi suatu perubahan secara konstan di bawah pengaruh

Salah satu asas penting yang wajib diperhatikan adalah bahwa hakim wajib mengadili semua bagian tuntutan dan dilarang menjatuhkan putusan atas perkara yang tidak dituntut

Ketidakbermaknaan korelasi tingkat gejala adiksi internet dengan aktivitas yang dilakukan jika tidak tersedia dana, dapat dijelaskan karena sebagian besar

Hasil penelitian menunjukan bahwa terdapat pengaruh yang jelas antara sanitasi rumah dengan tingkat prevalensi TB paru di wilayah Kecamatan Cidahu Kabupaten Kuningan Tahun

Semasa pemain daripada pasukan lawan yang dibenarkan berada dalam kawasan itu membuat hantaran percuma, bola tidak boleh dibaling melebihi kawasan gelanggang

Tugas akhir yang berjudul “Analisis Pemilihan Moda Transportasi Alternatif Akibat Gangguan Operasional Kereta Commuter Indonesia Pada Rute Red Line Jakarta Kota -

Setelah biaya bersama teralokasikan ke masing-masing produk yang dihasilkan, kemudian dapat dibandingkan antara harga pokok produksi perunit menurut metode market