• Tidak ada hasil yang ditemukan

Teknik Menjawab Bah A_soalan Struktur

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Teknik Menjawab Bah A_soalan Struktur"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

Teknik Menjawab BAHAGIAN A Soalan Struktur

BAHAGIAN A Soalan Struktur 1. Skema Pemarkahan Bahagian A :

a) Bahagian ini mengandungi empat soalan. Calon dikehendaki menjawab semua soalan. Markah bagi satu soalan ialah antara 3 markah hingga 4 markah. Markah penuh untuk Bahagian B ialah 15 markah.

b) Pemberian markah soalan struktur akan berasaskan kepada perkara-perkara berikut :

Kriteria Markah Catatan

Isi betul 1 Soalan berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Rendah (LOTS) Isi betul

Huraian betul

1 + 1

Soalan berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)

Catatan PENTING :

1. Untuk setiap satu soalan, calon diberi beberapa ruang jawapan yang bernombor berdasarkan arahan soalan. 2. Setiap satu ruang bernombor mesti mengandungi hanya satu jawapan.

3. Jika calon memberi lebih daripada satu jawapan dalam sesuatu ruang bernombor yang disediakan, maka jawapan calon yang pertama sahaja yang akan diperiksa.

4. Jika calon menambah jawapan daripada yang diarahkan, maka jawapan yang selebihnya itu tidak akan diperiksa.

5. Terminologi seperti nama organisasi , jika ditulis dalam bentuk singkatan boleh diterima sebagai jwapan. Contoh, ASEAN, APEC dan sebagainya.

6. Terminologi yang telah diterima pakai umum seperti K-ekonomi atau e-dagang tidak perlu diberikan maksudnya dalam jawapan calon.

7. Tidak boleh guna tanda sempang pada awal atau permulaan jawapan. 8. Jawapan tidak berdasarkan kepanjangan ruangan kosong.

9. Jika calon memberi dua jawapan dalam setiap jawapan (seperti adanya kata hubung ‘dan’ atau perkataan lain yang membawa erti adanya dua jawapan), maka jawapan calon yang pertama sahaja yang akan diperiksa dan diberi markah jika betul.

10. Jika soalan menentukan bilangan jawapan, tetapi calon menambah bilangan jawapan maka jawapan selebihnya itu tidak akan diperiksa.

c) Kemahiran Menjawab Soalan Struktur :

Langkah 1 (L.1)  Pelajar perlu mengagihkan MASA dengan TEPAT iaitu masa yang dicadangkan untuk menjawab bahagian ini ialah 20 minit dengan cara pembahagian masa untuk 5 minit bagi 1 soalan

(4 soalan x 5 minit = 20 minit)

 Fokus kepada soalan yang MUDAH dahulu.

Langkah 2 (L.2)  Memahami bentuk soalan struktur. Terdapat 2 bentuk soalan iaitu : (i) Soalan Kemahiran Berfikir Aras Rendah – LOTS

(ii) Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi – HOTS  Bentuk soalan mengandungi tiga bentuk :

(i) Huraikan dua atau Terangkan dua…… atau Jelaskan dua (ii) Nyatakan tiga ……

(iii) Terangkan empat ……

Contoh soalan STPM Penggal 2 2013

(i) Nyatakan empat usaha kerajaan bagi mencapai negara berpendapatan tinggi menjelang tahun

2020.

[ 4 ] (ii) Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) telah menggariskan lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik bagi merealisasikan hasrat kejayaan menjayakan Model Baru Ekonomi (MBE). Huraikan dua daripada lapan inisiatif tersebut.

(3)

Contoh soalan STPM Penggal 2 2013 [ Ulangan @ U ]

(iii) Jelaskan cara bagaimana anda memanifestasikan prinsip kedua Rukun Negara iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan Negara dalam kehidupan anda

[ 4 ]

(iv) Nyatakan tiga kesan pelaksanaan Dasar Automotif Negara.

[ 3 ]

* Catatan PENTING :

1. Bagaimana hendak mengenali bentuk soalan LOTS ???

2. Bagaimana hendak mengenali bentuk soalan HOTS ???

Langkah 3 (L.3)

 Memahami pemarkahan yang diberikan kepada soalan berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Rendah (LOTS). Iaitu 1 MARKAH = Isi betul / tepat

Contoh 1:

 Dasar Jaminan Makanan adalah untuk menangani kekurangan bekalan makanan yang salah satunya disebabkan bencana alam. Nyatakan tiga strategi untuk mencapai dasar ini.

[ 3 ] i) Mengukuhkan pasaran dan pengagihan hasil pertanian

ii) Membangunkan tanah dan kolam terbiar iii) Mewujudkan stok penimbal beras

S.4 STPM P.2 2013

Contoh 2:

 Nyatakan tiga kesan pelaksanaan Dasar Automotif Negara.

[ 3 ] i) Peningkatan daya saing industri automotif negara

ii) Peningkatan kualiti kereta nasional

iii) Peningkatan kemahiran keusahawanan industri kereta

S.3 STPM P.2 (U) 2013

Contoh 3:

 Nyatakan empat daripada enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

[ 4 ] i) Mengurangkan kadar jenayah

ii) Memerangi rasuah

iii) Menambah baik pengangkutan awam

iv) Memperkasakan prasarana luar bandar dan pedalaman

* Catatan PENTING :

i. Pelajar perlu terus menyatakan ISI tanpa ditulis dengan permulaan ayat (kehendak soalan)

ii. Isi tidak perlu dihuraikan tetapi isi yang diberi perlu BETUL / TEPAT mengikut KEHENDAK SOALAN

(4)

Langkah 4:

 Memahami pemarkahan yang diberikan kepada soalan berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS), iaitu 2 MARKAH. 1 markah isi betul / tepat dan 1 markah untuk huraian betul.

Contoh 1  Isi BETUL / TEPAT + Huraian BETUL Soalan 1 :

Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) telah menggariskan lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik bagi merealisasikan hasrat kerajaan menjayakan Model Baru Ekonomi (MBE). Huraikan dua daripada lapan inisiatif tersebut.

i) Meningkatkan sumber pertumbuhan ( isi – 1 markah )

Iaitu meneroka bidang ekonomi baharu seperti kaedah pertanian melalui bioteknologi ( Huraian – 1 markah ) =

ii) Membangunkan kerja yang berkualiti ( isi – 1 markah )

Langkah ini untuk mengurangkan kebergantungan kepada keperja asing ( Huraian – 1 markah ) =

Contoh 2  Isi BETUL / TEPAT + Huraian SALAH Soalan 2 :

Jelaskan dua cara bagaimana anda dapat memanifestasikan prinsip kedua RUKUN Negara iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan Negara dalam kehidupan kita

[ 4 ]

S.2 STPM P.2 (U) 2013

i) Menghormati lambang-lambang negara ( isi – 1 markah )

Dengan memelihara keindahan persekitaran tugu negara, masjid negara, dan menara kembar Petronas. ( Huraian SALAH – 0 markah )

Contoh 3  Isi SALAH + Huraian SALAH

i) Menunjukkan kesetiaan kepada pemimpin yang dipilih. Iaitu membuat pilihan yang tepat dalam pilihanraya.

Contoh 4  Isi BETUL / TEPAT + Huraian BETUL

i) Mengutamakan kepentingan negara berbanding kepentingan peribadi – 1 markah

Iaitu bermain bersungguh-sungguh bagi mencapai kemenangan dalam setiap pertandingan peringkat antarabangsa melalui aktiviti sukan – 1 markah

ii) Menghormati institusi Raja-raja – 1 markah

Iaitu menghormati Raja sebagai Ketua Negara melalui konsep termaktub dalam Perlembagaan Negara – 1 markah 2 markah 2 markah 1m + 1m = 2 markah 1m + 1m = 2 markah 2m + 2m = 4 markah

(5)

 Analisa contoh jawapan Soalan 1 :

Nyatakan empat usaha kerajaan bagi mencapai negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020

[ 4 ]

Contoh Jawapan 1 Catatan

(i) Pembangunan modal insan

(ii) Menyediakan kemudahan jalan raya

(iii) Menyediakan latihan teknikal dan vokasional kepada masyarakat (iv) Menggalakkan perindustrian PKS di luar bandar

Langkah 5:

 Membaca soalan, memilih soalan untuk dijawab, dan menjawab soalan.

Langkah 6:

 Target markah CEMERLANG anda untuk soalan BAHAGIAN A.

Cikgu SEZALI DIN 1991~2014 4hb April 2014 8.30 pm 15

(6)

Latihan Intensif BAHAGIAN A 15 markah Latihan Intensif I

Jawab semua soalan.

1. Gagasan 1MALAYSIA mempunyai Lapan Nilai Aspirasi Negara menuju negara maju. Nyatakan empat daripada nilai yang terkandung dalam Gagasan 1MALAYSIA.

[4]

(i) ………..

(ii) ………..

(iii) ………..

(iv) ………..

2. Jelaskan dua dasar yang dijalankan oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat. Nyatakan tiga syarat bagaimana seseorang warganegara boleh dilucutkan kewarganegaraannya

[4]

(i) ………..

………..

(ii) ………..

………..

3. Nyatakan tiga syarat-syarat sesebuah syarikat mencapai status Sogoshoha di Malaysia.

[3]

(i) ………..

(ii) ………..

(iii) ………..

4. Nyatakan empat strategi yang dilaksanakan untuk menjayakan Dasar Belilah Barangan Buatan Malaysia

[4]

(i) ………..

(ii) ………..

(iii) ………..

(7)

Latihan Intensif 2 Jawab semua soalan.

1. Jelaskan tiga prinsip Rukun Negara.

[3]

(i) ………..

(ii) ………..

(iii) ………..

2. Nyatakan empat tonggak utama dalam transformasi negara bagi mencapai Wawasan 2020.

[4]

(i) ………..

(ii) ………..

(iii) ………..

(iv) ………..

3. Nyatakan empat peranan Dasar Kebudayaan Kebangsaan bagi merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara maju. [4] (i) ……….. (ii) ……….. (iii) ……….. (iv) ………..

4. Jelaskan kepentingan dua langkah yang diambil untuk menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia?

[4]

(i) ………..

………..

(ii) ………..

(8)

Latihan Intensif 3 Jawab semua soalan.

1. Jelaskan tiga ciri utama yang perlu ada dalam setiap diri pelajar melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Negara 2013~2015.

[3]

(i) ………..

(ii) ………..

(iii) ………..

2. Nyatakan empat indikator yang digariskan oleh Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) yang menjadi petunjuk sesebuah negara mencapai negara maju.

[4]

(i) ………..

(ii) ………..

(iii) ………..

(iv) ………..

3. Jelaskan dua program yang telah berjaya dilaksanakan di bawah Koridor Raya Multimedia.

[4]

(i) ………..

………..

(ii) ………..

………..

4. Jelaskan dua tunggak Dasar Teknologi Hijau Negara.

[4]

(i) ………..

………..

(ii) ………..

(9)

Latihan Intensif 4 Jawab semua soalan.

1. Kerajaan telah mengambil sembilan inisiatif untuk memastikan kelancaran Dasar Bioteknologi Negara. Nyatakan empat daripada inisiatif yang telah dilakukan.

[4]

(i) ………..

(ii) ………..

(iii) ………..

(iv) ………..

2. Nyatakan tiga objektif Dasar Automotif Nasional (DAN) 2014.

[3]

(i) ………..

(ii) ………..

(iii) ………..

3. Wawasan 2020 mempunyai sembilan cabaran yang digariskan. Nyatakan empat daripada cabaran-cabaran yang digariskan. [4] (i) ……….. (ii) ……….. (iii) ……….. (iv) ………..

4. Dalam Bajet 2014 yang bertemakan ‘Memperteguhkan Ketahanan Ekonomi Memperkasakan Tranformasi dan Melaksanakan Janji’ telah menekan lima teras utama. Nyatakan empat daripada lima teras utamanya.

[4]

(i) ………..

(ii) ………..

(iii) ………..

(10)

Latihan Intensif 5 Jawab semua soalan.

1. Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Negara 2013~2025 terdapat sebelas anjakan utama dalam mentransformasikan Sistem Pendidikan Negara. Jelaskan tiga daripada sebelas anjakan tersebut.

[3]

(i) ………..

(ii) ………..

(iii) ………..

2. Jelaskan dua strategi yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk mencapai wawasan 2020.

[4]

(i) ………..

………..

(ii) ………..

………..

3. Nyatakan empat usaha yang boleh untuk meningkatkan daya pengeluaran negara.

[4]

(i) ………..

(ii) ………..

(iii) ………..

(iv) ………..

4. Nyatakan empat matlamat Pelan Induk Perindustrian ke 3 (IMP-3 2006~2020).

[4]

(i) ………..

(ii) ………..

(iii) ………..

(iv) ………..

Cikgu SEZALI DIN 1991~2014 29hb April 2014 12.44 pm ”STPM 4 Flat A.... hanya melalui USAHA GIGIH menjadikan persiapan

(11)

 Dasar-dasar yang perlu diFOKUS untuk persiapan Bahagian A – STPM 2014 dan Ulangan [U].  Dasar Ekonomi

1. Dasar Ekonomi Baru (DEB) – 1970~1990 2. Dasar Pembangunan Nasional (1991~2000)

3. Rancangan Pembangunan Negara RMK 8 , 9, dan 10 4. Dasar Pertanian Negara (DPN 3)

5. Dasar Bioteknologi Negara 6. Dasar Penswastaan Negara

7. Dasar Belilah Barangan Buatan Malaysia 8. Dasar Automotif Negara (2009) dan DAN 2014 9. Model Ekonomi Baru (MEB)

10. Dasar Urbanisasi / Perbandaran Negara 11. Dasar Teknologi Hijau

12. Dasar Alam Sekitar

13. Dasar Industri Kreatif Negara 14. Dasar Sogoshosha Malaysia

Dasar Sosial / Budaya 1. Dasar Pendidikan Negara 2. Dasar Kebudayaan Kebangsaan 3. Dasar Kependudukan 70 juta 4. Dasar Sosial Negara

5. Gagasan 1MALAYSIA 6. Dasar Pandang ke Timur 7. Dasar Belia Negara 8. Dasar Harta Intelek Negara 9. Dasar Sukan Negara

10. Program Tranformasi Kerajaan (GTP) – NKRA, KPI, dan ETP 11. Pelan Pembangunan Pendidikan Negara (2013~2025) 12. Dasar Integrasi Nasional

Referensi

Dokumen terkait

Dalam pasal tersebut, tercantum dasar demokrasi ekonomi, di mana produksi dikerjakan oleh semua, untuk semua di bawah pimpinan atau penilikan anggotaanggota masyarakat. Dengan

Jaringan yang dapat menghubungkan satu computer dengan computer yang lain dengan menggunakan satelit atau kabel bawah laut yaitu ciri dari …..

Internet gateway device pada penelitian ini bertujuan untuk mengoleksi data sensor dari middleware menggunakan mekanisme publish subscribe dengan protokol websocket,

Kebiasaan siswa mengulangi kata atau frasa dalam membaca juga disebabkan oleh faktor tidak mengenali.. kata, kurang menguasai huruf-bunyi, atau

Tabel 4.4 Upaya yang dilakukan guru PKn dalam mengatasi kendala yang dihadapi dalam mengembangkan karakter demokratis siswa di SMA Negeri 1

Nilai SBR untuk keterulangan interday adalah 1.61% dengan kadar reserpin rerata 0.2588 ± 0.0052 mg per tablet obat (Lampiran 6), sehingga dapat dikatakan bahwa galat acak

Berdasarkan hasil pengujian terhadap data kuesioner dari 50 responden dapat disimpulkan bahwa variabel risiko kinerja memiliki pengaruh yang positif signifikan terhadap

Berdasarkan kondisi yang ada, usaha pembibitan sapi potong yang terintegrasi dengan perkebunan sawit yang diusahakan dengan pola penggembalaan, pola kemitraan dan