• Tidak ada hasil yang ditemukan

CABARAN IBU TUNGGAL BEKERJAYA DALAM MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB TERHADAP ANAK-ANAK: SATU KAJIAN DI KOTA TINGGI, JOHOR

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "CABARAN IBU TUNGGAL BEKERJAYA DALAM MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB TERHADAP ANAK-ANAK: SATU KAJIAN DI KOTA TINGGI, JOHOR"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

CABARAN IBU TUNGGAL BEKERJAYA DALAM MELAKSANAKAN

TANGGUNGJAWAB TERHADAP ANAK-ANAK: SATU KAJIAN DI KOTA TINGGI, JOHOR

1.0 PENDAHULUAN

Kajian ini berkaitan dengan isu yang semakin dipandang serius oleh masyarakat hari ini iaitu cabaran ibu tunggal bekerjaya dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap anak-anak. Dalam pembangunan Negara yang semakin maju, wanita memainkan peranan yang amat penting dalam perubahan sosioekonomi Negara. Namun dalam mengejar kerjaya, wanita yang bergelar ibu tunggal turut memainkan peranan yang cukup penting dalam menjalankan tanggungjawab meraka terhadap anak-anak.

Kajian ini penting untuk dijalankan dalam memperinci dan memperjelaskan persepsi dalam kalangan mahasiswa mahupun masyarakat terhadap cabaran yang dihadapi oleh ibu tunggal dalam melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap keluarga. Kajian ini merangkumi aspek-aspek penting termasuk latar belakang kajian, permasalahan kajian, objektif kajian, persoalan kajian, definisi operasional, sorotan kajian, kepentingan kajian, skop dan batasan kajian serta metodologi kajian.

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Islam merupakan agama yang unggul dan menyeluruh dalam setiap aspek. Sebelum kedatangan Islam, wanita dipandang hina dan tidak mendapat kedudukan yang istimewa seperti lelaki. Namun, selepas kedatangan Islam, Islam telah mengangkat tinggi darjat wanita. Selepas kebangkitan Islam, wanita dibenarkan menceburi pelbagai bidang berpandukan batas-batas yang ditetapkan oleh syarak seperti sentiasa memeliharan kehormatan, menjaga agama, sopan dan, menghindari kemungkaran.

Namun dalam kehidupan pada masa kini, setiap yang berlaku tidak semuanya seperti apa yang dirancang dan diimpikan, begitu juga apa yang berlaku dalam kehidupan seseorang sebagai ibu tunggal. Ianya bukanlah semudah yang disangka, bahkan pelbagai liku dan cabaran yang perlu ditempuhi, terutama mereka yang

(2)

mempunyai ramai anak. Hal sebegini tidak mungkin mampu seorang wanita ibu tunggal untuk mengharungi tanpa adanya kekentalan dan kesabaran yang besar dalam diri sendiri. Keadaan ini akan bertambah sulit sekiranya pekerjaan tetap tidak mampu diperolehi (Yahya, 2001). Peranan sebagai ibu tunggal bukan terhad terhadap pertumbuhan Nagara malahan mereka turut memainkan peranan yang lebih penting terhap melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak atau keluarga ibu tunggal.

Kisah ibu tunggal ini banyak didengari dan seringkali dipaparkan oleh media cetak dan media massa tetapi sejauh manakah kesedaran masyarakat dalam menghulurkan bantuan kepada golongan istimewa ini. Sebaliknya apa yang berlaku sekarang, masyarakat sering memberikan pandangan yang sinis dengan pelbagai tangapan negatif kepada golongan ibu tunggal.

Justeru, pengkaji rasa terpanggil untuk melakukan penyelidikan terhadap ibu tunggal bahawa golongan ini terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran kepada ketahanan fizikal dan mental tidak kiralah dari aspek pendidikan anak-anak mahupun keutuhan sosioekonomi keluarga mereka sendiri.

3.0 PERMASALAHAN KAJIAN

Selaras dengan kemajuan serta peningkatan kos sara hidup yang tinggi pada masa kini terutamanya bagi mereka yang tinggal di bandar-bandar besar, golongan wanita sebagai ibu tunggal mula bangkit dan lebih berani untuk menceburi serta melibatkan diri dengan pelbagai bidang pekerjaan. Bagi memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga selepas ketiadaan atau kematian suami untuk memenuhi keperluan keluarga. Ibu tunggal pada hari ini tidak lagi berfikiran sempit dengan tinggal di rumah sebaliknya mereka turut bekerja bagi melaksanakan tanggungjawab mereka serta dapat memberi keselesaan kepada anak-anak.

Bagi wanita yang belum berumah tangga, mereka tidak mempunyai banyak konflik kerana golongan ini tidak mempunyai tanggungjawab khusus sebagai isteri dan ibu namun bagi wanita yang sudah berumah tangga malah yang sudah pun menjadi seorang ibu tunggal, mereka terpaksa membahagikan tanggungjawab

(3)

sebagai seorang pekerja serta sebagai isteri atau ketua keluarga. Ibu tunggal sering dikaitkan dengan kes pengabaian keluarga terutamanya terhadap anak-anak.

Justeru itu, pengkaji berasa terpangil untuk melakukan penyelidakan terhadap isu ini dan amat wajar bagi pengkaji untuk membuat kajian yang lebih terperinci tentang cabaran ibu tunggal bekerjaya dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap anak-anak bagi melihat sejauh mana golongan ini memainkan peranan dalam menguruskan anak-anak.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dilakukan bagi mencapai objektif kajian yang telah dirangka seperti berikut : 1. Mengenalpasti tahap tekanan ibu tunggal bekerjaya.

2. Mengenalpasti cabaran dan peranan ibu tunggal bekerjaya pada masa yang sama perlu melaksanakan tanggungjawab terhadap anak-anak.

3. Menganalisis hubungan demografi dengan cabaran dan peranan yang dipikul ibu tunggal bekerjaya terhadap tanggungjawab anak-anak.

5.0 PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini telah menetapkan beberapa persoalan kajian berdasarkan kepada objektif kajian yang dirangka. Persoalan-persoalan kajian ini ialah :

1. Sejauhmanakah tahap tekanan ibu tunggal bekerjaya?

2. Apakah cabaran dan peranan ibu tunggal bekerjaya pada masa yang sama perlu dilaksanakan tanggungjawab terhadap anak-anak?

3. Sejauhmanakah hubungan demografi dengan cabaran yang dipikul ibu tunggal bekerjaya terhadap tanggungjawab anak-anak?

6.0 DEFINISI OPERATIONAL

Kajian ini menjelaskan definisi ibu tunggal, kerjaya, dan tanggungjawab daripada pelbagai aspek secara ringkas.

(4)

6.1 Definisi ibu tunggal

Menurut Dodson (1978) yang dipetik daripada buku Masaiah Remaja daripada Keluarga Ibu Tunggal karangan Sufean Hussin dan Che Zainon Omar (2002: 31) telah menyatakan bahawa keluarga ibu tunggal ialah sebuah keluarga yang wujud akibat pembubaran ikatan perkahwinan antara suami dan isteri sama ada melalui cara perceraian sah atau Maksudnya:

Maksud: "Orang lelaki ada bahagian pusaka daripada peninggalan ibu bapa dan kerabat dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka daripada peninggalan ibu bapa dan kerabat sama ada sedikit atau banyak daripada harta yang ditinggalkan itu; iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah)".

(Surah al-Nisa', 4:7) Menurut Kamus Dewan (2000: 475), ibu ditakrifkan sebagai seorang yang melahirkan kita atau emak atau panggilan hormat kepada wanita yang sudah bersuami. Manakala perkataan tunggal bermaksud satu-satu atau tidak ada yang lain (2000:1493). Oleh itu, rangkai kata ibu tunggal walaupun tidak terdapat dalam Kamus Dewan secara khusus, namun ia boleh difahami sebagai wanita yang berperanan menjaga, memelihara anak-anak seorang diri tanpa seorang lelaki di sampingnya untuk bersama membina rumah tangga. Manakala dalam bahasa Arab, perkataan ayyim digunakan untuk orang yang ketiadaan suami atau isteri. Tetapi di sini, Rasulullah s.a.w menggunakan khusus untuk janda (Akhlaq Husain, 1987: 92).

6.2 Definisi Kerjaya

Kerjaya merupakan perkerjaan yang dilakukan oleh seseorang dalam kehidupan seharian mereka. Mereka bekerja untuk mendapatkan wang untuk digunakan bagi memenuhi keperluan dan mendapatkan kesempurnaan hidup. Kerjaya mempunyai pelbagai bentuk dari segi bidang tugas, tempat and masa serta identiti.

Menurut Zunker (2006) kerjaya merujuk kepada aktiviti dan kedudukan yang meliputi pekerjaan dan tugas serta mempunyai perhubungan sepanjang kehidupan individu. Omar Awang (2008) menyatakan kerjaya adalah satu pekerjaan yang perlu diwujudkan didalam kehidupan seseorang. Tolbert (1994) mendefinisikan kerjaya sebagai satu rangkaian melibatkan diri seseorang individu. Sesetengan individu

(5)

mungkin akan kekal dengan satu pekerkjaan sahaja sepenjang bhidupnya sementara individu lain mungkin akan bertukar-tukar pekerjaan.

Menurut Hall (1976) kerjaya adalah kerja yang berterusan atau kesinambungan berkaitan dengan pengalaman dan sikap yang berlaku dalam kehidupan individu. Juhairy Haji Ali (2000) menyatakan bahawa kerjaya juga boleh didefinisikan sebagai persepsi seseorang individu, atau sikap dan tingkahlaku individu yang berkaitan dengan aktiviti kerja serta pengalaman dalam kehidupan individu.

6.3 Definisi Tanggungjawab

Tanggungjawab dalam bahasa Inggris diterjemahkan dari kata “responsibility” atau “liability”, sedangkan dalam bahasa Belanda, yaitu “vereentwoodelijk” atau

“aansparrkelijkeid”(http://www.blogster.com/khaerulhtanjung/pelaku-usaha-dan-tanggung).

Dalam Kamus Besar Indonesia, yang dimaksud dengan tanggungjawab adalah keadaan wajib menanggung segala sesuatunya jika terjadi apa-apa boleh dituntut, dipersalahkan dan diperkarakan. Tanggungjawab adalah wajib, menanggung, wajib memikul beban, wajib memenuhi segalaakibat yang timbul dari perbuatan, rela mengabdi, dan rela berkorban untuk kepentingan pihak lain (Abdulkadir Muhammad, 2000).

7.0 SOROTAN KAJIAN

Sorotan kajian ini merupakan kajian lepas atau kajian lampau yang dijadikan sebagai garis panduan serta rujukan untuk membantu penulisan dalam menyampai dan melengkapi serta memperkemaskan lagi kajian ilmiah ini.

Menurut satu kajian lepas, pengkaji telah mengkaji tentang cabaran ibu tunggal bekerjaya dalam melaksanakan pengurusan anak-anak. Pengkaji telah menjelaskan tentang persoalan mengenai ibu tunggal bekerjaya. Ibu Tunggal yang bekerja mahupun yang tidak bekerja seringkali menghadapi pelbagai cabaran dan masalah. Bukan sahaja dari segi emosi, malahan juga dari segi kedudukan ekonomi, psikologi mahupun sosial (Jones, 2002).

(6)

Memegang status ibu tunggal bukan sekadar memaksa seseorang wanita menyara keluarga, tetapi juga menjadi ketua rumah. Di samping keluar berkerja demi mencari sesuap nasi, dalam masa yang sama terpaksa pula menguruskan anak-anak tanpa bantuan sesiapa. Malah, ada yang menapak dari satu agensi kebajikan ke satu agensi kebajikan untuk mendapatkan bantuan bagi meringankan beban yang ditanggung. Lebih pahit lagi, bukan sahaja permintaan tidak dilayan, bahkan terpaksa pula berdepan dengan pelbagai umpat keji dan tohmahan. Akibatnya, kebanyakan wanita malu untuk mengakui status sebagai ibu tunggal walau telah bertahun dicerai atau ditinggal suami tanpa sebarang khabar berita. Menyedari masalah yang dihadapi, persatuan-persatuan ibu tunggal di seluruh negara telah menubuhkan Majlis Pertubuhan Ibu-ibu Tunggal Malaysia (Saad, 2000).

Menurut Setiausaha Pertubuhan Ibu Tunggal C.A.R.E Negeri Johor iaitu Puan Wan Janiah(2000), permasalahan yang pernah timbul ialah seorang balu yang mempunyai empat orang anak yang berusia 6 tahun, 5 tahun, 4 tahun, dan 2 tahun iaitu Puan Wan Rohani Bin Wan Hitam, 35 tahun telah ditemubual. Hasil daripada temu bual tersebut beliau telah menyatakan bahawa setelah kematian suaminya kehidupannya menjadi terlalu tekanan kerana telah hilang punca dan tempat bergantung. Beliau hanyalah bekerja sebagai pencuci tandas yang hanya berpendapatan RM800 sebulan dan menanggung anak-anak yang masih lagi kecil. Bebanan yang ditanggung oleh beliau menjadi cukup berat setelah ketiadaan suaminya terutamanya dari segi kewangan. Bukan sahaja bebanan kewangan tetapi beliau juga terpaksa berhadapan dengan tohmahan dan cacian daripada sanak saudaranya kerana beliau seringkali ingin meminjam wang untuk kegunaan hariannya. Hari-hari yang beliau lalui penuh dengan tekanan dan beremosi.

Selain itu menurut penulisan lain, Sharifah Sofiah ‘Atiqah Syed Ibrahim dan Azmi Shaari (2002) yang turut menyentuh soal cabaran yang dilalui oleh ibu tunggal ialah mengenai faktor kemiskinan dan taraf kehidupan di kalangan ibu-ibu tunggal serta faktor sokongan terhadap golongan tersebut. Ianya juga bertujuan untuk melihat faktor ketahanan diri di kalangan ibu tunggal memandangkan mereka terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dalam proses membesarkan anak-anak.

(7)

Antara kepentingan kajian mengenai peranan wanita berkerjaya dalam membentuk peribadi anak-anak ;

1. Menyumbang kepada penyelidik-penyelidik lain untuk melakukan kajian yang lebih mendalam berkaitan isu ibu tunggal disamping mengisi lompang kajian ilmu yang amat meluas ini.

2. Memberi satu lagi koleksi ilmiah dalam bidang kekeluargan dengan harapan dapat memberi pendedahan dan kefahaman kepada diri sendiri serta masyarakat tentang isu ibu tunggal.

3. Memperjelaskan serba sedikit kepada masyarakat khususnya kaum wanita yang bekerjaya tentang peranan dan tanggungjawab terhadap anak-anak. 9.0 SKOP DAN BATASAN KAJIAN

Kajian ini membataskan kepada subjek dan sampel tertentu sahaja bagi memastikan objektif kajian tercapai.

9.1 Batasan Subjek

Kajian ini berdasarkan isu-isu semasa yang timbul dalam kalangan masyarakat terhadap isu tanggungjawab ibu tunggal bekerjaya. Sememangnya terdapat banyak isu yang menyentuh soal wanita sebagai ibu tunggal. Namun begitu, kajian ini membataskan kepada isu ibu tunggal bekerjaya dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap anak-anak sahaja.

9.2.1 Batasan Sampel

Pengkaji memilih ibu tungggal bekerjaya disekitar Kota Tinggi, Johor sebagai sampel kajian. Hasil temubual daripad wanita ini diolah pengkaji dalam bentuk esei. Selain itu, kajian ini juga berpandukan kajian-kajian yang lepas yang telah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji. Pencarian fakta untuk kajian ini berfokus kepada sumber sekunder yang terdiri daripada buku, akhbar, majalah, kajian lepas, internet dan lain-lain.

(8)

Kaedah-kaedah yang digunakan dalam kajian ini terbahagi kepada tiga iaitu reka bentuk kajian, pengumpulan data dan penganalisaan data.

10.1 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian merujuk kepada cara penyelidik mengendalikan kajian dan prisedurvatau teknik yang digunakan bagi menjawab persoalan kajian. Reka bentuk kajian ditentukan oleh persoalan dan objektif kajian yang telah dirangka. Kajian ini memilih reka bentuk kajian kualitatif.

10.2 Pengumpulan Data

Data kajian dikutip melalui teknik analisis dokumen. Kajian ini menggunakan kaedah kajian perpustakaan sebagai kaedah utama. Bahan-bahan perpustakaan adalah rujukan terpenting. Data kajian ini juga diperolehi melalui temubual ibu tunggal bekerjaya. Hasil temubual ini menjadi pelengkap kepada sumber rujukan pertama. 10.3 Penganalisaan Data

Penganalisaan data penting untuk membuat kesimpulan berdasarkan persoalan dan objektif kajian yang dibina. Kajian ini menganalisa hasil temubual bersama ibu tunggal berkerjaya.

Referensi

Dokumen terkait