• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

BAB 1 PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Sejarah secara jelasnya telah menyatakan pertanian merupakan ekonomi tertua di dunia.

Sejak abad ke-19 lagi , pertanian secara komersial begitu penting dalam ekonomi di Tanah Melayu. Malah, kegiatan pertanian juga merupakan ekonomi sara diri yang terpenting bagi masyarakat Melayu tradisional pada zaman dahulu.Jika merujuk kepada ekonomi sara diri tersebut, tanaman padi merupakan tanaman yang paling utama memandangkan ia adalah makanan asasi masyarakat di rantau ini. Di negara Malaysia sahaja, pertanian sawah padi merangkumi hampir setiap pelosok negeri.Negeri-negeri yang terkenal dalam penanaman padi sawah di Tanah Melayu adalah seperti Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. Antara negeri-negeri ini, Kedah merupakan negeri yang terkenal sebagai jelapang padi. Menjelang abad ke-18, dataran Perlis dan Seberang Perai turut menjadi kawasan penanaman padi yang utama.

Menurut pensyarah di Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dr. Samsu Adabi Mamat, perkembangan sistem pertanian telah pun disebutkan di dalam Al-Quran iaitu pada surah Yusuf (ayat: 43 hingga 53). Ayat tersebut menjelaskan bidang pertanian mulai berkembang ketika Nabi Yusuff AS menjadi pemerintah Mesir. Allah dalam firmannya menyebut :“Dan (pada suatu hari) raja Mesir berkata: “Sesungguhnya aku mimpi melihat: tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus, dan aku melihat tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau dan tujuh tangkai lagi yang kering. Wahai ketua-ketua kaum (yang hadir, terangkanlah kepadaku tentang mimpiku ini, kalau kamu orang yang pandai menafsirkan mimpi”

Dr. Hafidzi Mohd Noor

Pada ketika itulah perkembangan bidang pertanian dilakukan secara pesat demi menghadapi musim kemarau selama tujuh tahun. Ketika itu, penggunaan ‘orang-orang’ telah digunakan sebagai satu alat yang mencegah hasil tanaman dimakan oleh binatang perosak, terutamanya burung dan haiwan-haiwan lain.

Menurut pensyarah di Jabatan Perlindungan Tumbuhan, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya. Dr. Hafidzi Mohd Noor, ‘orang-orang’ (patung menyerupai manusia) atau nama lainnya Scarecrow. Ia digunakan untuk menakutkan haiwan perosak terutamanya Burung Pipit dan Bangau yang menghampiri sawah atau ladang.Penggunaan

‘orang-orang’ tidak hanya tertumpu di Malaysia sahaja tetapi ia telah digunakan secara meluas di seluruh dunia. Misalnya di Korea, Kanada dan Jepun. Ketiga-tiga negara ini merupakan antara negara yang banyak menggunakan ‘orang-orang’ dalam bidang pertanian mereka bagi tujuan keselamatan tanaman.Tetapi, timbul tanda tanya dari negara manakah datangnya ‘orang- orang’ ini? Bagaimanakah manusia pada zaman nenek moyang kita dahulu mampu terfikir untuk mencipta alat seperti ini?

Menurut Dr. Hafidzi, sehingga kini, tidak diketahui daripada mana asal usul ‘orang-orang’ dan

belum ada kajian yang dilakukan secara terperinci mengenainya. Walau bagaimanapun, ujar

Dr. Hafidzi, manusia sebenarnya dibekalkan secara fitrah ilmu kemahiran menguasai alam

(2)

mengganggu hidupan lain.Mengikut sebuah buku tertua di Jepun yang bertajuk Kojiki, ‘orang- orang’ di sawah dikenali sebagai Kuebiko. Kemunculannya di negara tersebut dianggap seperti dewa yang membawa rahmat. Ini kerana ia mampu menjaga sumber makanan mereka.

Walaupun Kuebiko tidak bernyawa, masyarakat Jepun mengandaikan ia sebagai dewa yang mengetahui semua perkara.Ujar Dr. Hafidzi lagi, penggunaan ‘orang-orang’ dalam bidang pertanian dikategorikan sebagai kaedah kawalan secara mekanikal. Fungsinya sama seperti kincir angin yang digunakan di Eropah iaitu sebagai agen penghalau burung yang cuba memakan hasil tanaman. Di serata dunia, ‘orang-orang’ diperbuat daripada jerami yang dimasukkan ke dalam kain lama dan dipasangkan dengan tin kosong.

Mengikut resam dan kepercayaan masyarakat Asia Tenggara, penggunaan ‘orang-orang’ di sawah sebagai melambangkan semangat tanaman. Jadi sebelum ‘orang-orang’ ini dipasangkan, ia perlu menjalani upacara mantera untuk memastikan semangat tanaman khususnya padi mendatangkan hasil yang banyak kepada petani.Sehingga kini, penggunaan orang-orang dilihat semakin kurang digunai pakai dan tidak begitu praktikal berbanding dengan teknologi pertanian yang baru. Walaupun begitu, jelas Dr. Hafidzi, pertanian moden telah meletak tanda aras sebanyak lima peratus bagi kesan serangan haiwan perosak yang tidak boleh dielakkan.

Dan dalam apa jua keadaan, lima peratus itu adalah hak haiwan-haiwan lain seperti tikus, serangga dan sebagainya. Malah, ujar Dr. Hafidzi, dalam konteks agama Islam sendiri, ia dianggap sebagai satu pahala.Keberkesanan kajian ini adalah untuk memastikan sama ada Birds Reppellant mampu untuk menggantikan orang-orang yang digunakan petani bagi menghalau burung yang mengancantanaman padi.selain itu ,Birds Repellant ini dipengaruhi oleh beberapa factor sepeti ciri-ciri fizikal bahan yang digunakan untuk mencipta projek tersebut

Dalam memastikan mesin Birds Repellant ini berfungdi dengan baik ianya haruslah dipantau dari masa kesemasa oleh penyelia. Dendan ini, secara tidak langsung dapat menghasilkan alat yg mampu menjaga tanaman padi dari diancam serangan burung-burung . Oleh itu,ianya dapat menggantikan orang-orang yang digunakan oleh petani di sawah padi.

1.2 KANDUNGAN LAPORAN AKHIR

Kandungan laporan akhir projek perlu mengikut piawaian yang telah ditetapkan berdasarkandalam buku panduan projek. Tambahan pula, kandungan laporan akhir perlulah dilakukan dengan lebih terperinci bagi membantu pembaca mencari maklumat dengan lebih mudah. Dalam kandungan laporan akhir perlu mempunyai lima bab yang utama iaitu pengenalan, kajian literature, metodologi, hasilke putusan, perbincangan dan kesimpulan.

Berdasarkan rajah 1.1 menunjukkan ringkasan kandungan serta penjelasan di dalam kandungan laporan akhir.

1.3 PENDAHULUAN

Keberkesanan kajian ini adalah untuk memastikan sama ada Birds Reppellant mampu

untuk menggantikan orang-orang yang digunakan petani bagi menghalau burung yang

mengancantanaman padi.selain itu ,Birds Repellant ini dipengaruhi oleh beberapa factor sepeti

(3)

Dalam memastikan mesin Birds Repellant ini berfungdi dengan baik ianya haruslah dipantau dari masa kesemasa oleh penyelia. Dendan ini, secara tidak langsung dapat menghasilkan alat yg mampu menjaga tanaman padi dari diancam serangan burung-burung . Oleh itu,ianya dapat menggantikan ORANG-ORANG yang digunakan oleh petani di sawah padi.

1.4 LATAR BELAKANG KAJIAN

Masalah yang dihadapi di sawah padi adalah padi yang rosak akibat burung yang datang dan merosakkan padi yang ditanam oleh mereka.Kaedah menggunakan orang-orang di sawah sudah tidak lagi berkesan untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

1.5 PENYATAAN MASALAH

Dalam kajian masalah utama yang dihadapi ialah padi yang sudah naik dimakan oleh burung burung . Permasalahan ini lebih menjurus kepada musim padi sedang naik.selain itu,permasalahan lain yang dikenal pasti adalah kerugian petani sawah padi kerana padi yang rosak akibat diserang burung.Antara lokasi yang menjadi tumpuan ialah sawah padi.Birds Repellant boleh membantu petani sawah padi menjaga sawah dari serang burung.Sehingga hari ini,isu padi yang rosak akibat dimakan burung masih lagi menjadi punca padi rosak walaupun pelbagai cara sudah dibuat oleh petani sawah padi .Malangnya , cara itu semua tidak berkesan sehingga hariini . Tambahan lagi ,kerugian yang besar bagi petani sawah padi kerana padi yang dituai sudah rosak akibat dimakan oleh burung .Oleh itu, cara yang berkesan ialah dengan menggunakan Birds Repellant bagi mengawal sawah padi dari dimakan burung.

1.6 OBJEKTIF KAJIAN

Dalam mereka bentuk, membina serta menyiapkan projek, terdapat beberapa objektif yang ditetapkan untuk dicapai:

-Mereka bentuk mesin birds repellent

-Membina system mesin birds repellent dengan menggunakan pelbagai kaedah serta bahan yang digunakan.

-Mengkaji mesin birds repellent melalui percubaan keberkesanan projek.

1.7 SKOP

-Beban maksimum yang dapat menampung tali adalah 5kg

-Sesuai untuk menghalau burung di tempat-tempat yang kerap diserang burung.

-Anggaran jarak bunyi yang yang dikeluarkan adalah sekitar 10 meter

1.8 PERSOALAN KAJIAN

(4)

Terdapat satu alat yang digunakan oleh petani sawah padi iaitu orang-orang yang digunakan untuk menghalau burung dari merosakkan sawah padi tetapi alat tersebut tidak berkesan

1.9 RUMUSAN BAB

Mesin ini mampu menyelesaikan masalah kerosakkan tanaman yang diancam oleh burung dan petani tidak perlu risau akan tanaman mereka rosak dan tidak perlu menanggung kerugian yang besar

(5)

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN BAB

Di sini dinyatakan jenis-jenis bahan bagi memenuhi ciri ciri yang perlu bagi produk ini, seperti yang dinyatakan produk ini perlulah memenuhi ciri-ciri objektif supaya dapat menyelesaikan masalah yang dialami berbanding produk yang sedia ada. Disini juga akan dinyatakan bahan-bahan yang terpilih untuk menghasilkan projek. Setiap bahan yang dipilih adalah yang terbaik untuk memenuhi syarat yang telah ditetapkan. Bahan-bahan yang dipilih mestilah daripada segi kos yang berpatutan, syarat keselamatan yang baik dan reka bentuk yang dapat memenuhi apa yang akan dicipta.

2.2 KAJIAN TERDAHULU

Kajian terdahulu memerhati petani petani menggunakan orang-orang untuk menghalau burung dari merosakkan sawah padi dan cara tersebut sekarang tidak lah berapa berkesan kerana menggunakan orang-orang hanya berkesan sedikit kerana burung tidak lagi takut kepada alatan tersebut malahan burung bertenggek di atas orang-orang maka disini kami mencipta alatan yang lebih berkesan untuk menghalau burung dari merosakkan tanam sawah padi

2.3 KONSEP BUNYI

Bunyi merupakan sejenis gelombang yang dapat kita kesan dengan deria pendengaran, iaitu telinga. Gegendang telinga akan mengesan getaran molekul-molekul udara ini lalu ditafsirkan oleh otak. Gelombang bunyi boleh merambat melalui udara hasil getaran molekul- molekul udara. Oleh itu, molekul-molekul udara menjadi medium rambatan gelombang bunyi.

Tanpa molekul-molekul udara ini, misalnya dalam ruang hampagas seperti di angkasa lepas,

gelombang bunyi tidak akan dapat merambat dari satu tempat ke tempat lain. Justeru, tiada

bunyi dapat didengar di angkasa lepas. Konsep kenyaringan dan kelangsingan bunyi

merupakan hasil pembelajaran KBSM Fizik Tingkatan 5 di bawah Objektif 1.6 Menganalisis

gelombang bunyi. Melalui semakan kurikulum 2017, konsep ini diperkenalkan lebih awal pada

KSSM Sains Tingkatan 2 di bawah Standard Kandungan 10.2 Kekuatan dan kelangsingan

bunyi. Perhatikan istilah kenyaringan dan kekuatan bunyi adalah konsep yang sama merujuk

kepada amplitud getaran molekul-molekul udara yang menjadi medium rambatan bunyi.konsep

ini digunakan kerana dengan keluarnya bunyi yang nyaring dapat membantu menghalau atau

menakut kan sesuatu benda hidup seperti haiwan liar

(6)

2.4 KONSEP KIPAS ANGIN

Kipas angin dipergunakan untuk menghasilkan angin. Fungsi yang umum adalah untuk pendingin udara, penyegar udara, ventilasi (exhaust fan), pengering (umumnya memakai komponen penghasil panas). Kipas angin juga ditemukan di mesin penyedot debu dan berbagai ornamen untuk dekorasi ruangan.Kipas angin secara umum dibandingkan atas kipas angin tradisional antara lain kipas angin tangan dan kipas angin listrik yang digerakkan menggunakan tenaga listrik.konsep kipasini digunakan didalam projek ini untuk memutarkan batang yang kami reka khas untuk membuat satu kipas yang dapat mengeluarkan satu bunyi libasan bagi menghalau burung ii

2.5 KAJIAN SPESIFIKASI REKABENTUK DI PASARAN

Diserata dunia terdapat pelbagai mesin atau alat untuk menghalau haiwan seperti digunakan oleh petani petani tetapi alat ini khas dibuat bagi menggantikan ORANG – ORANG yang digunakan petani sawah padi bagi mengelakkan tanaman sawah padi mereka makan atau dirosakkan oleh burung .Dari aspek reka bentuk ORANG-ORANG yang digunakan petani tidak berkesan kerana dari segi reka bentuk tidak menakutkan burung malahan burung bertenggek diatasnya

2.6 TEORI

Projek ini terdapat beberapa konsep yang diwujudkan. Antaranya ialah : BUNYI

Mesin ini menggunakan speaker untuk mengeluarkan satu bunyi yg nyaring bagi menakut burung sebagai contoh bunyi orang menjerit atau bunyi letupan atau tembakan

KIPAS

KONSEP KIPAS digunakan bagi memutarkan batang tersebut dan apabila ianya berputar dapat lebih lagi pergerakan benda yang mebuatkan burung lagi takut

2.7 KESIMPULAN

Bab ini menerangkan menerangkan secara terperinci bagaimana mesin ini dapat mengatasi

masalah yang dihadapi oleh petani sawah padi dan bagaimana konsep yang ada di mesin ini

dapat menghalau burung dari memakan atau merosakkan tanam sawah padi. . Seterusnya,

dalam bab ini juga menerangkan fungsi-fungsi komponen dan bahan asas yang digunakan bagi

menyiapkan projek ini. Segala kajian yang pernah dijalankan sewaktu dahulu telah banyak

menerangkan bagaimana sebuah mesin dapat menggantikan orang-orang disawah padi

(7)

BAB 3 METODOLOGI

3.1 PENGENALAN BAB

Metodologi ialah aspek yg perlu dikaji untuk menghasilkan sesuatu projek. Perancangan proses perlu diteliti sebaik mungkin untuk menghasilkan suatu projek atau produk yang berkualiti. Berikut adalah turutan segala proses atau tatacara yang perlu dilalui sebelum satu produk itu siap sepenuhnya. Kaedah kerja perlu dilakukan dengan teratur dan sesuai bagi mendapatkan kerja dan hasil yang baik dan terjamin. Dengan adanya kaedah kerja yang teratur, maka segala kerja dan tugas yang ingin dilakukan dapat diikuti dan dilaksanakan dengan teratur dan selamat. Dalam bab ini akan membincangkan mengenai langkah-langkah kerja yang akan dilakukan akan diterangkan bersama rajah yang boleh membantu pemahaman mengenai penghasilan projek ini.

3.2 CARTA ALIR

skop kajian keperluan reka bentuk

penyataan masalah

kajian literatur rekabentuk

konsep pemilihan

konsep

pemilihan bahan

proses

penilaian tamat

(8)

3.3 FAKTOR PEMILIHAN REKA BENTUK

Proses penilaian reka bentuk melibatkan beberapa aspek yang penting dalam perlaksanaan sesuatu projek. Antaranya:

i. Fungsi

Reka bentuk yang baik haruslah memenuhi kehendak dan keperluan pengguna terutama dari segi bentuk.

ii. Rupa Bentuk

Mempunyai reka bentuk yang menarik, ringkas dan mudah. Kebiasaannya suatu bentuk yang dihasilkan perlulah menarik perhatian pengguna.

iii. Kesesuaian

Pemilihan mestilah sesuai, mudah diperolehi, kos yang minimum dan mesra pelanggan.

iv. Ketahanan

Ketahanan suatu reka bentuk seharusnya menepati tujuan dan fungsi yang dibuat dapat menanggung beban dan dapat diguna dalam jangka hayat yang panjang.

v. Kos

Produk yang dihasilkan hendaklah dapat disiapkan pada harga yang minimum agar tidak membebankan pengguna.

vi. Kemasan

Kemasan suatu permukaan dan reka bentuk projek hendaklah menarik dan sesuai dengan tujuan penggunaan.

vii. Kebolehasilan

Sesuatu reka bentuk yang dihasilkan hendaklah mudah dan tidak melibatkan proses pembinaan yang rumit.

viii. Nilai komersial

Mempunyai ciri – ciri untuk dipasarkan kepada pengguna sasaran

(9)

3.4 REKA BENTUK KAJIAN

Rekabentuk konsep ini dilakukan dengan lakaran awal sebelum memulakan projek.

Tujuan rekabentuk konsep ini adalah untuk mendapatkan gambaran awal terhadap projek yang dilakukan. Ia juga bertujuan untuk menambah baik lakaran yang sedia ada. Rekabentuk konsep dilakukan sebanyak yang boleh bagi mengeluarkan kesemua idea dan inovasi. Dalam pemilihan rekabentuk, lakaran di buat bagi membezakan kelebihan dan kekurangan yang ada

pada setiap lakaran projek . Dalam permehatian yang telah dilakukan, mesin ini (bird repelant) mempunyai saiz yang sederhana dan boleh diletakkan di sawah padi.

3.5 Lukisan Berbentuk Komputer

(10)

Rajah 3.5: SAIZ PROJEK & LUKISAN 3D

3.6 PERALATAN, BAHAN DAN KOS 3.6.1 PERALATAN

Alatan bantuan yang diperlukan untuk melaksanakan projek dan juga semasa projek dan juga semasa proses untuk membna projek dilakukan .Tanpa alat bantuan kerja ini,projek ini tidk akan dapat dilakukan dengan sempurna.Antara alatan yang digunakan untuk membina Bird Repellant adalah seperti berikut.

3.7

SENARAI BARANG DAN KOMPONEN PROJEK

Antara komponen yang digunakan dalam menghasilkan Bird Repellant.

 Suis

 Paip besi

 String

 Speaker

 DC Motor

 Bateri

 Box

 Blade

PERALATAN KEGUNAAN

MESIN PEMOTONG BESI Digunakan bagi memotong besi yang telah diukur mengikut ukuran

PITA PENGUKUR Digunakan untuk mengukur sesuatu

bahan.

DRILL TANGAN Digunakan untuk menebuk lubang pada

besi .

ALATAN TANGAN Digunakan untuk menyambung semua

jenis bahan pada projek

SARUNG TANGAN Memastikan keselamatan tangan dijaga

bagi mengelakkan kecederaan.

(11)

Rajah 3.5.1: KOMPONEN PROJEK

3.7.1 KOS MEMBELI BARANGAN

BAHAN HARGA

PASARAN

KEGUNAAN KOS

KEGUNAAN

BATERI RM 50 1 RM 50

DC MOTOR(12V) RM 15 1 RM 15

SIREN RM 30 1 RM 30

LOAD SWITCH RM 20 1 RM 20

WIRE RM7 1 RM 7

PIPE PVC RM 5 2 RM 10

BESI RM 50 1 RM 50

TOTAL RM 182

Jadual 3.5.3 Kos yang diperlukan.

(12)

Rajah 3.5.2: Projek percubaan

3.8 RUMUSAN BAB

Alat menghalau burung (BIRDS REPELLANT) ini merupakan satu alat yang seharusnya ada di sawah padi .Projek ini dapat memudahkan petani ii untuk menjaga sawah padi dengan lebih baik.Apabila menggunakan alat ini< ia akan menjimatkan kos dan tidak merugikan petani akibat dari padi yang rosak.Alat yang digunakan petani kini tidak lagi bekesan iaitu dengan menggukan patung orang-orang bagi menghalau burung.Oleh itu , alat ini dicipta khas untuk petani sawah padi bagi mengurangkan kerugian mereka.

Referensi

Dokumen terkait

Dari hasil penelitian ini menunjukkan bahwa terdapat hubungan yang positif antara Alokasi Dana Desa dengan pembangunan desa dan juga terdapat persepsi positif masyarakat

Dari ketiga penelitian tersebut terdapat kesamaan yaitu perencanaan strategis menggunalan metode Enterprise Architecture Planning (EAP) yang menghasilkan arsitektur data, aplikasi,

Landasan teori, dalam bab ini dijelaskan tentang teori pendukung yang digunakan untuk pembahasan dan cara kerja dari rangkaian Teori pendukung itu antara lain tentang

Elektrokardiograf atau EKG adalah suatu alat dengan elektrode yang terpasang di permukaan kulit yang digunakan untuk mengamati aktivitas elektris otot jantung.. Elektokardiogram

Para pengunjung memiliki makna tersendiri mengenai kunjungan wisatanya ke Kampung Sampireun Garut adalah sebuah tempat yang sangat lain daripada yang lain, dimana tempat

yang sedang mengerjakan tugas. Ketidakdisiplinan anak Kelompok A TK Taman Indria Dlingo tersebut terlihat selama kegiatan belajar mengajar di kelas berlangsung dan

Kebutuhan lentur pada analisis ini terdiri dari 2 bagian yaitu kebutuhan tulangan lentur balok dengan menggunakan dimensi dan momen yang berbeda dan kebutuhan

Penelitian ini bertujuan untuk menjelaskan: (1) perencanaan pembelajaran keterampilan membaca pada siswa SMP Negeri 1 Wedi Klaten; (2) pelaksanaan pembelajaran